Feb 29, 2016
Adab sebelum viral dalam Islam?
(3 perkara yang semua orang Islam kena tahu sebelum
menyebarkan berita)
Minggu lepas, buat kali ketiga aku sanggup buat kerja “memuji
diri sendiri di hadapan orang ramai”. Sebelum ini aku buat di CitiOne Kuching
Sarawak, lepas tu dekat OneBorneo Sabah, dan terkini, di KB Mall Kelantan. Akan
datang di Bulan April ini mungkin di Serdang Selangor. Insya-Allah.
Sebelum itu, ramai juga pembaca yang bertanya, kenapa baru
sekarang buat kerja macam ni? Benar, memang sejak dulu aku menulis tanpa dedahkan
kewujudan diri, malas nak popular, (kononnya) tapi bila bilangan buku dah
bertambah, dan aku terlibat dengan janji bersama penerbit untuk promosi buku, maka
sampai bila nak pakai topeng macam DeadPool? Hu hu..
Di Instagram dan Facebook, aku juga pernah jumpa orang curi
curi ambik gambar aku dan sebarkan, celaka sungguh, sebab gambar yang di
sebarkan itu tak cantik, aku nampak gemok dan gelap, (memang macam tu pun) jadi
kini aku sendiri pilih gambar yang aku perasan hensem dan share dekat Facebook,
ha ha!
Lagipun dulu pernah aku dapat beberapa email dari awek cun mengaku
di mengorat oleh aku, lalu akupun tunjuk muka aku sikit kat awek tu dalam
email, dan terdedahlah bahawa ada orang menyamar jadi aku untuk mengorat awek
tudung labuh, nasib baik si awek tu confirmkan dulu betul tak si penyamar tu
Hamka Keretamayat, adohai..
So lepas aku share wajah tak hensem aku pada semua pembaca
setia keretamayat, lepas ni dah tak ada kot orang sanggup nak menyamar jadi aku
dan mengorat awek tudung labuh. He he..
Lagipun, kau gila? aku ni bukan jenis takut bini, tapi
kadang kadang Puan Bini sungguh menakutkan!
Woha!
Ok, balik kepada cerita aku di pentas KB Mall, minta maaf
jika jawapan aku dalam soalan spontan dari moderator tidak jelas dan kemas
macam dalam penulisan di blog keretamayat. Al maklumlah, bakat public speaking adalah
sangat tak sama dengan bakat public writing… (cover line bang)
Jadi banyak soalan spontan yang di tanya moderator hari tu,
kali ni aku nak jelaskan satu bab sahaja iaitu berkenaan bagaimana respon Hamka
keretamayat bila berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam masyakarat
terutama berkenaan agama islam.
Jawapan aku di atas pentas agak laju dan rujukan ayat Al
quran serta hadis agak berterabur, jadi suka untuk aku jelaskan kembali di sini
akan bagaimana kita nak respon bila berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam
masyakarat terutama berkenaan agama islam.
Atau dalam Bahasa mudah, sebab zaman sekarang ni, rata rata
pengguna online, cara mereka respon bila berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi
adalah dengan viral serta merta terutama jika viral itu ada kepentingan
peribadi, Adohai…
Jadi senang cerita, kali ni aku nak bagitahu akan Adab
sebelum viral dalam Islam, kerana jika kita tak ikut adab ini, maka silap
haribulan, meranalah kita di neraka berpelukkan dengan Firaun Laknatullah
menggelumpur di azap api neraka kerana dosa fitnah ini besar sekali!
Jadi wahai semua pembaca Islam yang budiman, sebelum korang nak
respon secara viral sewaktu berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam
masyakarat, suka aku menyeru korang untuk buat tiga perkara, iaitu sila rujuk
dua potong ayat al quran dan sepotong hadis.
Aku tulis dalam bentuk point:
Sebelum korang nak respon secara viral, tolong:
1.Rujuk Surah Al hujarat ayat 6
2.Rujuk Surah An-Nahl ayat 43
3. Rujuk Hadis Muslim no 47-
Ok, sempena aku rajin bukak kitab, aku detailkan lagi.
Ulang balik, Sebelum korang nak respon secara viral, tolong:
1.Rujuk Surah Al hujarat ayat 6 yang berkamsud “Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu
kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu– sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
2.Rujuk Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka
bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”
3. Rujuk Hadis Muslim no 47 yang berbunyi “Barang siapa yang
beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau
hendaklah ia diam.”
Jadi, senang cerita, cara sebelum korang nak respon secara
viral sewaktu berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam masyakarat
terutama berkenaan agama islam, maka suka aku menyeru secara bahasa mudahnya
agar korang semua sempat buat tiga perkara, iaitu.
1. 1. Siasat dan kaji.
2. 2. Tanya pada pakar
3. 3. Jika malas nak siasat, malas nak tanya pakar,
lebih baik diam!
Tak payah nak viral bagai sebab jika kita sebarkan fitnah,
maka dosanya sangat besar sekali, tak perlu kot aku cerita tentang azab api
neraka secara detail sebab korang semua dah belajar bab azab api neraka sewaktu
sekolah rendah.
Maka kerana itulah, dalam blog kereta mayat, atau buku Keretamayat,
atau Facebook keretamayat aku tak tulis semua isu, sebab jika aku sendiri masih
ragu ragu dengan kasahihan sesuatu berita, maka aku memilih untuk diam kerana
diam adalah sunnah. Kerana itu dalam blog ini tak ada cerita teori konspirasi, tak
ada jual product ubat-ubatan yang belum terbukti kebekersanannya, tak ada paksa
korang suruh percaya pada psedosceince dan lain-lain.
Bab aku sokong vaksin misalnya, memang aku kaji dan baca dan
bertanya pada doctor pakar, sebab tu aku berani tulis bahawa aku menyokong
vaksin dan dari kajian aku, vaksin anak kita tak bertentangan dengan akidah. InsyaAllah,
Jakim pun letak hokum harus, dan Penguasa Mekkah pun wajibkan vaksin sebelum ke
tanah suci. Kini di Facebook, dah ramai doctor pakar yang lebih tahu ilmu ini dan
dedahkan kebaikkan vaksin secara saintific dalam status mereka. Alhamdulillah.
Sebagai penulis, memang aku tak akan post tanpa aku kaji sesuatu
berita, atau tanpa aku tanya pada yang pakar, sebab kaji dan tanya adalah Sunnah
untuk setiap orang islam dalam menilai berita, jika malas nak kaji dan tanya,
maka diam adalah lebih baik, jangan tekan butang share dekat Facebook sebelum
korang beramal dengan surah Al hujarat dan al Nahl itu, orang politik, sila
take note!
Terkini, blog keretamayat dan kurang tulis isu kontroversi
sebab aku tengok dah ramai pakar yang tulis, contohnya dulu aku rajin cerita
pasal politik, kelemahan dalam politik PAS misalnya sebab aku sayang parti
Islam, kini aku tak tulis lagi sebab PAS dan PAN dah tulis kelemahan masing
masing. Isu “Harum Manis” yang berwana oren di dalam tapi Hijau di luar
mengkritik “Buah Petai” yang masih hijau di luar dan dalam tapi bau tidak
menyenangkan, ha ha,. Aku tak tulis isu ni, sebab pakar dari parti pilihan dan
tulis di wall Facebook masing masing.
Sama juga, dulu aku tulis pasal kebaikkan vaksin, pasal
orang ke bulan, pasal ilmuniti, pasal konspirasi, pasal produk mengarut, sebab belum ada pakar yang tulis, gigih dulu
aku kaji dan bertanya pakar sebelum tulis, tapi kini dah ramai doctor, jurutera
yang terkenal di Facebook update di status mereka, aku hanya mampu ‘like’ dari
jauh, tahniah pada korang semua.
Jadi di zaman lambakan blogger dan FB celebrity, apa isu
yang aku mampu tulis?
Apa isu yang aku sendiri pakar?
Pandang kanan, pandang kiri, aku tulis kisah Laki Bini
sahajalah..
Woha!
Akhir kata, sebelum viral apa apa berita, jangan lupa rujuk Surah
Al hujarat ayat 6 suruh kaji berita, Surah An-Nahl ayat 43 suruh tanya pakar, dan
Hadis Muslim no 47 suruh diam jika tak tahu.
Jika korang abaikan pesanan ini, hmmmm, meranalah korang di
neraka berpelukkan dengan Firaun Laknatullah menggelumpur di azap api neraka
kerana dosa fitnah ini besar sekali!
Take note!
Ps: Tolong Viralkan entry ini, he he..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Masyallah...
You are the best...
May Allah forgive, bless n protect u from every angel bro.
One step behind u. UMMUMIYAT
CF
jika saya pernah viral fitnah terhadap sesorang, bagaimana mau taubat?
Terimakasih Informasi yang diberikan, semoga selalu diberkati. Menyampaikan itu mudah, namun lebih sulit ketika mencermati,
Tak aci pkai spek itam.
Btw, TQ utk ilmu.
Buku yg dh beli thn lps x abis lg baca.
Since umur 18 masa zaman2 gelap seluar koyak kat lutut follow entry hamka masa tu 2 3 kerat mengomen tp sy x pernah komen...br dpt tgk muka hamka kereta mayat...gaya penulisan ganas seswai ngan muka agak rock tu...keep it up bro...selama 8 tahun ni 1st komen sy(sila kagum dari jauh) woha!
P/s:ayat kagum tu agak klassik...da lama awak x pakai....
begitulah adanya bila nak masuk aliran mainstream,
Ingat Sabtu lepas dapat jumpa, tapi cuma dapat jumpa buku je.."terpaksa" la beli buku dengan mengharap orang tu patah balik nak sign autograph..maka terpaksa la aku gi makan lak..
Tapi ko lupa 1 benda, nak viralkan benda so called islamic ni kena selit 1 ayat..sebarkan la bla bla bla..pastu siap tambah, kalau gossip laju je share, benda agama fikir banyak kali..
Aku biasa sekadar share dari orang tertentu..cth ustaz yg memang dah dikenali..tu pun dulu..sekarang ni bukak fb baca info lebih kurang, n baca apa yg orang lain share, yg kadang2 banyak yg ngarut je diorang ni share..sebab aku lebih berpegang pada pendapat ko yg ke-3...diam je lagi senang..paling rajin pun setakat like..
CF: terima kasih banyak banyk tuan
Anonymous: selain bertaubat, minta maaf pada dia.. oh, pesan pada diri sendiri.
bursapalembang: mencermati, deep nih,
cinta : ha ha
Anonymous: wah, umur 18 ? kagum dari jauh
aku_ein: saya ada patah balik, lepas makan tu
Post a Comment