Oct 21, 2014

Modal untuk Mengadu?

(Nota untuk Muallaf, sebagai junior, lakukan dua perkara ini dan anda akan menjadi penganut yang maju dalam islam-Insya-Allah)

Selamat datang kepada saudara baru yang terpilih untuk masuk agama islam. Tahniah aku ucapkan kepada anda semua kerana selepas hidup bebas boleh minum arak dan berzina, akhirnya anda memilih untuk masuk agama islam yang mengharamkan semua itu, ternyata anda termasuk dalam orang orang yang mahu menggunakan akal kerana terbukti bahawa segala ciptaan Allah itu tiada yang sia sia, Maha Suci Allah, maka peliharakanlah kami dari azab api neraka.

Sebagai senior dalam agama ini, ingin aku beri sedikit nasihat kepada saudara baru tentang apa yang patut kita sebagai orang islam buat hari hari. Selain solat 5 waktu seperti yang anda sedia maklum, hari hari dalam islam juga dituntut agar kita meluangkan masa dalam solat malam mengadu pada Tuhan.

Bahasa arab di panggil Qiam, atau tahajjud, senang cerita setiap hari ummat islam digalakkan bersembahyang tahajjud dan selepas solat tahajjud, kita digalakkan berdoa panjang panjang tentang masalah atau peristiwa yang menimpa kita setiap hari. Ini yang dimaksudkan dengan mengadu pada Tuhan kerana hanya padaNYA lah tempat kita mengadu.

Apa yang nak kita adukan?

Soalan yang baik, mengadulah tentang hati dan perasaan kita siang tadi ketika berdakwah semasa insan, kerana sewatu berdakwah, kita diuji dengan orang yang mencaci, meludah, baling batu dan sebagainya.

Maka selepas solat tahajjud, kita mengadulah kepada Allah agar ampunkan dosa orang itu, mereka kasar kerana salah saya yang tidak pandai berdakwah, mohon juga kepada Allah agar orang itu diberi hidayat, seadainya esok pun mereka masih menolak, mohonlah kepada Allah agar anak cucu mereka juga diberi hidayat. Jangan lupa juga memohon hidayat kepada diri sendiri kerana Allah boleh bolak balikkan hati manusia.

Selain itu, kita juga boleh berdoa agar diberi kekuatan untuk berdakwah esok, mohon di beri hidayat kepada Umar (samseng kampong kita) untuk bantu kita. Perkara ini dibuat oleh Nabi Muhammad SAW.

Insya-Allah, jika anda saudara baru lakukan dua perkara ini, iaitu berdakwah di siang hari, dan mengadu pada Allah di malam hari, maka hati kita akan mendapat ketenangan abadi dalam kerja kerisauan ummat. Kita juga akan dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.

Itu sahaja pesanan aku buat saudara baru, andainya anda meninggalkan dakwah di siang hari, maka aduan anda kepada Allah dimalam hari menjadi low class kerana mengadu perkara yang condong kepada kepentingkan diri sendiri seperti, doa panjang umur dan doa murah rezeki.

Doa panjang umur, dan doa murah rezeki ini tidaklah salah, tapi nampak sangat kita ni tiada fikir risau ummat, kita tak pedulikan hidayat untuk orang bukan islam, kita tak pedulipun jiran tak sembahyang, apa yang kita risau? panjang umur dan doa murah rezeki sahaja? adohai..

Doa panjang umur ini pernah di minta oleh syaitan dan doa murah rezeki pernah di minta oleh Qarun.

Dalam sejarah, Allah telah makbulkan doa mereka, syaitan masih hidup sampai sekarang, dan Qarun terkenal sebagai orang yang paling kaya sehingga harta yang kita jumpapun dikenali sebagai Harta Qarun.

Tapi apa yang berlaku kepada mereka diakhirat? Mereka akan di azab siang dan malam.

Jadi, dalam doa tahajjud di malam hari, banyakkan berdoa hidayat kepada ummat, kerana itulah doa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Untuk berdoa sebegitu kena ada modal, iaitu berdakwah di siang hari. Jika tiada modal memang susah sikitlah nak mengadu, itu yang buat ramai orang islam langsung terus tinggalkan solat tahajjud, sebab tak ada modal nak mengadu.

Nak mengadu bab umur, takut jadi syaitan, nak mengadu bab harta, takut jadi macam qarun, nak mengadu bab dakwah, tak ada pula buat semalam, kelmarinpun tak buat, minggu lepas pun tak buat, tahun lepas pun tak berdakwah. Itu yang ramai senior dalam islam meninggalkan solat tahajjud sebab mereka tidak ada modal (tidak ada fikir risau atas ummat).

Akhir kata, marilah kita berdakwah di siang hari supaya ada modal nak mengadu pada Allah di malam hari.

Pesan kepada diri sendiri.


Ps: Mereka yang mendoakan bala sesama islam tidaklah mencerminkan islam. Harap saudara baru jangan salah faham. Take note.

8 comments:

Anonymous said...

1st??

Anonymous said...

second, my no robot is 155

Bintu Rajali said...

Assalamualaikum...

mesti tuan dah tau pasal program i want to touch dog tu...saya dah baca pendapat ustaz/ustazah/mufti semua...nak tau jugak pendapat tuan..tuan buat lah entry pasal ni... :-)

hamka said...

baru post dan ada request? baik aku update sekali lagi, blogger sportinglah katan, hubhuhu

Unknown said...

Pesanan yg terkesan... Tq Hamka..

Anonymous said...

Saya ada dengar ceramah fadhilah kamsah.. amat penting kita mendoakan jiran2, kawan2 kita,kawan anak kita, yakni orang sekeliling kita selain dr ahli keluarga. Sebab mereka inilah yg boleh memberi pengaruh kuat kepada akhlak kita dan anak2 kita..

Keep The Good Alive said...

Bro, aku suka entry ni. Terima kasih kasi pesanan.

Tornado Assassin said...

Mualaf Melayu