May 23, 2015

Rohingya Menangis sampai bila?

(Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!)
Sumber gambar: thecitizen
Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka akan ramai orang yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat kita, mandikan kita, kapankan kita, kemudian, mereka akan mengiringi mayat kita ke kubur, dan mendoakan semoga roh kita dicucuri Rahmat selama tiga hari tiga malam di majlis tahlil. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti kita, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja. Anda tidak mampu mengubahnya!

Akan tiba satu masa mungkin, di zaman pergolakan dan penindasan, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, namun mereka tidak datang ziarah mayat korang, mereka dah tak sempat nak uruskan mayat korang,  maka tinggallah mayat korang bergelimpangan masuk media, tiada yang mahu peduli untuk dimandikan, tiada yang mahu peduli untuk dikapankan, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur, sebab masing masing sibuk sibuk menjaga nyawa masing-masing lari naik bot pergi ke nagara lain mencari suaka politik, yang tinggal, hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat. 

Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan, jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kapan, Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka..

Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah salah satu nikmat mati.

Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka...

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...

Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!

Hakikat Merdeka adalah:

Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Aku ulangi,

Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..

Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang sangat besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang.

Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah.

Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka mash ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga masih ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan.

Orang Rohingya yang mati di bunuh Pengganas ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai.

Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat Rohinya nak solat berjemaah sebab pengganas di sana tak bagi siapa bakar rumah kerana katanya rakyat Rohingya bukan warga neraga mereka?

Kita di sini asyik kibarkan bendara parti kegemaran, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan lantang dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara yang aman, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?

Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?

Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna. Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas datang menyerang?

Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa, Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih.., Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar bersyukur lantas menyembah Allah dengan cara yang paling layak Allah di sembah. Iaitu solat awal waktu, berjemaah dan tempat azan di azankan.


Sekian. Pesan kepada diri sendiri.  Semoga Allah melindungi semua warga Rohingya yang tertindas, juga semua ummat manusia. Semoga kita semua beroleh Rahmat dan Pertolongan yang berterusan dari Allah, amin.

Ps: Ikutkan sejarah, isu penghapusan etnik di Bosnia dapat diselesaikan dengan campur tangan Negara lain, dan Malaysia sendiri di bawah arahan Tun M, telah menhantar tentera ke sana. Di harap Semua Negara termasuk Malaysia dapat sama-sama bantu selesaikan masalah yang aku dengar lebih awal dari isu Bosnia Heezegovina ini. 

13 comments:

Anonymous said...

Rohingya nie etnik yg bukan berasal dari Myanmar. Mereka nie dari bangladesh. Pada masa penjajahan british, diorg ni di bawa masuk british ke arakan(kat sempadan selatan bangladesh dan myanmar) utk bercucuk tanam dan buka tanah baru. Dalam sejarah Myanmar tak pernah wujud etnik Rohingya, mmg dah ada islam sblum rohigya berhijrah. pada tahun 1950-an rohingya nie tetiba wujud,org india dan bangladesh yg berkahwin dgn local mengelar bangsa mereka rohingya, sbb tu rupa fizikal mererka menyerupai orang asia selatan. utk myanmar mereka nie dah kira pendatang yg tidak diundang dan satu bentuk penjajahan.

Pada zaman penjajahan british, rohingya nie pro bristish, pasal bg diorg tanah dan hidup baru kat myanmar, British tubuhkan tentera mereka masa tu trdiri dari etnik rohingya shj, sal etnik lain setia pada Burma. kat sini la titik permulaan dendam benci burmese dgn rohingya. Jepun datang tolong burmese tapao rohingya dan melenyapkan trus pengaruh british di situ.

tu dari segi sejarah nye mmg dah lama cerita penindasan rohingya nie.

pada zaman junta pun sama jer, rohingya di tindas.

orang rohingya telah di nafikan hak warganegara. kerajaan myanmar tak mahu rohingya dalam tanah nenek moyang mereka.

Sbb tu Suu Kyi nyer pendirian, ini adalah masalah migrasi.

Pada pendapat aku lak, Rohingya di Malaysia adalah kanser yg akan merosakkan negara. setiap minggu mesti ada laporan pasal diorg nie yang aku terima.

Kita jangan simpati, sebaiknya empati dalam kemanusiaan. dasar kerajaan kita sebelum ni pada etnik rohingya hanyalah empati dan tiada bantuan dihulurkan. dalam 10 tahun nie, kerajaan kita dgn kerjasama unhcr, membawa masuk rohingya utk berlindung di negara kita di dalam kem yg diseliakan oleh UNHCR. tapi kita kena ingat, kerajaan tak bawa mereka masuk tanpa sebab. Rohingya di Malaysia ada kad pelarian UNHCR. dgn kad itu, mereka boleh tinggal dan bekerja di Malaysia tapi kebanyakkan nyer lebih senang mengemis, orang malaysia pemurah kata diorg.

Aku hantar diorg balik pun diorg tak kisah sal diorg tau cara nak masuk ker malaysia. ia jadi endless cycle.

(edit dari wau)

Anonymous said...

apesal kita asyik dengar heboh kenapa malaysia, indonesia, thailand tak bantu rohingya(seolah-olah menyalahkan negara ni), tapi takda pula orang bising-bising negara tablight bangladesh, pakistan, india yang lebih dekat dengan dorang? satu persoalan aku, kenapa rohingya ni sanggup ke malaysia, indonesia, dan thailand berbanding ke bangladesh yang lebih dekat dari sudut demografi, geografi dan juga etniksiti?

malah yang buat aku rasa something fishy,

1. bila thailand sendiri jumpa mayat mangsa sindiket penyeludupan disempadan malaysia thialand.

2. indonesia kenal pasti imigran yang datang tidak semua orang rohingya.

3. malaysia kenal pasti lebih kurang 1000 pendatang yang mendarat dilangkawi turut ada warga bangladesh dan malaysia akan hantar pulang semula.

apakah kedatangan warga asing ini atas faktor ekonomi yang sebenarnya??

Anonymous said...

ape ke hal mereka bukan asal dari myammar.kena bljr sejarah balik.ikut sempadan myamar sekarang ,kwsn arakan nie masuk dlm myammar.kwsn arakan tu memang tempat tinggal org rohingnya.sepatutnya peganas budha tu yang patut keluar dari kawasan arakan

Anonymous said...

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kubur-besar-mungkin-milik-rohingya-ditemui-di-padang-besar-lapor-portal

mediakreatif.my said...

lama betul tak berkunjung ke blog kereta mayat..

Anonymous said...

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-temui-kubur-17-khemah-penempatan-pelarian-di-padang-besar

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kedah-cannot-afford-to-house-boat-people-says-mukhriz

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-bantu-pelarian-hanyut-myanmar-sahaja-kata-shahidan

Anonymous said...

tak der masalah kasi saring jer, mana betul rohingya ambik dorang, ada pulau lebih lebih tu kasi dorang tinggal,

tak pon tukar bagi dorang jadi pak guard kat malaysia ni yang myamar ramai ramai jadi pak guard kat merata rata kat malaysia ni sepak balik negara dorang

hamka said...

terima kasih kepada yang masih sudi komen bertukar idea dan pandangan.

terbuka juga minda ini dengan lain lain pendapat.

Thanks.



Vimax Pills said...

semoga allah melindungi umat islam rohingya

eros asmara said...

Korang jangan le pula tertipu dgn bangsa 'Rohingya' ni.Aku dah jumpa diorang ni. Memang mereka sebenarnya keturunan Bengal / satu etnik India. Sebab bila alu cakap Urdu dgn dia..memang itu salah satu bahasa yg dia guna. So...ramai2 ni sebenarnya ambil kesempatan dtg Malaysia pasal ekonomi, nak anak sekolah free. Mentrri babi dia Si Haseena Begum perangai macam Rosmah...so you bayangkan le rakyat dia macam mana.korang fikirlah apa akan jadi nanti... Melayu hilang di dunia sebab anak gadis korang kena bunuh dan rogol dgn 10 Bangla yg jalan ramai2

Anonymous said...

Kalau kamu semua nak tahu, dalang disebalik migrasi Rohingya,Bangladesh,org Syria dan mcm2 sampah Asia ke Malaysia ni adalah pegawai tinggi UNHCR di Malaysia sendiri, Richard Towle. Tahun 2011-2013 dia pernah jadi UNHCR Australia.Sebenarnya ribuan boat people ni aim nak jadi warga Australia tapi kena reject sampai riot ramai2 dan amalan bakar memang biasa. Lagipun Richard Towle ni kena desak kaw2 dgn parliment Australia (sila baca media Australia dari tahun 2011-2013) coz mereka tak nak bukan mat salleh datang situ.so Australia guna line UNHCR dan letak warga2 India dan Bangla macam Saira Shaheem as officer dia kat KL. Mula mata nak hantar 800 je..dan Aussi janji nak tanggung duit. Tapi Bangla ni pulak ambik kesempatan join boat Rohingya ni...pakai tiket UNHCR tak kena tahan immigresen dan dapat suaka politik lagi. Tak tahulah menteri kita sedar ke tak.Dalam refugee ramai2 tu ada Syria ni sebenarnya puak pelampau mereka panggil terrorist yg pandai jadi imam padahal ada wahabi la,campur syiah pun ada.Perasan tak dua tiga tahun ni banyak budak Malaysia masuk IS sebab sampah Syiria ni yg bagi ceramah2 radikal di surau2 terpencil...siap cabar dan cakap cara sembahyang ustaz kita salah.Baguslakan...hasut budak2 muda pergi jihad tapi dia di Malaysia dapat elaun UNHCR,siap gatal ngorat perempuan di sini sampai jadi menantu..padahal hantu.Negara kita ni dah kucar kacir dek puak penjajah mat salehni pakai topeng humanitarian hotak dia.Bila org dah start sedar, Australia ni mula main game lain...masuk cerita MARA ketika org Malaysia tak sedar Richard Towle senyap2 cucuk menteri kita paksa suru sain treaty refugee,terima migran sbg rakyat baru,bagi kerja dan kemudahan hak asasi manusia konon.Perlu ada desakan kumpulan Malaysia...mana gi gengster 3line ke,orang kampung dusun ke,PEKIDA...suda PIGI DA ke??? BUAT Laporan ke UN la pasal Towle ni.Konon la jantan benar koma ni...lawak antarabangsa la semua, pergi perang ke Syiria berani tapi...lepas tu tanah kena ambik. Mesej untuk org Kedah berjuang untuk Syiria...padan muka hangpa, la ni Langkawi dah Rohingya punya...tak sedar lagi meme sah bodo

Vimax Canada said...

semoga kita semua berpulang dengan baik

Selaput Dara Buatan said...

Semua mkhluk yang bernyawa pasti mati, hanya kita bisa berdoa agar khusnulhotimah