Mar 29, 2016
Apa kelebihan Mesyuarat?
(kisah surat paling sedih aku terima selepas mesyuarat)
Dalam kehidupan seharian, jika rujuk kepada agama Islam, dalam
membuat apa-apa keputusanpun seeloknya di buat dengan mesyuarat, Nabi dah ajar
sahabat bermusyuarat, dalam quran ada surah khas tentang mesyuarat, Surah
Asy-Syuraa, yang diturunkan di Makkah, surah yang ke-42 dalam al-Quran,
mengandungi 53 ayat.
Dinamakan surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), kerana
pada ayat 38 ada diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang
beriman yang terpuji dan diredhai Allah Taala ialah amalan mereka bermesyuarat
sesama sendiri apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.
Bayangkan, dalam zaman wahyu belum berhenti, Nabi masih
bermesyurat dengan sahabat, apatah lagi kita yang hidup di zaman wahyu dah tak
ada, lagi lagi perlu kepada mesyuarat.
Kelebihan mesyuarat berdasarkan petikan hadis:
“Tidak akan menyesal orang yang istikharah. Tidak akan rugi orang
yang bermusyawarah (HR Ath-Thabrani)
So, kenapa tak luangkan masa untuk mesyuarat sedangkan ianya
termasuk dalam ibadat?
Dan mesyuarat pula ada tertib dia, ada adab dia, tak boleh
guna cara yahudi, aku pernah joint mensyuarat parti politik, ada ustaz politik
ni, bila mesyuarat nak tegakkan islam, tapi mesyuarat tak ikut tertib islam,
siapa pandai cakap dialah ke depan, sering ada yang tekan hujah dan hina hujah
orang lain, potong cakap dah biasa terjadi, kadang kadang bila tak setuju
dengan cadangan orang lain boleh pulak serang peribadi, adohai…
Dan akhir sekali bila buat keputusan guna cara angkat
tangan, kira dan hintung, last! majority menang walaupun salah, mesyuarat nak
tegakkan islam tapi tak ikut cara islam, patutlah banyak fitnah yang datang, apa
lagi nak di kata.?
Belum habis lagi, Lepas keputusan di buat, yang di hina dan
di tolak cadangan akan cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar,
bila keputusan itu bagi emej buruk maka yang ini tadi, akan melompat gembira
dan ejek balik, "itulah kamu dulu aku dah cakap"… "kalaulah kamu
ikut taklah jadi bodoh camni," itu ini begitu begini!!
Tapi jika yang bagi cadangan itu tengok kesan yang berjaya,
mulalah perasan bagus, saya dah berjaya buat rakyat percaya dengan kita, saya
dah berjaya buat orang boikot piliharaya.. saya dah berjaya buat orang takut
dengan kita, saya dah berjaya buat itu-ini , bla-bla-bla…., riaklah pulak!
Ok stop, kena serius sikit.
Jadi macam mana nak mesyuarat cara islam.
Mudah sahaja, dalam mesyuarat keputusan amir(ketua) adalah
muktamad, dan keputusan mestilah berdasarkan Fatwa dan Takwa, bukan berdasarkan
majority dan minority..
Dalam mesyuarat tak boleh tekankan hujah kecuali amir
izinkan.
Dalam mesyurat tak boleh potong cakap orang, kena minta izin
amir dulu.(macam dalam mahkamah, mintak izin yang arif)
Dalam mesyuarat tak boleh hina hujah orang lain.
Dan Amir kena buat keputusan mengikut kekuatan jemaah, bukan
dengan jazbah(semangat) amir atau sorang dua sahaja..
Bila amir buat keputusan, tak boleh komplen, kerana segala
yang berlaku adalah dalam takdir Allah.(rukun iman yang ke 6)
Sekiranya Amir terima cadangan kita, kena istigfar, takut
jadi fitnah pada ugama..
Sekiranya Amir tolak cadangan kita, kena bersyukur, sudah
selamat kita dari fitnah ugama..
Tak ada doa khusus dalam mesyuarat, boleh selawat sewaktu
amir nak buat keputusan, hujung majlis boleh tutup dengan tasbih kafarah, dan
jangan lupa catat segala isi mensyuarat. Dokumentasi juga adalah Sunnah.
Banyak lagi adab, sila rujuk ustaz dan kitab. Jika malas,
boleh tanya pada orang tabligh yang beriktikaf sebab mereka hari hari
mesyuarat. Insya-Allah.
Mengakhiri cerita, mesyuarat bukan setakat di opis atau masjid,
balik kepada kehidupan laki bini, elok sangat bermesyurat dalam buat apa apa
keputusan terutama hala tuju belanja rumah tangga dan aktiviti hujung minggu.
Laki jadi amir, bini dan anak-anak boleh bagi syor(cadangan)
yang terbaik. Hujung minggu nak buat apa, bila nak balik kampung, bila nak
keluar berdakwah, bila nak promosi buku, bila nak melancong, dan sebagainya.
InsyaAllah, bila mesyuarat cara Nabi, selain dapat pahala,
dapat juga keberkatan.
Pendek cerita, semalam, anak perempuan aku umur 9 tahun, joint
mesyurat kami laki bini, kebetulan waktu itu kami sedang bincang tentang hutang
rumah tangga, seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang yuran anak sekolah,
hutang sewa homestay, hutang kedai buku sewa ruang, hutang dengan penerbit, hutang
dengan adik beradik, dan lain lain. Jelas Nampak riak kebimbangan pada wajah
anak aku bila sedar jumlah hutang kami laki bini. Katanya:
“adik N hajat nak mesyuarat untuk beli pensil picit baru,
tapi nampak ayah banyak hutang, tak jadilah, yang lama tu calar jer, bukan
rosakpun”
Kami senyum tengok telatah anak perempuan kami, baguslah tak
minta beli pensil baru, Nampak tak keberkatan dalam mesyuarat? He he.
Pagi tadi sebelum beliau pergi sekolah, anak perempuan aku bagi
surat berbungkus dengan Cleartape, agak tebal surat beliau dengan pesanan:
“baca bila tiba tengah hari”
Jadi lepas zohor tadi, aku buka surat anak aku, sedih
sungguh bila baca. Walaupun 6 patah ayat, cukup buat hati aku terusik. Oh
anakku, patutlah semalam ayah Nampak kamu korek duit tabung. Ayah sangka kamu
nak beli pensil picit guna duit sendiri, rupanya kamu hadiahkan pada ayah duit belanja.
Mata masuk habuk.
Sob.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Suami yang jadi Amir bermakna suami yang patut buat keputusan. Sekiranya suami menyuruh puan isteri yang buat keputusan macam mana??
First??
Ya Allah.. Mulia sungguh hati anak Encik Hamka ni. Terharuuuu T_T
Bakal Mayat Seri Kembangan : itu di namakan, turun kuasa, no problem. boleh minta elaun pemangku, ha ha.
Maria Ellena Hashim: ada lagi sedih, duit dalam poket baju saya RM15 hilang, saya syak anak saya ambik duit tu dan caqmpur dnegan duit tabung lalu bagi pada saya, lalu saya tanya, adik N ada ambik duit ayah tak? dia bersungguh menafikan. lepas bini cakap, dia simpan sebab tercicir waktu nak basuh, ohh.. aku dah tuduh anak aku 'mengambil'.., oh... mulia sungguh, pengajaran untuk ibu bapa, jangan terus tanya anak, tanya bini dulu. huhuhuhu sob sob.
Alahai... tacing.
Assalam
Kelebihan ibu, syurga di bawah tapak kakinya...
Kelebihan ayah, doanya pada anak tiada hijab disisi Allah...
Kalau boleh seekor nyamuk pun kita tak mahu hinggap pada batang tubuh anak kita di dunia ni, tambahlah lagi nanti di akhirat, aku tak boleh bayangkan bagaimana aku; jika anak aku dibakar!!!! Nauzubillahhiminzalik...
Ayah, Ibu belajar berkorban...anak terkesan dengan amalan Tuan/Puan
Semoga dia menjadi solehah dan ahli jannah where..
there is no more good bye. He..he..
CF
Kipidap bro.
mata masuk habuk
salam, apa yg dimaksudkan menekan hujah dlm mesyuarat. ? Dlm blog bro. Tlg bg cth. N knp x blh ? Hehe. Nak lbh mmahami n dalami. Yg kdua bro hamka, bgaimana amir mmbuat dgn kkuatan jemaah ? Mksdnya?
cinta : ….
CF: benar tuan.
Tornado Assassin : jika mata masuk habuk, teruskan menangis, nantin habuk tu keluar
bab tekan hujah. contoh ayah minta cadangan, nak makan kat mana? anak 1 jawab, KFC, anak dua jawab MC D. ayah masih diam, tiba tiba si anak saling tekan hujah, KFC ayam dia sedap, kata anak no 1, kata anak no2 , burger MC lagi sedap. bila dua saling tekan hujah tanpa izin si ayah, maka mesyurat dah tak ikut adab. hujah mereka berduan akan kelirukan ayah. yang betul, lepas dua dua dah bagi pendapat, ayah yang tanya sorang sorang, kenapa? yang ayah tanya sajer boleh tekan hujah selepas di izinkan, yang tak ditanya, kena diam, kecuali dia angkat tangan mintak izin si ayah untuk tekan hujah, baru boleh, benda ni di amalkan di mahkamah.
bab kekuatan jemaah, jika ahli mesyuarat ramai perempuan, tak elok buat keputusan melebihkan lelaki. begitulah sebaliknya, contoh, dalam musafir, kita buat keputusan singgah beli lauk basah dan suruh bini dan anak masak, sedang semua letih bermusafir, maka elok beli bungkus sahaja. itulah contoh keputusan ikut kekuatan jemaah. wallahu'lam
Post a Comment