Jul 5, 2011

Tahukah anda, kuning itu...?

(Tunjukkan diri anda seorang yang berilmiah di perhimpunan kuning dengan fakta di bawah)

Aku pernah tulis pasal isu ni dalam entry perhimpunan bersih 1.0, dan bertanya empat soalan kepada semua peserta perhimpunan bersih 1.0 dari sudut islamik, dari 2007 hinga 2011, dah 5 tahun, takde sorang pun jawab soalan islamik aku sebaliknya hanya caci maki sumpah seranah dan fatwa kaum kera berdengung dengung dalam ruang komen dan email, bengong sungguh!

Jadi aku malas dah nak tanya 4 soalan yang korang gagal jawab sejak 5 tahun yang lepas, sekarang aku tak nak tanya satu soalan sahaja:

“Kenapa korang tak berhimpun sahaja di tengah padang yang jauh dari jalan raya tanpa ganggu lalu lintas?, selemah lemah iman adalah mengalihkan kayu di tengah jalan, korang berhimpun sampai peniaga terpaksa tutup kedai, jalan sesak dan polis overtime apa ke hel?”

Pergilah berhimpun di tengah padang atau di litar F1 sepang, tak pun berkumpul dekat tapak sebelah masjid KLIA yang pernah 200,000 jemaah tabligh berkumpul pada tahun 2009 yang lalu..

Lagipun, menurut laporan akbar harian metroll hari ini (akhbar trollers kepada trollers) pihak Sepang International Circuit menawarkan litar F1 Sepang sebagai venue untuk demo Bersih, Perkasa dan Pemuda. Menurut pegawai perhubungan awam SIC, Saudara Karrot Gold Anwar;

"Sebagai rakyat Malaysia pihak pengurusan SIC percaya kepada kebebasan bersuara dan berhimpun. Tapi pada waktu yang sama kita tahu demo jalanan bakal menyemakkan pusat bandar Kuala Lumpur. Idea perhimpunan dalam stadium yang pernah dicadangkan pihak tertentu ditolak. Semua peserta demo mahu berarak diatas jalan supaya lebih feel. Berkumpul dalam stadium tak feel. Maka kami bagi the best of both world. Litar Sepang terletak jauh dari KL dan ini akan mengelakkan mereka yang mempunyai urusan di KL dari terperangkap dalam kesesakan akibat demo. Keduanya litar Sepang ada jalan berturap yang terbaik bagi mereka yang berdemo mahukan feel autentik. Disamping itu bila ada demo di litar sepang kami rasakan litar kami akan lebih diutilised. Kalau tak kosong hanya ada biawak melintas"

Pihak Metroll melakukan temubual secara rawak di Kuala Lumpur dan rata-rata orang ramai menyambut baik usaha SIC ini. Setakat ini hanya saudara Lim Kit Siang sahaja yang membantah idea berdemo di litar F1 Sepang. Beliau dipetik berkata;

"Kalau demo dalam litar tak ada polis mahu sembur kami. Nanti kami tidak boleh raih simpati untuk pilihanraya. Media barat juga tak akan tunjuk kerajaan Malaysia jahat! Mana kami nak carik modal berkempen kalau macam ini"

Woha!

Ok, itu bukan kata kata aku, itu kata kata wartawan Obefiend dari Akhbar bohong Metroll..

Walau bagaimanapun, untuk memeriahkan suasana kuning yang aman dan ceria, yang mana sebelum korang menyertai perhimpunan bersih dengan memakai baju kuning, dan mungkin korang akan terperangkap dalam kesesakan manusia, lalu lintas, FRU, atau bermandi air pili bomba, bersauna gas pemedih mata..

Di sini aku ingin berkongsi beberapa fakta tentang KUNING yang mana ketika korang terperangkap dalam perhimpunan itu bersama-sama orang yang tidak dikenali dengan memakai baju kuning, jika boring tak tahu apa nak borak dengan pemakai baju kuning yang lain, apa kata korang berborak dengan mereka akan ilmu korang berkenaan warna kuning, mereka tentu akan kagum dan terharu, layan...

Tahukah anda?

  1. Terdapat tujuh warna kuning di Malaysia iaitu, kuning air, kuning gading, kuning langsat, kuning muda, kuning pinang masak, kuning sami, dan kuning tua tapi di Terengganu warna kuning tua dikenali dengan ‘kuning bata’.
  2. Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua warna merah dan hijau sel-sel kon retina, tetapi bukan sel-sel kon biru. Cahaya dengan jarak gelombang 565-590 nanometer adalah kuning, walaupun cahaya komposit berfrekuensi kedua-dua merah dan hijau, seperti mencampurkan jingga dengan cahaya hijau pucuk pisang, atau merah dengan cahaya hijau, juga menghasilkan cahaya kuning.Jangan ponteng kelas sains.
  3. Maharaja legenda China yang pertama Huang Di, digelar "Maharaja Kuning"
  4. A golden service dengan symbol warna Kuning oleh Jabatan Bomba Malaysia melambangkan "penawaraan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan”.
  5. Di Negara orang putih, warna kuning melambangkan ‘penakut’. Oleh sebab itu, dalam slanga bahasa Amerika Syarikat, seorang penakut digelarkan "yellowbellied" (berperut kuning), ironinya, di Malaysia, ‘orang putih’ adalah orang pucat yang melambangkan panakut jugak..
  6. Di Malaysia, filem lucah di kenali sebagai ‘filem biru’, tapi di China, filem lucah dikenali sebagai ‘filem kuning’.
  7. Di New York, istilah "Yellow journalism" (akhbar kuning) merujuk kepada wartawan murahan yang suka memutarbalikkan fakta, membesar-besarkan perkara remeh temeh dan suka bergossip murahan.
  8. Orang Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna ras. Pada abad ke-20 di Amerika Syarikat, pendatang-pendatang dari negara China dan Asia Timur dirujuk dengan penghinaan sebagai "bahaya kuning"
  9. Menurut kajian dari Universiti Chicago, kuning ialah warna yang paling nyata dari jauh, oleh sebab itu, teksi, bas sekolah dan jentera berat bewarna kuning.
  10. Jika ternampak kereta yang bewarna kuning, untuk menunjukkan korang upadete dengan isu isu semasa, maka jeritlah, "BUMBLEBEE!!" –woha!
  11. Dalam bola sepak, pengadil menggunakan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah…. (siapa tak tahu memang bodoh)
  12. Dalam permainan ragbi, seorang pengadil akan menunjukkan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah digantung daripada permainan buat sepuluh minit sebagai penalti.
  13. Kuning ialah warna untuk bola snuker yang mempunyai nilai dua mata.
  14. ‘Yellow pages’ adalah buku… arghh, malas nak tulis.
  15. Dalam budaya Arab, terdapat frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat".
  16. Dalam frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sebab tak lawak.
  17. Acar kuning ialah sejenis makanan orang Melayu yang terdiri daripada timun, lobak merah, dan kacang buncis dan sila rujuk buku memasak.
  18. Pulut kuning ialah sejenis makanan orang Melayu di Malaysia. Di Terenggau di kenali sebagai nasi kunyit.
  19. Demam kuning adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran dan jika tak di jemur pada cahaya matahari budak bila besar akan menjadi slow, (istilah sains keretamayat- se-slow yellow)
  20. . Jika ada gambar yang tidak lucah tapi di pandang lucah, maka masyarakat melaysia akan melebelkan orang itu sebagai “otak kuning”.
  21. Tahi yang sihat adalah bewarna kuning, warna hijau atau biru itu tanda tahi tidak sihat.Tahi merah itu buasir!
  1. Di Amerika Syarikat, ‘Demokrat Anjing Kuning’ merujuk kepada pengundi negeri-negeri Amerika Syarikat Selatan yang sentiasa mengundi calon-calon Demokrat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Mereka berbuat demikian disebabkan rasa geram yang masih ada terhadap Parti Republikan yang bermula sejak Perang Saudara Amerika dan tempoh "Pembinaan Semula". Kini, istilah itu digunakan untuk penyokong tegar untuk "anjing kuning" ataupun calon Parti Demokrat.
  2. Budaya yang tidak elok dari etnik lain, di kenali sebagai budaya KUNING.
  1. Kuning ialah warna untuk Parti Baru di Republik China (Taiwan) yang menyokong Penyatuan semula Cina
  2. Di negara Filipina, warna kuning telah digunakan sebagai warna rasmi dengan penggunaan banyak konfeti kuning dalam perhimpunan-perhimpunan politik untuk menentangi kerajaan Filipina(eh, sama macam perhimpunan bersih jer..)
  3. Abdullah bin Amr bin Al Ash menceritakan: Rasulullah SAW melihat saya mengenakan dua potong pakaian berwarna kuning, lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya ini termasuk pakaian orang-orang kafir, janganlah engkau memakainya!"(ada pendapat mengatakan hadith ini daif- maka tak boleh buat hujjah, so pakailah baju dengan iman dan takwa-wallahulam)

Eh?, jika Nabi tak suka menyerupai orang kafir, buat apa aku ikut.eh, kenapa eh? Aku ikut sebab ambiga yang suruh, eh, kenapa eh..?

Ok, habis sampai sini cerita 'kuning' kita, fakta nombor 26 tu jika korang cerita pada geng lain yang pakai baju kuning, bukan FRU dan Perkasa jer akan belasah korang, malahan kawan korang juga akan belasah, so hati hati.., kepada pembaca, jika korang ada fakta lain tentang warna kuning, sila kongsi di ruangan komen, sama sama kita mengeducationkan para peserta himpinan kuning itu.

Habis sampai sini.

Sekian.

Hamka, 04072011-Keretamayat warna putih.

212 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 212 of 212
hamka said...

meng.

Raja kita dengan baju kuning itu UNIK.

peserta bersih dengan baju kuning itu perasan unik.

unik adalah lain daripada yang lain tapi TIDAK menyusahkan orang, manakala perasan unik adalah lain dari yang lain tapi menyusahkan orang, tolong jangan slow sangat, ok..

aku dah tulis kat sini:

http://keretamayat.blogspot.com/2010/01/perasan-unik.html

koujie said...

Alhamdulillah..
allah beri asbab yg besar utk aku tak teruskan membaca blog ni....
Jadilah org yg adil...adil kepada diri sndiri & masyarakat... blog sperti tehtarikgelasbesar / foa terkadang lebih adil ulasannya...aku lbih respek journalism yg adil walaupun die kuffar brbnding karkun yg tidak adil...
Plus hindarilah hadis palsu... hadis daif dan palsu sangat dekat dgn mnipu mnggunakan nama rasulullah...
-raziee-

Skyry Haru said...

Ish camne nak ckp erk?
Aq sendri blum cukup umur untuk mengundi... tahun depan cukuplah.

Tapi dah dari skolah menengah aq dah sokong cara pemerintahan BN, klu korang x ske sebab byk rasuah tu bukan sebab CARA PEMERINTAHAN BN tapi sebab org yg bwk dia x betul.
klu polis amik rasuah, bukan salah jabatan polis tp salah orgnya.

tapi klu kita dapat pemimpin yang tak amik rasuah...(kononya)
tapi x dapat bwk kebaikkan kepada rakyat, maksudnya x reti handle negara?
Boleh percaya ke ngan org yang trang tang tang seolah2 gilakan kuasa?

spatutnya sbagai ketua kita patut tahu... kalau benda tu menyakitkan anak buah kita buat apa buat?

Pergunakan anak buah sbagai perisai?
Inginkan belas kasihan org?
Ada caranya kita nak tegakkan kebenaran kat zaman ni.
Bukankah Allah lebih sukakan keamanan?
Walaupun dengan nama Pembaharuan tp bukan dengan cara perarakkan yg menyusahkan orang lain.

hamka said...

-raziee-: aku lbih respek journalism yg adil walaupun die kuffar brbnding Hamka yg tidak adil...

Hamka: blogger kuffar bila nak buat demotrasi, aku pun setuju dengan hujah mereka kerana ada common sense., tapi bila blogger islamic yang guna fatwa kaum kera untuk berdemotrasi dan kaitkan dengan ugama islam sewanang wenang, aku tak boleh terlena dalam keretamayat, aku kena bagitahu kebenaran walaupun pahit, chewah..

Anonymous said...

berhimpun di litar sepang? ape kebana(kepala bana bak kate obe).

ramai dihalang untuk berhimpun, kalau x sejuta dapat dikumpul. ratusan ribu yang pergi, tapi media unmo tulis puluh ribu.(pasal ni x nak tulis?)

Anonymous said...

Cukup la kau tengok buletin utama. agak-agak berita tu semua betul ke bro? or Fitnah?

Anonymous said...

Ikut sunnah Nabi SAW akan berjaya dunia akhirat. Ikut selain daripada itu, naya jawabnye... Tambah2 orang yang jadikan agama atas maksud dunia..

Mr X said...

Dari berdemonstrasi adalah baik korang ngaji AlQuran banyak2....kali, selepas itu, mengaji ilmu agama banyak2...kali.

Pernah ada dalam ceramah agama, seorang Mualaf bersyukur tertarik dengan AlQuran terlebih dahulu sebelum melihat kepada Akhlak dan akidah umat islam sekarang.

p/s--> Klu gigi korang kuning, itu bersih ker x? haha

Anonymous said...

aku cakap terus terang bahawa ko komen ikut nafsu......full stop...woha!
orang tu cakap pasal kuning..dah sah otak kau kuning...

_wan calon mayat_

Anonymous said...

ahaks...ko ni,agaknya ko tak pernah junub lagi agaknye..

Anonymous said...

die nak tunjukkan bahawa byknya org yang dag dbyr...hihi

farhan said...

Lain kali bg name keluar jalan Allah s.w.t, pakai kaler kuning tak haram tp Nabi S.a.w tak menyukai kaler tesebt, Bagnda S.a.w menyukai kaler hijau dan putih.

«Oldest ‹Older   201 – 212 of 212   Newer› Newest»