May 15, 2014
Bini kita bela Hantu?
(Baca dengan tenang, dan sila bersetuju di hujung cerita,
ini agak deep, he he)
Kisah satu
Bila barang hilang, aku cari tak jumpa, tapi bini cari jumpa
pulak.
Maghrib tadi, kopiah aku hilang, seperti biasa aku cari tapi
tak jumpa. Bila bini cari, terus jumpa.
Aku rasa bini aku bela jin.
Tapi aku tak nak tuduh tanpa bukti, berdosa!, so lepas isyak
tadi, bila aku tanya pada kawan kawan lelaki akan masalah ini, rupa rupanya..
.
.
.
.
Semua bini kami ‘bela jin’!.
Kisah 2
Orang perempuan ni memang betul bela jin! Ajaib sungguh.
Tiap kali balik kampong atau bercuti, mereka akan siapkan
beg.
Sampai di kampong atau tempat bercuti, bila kita mintak
barang dari mereka. Selamba bukak beg dan keluarkan barang, yang peliknya semua
barang yang kita mintak akan ada.
Berus gigi, sabun, ubat gigi, kayu sugi, pengetip kuku,
putik kapas, kopiah, tuala, sapu tangan, charger smart phone, pen, gunting,
ubat nyamuk, kain pelikat, baju panas, pendek kata, semua adalah.
Yang pelik semalam, aku tanya mana tumb drive?, oleh sebab
bini sedang menyusu baby, dia kata ada sebeleh tepi poket beg. Aku pun pergi
cari dalam beg, selongkar semua poket bag tapi tak jumpa-jumpa.
Mulalah aku rasa nak marah! sebab dah banyak buang masa cari
barang tapi tak jumpa.
“awak bawak tak ni? Penat cari tak jumpapun!”
Bini selamba datang, seluk tangan dan terus keluarkan tumb
drive.
Ilmu hitam apakah ini???
Woha!
Kisah 3
Dari kisah “laki cari barang tak jumpa” tapi “bila bini cari
terus jumpa” tadi.. akupun share kisah tu dekat FB dengan tajuk kisah laki bini
part 656 dan 657. Dapat ribu ribu like dan komen. Ramai bini orang kat luar
sana mengaku bela jin dan hantu raya. Lagi satu, aku dapat info baru hari ini
dari komen korang kat FB yang masing masing komplen laki dengan ayat:
“cari dengan hidung, memanglah tak jumpa?”
Bini aku lain!
Bini aku tak guna prosa cari dengan hidung atau kepala
lutut.
Bini aku, bila dia jumpa barang yang aku cari tak jumpa tu,
dia senyum sahaja.
Adakah Saka bini aku ni versi lain?
Tolong!
Kisah 4
Kagum bila kita cari barang yang tak jumpa, bila tanya bini,
lekas lekas mereka tolong cari dan terus jumpa. Kagum dari dekat.
Puji laki sambil tersenyum kepuasan.
(Padahal dalam hati bini: Kalau tak tolong cari, habis
barang disepahnya, bukannya nak susun balik, adohai..)
Eh? Akupun bela saka jugak ke sebab dapat tahu apa bini aku
bisik dalam hati, kekekeke
Kisah 5
Laki: “Abang mintak maaf, sebab selalu tanya awak kat mana
tempat letak barang dalam rumah ni.. padahal depan mata jer pun”
Bini: “Takpe, normal laki tanya bini bila nak cari sesuatu,
walaupun depan mata.., kalau tak tanya karang, nampak benor sedang gaduh,
hihihi”
Laki: “Alhamdulillah, syukur dapat isteri yang normal macam
awak..”
Bini: “Saya pun syukur dapat laki normal macam abang..”
Laki: “Alang alang dah saling bersyukur ni, abang nak tanya
lagi boleh tak?”
Bini: “Selagi barang tu ada dalam rumah ni,. insyaAllah saya
tahulah nak jawab.
Laki: “awak nampak tak folder kuning yang bertulis “my file’
dalam tumb drive abang?”
Bini: “Amboi, tak jumpa cari folder dalam PC pun tanya bini?
Melampau!”
Laki: “woha!”
Kisah 6
Laki: “Okey, hari ni sempena cuti hujung mingggu dan anak
semua tak sekolah, maka apa kata kita buat gotong royong kemas rumah!
Bini: setuju!
laki: Awak sebagai bini sila kemas dapur, dan basuh baju,
anak lelaki kemas ruang tamu dan halaman rumah, anak perempuan kemas dalam
bilik”
Bini: "Okey, semua dah dapat kerja, awak pulak buat
apa?"
Laki: “Saya akan susun folder dalam computer bagi cantik
ikut susunan abjad, dan akan buang sampah dalam recycle bin.
Bini: Dah agak! Hampeh!
Kisah 7
Bini: “kenapa jalan terencut ni bang, Ya Allah, kaki abang
berdarah!”
(binipun lap luka kat kaki laki dan bagi rawatan first aid)
Bini: “kenapa kaki abang ni?”
Laki: “tadi masa abang susun folder dalam computer, abang
pasang lagu XPDC, kaki ni pun goyang goyang, sekali tersepak bucu pelapik CPU,
tajam rupanya bucu tu.., habis luka hujung jari.., adohai, nasib baik abang
pilih buat kerja yang 'susah' ni...”
Bini: “abang ni banyak dosa, Allah nak ampunkan dosa tu..”
Laki: “setuju.., adohai..”
Ps: agaknya, saka jin bini aku tu dah mengamuk tak? Woha! Ada
ada jer kisah laki bini, layankan jer, adohai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
nak belajar sabar tu payah-payah sangat.
mulut nak bebel sama cepat dengan jumpa barang.
adakah tak normal?
sabar kak, :)
saya pun jenis kalo jumpe brg yg suami cari, saya senyum je.. kadang2 je ckp, "haa.. ni ada...".. senyum tanda puas hati saya tau setiap pelosok rumah. haha
saya pun bela jin, apa yg suami cari berjam2 xjumpa! saya cari sekelip mata jer! pastu jeling kat suami, sebbaik suami puji 'sebbaik ayah kawin dgn mama' ;p
NS: adapun saka macam tu, lega sikit, hihi
siti: arggh, tidak!
" File kuning " dalam tumbdrive? Hentai ker bhahahha
file kuning dlm thumbdrive,
susun ikut abjad,
buang sampah dlm recycle bin.
lain kali kalau gotong royong boleh offer diri buat kerja tu jugak tu.. haha
Salam semua...ada kalanya isteri boleh bagi panduan detail pada suami utk cari barang sbg contoh
Suami nak cari stokin
"Abg nyer stokin ada dalam almari abang, laci bawah bahagian kanan...stokin ada dalam box kaler hijau"
camtu nyer detail pun suami tak jumpa...memang normal kerana suami nih banyak fikir dan banyak tanggung jawab...
nak tgk diorang detail dalam memberi arahan dan menerima arahan tgk bila nak cari jalan...bab nih isteri mmg fail...kalo ada orang tanya macamana nak datang rumah...stakat boleh bagi alamat lar tp suami akan guide kawan dia detail sampai jumpa rumah...
ada kelebihan dan kekurangan disitu...takper lar suami isteri tu kan saling lengkap melengkapi
azman: hantai tu apa?
Hassan:take note, he he
mummy:oarng lelaki observe pada geografi luar rumah, orang perempuan observe pada geografi dalam rumah. :)
sbb tahu sy bela jin dan saka lg senang keje suami. terus je dia order, mana bju abg. mana stokin abg. mne kunci moto abg. smbil duduk tersengih2 di birai katil. haha. :D
Kadang2 jin sya pon xberapa nk berfungsi jgk. Cri pon dh xjmpa. Rasanya dh old version
Sape tau nk upgrade Kt mne.
IBU pun! Disebabkan ibu ada ramai anak, kami beradik-beradik selalu ada fikir risau ibu bela jin billion-billion!
tapi saya rasa sweet plak bile suami selalu tanya2 barang.
hari tu babysitter anak cuti suami kene jaga anak sebab saya ada kerja nk kena settle kat office
setiap 5 minit akan tanya mana saya letak pampers, mana saya letak sabun. he he he...sweet tau setiap 5 minit call :-)
Kitorang panggil ibu dari uciha clan, ada mata syaringgan... Hahaha woha!
Assalam,
Setiap kali bini aku jumpa barang aku yang aku lupa letak mana, aku akan bertambah sayang pada dia.
U lah mata I....
Dan aku sedar, siapalah aku tanpa dia. Akulah hantu bini aku. Woha!
CF
Kat rumah memang terbukti kalau Mak yang cari barang mesti jumpa. Ajaib!!Moga suatu hari nanti saya dapat jadi isteri ajaib macam Mak dan isteri abang Hamka. :p
Yeah...
lawak siot....
kesabaran n kepayahan isteri utk jumpekan brg yg bukan die punye pun mnjadi asbab ganjaran isteri utk suami
dah isteri yang simpan, susun barang satu rumah semua mestilah dia tahu ada kat mana >_<"
hekhek. moga2 belajarlah dgn si isteri ;p hekhek
Wany Shera : upgrade jin bermadu kot? Woha!
فنيڠ ڤيکيراڤ : kekekekke
Juwita Maya: sweet sangat setiap 5 minit call :-)
adila_alim : pinjam mata syaringgan... boleh?1
CF: Hantu bini? Rupanya bini bela hantu tu betul, kekekke
Sal Bee Yah :Amin, ;)
Tornado Assassin : Yeah...
mohd elyas : “dah bahagian dia” tiru suara tok adi, tanah kubur.
Cik Pensil ; SETUJu!
Bkn bela jin or saka.. Wanita mmg ada gifted yg Allah beri utk melengkapi kekurangan seorg Lelaki. Bangga krna mnjd seorg Wanita yg disayangj oleh Lelaki. :)
cari guna mulut memang la tak jumpe.cuba cari guna tangan....
kat umah saya pulak suka letak barang ada tempatnya, tapi anak anak pulak jadi hantunya. anak anak kalau pimjam barang suka tinggal merata, jenoh kita mencari kekadang tunggu anak balik baru jumpa
Post a Comment