May 2, 2014

Semusim di Syurga?

(10 kisah yang dipetik dari FB Keretamayat, semoga bermanfaat)

Semusim di Syurga part 1
--------------------------------
Dekat sebuah kampung ada surau yang hanya hidup pada waktu Magrib dan isyak..

Maksud 'hidup’ di sini, ada azan berkumandang dan ada orang solat berjemaah, walaupun seorang diri!

Akrian, dekat tepi surau ada rumah Imam masjid, jika beliau tak kena giliran bertugas di masjid, maka confirm beliau akan jadi Imam magrib dan Isyak secara percuma di surau.., Tapi yang muskilnya bila Zohor dan Asar, Imam tu lebih suka solat di rumah..

Begitu cerita jiran aku kepada aku yang baru pindah kawasan itu.

Kau biar betul?

Sanggah aku.

"Betul bang, saya nampak motor dia, nampak dia duduk lepak depan pintu rumah sambil buat layang-layang, saya naik surau, saya azan, 15 minit tunggu, dia tak datangpun, last, saya solat sorang diri, berjemaah dengan jin..."

Oh, aku lupa nak kenalkan jiran aku, seorang guru, dan hafal Surah Al sejadah serta surah Al ihsan dengan baik, dan selalu jadi Iman solat subuh pada hari Jumaat. Bacaan Al Quran beliau juga sangat baik, apatah lagi bila beliau azan, suaranya sungguh merdu...

Tapi aku ada cerita lain tentang imam itu..

Satu hari waktu Zohor, aku pergi surau itu dan Azan, lepas Azan aku duduk tunggu orang kampung datang, dan terutamanya imam tu, sebab aku nampak motor dia dan nampak beliau sedang bagi makan ayam pagi tadi...

Tiba tiba Iman tu datang dan sergah..

“Siapa Azan tadi?!”

“Saya”

Aku menjawab dengan kool, sudah biasa di sergah, di caci dan di hina.. (terutama dalam blog, adohai)

“siapa ajar kau azan macam tu? Buat malu kampung sahaja”

Marah beliau..

Aku terus senyum dan mintak maaf lalu mintak tolong beliau ajarkan aku Azan yang betul...

Beliau betulkan Azan aku, katanya yang salah adalah Ha(di mulut) dan Hhahh(di tengkuk) tidak sama, lepas tu harakat tak stabil, dan Alif dengan Ain kena ada beza..

Lepas dan ajar aku Azan yang betul, kami solat Zohor berjemaah bersama-sama.

ps: Hari tu ada dua orang Solat berjemaah beb...!

Ps2: Kadang-kadang, melalui satu kesilapan yang kita tak tahu, pintu ilmu dan pintu ibadat terbuka untuk kita dan orang lain. Ini sangat deep, sila take note!


Semusim di Syurga part 2
--------------------------------

Dari Aisyah r.ha menceritakan, ketika Nabi Muhammad SAW sakit tenat, maka baginda telah memohon keizinanan kepada isteri-isterinya yang lain untuk dirawat di rumah ku, mereka mengizinkanya. Ketika waktu solat tiba, Aku melihat baginda di papah oleh dua orang ke masjid yang (disebabkan lemah) kedua kakinya terseret ke bumi.

( Riwayat Bukhari)

Nota:

Aku tak pernah lihat orang sakit di papah ke masjid untuk solat berjemaah. Mungkin kerana ‘kaki aku belum jauh berjalan di atas muka bumi untuk melihat akibat akan mereka-mereka yang mendustakan ugama’, namun jika ada yang sakit di papah ke masjid, tentu orang islam sendiri ada yang akan mencemuh bahawa kita bertindak zalim kepada si pesakit, lalu timbul soalan dalam benak ini, iaitu berapa ramai pesakit yang tak nak pergi solat berjemaah dengan alasan sakit Dan berapa ramai yang sihat wal afiat tapi malas pergi masjid?

Ps: Semoga Allah ampunkan dosa aku dan kamu, dan beri peluang serta kekuatan untuk kita buat perkara yang betul…

Ps2: Tapi aku pernah lihat orang sakit dan orang tua di papah ke pusat mengundi, adohai...

Semusim di Syurga part 3
--------------------------------

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi bersabda;

Sekiranya manusia mengetahui ganjaran AZAN dan berada di SAF YANG PERTAMA dan tidak ada cara lain untuk memperolehi azan dan saf pertama kecuali dengan MENGUNDI, nescaya mereka mengundi. 
(Riwayat Bukhari)

Nota:

Mengundi 5 tahun sekali dah bagus dah, tapi kita jangan lupa pula untuk 'mengundi’ 5 kali setiap sehari. Macai politik sila take note, deep nih, deep! Adohai..


Semusim di Syurga part 4
--------------------------------

Satu hari lepas solat subuh, sementara tunggu matahari naik, aku masih lepak di masjid (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya).

Tiba-tiba aku bersin sambil tutup mata, bersin dan bersin dan bersin..

Lebih dari 5 kali.

Aku hemburkan segala hingus pada sapu tangan yang memang aku sedia bawa...

Minta maaf kepada semua ahli surau yang sedang beriktikaf sekalian di atas gangguan bunyi sebentar tadi. 

Aku mengalamai sindrom alahan pada perubahan suhu atau mungkin aku alami gajala Resdun.

Mana tahu?, tak lama kemudian seorang lelaki dalam lingkungan umur akhir 30-an tegur aku, rupa-rupanya beliau seorang doktor pakar yang bertugas di hospital Kerajaan.

Beliau terus menjalankan pemeriksan rawatan kepadaku secara langung dalam masjid dan setelah memeriksa nadi dan beberapa gejala di badanku beliau akhirnya bersetuju untuk bagi aku satu ubat yang mahal secara percuma bagi menyembuhkan alahanku itu.

Malam itu, lepas solat isyak, beliau jumpa aku bagi aku satu ubat yang jenis sembur dalam hidung, Nasonex, mometasone furoate, Aqueous, Nasal Spray.. itulah yang tertera pada ubat tersebut.

Moral of the strory is, kadang kadang bila kita pergi pergi ke 'taman syurga' (masjid atau surau), bukan sahaja masalah akhirat boleh selesai, masalah dunia kita juga Allah boleh selesaikan dengan berbagai-bagai cara, Take note, ini agak deep.

Semusim di Syurga part 5
--------------------------------

Setiap hari orang islam berdoa agar di beri jalan yang lurus, (rujuk al fatihah) tapi sayang, sewaktu memohon jalan yang lurus, hatinya lalai, lalu apabila datang jalan yang lurus, mereka berpaling daripada jalan orang yang dicintai kepada jalan orang yang dimurkai dan disesatkan.... pesan kepada diri sendiri.

Semusim di Syurga part 6
--------------------------------
Bila kali terakhir korang menangis dalam solat?

Hmm, Baik tak payah cerita, nanti riak. (macam poyo),

Jadi biar aku cerita kisah kali pertama aku menangis dalam solat,

Al kisahnya satu hari ketika aku sedang solat, tiba tiba ada sorang pakcik tarik aku ke belakang sambil cakap,

"budak belum sunat duduk belakang",

menangis beb, tak silap aku keesokan harinya Dr M rasmi kereta proton saga.

Adohai..

Semusim di Syurga part 7
--------------------------------
Hendaklah kita belajar bercakap bab ugama supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab ugama’ dalam kubur yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab ugama, maka malaikat Nakir akan hantuk kepala kita ke tanah! Oh...

Semusim di Syurga part 8
--------------------------------
Pada satu malam dekat kubur jam 2 pagi...suasana sunyi, dari jauh bunyi anjing ketakutan..dan kucing berkelahi, tiba-tiba kubur merekah, keluar bau yang busuk dan munculah mayat perempuan dengan kain kapan yang kekuningan merangkak menuju ke arah korang...sebelah matanya jatuh..dan giginya agak 'jo' serta darah hitam pekat mengalir dari mulutnya macam jo-on...

Apa perasaan korang? seram tak?

Tentulah tidak sebab korang baca depan komputer waktu pejabat ramai orang, cubalah baca cerita hantu ni kat kubur kampung nenek korang waktu malam sorang diri jam 2 pagi..., baru baca "pada satu malam..." dan terketar-ketar...meremang bulu roma, tempurung lutut pun berlaga...

Begitulah jugak dengan hadith nabi atau nasihat ugama...setakat baca internet, mana nak datang kesan nya?..., kalu adapun kesannya namun auranya tak sama, tapi cuba korang pergi majlis ugama dengan mujahadah kat masjid dengar ustaz cakap "semua orang akan jadi mayat..." meleleh air mata insaf...sebab tulah orang alim mintak kita hidupkan bacaaan hadith kat masjid.

So, tak salah belajar agama di facebook, tapi kesannya tak sama dengan orang yang belajar di masjid atau di jalan Allah.

Ayoh kita berjuang!

(jerit aku penuh semangat dalam keadaan bersandar pada kerusi sambil gerak gerakan mouse, adohai, pesan pada diri sendiri rupanya..)

Semusim di Syurga part 9
--------------------------------

Penelefon: “Hello asalamualaikum”

Korang: “waalaikumusalam, siapa ni?”

Penelefon: “encik ni ada beli buku Kamar sutera dan Permata yang Hilang tulisan Hamka Keretamayat?”

Korang: “err, ya ada beli, kenapa ek?

Penelefon: “Dah sampai ke belum?”

Korang: “Dah, siap ada duit baki RM3”

Penelefon: “Duit baki sebab pihak kami guna sampul RM9 kerana alamat anda sama, jika alamat berbeza, kami guna sampul RM6 setiap satu, encik dah ada insurans?”

Korang: “dah ada encik”

Penelefon: “encik nak tak tambah insuran lagi satu?

Korang: “cukulah insurans BSN prudential saya dengan kad medic”

Penelefon: “tapi insurans ni free jer”

Korang: “saya tak berminat”

Penelefon: “jika encik ambik insurans ni, encik akan dapat jaminan tidak masuk neraka”

Korang: “Wow!”

Penelefon: “cara nak dapat adalah dengan solat secara berjemaah selama 40 hari”

(Pendekkan cerita)

Nabi bersabda: “Barangsiapa yang solat secara berjemaah selama 40 tanpa tertinggal Takbir pertama bersama imam maka untuknya dua jaminan, yaitu kebebasan dari azab api neraka dan kebebasan dari sifat kemunafikan." (HR. Tirmidzi)

Ps: Ada siapa siapa belum ambik insurans ini? Bolehlah ikut jemaah dakwah dan tabligh berhampiran tempat anda yang keluar 40 hari, atau jika ada usrah dari pas yang buat rehlah 40 hari pun boleh ikut, pesan pada diri sendiri.. adohai.

Semusim di Syurga part 10
--------------------------------
(Cerita asal di petik dari blog azharjaafar, tapi aku edit sikit supaya lebih dramatik, adohai..)

Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.

Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.

Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut.

Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.

Mungkin pada ketika inilah saksi-saksi yang melihat anak singa mengembek di dalam kumpulan kambing lalu mencipta pepatah melayu, iaitu : masuk kadang kambing mengembik.. Wallahu’lam.

Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.

Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.

Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.

Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Ps: ketahuilah bahawa orang islam di zaman sekarang kebanyakkannya berperangai seperti anak singa dalam cerita di atas, mereka telah lama bergelumang dalam dunia kambing, errr, maksud aku dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul lalu dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…

Ps2: Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta. Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat. Tapi orang islam di zaman kini kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.


Ps3: Padahal mereka orang islam telah terlupa bahawa, ‘Kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpaan kepada kekuatan islam dalam kerja dakwah yang diutamakan di zaman Nabi dan sahabat. Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

SEKIAN

18 comments:

Unknown said...

subhanallah

moga Allah menempatkan tuan di syurga al-firdaus

dengar cerita buku baru hendak keluar ? benar kah ? betul kah ?

cube try test promote sikit ..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

benar, judulnya Semusim di shurga, tapi 10 cerita di atas tiada dalam buku itu, kerana buku itu sudah siap drafnya sebelum entry di atas di tulis, so cerita dia atas ni macam tambahan sahaja, kisah dalam buku lebih tersusun dan tebal, semoga bermanfaat kepada ummat.

Anonymous said...

Post sangat menarik. 10 cerita yg membawa 1000 pengajaran. Semua akan rugi, semua yg baca akan rugi melainkn ambil iktibar & brfikir seterusnya kita amalkn trhadap 10 kisah di atas & seterusnya kita sebarkn Woha..!

Robot Polis said...

Thumbs up for the dramatic effect!
Ade rezeki bleh try mengarah drama/movie

Anonymous said...

InsyaAllah azam 40h 15 sya'ban ni...doakn sy n seluruh umat tuan...

azharjaafar said...

sila berkan link kpd kisah ke 10 supaya lebih extra virgin dramatik.. ahaks..

detective nie said...

terbaik hamka.... !..
teruskan menjadi minoriti dalam masyarakat.. kerana manusia sering kali alpa.. dengan mengamalkan surah al a'sr. insyaallah kita boleh berjiran disyurga nanti.. kalau x bizi ziarah ler..

good luck for next book..
ps: cer bwat komen pasal Dr. Nasoha yang kini hangat kerana menghentam pas. umno, golongan tabligh dan ustaz2 masa kini..
apa pandangan ada tentang dia..
for me.. im agree about 95% with him.. rest 5% still doubtful..
sila beri pencerahan tentang pendekatan beliau.

@Fr!^n@ said...

Tabarakallah.. Semoga Allah memberkati kamu...

Teruskan berjuang di medan maya dan alam nyata..

Allahuakbar

Anonymous said...

Dr nasoha 95%!! betul ker ni bro..

dah abis teliti dah?

hamka said...

Robot Polis

drama/movie? Wow!

-------------
azharjaafar

aku dah bagi link, terima kasih bang, 

----------]
detective nie

Dr. Nasoha ni hentam tabligh sebab tak dakawah orang kapir secara umummi, (orang tabligh dakwah orang kapir secara infradi) beliau tak faham orang tabligh ni sebenarnya golongon lemah iman,
sebagi contoh, dr nasoha nak kita ikut sunnah Nabi 100%, contoh kalau boleh nak solat tahajjud sampai bengkak kaki, lalu hentem orang lain yang just solat tahajjud tapi tak bengkak kaki sebagai iman belum masuk, padahal orang lain lemah iman, sebab tu solat baca surah pendek, dan sikit rakaat, tapi terus, dr nasoha hentam sesat dan ini hanyalah tariqat india, apa yang beliau tak faham, mengurangkan apa yang nabi buat itu lemah iman, sebab tu orang tabligh ni dikenali golongan usaha atas iman, bayangkanlah orang yang dakwah sesame islam, solat tahajjjud tak bengkak kaki ini adalag glongan lemah iman, macam mana pulak mereka yang lansung tak dakwah dan tak solat tahajus?

Deep nih!

--------------
@Fr!^n@

Allahuakbar

Anonymous said...

Assalam

Dr. tetap bekas syura Malaysia.
Kitab agama yang salah cetak, tak dibuang dalam tong sampah. Ia akan tetap dimuliakan dan diletak ditempat yang tinggi.

Aku sebenarnya yang bersalah...

CF
Angkat ibu jari tangan kanan dan kiri...dan kenyit mata..he..he..

Unknown said...

tangisan daie dlm solat. memberi sumbgan pada negara.

Anonymous said...

negara malaysia kian aman makmur kerana masih ade org2 yg sanggup korbankan harta dan diri untuk ummatnya disini..

Anonymous said...

terbaek....

Unknown said...


Instead of just jumping in the car/vehicle! Acquire a aloft achievement to exchange that in ability cares for any advanced to achieve with a able acceptance for their efforts you allegation to crop some time to plan and acquire the achievement afore advertisement it.
Wholesale gold chains

Anonymous said...

:KISAH BURUNG KAKAK TUA

Tuan: Haram berkongsi kuasa dengan kafir!
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrr!
Tuan: Kita bertahalul siyasi dengan orang bukan Islam
Burung Kakak Tua: Takbiirrrrrr!
>
Tuan: Kita nak Negara Islam!
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrr!
Tuan: Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran, hanya ada Negara Berkebajikan.
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrr!
>
Tuan: Wajib dedahkan peribadi pemimpin yang nak jadi pemimpin!
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrr!
Tuan: Haram dedahkan aib orang
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrr!
>
Tuan: Kalau kita memerintah Terengganu, sebelum ayam berkokok kita akan laksanakan hudud
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrr!
Tuan: Keperluan melaksanakan hudud hanya 0.0001% dalam Islam
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrr!
>
Tuan: Undi Anwar umpama menempah bilik neraka
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrrr!
Tuan: Tak masuk syurga orang yang tuduh Anwar
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrrr!
>
Tuan: Kita tuntut DAP minta maaf dalam seminggu
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrr!
Tuan: DAP tak minta maaf tapi kita dah maafkan
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrr!
>
Tuan: Kita akan bentangkan usul di parlimen untuk melaksanakan hudud di Kelantan
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrr!
Tuan: Kita tak jadi bentangkan usul hudud di parlimen
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrr!
>
Tuan: -
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrrr!
Burung Kakak Tua: Errrrrrr, Tuan cakap apa tadi?

hamka said...

Burung kakak tua yang pandai bertakbir, bila kucing datang gigit, maka akan keluar suara original burung kakak tua, kerana takbirnya hanya dilidah, bukan dihati.