Mar 7, 2015

Kenapa UMNO pakai Songkok?

(Bersatulah wahai geng Songkok dan Kopiah, kerana anda sedang berdiri menghadap kiblat yang sama)

Cuaca mulai menjadi kelam kabut, langit mulai mendung, dan kilat serta ribut petir jelas pancar memancar dan sabung meyabung, angin yang bertiup kencang dari arah timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang amat merbahaya kepada bot-bot kecil.

Dari tangga surau, kelihatan dua pemuda sedang bersiap untuk ambil wudhu. Maklumlah dalam cuaca buruk sebegini, Sunnah Nabi adalah pergi ke masjid.

Tiba tiba salah seorang dari mereka membuka topik perbualan yang bakal menyumbang kepada keadaan yang lebih buruk.

"Bro Hamka, kenapa orang umno suka pakai songkok? tak macam orang pas yang suka pakai kopiah?"

Tanya brother PAS pada aku yang sedang pakai kopiah.

"kenapa tanya aku, aku pakai kopiah, pergilah tanya mereka?"

Jawab aku sambil membetulkan kopiah atas kepala akibat tiupan angin kencang.

"Ustaz cakap, pakai kopiah sunnah Nabi dapat pahala, pakai songkok tak dapat pahala, perbuatan yang sia sia, orang jahil agama sahaja yang pilih pakai songkok dan menolak kopiah, apa pendapat kau?" tanya beliau lagi.

Malas nak berdebat bab politik, aku terus jawab:

"Aku rasa orang umno ni ikut ulamak Hassan al Banna kot, tak percaya? cuba korang search gambar Hassan Al Banna kat internet, banyak gambar beliau pakai songkok, tak kan lah ulamak macam Hassan al Banna ni jahil agama jugak macam dakwaan korang pada orang yang pakai songkok, tak payah bergaduh bab ni,  biarlah mereka nak ikut ulamak pilihan masing masing."

Hamba Allah itu diam tak menjawab lagi, lalu aku teruskan ambil wudhu.

Cuaca mulai tenang, langit kembali cerah, tiada lagi kilat yang menyabung, angin juga  bertiup lembut sesepoi bahasa. Laut kembali aman kepada bot-bot kecil.


Ps: Ini agak deep, sila take note- woha!

Gambar rujukan:



Note: Songkok berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim dan kemudiannya beransur menjadi budaya di Alam Melayu menggantikan Tanjak. Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban. Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu. Songkok popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci. Dalam kesusteraan Melayu, songkok telah disebut dalam Syair Perang Cina pada tahun 1840- (sumber: Wikipedia)
Post a Comment