Sep 21, 2014

Hukum Beli Patung Permainan?

(Pengajaran dari kisah Ustaz belang dan ikan berbelang)

Korang pernah dengar kisah Ikan Belang? Kisah ni popular masa aku kecik dulu dalam ceramah ustaz dalam memberi contoh bahaya ulamak akhir zaman.

Kata ustaz masa ceramah, yang aku dengar masa aku masih kecik (sila kagum dari jauh sebab kecik kecik dah dengar ceramah-Woha!), akhir zaman nanti ada ulamak dunia yang bagi fatwa ikut nafsu, bahaya kita ikut mereka. Contoh jika kita berjaya tangkap ikan yang pelik, yang ada belang macam Harimau, lalu Tanya ustaz:

“Apa hokum makan ikan yang ada belang belang macam Hariamau, mukapun macam harimau, taring pun macam Hariamau, wahai ustaz?.”

Lantas jawab ustaz akhir zaman yang cinta dunia tu:

“Haram makan, sebab Nabi tak pernah makan ikan belang macam tu”

Kitapun jawab:

“Tapi ustaz, saya ingat nak hadiah keuntungan jual ikan belang ni separuh kat ustaz?!”

Terus ustaz tu ubah fatwa, “saya semak jap, sebenarnya tak haram, saya dah kaji detail, harus hukumnya”

Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam ni! Faham tak? Tanya ustaz pada aku yang masih kecik. Aku angguk setuju sebab masa aku kecik dah ada ustaz yang bagi fatwa ikut nafsu.

Imbas kembali, masa aku kecik,Aku pernah dengar ceramah ustaz lain yang cakap, Haram bergabung dengan parti kafir, haram lantik calon perempuan sebagai wakil rakyat, haram kerja kerajaan sebab cukai bercampur dengan judi, haram solat di masjid kerajaan, haram makan sembelihan orang sokong kerajaan, kahwin tak sah jika tak sokong kami, macam macam lagilah, tak ingat pulak sebab masa tu kecik lagi.

Tapi sekarang, ustaz yang sama cakap haram bergabung dengan parti kafir pulak cakap, harus bergabung guna konspet Tahalul siyasi, boleh lantik wakil rakyat perempuan,  dan macam macam lagi,Nampak?

Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam ni! Faham tak? Tanya aku pada korang yang dah besar panjang, jika tak faham jugak, sila angguk setuju sebab semua dah berbulu kemaluan, patut lagi faham.

So, lupakan intro kisah ikan belang di atas, sekarang balik kepada soalan:

“Apa Hukum Beli Patung Permainan?”

Sebab, dalam riwayat Muslim dan Ahmad, kata Ibnu ‘Abbas:

“Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap pembuat patung akan diseksa dalam neraka, dijadikan setiap patung itu roh sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam”

Dalam hadis lain pulak menyebut, Malaikat Rahmat tak masuk rumah yang ada patung dan gambar, dan macam macam lagi dalil Haram yang dikeluarkan oleh ustaz terntentu.

So, korang tanya aku hari ni, rasanya aku tak pernah tulis entry berkenaan patung mainan dalam blog ini, so ini adalah jawapan pertama aku.

Jika aku jawab HARAM kali ni, dan lepas tu korang cakap nak hadiahkan patung yang mahal kat aku, lalu aku ubah jawapan kepada “harus”, maka aku dah jadi bangang 2x5 dengan ustaz belang di atas.

Moral dari kisah ustaz belang, jangan cepat keluarkan hokum haram sebelum korang siasat sebab nanti tiba tiba korang cakap harus pulak, maka jadilah korang orang islam yang mempermain mainkan hokum agama, kalau salah mengaku, tak payah nak cover dengan istilah Tahalus siyasi bagai, adohai..

So,bila aku tanya pada ustaz yang belajar dengan ulamak bekas anak murid Maulana Zakariyya yang belajar agama dengan sanad sampai Rasullulah, jawabnya:

“Gambar dan patung yang tiada fungsinya haram disimpan dan digantung atau dipamer dalam rumah. tapi kalau ada fungsi, misalnya alat mainan, lampu berbentuk binatang, poster gambar makhluk bernyawa sedang solat untuk mengajar kanak-kanak, ia diharuskan (rujukan, kitab fathul mu'in, imam syaikh zainuddin malibari, dan kitab rujukan fiqh mazhab syafie yang lain.

So, hukumnya ” Harus”.

Kepada ibu bapa, bolehlah beli mainan anak tanpa rasa was-was.

Habis cerita. Lain kali jangan cepat haramkan hokum macam geng politik jika tak nak jadi macai.

Ini agak deep, sila take note.

Sekian.

Ditulis oleh penjual Lampu Projektor warna warni berbentuk penyu. Woha!

Ps: Lampu Penyu semua warna dah habis, tinggal hijau sahaja, untuk order, sila klik sini, Woha!

18 comments:

Anonymous said...

PAS pon macam ko jugak... mula mula baca yang datang haram bebenar, last last kalau ada function dibolehkan... cantik gitu..

ulamak yang mengharuskan tu kira ulama dunia jugak ker?

Prince of Noob said...

terima kasih atas pencerahan ustaz hamka. kalau saya suka kumpul koleksi robot gundam tu camner ustaz?

Unknown said...

betoulkah

Unknown said...

atau sekadar penyedap cerita

fitnah ulamak juga berdosa

Anonymous said...

fitnah ulamak berdosa !
tapi ..ulamak buat fitnah tak berdosa ??

dulu lain sekarang lain , dulu haram sekarang halal , tahaluf siyasi punya pasal yg haram jadi halal !

dulu cakap lain , selang 3 tahun ubah pula jadi lain, sekarang lagilah lain , depan orang kampung cakap lain, dengan orang bandar pula cakap lain, depan mahasiswa lain pula skripnya ..

adoyaiii ...terlalu ramai lebai ustaz dalam pas buat gini, apa malaikat tak tulis dosa dan percakpan orang pas ke ?

ehh ..pas tu betulke parti islam ?

Anonymous said...

Ada lagi rupanya trend doakan keburukan orang ni.

Susah sebenarnya kalau asyik berlawan 'Islam aku betul Islam kau salah', dalam parti yang sama pulak tu.

Bangang Punya PAS!

eh? Hamka tak sebut PAS, tapi tiba tiba orang PAS perasan disalahkan. kekekekek

Anonymous said...

Satu negara tengok betapa lucunya Parti Islam Semalaysia dan penyokong-penyokongnya.

Ramai Ustaz belang hidung belang dalam tu rupanya.

Anonymous said...

hamka pon kadang kadang berbelang jugak apa ada hal..

Anonymous said...

ore pas bodo sokmo2.. juara brtakbir

Anonymous said...

orang pas roboh patung penyu di terengganu,haram katanya, tapi ubah hukum patung helang dilengkawi, lepas tu kini di shah alam, macam macam patung binatang dibina.

inilah fatwa ustaz belang!

Anonymous said...

yang konsisten ore Be N jo..semuanya halal sokmo...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Nur Hamidah ni dah kahwin?

polaris.saujana said...

Jazakallah HAMKA atas pencerahan

Semoga Alalh istiqamah kan tuan dalam agama

Anonymous said...

Nur Hamidah ni dah kahwin? kalu belum lepas kahwin tak minat dah peluk patung teddy bear....

Anonymous said...

Kat Malaysia nie mustahid xda. Apatah lagi mustahid mutlak.
hukum jangan main2.

Berlapang dada dah lah.
Kita ni org awam.
Bukan layak kt nie nk bahas ttg hukum.

btw, ape motif ko hamka.
pas bc komen yg reader ko tulis, aku xnmpk yg ok melainkan yg kurang ok.

WAllakhualam.

Bintu Rajali said...

yeaaayy... dah habis baca semua entry termasuk komen2 dr 1st post smpai the latest. aku start on 8 ogos... well, agak lambat pencapaian itu sebenarnya tp aku byk lagi benda lain nak dibaca...thanks tuan Hamka...aku dah banyak copy tuan punya nota dan masukkan ke dalam folder Nota Hamka...teruslah menulis, teruslah mendidik...

p/s 1 : apabila Hafizbar tak lagi muncul di blog tuan, makin ramai spesis berebut 1st comment...woha!
p/s 2 : Dewa Kebaikan tu Hafizbar ke?
p/s 3 : kenapa aku highlight kan Hafizbar? ahaks...kerana aku positif dgn komen dia... :-)

detective nie said...

entry yang menarik dari hamka sekali lagi!. Thumb UP!.

tringat kisah Nabi Muhammad saw time Saidatina Aisyah difitnah. Nabi x trus buat judgement or tindakan dengan fitnah tersebut. nabi senyap dan berdoa kepada Allah swt, sampai Allah turunkan wahyu membersihkan nama Saidatina Aisyah. tp sekarang manusia suka judge something base on the cover, not the content. and always cause misunderstanding and lies for their own profits and gains. this world need to face despair to change.

semoga ALLAH menurunkan rahmat bagi hambanya yang bertaqwa dan berusaha untuk mencari taqwa.