Jun 16, 2015

Suamiku Encik Gay?

(Tanya sama abang Kereta Mayat)

Kredit gambar asal: Suamiku Encik Sotong

Surat pembaca:

Assalamualaikum abang hamka.

Abang mesti dah jumpa dan kenal pelbagai orang dari pelbagai ragam.
Bolehkah abang memberi sedikit pandangan dan nasihat untuk seorg isteri kepada seorang suami gay. (mempunyai anak2).

Macam-macam nasihat orang dah bagi dari ustazah, doktor psikiatri dan kawan baik(keluarga tak tahu). Akhirnya, semuanya berbalik kepada apa yang saya mahu dan sanggup tempuh. Kalau nak bertahan, bertahan lah. Kalau tak mamou,sila mintak cerai. Tapi jawapan tak semudah tu ;(

Bertahan itu sakit(bila tak diendahkan suami), bercerai itu lagi sakit(sebab saya sayang dia dan anak2). Untuk seorg isteri dan ibu.

Apa nak bagi tahu mak ayah. Apa nak bgtahu anak-anak bila diorang besar nanti. Apa pandangan masyarakat.

Hm.. orang perempuan ni, kalau cintakan seorang.. orang tu lah sampai mati. Sebab tu banyak isteri sanggup setia walaupun dengan suami yang mendera.
terima kasih.

Hamka said:

Salam kepada Puan XXX.

Simpati dari jauh, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,mungkin suami puan terkena penyakit HIV atau lain lain penyakit kelamin buat dia dingin terhadap Puan. Arghh, nampaknya komen aku langsung tak membantu.

Ok, kebetulan aku sedang tulis buku tentang masalah Gay, dan untuk itu aku ada berhubung dengan rakan FB yang mengalami masalah LGBT untuk buat kajian, lantas aku tanya admin group tu, ada tak pengakuan dari Gay yang sudah bertubat, Admin cakap ada dalam group wassap beliau, dan sudi untuk bagi pada aku dan share for next project sebagai tambahan info dalam buku aku kelak.

So, buku masih dalam proses untuk disiapkan, sementara itu masalah gay ini sememangnya adalah di luar pengalaman keretamayat, maka biarlah pengakuan dari pengakuan dari seorang gay bottom tegar (gay selalunya ada 2 atau 3 orientasi, iaitu top, bottom dan flex), boleh dijadikan rujukan oleh suami Puan dan lelaki gay yang lain. Tulisan beliau dalam whastapp banyak guna short word, aku cuba murnikan balik, maaf sangat jika maksud tak sampai.

Copy Paste:

Kisah hitam bermula tahun 2005, sekarang dah masuk tahun 2015, maknanya 10 tahun dah hidup dengan naluri songsang, dan aku categorizekan diri aku sebagai "gay bottom tegar"
Aku bole consider diri aku expert dalam dunia songsang ni, mungkin dah boleh graduate dan dapat anugerah diraja kot.

korang sebut jer term-term dalam dunia songsang ni, semua aku tau, cuma aku tak pernah terjebak dalam recreational drug & dirty/slaves jer, yang lain-lain tu mmg selalu sangat lah.

Aku pengguna tegar moneyboy, masseur dan jadi "service provider" pada abang-abangdan adik adik top. Tapi kekadang tu ade jugak "terpaksa" jadi top sebab partner ONS pun bottom jugek
Sauna-sauna pun jadi port favorite bila weekend, OTOT2, Sentral etc..

Tak lupa Sauna-sauna di Bangkok, Singapore, Jakarta juga di London, nak test international market katanya.

2007 aku diagnosed HIV. Tapi aktiviti aku tak stop setakat kat situ. nafsu sebelum dan selepas diagnosed lebih kurang sama jer, especially biler makin success dalam carrier, gaji naik, unspent money banyak, makanya makin liar.

Masuk tahun 2013, umur pun dah 36.

Hidup mula rasa bosan dengan lifestyle songsang, terdetik dalam hati bila nak insaf nih?

Dalam masa yang sama aku kenal la sorang awek ni, perkenalan yang tak disengajakan, .rumah kami pun dekat jer, so bila free time tu kekadang kitorg dating, dari segi nafsu, memang takde, maklumlah, "Bottom Tegar" lah katakan.

Parents pun sibuk dok tanya bila nak kawin?, kawan-kawan, sedara mara semuanya busy body tanya soalan yang sama.

Alih-alih, bulan 7 tahun 2014 aku melamar awek tadi tu, guna SMS jer,.hahaha

Dalam hati aku nekad, walaupun nafsu aku songsang, aku yakin aku boleh jadi suami, aku boleh jadi bapa, aku boleh jadi ketua keluarga, aku ambik risiko, walau apapun yang jadi nanti, aku yakin aku boleh drive isteri dan family, aku nak lari dari dunia songsang, aku dah bosan dengan PLU, aku tak dapat happiness, cuma aku dapat kepuasan nafsu jer dari mereka, aku tak nak nafsu semata, aku nak happiness dlm hidup.

Oh ya lupa nak bagitau, walaupun aku ni HIV +ve,, tapi aku dah lama start makan ubat antiviral. Maknanya, tahap kesihatan aku dah normal macam org lain, dan risiko untuk menjangkitkan virus ni pada bakal wife pun dah kurang. Sebab faktor ini jugak la menjadi punca yang menambahkan keyakinan aku untuk berkahwin, dan untuk pengetahuan korang, awek tadi tu tahu status HIV aku, dan alhamdulillah dia bole terima aku seadanya selepas aku approach dan explain pada dia, cuma pada awal nya dia push aku dan tanya aku mcm mana aku dapat virus ni, nak tak nak terpaksa la aku kelentong sama dia, tipu sunat takpe kan ? ;0

Enam bulan ikatan pertunangan, hubungan dengan tunang pun takde la semesra macam pasangan lain bercinta, mungkin disebabkan faktor nafsu aku yang lebih pada kaum sejenis, tapi aku takde la kejam sangat pada tunang aku, bila ada masa free kitorang kuar dating, bagi present, bunga etc....kena la jadi hipokrit sket kan, sebab tak nak tunang aku terasa hati.

Akhirnya bulan 10, kami diijabkabulkan, sebelum hari bahagia tu memang aku excited giler babi, bukan excited sebab dapat bini, tapi excited sebab jadi raja sehari..hahaha..maklumlah, hari glamour kita kan.

Tapi kalau korang nak tau, aku ade jugak contact dengan geng-geng  yang sekapal untuk dapatkan lesson learnt dari diorang macam mana nak go-thru malam pertama, alhamdulillah, diorg bagi +ve feedback.

Hari akad nikah, aku tengok muka wife aku, comey, hati berdebar-debar ni...sebab aku mula pikir yang malam nya nanti aku dah kena kembali kepada fitrah azali, menjadi pasangan kepada seorang wanita

Malam pun menjelma, dag dig dug dada berdegup kencang,eh, wife masih lagi tgh period, so malam ni aku selamat! Hahahaha (macam kisah hamka kereta mayat dalam buku Kamar suteralah pulak)
Tiga hari selepas tu,

"Awak, period saya dah habis",

“opssss-ok”


(Note, aku terpaksa delete bab ini sebab agak lucah)

.., walaupun tanpa membayangkan Aaron Aziz mahupun Zizan Razak, akhirnya aku klimaks jugak!
MEMANG BEST SEBENARNYA JADI TOP ESPECIALLY BILA GUNA CHANNEL YANG HALAL!

p/s: Dalam minggu tu 4 kali jugak lah kitorang ON sebab kami memang teringin nak anak cepat
Alhamdulillah, sekarang dah 2 bulan selepas ijabkabul, wife pun dah +ve pregnant

Moral of the story:-

1. Aku rasa, naluri gay ni sebenarnya more into mainan psychology jer, ianya cuma bayangan perasaan, once dah rasa sekali, bayangan nikmat tu akan kekal dalam minda...KENA DIVERT KAN PERASAAN NI, BILA DAH KAWIN, LAGI SENANG NAK DIVERT SEBAB FOCUS HANYA PADA ISTERI, TAK BOLEH LARI ke tempat lain.

2. Naluri gay tak boleh hilang dlm diri, korang kena slowly divert object dalam minda korang, kalau sebelum ni korang dambakan pelukan Fahrin Ahmad, tapi korang cuba lupakan semua tu sewaktu mengadakan hubungan intim dengan wife, secara automatik, korang lebih focus pada wife dan "device" yang ada pada diri dia.

3. Yang penting, DOA dan tawakal pada Allah SWT, itu kata kunci yang membuatkan aku rasa diri aku slowly buang jauh-jauh perasaan diva & kecelaruan identiti aku.

Alhamdulillah, makin lama aku makin sayang pada wife aku, tapi kena maintain fokus pada diri dia, jangan cuba divert minda pada pasangan sejenis, aku tak nak bersikap dingin pada wife, kesian kat dia.

Fokus, fokus dan fokus pada perkahwinan yang dibina, buang jauh-jauh perasaan diva, cerewet dan geli geleman terhadap wanita, fikirkan masa depan family, insyaAllah, kalau korang sentiasa maintain dgn perasaan +ve macam ni, pastinya hubungan korang dengan wife akan berkekalan selamanya, dan yang penting, jangan sesekali terpikir pasai jantan, dan jangan memandai-mandai mulakan conversation dengan skandal lama yang boleh menenggelamkan naluri normal anda.

KESIMPULANNYA: BOTTOM TEGAR SEBENARNYA MEMANG BOLEH JADI SUAMI DAN BAPA YANG HEBAT!

Apa yang penting, fikir masa depan diri sendiri dan set kan objektif dalam minda bahawa walaupun kita start hidup kita dengan dosa, tak semestinya neraka yang menunggu, ubah semua tu, jadikan destinasi terakhir kita adalah SYURGA! Amin.

p/s: sekarang ni, kalau aku tengok lelaki hensem, cuma terdetik dalam hati "alangkah indah ciptaan Allah".aku takkan sesekali pikir benda yang bukan-bukan.

End Copy Paste:

Klik sini untuk masalah Gay

Klik sini untuk pendapat peribadi Kereta Mayat

Update: BUKU AKU, ALMOND LONDON dan GAY telah siap. Alhamdulillah. Aku percaya Gay boleh berubah kerana dalam Al quran ada perintah Allah kepada Nabi Nuh menyuruh kaum gay bertaubat, yang mana bila Allah suruh, sudah tentu Dia yang Maha Mengetahui, TAHU bahawa dengan azam dan niat yang ikhlas, Allah akan membantu mengubah segalanya kerana Dia Maha Berkuasa.
Post a Comment