Mar 7, 2015
Kenapa UMNO pakai Songkok?
(Bersatulah wahai geng Songkok dan Kopiah, kerana anda sedang berdiri menghadap kiblat yang sama)
Cuaca mulai menjadi kelam kabut, langit mulai mendung, dan
kilat serta ribut petir jelas pancar memancar dan sabung meyabung, angin yang
bertiup kencang dari arah timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam menyebabkan
laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang amat merbahaya
kepada bot-bot kecil.
Dari tangga surau, kelihatan dua pemuda sedang bersiap untuk
ambil wudhu. Maklumlah dalam cuaca buruk sebegini, Sunnah Nabi adalah pergi ke
masjid.
Tiba tiba salah seorang dari mereka membuka topik perbualan
yang bakal menyumbang kepada keadaan yang lebih buruk.
"Bro Hamka, kenapa orang umno suka pakai songkok? tak
macam orang pas yang suka pakai kopiah?"
Tanya brother PAS pada aku yang sedang pakai kopiah.
"kenapa tanya aku, aku pakai kopiah, pergilah tanya
mereka?"
Jawab aku sambil membetulkan kopiah atas kepala akibat
tiupan angin kencang.
"Ustaz cakap, pakai kopiah sunnah Nabi dapat pahala,
pakai songkok tak dapat pahala, perbuatan yang sia sia, orang jahil agama sahaja yang pilih pakai songkok dan menolak kopiah, apa pendapat kau?" tanya beliau lagi.
Malas nak berdebat bab politik, aku terus jawab:
"Aku rasa orang umno ni ikut ulamak Hassan al Banna kot, tak percaya? cuba korang search gambar Hassan Al Banna kat internet, banyak gambar beliau pakai
songkok, tak kan lah ulamak macam Hassan al Banna ni jahil agama jugak macam dakwaan korang pada orang yang pakai songkok, tak payah bergaduh bab ni, biarlah mereka nak ikut ulamak pilihan masing masing."
Hamba Allah itu diam tak menjawab lagi, lalu aku teruskan ambil wudhu.
Cuaca mulai tenang, langit kembali cerah, tiada lagi kilat
yang menyabung, angin juga bertiup lembut sesepoi bahasa. Laut kembali
aman kepada bot-bot kecil.
Ps: Ini agak deep, sila take note- woha!
Gambar rujukan:
Note: Songkok berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia
menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim dan kemudiannya
beransur menjadi budaya di Alam Melayu menggantikan Tanjak. Bagi kalangan orang Melayu, songkok
menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi
seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan sewaktu
menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban. Songkok juga dipakai oleh
tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu. Songkok popular
bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Di
Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci. Dalam kesusteraan Melayu,
songkok telah disebut dalam Syair Perang Cina pada tahun 1840- (sumber: Wikipedia)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
TGNA nak ludah muka orang UMNO yang mahu menuntut kesatuan antara UMNO-PAS, lagi Hamka nak tunjuk pandai.
Siapa sedia pergi hujung2 dunia kerana agama....
Laporan jemaah malaysia 4 bulan BBNJ (belanja besar negara jauh)
2013 - 30 jamaah
2014 - 150 jemaah
Tahun ini 2015 - malaysia telah ambil tanggung jawab untuk menghantar 400 jemaah ke 83 negara di keseluruh dunia...
Daripada pemerhatian, menunjukkan peningkatan secara mendadak jumlah jemaah yang dihantar untuk ke negara jauh... menunjukkan semangkin ramai ummat ni sedar akan kepentingan usaha ini, mulai faham akan dakwah adalah tanggung jawab setiap ummat Islam dan sedia berkorban untuk agama...
Ini belom lagi mengambil kira jemaah 4 bulan IPB, negara jiran, dalam negeri, jalan kaki, matsurat..2 bulan BBNJ, IPB, negara jiran, jalan kaki,40 hari BBNJ, IPB, negara jiran dalam negeri, jalan kaki, matsurat...10 hari, 3 hari ..daftari...Belom masuk lagi jemaah dari seluruh dunia, yang kini, tiada 1 negara pon yang terkecuali daripada usaha ini....Dapat bayangkan x?... mereka semua ini sedang bergerak di atas muka bumi ini, semata2 atas maksud agama..
Kalau dilihat dari segi ekonomi, rumah, harta benda, perkerjaan, kelapangan rakyat malaysia, di kampung, desa, pekan, felda, bandar mahupon kota, sepatutnya angkanya jauh lagi besar berbanding 400 jemaah.. malah berpuluh ganda, mungkin beratus ganda...yang perlu kita lakukan adalah menukar salah faham.. Agama ini akan dibangkitkan lagi sebelum datangnya hari kiamat, angka tersebut akan bertambah, hari demi hari, tahun demi tahun..
Adalah tersangat rugi kita tidak melibatkan diri...masih memberi alasan : saya sibuk, xd masa, saya kena kerja, kena cari makan anak isteri, kena bayar rumah kereta, 3 hari saya amat berharga...saya lebih rela korbankan 3 hari saya untuk pergi bercuti, memancing, melepak, naik gunung, masuk hutan, p laut... keinginan, kemahuan, keselesaan, kemewahan, keduniaan saya lebih penting dari usaha atas iman dalam diri saya sendiri, lebih penting dari agama y kerananya sahabat2 RA dahulu buat pengorbanan, nabi2 Allah AS dan nabi SAW disusah susah kan...
Adakah jawapan ini kita nak berikan diakhirat kelak?..Hidup ni antara 2 sahaja, untuk dunia atau untuk akhirat...Jika kita tidak habiskan masa untuk akhirat, kita akan habiskan untuk dunia...Begitu juga, pengorbanan, susah payah, kesedihan, kegembiraan, jika tidak kerana akhirat, kita hanya akan disibuk2kan kerana dunia..
Memang lah, dunia kita akan jadi lebih baik, isteri lagi cantik, rumah lagi besar, kereta lebih mewah,mak ayah gembira, dapat travel jauh2, tapi adakah ada bahagian untuk kita diakhirat kelak?..Kita cuba imbas kembali, selama ini saya banyak bersusah payah untuk apa?.. bagaimana akhirat saya.. bagaimana iman saya.. amal saya... pengorbanan saya... agama saya???
Jika kita tidak membuat pilihan, keputusan dan perancang..lihat lah nanti, 10 tahun lagi, 20 tahun lagi, dimana kita? Di kala sahabat2 kita sudah maju dari segi membuat pengorbanan untuk agama, timbul keghairahan, cinta pada agama, dimana kita? Adakah masih di takuk yang lama.. salah faham terhadap agama, ditipu oleh dunia, terus mengejar harta benda..atau pon sudah berada di alam kubur bersama penyesalan yang tiada guna...takut2 Allah tidak pilih kita hingga akhir hayat... dan pada saat itu pon, kita masih memberi alasan, saya kena hantar cucu saya pergi sekolah... saya dah nak mati dah, xmampu nak keluar jihad..duit saya dah habis digunakan untuk bina mahligai dunia... moga Allah jauhkan kita dari semua ini..
Moga Allah pilih kita menjadi salah seorang dari mereka yang bertebaran di muka bumi ini semata2 kerana agama..
*kopipes dari Fahmie Kamni yg joss pepagi ni..
kenapa anuar ibrahim tak pakai kopiah?
Saya terbaca sebuah sajak yang separuh lucu tapi sarat dengan sindirin tajam, ditulis penyair terkenal Nawawee Mohammad dan dimuatkan dalam media arus perdana tanggal 8 Februari 1998. Sajak itu diberi judul Songkok dan Kopiah.
Songkok dan kopiah itu asalnya sekapal
darjat mereka tidak pernah berubah,
berdiri sama tinggi duduk sama rendah,
tetapi berbalah-cekah tak sudah-sudah.
Berungkap nasihat menyengat
songkok selalu mengingatkan.
“Jangan lembik seperti kopiah,
tapi keras macam songkok”
Penuh yakin kopiah menjawab,
“Biar lembik asalkan putih.
Jangan keras apalagi hitam.
Sudahlah hitam sucimu diragukan.
Biar tak cantik jangan tak bersih”
Sindir songkok lagi,
“Jangan hidup seperti kopiah,
sesuai untuk pelikat bersandal getah,
sudahlah selekeh nilai amat rendah.”
Kopiah merendah menjawab tajam,
“Sehina-hinaku pernah juga mandi
menjamin kekal bersih dan suci,
untuk dijunjung mukmin merata-riti.
Semulia-muliamu sepanjang hidup
pernah mandi walaupun sekali.
Kalau ada, itu gila punya kepala.”
Tambah kopiah lagi.
“Hitam songkok sehitam tahi cicak
hanya umpama sang gagak,
walaupun dimandi air emas sekalipun
mustahil hitammu bertukar putih.
Putihku jika disabun dibilas-bilas
bertambah lagi berseri putih berseri.”
Dengan lembut songkok mengakui,
“Walaupun tidak pernah mandi,
aku sering ditayamun si berus
supaya kelihatan kemas terurus.
Selainnya aku sentiasa dijaga
daripada ditempiasi sang hujan
menjamin selalu keras dan kering
walau terpaksa menyemak dinding.”
Kopiah senyum menelan alasan
kemudian meminta fatwa bagaimana
amalan tayamun ala songkok
ketika hujan mencurah-curah?
Perbalahan antara songkok (UMNO) dengan kopiah (PAS) hingga saat ini mustahil bakal selesai, kerana songkok perjuangannya nasionalis, manakala kopiah landasan perjuangannya Islam.
(demitinta blogspot)
TGNA sudah tiada lagi.. takkan lah dia nak keluar dari kubur semata2 nak pergi meludah.. kalau nak hudud pon dah boleh langkah dah mayat si karpal tu.. apa lagi.. janganlah mencari alasan atau salah siapa untuk menyatukan dua puak umno dan pas.. ambillah iktibar dan ikutlah sunnah nabi bilamana nabi mencari jalan untuk menyatukan puak auz dan puak khazraj.. xder plak kita dengar riwayat nabi menyalahkan auz ataupun khazraj.. bila mereka sudah bersatu.. maka terjadilah madinah iaitu negara islam yang pertama.. marilah kita mencari jalan agar 2 puak ini umno dan pas bersatu.. dan negara islam yang kita idam2kan akan berjaya..
SOngkok, kopiah, yarmulk, keffiyeh, semutar, tak kisah apa pun janji ia identiti seorang Islam yang menutup kepala. Sebelum adanya umno dan pas, orang-orang alim ulama semuanya pakai tutup kepala tak kiralah songkok mahupun kopiah. Siap ada yang berbulu-bulu lagi (dari farsi). Artis nasyid Maher Zain pulak pakai beret, yaitu topi dari ciptaan barat? Topi mana yang islamik, topi mana yang tidak? Topi doraemon yang ada helikopter, itu Islamik jugak?
Cuma orang politik ni selalu berpikiran 'us vs them', siap label orang belah sana pakai macam mana...dulu pun ada je orang PAS yang pakai songkok hijau semasa ceramah.
Sorg ust tu bg tahu, Nabi saw org Arab, mk Baginda saw berpakaian cara Arab mk itu sunnah bg org Arab, kita org Melayu, mk kita berpakaian cara Melayu, yg penting menutup aurat dan sopan. Ikut kata ust tu, itu pun boleh dikira sunnah juga.
Tp bg aku yg penting niat dlm hati, utk taqarrub kpd Allah swt, pakai songkok ke, kopiah ke, jika niatnya betul OK aje bg aku, Kan bila dah pakai songkok ke kopiah ke kita jadi malu nak buat benda benda yg tak baik, itu dpt bantu kita dr melakukan perkara perkara yg tak baik. Dlm Quran pulak, sebaik baik pakaian tu taqwa, ikut kitab tafsir ketaqwaan itu sendiri adalah sebaik baik pakaian, ikut paham aku pulak, kita pakai sesuatu pakaian tu kerana taqwa kpd Allah swt, tak kiralah berupa jubah sarban ke, songkok ke, kopiah ke. Lg satu jgn suka perkecil atau perlekeh kebaikan yg org lain buat, tu sifat munafik tu. Niat org biar Tuhan je yg menilai.
ntah la bang..
hihi..try tanya hamka..dia selalu tawu.jgn marah hamka
songkok atau kupiah?
satu lagi set yang ko tak highlight yang jadikan isu ni macam tak ada apa apa
JANGGUT
ko pakaikan orang yang berjanggut dengan songkok tetap manis...
kenapa orang UMNO semuanya TOGEL?
Ana berjambang.....ana orang umno...kawan2 ana ramai yang berjambang....sunnah boh...jgn duk main ngan sunnah boh pasal politik....
Anonymous 645pm
Apa gunanya janggut jika nama Allah dijual ke nasrani (Khalid Gereja)
ya ana tau.. Ustaz fathul bari juga berjambang dan berjanggut...
ustazah mashita pon pakai tudung...
senaraikan dari atas lak bleh?..
kenapa polis dan tentera Malaysia diharamkan berjanggut?...
tak berjanggut semata mata takmau menjual agama? Allah maha berkuasa dia tak perlu manusia nak jaga ker nak jual nama dia ker..
ni yang memerintah tapi tak melaksanakan perintah Allah ni apa citer lak?..
jika PAS memerintah, semua askar dan polis akan pakai serban dan berjanggut.
Insya Allah kalau dorang sendiri berjanggut takan lah tentera nak berjanggut tak boleh...
cuba buang perasaan bodoh sekejap dan berfikir kenapa polis singh ada janggut pakai turban boleh pulak ...
dah fikir?... ok ambil balik bodoh ...masuk dalam kepala otak korang..
Malaysia negara islam... oh mestilah asal boleh solat jemaah sudah kannn...
hermmmm
Asalamualaikum Datin Sri Wan Azizah,Serta Anak-anak Ảnwar Ibrahim.
PENJARA KAJANG itu adalah didalam DUN dimana anda adalah wakilnya..
Pergilah melawat dan selami hati keluarga mêreka mungkin juga ada yg tak bersalah & menjadi mângsa,mungkin juga áda dikalangan isteri-isteri perlukan pembelaan seperti Anda.
Bezanya mêreka berjuang bêrsendirian mengerah keringat sendiri..mereka berjuang bêrsendirian demi menjaga aib suami supaya tidak diketahui tak ramai mengata,menghina keluarga merểka.
Alhamdulillah Datin Sri beruntung mengunakan platform politik untuk mengajak rakyat berjuang bersama untuk Suami Datin atas alasan keadilan ,Amat bertuah sungguh dengan mengunakan Kedudukkan serta pangkat menunjukkan kuasa têrselindung disebalik nama Suami.
Meriah sungguh dgn acara serta simbolik demi suami yg dianggap terinaya..diwaktu suami didalam pejara isteri & anak-anak seolah bêrpesta dgn tajuk "Keadilan untuk Ảnwar","Bebaskan Ảnwar demi Rakyat" lah
Kalau Ảnwar takde keadilan Pejuangan akan terhenti la yea..?
Maknanya selama ni ....
Lilin sudah..
Tahlil sudah...
Tarian Naga sudah...
Deklimasi sâjak sudah....
Disusuli pula dengan mengingati bểberapa Ảnwar dalam penjara..
Mungkin nanti sambutan Hari Raya,Hari Kẻmerdekaan yg akan diubah tajuknya(saya pasti) hari natal juga diadakan depan penjara..
Bertuah sungguh sebab Datin Sri dapat berjuang untuk suami bersama yg kononya bejuang demi Ảnwar hingga serata dunia seolah hanya Datin sâja isteri malang di Malaysia..(ada cikgu,Ustaz ibubapa kata "Ingat kalau kita râsa kita susah ada lagi org lebih susah dari kita"...)
TAHNIAH KERANA DATIN BERJAYA MEMECAHBELAHKAN PEMIKIRAN RAKYAT.
TAHNIAH!!!!TAHNIAH!!!...
Org melayu dulu bila kita buat salah 2 benda yg akan disuruh buat
1-bersumpah sambil pegang @ junjung quran.
2- minum air yg telah dibacakan yasin..mungkin itu zaman kuno yg dah dilupakan..
(Ada beza antara bersumpah menunjukkan kebenaran dgn sumpah yg dibuat main-main)
Zaman moden punya cara lagi banyakkan..
Hanya org buat salah akan memberi banyak alasan demi alasan
Org yang yakin benar tak risau di inaya kerana tau doa org terinaya itu lebih bahaya..
Buat kerana benar itu lebih menakutan musuh
Bukan mengunakan rakyat utk kebenaran..ITU DEMI POLITIK NAMANYA..
Isteri yg baik tak menjaja perkara aib suami..
Anak yang baik juga perlu menjaga nama baik Ayahnya.
Saya yakin dan pasti tak semua membenci Datin Sri walaupun berbeza idealogi politik.. jika jalannya betul..saya juga bukan 100% membenci Datin Sri
# Datin Sri saya ada cadangan...rasanya sebaik-baik tempat untuk mohon petunjuk bukanlah berdemo mengajak rakyat..
Berdoalah dihadapan ka'abah bersama keluarga..Insyallah jika benar terinaya,jika benar diinaya Allah tụnukkan jalan-Nya..saya yakin itulah jalan terbaik.
Terbaik!!!
Askar uthmaniah xde janggut pn.hanya simpan misai.xde janggut otomatik jd kapir ke?
tak habis habis kapir...
ada ker perkataan kapir dari atas kebawah komen ni
ko tak reffer zaman sahabat dulu macam mana... alahai...
sajo yo korang nak buek urang pas marah kan?hehe..
ekau urang ponah x gotong royong nak buek parit ko atau titi ko atau ampaian ko dikawasan umah korang..maso tu baru kono bincang atau dapatkan izin manusio dan kafir kan..itu pun bukan perkaro wajib..langgar pon xpo do..sajo nak beradap kan hehe..tapi dalam jalan demokrasi ni ekau diwajibkan dapat izin manusio tomasuk penyombah2 berhalo di pru dan parlimen dikalo nak buek hukum Tuhan...bukan nak buek ampaian tau bhai hehe..nak buek hukum milik Tuhan ni bhai..
inilagi gompak dari cito kupiah dan sungkok do bhai hehe...
kalu buek parit kek kawasan umah mintak izin raju xpo bhai...haha
wallahuaklam..
(mohon makan umoan den yo)
*(mohon makan umpan den yo...)
jgn sogan hehe
Pening semua nk politik nie.
Kalau nk satukan org pas ngan umno mmg smpi kiamat pn xleh.
Tp kalau nk satukan org islam (baca: yg tengah berpecah skrg), insyaAllah bleh.
Bersatu lah utk tegakkan agama xkira apa warna pn.
-Tok Buluh
ermm...ilmu2...menarik
nak tanya klau pkai tanjak tu ikut mazhab mana bro???
jiha redzuan...... lu meroyan ke ???
Assalamualaikum Hamka.
p/s: Lama sungguh tak bertandang..
mana boleh orang pas dan umno bersatu
ingat apa makan kenduri kawin ker?.. kalau makan kenduri ker main dam ker boleh lah...
oh.. atau solat jemaah ker boleh la... apa ingat masa solat jumaat tu semua orang PAS jer ker?
ini soal dasar... ehhh udah udah ler tu...
melayu berpecah...melayu merempat di negara sendiri..anak kecil main api ..adohai..
selama ni yang memerintah negara ni DAP kot..
pahhh songkok abang mana pahhh...
setelah membaca post ni dan komen komen yang ada, saya terlintas di dalam hati nak tanya, sebenarnya sunnah nabi memakai kopiah, serban, songkok ataupun sebenarnya menutup kepala?. saya selalu tertanya tanya perkara ini.
dan sebenarnya saya nak tanya, adakah sesuatu perkara yang rasulullah amalkan adakh pada benda ataupun manfaatnya. jika manfaat, maka songkok, serban dan kopiah memiliki manfaat yang sama. cuma yang kita selalu dengan pun rasulullah berserban. dan adakah warna menjadi syarat dalam sesuatu perkara?.
dan saya nak petik satu lagi stereotype, tentang makan kurma untuk berbuka, adakah makan kurma yang sunnah atau makan dengan sesuatu yang manis tapi berpada pada kuantitinya yang dituntut oleh rasulullah.
dan lagi satu, sifat org melayu, suka melakukan dari menyiasat, dan suka tuduh menuduh atntara satu sama lain, suka berburuk sangka dan suka merendah rendah dan menghukum sesuatu perbuatan. benda ni kan benda yang ditentang dalam islam, tapi kenapa yang ni yang diamalkan oleh orang islam, sedangkan islam mengajar kita ni bersaudara, dan kita seharusnya menghormati pendapat org lain, walaupun dia musuh kita.
rasanya banyak kisah nabi suka mendengar perndapat org lain, walaupun bukan muslim. serta sifat baginda yang suka memaafi daripada membenci. sedangkan pembunuh bapa saudara baginda pun dimaafkannya walaupun pada awalnya rasulullah hendak menjatuhkan hukuman mati.
nak tanya, dalam hukum hudud, jika mangsa memaafkan pesalah, adalah dia akan diringankan beban hukuman atau dikecualikan?
Ulasan yg baik. Tiada sebarang sindiran
Post a Comment