Jul 31, 2011

Bila besar saya mahu jadi polis?

(Terpijak tahi anjing tidak membatalkan puasa kamu, air wudhu pun tidak batal)

Komen pembaca:

Saya tak pernah peduli ape yang bersih nak lakukan. bila diteliti balik, saya pun menyokong tuntutan pihak bersih. namun, bila keluar dari mulut-mulut insan yang tidak mempedulikan hati dan perasaan orang lain, (menuduh polis sebagai anjing) saya jadi benci dengan bersih. saya anak polis. selepas macam-macam kata nista yang dilemparkan kepada polis. saya rasa saya tak boleh berdiam lagi. soalan ini saya pernah tanya pada seorang rakan fb yang menjadi penyokong kuat bersih dan tak henti-henti mencerca polis.

Soalan saya:

1) Sekarang polis adalah "barua/anjing kerajaan". bagaimana kalau pembangkang ambil alih negara?adakah polis akan menjadi "barua/anjing" mereka pula?

2) Sekarang polis adalah "barua/anjing kerajaan"...bagaimana kalau pembangkang ambil alih negara?adakah SEMUA anggota polis akan dibuang lalu direkrut polis-polis yang baru serta merta?

3) ataupun...haruskah kita bubarkan saja polis ini dan biar negara ini tidak dijaga oleh sesiapa?

Soalan ini telah saya tanya pada rakan fb saya itu tapi tiada jawapan. disebabkan mulut-mulut anda( pengkomen di blog keretamayat) yang asyik menyalahkan polis. saya mohon tolonglah jawab soalan ini kerana saya nak tau juga nasib polis kalau pemerintahan bertukar tangan. adakah polis masih akan makan DUIT HARAM seperti yang sibuk diperkatakan orang sekarang?

Jawapan dari Hamka keretamayat.

Aku rasa polis Malaysia ni bagus dalam bab mencegah jenayah, buktinya, sepanjang aku duduk malaysia, takde pun gengster datang mintak wang perlindungan dari aku, tak macam sesetengah negara yang setiap kawasan peniaga kena bayar wang perlindungan kepada gengster sebab polis dah kena rasuah.

Dan soalan ini aku rasa bukan dituju kepada aku, maka tak perlulah aku jawab, tapi aku nak kongsi satu rahsia iaitu waktu kecik, cita cita aku adalah hendak menjadi seorang anggota polis.

Pendek cerita, Lepas habis belajar di IPTA, iaitu sekitar 90-an, aku susah nak dapat kerja, masa tu ekonomi gawat dan Anwar ibrahim ada buat demotarsi besar besaran di KL, bila susah nak dapat kerja, lalu aku di nasihatkan oleh kawan-kawan supaya pergi ke jabatan buruh, isi borang dan tunggu temuduga. Itu yang mereka lakukan dan sudah berjaya mendapat kerja walaupun dalam kegawatan ekonomi-tahniah.

Hmm, ini sudah bagus, aku pun nak ‘acu-cuba-try-test’ jugak, baik!, aku nak jadi polis! aku sejak bangku sekolah lagi sudah bercita cita untuk menjadi seorang polis, lagipun aku ada susuk tubuh yang tegap, dada yang bidang dan tulang belakang yang tinggi, aku jugak mempunyai raut muka yang garang, kucing yang sedang curi ikan di dapur jika tertengok wajah aku terus lari ketakutan. Biawak besar yang melintas jalan pun sanggup undur balik bila melihat kelibat aku, memang muka garang giler. Oh, tak sabar aku nak jadi polis.

Korang tahu apa punca yang buat aku beria ria nak jadi polis? Betul! Sama macam semua budak budak yang mudah terpengaruh dengan anasir Yin dan Yan dalam TV, aku jugak terpengaruh dengan filem watak polis yang sungguh hebat dan cool,, filemHong Kong yang berjudul Infernal Affairs lakonan Andy Lau, dan Tony Leung sungguh cool di mata aku, terus tak sabar nak jadi polis, dan filem ini bukan setakat cool di mata aku, malahan cool di mata pengarah Hollywood sehingga mereka buat balik ( remake) versi barat yang berjudul The Departed yang di kaonkan oleh Leonardo DiCaprio dan Matt Damon, pendek cerita, dua dua filem aku suka, walaunpun ending berbeza, dan dua dua filem tu buat aku semangat nak jadi polis.

Kalau boleh aku nak bergaduh dengan orang jahat dalam supermarket macam jacky chan buat dalam police story, mula mula bergaduh dekat pasaraya giant, biar habis bersepah orang jahat aku belasah, minggu depan pulak aku nak bergaduh dekat pasaraya maydin, lepas tu Tasco, lepas tu Kasino Genting highland, argh, bestlah dapat bergaduh macam polis John McClane dalam filem Die Hard!

Akupun terus menuju pejabat buruh dengan ‘roda roda kotaraya’, Sampai di sana, tergiang lagu ‘gerak gerak gerak khas’, terbayang wajah A galak, Ac mical dan Aby Abadi sebagai rakan setugas, argh aku dah tak sabar nak jadi polis, boleh minum the tarik dengan yusof haslam, best!

Aku terus ambik borang dan pergi dekat kaunter pertanyaan lalu tanya,

“Errr, asalamualaikum kak, jika nak jadi polis, borang apa yang patut saya isi?”

Terus Akak kerani yang sedang sibuk asingkan borang berhenti akan aktivitinya lalu berceramah pada aku dengan ceramah: “jangan jadi polis kerana…”,

Aku tak ingat sangat apa yang akak tu cakap, tapi lebih kurang adalah ungkapan seperti: jangan jadi polis dik, orang benci, gaji kecik, nanti terlibat dengan rasuah, lepas tu jika ada demotrasi, adik akan menjadi anjing kerajaan. Senang dapat bala bila cukup 40 orang melaknat, Lepas tu cepat mati kena tembak, anak bini kena tangkap dan suruh datang sorang sorang lalu kena bunuh, susah nak solat sebab kena jaga trafik, kejar orang jahat sampai sempadan terpaksa berhenti, ramai gengster buru sehingga terpaksa buat pembedahan plastik, dan macam macam lagi lah! (Akak ni banyak sangt tengok filem polis versi hindustan kot..?)

Aku yang masih muda, malas nak bergaduh dengan kakak tu lalu bertanya:

“kalau begitu saya tak nak lah jadi polis, err, borang apa kena isi kak jika saya nak jadi pemandu keretamayat,?”

Woha!

Ok, serius, sikit, balik kepada soalan dari anak polis tadi, (aku harap kau seorang perempuan),

Cik adik, masalah ni berlaku disebabkan cara didikan rakyat Malaysia yang salah terhadap dua benda, iaitu anak anak di ajar takut kepada hantu dan polis.

Di barat, jika seorang ibu berjalan dengan anaknya yang masih kecik lalu terserempak dengan polis, si ibu akan cakap: anak, sila ucap hello pada Uncle polis, lalu anak pun cakap, Hello Uncle, How are you? Lalu Uncle polis dengan tersenyum menjawab: I'm fine, thank you, jalan elok elok, jangan terlalu jauh dari mak, dan polis itu pun melambai dan budak itupun melambai.

Tapi di Malaysia, jika seorang ibu berjalan dengan anaknya yang masih kecik lalu terserempak dengan polis, si ibu akan cakap: anak, jangan nakal nakal, nanti mak suruh polis tangkap hantar kamu masuk penjara Kamunting. Anak pun menggenggam erat tangan mak nya dan melihat polis dengan penuh ketakutan seperti melihat seekor 'German Shepherd'.(anjing pengesan polis)

Bila besar, teka anak tu jadi apa?

Jadi, lepas korang dah penat salahkan kerajaan atas semua kagagalan, jangan lupa untuk salahkan mak bapak korang yang ajar takut kepada hantu dan polis waktu korang kecik sehingga ketakutan korang kepada mereka lebih besar dari takut kepada Allah, buktinya: solat dan puasa selamba tinggal sebab tak takut kepada Allah, tapi bila polis datang tangkap korang yang tak puasa terus lari ketakutan.

Aku malas nak cakap banyak, sempena bulan puasa yang mulia ini, sama samalah mulakan azam baru untuk takut kepada Allah. Ambik kesempatan ini untuk mendekati ustaz ulamak, kerana mereka mungkin akan ikut sunnah Nabi Muhammad SAW beriktikaf di masjid, mungkin mereka akan dirikan khemah untuk tidur, macam Nabi selalu buat di bulan ramadhan, maka bolehlah kita mendekati mereka dan bergaul dengan mereka. insyAllah bila kita bergaul dengan mereka, maka ketakutan dan ketakwaan kita kepada Allah akan meningkat, mudah-mudahan.

Akhir kata, selamat menyambut Bulan Puasa. (malas nak cakap banyak tapi cakap gak, he he)

Eh, jap Hamka!, kau cerita ni biar betul-betul, macam tipu jer, kau cakap kejadian di pejabat buruh tu tahun 90 an, sedangkan filem yang kau quote sehingga menaikkan semangat untuk jadi polis tu filem baru, Infernal Affairs lakonan Andy Lau, dan Tony Leung tu tahun 2002, The Departed tu tahun 2006, Gerak Khas, 2000, baik kau cerita kisah sebenar!

Err, betul, cerita kat atas tu separuh tipu dan separuh benar, sebab aku tak nak nampak terlalu loser, tapi sebab dah kantoi, terpaksalah aku mengaku, bukan filem filem tu yang buat aku bersemangat nak jadi polis, aku minat nak jadi polis selepas menonton filem polis jepun pada tahun 80-an. Aku nak tulis takut korang tak tahu pulak filem tu sebab dah lama.

Filem apa tu? Tanya korang garu garu kepala, tak salahkan kamu, jika korang lahir tahun 90-an memang tak sempat tengok filem tu, tapi jika korang tengok tentu korang akan bersemangat nak jadi polis macam aku.baik, tajuk filem itu adalah:

Polis angkasa Gaban.

Woha!

Ps: Selamat berpuasa kepada semua peserta perhimpunan bersih dan juga kepada semua polis yang bertugas, didiklah anak cara sunnah, dan ajarlah mereka takut kepada Allah, bukan kepada polis, akhir kata: selamat berpuasa dari keretamayat yang tidak dapat jadi polis tapi dapat hantar mayat kamu dan mayat polis ke kubur.( wakakau wakakau gaban!)

Jul 28, 2011

Di tipu kerana bodoh?

(Malu bertanya kawan, Sesat cari jalan pulang, Biar ia berkesan, Di lubuk hati terpendam-Mael XPDC)

Aku mengaku.., aku selalu kena tipu oleh syaitan dan itu cerita lain, hari ni aku bukan nak cerita pasal setan yang mengalir dalam darah tu, aku nak cerita pasal mangsa setan yang bertopengkan manusia.. aku baca paper, golongan yang kena tipu bukan setakat budak kampong yang bodoh alang dan baru nak baligh, atau orang tua kampong yang naïf lepas manopous, tapi yang kena tipu tu termasuklah budak universti, doctor, prof, malahan pakar motavasi pun kena tipu.. ish ish ish..

Maka aku buat kesimpulan, bahawa orang yang kena tipu bukanlah kerana orang tu bodoh bangang atau berotak slow , kerana yang ada degree phD pun berlambak kena tipu, tapi orang kena tipu adalah kerana mereka bodoh dalam bab mereka di tipu itu.

Aku ulang: Orang kena tipu adalah kerana mereka bodoh dalam bab mereka di tipu itu.

Contoh, seorang nelayan sejati, kita tak boleh nak tipu mereka berkenaan cuaca dan lubuk ikan, sebab mereka lebih berpengalaman, mereka tengok ikan dalam airpun dah tahu jantan betina, tapi jika kita cerita bab calculus matematik, yang mana jika nelayan tu matematik moden pun tak pass, lalu kita cerita tentang bagaimana nak selesaikan masalah untuk bezakan dy per dx sebelum membuat kamilan tahap ke tiga, jika kita kencing mereka, tentu mereka akan tertipu sambil ternganga macam mulut ikang kembung terlopong kekurangan oksigen.

Pendek kata: Orang kena tipu bukan kerana mereka bodoh, tapi adalah kerana mereka bodoh dalam bab mereka di tipu itu.

Aku bagi contoh lain yang lebih senang sikit, sebab contoh tadi terlalu metaforsis, baik, sekiranya kita pergi melancong luar negara, lalu naik teksi untuk pergi tempat sekian sekian, sekiranya kita bodoh dalam bab goegrafi, maka kita akan kena tipu dengan mudah oleh si pemandu teksi yang mana teksi tu akan sengaja lalu jalan jauh supaya korang kena cas mahal, kena tipu, bermakna di sini, korang kena tipu bukan sebab korang bodoh atau slow, tapi sebab korang bodoh dalam bab korang di tipu itu yang mana dalam kes ni, korang bodoh dalam bab geografi. Maka kena kencilah korang dengan pemandu teksi.

Contoh lain yang lebih mekanikal, korang ada terdengar bunyi tak sedap dari enjin kerata, bila hantar bengkel, maka mereka cakap, timing belt kendurlah, tali break berkaratlah, gasket bocorlah, compressor aircond jemlah, dan apa sahaja yang mana jika anda seorang Doktor sekalipun, oleh kerana anda tidak ada ilmu tentang injin kereta, maka kena tipulah korang.., bermakna di sini, korang kena tipu bukan sebab korang bodoh,(korangkan Doctor), tapi sebab korang bodoh dalam bab korang di tipu itu yang mana dalam kes ni, korang bodoh dalam enjin kereta. Maka hidup hidup korang kena cas repair kereta sampai ribuan ringgit padahal bunyi tak sedap itu datang dari masalah tayar sahaja. Contoh!!

Jadi bagaimana nak atasi masalah kena tipu ni? Aku rasa korang semua dah ada jawapan, iaitu belajar dari orang yang pandai dan ikhlas, jika tak belajar sampai mahirpun, tahu basic pun ok, tahu tengok peta jika merujuk kepada masalah geografi tadi, tahu kedai mana yang bagi servis dengan telus melalui bertanya pada kawan kawan yang pernah repair kereta. Dan lain lain.

Ok, aku sebenarnya tak rasa terkilan sangat jika korang cerita kisah kena tipu naik teksi atau kena tipu repair kereta sebab masalah tu bolah diselesaikan lain kali dengan cara belajar dan ambik tahu, tapi ada satu masalah besar yang aku sangat rasa terkilan adalah apabila korang kena tipu dalam bab ugama.

Mereka yang kena tipu dalam bab ugama bukan sebab mereka bodoh, ada antara mereka ambik degree, master dan Phd, tapi mereka kena tipu sebab bodoh dalam bab ugama.

Pengikut ayah pin, pengikut Rasul palsu si kahar dan segala ajaran sesat adalah contoh yang semua orang faham bahawa mereka telah ditipu kerana mereka bodoh dalam bab ugama.

Pengikut ugama lain, adalah contoh mereka yang telah tertipu oleh ahli kitab mereka yang telah ubah kitab mereka kerana mereka bodoh dalam bab ugama.

Pengikut Syiah, tarikat tarikat sesat, Al-Ma`unah, Al arqam, MLM, skim cepat kaya ala islamic, dan banyak lagi ajaran sesat, juga termasuk contoh mereka yang mudah kena tipu sebab mereka bodoh dalam bab ugama.

Orang yang taksub dengan fatwa ustaz politik, juga termasuk contoh mereka yang mudah kena tipu sebab mereka bodoh dalam bab ugama, aku malas cakap banyak sebab kejap lagi fatwa kaum kera akan berdengung dengung dalam ruangkan komen untuk benarkan ‘dosa’dan kebodohan mereka.

Kerana itulah ada term dalam islam, bila belajar ugama, belajarlah dengan guru yang murysid, yang ihklas, hanya kerana Allah, bukan kerana harta, pangkat, populariti, wang ringgit dan lain lain.

Siapa guru yang Mursyid? Dan bagaimana nak mengenali mereka?, senang jer, ada empat tanda, pertam: mereka istiqamah solat berjemaah, (tiang ugama), kedua mereka berdakwah cara Nabi (tulang belakang ugama), ketiga mereka banyak duduk di masjid(Hati ugama) dan ke empat mereka tidak mintak upah(ganjaran ugama). Klik sini jika nak tahu cerita detail.

Orang yang kena tipu dalam bab ugama, bukannya nak mengaku tertipu macam korang kena tipu oleh pemandu teksi atau bengkel kereta, sebaliknya orang yang kena tipu dalam bab ugama ni akan gunakan fatwa kaum kera untuk benarkan kebengongan mereka, ni yang setan suka, mati tanpa bertaubat sebab sangka diri sedang buat amalan ugama padahal sesat lagi menyesatkan. Bodoh satu hal, sengaja membodohkan diri ni yang aku tak tau nak cakap apa-Bengong!

Ketahuilah, Syaitan telah hampir berputus asa kerana dengan bertaubat, maka semua dosa manusia di ampunkan, lalu syaitan telah tipu manusia untuk buat dosa yang di sangka amalan ugama, maka matilah manusia tanpa bertaubat dan masuk neraka. Nauzubillah.

Aku malas nak cakap banyak, bulan puasa pun dah nak dekat, silalah ambik kesempatan ramadhan ini untuk renung diri dan belajar ugama dengan ikhlas daripada guru yang Mursyid.

Penulis juga berpesan kepada diri sendiri.

Sekian.

Ps: Semua orang tak nak kena tipu, Pagi tadi, Kereta aku ada bunyi pelik sikit, siapa tahu pasal enjin kereta, atau bengkel mana yang ‘mursyid’, tolong? - Woha!

Jul 20, 2011

Buku pertama Keretamayat, bila?

(link skema jawapan bagi semua soalan dari blog, email, dan FB. Tanya korang: Bila buku pertama keretamayat nak keluar? jawapan- baca entry ni sampai habis)

Dah ribu-ribu orang tempah (tanpa bayaran) yang bersedia nak beli buku aku, alhamdulillah, tapi ada beberapa masalah dari segi ugama dan dari segi dunia yang menghalang aku untuk ambik deposit dulu walaupun nafsu aku membenarkan untuk berbuat demikian: iaitu ambil duit korang, gunakan sebagai modal cetak, dan aku akan untung tanpa keluarkan modal, tapi aku tulis buku bukan atas factor untung semata-mata.(Ehem, ehem)

Seperti biasa, bila kita nak start bisnes, akan ada masalah, dan akupun dah tentu tak terlepas dari menghadapi masalah kerana aku hanya manusia biasa, ketiak aku juga berbulu seperti korang.

Maka, mari kita belajar dan ambik pengajaran dari kisah pengalaman aku nak terbit buku, terutama kepada blogger yang dah perasan popular macam aku-woha!.

Kita pecah kepada dua, satu masalah dunia, satu lagi masalah akhirat. Kita bincang masalah dari segi keduniaan dahulu.

Masalah dari sudut dunia adalah aku yang pantang penerbit suruh semak, pasti aku akan edit, semak sikit, edit banyak, membuatkan penerbit aku naik angin dan kini aku paham kenapa penerbit dan pengarah filem selalu bergaduh, patutlah di barat setiap filem akan ada ‘director’s cut’ yang mana selepas filem versi penerbit di pasarkan, pengarah akan edit lagi sekali filem tu dan biasanya komen penonton adalah akan suka ‘director’s cut’ walaupun duration nya panjang berjela. Aku harap lepas ni takde pulak buku aku versi ‘writer’s cut’ – woha!

Masalah kedua adalah penerbit aku yang memang aku kagum akan ke’gila’annya sebab sanggup bukukan entri-entri blog aku. Tapi lebih ‘gila’ apabila nak berlagak pandai, dan malas nak upah designer akhirnya penerbit aku guna WORD untuk edit final dan convert kepada PDF yang bakal menimbulkan masalah apabila nak dicetak (walaupun dah siap edit pada 30 jun yang lepas).

Namun, nasib baiklah (dengan izin Allah), ada salah sorang pembaca keretamayat yang bekerja sebagai designer di sebuah syarikat telah email aku menyerah diri, err, maksud aku sanggup untuk buat kerja kerja designer tanpa hidden cost dan beliau menggunakan software Adobe InDesign CS5.5, Adobe Illustrator CS5 dan adik-beradik Adobe yang lain. Dan sebagai rasa berterima kasih, satu hari nanti, insya-Allah, aku akan bawak bini aku jumpa kau dan belanja makan dekat mana mana kedai sambil menjawab apa sahaja masalah ugama dan dunia secara percuma di selang seli lawak mayat-woha!

Masalah ketiga adalah lokasi aku dan penerbit yang jauh buat susah nak bincang dalam internet, dan hujung minggu pulak aku selalu perasan sibuk, dipendekan cerita, satu hari tu dapatkah aku peluang untuk tidak sibukkan diri iaitu pada 9 julai, tapi bila pergi KL, terpaksa pulak di tangguhkan kerana ada perhimpunan bersih-woha-patutlah Hamka marah sangat dengan perhimpunan ini, rupanya ada masalah dalaman, he he, aku rasa ini adalah alasan semata mata.., takde kene mengena dengan perhimpunan bersih, aku yang perasan sibuk pada hari lain ho ho..

Ok, itu masalah dunia. Masalah dalam bab ugama pula, oleh kerana entry aku banyak guna lafaz Buznama iaitu ‘Berita dari Ustaz yang aku tak ingat nama’, penerbit aku sedaya upaya cuba kurangkan rujukan Buznama dan cari dalil serta nas yang tepat dan ini sedikit memakan masa.

Masalah kedua dalam bab ugama adalah kerana aku sendiri yang bukan ustaz tapi menulis perkara perkara ugama, untuk itu aku telah membuat perubahan kepada nota aku sehingga menjadi kepada perkara yang lebih AFDAL iaitu orang dah tak boleh argue aku bukan ustaz kerana dot dot dot, (beli nanti korang tahu kenapa bukan ustaz ni layak tulis buku macam tu he he, kasi suspend sikit)

Masalah ketiga dalam bab ugama adalah, aku tak boleh jual barang yang belum jelas, belum cetak, kerana hukumya haram kecuali ada penjanjian yang kukuh, contohnya korang nak beli anak lembu yang sedang mengandung, aku pun jual, tapi katakan tiba tiba lembu tu mati, atau lahir anak lembu yang cacat, maka banyak masalah yang timbul.., bak kata orang putih: don't count your chickens before they're hatched.

Benda ni ada dalam hadith: Barangsiapa yang membeli secara serahan barangan tangguh (as-Salam), hendaklah ia menetapkan timbangan, beratnya dan tempoh masa dengan jelas. (Riwayat al-Bukhari)

Jadi untuk buku aku, aku janji hari tu nak ambik tempahan korang hujung bulan lepas, tapi aku tak jadi ambik sebab buku aku belum di cetak lagi. Maka haram jika aku ambik, andai kata berlaku perubahan kepada tebal nipis buku, quality kertas atau editor yang menyunting buku tu sampai jadi seolah-olah ditulis oleh orang lain. Kalau korang dah bayar maka korang terpaksa terima seadanya. Maka berlakulah penganiayaan di situ. Apatah lagi jika aku jadi mayat esok, sedangkan duit terus masuk beribu ribu dalam akaun sedangkan mungkin perjanjian aku terbatal dengan penerbit kerana aku dah mati.

Maka kerana itu, simpan dulu duit korang sebanyak RM25 ringgit, dan masa simpan duit tu, simpan jugak ilmu tentang jual beli secara islam yang sangat adil.

Aku ringkaskan hukum jual beli secara tempahan. Atau dalam istilah islam, Istisna'

Hukum asal bagi setiap pembelian sebegini adalah HARAM disebabkan wujudnya gharar atau uncertainty harga, bentuk yang tak jelas dan ciri ketidak tentuan barang tapi tidak haram jika ada syarat syarat tertentu seperti.:

1)Penjual telah memberitahu spesifikasi barang dengan jelas, sama macam kes tempah kereta proton, jika kereta tak tahu lagi bentuknya tapi tempahan di ambil sebab dalam internet sudah tersebar gambar kereta luar Negara yang futuristic yang di dakwa sama macam model proton baru, tapi bila keluar bentuk lebih kurang kereta wira yang buat penempah rasa tertipu maka ketika inilah haram proses penjualan itu apatah lagi jika sipenempah ingin menarik balik, wangnya pulak hangus. Bertambahlah haram. Jadi penjual kena bagi tahu spesifikasi produk dengan jelas agar tidak berlaku pengani ayaan.

2) Tempoh siap mestilah di tetapkan, banyak kes kontarktor melayu, dalam contoh renovation rumah, janji siap hujung bulan, bila pembeli nak pindah, tapi tak siap, sedang duit dah bayar, maka berdosalah si penjual servis itu kerana menipu dan gagal menetapkan tarikh siap dengan jelas, sama kes buku aku, penerbit cakap, akhir bulan lepas dah siap, tapi tak siap lagi, sebab tu aku tak bukak akaun untuk bank-in, aku tak nak tamak dan berdosa, jika ada rezeki aku, tak ke mana, semua dalam perancangan Allah. Dah siap cetak, atau spesifakasi dah jelas, aku akan bukak borang beli on line-terima kasih kerana bersabar.

3) Sebelum mula kerja, bila si pembeli tempah, elok buat akad atau syarat dan term supaya jual beli ini menjadi halal walaupun ada masalah, dalam islam, status aqad boleh dibatalkan oleh sebelah pihak walau tanpa persetujuan yang lain (ghayru lazim), namun setelah kerja bermula sebelum aqad telah bertukar menjadi lazim iaitu hanya boleh dibatal dengan persetujuan kedua belah pihak. Ataupun, jika hasil kerja pembuat berbeza dengan perincian sifat yang ditempah, penempah boleh memilih sama ada untuk membatal atau meneruskannya. Keputusan Akademi Fiqh OIC dan Majlis Syariah Majis Perakauan dan Kewangan Islam sedunia memutuskan bahawa istisna adalah aqad lazim.(rujuk Ustaz Zaharuddin untuk keterangan lebih jelas)

4) Harus penempah (pembeli) mengenakan denda dalam bentuk kewangan ke atas pembuat sekiranya ia gagal menyerahkan barang yang dijanjikan dalam masa yang ditetapkan, lagi bagus jika benda ni di tulis dalam perjanjian, dalam kes kontark kerajaan misalnya, ada term ini yang mana supplier kena denda bila gagal siapkan projek pada hari yang di janjikan.

Ok, aku rasa cukup knowledge sharing dan info tetang buku aku, di harap entry ini dapat menjawab semua follow-up dari email, blog dan FB, terima kasih kerana bertanya, tak salahkan kamu, salahkan penerbit-woha! (semua yang berlaku adalah dari Allah, ada hikmah yang kita tak tahu)

Maka, target untuk print buku telah berubah kepada sebelum tarikh tutup bayar fidyah, atau sebelum Lalialtul qadar tahun ini, atau sebelum tutup tarikh bayar zakat di pagi hari raya atau mungkin aku mati dulu lalu berkubur bersama sama buku keretamayat. Isk..

Akhir kata, sebelum aku mati.., ‘nikmatilah’ aku seadanya.

: )

Ps: Kepada penerbit, jika aku mati, aku harap kau teruskan projek ini, dan hasil jualan, separuh kau kena bagi kat anak-anak yatim dan balu iaitu anak anak dan bini aku-peace.

Ps2: Di kesempatan ini juga aku nak bagitahu, kepada siapa yang belum isi borang servey untuk beli buku agar memudahkan aku menganggar berapa minima cetakkan, silalah isi borang tersebut di sini.

Jul 15, 2011

Solat best?

(Lupakan kuning, mari kita bercerita tentang warna biru pula, eh tak nak! Nanti orang akan butthurt, so, kita cerita warna lain, jom!)

Aku dah janji hari tu, malas cakap pasal politik kuning lagi, jadi, menunaikan janji hari itu, dan sempena hari jumaat yang berbahagia setiap minggu, mari kita bercakap tentang warna lain yang lebih suci dan mulia iaitu warna putih dengan niat memutihkan kekuningan(kekeruhan) yang menjerat perasaan di pinggir bukit berdurikan prepaid agar suci yang tidak menyucikan minggu lepas menjadi suci lagi menyucikan, chewah... puitisnya aku.

Sebelum aku cerita tentang bagaimana solat best, aku nak bagi info sedikit tentang warna putih:

  1. Pakaian ehram untuk mereka yang pergi haji, adalah bewarna putih dan ini adalah sunnah Nabi.
  2. Yang disukai oleh Nabi saw ialah warna putih. Petikan Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin.
  3. Daripada Samurah r.a ,Rasulullah S.A.W bersabda ,: " Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik.." (Hadis riwayat Nasa'i)
  4. Dari Ibnu Majah, Nabi S.A.W bersabda,: " Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih.
  5. Bendera Islam bewarna putih dan tertulis kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH (HR Ibnu Majah)
  6. Kain kafan yang di gunakan untuk membungkus mayat orang islam adalah bewarna putih, tidak kira korang dari parti warna apa apapun.
  7. Orang kapir, kereta mayat mereka bewarna hitam, tapi di Malaysia, keratamayat warna putih.
  8. Dalam perang, jika bendera putih kosong yang dikibarkan itu tandanya mereka ingin berdamai atau menyerah kalah.(standard perang hari ini-mamat konspirasi tak payah nak tafsir lebih-lebih)
  9. Dalam sukan UFC, apabila jurulatih membaling kain putih ke tengah gelanggang, pengadil haruslah memberhentikan perlawanan.(inilah sukan yang paling aku suka tengok)
  10. Dalam budaya perkahwinan masyarakat barat,pakaian putih dan tutup muka pengantin perempuan dianggap sebagai lambang kesucian, iaitu pengantin masih dara.(betuk ke ni?) Tapi di malaysia, malam pertama letak kain putih dipunggung perempuan yang mana jika ada darah bermakna dara pecah.
  11. Nama sebenar P Ramlee adalah Zakaria Puteh.
  1. Pulau Batu Puteh menjadi subjek utama mengenai pertindihan antara Singapura dan Malaysia yang dibicarakan menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milikSingapura.
  2. Mambang Putih merujuk kepada sejenis makhluk halus yang mewakili semangat putih matahari dan langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat.
  3. Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Ada pepatah mengatakan, penjenayah miskin tempatnya dalam penjara, penjenayah kaya tempatya dalam politik.Woha!
  4. Krim yang sedap korang makan pada kueh kek, adalah Putih telur campur air gula-tahu takpe.
  5. Pokok Kayu Putih ialah sejenis pokok gelam, tapi takde kene mengena dengan saka gelam.
  6. Jika bermain catur, buah putih jalan dulu.
  7. Orang yang malu nak mengorat tiba tiba aweknya kahwin dengan orang lain di kenali sebagai “berputih mata”.
  8. Bawang putih baik, bawang merah jahat, tapi aku lebih suka Nia Ramadhani : )
  9. Sel darah putih berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit berjangkit dan bendasing, kekurangan sel darah putih akan – jangan ponteng kelas sains.
  10. Rumah Putih ialah rumah untuk Presiden Amerika Syarikat. Sudah beberapa kali rumah ini dimusnahkan dalam filem seperti 'die hard 4.0', 'independence days' dan lain lain.
  11. Tahukah kamu kenapa warna tahi cicak putih dan hitam? Menurut kajian sains, ianya adalah atas dasar safety, yang mana jika tahi cicak jatuh dalam susu, orang nampak, jatuh dalam kopi pun orang nampak, Woha.
  12. Tahukah kamu kenapa mahsuri berdarah putih? Ya betul, sebab mereka tikam tepat pada buah dadanya-woha!

Arghh, dah start mengarut, aku nak cerita kisah sunnah Nabi yang suka warna putih, tapi melalut kepada warna tahi cicak dan darah mahsuri, hampeh betul!

Habis sampai sini, anggaplah ini kekurangan diri aku yang mewakili warna hitam dalam hati putih aku…

Bermula cerita, (tadi tu intro sahaja-ha ha)

****

Baru baru ni, di Stadium Nasional Bukit Jalil, ramai sungguh orang pakai baju kuning dan baju merah, iangatkan perhipunan Bersih dan Perkasa yang belum habis, tapi rupanya ada game bola Malaysia lawan Arsenal, 'Merah' menang 4 gol, 'kuning' dapat kosong gol. Woha!

Cerita bab bola, kita boleh tengok macam-macam stail penonton, ada yang lebih suka tengok kat rumah dalam tv, ada yang lebih suka tengok dekat kedai makan screen besar sambil menjerit sama kawan-kawan, ada yang just nak tahu keputusan, cukup tengok berita babak gol, atau ada yang just baca surat kabar, youtube dan macam-macam lagilah!

Tapi yang paling best, adalah mereka yang tengok bola dekat stadium sambil jerit-jerit, siap pakai jersi warna sama dengan pemain bola, dan ada yang siap conteng muka lagi lengkap dengan kain rentang, mercun dan leser, ha ha ha..

Bila di tanya, kenapa korang sanggup congteng muka, pakai jersi warna warni dan duduk kerusi hadapan sambil menjerit-jerit macam jurulatih?

Jawab mereka, tengok bola, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Ok, itu tengok bola kat stadium, ada kawan aku yang main bola secara seronok-seronok dekat padang kampong, tapi datang siap dengan jersi lengkap, bila lawan pertama sumbat gol, yang kalah kena bukak baju, jadi mamat yang dah tahu kalah, dan kena bukak baju tapi masih datang main dengan pakai lengkap jersi walaupun hanya dia sorang jer pakai, dan bila ditanya, kenapa sanggup susah susah pakai baju bola sedangkan kita main suka-suka jer?.

Jawab mereka, main bola, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Straight to the point, dah nama blog pun keretamayat, tak kan nak cerita pasal bola, maka aku nak bagitahu, jika kita sungguh sungguh dalam ibadat, kitapun akan dapat ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Bab solat misalnya, (ehme, ehem)

Kita boleh tengok macam-macam stail pesolat, ada yang solat kat rumah lengah-lengah, ada yang solat berjemaah dengan bini, ada yang solat hanya pakai kain pelikat, ada yang solat sekadar melepas kentut di tangga, dan macam-macam lagilah!

Tapi yang paling best, adalah mereka yang solat berjemaah di masjid, saf depan, datang awal, siap buat solat sunnat tahiyatul masjid dan pakai lengkap sunnah Nabi dengan siap bercelak, berserban dan berjubah putih!

Bila di tanya, kenapa korang sanggup bercelak, berserban dan berjubah putih, datang awal, duduk saf depan, lalu bertasbih dan beriktikaf di masjid macam ustaz ulamak?

Jawab mereka, solat, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Aku ulang: solat, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Jadi ‘moral of the story is:’ Solat kita tak best sebab tak ada feel, Feel tak datang sebab kita tak bersungguh!

Tak bersungguh untuk solat!.

Cuba kita buat macam peminat bola atau peserta himpunan bersih buat, eh silap?, cuba kita buat macam ustaz ulamak selalu buat, datang awal ke masjid, duduk saf depan, solat sunnat tahiyatul masjid, dan pakai jubah putih, bila solat rasa satu feel yang.., nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Aku sendiri dapat rasakan perbezaan kalau hari jummaat, bila aku pergi awal, pakai baju sunnah, pakai serban, duduk saf depan, lepas solat sunnat duduk zikir, dengan niat iktiqaf sambil tunggu azan, bila time solat rasa sungguh best! dapat ‘feel’ yang feelnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Tapi kalau datang orang dah nak habis khutbah, duduk pulak saf belakang. Pakai pulak baju T shirt dan seluar jeans, kopiah pun tak pakai, lepas solat aku rasa macam gitu-gitu jer, kurang feelnya, (ni aku lah nih..korang tak, korang semua beriman dan bertakwa, tak dengar khutbah dan solat masbukpun tapi masih kusyuk solat sehingga lupa alih kereta yang parking di tengah jalan block kereta orang-memang bangang!..)

Maka nasihat aku, sama samalah kita bersungguh dalam ibadat, orang pergi himpunan kuning pun sanggup bersungguh-sungguh pakai baju kuning melambangkan kebersihan, atau orang pergi tengok bola di stadium pun sanggup bersungguh-sungguh pakai baju jersi melambakan semangat gila bola siap conteng muka? apatah lagi untuk perkara yang lebih utama ngan solat nih,

Kalau boleh bawak uniform khas dalam beg siap dengan serban dan jubah warna putih (macam superhero dengan kostumnya: superman/spiderman/cicakman), yang mana bila dah nak azan terus tukar baju, zassss.., dan dengar azan dalam masjid, memang bestlah…

Orang perempuan pulak, lagi sepuluh minit nak azan pergi siap-siap, pakai kain sembahyang dan tunggu azan, lepas tu senyum-senyum kat suami sambil angkat-angkat kening, sebab jika isteri solat awal waktu, dan suami solat berjemaah di masjid, lalu, bila suami pulang karang, korang akan ada banyak masa untuk buat banyak benda, nak berjimak sampai solat seterusnya pun boleh. Terus sombat gol!!!

Woha!

Sekian.

Ps: Baju T shirt warna kuning siap sedia untuk perhimpunan 3.0 akan datang, baju jersi bola juga siap sedia untuk pergi stadium bukit jalil, baju jubah warna putih untuk solat berjemaah ada tak bang?

Jul 13, 2011

Jihad seronok?

(Aku harap ni entry last pasal politik, sebelum tu, ada pembaca cakap, perhimpunan bersih ini benar dari sudut ugama sebab ada ustaz joint-ha ha!)

Seronok sebenarnya pergi himpunan bersih, acara yang di adakan 4 tahun sekali, memang seronok, macam piala dunia rasanya, semua orang pakai baju kuning, dan berarak ramai ramai, seronoknya..

Lepas tu jumpa kawan kawan lama yang hanya sempat berborak dalam FB, sekarang dapat kumpul ramai-ramai begini, memang seronok.

Dalam berarak tu, jumpa pulak ustaz ulamak, terus tunjuk muka depan mereka, kat masjid payah jumpa sebab perasan sibuk, tapi sekarang dah jumpa dalam perhimpunan ramai begini memang seronok, terus kita bertakbir depan ustaz ulamak tadi, ustaz pun senyum tengok kita, kita pun rasa seronoklah, al maklumlah, jika kita mati, dah tentu mereka akan solat mayat dekat kita, dapatlah peluang kita masuk shurga awal, seronoknya.

Sedang asyik berarak, tiba tiba hujan turun, wah wah wah! Ini bertambah seronok.., dah lama tak mandi hujan, masa kecik, mak selalu marah main hujan, nanti kena demam kuning-kata mak, tapi sekarang, di tengah Bandar KL ni, bila turun hujan lebat, seronok sakan lah wei,

Yang lebih seronok, dalam perhimpunan ini, ada ramai gadis muslimah turut serta, baju kuning mereka kebasahan dalam purdah labuh mereka, mereka pun senyum tengok kita, cantik sungguh tengok orang perempuan lepas mandi, yang seksi pula, ternampak saiz coli, terus otak kuning menjadi seronok, tapi itu orang lain, saya tak.., saya datang perhimpunan ini semata mata kerana ugama, ustaz cakap inilah sunnah Nabi, jika mati masuk shurga, saya seronok kerana berpeluang berjuang dengan cara yang senang sebegini, seronok sungguh.

Kita apa apapun, kena ikut ustaz, kat kampong saya, ada orang ajak saya istiqamah solat 5 waktu di masjid, saya rasa tak seronok sebab banyak komitment lain seperti menonton ulangan rancangan raja lawak yang seronok, tapi bila saya tengok ada jugak ustaz yang tak istiqamah solat jemaah di masjid, maka bagi saya, tak perlulah kita solat 5 waktu di masjid, solat dengan anak bini di rumah macam ustaz buat, baru seronok

Eh, tak seronok pulak cerita tentang perhimpunan 5 kali sehari semalam, kita sambung cerita tentang perhimpunan yang lebih meriah dan seronok.

Antara perkara yang seronok dalam perhimpunan ini adalah, ada ramai orang datang ambik gambar, ramai kawan kawan yang puji, ustaz pun puji dan rasa macam kawan kawan kita ramai sangat, seronok sungguh sehingga ada yang menyanyi lagu negaraku..,

Ok, keseronokkan sudah tiba ke kemuncak, iaitu berperang dengan polis Malaysia.

Di sini saya ingin memberitahu seluruh dunia, berperang dengan polis Malaysia adalah pengalaman berdemotrasi paling menyeronokkan dalam dunia!

Polis Malaysia tak sekejam polis Negara lain, dekat Thailand, polis sana tangkap penunjuk perasan dan isi dalam trak sampai mati lemas, dekat Libya, polis tembak peluru betul, dekat Israel, mereka gilis dengan kereta kebal, dekat Myamar, mereka belasah sampai mati.

Dekat Malaysia, kita jerit, anjing-anjing!, polis tengok kita dengan marah, lalu terus kejar kita, lepas tu kita lari menyorok, polis penat, kita keluar balik, jerit dan maki, macam ustaz ustaz ajar, ustaz cakap maki kerajaan dapat pahala, jadi kami maki polis sebab polis tu anjing kerajaan, dapat pahala jugak, bila polis kejar, kita nyorok lagi, seronok sungguh main lari-lari dan nyorok-nyorok dengan polis Malaysia.

Bertambah seronok bila kawan kawan kita kagum dengan tindakan ‘jihad’ kita selepas menerima tindakan jahat polis, walaupun penat berlari dan menyorok, dalam hati rasa seronok..

Lepas tu polis bengang, polis siram dengan pili bomba, mandi hujan lagi, alahai, seronoknya.., ternampak jugak perempuan yang kebasahan, ada kawan kawan kita lari lari celah orang perempuan yang basah, polis lebih hormat orang perempuan, so menyorok kat situ lebih selamat.., seronot sungguh.

Acara kemuncak yang seterusnya, polis lepas gas pemedih mata, sakit mata kita, tapi takpe sebab bukan kita sorang yang kena, kawan kawan, ustaz ustaz dan awek awek, semua kena, tapi kita seronok, dan bertambah seronok bila ustaz cakap, kita dah setaraf Rasulullah, dulu nabi kena sembur dengan air lada, kita kena sembur pemedih mata, besar pahala ni, seronok sungguh

Tapi bila dah pedih mata, susah nak nyorok, kitapun kena tangkap, rasa takut jugak, tapi bila tengok ramai kawan kawan, ustaz-ustaz dan awek-awek kena tangkap sama, kita rasa seronok kembali.

Lepas tu polis bawak kita makan nasi gulai kawah, bagi rawatan percuma dan tempat rehat, seronok sungguh, pahala dapat, makan free dapat dan dapat jugak berkenalan dengan awek awek bertudung labuh.. he he.

Akhirnya, lepas dah kenyang, kami di bebaskan, dan sudah tentu kepulangan kami di sambut bagai seorang pahlawan yang berjasa kepada ugama, tak di gambarkan lagi keseronokkan ini.

Lalu pengalaman seronok ini kami kongsi di kedai kedai makan, di masjid, di FB, di blog, di youtube, dan kami seronok bercerita tentangnya dan memang ini adalah satu perkara yang seronok sungguh..

Tapi ada jugaklah bab yang tak berapa nak seronok, yang mana ada perserta perhimpunan ini yang meninggal akibat sesak nafas, tapi ustaz cakap, dia mati terus masuk shurga, syahid kerana mati berjuang untuk ugama.

Mendengar penerangan ustaz itu, kami rasa seronok kembali, oh sungguh sungguh sungguh seronok.

Akhir kata, jika ada lagi perhimpuann sebegini, kami akan sertai lagi, kerana perhimpunan sebegini sungguh seronok, rugi sape yang tak joint.

Woha!

Ps: Jangan musnahkan masa depan kamu dengan fatwa ustaz yang guna fatwa kaum kera, tak kira dari pembakang atau kerajaan, jangan pilih ustaz yang seronok dengan nafsu semata mata.

ps2:nota kepada orang yang slow, entry ini adalah ‘sarcasm’.

Jul 9, 2011

Patut-patut?

(menyampuk cakap orang tua mungkin tidak elok, tapi menyampuk puisi orang tua-tua mungkin elok, tengok jenis puisilah-woha!)

Hamba bercakap satu negeri,
Dan Hamba tak pandai berdolak dalih,
Sebelum korang menyertai perhimpunan kuning besok pagi,
Atau apa apa yang semakna-selari,
Izinkan Hamba berpuisi,
Tapi sebelum semua ini bersemi,
Hamba ingin mengepaste beberapa rujukan yang menjadi sumber puisi ini.
Agar tidak kekok di kemudian hari...

Chewah, belum start lagi, dah nak bermadah ala ala puisi., he heh! perasan bagus aku ni, apa-apalah.

Baru baru ni dalam ruangan komen entry kuning, ada orang paste puisi peludah warna karya A Samad Said, teruja!, akupun nak bermadah gak, sebelum itu, aku copy paste beberapa refference sebelum mendiklimasikan sajak yang bertajuk "PATUT-PATUT".

Rujukan 1:
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman. (HR Muslim)

Rujukan 2:
“Sesiapa ingin menasihati pemerintah dengan sebarang urusan, janganlah menampilkan kepadanya secara terang-terangan. Tetapi hendaklah memegang tangannya, lalu dibawa ke suatu tempat yang tersembunyi pada masa itu bolehlah dia menasihatinya secara berseorangan dan jika nasihatnya diterima, maka itulah yang sebaik-baiknya dan kalau tidak, maka dia sudah pun menunaikan tanggungjawabnya sendiri.” (Riwayat Tarmizi)

Rujukan 3:
Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang ialah ketika dia mencela pemerintahnya (dari Abu Darda, riwayat Ibnu Abdil Bar dalam kitab At-Tamhid 21/287)

Rujukan 4:
Ibnu Abbas pernah ditanya tentang amar maruf nahi munkar kepada pemimpin. Beliau berkata, 'kalau kamu melakukannya dan kamu sudah mantap, maka lakukanlah dengan cara diam-diam.' (Ibnu Rajab dalam kitab Jamiul Ulum Wal hikam)

Rujukan 5:
Usamah Bin Zaid pernah ditanya, 'sudahkah kamu masuk ke dalam rumah Uthman dan bercakap dengannya(menegur)?'
Dia menjawab, 'adakah kamu mesti tahu setiap apa yang aku cakap kepadanya? Demi Allah, saya telah bercakap dengannya secara rahsia dan saya tidak akan menyebarkannya kepada sesiapapun!' (Sahih bukhari dan Muslim)

Rujukan 6:
Ramai orang salahkan kerajaan, tapi tak ramai yang tahu kerajaan teruk apabila pembangkang tak pandai bangkang . Maka banyak kesalahan kerajaan persekutuan hari ini adalah berpunca daripada pembangkang yang jahil membangkang. Tengok masjid kosong tu, bukan salah kerajaan sahaja, salahkan pembakang yang tak pandai membangkang. Ada pula yang sibuk membangkang sampai lupa solat jemaah. Tak ke bangang! ( Hamka, keretmayat)

Rujukan 7:
Hamka tahu UMNO tu banyak buruk. Oleh kerana sudah ramai orang/blog kutuk UMNO bila buat silap, maka Hamka tak perlu ‘hantukkan’ kepala orang UMNO ke dinding jika orang ramai dah ‘hantuk’ kepala mereka sampai roboh dinding itu.

Tapi tak ramai yang berani nak kritik PAS bila buat silap. Macam zaman sahabat, tak ramai berani kritik kerajaan Muawiyah. Tapi bila ada yang kritik (dengan hujah dan dalil) maka Muawiyah peluk orang tu dan berterima kasih (apabila orang kritik kekasih kita, ucapkanlah terima kasih jika krtikan itu betul). Hamka tak mengharapkan pelukan korang. Cukuplah pelukan bini dia sebagai asbab mandi wajib.(pengkomen facebook keretamayat-Dewa kabaikkan)

Rujukan 8:
Satu perhimpunan para sami buddha telah diadakan di Myanmar yang mengenakan pakaian berwarna merah(2007). Pada hari itu lebih 3000 pelajar dan parti pembangkang terbunuh ditembak tentera Myanmar.Warna Kuning juga merupakan warna konfeti yang digunakan oleh para penyokong Corazon Aquino untuk menggulingkan Presiden Ferdinand Marcos di Filipina pada tahun 1986.(wikipedia)

Rujukan 9:
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)

Rujukan 10:
Bila aku kritik Wahabi, orang kata aku Syiah, bila aku kritik PAS orang cakap aku orang UMNO, jadi.., kepada menteri menteri yang baca blog aku, apa lagi, masukkan dua ke tiga juta ke dalam akaun aku-woha!

Ok, cukuplah tu, dah panjang sangat rujukan, sedangkan puisi pendek sahaja. Starght to the point:-

terimalah:

Puisi dari Hamka keretamayat:

PATUT-PATUT

Apabila Ummat ini telah tinggalkan perkara yang PATUT mereka buat.(Sunnah)
Maka Ummat ini akan buat perkara yang tidak PATUT mereka buat.(Punnah)

Apabila Ummat ini tidak duduk di tempat yang PATUT mereka duduk (berhimpun di masjid)
Maka Ummat ini akan duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk(berhimpuan di tengah jalan raya)
Apabila Ummat ini duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk
Maka Ummat ini akan buat perkara yang tidak PATUT mereka buat.

Apabila Ummat ini buat perkara yang tidak PATUT mereka buat,
Maka mereka telah korban pada perkara yang tidak PATUT mereka korbankan!

Apabila Ummat ini telah korban pada perkara yang tidak PATUT mereka korbankan,
Maka takut-takut mereka akan jadi mayat di tempat yang tidak PATUT mereka jadi mayat!

Apabila Ummat ini menjadi mayat di tempat yang tidak PATUT mereka menjadi mayat,
Maka mereka akan mati bersama dengan orang yang tidak PATUT mereka mati.

Apabila Ummat ini mati bersama mereka yang tidak PATUT mati bersama,
Maka Ummat ini akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT bangkit bersama!

Apabila Ummat ini bangkit bersama mereka yang tidak PATUT mereka bangkit,
Maka mereka akan senasib bersama dengan orang yang tidak PATUT mereka senasib!

Apabila Ummat ini senasib bersama mereka yang tidak PATUT mereka senasib,
Maka Ummat ini akan duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk.

Iaitu neraka jahanam.

Oleh sebab itu, Sebelum Ummat ini duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk(neraka jahanam)
hendaklah Ummat ini duduk di tempat yang PATUT mereka duduk (berhimpun di masjid, bukan di jalan raya)

Sekian, terima kasih.

Hamka, 9 julai 2011
keretamayat warna putih,
Kain kafan warna putih.
Keranda warna kuning.

Ps:Aku setuju kuning itu bersih apabila bangun pagi melihat diri ini tersenyum di cermin jamban-Woha!

Jul 5, 2011

Tahukah anda, kuning itu...?

(Tunjukkan diri anda seorang yang berilmiah di perhimpunan kuning dengan fakta di bawah)

Aku pernah tulis pasal isu ni dalam entry perhimpunan bersih 1.0, dan bertanya empat soalan kepada semua peserta perhimpunan bersih 1.0 dari sudut islamik, dari 2007 hinga 2011, dah 5 tahun, takde sorang pun jawab soalan islamik aku sebaliknya hanya caci maki sumpah seranah dan fatwa kaum kera berdengung dengung dalam ruang komen dan email, bengong sungguh!

Jadi aku malas dah nak tanya 4 soalan yang korang gagal jawab sejak 5 tahun yang lepas, sekarang aku tak nak tanya satu soalan sahaja:

“Kenapa korang tak berhimpun sahaja di tengah padang yang jauh dari jalan raya tanpa ganggu lalu lintas?, selemah lemah iman adalah mengalihkan kayu di tengah jalan, korang berhimpun sampai peniaga terpaksa tutup kedai, jalan sesak dan polis overtime apa ke hel?”

Pergilah berhimpun di tengah padang atau di litar F1 sepang, tak pun berkumpul dekat tapak sebelah masjid KLIA yang pernah 200,000 jemaah tabligh berkumpul pada tahun 2009 yang lalu..

Lagipun, menurut laporan akbar harian metroll hari ini (akhbar trollers kepada trollers) pihak Sepang International Circuit menawarkan litar F1 Sepang sebagai venue untuk demo Bersih, Perkasa dan Pemuda. Menurut pegawai perhubungan awam SIC, Saudara Karrot Gold Anwar;

"Sebagai rakyat Malaysia pihak pengurusan SIC percaya kepada kebebasan bersuara dan berhimpun. Tapi pada waktu yang sama kita tahu demo jalanan bakal menyemakkan pusat bandar Kuala Lumpur. Idea perhimpunan dalam stadium yang pernah dicadangkan pihak tertentu ditolak. Semua peserta demo mahu berarak diatas jalan supaya lebih feel. Berkumpul dalam stadium tak feel. Maka kami bagi the best of both world. Litar Sepang terletak jauh dari KL dan ini akan mengelakkan mereka yang mempunyai urusan di KL dari terperangkap dalam kesesakan akibat demo. Keduanya litar Sepang ada jalan berturap yang terbaik bagi mereka yang berdemo mahukan feel autentik. Disamping itu bila ada demo di litar sepang kami rasakan litar kami akan lebih diutilised. Kalau tak kosong hanya ada biawak melintas"

Pihak Metroll melakukan temubual secara rawak di Kuala Lumpur dan rata-rata orang ramai menyambut baik usaha SIC ini. Setakat ini hanya saudara Lim Kit Siang sahaja yang membantah idea berdemo di litar F1 Sepang. Beliau dipetik berkata;

"Kalau demo dalam litar tak ada polis mahu sembur kami. Nanti kami tidak boleh raih simpati untuk pilihanraya. Media barat juga tak akan tunjuk kerajaan Malaysia jahat! Mana kami nak carik modal berkempen kalau macam ini"

Woha!

Ok, itu bukan kata kata aku, itu kata kata wartawan Obefiend dari Akhbar bohong Metroll..

Walau bagaimanapun, untuk memeriahkan suasana kuning yang aman dan ceria, yang mana sebelum korang menyertai perhimpunan bersih dengan memakai baju kuning, dan mungkin korang akan terperangkap dalam kesesakan manusia, lalu lintas, FRU, atau bermandi air pili bomba, bersauna gas pemedih mata..

Di sini aku ingin berkongsi beberapa fakta tentang KUNING yang mana ketika korang terperangkap dalam perhimpunan itu bersama-sama orang yang tidak dikenali dengan memakai baju kuning, jika boring tak tahu apa nak borak dengan pemakai baju kuning yang lain, apa kata korang berborak dengan mereka akan ilmu korang berkenaan warna kuning, mereka tentu akan kagum dan terharu, layan...

Tahukah anda?

  1. Terdapat tujuh warna kuning di Malaysia iaitu, kuning air, kuning gading, kuning langsat, kuning muda, kuning pinang masak, kuning sami, dan kuning tua tapi di Terengganu warna kuning tua dikenali dengan ‘kuning bata’.
  2. Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua warna merah dan hijau sel-sel kon retina, tetapi bukan sel-sel kon biru. Cahaya dengan jarak gelombang 565-590 nanometer adalah kuning, walaupun cahaya komposit berfrekuensi kedua-dua merah dan hijau, seperti mencampurkan jingga dengan cahaya hijau pucuk pisang, atau merah dengan cahaya hijau, juga menghasilkan cahaya kuning.Jangan ponteng kelas sains.
  3. Maharaja legenda China yang pertama Huang Di, digelar "Maharaja Kuning"
  4. A golden service dengan symbol warna Kuning oleh Jabatan Bomba Malaysia melambangkan "penawaraan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan”.
  5. Di Negara orang putih, warna kuning melambangkan ‘penakut’. Oleh sebab itu, dalam slanga bahasa Amerika Syarikat, seorang penakut digelarkan "yellowbellied" (berperut kuning), ironinya, di Malaysia, ‘orang putih’ adalah orang pucat yang melambangkan panakut jugak..
  6. Di Malaysia, filem lucah di kenali sebagai ‘filem biru’, tapi di China, filem lucah dikenali sebagai ‘filem kuning’.
  7. Di New York, istilah "Yellow journalism" (akhbar kuning) merujuk kepada wartawan murahan yang suka memutarbalikkan fakta, membesar-besarkan perkara remeh temeh dan suka bergossip murahan.
  8. Orang Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna ras. Pada abad ke-20 di Amerika Syarikat, pendatang-pendatang dari negara China dan Asia Timur dirujuk dengan penghinaan sebagai "bahaya kuning"
  9. Menurut kajian dari Universiti Chicago, kuning ialah warna yang paling nyata dari jauh, oleh sebab itu, teksi, bas sekolah dan jentera berat bewarna kuning.
  10. Jika ternampak kereta yang bewarna kuning, untuk menunjukkan korang upadete dengan isu isu semasa, maka jeritlah, "BUMBLEBEE!!" –woha!
  11. Dalam bola sepak, pengadil menggunakan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah…. (siapa tak tahu memang bodoh)
  12. Dalam permainan ragbi, seorang pengadil akan menunjukkan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah digantung daripada permainan buat sepuluh minit sebagai penalti.
  13. Kuning ialah warna untuk bola snuker yang mempunyai nilai dua mata.
  14. ‘Yellow pages’ adalah buku… arghh, malas nak tulis.
  15. Dalam budaya Arab, terdapat frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat".
  16. Dalam frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sebab tak lawak.
  17. Acar kuning ialah sejenis makanan orang Melayu yang terdiri daripada timun, lobak merah, dan kacang buncis dan sila rujuk buku memasak.
  18. Pulut kuning ialah sejenis makanan orang Melayu di Malaysia. Di Terenggau di kenali sebagai nasi kunyit.
  19. Demam kuning adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran dan jika tak di jemur pada cahaya matahari budak bila besar akan menjadi slow, (istilah sains keretamayat- se-slow yellow)
  20. . Jika ada gambar yang tidak lucah tapi di pandang lucah, maka masyarakat melaysia akan melebelkan orang itu sebagai “otak kuning”.
  21. Tahi yang sihat adalah bewarna kuning, warna hijau atau biru itu tanda tahi tidak sihat.Tahi merah itu buasir!
  1. Di Amerika Syarikat, ‘Demokrat Anjing Kuning’ merujuk kepada pengundi negeri-negeri Amerika Syarikat Selatan yang sentiasa mengundi calon-calon Demokrat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Mereka berbuat demikian disebabkan rasa geram yang masih ada terhadap Parti Republikan yang bermula sejak Perang Saudara Amerika dan tempoh "Pembinaan Semula". Kini, istilah itu digunakan untuk penyokong tegar untuk "anjing kuning" ataupun calon Parti Demokrat.
  2. Budaya yang tidak elok dari etnik lain, di kenali sebagai budaya KUNING.
  1. Kuning ialah warna untuk Parti Baru di Republik China (Taiwan) yang menyokong Penyatuan semula Cina
  2. Di negara Filipina, warna kuning telah digunakan sebagai warna rasmi dengan penggunaan banyak konfeti kuning dalam perhimpunan-perhimpunan politik untuk menentangi kerajaan Filipina(eh, sama macam perhimpunan bersih jer..)
  3. Abdullah bin Amr bin Al Ash menceritakan: Rasulullah SAW melihat saya mengenakan dua potong pakaian berwarna kuning, lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya ini termasuk pakaian orang-orang kafir, janganlah engkau memakainya!"(ada pendapat mengatakan hadith ini daif- maka tak boleh buat hujjah, so pakailah baju dengan iman dan takwa-wallahulam)

Eh?, jika Nabi tak suka menyerupai orang kafir, buat apa aku ikut.eh, kenapa eh? Aku ikut sebab ambiga yang suruh, eh, kenapa eh..?

Ok, habis sampai sini cerita 'kuning' kita, fakta nombor 26 tu jika korang cerita pada geng lain yang pakai baju kuning, bukan FRU dan Perkasa jer akan belasah korang, malahan kawan korang juga akan belasah, so hati hati.., kepada pembaca, jika korang ada fakta lain tentang warna kuning, sila kongsi di ruangan komen, sama sama kita mengeducationkan para peserta himpinan kuning itu.

Habis sampai sini.

Sekian.

Hamka, 04072011-Keretamayat warna putih.