(Kisah orang nak tikam orang dengan pisau yang tajam,
sebelum itu sila ambil harta pusaka Nabi dulu...)
Andai malaikat ada sifat penat, tentu malaikat akan penat tulis dosa aku...
Malam ini aku rasa mungkin malam terakhir aku hidup di
dunia, kerana mati itu boleh datang secara tiba tiba, dan aku rasa, dengan
amalan yang sedikit, dan dosa yang banyak, aku rasa jika aku mati aku akan
masuk neraka.
Untuk elakkan diri masuk neraka selamanya, aku perlukan
modal untuk merayu kepada Allah, agar Allah yang Maha Mengasihi kasihan pada
aku apabila melihat modal rayuanku.
Lepas solat isyak di surau tadi, ada orang tabligh kat
surau kampung aku ajak buat amalan memakmurkan masjid, iaitu ajak orang muda
yang sedang lepak waktu malam di tepi jalan, datang ke masjid dengar ceramah
atau bacaan hadis.
Aku yang pada mulanya rasa malas, malu dan segan nak
berdakwah pada waktu malam sebegini, terus rasa bersemangat bila mengenangkan
ini adalah peluang untuk dijadikan modal merayu kepada Allah jika aku mati malam
ni dan masuk neraka. (Nauzubillahminzalik.)
Terus aku tawarkan diri untuk sedia turut serta dan dengan penuh
bersemangat melangkah keluar masjid ajak anak muda atau sesiapa sahaja yang aku
temui dijalanan untuk diajak dengar ceramah, al maklumlah akhirat nanti manusia
akan saling tuntut menuntut dengan salahkan orang lain. So yang dah selalu
pergi masjid akan di salahkan kerana tak pernah ajak mereka ke masjid. Jadi dengan
amalan ini aku ada modal untuk merayu pada Allah andai aku tergolong dalam ahli
neraka! Isk!
Lagipun, amalan ini pernah di buat oleh sahabat nabi, seperti
Abu Hurairah r.a yang telah keluar dari masjid, dan pergi ke pasar lalu
berkata: “datanglah ke masjid kerana harta pusaka Nabi sedang
dibahagi-bahagikan”, lalu orang ramai datang ke masjid dan didapati di masjid
ada majlis taklim, halqah iman, dan ceramah agama yang mana itulah ‘harta
pusaka’ Nabi Muhammad SAW.(rujuk al-Awsat dari Imam al-Tabarani)
So, dijalanan, aku jumpa 3 bijik motor dan enam mat rempit
yang sedang lepak, mereka pada mulanya nak lari, tapi setelah aku cerita
tentang kisah sedih anak muda di Gaza yang di bunuh Israel, kisah sedih pemuda
Syria yang dibunuh kejam, kisah sedih pemuda di Iraq yang dibunuh ISIS, kisah
sedih pemuda di Negeria yang dibunuh Bako Haram, maka mereka kelihatan insaf di
tempat kejadian kerana al maklumlah di Malaysia yang aman ini, mereka memilih
untuk berpoya poya, lalu mereka semua ke masjid dan terus di tazkirah oleh
ustaz yang dah sedia menunggu.
Aku juga ketuk pintu satu rumah, keluar lelaki dengan mata
merah, dan aku jelaskan tujuan kedatangan aku sebab nak wujudkan suasana agama
dengan amalan memakmurkan masjid, yang mana dalam hadis menyatakan Allah akan
menurunkan Rahmat dan menangguhkan bala di suatu kampung yang hidup dengan
amalan memakmurkan masjid. Lelaki yang mata merah itu bersetuju untuk turut ke
masjid dan terus beliau di ‘sekolahkan’ ustaz kat sana tentang maksud hidup
tanpa belas kasihan.
45 minit kemudian, ceramah disudahi dengan tasbih kafarah,
dan semua peserta majlis amalan memakmurkan masjid bersurai.
Tidak lupa lelaki yang mata merah mengucapkan terima kasih
kepadaku kerana tadi dia sedang bergaduh dengan kawannya dan sudah sampai ke
tahap nak membunuh, pisau sudah ada di tangan untuk tikam kawannya yang sedang
leka, tiba tiba pintu diketuk dan dia seolah tersedar dari rasukan iblis lalu
membuka pintu dan terus ke masjid dalam keadaaan bingung namun di Rumah Allah,
hatinya kembali tenang dan bersyukur kerana telah terselamat dari fitnah besar
dalam hidup...
Jam 10 malam aku sampai rumah, anak anak sedang belajar
dengan bini ilmu dunia sebab esok mereka nak exam, akupun tak nak ganggu
mereka, masuk bilik dan update status ini.
Enrty ni macam ada unsur riak, (pergi mampus pada diri
sendiri) tapi sebab korang tak kenal aku, dan akupun tak pernah upload gambar
dalam blog, maka bacalah entry ini dengan semangat nak cari modal melalui
amalan dakwah untuk merayu dalam neraka andai korang masuk neraka!
Ketahuilah, kadang kadang kita rasa malas, malu dan segan
nak berdakwah cara macam nabi Muhammad SAW, namun jika korang masuk neraka
sebab dosa banyak macam aku, kurang kurang kita ada modal nak merayu pada
Allah, sebab mati itu datangnya secara tiba tiba.
Langkahan kaki kita ini semakin memendekkan umur, inilah
langkahan maut namanya.
Kemanapun hala tuju kita, tanah perkuburan islam jua
distinasi yang pasti, adakah di sana bakal menjadi taman syurga atau lembah
neraka?
You tell on yourself!
Tutup entry dengan tasbih kafarah!
Ps: Rasa bersemangat untuk amal agama akan datang apabila
mengenangkan ini adalah peluang untuk dijadikan modal merayu kepada Allah jika mati
malam ni dan masuk neraka..,
Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan
niat untuk betulkan orang lain, maka akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan
putus asa, berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan
tapi jangan sampai membinsakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur
dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah
di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.
Pesan pada diri sendiri.
18 comments:
mashallah....
Subhanallah...kuat kerja agama ..mlm2 pi ketuk pintu umah org..ada lagi rupanya org2 mcm kamu ni di Malaysia.
langkahan mauttttttt
Langkahan maut
langkahan yg memendekkan hayat
moga Allah beri hidayat pd umat
selamat hr raya bro!
Alhamdulillah Tn Hamka atas kerja dakwah selama ini. Semoga ada nilaian di sisi Allah. Saya baru khatam buku Kamar Sutera. banyak pengajaran dan ilmu yang saya dapat. Syukran. Teruskan mujahadah dalam perjuangan. Usah harap masyhur di kalangan makhluk. Yang utama masyhur di sisi Allah.
Assalamu'alaikum.
Brader!
Entry ini sangat sweet.
Lebih sweet dari cotton candy.
Aku nak pinjam.
Thanks.
-KTGA-
Rocky the Great Flesh Vibrator says: aku pon dah dakwah peniaga2 pasar ramadhan yang mana aku singgah hari tu. Aku ckp kat YB DUN & MP (Pas tpt aku) tlg la gi tegur peniaga2 pasar ramadhan jangan lupa asar & maghrib. Result?... entah.
Lu da jumpa CDM25 tak Hamka?
Alhamdulillah, seram pun ada entry ni. semoga kita smeua lebih bersemangat dalam berdakwah..
brader keretamayat dah jadi superhero...superhero dakwah
COMEL SUNGGUH ENTRY NI..
APABILA EN HAMKA TIDAK BERCAKAP TENTANG POLITIK.. MAKA ENTRY AKAN JADI COMEL..
TERUSKAN USAHA DAKWAH TANPA MENGHINA KEKASIH ORANG LAIN.
KERJA YANG BAGUS.. SYABAS..
SEMOGA KITA SEMUA ADA MODAL DI HADAPAN ALLAH..
MERAYU AGAR SELAMAT DARI AZAB NERAKA..
Assalamualaikum tuan.
Mohon kebenaran dikongsi entri ini ye.
Alhamdulillah...
Seronok baca..tp x seronoknya...tgh dgr azan isyak...tp sy smpat komen pulak kat cni...setan sungguh kan!
Ok stop! Nk p solat jap..:)
salam.
sweet ke xsweet ntah.. aku xmampu nk nilai sweet@comel sesebuah penulisan.
tapi... dah lama sgt aku xjmpa entri2 tuan admin yg boleh memberi aku modal utk aku jadikan bahan ceramah kpd hati & diri aku sndri(aku jahil agama,slalu guna ilmu2 org lain dari blog,ceramah ikim @ mjlh utk bg ceramah pd diri sndri bila aku duk sorg2). rasanye dlm 1/2 thn ni entri tuan admin lbh ttg isu semasa,buku dll. semoga aku akan jmpa lg entri2 yg akan sntuh hati hitam ku ini.
tahniah tuan tanah blog kereta mayat.
mahluk daratan.
dan terus beliau di ‘sekolahkan’ ustaz kat sana tentang maksud hidup tanpa belas kasihan. (menagis mamat tu bro)
Tornado Assassin: Nak istiqamah yang payah tu, adohai..
Fam: langkahan yg melebarkan kubur atau menyempitkannya? huhu
School Of Tots : Terima kasih atas doa kalian
Keep The Good Alive : Salam, aku izinkan, no problem.
CDM25: slow pulak aku ni, CDM apa?
sesegar : Amin..
AHLI : Bukan ini cerita tentang politik Nabi ke? He he
ummi affendi jr : Saya benarkan,
asyifa mustaffa: Jangan lupa doa pada aku jika teringat,
mahluk daratan: Kagum dari jauh pada semangat korang, alhamdulilah
usaha atas iman dan amal : woha!
tangisan dalam senyuman x6
tangisan dalam senyuman x6
Post a Comment