Aug 5, 2014

Mencari Modal di Neraka?

(Kisah orang nak tikam orang dengan pisau yang tajam, sebelum itu sila ambil harta pusaka Nabi dulu...)

Andai malaikat ada sifat penat, tentu malaikat akan penat tulis dosa aku...

Malam ini aku rasa mungkin malam terakhir aku hidup di dunia, kerana mati itu boleh datang secara tiba tiba, dan aku rasa, dengan amalan yang sedikit, dan dosa yang banyak, aku rasa jika aku mati aku akan masuk neraka.

Untuk elakkan diri masuk neraka selamanya, aku perlukan modal untuk merayu kepada Allah, agar Allah yang Maha Mengasihi kasihan pada aku apabila melihat modal rayuanku.

Lepas solat isyak di surau tadi, ada orang tabligh kat surau kampung aku ajak buat amalan memakmurkan masjid, iaitu ajak orang muda yang sedang lepak waktu malam di tepi jalan, datang ke masjid dengar ceramah atau bacaan hadis.

Aku yang pada mulanya rasa malas, malu dan segan nak berdakwah pada waktu malam sebegini, terus rasa bersemangat bila mengenangkan ini adalah peluang untuk dijadikan modal merayu kepada Allah jika aku mati malam ni dan masuk neraka. (Nauzubillahminzalik.)

Terus aku tawarkan diri untuk sedia turut serta dan dengan penuh bersemangat melangkah keluar masjid ajak anak muda atau sesiapa sahaja yang aku temui dijalanan untuk diajak dengar ceramah, al maklumlah akhirat nanti manusia akan saling tuntut menuntut dengan salahkan orang lain. So yang dah selalu pergi masjid akan di salahkan kerana tak pernah ajak mereka ke masjid. Jadi dengan amalan ini aku ada modal untuk merayu pada Allah andai aku tergolong dalam ahli neraka! Isk!

Lagipun, amalan ini pernah di buat oleh sahabat nabi, seperti Abu Hurairah r.a yang telah keluar dari masjid, dan pergi ke pasar lalu berkata: “datanglah ke masjid kerana harta pusaka Nabi sedang dibahagi-bahagikan”, lalu orang ramai datang ke masjid dan didapati di masjid ada majlis taklim, halqah iman, dan ceramah agama yang mana itulah ‘harta pusaka’ Nabi Muhammad SAW.(rujuk al-Awsat dari Imam al-Tabarani)

So, dijalanan, aku jumpa 3 bijik motor dan enam mat rempit yang sedang lepak, mereka pada mulanya nak lari, tapi setelah aku cerita tentang kisah sedih anak muda di Gaza yang di bunuh Israel, kisah sedih pemuda Syria yang dibunuh kejam, kisah sedih pemuda di Iraq yang dibunuh ISIS, kisah sedih pemuda di Negeria yang dibunuh Bako Haram, maka mereka kelihatan insaf di tempat kejadian kerana al maklumlah di Malaysia yang aman ini, mereka memilih untuk berpoya poya, lalu mereka semua ke masjid dan terus di tazkirah oleh ustaz yang dah sedia menunggu.

Aku juga ketuk pintu satu rumah, keluar lelaki dengan mata merah, dan aku jelaskan tujuan kedatangan aku sebab nak wujudkan suasana agama dengan amalan memakmurkan masjid, yang mana dalam hadis menyatakan Allah akan menurunkan Rahmat dan menangguhkan bala di suatu kampung yang hidup dengan amalan memakmurkan masjid. Lelaki yang mata merah itu bersetuju untuk turut ke masjid dan terus beliau di ‘sekolahkan’ ustaz kat sana tentang maksud hidup tanpa belas kasihan.

45 minit kemudian, ceramah disudahi dengan tasbih kafarah, dan semua peserta majlis amalan memakmurkan masjid bersurai.

Tidak lupa lelaki yang mata merah mengucapkan terima kasih kepadaku kerana tadi dia sedang bergaduh dengan kawannya dan sudah sampai ke tahap nak membunuh, pisau sudah ada di tangan untuk tikam kawannya yang sedang leka, tiba tiba pintu diketuk dan dia seolah tersedar dari rasukan iblis lalu membuka pintu dan terus ke masjid dalam keadaaan bingung namun di Rumah Allah, hatinya kembali tenang dan bersyukur kerana telah terselamat dari fitnah besar dalam hidup...

Jam 10 malam aku sampai rumah, anak anak sedang belajar dengan bini ilmu dunia sebab esok mereka nak exam, akupun tak nak ganggu mereka, masuk bilik dan update status ini.

Enrty ni macam ada unsur riak, (pergi mampus pada diri sendiri) tapi sebab korang tak kenal aku, dan akupun tak pernah upload gambar dalam blog, maka bacalah entry ini dengan semangat nak cari modal melalui amalan dakwah untuk merayu dalam neraka andai korang masuk neraka!

Ketahuilah, kadang kadang kita rasa malas, malu dan segan nak berdakwah cara macam nabi Muhammad SAW, namun jika korang masuk neraka sebab dosa banyak macam aku, kurang kurang kita ada modal nak merayu pada Allah, sebab mati itu datangnya secara tiba tiba.

Langkahan kaki kita ini semakin memendekkan umur, inilah langkahan maut namanya.

Kemanapun hala tuju kita, tanah perkuburan islam jua distinasi yang pasti, adakah di sana bakal menjadi taman syurga atau lembah neraka?

You tell on yourself!

Tutup entry dengan tasbih kafarah!

Ps: Rasa bersemangat untuk amal agama akan datang apabila mengenangkan ini adalah peluang untuk dijadikan modal merayu kepada Allah jika mati malam ni dan masuk neraka..,

Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain, maka akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinsakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.

Pesan pada diri sendiri.

18 comments:

Anonymous said...

mashallah....

Tornado Assassin said...

Subhanallah...kuat kerja agama ..mlm2 pi ketuk pintu umah org..ada lagi rupanya org2 mcm kamu ni di Malaysia.

Anonymous said...

langkahan mauttttttt

~fam~ said...
This comment has been removed by the author.
~fam~ said...

Langkahan maut 
langkahan yg memendekkan hayat


moga Allah beri hidayat pd umat

selamat hr raya bro!

School Of Tots said...

Alhamdulillah Tn Hamka atas kerja dakwah selama ini. Semoga ada nilaian di sisi Allah. Saya baru khatam buku Kamar Sutera. banyak pengajaran dan ilmu yang saya dapat. Syukran. Teruskan mujahadah dalam perjuangan. Usah harap masyhur di kalangan makhluk. Yang utama masyhur di sisi Allah.

Keep The Good Alive said...

Assalamu'alaikum.
Brader!
Entry ini sangat sweet.
Lebih sweet dari cotton candy.
Aku nak pinjam.
Thanks.
-KTGA-

Anonymous said...

Rocky the Great Flesh Vibrator says: aku pon dah dakwah peniaga2 pasar ramadhan yang mana aku singgah hari tu. Aku ckp kat YB DUN & MP (Pas tpt aku) tlg la gi tegur peniaga2 pasar ramadhan jangan lupa asar & maghrib. Result?... entah.
Lu da jumpa CDM25 tak Hamka?

Unknown said...

Alhamdulillah, seram pun ada entry ni. semoga kita smeua lebih bersemangat dalam berdakwah..

Anonymous said...

brader keretamayat dah jadi superhero...superhero dakwah

AHLI SURAU said...

COMEL SUNGGUH ENTRY NI..

APABILA EN HAMKA TIDAK BERCAKAP TENTANG POLITIK.. MAKA ENTRY AKAN JADI COMEL..

TERUSKAN USAHA DAKWAH TANPA MENGHINA KEKASIH ORANG LAIN.

KERJA YANG BAGUS.. SYABAS..

SEMOGA KITA SEMUA ADA MODAL DI HADAPAN ALLAH..

MERAYU AGAR SELAMAT DARI AZAB NERAKA..

ummi affendi jr said...

Assalamualaikum tuan.
Mohon kebenaran dikongsi entri ini ye.

asyifamustaffa said...

Alhamdulillah...
Seronok baca..tp x seronoknya...tgh dgr azan isyak...tp sy smpat komen pulak kat cni...setan sungguh kan!

Ok stop! Nk p solat jap..:)

Anonymous said...

salam.
sweet ke xsweet ntah.. aku xmampu nk nilai sweet@comel sesebuah penulisan.
tapi... dah lama sgt aku xjmpa entri2 tuan admin yg boleh memberi aku modal utk aku jadikan bahan ceramah kpd hati & diri aku sndri(aku jahil agama,slalu guna ilmu2 org lain dari blog,ceramah ikim @ mjlh utk bg ceramah pd diri sndri bila aku duk sorg2). rasanye dlm 1/2 thn ni entri tuan admin lbh ttg isu semasa,buku dll. semoga aku akan jmpa lg entri2 yg akan sntuh hati hitam ku ini.
tahniah tuan tanah blog kereta mayat.

mahluk daratan.

usaha atas iman dan amal said...

dan terus beliau di ‘sekolahkan’ ustaz kat sana tentang maksud hidup tanpa belas kasihan. (menagis mamat tu bro)

hamka said...


Tornado Assassin: Nak istiqamah yang payah tu, adohai..

Fam: langkahan yg melebarkan kubur atau menyempitkannya? huhu

School Of Tots : Terima kasih atas doa kalian

Keep The Good Alive : Salam, aku izinkan, no problem.

CDM25: slow pulak aku ni, CDM apa?

sesegar : Amin..

AHLI : Bukan ini cerita tentang politik Nabi ke? He he

ummi affendi jr : Saya benarkan, 

asyifa mustaffa: Jangan lupa doa pada aku jika teringat,

mahluk daratan: Kagum dari jauh pada semangat korang, alhamdulilah

usaha atas iman dan amal : woha!

detective nie said...

tangisan dalam senyuman x6

detective nie said...

tangisan dalam senyuman x6