Mar 31, 2015

Kisah laki bini dan Hadis?

(3 cerita, 3 hadis, 3 Pedoman)

Kisah satu-Sepagi bersama Driver Keretamayat

Berkata A‘isyah radiallahu ‘anha:

Pada satu pagi, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke rumah menemui saya dan bertanya:

“Adakah kita mempunyai apa-apa untuk dimakan ?”

Saya menjawab:

“Tiada.”

Maka berkata baginda: “Maka kerana itu sesungguhnya aku berpuasa."
1400 tahun kemudian.

Berkata pula bini Hamka:

Pada pagi ini, Hamka keretamayat masuk ke rumah menemui saya dan bertanya:

“Adakah kita mempunyai apa-apa untuk dimakan ?”

Saya menjawab:

“Tiada.”

Maka dengan lajunya Hamka berkata: “Jom sarapan di luar"

Ternyata, iman suami saya dan saya sendiri, sangat lemah, bila baca hadis Nabi, tepat kena atas batang hidung sendiri. Banyak lagi ilmu yang kita tahu tapi tidak amal kerana kelemahan iman, Doakan kami dalam tahajjud anda, jika teringat. Hu..hu.

Nasil Lemak restoran Zaman Kuantan
Kisah 2- Kucing yang dahaga di tengah hari.

Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Hadis riwayat al-Bukhari)

"Adik K buat apa tu?"

"Bagi minum kucing"

"wah, bagusnya, ni dah macam kisah pelacur yang masuk syurga sebab bagi anjing minum air dari kasut"

"Ayah, ambiklah gambar"

"ok, tapi tu kasut siapa punya?"

"Jumpa tepi paip rumah sebelah"

"Air ambik mana?"

"Air paip rumah pakcik sebelah!"

Ps:Adohai si anak, bagi minum air pada kucing sudah bagus, tapi kasut dan air jiran yang punya anak oii..

Kucing, jumpa lagi dipadang Mahsyar!


Kisah tiga, Sepetang di Pantai Timur

Pada suatu petangdi tepi pantai, ketika kami laki bini sedang duduk duduk di bawah sepohon kayu. Aku tiba tiba ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur.

Kemudian aku berkata kepada bini:

“Hai sayang! Mengapa awak tidak tanya kenapa abang berbuat demikian ini?"

Sahut bini ku: "Sila khabarkanlah padaku."
Pantai Nenasi-Pahang

Kata Aku, pernah Abu Usman r.a bercerita, ketika beliau dan Salman r.a sedang duduk di bawah sepohon kayu. Salman telah ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudian kata Salman kepada Usman:

"Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya kenapa aku berbuat demikian ini?"

Sahut Abu Usman: "Sila khabarkanlah padaku."

Kata Salman: "Beginilah Rasulullah s.a.w melakukan di hadapanku semasa kubersamanya di bawah sepohon kayu.Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda:

"Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?"

Sahut Salman:

"Sila khabarkan padaku kenapa Baginda buat begini."

Sabda Nabi Muhammad saw:

"Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna,kemudian dia laksanakan solat lima kali pada setiap hari maka dosa-dosanya akan gugur seperti mana daun-daun ini gugur."

Now you know.


PS: Nak riwayatkan hadis bersama anak bini, jika mampu secara practical, lagi bagus. Take note!

9 comments:

Anonymous said...

wah...

nabilah saraf said...

Sweetnyaaaaa laki bini

Anonymous said...

MasyaAllah. Bileh jadi relationship goal after nikah ni hehehe

Anonymous said...

nak suami macam ni, satu!

Anonymous said...

ha jadi baik kan bagus cam ni..

Anonymous said...

Kaedah riwayat hadis musalsal

sensei said...

Hamka keretamayat kembali!

hamka said...

Terima kasih, kepada semua yang masih sudi baca blog ini.

:)

wan muliani said...

Alhamdulillah. Smoga kekal ke jannah :)