Jan 29, 2007

Siapa BENAR ?

(Adakah anda berada di jalan yang benar?)

Salam sayang buat korang semua sahabat-sahabatku duhai pembaca keretamayat sekalian, maafkan aku kerana entry JIHAD sebelum ini menyinggung banyak pihak. Ada yang menganggap entry itu mewakili puak tabligh, UMNO dan pemuda kahfi.., beberapa kali nak aku jelaskan.?

Tulisan aku ini tiada kena mengena dengan mana-mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic, Apa yang aku tahu, ulamak tabligh tidak benarkan berdakwah melalui internet, akhbar, SMS, e-mail, filem dan apa sahaja yang bida’ah. Korang boleh chek sendiri, mana ada halaman web tabligh?. Kalau ada halaman web pasal tabligh, itu adalah orang tabligh yang tak faham arahan syura. (itu yang aku tahu-kena check balik nanti-insyallah

Kemudian, Ada juga yang menganggap aku ini pemuda kahfi yang akan pergi minta duit dari pintu ke pintu macam MLM dekat rumah orang...

Ada juga yang anggap aku orang UMNO yang sedang mencari pengaruh di Batu Talam, dan ada juga yang anggap aku orang PAS yang nak betulkan akidah ahli PAS, hmmm, akhir sekali, ada juga yang anggap aku ahli bidaah, puak sesat dan sebagainya.

Siapakah aku sebenarnya?
Biarlah aku berterus terang sambil berjalan ke arah tingkap dan menjatuhkan pandangan di halaman rumah sambil berkata:
Aku adalah makhluk asing yang sedang menakluki bumi ha ha ha..( tak lawak).

Dah berapa kali aku kena terangkan?, sudah berbuih mulut aku! Air liur telah bertakung di hujung bibirku. Sungguh buruk sekali.!!!

Aku tidak berdakwah melalui blog. Aku sedang belajar menulis tentang agama, tentang kefahaman aku yang bukan ustaz. Maka kutuklah aku seorang, hinalah aku seorang, tapi jangan santau aku! kerana aku belum pergi haji lagi.
Maka jangan lah korang kutuk UMNO, tabligh, PAS, ABIM, SIRIM, MARDI dan MARA yang minta duit tu. Cacilah aku, kutuklah aku dan akhir sekali tegurlah aku supaya dapat aku kembali ke jalan yang benar.
Tapi… persoalannya siapakah yang benar.?

Akukah yang benar atau korangkah yang benar?.

Adakah kita sedang berada di jalan yang benar?

Teringat aku ketika Hang Tuah mendapat jawatan Dato' Laksamana setelah membunuh Hang Jebat, sambil menangis bersandar di tiang rumahnya lalu berkata kepada ibunya:
Siapakah benar?, Jebatkah benar? atau akukah yang benar?.
Obi Wan Kanobikah yang benar? atau Anakin Skywalker yang benar?

Hmm..

Inilah perkara yang hendak aku tanya pada korang semua sekarang ini. Umat islam berpecah belah kepada 73 puak. Masing-masing saling menyalahkah antara satu sama lain. Masing masing mengaku fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic mereka adalah benar…, Persoalannya adalah: Siapakah benar?

Baiklah, biar aku mulakan pendapat aku yang bukan ustaz.., tentang permasalahan ini dengan sebuah cerita benar…

Pada suatu hari kat kampong aku, ketika aku balik sekolah, aku cuba ikut jalan pintas untuk pulang ke rumah.., aku lalu ikut belakang rumah Pakde.., inilah first time aku lalu ikut situ..

Sedang asyik aku berjalan, ketika aku melintas sebatang pokok, tiba tiba seekor BEROK muncul dan gigit lutut aku, aku tersungkur dan mulai bergelut dengan BEROK itu, terkejut BEROK aku di buatnya, kecut perot aku, BErok betul!!,

Kami berguling-guling di bawah pokok sehinggalah aku bergolek golek menjahuhi pokok tersebut.. , tiba tiba berok itu berhenti menyerang, rupa rupanya, ada tali di lehernya dan tali itu telah mencapai had maksima kebangsaan sempadan berok itu, barulah aku tahu, rupanya berok itu di pelihara oleh Pak De dan berok itu di ikat pada pokok tersebut,… aku yang mengalami pendarahan lutut, berfikir, jika kita tiba tiba lalu jalan pintas tanpa kaji selidik, maka terkejut beroklah kita di gigit berok…

Hari ini ramai ummat islam cuba cari jalan pintas menuju shurga…

Tersilap jalan di dunia kena gigit berok, tersilap jalan di akhirat kena gigit..oh! (sambung sendiri-tidak lebih 360 patah perkataan…)

Jadi sekarang ini, adakah korang dan aku sedang berada pada jalan yag betul? Adakah perjuangan korang adalah betul?, perasan tak ada makhluk ‘berok’ sedang gigit korang, perasan tak??

Baiklah! Sebelum entry ini di baca, sekali lagi aku memberi peringatan, kerana ini penting, sangat PENTING, bahawa entry ini tidak kena mengena dengan Tabligh Sri petaling, berhentilah kutuk tabligh dengan berpandukan isi blog ini, blog ini tiada kena mengena dengan usaha tabligh, kalau korang tak puas hati dengan tabligh, korang boleh jumpa direct alim ulamak tabligh kat masjid sri petaling, 24 jam, anytime, dan korang pergilah berhujah kat sana, jangan nak tunjuk pandai dan bijak tapi hakikatnya bodoh kat blog aku ni, dulu Tuan guru Nik Aziz yang belajar dekat India sana dan pulang ke Malaysia sebagai ulamak lalu jadi persiden PAS , persoalannya ke mana perginya ribu ribu classmate Nik Aziz?
Kebanyakkan mereka buat usaha tabligh dan pergilah jumpa mereka selaku ulamak, aku tulis blog ini untuk aku dan keluarga aku, mereka yang sudi berfikir macam aku di alu-alukan.., aku bukan nak ganti Al-quran dan hadith..!!!
Kalau nak kutuk, kutuk aku sorang, jangan kutuk Tabligh, blog ini banyak jugak isi merepek, lagu yang lalai, mengarut, lagha dan sebagainya, namun, jika blog aku ini bunga, aku tak bagi pada berok!!!

Perkara Kedua, PENTING! masih ada yang ingat aku ni ahli UMNO, lalu email aku macam-macam,,, jangan kutuk Kerajaan Malayasia dalam email mahupun blog aku, aku dah muntah dengan mereka yang bermusuhan dengan kerajaan, kalau korang nak kutuk UMNO, pergilah tempat lain, korang boleh punya belek banyak surat khabar untuk kutuk Kerajaan Malayasia, ada ribu ribu halaman web kutuk Kerajaan Malayasia, ada bersepah blog korang boleh jumpa yang suka kutuk Kerajaan Malayasia!!!, blog aku bukan nak back up Kerajaan Malaysia dan bukan nak bodek kerajaan..!!!!

Blog aku di tulis agar isteriku dan anak-anakku faham bahawa ayah mereka tidak menentang kerajaan, tetapi menentang nafsu diri sendiri yang rasa sempurna lalu tengok orang lain semua tak betul sehingga sanggup cari kesalahan orang lain lalu sebarkan dalam akhbar walaupun sebesar zarah!!!..oh!

Ketiga, aku bukan ahli pemuda kahfi, bukan Al-arqam, bukan pengikut ayah pin dan macam macam lagi pertubuhan so call Islamic, belakang rumah aku tak ada cerek elektrik gergasi, aku tak bina bahtera Nabi Nuh, aku tak mintak duit kat korang untuk tebus dosa, jadi jangan salah anggap dengan aku, aku bukan wahabi dan juga bukan wahida, apatah lagi wardina, aku bukan puak syiah atau puak berhaluan kiri, aku menang basuh berak dengan tangan kiri dan isteriku suka tidur di sebelah kiri badanku, dekat dengan lenganku untuk di lindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai.., so jangan takut dengan aku, aku adalah aku, mempunyai senyuman yang manis, tahi hidung yang masing dan ketiak yang masam, aku juga ada tahi lalat.., arghh, aku dah mula merepek..

Balik kepada main topic, SIAPAKAH yang BENAR?

-----------

Bismillahirahmanirahhim…

Setiap hari dalam solat fardu lima waktu, kita telah di wajibkan oleh Allah dalam surah al fatihah supaya mintak “JALAN YANG LURUS” sebanyak 17 kali…,
Apabila mintak “JALAN YANG LURUS” di wajibkan sebanyak 17 kali setiap hari, maka usaha untuk dapatkan “JALAN YANG LURUS” itu lagi lagilah kena wajib di usahakan lebih 17 kali sehari!!!

“JALAN YANG LURUS” yang kita mintak pada Allah dalam al fatihah itu di rujuk kepada jalan “orang yang Allah cintai”..

Siapakah orang yang Allah cintai?

Sudah tentu jawapanya adalah kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW dan sahabat sahabat baginda yang Allah telah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah…

Dalam sebuah hadith ,Nabi bersabda lebih kurang maksud:
“semua umatku akan masuk surga, kecuali yang enggan !!

Para sahabat bertanya :
"siapakah yang enggan wahai Rasulullah ?,"

Baginda menjawab:

"siapa yang taat kepadaku ia akan masuk surga dan siapa yang durhaka kepadaku berarti dia enggan”

Maka nasihat aku kepada korang semua yang masih keliru atau sedang keliru dengan berbagai bagai fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic supaya guna otak dan akal yang di kurnia Allah untuk menilai siapakah yang benar?

Bagi aku sendiri, setelah aku rujuk kepada Al-quran, hadith dan ramai ustaz serta ulamak, maka aku telah buat beberapa garisan panduan untuk aku identify tentang “JALAN YANG LURUS”, semoga Allah beri aku dan korang jalan yang lurus..amin..

Aku memberi tumpuan kepada 4 perkara yang mana aku lihat Nabi Muhammad SAW amat tekankan, dan begitu jugak sahabat RA, malahan banyak dalil dan Nas yang boleh kita ambik dari Al-quran dan Hadith tentang 4 perkara ini.., apabila mana mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang mengabaikan 4 perkara ini, maka aku bilang pada mereka boleh blahhhh dan kembalilah ke pangkal jalan… Semoga aku dan korang berada pada jalan yang lurus dan di redhai Allah.., AMIN YA RABBIL ALAMIN..

4 perkara itu adalah:

  • TIANG UGAMA
  • TULANG BELAKANG UGAMA
  • GANJARAN UGAMA
  • HATI UGAMA

***********

TIANG UGAMA
(solat berjemaah)

Sebelum Nabi SAW mengembuskan nafasnya yang terakhir, Nabi ada pesan kat Ummat (aku dan korang semua) supaya jaga solat, solat! Solat! dan di akhirat kelak, soalan yang pertama kali akan di soal adalah solat, jika solat di terima, maka amalan lain semuanya akan di terima.., jika di reject.., naduzubillah, sia sialah amalan yang lain walaupun dah bina Negara islam....

Baru baru ni aku berkesempatan minum malam di warung bersama beberapa orang geng ustaz, dalam sibuk berborak, salah sorang ustaz bagitahu ada golongan yang jaga solat 5 waktu kat masjid tapi sia sia sebab tak buat usaha untuk dapatkan Negara islam.., akupun menyampuk.., inilah masalah ummat akhir zaman, tak faham ugama sehingga masjid jadi kosong..
Oh! Aku tercelupar mulut, terlanjur typing boleh di undo, terlanjur belunjur, padahlah jawabnya..

Ustaz tu terus jadi marah kat aku ; awak cakap saya tak faham ugama?

Aku kata: Kalau ustaz cakap solat jemaah tu tak wajib, ustaz memang tak faham ugama..
Tapi apakan daya, aku bukan ustaz, setiap hadith yang aku cerita pasti ustaz tu mintak perawi dan matan hadith.., wah wah wah.., , bila aku cerita pasal nabi nak bakar rumah orang yang tak solat berjemaah, ustaz tu cakap memang hadith tu hadith soheh, lalu ustaz tu tafsir,nabi nak bakar orang yang tak solat langsung, bukan orang yang solat di rumah.., aku pulak keliru.., takpe nanti aku check kitab hadith kat rumah aku, akupun baca pulak ayat Al-quran..

Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)

Ustaz tu tafsir ayat tu: bahawa seluruh bumi Allah ini adalah masjid Allah, kita boleh solat di mana sahaja, Nabi pun ada solat di rumah, di padang..

Memang betullah cakap aku mamat ni (aku gugurkan pangilan ustaz) tak faham ugama, Nabi solat kat rumah just solat sunnat, apa-apapun aku tak nak berdebat, aku balik rumah dan bukak kitab Muslim, halaman 89, hadith riwayat Al bukhari, Dari abu hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda,

“Demi Dzat yang nyawaku berada di tangan-Nya, sungguh aku berkeinginan untuk memerintahkan (agar) mengumpulkan kayu bakar, kemudian aku menyuruh muadzin mengumandangkan azan untuk solat, kemudian aku menyuruh seorang lelaki untuk mengimami jamaah, lalu aku pergi menjumpai orang orang yang tidak solat dengan berjemaah lalu membakar mereka di rumah-rumah mereka. Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya sesorang mengetahui pasti ia akan mendatanginya walaupun harus berkeringat ataupun hujan deras..

Aku bukak pulak kitab muntakhab hadith karangan Maulana Muhammad yusuff Al kandahlawi halaman 207, hadith riwayat Abu Daud, dari abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Aku mahu untuk menyuruh beberapa pemuda mengumpulkan seberkas kayu-kayu api dan pergi ke rumah orang-orang yang bersembahyang di rumah masing masing tanpa uzur syarie, dan membakarnya..

Cis! Ustaz tu tipu aku, patut ustaz tu bagi jawapan yang munasabah, jika tak mampu pergi solat jemaah, cakaplah: iman saya lemah, tak payahlah nak bagi fatwa benda tu tak wajib kerana kau tak mampu pergi, sombong namanya!!! rosak ummat bila dengar ceramah nanti…

Aku berniat untuk pukul anak aku yang tak nak solat bila umur dia masuk 10 tahun, dan jika dia dah baligh tapi tak pergi solat jemaah, aku nak belasah!!!

Tuan tuan, Nabi waktu sakit, di papah pergi masjid, orang munafik zaman nabi selalu ponteng solat subuh berjemaah…, Bila ada pendapat mengatakan solat jemaah di masjid itu fardu kifayah, maka orang munafik mulai berfikir dengan ambil mudah iaitu, jika dah ada orang pergi, kita tak payah pergi, cukup solat kat rumah.., ini fikir orang munafik.., orang beriman bila dengar fardu kifayah, mereka kata: saya kena buat, orang lain tak payah!!
Jika semua orang kampong fikir dengan fikir orang yang beriman, maka penuhlah masjid!!

Hari ni masjid kosong sebab korang berfikir macam orang munafik, aku tak kata korang munafik, aku sendiri banyak buat amalan munafik,..oh! tapi aku kata teknik berfikir korang tu macam orang munafik.., nak lepas sahaja!! huh!!

Maka akhirnya aku buat keputusan, mana mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang tidak menjaga solat lima waktu kat masjid adalah sesat dan menyesatkan ummat…., ingat!! pendapat ini terpakai untuk aku, aku tidak mewakili mana mana kumpulan atau gerakan, ..!!!, jika korang tak setuju, silalah kutuk aku seorang!!!

Sambung balik, Aku tambah sikit lagi: Dalam Al Quran ada banyak ayat yang berbunyi:

Wahai orang yang beriman, berimanlah…”

Korang paham tak ayat tu?, kalau korang sedang duduk, aku sound:
“Wahai orang yang duduk, duduklah…”
Tentu korang marah bukan? Aku dah duduk, kenapa nak suruh duduk lagi, baik aku berdiri!
Aku terus sound:
“Wahai orang yang berdiri, berdirilah…”
Lagi sekali korang marah kat aku, bilang aku bodoh, sebab korang dah berdiri, kenapa nak suruh berdiri lagi?, baik aku duduk!
Aku dengan tabahnya sound:
“Wahai orang yang duduk, duduklah macam nabi SAW duduk, cara kau duduk tu cara Berok duduk, cara Yahudi duduk, ikut suka engkau saje!!!

Jadi.., Itulah maksud ayat dia atas, kita dah beriman, tapi kita belum beriman macam Nabi SAW dan Sahabat beriman..

Jadi dakwah orang islam yang beriman kepada iman yang di kehendaki oleh Allah dan rasul, bukan beriman dengan cara yang nafsu kau suka..

Jadi, kepada mereka yang solat, bersolatlah macam nabi solat..

Hazrat Abdullah bin Ibnu abbas r.a berkata bahawa rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi solat berjemaah tanpa sesuatu uzur maka solat yang di kerjakan itu tidak terima,” para sahabat bertanya, “apakah uzur itu?” Jawab rasulluah SAW, “takut dan sakit’(Hadith riwayat Iman Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Tuan-tuan, Kejayaan manusia bila taat perintah Allah ikut cara Nabi..
Bila azan berkumandang, Nabi SAW dan semua sahabat pergi solat jemaah kat masjid, tapi korang badan berpeluhlah, penatlah, jauhlah, perasan sibuk, itu ini begitu begini, maka tahniah kat korang kerana masih taat perintah Allah dengan solat di rumah, tapi celakalah korang kerana mengingkari Rasul dengan selamba tinggalkan sunnah Nabi, korang cakap:
Sunnah tu sunnat.., buat dapat pahala, tak buat tak apa..
Hek elehhh, sunat berberbeza dengan sunnah.
Sunnat: buat dapat pahala, tak buat rugi..
Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak buat Nabi tak mengaku ummat!!!


Bilangan rakkaat solat sunnat yang korang nak kerjakan, itu adalah SUNNAT, tapi CARA SOLAT itu di kerjakan, itu adalah SUNNAH!! Korang paham tak beza sunnah dengan sunnat ni? Karang aku sunat lagi sekali baru korang tahu bahawa sunnah lawanya bidaah, sunnat lawanya,makruh, harus, haram, wajib bla bla bla rujuk ustaz!

Maka sekali lagi aku buat keputusan, mana mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang tidak menjaga solat lima waktu kat masjid adalah sesat dan menyesatkan ummat…., ingat!! Jika ada golongan yang mendakwa boleh mendapat keredaan Allah selain dari cara Nabi SAW, maka itu adalah ajaran sesat!!!

Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a katanya, Sesiapa yang berhasrat menemui Allah pada hari esok sebagai seorang islam maka hendaklah dia memelihara solah solah fardu dengan mengerjakan solat di tempat azan di azankan(yakni di masjid). Allah telah mengsyariatkan untuk Nabi kamu jalan petunjuk, dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan jalan petunjuk. Jika kamu bersolat di rumah sebagaimana yang di lakukan oleh mereka yang meninggalkan solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu Dan apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu maka sesatlah kamu…(hadith riwayat imam muslim, abu daud, Nasai dan Ibnu Majah)

End!

--------------

TULANG BELAKANG UGAMA
(Dakwah)

Ni satu bab lagi yang ramai gak pra-ustaz keliru..
Wahai orang yang beriman, berimanlah…
Wahai orang yang berdakwah, berdakwahlah…
Wahai ustaz dan ulamak, Berdakwahlah kamu macam Nabi berdakwah…
Bukankah ulamak pewaris Nabi?
Kenapa berdakwah cara yahudi?
Adakah Nabi tersilap mewarisi?
Atau korang sebenarnya bukan ulamak?
Kenapa tergamak menyesatkan ummat?
Tidakkah korang teringat?
Sakaratul maut sudah dekat?
Semua orang menjadi mayat?
(chech, bersajak pulak aku..)
Seksa kubur tidak terangkat…
Tangan kiri terima kitab..
Meniti sirat dengan lembab..
Masuk neraka tanpa hisab..oh!!

Hari ini ramai ustaz dan ulamak (kena sangka baik-mungkin mereka perasan sibuk) tak berdakwah macam Nabi berdakwah, jika dulu semua 124 ribu Nabi berdakwah dari pintu ke pintu, tapi hari ni ustaz dan ulamak(bukan semua) hanya tunggu ummat datang kepada mereka.., berbeza dengan nabi yang pergi cari ummat..

Mungkin mereka keliru dengan Mengajar dan mengajak, majlis ilmu dan majlis dakwah..

Dalam majlis ilmu, pelajar kena cari guru.., guru yang bercakap di muliakan, orang yang mendengar kena rendah hati..

Tapi dalam majlis dakwah yang biasa Nabi buat di depan pintu rumah orang yang baginda dakwahkan itu: Guru kena cari pelajar.., orang bercakap kena rendah diri dan orang yang mendengar kena di muliakan.., walaupun dia orang kapir..

Allah sendiri perintahkan Nabi Musa a.s berlemah lembut bila berdakwah pada fiaraun!!!

Korang Faham tak?

Ada Riwayat dari Bukhari daripada Jabir RA akan berkatalah dua malaikat ketika melihat Nabi Muhammad SAW sedang tidur, buatkan perbandingan mengenai diri Nabi ini.
Maka berkatalah salah satu malaikat bahawa perbandingan akan diri Nabi Muhammad ini adalah seperti seorang yang menyeru kaumnya supaya berpindah dari kampung kerana akan datang bala tentera untuk menyerang, lalu ada yang ikut dan ada yang enggan percaya, kemudian datanglah bala tentera memusnahkan kampung itu dan binasalah mereka yang enggan dan selamatlah mereka yang mengikut jejak Nabi Muhammad SAW.

Bagi aku pula, pendakwah, penyampai, utusan, dan mereka yang seangkatan dengannya adalah seperti seorang juruteknik yang telah di beritahu oleh jurutera pakar bahawa akan terdapat sebuah kondominium akan runtuh, lalu si juruteknik ini menyeru penghuni kondo mengosongkan kondo itu, namun hanya sebahagian yang percaya, sebilangan besar dengan bodoh dan bangangnya menolak, mentakwil, mempertikaikan, memperlekehkan, mengejek, megcibir-cibir, bla bla bla bla..!hanya kerana aku seorang juruteknik….oh!

Lalu tak lama kemudian, runtuhlah kondo itu…

Dan cerita tentang Nabi akhir zaman ini pula adalah seorang yang buta huruf, anak yatim, pengembala kambing…orang miskin…

Hari ini dalam Malaysia kita, pernah ada berita panas tahun lepas, pasal seorang Hamba Allah isytihar diri jadi nabi Melayu.

Yang kelakar tentang tajuk berita itu adalah:
"Lelaki mengaku nabi tak lulus darjah lima."

Ramailah kawan kawan seopis yang ketawa sambil berkata:
bodoh betul orang yang ikut ‘nabi’ ni; pergi ikut orang yang tak de degree?
Dan ramai jugak yang ketawa bila Ayah pin mengaku Nabi dengan alasan Ayah pin tu takde PhD, he he he, aku taulah ayah pin dan Nabi Melayu tu sesat.. yang aku takutkan, seandainya kita masih di zaman jahiliyyah, lepas baca artikel tu., adakah kita akan jadi orang islam atau munafik atau kapir?

"Kah kah kah: gembala kambing macam kau ni kononnya nabi yang Tuhan utus? Usah kata UPSR, membaca pun tak reti!"

Tapi ini cerita benar…, Nabi seorang yang buta huruf, takde de double PhD, miskin pulak tu, mengaku Nabi di kawasan paling ramai orang jahat, mengejutkan bangsa Yahudi yang telah lama memandang hina bangsa Arab…

Kadang kadang ada orang melayu kita bila ulamak India yang datang berdakwah di pandang hina, hek eleehhhh, baru kulit coklat dah berlagak dengan orang yang berkulit hitam manis, masuk Neraka nanti tahulah korang apa makna “hitam”!!!!

Seorang mubaligh India cakap sama aku:
“kami orang India bila bila buat dakwah, seluruh dunia hina kami macam anjing, kami di halau macam pengemis, Ya, memang kami pengemis, kami mengemis kepada manusia supaya pulang kepada Allah…
(sedang air mata mengalir di pipinya)

Bersabarlah kamu wahai pendakwah, Nabi dahulu bila berdakwah telah di hina oleh bangsa sendiri, Hari pertama istihar Kenabian, telah di tempelang oleh anak Abu jahal, Nabi pernah di sepak macam anjing, pernah di humban ke tanah seperti sampah, pernah di tumbuk sehingga tercabut giginya, di baling najis, di lontar batu sehingga berdarah darah, di hina di caci, di dusta di lukai, ini adalah gara gara berdakwah dari pintu ke pintu..

(hujan pun turun bersama air mata dan darah..)

Maka.. berbalik kepada isu mana-mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic, akan siapakah yang BENAR

Bagi aku, jika korang rasa korang di pihak yang BENAR, maka korang kena bergerak menyampaikan kebenaran korang dari rumah ke rumah untuk bagitahu pada setiap orang bahawa korang adalah benar!! Inilah yang di buat oleh semua Nabi dan Rasul!!! Bagitahu kebenaran mereka di setiap pintu rumah manusia!!! Bagitahu dengan lemah lembut dan rendah diri..

Kalau korang just duduk bercakap berapi api kat majid ,balai raya, dalam hutan ke, dalam zoo, dalam gua, korang adalah tidak benar kerana bukan semua orang datang masjid, zoo, dan gua mengerti!!!

Ok, baiklah, korang memang benar, segala hujah korang adalah benar, tapi korang tetap salah kerana tidak bergerak dari pintu ke pintu untuk menyampaikan kebanaran..

Jadi kasalahan korang bukanlah kefahaman ugama Korang, tapi tidak bergerak dari pintu ke pintu itu lah punca segala keasalahan korang!!!!

You are SELFISH man!!!

Macam contoh, jika korang pakar bangunan runtuh, korang tahu sebuah flat dekat damansara sana akan runtuh, korang ada bukti kukuh, dan dalil saintifik yang menguatkan hujah korang, tapi jika korang setakat bersembang kat opis korang huh! Habis mampus penduduk damansara tu kelak, dan korang akan di salahkan oleh kerajaan kerana:
Kenapa tak bagitahu setiap penduduk di flat itu bahawa bangunan akan runtuh..

Korang cakap: Dah iklan dalm surat khabar.(bukan semua baca surat khabar)
Korang cakap: Dah bagi ceramah kat masjid.(bukan semua orang pergi masjid)
Korang cakap; Dah buat lagu Nashid muzik rojak.(bukan semua orang dengar lagu)
Korang cakap: Dah buat VCD.(bukan semua orang ada VCD player)

Dah dah tu, aku tak akan ikut korang yang tak bergerak dari pintu ke pintu kerana bagi aku korang dah tak ikut sunnah Nabi dalam berdakwah, tak kira macam mana canggihpun zaman, bila bomba nak runtuhkan bangunan, maka ahli bomba itu akan pergi setiap pintu ke pintu untuk memastikan semua orang dah keluar, begitulah dakwah para nabi dan rasul, mereka akan pergi ke setiap pintu manusia, nabi Nuh a.s bagitahu pada semua orang, banjir besar akan datang..,
Kalaulah setiap kali dari bekas tapak kaki Nabi berjalan itu dapat tumbuh rumput.., maka seluruh Mekkah dan Madinah akan penuh dengan rumput kerana Nabi SAW sendiri selama 13 tahun di mekah dan 10 tahun di madinah pergi jumpa manusia dari pintu ke pintu, dari hati ke hati.. dari rumah ke rumah , dari kabilah ke kabilah..

Tapi korang hari ni just ceramah kat masjid dan rasa selesa serta rasa diri sendiri masuk shurga,,wah wah wah.., boleh ke korang dapat anak jika melancap dari jauh? Pergilah jumpa isteri dan pujuk rayu, jika isteri kau tak nak, tak boleh rogol dia walapupun hakikatnya dia adalah isteri engkau, begitulah ummat, pergilah jumpa aku dan pujuk rayu aku supaya kembali kepada Allah, jika aku enggan, janganlah ‘rogol’ aku!!! Berdoalah kepada Allah dengan linangan air mata supaya isteri kau menyerah diri, faham tak..?

Bertaubatlah wahai para pendakwah yang tak ikut cara Nabi, kembalilah kepangkal jalan, setakat pergi 5 tahun sekali bila tiba pilihan raya baik tak payah.., dulu cakap kat aku ahli neraka kerana tak pergi mengundi, sekarang dekat batu talam baikot pilihan raya apa cerita? Siapa pulak ahli neraka, betulah kata Nabi, siapa tuduh orang islam sebagai orang kapir, maka kapir itu akan kembali kepada dirinya sendiri, aku tekankan satu lagi peringatan, jangan ada orang yang nak hentam tabligh dan UMNO dalam email atau kotak komen, blog aku takde kena mengena dengan tabligh atau UMNO, berapa kali aku nak explain.!!
Tak faham bahasa Malaysia betul..

Ibrahim adham seorang wali Allah yang terkenal tinggalkan kerajaan dan pangkat dia untuk sempurnakan iman, korang pulak bercita cita untuk dapatkan kerajjan untuk sempurnakan iman? Boleh ke lagu tu? Sama ada korang yang tak faham ugama atau Ibrahim adham yang tak faham ugama?

Dakwah adalah tulang belakang Ugama, tanpa dakwah ugama akan lumpuh, dan ugama memang sedang lumpuh sekarang ini kerana aku dan korang sedang sibuk mematahkan tulang belakang ugama secara tidak sedar dengan mengabaikan dakwah cara nabi SAW..isk..isk.., sedang orang murtad berbondong bondong…,

End!

------------

GANJARAN UGAMA
(Tidak meminta upah)

Zaman sekarang, pendakwah yang tak mintak upah di anggap sesat, manakala pendakwah yang dapat upah di muliakan, di sanjung…huh!

Dulu Nabi buat dakwah tanpa upah juga, dan memang Nabi juga di anggap sesat, so korang boleh piker piker sendiri…

Dalam surah Yassin ada bagitahu, ikutlah orang yang tak minta upah.., dan banyak lagi ayat Al-quran yang bagitahu Nabi tak mintak upah.., (rujuk ustaz)

JIka ada fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang mintak upah, nak bayar duit minyak duit tol, nak beli poster tampal poster, tengah ceramah datang tabung bergerak.. ,baik tak payah!!!!
Nabi suruh guna duit kita sendiri untuk tegakkan ugama, bukan guna duit orang lain.., masa nak hijrah dulu, Abu bakar RA bagi free kat nabi SAW unta dan kelengkapan, Nabi tolak, Nabi beli dengan abu bakar secara hutang kerana tertib nak tegakkan ugama kena guna harta sendiri!!!
Kalu korang takde duit nak tegakkan ugama, kenapa tak berhutang? Nak beli kereta dan rumah boleh pulak berhutang, untuk ugama kenapa nak orang support? Tak faham ugama betul!!!

End!

-------

HATI UGAMA
(Hubungan dengan masjid)

Hati bagi kampong adalah masjid….
Ada orang yang sibuk berzikir tapi tak datang masjid..,

Satu hari seorang ahli tarikat jumpa aku dan tanya:
Kau kenal tak Allah?

Aku tanya pulak dia.. kau kenal ke?
Dia cakap:
“Permulaan ugama, adalah mengenal Allah”
Aku tanya pulak dia, kau kenal tak rumah Allah?

Kalau kau kenal, Kenapa kau tak pernah datang rumah Allah,?
Engkau sibuk berzikir sampai tak datang masjid apa cerita?
Zikir tu memang best dan dapat menteramkan jiwa, tapi jika kau tak datang solat kat rumah ALLAH itu tandanya setan dah tipu engkau.. , Allah bagi nikmat zikir kat nabi dan rasul sebab mereka dah banyak korban perasaan bila berdakwah, so bila berzikir dapat relax jiwa raga dan pulihkan semangat, korang yang sibuk berzikir tapi tak berdakwah , apa cerita?
Zikir ni macam bawang goreng atas nasi goreng, memanglah bawang goreng tu sedap terutamanya bagi mereka yang takde makanan, tapi hakikatnya bawang goreng adalah penghias kepada nasi goreng, itulah hakikat dakwah, berdakwah tu macam nasi goreng, manakala berzikir tariqat itu macam bawang goreng, mengerti??

Bila korang buat amalan ugama tapi tidak menghubungkan diri dengan masjid, maka amalan korang macam air mustrakmal, suci tapi tidak menyucikan… korang kena jadi air mutlak, suci lagi menyucikan..

Tapi dia tak dengarpun nasihat aku, semoga rohnya di cucuri rahmat kelak(sebab dia belum jadi mayat lagi)

Ada jugak golongan yang nak kemajuan, ekomomi, ilmu, dan Negara islam tapi aktiviti mereka tak buat kat masjid macam Nabi buat, mereka sibuk nak islamkan bank, islamkan zoo, islamkan mahkamah, islamkan universtit, islamkan balairaya dan islamkan Negara… tapi lupa nak memakmurkan rumah Allah.., masjid jadi tempat solat sahaja..,

Sungguh kasihan..
Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)

Benarkah korang sudah jadi orang yang beriman walaupun mengabaikan pemakmuran rumah Allah?
Nasihat saya yang bukan ustaz ni adalah…Semua pertubuhan so call islamic kena duduk kat masjid 24 jam, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis 24 jam dan macam bomba duduk kat balai bomba 24 jam..Bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..Bila bomba duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..Bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..Tapi hari ini, Wahai ustaz dan ulamak…Tuan tuan sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak duduk kat masjid 24 jam, macam doctor, polis dan lain lain, maka kita dapati kat malysia ni begitu ramai sekali mereka yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, macam balai polis dan balai bomba!

Kenapa? Kenapa masjid berkunci? Kerana takde fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang sudi lapangkan masa untuk hidupkan masjid 24 jam macam masjid Zaman Nabi saw!!!

Jangan jadikan masjid macam jamban, pergi bila berhajat sajer, bila nak khawin, bila nak tahlil dan bila jadi mayat baru tunjuk muka kat masjid!!!

End!

------

Kesimpulan:

Dah panjang sangat, aku ingat nak pecah yang empat ni kepada 8 bahagian, tapi tiba tiba banyak pulak fakta yang aku lupa, (maafkan aku) maka cukuplah 4 perkara ini dahulu..

Maka nasihat aku kepada korang semua yang masih keliru atau sedang keliru dengan berbagai bagai fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic supaya guna otak dan akal yang di kurnia Allah untuk menilai siapakah yang benar?
yang mana bagi aku jika ada fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang :
MENGABAIKAN SOLAT JEMAAH
BERDAKWAH BUKAN CARA NABI
MINTAK UPAH
AKTIVITI MEREKA BUKAN DI MASJID

Maka mereka adalah sesat dan menyesatkan!!!!!!!!!

SEKIAN…

Ps: Bila kita dah jadi mayat kelak, dan bila Allah masukkan kita ke dalam shurga, maka sesungguhnya kita adalah BENAR…

AMIN…

(cerita aku di gigit berok itu adalah benar)

78 comments:

Anonymous said...

Ramai-ramaikanlah masjid !!!!
(aku orang 1st hantar !!! )

Anonymous said...

Kat mana ada zoo islamhamka? aku nak pegiiiii...
Hehe...cam tak percaya je..pengomen pertama.....

p/s ko ni byk betul cerita2 sedih dan ngeri...pacat masuk anu lah, beruk gigit lututlah...memang ko dijadikan sebagai pendakwah yang tegar dan hebat, dek kerana ujian masa lalu yang membentuk peribadi
kau.
Aku pun nak jadi tabah jugak....tapi tak nak la pacat masuk anu....perghh....

Anonymous said...

alamak..ingat aku tadi....terperasan plak...tapi aku org pertama hantar dua komen...hahaha

Inqilaab said...

moral tambahan: mari habiskan masa di masjid!

moral tambahan 2: jangan putus asa ajak orang datang ke masjid..

muhammad fakhrul razi said...

aku pun kadang kadang pelik ngan orang menentang kerajaan. baguslah menentang kemungkaran kerajaan, sapa kata tak bagus menentang kemungkaran.

tapi bila pak najib kata suruh imarahkan masjid ngn pelbagai aktiviti, tak da sapa pula aktif menyahutnya.

mgkin sbb depa kata pak najib tak pegi masjid, watpa kita ikut saranan dia. bagus betul pemikiran. macam pemikiran yg hang kata,cant beat them join them. apahal.

nak menentang kerajaan tentanglah kemungkaran kerajaan. yang kau menentang boikot masjid watpa gara2 najib suruh imarah masjid. kau boikot batu talam cukup la, ko nak boikot masjid jugak psl ko tak suka najib.

ish ish... ohh, aku bukan tujukan kata2 ni pada hamka, tapi tujukan pada diri aku sendiri dan orang2 yg boikot masjid tanak aktif imarah masjid.

tp, depa balas.. sapa kata kami tak imarah masjid, tiap2 kali ceramah politik kat masjid, kami datang ape..

baguih ler sgt.

muhammad fakhrul razi said...

ohh sapa-sapa nak baca spekulasi politik batu talam dari aku jemput baca puisi aku yang tak best di sini

Anonymous said...

lamanyerrr aku tak tulis kat sini.. (aku perasan jd org yg paling bz kat m'sia ni)

hmmm.. aku pun selalu berpikir camna lg cara nak pujuk bapak dan adik2 lelaki aku ke masjid.. buat masa ni masih lum b'hasil.. :(

-fazila-

Anonymous said...

Bro Hamka,

Terima kasih. I feel better now.




-Lone Ranger-(blogtest06)

Hamka said...

Aku copy/paste email yang buat hati aku tergerak untuk menulis entry ini.., insyaALlah..

-----------

Assalamu'alaikum wbt tuan yang dihormati.

Apa khabar tuan? semoga tuan sentiasa dalam naungan hidayah Allah hendaknya. Aku nak minta pendapat cikit la bro. Basically dari first entry kau lagi aku dah tahu kau ni seorang yang uat ushaa ugama (ish xbest plak cakap kau aku). Nama panggilan prc.

Begini. Saya sebenarnya dulu pernah jugak keluar usaha atas iman masa kat kampus dulu. pastu bila dah keje, stay pulak kat taman perumahan yang takde usaha dakwah ni, bertambah parahlah hidayat aku. Ditambah pulak dengan housemate yang perasan bagus (hampeh(bukan nak kutuk depa tapi depa memang hampeh)) membuatkan aku seperti seorang musafir yang tengah survive nak jaga iman. Tapi kat kampung (rumah family) aku usaha dakwah sudah maju, ramai budak2 yang gengster suatu ketika dahulu telah mendapat gaya pulang ke pangkal jalan, sudah mengenakan kurta, berserban dan berjubah setelah keluar 40 hari. Hati aku pun masih nak berazam juga nak keluar 40 hari sebab Allah xizinkan masa aku lepas final exam tahun akhir.

Aku nak minta pendapat/huraian cikit bagi menetapkan hati mengenai keadaan masa sekarang ini lebih-lebih lagi tinggal di ibu negara yang penuh mencabar ini.

Begini. Bila diperhatikan di kala ini, banyak gerakan-gerakan@pertubuhan@parti yang berjuang untuk menegakkan Islam termasuklah Tabligh, PAS, Islam Hadhari, JIM, Hizbut Tahrir, ABIM, Ikhwanul Muslimin, PERKIM, PERKID dan banyak lg. Sampai aku jadi keliru mana satu yang perlu aku ikuti.

Jujur aku katakan bahawa usaha atas iman (tabligh) lebih bersesuaian dengan jiwa aku kerana banyak benda yang aku belajar yang mengukuhkan lagi iman aku (walaupun sebenarnya iman aku lemah). Namun begitu, pada dasarnya aku menerima dan bersetuju dengan semua ajakan/pendapat parti@pertubuhan@gerakan Islam yang lain selagi ajaran yang mereka bawa itu lebih mendekatkan diri aku dengan Allah.

Aku minta maaf kalau apa yang tulis kat atas macam merapu cikit. Sebenarnya pagi tadi ada seorang staff kat ofis aku datang jumpa aku. Dia ni kira selalu bertegur sapa sebab selalu berjemaah sekali kat surau ofis ni. So tadi dia edarkan artikel mingguan setiap Jumaat terbitan Hizbut Tahrir(HT). Pastu dia citerla apa matlamat HT ni, bagaimana method mereka. Then compare gerakan-gerakan yang ada sekarang ni yang memperjuangkan Islam tetapi sebahagian sahaja, contohnya ada yang bertumpu kepada soal ekonomi orang Islam, ada yang berjuang nak tubuhkan negara Islam melalui pilihan raya, ada yang bertumpu kepada soal amal ibadat sahaja dan ada yang tumpu soal akhlak sahaja. Pastu dia claim kata HT ni memperjuangkan untuk menyebarkan Islam secara global dengan matlamat untuk mengembalikan khilafah Islam.

Pastu dia tanya aku ada follow mana-mana tarikat(gerakan) tak? Terus terang aku kata aku ambil jalan sederhana, yang mana yang mengajak dan mendekatkan aku pada Allah dan amalan sunnah nabi aku ikut la. Ada mana yang tak bagus tu aku tinggal, yang baik aku amik. Tapi aku tak tolak semua dan tak terima semua. Then persoalan di sini, Tarikat (gerakan@pertubuhan@parti) manakah yang betul dan perlu aku ikut? Mestikah aku kena ikut mana-mana gerakan? Boleh tak aku hidup secara sederhana dengan memulakan dari diri sendiri, keluarga, sedara mara, anak sedara? Sebab aku rasa hidayah di tangan Allah. Walau aku marah pukul sekuat mana pun kalu Allah tak bagi hidayah mereka tak akan berubah juga. SO yang mampu aku lakukan ialah dengan berakhlak baik dengan mereka (ikram muslimin) dan tunjuk contoh baik.

Sekali lagi minta maaf jika agak bercelaru cikit. Tolong la bagi input cikit. wassalam..

Hamka said...

dan satu lagi Aku copy/paste email yang buat hati aku ini bergerak/tergerak untuk menulis entry ini.., semuanya dengan izin Allah

--------------------
Assalamu'alaikum saudara Hamka,

Ko ingat lagi tak aku? Orang yang dah 2 kali tanya ko soklan-soklan yang menyusahkan ko menikmati jus kurma hehehehe... Aku dilanda kemusykilan lagi lah Hamka.

Skang nih tengah panas isu pemuda kahfi nih. Jakim dan Abim dah labelkan sebagai sesat. Aku pun sebenarnya sedang diajak ber'hudan' oleh golongan kahfi nih. Ikhlasnya, banyak yang dioang cakap nih make sense apalagi semuanya berlandaskan Al-Quran dan Hadith. Yang tak surenya aku ialah samada tafsiran Al-Quran golongan nih adalah tafsiran yang haq. Yang benar. Yang diredhai. Macam mana aku nak tau tuh. Dioang nih asas perjuangannya ialah pembentukan negara Islam yang kononnnya telah tertegak cuma belum boleh dideclare sebab tak cukup umat. Ko jelas ke tentang gerakan pemuda kahfi nih? Atau kau pun sebahagian darinya?

Tapi tu bukan soalan aku. Sejajar dengan posting JIHAD ko tuh, inilah jugak yang golongan nih jalankan. Dioang berjihad dalam senyap menyampaikan apa yang dikatakan oleh mereka sebagai berita-berita Muhammad. Dioang pun berjihad harta dan diri. Membayar infak untuk 'negara Islam', dan banyak lagi bayaran-bayaran lain juga jihad diri dengan pergi program-program, dan mengajak kengkawan rapat turut sama menegakkan negara Islam nih.

Walau bagaimanapun, banyak yang diragukan mengenai pergerakan kahfi nih contohnya bertaubat dengan membayar zakat (bersuci diri dengan duit), kalo buat salah atau berdosa, hanya bayar dam, tidak wajib bersolat kerana kondisi Mekah (syariat Islam belum tertegak sepenuhnya), semua yang tidak berpegang pada Al-Quran adalah kafir malahan seperti binatang, mengurangkan kehebatan Muhammad dengan menganggapnya sebagai 'just another messenger', menceritakan versi sirah nabi-nabi dengan cara logik seperti tongkat nabi Musa A.S. sebenarnya membelah lautan manusia dan bukannya laut betul seperti yang kita semua maklum, dan banyaklah lagi yang meragukan aku. Satu-satu benda yang membuat aku bingung ialah, bunyi macam salah, tapi semuanya ada dalil dan nas. (siap ditunjukkan dalam Quran, ayat dan surah).

So apa pandangan saudara Hamka tentang hal ini? Harap boleh jelaskan.

Assalamu'alaikum... didahului dengan terima kasih.

Hamka said...

TIKAR

Bagus! Ada ciri-ciri orang yang pergi masjid awal..
Tapi walaupun pergi awal, tak boleh balik awal…he he

---------
abu_harraz

Aku dengar ada ustaz ceramah cakap zoo islam, binatang semua kena tutup aurat dan kena sunat, ustaz tu buat lawak…

Tapi, aku rasa nak sunat berok yang gigit lutut aku, tapi berok tu dah meninggal dunia.., Pakde pun dah jadi mayat..

---------
Inqilaab

2 golongan yang selamat bila Dajjal Al masih dating..

1. Lelaki yang banyak habiskan masa di masjid
2. Wanita yang banyak habiskan masa di rumah..

--------
muhammad fakhrul razi

Ada orang baikot masjid?

Akupun nak kongsi satu cerita..

Dulu… kat opis aku banyak aku jumpa sticker hijau yg tertulis ‘Ya Allah, Engkau Laknatlah tangan2 yg meroboh rumahmu’
Ini terjadi lantaran peristiwa kat Kampung Bujal Kemaman 2 tahun lepas, dah lama dah. Kalu korang berkesempatan isi minyak kat petronas bukit kuang Kemaman, korang akan nampak (kalau ada lagi) satu jentolak yang berwarna biru sekolah rendah.
Cerita ni dah lama Cuma aku baru tulis(tak up to date aku ni). Maka parti2 pembankang bila isu ni berlaku telah Tanya pendapat aku dan bagi aku VCD suruh tengok. Jadi ni kira macam priveu VCD lah…
VCD ini di ambil oleh orang PAS aku rasa dan di edit oleh org PAS juga aku rasa (kalau salah tolong jolokkan), mengisahkan bagaimana Sebuah jentolak yang berwarna biru sekolah rendah menyerang sebuah kampong yang bernama kampong Bujal. Jentolak ini menjadi angkuh kerana diiringi oleh mahkluk polis. Orang kampong tidak dpt berbuat apa2 kerana rumah yang dirobohkan itu berada dalam tanah milik kerajaan Malaysia. Tiba2 penduduk kampong mendapat kekuatan yang luar biasa(didominir oleh kuasa luar biasa) apabila jentolak itu mahu merobohkan masjid, maka orang kampung telah membuat “pelindung diri” atau perisai manusia. Maka berlakulah perdebatan, pujukkan,jeritan, maki hamun, nasihat dan akhirnya (mengikut VCD ini) pemandu jentolak biru sekolah rendah telah insaf sambil manangis-nangis. Jadi org kampong menang dan Jentolak kalah.
Tiba2 VCD ini menunujukkan Masjid yang telah diroboh(babak Masjid runtuh tiada mungkin terlalu ganas atau tak sempat nak rakam …
Apa aku nak komen adalah bila pemberita bertanya pada salah sorang saksi yang melihat kejadian Masjid runtuh itu, “berapa ramai yg sedang solat”(sebab Jentolak datang lagi waktu solat zohor)maka penduduk kampong tu jawab: “dalam 4 hingga 5 org sedang solat” dalam masjid lalu makluk polis datang dan suruh mereka keluar.
Jadi Apa yang aku sedih kat sini adalah,pagi tadi punyalah ramai org kampong datang halang jentolak macam solat jumaat ramainya tapi bila waktu zohor mana org kampong semua pergi?
takkan 4 hingga 5 org je kot?Ambil anak kat sekolah,?makan tengahari?solat kat rumah?
Wahai org islam, org kapir tak rasa apa2 pun tengok masjid kosong, tapi yang sedihnya bila orang islam sendiri tak rasa apa2 pun bila tengok masjid kosong. Baguslah kita rasa sedih bila ada org nak roboh masjid, tapi kita patut rasa sedih lagi bila tengok masjid kat kampong kita kosong. Dan yg lebih dahshat kita adalah penyumbang pada statistik org yang mengosongkan masjid. Nak jadi macam palestin ke?, masjid jadi reban kambing. Sebab takde org dtg.
Sekarang marilah kita memakmurkan Masjid Allah. Ni tugas semua org islam. Zaman Nabi semua org lelaki solat jemaah kat masjid kecuali yang terang2 munafik. Yang sakit pun dipapah kemasjid. Kita biasa tengok org papah org tua pergi mengundi, itu senang 5 tahun sekali, yang lima kali seharĂ­ ni bila nak buat?, nak tunggu kerajaan Islam?
Ingat! waktu Nabi Sulaiman memerintah dunia, jin, binatang, air, api, angin tanah berada di bawah kekuasaanya, tapi Allah tak iktiraf ugama pd waktu tu sempurna, tapi Allah iktiraf ugama sempurna bila berdirinya masjid Nabawi dan wujudnya golongan muhajirin dan ansar yg menghidupkan masjid dan mereka yakni sahabat2 telah bergerak diseluruh alam atas maksud ugama, maka banyaklah masjid2 berdiri di seluruh dunia termasuklah kampung2 korang. Tapi sayang sejuta kali sayang, rumah2 shaitan penuh riang, rumah2 Tuhan kosong dan lengang.
Salah siapa?
Kerajaan?
Cikgu Sekolah?
Polis?
Ibu Bapa?
AJK surau?
Salah saya sebab banyak tulis blog sampai terlupa menyeru orang kemasjid…

---------
fazila-

Pujuklah mereka dengan kasih sayang.., perempuan! Bukankah pandai memujuk?
Firaun teragak agak nak ikut laut yang terbelah, tapi sekor kuda betina telah menarik perhatian kuda firaun,,,..

--------------
-Lone Ranger-(blogtest06)

Aku bukan rujukan yang terbaik.., sama sama belajar…

Ni aku copy paste lagi email:

brader hamka..
nak tanya kat mana brader hamka belajar Islam.. and salah ke kalau kita gi belajar Islam kat sekolah pondok yg jauh dari modernization?

Aku kata:

saya belajar ugama melalui dua cara, satu pergi jumpa orang yang tak kenal dan cerita kehebatan kebesaran Allah, maka insyAllah kita akan dapat kefahaman ugama, satu lagi adalah dengan mintak masa dari kawan kawan atau sahabt luangkan masa untuk dengar saya bercerita tentang Allah dan KehebatanNYA, lepas tu gilir kawan pulak cerita dan saya belajar mendengar...

saya tak terhadkan guru dan tak tetapkan guru..

bagi saya zaman ini tak ada orang yang layak mengajar orang lain, semua orang kena belajar walaupun sampai liang lahad. orang yang mengajar kena niat nak belajar mengajar..
orang yang jadi pempimpim kena niat belajar jadi pemimpin, bial kita niat untuk belajar, maka Allah akn baiki kesalah kita , tapi bila kita berlagak pandai maka ilmu itu akn buat kita jadi sombong macam setan!!!

Nak pergi belajar tak salah tapi jangan lupa menyampaikan pula ilmu yang di ajar serta merta pada orang lain..

majlis ilmu, orang bercakap di muliakan, orang mendengar kena rendah diri..
lepas dah belajr pergi dakwah iaitu:orang mendengar di muliakan, orang bercakapkena rendah diri..

insyAllah

Anonymous said...

wei hamka ikut bidaah sebab dia sambut april fool ..nabi x pernah buat.. pastu hamka sambut valantine,, hamka kenalah terima nasihat orang kalau tidak sesat jalan ,,,,,
pakai lah pakaian rasulullah jubah+serban+kopiah.. naper gi pakai baju superman??boikot lah orang israel jangan makan mc d ,kfc ,,, n so on, jgn beli nike( depa hina islam)..banyak benda lagi,,, smallville tu banyak maksiat dan melalaikan buat pa hang tgk ,,wahai orang yg beriman peliharalah kemaluan .. blah.. blah,, including mata ,,,hati... tgk benda maksiat kurang gak pahala..buat penat jer gi masjid,...
hadis rasulullah.. aku tak tau ah sahih ker tidak ... nabi kata umat akhir zaman akan menghanguk-angguk kan kepala ketika mendegar music or lagu,, ko memang kreatif tapi kena belaja sebab banyak benda tak tau.... kau kena buat ..dia kena start dari basic.. ko kan ada duit (kerja) gi ah mana2 kelas yg dianjurkan selain dengar ceramah umum kat masjid/surau...tuntutlah ilmu ALLAh sebelum diangkat dengan Dia matikan ulama..gi ah cari ulama yg sohih .. jgn cari ulama anjing(yg menjual kata2 Allah dan menyembunyikan kebenaran) dari cara hamka uat blog ni macam hamka dah abis belajar,, .. tapi kita tak rasa macam tu sebab ada fakta yg 'outa'anyway thanks 4 ingatkan semua manusia tentang Allah..memang usaha yg mulia..MUGA ALLAH BERIKAN HIDAYAH KEPADA SEMUA..
LAGI SATU SAPA YG MENYOKONG PERKARA YG MUNGKAR KIRA DIA BERSUBAHAT GAK...MCM KERAJAAN MALAYSIA YG SUKA ANJURKAN KONSERT.. BOIKOT UNDI TAK YAH UNDI BN KER PAS KER MIC KER MCA KER...........

-amir said...

anonymous.

ahahaha

klakor la ko, ko paham ke tak ape yg hamka tulis ni???

boikot undi plak yg diminta nya, apa ke hal ko nih???

hamka sambut aprilfool? valentineday? pakai baju superman? dengar musik? hangguk kepala ketika mendengar musik atau lagu?

aiiiyaa

dah banyak kali dipesan, lain kali fikir dulu sebelum berkokok!!! jangan jadi macam binatang.

tak perlu la spam kan ruangan komen ni semata mata kerana nafsu marah dan tak puas hati... dah abis baca ke belum apa yg ditulis???

tapi sebagai bukan moderator ruangan komen ni, aku hanya nak gelakkan je la perangai ko tu.

baling batu sembunyi tangan
tuntut ilmu hingga ke china

mi said...

"aku tulis blog ini untuk aku dan keluarga aku, mereka yang sudi berfikir macam aku di alu-alukan."

ya..sudi..sudi

p/s:jom jadi air mutlak

Anonymous said...

apa kalut2 ni daa....

Anonymous said...

Saudara/i,

Orang mendengar di muliakan,
Orang bercakap merendah diri...
Orang menegur berkata hikmah,
Orang yg ditegur membuka hati...

Hujan, badai, kilat, banjir, tsunami, sama diharung...
Bantu membantu mendekatkan hati...
Berpeganglah kita pada yang Satu,
Lupakan beda organisasi/kumpulan...

Bersatulah kita hendaknya,
Sebelum nasi menjadi bubur...
Selagi hayat masih ada,
Hargai didikan dari Rasulmu...

Sejarah berulang....
Dan pelajarilah ia sebelum MAUT mengundang...

Akak S.

Hamka said...

Amir,

Sebenarnya si anonymous. tu komen pada 1/27/2007 01:32:20 AM, dia terpost pada post yang lama, post yang awal… , mungkin dia berniat nak menegur agar di baca oleh aku seorang atau tersilap post.., apapun aku publish kat post terbaru agar semua orang boleh baca sebab aku rasa terharu sebab jelas dia baca dan hayati segala tulisan aku dari awal hingga akhir, terima kasih kerana menegur,.., oh!

hairan juga kenapa tak taruk nama…,?

-------
mi

Air mutlak lebih dari dua kolah jika bertakung dan jika tidak bertakung mestilah bergerak, tidak berbau..wallahualam..

Sedang belajar jadi air mutlak
Terima ksih kerana sudi…

----------
Akak S.

Untuk satu kertas guna gam..
Untuk satukan kayu guna paku..
Untuk satukan ummat kena guna Sunnah…

osama said...

At-Taubah [119] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.

Orang-orang yang benar di zaman sahabat ialah nabi. Dizaman kita ialah guru, guru yang:-

-bila memandangnya ingat akhirat
-kata-katanya mengingatkan kita pada akhirat dan memberi semangat untuk terus beribadah

Bagaimana nak mencari guru yang benar?
Solat Hajat dan solat taubat minta dipertemukan.

Hanya dengan menemui guru yang benar kita boleh beribadat seperti Sayyidina Ali yang solatnya begitu khusyuk hingga boleh dicabut anak panah dikakinya.

Anonymous said...

-Allah itu benar.
-Kata-kata Allah itu benar.
-Janji-janji Allah itu benar.
-Pertemuan dengan Allah itu benar
-Syurga itu benar
-Neraka itu benar.
-Para Nabi itu benar
-Nabi Muhammad itu benar

Benar itu berat, bercakap benar, beramal dengan kebenaran itu susah.
Benar itu banyak, orang mencari kebenaran itu sedikit.

Rasulullah berkata kepada Abu Zar “bercakap benarlah walaupun pahit”.

taichee~@! said...

Salaam bro hamka.

Ini kali pertama saya mengomel disini. Saya dah lama baca blog Saudara ni, cuma as silent party.

maafkan saya. Saya cuma nak tahu apa pandangan saudara tentang poligami di Malaysia, terutama masyarakat melayu.

If saudara ada kelapangan masa, sila lah jenguk blog saya. Ini pandangan ikhlas saya terhadap poligami di Malaysia. saya cume sentuh sikit aspek keagamaan, sbb saya masih belajar lagi. Tak arif.

http://taicheeviews.blogspot.com/2007/01/berbagi-suami-part-1.html

mungkin saudara hamka dah pernah tulis pasal hal ni. Masalahnye, saya tak bleh nak search entry saudara bab tu. letih la kan nak carik one by one. If saudara dah penah blog pasal tu, boleh tolong repost, dengan sedikit gula dan garam?

thank you. and sila komen entry saya. Pandangan ikhlas seorg perempuan bekerjaya 30 an, masih bujang terhadap isu poligami.

Anonymous said...

salam~
saya minta maaf sgt2..
tapi rasanya ramai sgt yg suke baca blog ni sbb ayat2 nyer yg lawak..huhu
tapi semoga dgn asbab tu lama2 mereka2 itu akn dpat hidayat n dapat ape yg bro nak sampaikan..insyaALLAH

-nani-

hamka said...

osama

aku tak nak ikut guru yang tak solat jemaah, ambik upah, dan mengabaikan dakwah…
walau’lam..

----------
Anonymous

Cerita aku di gigit berok adalah benar..
Cerita lintah masuk punggung aku juga adalah benar..

Oh sungguh pahit!

---------
taichee~@!

Aku belum tulis lagi pasal poligami, tak de pengalaman, insyallah lain kali.

-------
-nani-

Selamat naik keretamayat..
Ada apa dengan mayat?

hanisumayyah said...

Satu yang saya suka baca entry ni ialah di setiap hujungnya ada peringatan untuk menjadi mayat. orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati.

Rasanya bagus gak kalau Hamka cuba sesekali bagi tajuk2 yang lebih sederhana sikit selain tajuk2 yang hebat2. Contoh hidup sederhana ke, didik anak cara sunnah, pentingnya muhasabah diri, kisah sahabat dll. Cadangan sahaja...sebab ramai jugak silent reader wanita dan macam pengikut2 blog ni.

satu lagi komen en hamka dbawah ni;
"2 golongan yang selamat bila Dajjal Al masih datang..

1. Lelaki yang banyak habiskan masa di masjid
2. Wanita yang banyak habiskan masa di rumah.."

Point ke2 tu pun elok gak awak kupas...sebab banyak masalah sosial puncanya wanita...

P/s : Saya ada seseorang di Kuala Trengganu untuk dikhususi, cuba emailkan saudara no hpnya tapi tak berjayalah..

taichee~@! said...

Salaam,

Bro hamka.
Thanks atas pandangan tu.
Hopefully one day bro can kupas isu sensitip tu.

Thanks.

muhammad fakhrul razi said...

letak code ni kat sidebar blog ni hamka nanti org senang search entri lepas: dalam code di bawah ko kena edit sikit. gantikan simbol "(" dengan "<" dan simbol ")" dengan ">"

(form action="http://blogsearch.google.com/blogsearch" method="get")
(input type=hidden name="bl_url" value="http://keretamayat.blogspot.com/")
(label for="search" accesskey="4")Search this blog:(/label)(br)

(input id="search" name="as_q" size="15" type="text" size="20")

(input value="Search" name="submit" type="submit")
(/form)

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah cukup bagus dan bernas isi yang saudara hamka tuliskan. Moga dgn izin Allah ramai yang dapat hidayah dan peringatan, walaupun niat sdr hanyalah untuk diri sdr sendiri.

Bila saya membaca nasihat2 atau luahan hati yg menyentuh isu agama, pasti kita mengharapkan agar ayat2 yang digunakan pun manis dan sopan didengar semua khalayak/golongan. Kita tak tahu samada yang membaca tulisan kita adalah golongan remaja belasan tahun, org2 seusia kita atau org2 yang lebih tua. Anggaplah bila kita menulis tu macam kita nak menasihati saudara kita atau anak kita sendiri. Pasti kita takkan guna contoh2 yg kurang manis seperti "melancap", "rogol" etc. Saya naik segan bila membaca esp part2 yang kurang manis sikit dipercakapkan di khalayak walaupun tamsilan tu digunakan utk beri nasihat.

Juga, walaupun sdr hamka tidak bercakap bagi mana2 pihak, tetapi sedikit sebyk cara percakapan sdr, org akan pandang negatif golongan usaha agama ini. Ada org yg dpt hidayah bila dgr cara kita bercakap, ada yang dapat hidayah dgn ikram kita dll. Allah beri hidayah melalui pelbagai cara. Tapi janganla kita jadi asbab org 'cop' org2 buat usaha agama ni, semuanya biasa bercakap benda2 kurang manis begitu tanpa segan silu.

InsyaALlah, semoga Allah beri hidayah untuk kita semua utk korban lagi2 dan lagi utk agamaNya.

Sebagai renungan:
Firman Allah kepada Musa semasa dia dan Harun mahu berdakwah kpd Firaun:
"Berkatalah kamu berdua kepadanya (kepada Fir'aun) dengan lemah lembut agar dia mengikuti jalan yang benar atau dia takut kepadaKu" (Thaha ayat 44)

wahidah said...

salam...
erm lama sudah menjadi pembaca senyap...apa khabar bro n family n semua laa pembaca2 setia blog ni...
bkn apa...last week ade mimpi, dalam mimpi tu kan masa kat dlm book store...tiba2 terjumpa pulak sebuah buku yg mana berjudul "Keretamayat.blogspot.com"...covernyer clr pink pulak tu...ish2x...apakah disebalik mimpi ini ya bro Hamka...adakah keretamayat perlu dibukukan atau apa?

ps: entry nikan...mengingat kan sy kep ustazah sy...yg mana dia beria-ria suruh sy fikir...sy fikrah mana?aduh...tergamam kat situ...
anyway

takbir....

tuan tanah said...

Hamka,

Terima kasih atas entri ini dan entri-entri sebelum ini.

Saya nak minta izin, copy & paste & print boleh? (entry ini, entry2 sebelum ini & entry2 akan datang)

Anonymous said...

cucu tumpang lalu....

Tok Hamka, doakan cucu berjaya menakluki nafsu dalam diri ini!

cucunda

Nziela said...

err... best ker kena geget beruk?? ngee~!! :D

linanilza said...

bro hamka, soklan aku kali ni kluar tajuk, lupa arr.. dulu ko pernah kata "Dalam dunia ni ade 4 perkara yg kita rasa hak kita, tp sebenarnye bukan", apa 4 perkara tu? aku yg hina dina ni nak tahu..

hamka said...

hanisumayyah

email saya: keretamayat@gmail.com.

Saya sekarang berpindah di kuantan, insyAllah ada masa dengan izin allah ada jodoh serta takdir.., insyAllah.. jumpa di terengganu..

Pasal entry untuk wanita, insyAllah, tak tahu bila.., takut tak tunai janji..oh! ada point bagus boleh email, nanti aku edit.. he he he

--------
taichee~@!

Kau boleh jengah blog hanisumayyah kat atas tu dan boleh bincang pasal poligami, sebab beliau ada pengalaman..

Apapun, 7 golongan lelaki kat bawah arash adalah ahli shurga,
eh mana wanita?

wanita adalh isteri 7 golongan lelaki tadi yang dah masuk shurga 500 tahun lebih awal..
Kalau wanita itu berpologami dgn 7 lelaki tadi? Huh!! ke empat2 madu mudi masuk shurga jadi ketua bidadari..wallahualam!

Oh! Kalaulah wanita itu mengetahui?

----------
muhammad fakhrul razi

Aku try tapi tak jadi, aku jahil IT..

Ps;Ramai wanita yang jadi IT (ibu tunggal)..kasihan..

-----
Anonymous

Salam..

Betul! Aku setuju! Aku mengaku bersalah..Aku akan nasihat diri aku sendiri supaya memantau diri sendiri ke a rah lebih positif demi kecemerlangan dan kegemilangan ummat!

Terima kasih sahabat..

I love u!

---------
wahidah

ada seorang sahabat yang juga seorang penulis motivasi berniat untuk bukukan blog keretamayat ini, beliau sedang edit ejaan dan tata bahasa, sama samalah kita doakan beliau berjaya dalam bidang yang di ceburi itu.., aku sudah bagi izin dan tunggulah takdir dari Allah, semoga ramai org dapt manafaat, terima ksih kepada yang sudi memabntu

semoga Allah memberkati..

ps: cover pink? Aku ingat nak taruk cover hitam..

-------------
tuan tanah

Aku benarkan asal niat kau baik dan untuk kegunaan peribadi, tapi jika kau nak jual itu tak boleh he he he..
Kau kena mintak izin dulu jika nak jual.., aku kena edit dulu..he he he

----------
cucunda

kau doa aku sekali! Sama samalah kita!

----------
Nziela

Aku tak menjeritpun, Cuma menguling gulingkan badan untuk mengurangkan rintangan..he he he

digigit Berok ok, tak payah samak, buatnya kena gigit anjing gile..oh! syukur pada Allah..

---------
linanilza
Dalam dunia ini, ada 4 perkara yang kita rasa HAK kita, tapi bukan HAK kita, nampak macam HAK kita, tapi HAK orang lain, walaupun pada hakikatnya HAK kita, tapi sebenarnya hanya pinjaman dari yang MAHA HAK, namun bukan semunya di pulangkan kepada yang berHAK tapi ada HAK lain yang lebih berHAK rupanya.. HAK tu yang patut dapat HAK ni, sebab tu HAk depa semua..bla bla bla bla (pening kepala aku..)
Arghh.. senang macam ginilah, sesudah di ‘pecah-kecilkan’ ..

Sesungguhnya Allah telah bagi kita 4 perkara, yang mana
Kita sangka HAK kita tapi hakikatnya bukan hak kita...

-HARTA-Hak waris bila kita menjadi mayat.

-JASAD-Hak ulat bila kita menjadi mayat.

-AMAL BAIK-Hak org yang kita khianati,sakiti, kalau kita takde amal maka
dosa dia jadi hak kiter...nauzubillah...

-.NYAWA-Hak Allah. Dia berhak ambil balik bila2 masa, dan Allah cukup
marah org yang bunuh dirinya sendiri kerana nyawa adalah Hak Allah
nyawa ADALAH hak ALLAH!!!

(hmm, boleh buat tajuk untuk entry baru..?)

Anonymous said...

copy/paste dari blog muhamad fakrul razi

SI BOIKOT BADUT
kisah boikot batu talam
kisah ada badut-badut menjadi dalang
kisah talam-talam muka yang bermuka-muka
kisah batu-batu hati yang berhati batu

ini kisah ada watak ada cerita
ini kisah ada badut yang mahu buat tawa
ini kisah BN, BA PAS-PKR, SPR, demokrasi dan badut

mula-mula kita kisahkan badut yang berfikir
akan boikot yang membawa untung
mereka kata kalau berjaya
bukti BN adalah badut itu
serta SPR yang badut juga
maka demokrasi malaysia adalah badut
maka mereka boikot
boikot mereka kata bukti mereka tidak percaya
boikot mereka kata bukti SPR tak boleh dipercaya
boikot mereka kata BN penipu berjaya
boikot mereka kata demokrasi malaysia dah tak ada

lalu BN kata mereka bacul boikot di tempat mereka pasti kalah
mengapa tidak boikot saja di PRK di masa lalu
di kubu kuat tidak mahu boikot
di kubu lemah mahu tunjuk gagah berani boikot
lalu PAS-PKR kata BN sudah ketar lutut
sudah mahu jadi badut

lalu muncul chee pang
satu nama buat pengimbang dan pemberi jawapan
untuk rakyat mengenali badut mana yang berjaya
chee pang anak DAP
DAP tak mengaku anak
chee pang mengaku dia mahu jadi badut
sudah tahu akan kalah
bapanya mahu ekonomi batu talam meningkat
atas faktor orang ramai bertumpu jika ada pertandingan
chee pang mahu BN menabur janji
jika tak dilawan BN tidak akan adakan janji
badut buka cerita sebelum bertanding lagi

maka kini batu talam menang pada BN
BN kerahkan jentera sebanyak mungkin
menghadapi chee pang yang didakwa hingusan
PAS-PKR kata BN sudah bacul jadi kerahkan semua tenaga
BN kata mereka tetap bekerja seperti biasa dalam mana-mana pilihanraya

apa akan jadi jika BN tidak kerahkan tenaga
walaupun hadapi chee pang
Pastinya ada badut akan kata
lihatlah dunia, BN adalah badut
BN hanya menabur janji dan bekerja keras
jika mereka hadapi saingan
itu bukti mereka bermanis mulut sahaja

oleh itu badut tidak bersuara akan hal itu
maka badut berkata
lihatlah dunia, BN adalah badut
pilihanraya satu helah
SPR adalah badut
demokrasi malaysia sudah jadi persembahan sarkas
ada banyak pengundi hantu
chee pang itu budak suruhan BN

Lalu Pas-PKR turun padang bawa pemimpin besar
BN ketawa dan berkata
lihatlah dunia, PAS-PKR badut
sudah boikot tapi datang berkempen jua
nampak sangat boikot tidak ikhlas
maka PAS-PKR membalas
lihatlah badut BN bersuara
PAS-PKR bukan datang berkempen
tak kempen tapi tak halang orang boikot mengundi
tak kempen tapi tak kisah jika ada orang mengundi chee pang
tak kempen tapi harap chee pang tak hilang wang pertaruhan
tak kempen dan suruh orang koyak kertas undi
boikot boikot batu talam
boikot boikot punya cerita

sekarang batu talam sudah habis cerita
BN menang 6000 lebih undi
peratus mengundi turun 67%
SPR bagi maklumat
Bernama keluar cerita

sekarang mari lihat siapa yang kena

BN punya badut ketawa gembira
lihatlah dunia, demokrasi berjalan jaya
walaupun sedikit kecewa
peratus mengundi jatuh juga

PAS-PKR punya badut juga ketawa
lihatlah dunia, PAS-PKR dah berjaya
kan aku dah kata boikot mesti berjaya
lihatlah dunia, peratus mengundi menurun
lihatlah dunia, bilangan undi rosak meningkat
lihatlah dunia boikot dah berjaya
lihatlah dunia PAS-PKR dah tunjuk belangnya
lihatlah dunia, BN dan SPR pasti berubah selepas ini

memang lawak badut semua itu
kalau kau kata SPR tu badut yang kau ketawa merujuk angka dia buat apa
kalau kau boikot awal dulu, kau kata SPR tu badut buatan badut BN
yang kau sorak gembira kata peratus undi dan undi rosak itu buat apa
mana dia demokrasi badut yang kau laungkan
atau kau terlupa yang kau patut sorok kebadutan kau

kau rujuk badut juga rupanya
patutlah semua pun jadi badut
tak tahu rakyat semua nampak kebadutan semua

jika BN yang menang tak tunai janji
maka BN badut yang berjaya menabur janji
jika PAS-PKR tak mahu boikot PRU
pastilah boikot batu talam persembahan badut paling berjaya
buat parti pembangkang
dan tak lupa pada chee pang

IBN MUKHTAR
(29 Januari 2007)

Anonymous said...

Sorila bro Hamka,pengirim nak cari bini ni kot2 ada jodoh.Sape2 wanita yang ingin kahwin awal untuk mengelakkan maksiat dan lipatkali gandakan pahala sebanyak 70 kali amatlah dicari oleh pengirim mesej ni.Syaratnya mudah; taknak keje dan duk umah jaga anak@anaks DAN sejuk mata memandang@mempunyai paras rupa yang cantik.Diploma@pun degree amat2 tidak diperlukan.Yang penting duk umah dan besarkan anak2 dalam suasana iman. (!).haha,boleh pulak cari jodoh macam ni.Ya Allah,jodohkanlah aku secapat mungkin.taktahan dah ni.reply me on this blog also,A.S.A.P.
Amiin..


ps’ lupa pulak nak bagitau.saya 20 tahun,belajar lagi..kat Penang

-akmah-

Anonymous said...

salam bro hamka..
first skali, bile baca entry ni,terasa aura bahangnye berapi-api.. hehe. insyaAllah, sy faham maksud tujuan entry bro tu.

sy sgt setuju dgn pendapat bro hamka sal berfikir dgn 'fikiran org beriman' tu. semenanye sy da lama juga fikirkan benda yg sama.
but,please..let us think for just 2minutes. Jika wujud seseorang berfikiran bhw solat jemaah di masjid itu fardhu kifayah, dan seorang yg lain berfikiran sama, dan wujud agik seorang berfikiran sama, dan wujud agik seorang, dan wujud agik seorang pula, sehingga angka berjuta-juta lemon. maka, dgn sendirinya masjid itu makmur dgn org2 y berfikiran dgn fikiran bhwsanya solat jemaah di masjid itu fardhu kifayah.
tp,seandainya wujud gerangan org yg berfikiran 'tapela..aku ta pegi pon,ade je org len pegi', maka dgn sendirinya masjid akan jadik lengang.
betul kan?

apa yg sy na sampaikan, semuanya bermula dr mindset. jika betul asasnya, betullah yg lain juga.
kte amek contoh yg mudah,jika seseorg berfikiran bwh rokok itu membahayakan kesihatan (dgn belum mereferkan hukum merokok),dan dia mengambil keputusan utk tidak merokok,dan wujud makhluk2 len yg berfikiran sama. maka dgn sendirinya, rokok itu ta laku. atau mungkin, rokok sudah ta dijual langsung jadiknye.hoho. --> alhamdulillah,tadela wujud mayat berkanserkan paru2 nt.

hmm..macam tu le alkisahnya y sy na sampaikn. mungkin benda ini nampak simple dan dipandang remeh bg sesetgh org,tp tidak bg sy. apa yg kita patut lakukan, adalah melaraskan balik sume mindset nih. caranya,rujuk dan balik pd Al-Quran dan Sunnah. bukanke islam itu syumul? sudah pasti dr benda sekecil2 zarah hingga sebesar2 gajah yg disuruh dan dilarang oleh al-Khaliq itu ada hikmahnya. hingga mammpu melampaui akal manusia.

tp utk melaraskan mindset ni,bukan senang,kte perlukan usaha dakwah sprt kata bro hamka tu. pesanan utk diri sendiri juga, jgn byk cakap atau mengharapkn org len,kte yg harus berusaha bertindak dulu!!

-hana-

ainohikari said...

salam bro hamka,
cmbesa sy sntiasa jenguk2 blog ni utk cari sdkt pengisian rohani insyaAllah.

namun sy ada kekonfiusan sket di sini..dan sy rase kn check blk apa yg bro hamka tulis nie..(bnde kecik je sbenanye)..
bro hamka tulis: Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak buat Nabi tak mengaku ummat!!!

sunnah ble dibuat mmglh dpt pahala tp ble tdk dibuat...tkpernah plak sy terbaca ayat al-Quran,hadith mahupn krgn ulama2 kata nabi tkmengaku ummat..cth simple,sunnah bersugi sblm amik wudhu'.

itu jerlh yg sy konfius sket.n then psl nabi berdkwh,mgkn apa yg sy fhm tksame apa yg bro hamka faham.sbb dakwah pintu ke pintu pn sy buat (alhamduillah) tp dlm masa yg same sy tknafikan dan sy raikan cara yg ustaz2 n ulama2 kte buat tu pn btul jg. wallahu'alam..smoga Allah bg kefahama agama lg kpd kte.maaf jika ada terkasar bhs.

p/s: setahu sy TGNik Aziz belajar kt Pakistan bkn India..ape ntah name tmpt dia,lupa dah..

jazakallah

akirasuri said...

oh memang panjang.
berpinar mata saya membacanya.
tapi penuh info.

hafizbar said...

saya la yang paling benar!!! (hihihi perasan benar). SEBAB takde sape berani lawan cakap saya, bila saya menulis.... KECUALI org yg otak slow (saya perasan je lebih ni kekeke)

anyway, kalau ada orang tanya aku,
``hafizbar, ko ni ikut pergerakan mana?"
jawaban: aku ahli MOSSAD. baru lah universal atau cakap bahasa arob nye syumul kekeke. tidak terikat pada ke-melosia-an mahupon ke-melayoo-an

hamka said...

-hana-

salam
first skali, mindset. Yang kena betulkan, : Semua orang akan menjadi Mayat. Anda tidak mampu mengubahnya! Kalau Korang kaya, korang akan menjadi Mayat orang Kaya, Kalau korang miskin, korang akan menjadi mayat orang miskin. Mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah korang! Ha Ha Ha!

-----------
ainohikari

salam

dakwah yang nabi buat ada 4, pintu ke pintu di panggil dakwah UMUMMI DAKWAH..
dakwah kat masjid di panggil: IJTIMAE DAKWAH.., ada lagi 2 , infradi, khusussi..
jika majlis ilmu itu di panggil TA’ALIM..

so apa yang ustaz buat biasanya TAALIM dan IJTIMAE DAKWAH, tapi terabai dakwah pintu ke pintu yang merupakan TULANG BELAKANG.., apa lagi nak di kata?
Ugama kan kena buat semua?

so agama dah lumpuh…

pasal sunnah..

satu peristiwa di padang masyar, Nabi akan bagi minum air yg mana sesiapa minum ini air tidak akan dahaga buat selama2nya,Nabi bagi dengan tapak tangannya yang mulia kepada umatnya air dari telaga kausar, tiba2 satu golongan ditahan oleh malaikat walaupun tangan dan mukanya bercahaya2 kesan wudhu yg sempurna, bila nabi Tanya malaikat kenapa tahan,? merekan kan umat aku?, malaikat jawab mereka menolak sunnahmu…maka Nabi pun halau mereka sebanyak 3 kali dan sekali nabi halau mereka malaikat heret sajauh mata memandang dan kalau nabi dah tak ngaku umat syaitan lah pulak akan mengaku mereka tu umat dia (naduzubillah)…

Tak mampu nak buat tak sama dengan tak nak buat, apatah lagi memperlekehkan..

sahabat berjaya sebab ikut nabi 100%...kalu korang nak berjaya buatlah perkara yg sama oleh org yg telah berjaya barulah korang boleh berjaya…
Ingat!
SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA...(cth satu org nak jadi hafiz usha sungguh2, tapi tak sempat lalu menjadi mayat akan di bangkitkan bersama para hafiz...satu org ikut nabi sungguh2 tapi tak berjaya amal semuanya sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi inshaAllah…)

----------
akirasuri

inforia or infoduka?

-----------
hafizbar

aku pulak nak belajar jadi ahli MOSQUE –MATE .., boleh kawan dengan CALSS-MATE Nik AZIZ kat pakistan..

Anonymous said...

alhamdulillah.

aku dh habis baca.. satu entry je.. "siapa benar".. pnjang.. sakit perut n usus aku baca.. tgelak cam org normal gelak. (dan dengan gelakan aku, mnyebabkan office mate aku mula turut mmbaca.. )

ade member aku bg link pasal blog nih.. dia tanya pndapat aku..

boleh ke tulis2 macam ni??
(dia pernah kuar 3 hari skali.. )

aku jwb.. dgn pendapat aku sendiri. bukan dr hadis atau quran kerana kejahilan aku..

blog ni bukanyer salah satu alternatif utk berdakwah atau bertabligh..

krn usaha dakwah hanya sanya dgn cara yg ditunjukkan oleh Rasullullah S.A.W.

dakwah cara terkini amatlah menakutkan aku.. nasyid.. dgn lagu.. adus..

blog adalah tempat
-org cite pasal diri sendiri
-cite pasal hal ehwal semasa
-luahan perasaan.
-dsb..

so comment aku kat mamat yg tanya aku tuh..
owner blog 'hamka' aka 'driver ketemayat' nih.. adlh slah sorang pengguna blog yg normal.

digunakaan blog utk mluahkan perasaanyer.. spt org lain juga..

tetapi oleh krn perasaan dan kefahamanya adalah utk menggunakan diri masa dan hartanya utk mdptkn keredhaan Allah.. utk mmperbaiki diri, maka luahannyaa berbau tabligh.. berbau air mutlak..

spt luahan org yg minat sukan, maka isi kandungnya berbunyi bkaitan sukan.. tulisan pujianya pd group yg diminati, yg tulisan kejianya pd group yg dibenci..

bgitu jua si hamka, makhluk Allah sperti ku jua.

apa yg tbaik dr Allah.. yg buruk kusandarkan pd kelemahan ku..

wallahualam..

adios amigos..

blank_paper
darknessroze@yahoo.com.sg

ainohikari said...

bro hamka,
syukran jaziilan kerna mengingatkan blk tntg cara Nabi berdakwah dan kisah yg disertakan tu sdkt sbyk bleh menginslahkan diri insyaAllah..trutamanye bg org yg MENOLAK SUNNAH NABI..

kpd akhi blank_paper, penerangn yg akhi buat tu pn sdkt sbyk bleh menjernihkan sedikit suasana. sbb ramai yg ble baca blog bro hamka menyangkakan yg bro hamka berckp bg pihak tabligh,walopn bro hamka dh bgtau byk kali dah,trmsklah yg tgh menulis ni.hihi
maaf bebyk bro hamka.

yg pnting ble menulis atopn berckp kte tdkbukak keaiban org lain, sbb di akhirat nnti Allah akan bukak keaiban kte pula. astaghfirullah.
smoga kite dijauhhi

hamka said...

darknessroze

Dah masuk enty yang seratus lebih.., dah ada yang faham..
Terima kasih..
Dan ramai yang terhidu akan blog ini seolah2 ber’bau’ air mutlak..

maka jadilah seperti seorang kapir yang bijak yang mana bila melihat keburukan seorang orang islam dia tak judge pada agama, dia bersangka baik lalu Allah bagi hidayat padaNYA dan masuk islam dan masuk shurga..

Jangan jadi macam orang islam yang bodoh bangang yang mana lihat satu keburukkan kawan seislam lalu berberuk sangaka dan judge usaha ugama dan akhirnya murtad lalu menjadilah dia ahli neraka..

Murtad sunnah..oh!

------------
ainohikari

Jika tak mampu , belajarlah untuk mampu..
Jika tak mampu juga, galakkan orang lain menjadi mampu..

Itulah sunnah Nabi..

Mampukah aku? Oh!

Anonymous said...

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Abbas r.anhuma berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solah berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya (uzur) daripada menyertai solah berjemaah maka solah yang dikerjakannya itu tidak akan diterima.” Para sahabat bertanya, “Apakah uzur itu?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Takut atau sakit.” (Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Keterangan

‘Solahnya tidak diterima’ bermaksud bahawa dia tidak akan mandapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T melalui solah yang dikerjakannya itu, sebaliknya hanya sekadar terlepas daripada kewajipan menunaikan solah fardu. Inilah yang dimaksudkan dalam hadith-hadith yang menyatakan bahawa solahnya tidak diterima. Walaupun kewajipannya sudah terlepas tetapi apakah gunanya amalan yang tidak mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T? Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah rah. Sedangkan, mengikut pendapat segolongan sahabat r.anhum dan tabiin yang berasaskan kepada hadith-hadith di atas bahawa meninggalkan solah berjemaah tanpa uzur adalah haram dan menunaikan solah dengan berjemaah adalah fardu. Sehingga banyak ulama turut berpendapat bahawa seseorang yang mengerjakan solah dengan tidak berjemaah solahnya tidak sah. Mengikut pendapat Mazhab Hanafi, walaupun solah yang dikerjakan tanpa berjemaah tersebut sah tetapi masih bersalah kerana meninggalkan jemaah. Terdapat dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin ‘Abbas r.anhuma bahawa orang yang tidak menunaikan solah dengan berjemaah tidak mentaati Allah S.W.T dan rasulNya. Hazrat ‘Abdullah bin ‘Abbas r.anhuma juga berkata bahawa seseorang yang mendengar azan tetapi tidak menunaikan solah dengan berjemaah maka dia tidak berniat untuk membuat kebaikan dan dia tidak akan diberi apa-apa pun kebaikan. Hazrat Abu Hurairah r.anhu berkata bahawa wajarlah dituangkan timah yang mendidih ke dalam telinga seseorang yang mendengar azan tetapi tidak pergi untuk menunaikan solah berjemaah.

Anonymous said...

cara tuan mmg bgs utk menyedrkn umat yg jauh dr agama dkt pd agama,tp hidayat x tesebar sbb bkn cre nabi.kalu gune cre slain dr cre nabi bkn blh mndtgkn hidayat tp fitnah shj.ulamak jge x menggalakkn sbr agama gune intrnet.kte kne bg hrta,diri utk jmpe umat dr hati ke hati.br ade kesan cre nabi.sbnrnya sy x prnh bce hbs pn blog ni,tp ade org bg tau blog ni.sy pn lmah jge dlm ushe agama.sy syor tuan klua jln Allah jauh2.mga Allah bg fhm.mga Allah kekal kte dlm ushe.sy mntk maaf byk2.

hamka said...

Siapa benar?

benarlah korang berdua..

dari aku yang bersalah.

coldstarz_12 said...

assalamualaikum...
lamanya tak jenguk blog ni, dan bila masuk ruangan komen ni...tak sangka lak akan terbaca antara komen-2 yang menyentuh soal sensitifiti sesetengah pihak...- isu menyalahkan orang itu dan orang ini tak wajar di ketengahkan dengan cara ini...
boleh menjatuhkan maruah sesetengah pihak dan di bimbangi akan menimbulkan dendam dan sakit hati...
ada beza antara kritikan membina dan kutukan menghina....
sama-sama lah...menghayati budaya islam,
-jgn buka aib orang lain..
dan hamka, ada baiknya ko war-warkan alamat e-mail ko di setiap tajuk post - mana tau aku lak yang tak puas ati, boleh tegur ko secara direct -namun hanya antara ko, aku dan tuhan yang tahu -
semua orang - belajar lah bersabar....jgn naik darah bila aku lak yang bagi komen 'menegur di sini...
hamka...buka post baru la pulak....

Anonymous said...

Buat keje dgn tak bermesy memang mendatangkan fitnah...Tp kalau meys tak dapat ikram nafsu betul tak bro hamka

hurairah said...

Bro hamka saya syor anta keluar jauh dan bagi masa lama kalau betul2 kesian kat umat ni.Kalau nak dak dakwah macam ni memang tak berkesan pun. Macam pegi mengail ikan dalam baldi

muhammad fakhrul razi said...

assalamualaikum.

saya suka kepada usaha orang tabligh, mengajak orang ke masjid berjemaah, mengimarahkan rumah Allah yg sememangnya suatu yg dituntut oleh Rasulullah.apa lagi di zaman ini umatnya sudah mulai lupa beberapa hal yg penting dan berjuang kebenaran dalam hak dan batil bercampur-campur.

org tabligh berdakwah dgn mengutamakan hati dan diri sendiri, sebab itu konsep ikram muslimun begitu kuat dipegang dalam melaksanakan dakwah.

memandang diri sendiri yg berusaha berdakwah lebih utama didakwahkan dan memandang mulia mad'u walaupun mad'u menolak dakwah mereka atau menjauhkan diri dari dakwah mereka. muliakan org lain, dan merasa diri amat hina.

NAMUN, telah berlaku beberapa muzakarah saya dgn rakan-rakan tabligh mengenai hal kaedah berdakwah menurut sunnah, dan antara sebab saya tidak mengikut jemaah tabligh adalah dsebabkan pegangan dan iktikad mereka bahawa kaedah keluar ke jalan Allah seperti yg dilakukan oleh tabligh SAJA yg diiktiraf sebagai DAKWAH MENURUT SUNNAH!

pemikiran sebegini juga apabila didapati pada puak salafi atau wahabi yg sering mendakwa, hukum ijtihad MEREKA SAJA yang TEPAT MENURUT SUNNAH! maka telah saya menolak untuk bersama mereka.

walaupun saya berpegang pada konsep "bertolong-tolonglah kamu dalam kerja kebajikan" iaitu tidak memandang siapa atau golongan mana yg menyeru kepada kebaikan , maka saya akan sahut dan sokong, kerja bersama-sama bahu membahu, tak kiralah jika tabligh suruh imarah masjid, saya sokong, UMNO suruh imarah masjid saya sokong, wahabi suruh imarah masjid saya sokong.

saya menolak mereka dan iktikad mereka, namun benda baik, saya sokong dan akan kerjakan bersama-sama.

saya percaya DAKWAH MENURUT SUNNAH bukan saja perlu ikut kaedah tabligh. apa yg tabligh buat adalah satu metod dan kaedah yg baik, tapi bukan satu-satunya cara DAKWAH!!

jika ulama2 mengajar fiqh di masjid dan ulama tu tak pergi ketuk rumah ke rumah, dia masih dianggap BERDAKWAH MENURUT SUNNAH, iaitu menjalankan majlis ilmu. walaupun muridnya yg datang padanya.

macam imam al ghazali mengajar ilmu, dan juga ulama2 besar mengajar ilmu.

dan jika nazrey raihan menjadi hos rancangan akademi al quran JUGA BERDAKWAH MENURUT SUNNAH, kerana menyebarkan ayat-ayat quran di kaca televisyen!

jika saya melukis komik dakwah, adakah anda mahu kata saya tidak BERDAKWAH MENURUT SUNNAH?

atau HAMKA menulis blog dengan bahasa santainya, adakah tidak berdakwah menurut sunnah?

padahal RASULULLAH menggalakkan sesiapa saja di kalangan umatnya utk menyebarkan dakwah dengan apa cara sekalipun (yg bukan cara maksiat).

sampaikanlah dakwah dari Rasulullah walau satu ayat.

adalah berSALAHan jika usaha dakwah dihalang2 atau dijatuh-jatuhkan.

jika HAMKA ada berbuat suatu kesilapan maka boleh saja tegur, tapi untuk apa diseru hingga buat hamka berasa down?

kita berdakwah untuk membaiki, bukan menghapus.oleh itu,GALAKKAN HAMKA TERUS MENULIS, dan anda jika mampu bantu menampung mana2 yg lompang,silakanlah berkongsi untuk manfaat bersama.

kisah saya dan tabligh

Charlie said...

fikir-fikirkan..
one of our prophet sallallahu 'alayhi wasallam attribute is tabligh, which means reach, reach out, sampaikan, menyampaikan..

nak sampaikan cara mana I ask myself.. usahalah, mintak lah petunjuk dari Allah.. mintak cara mana? firman Allah.. "dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.."

nasihat untuk diri aku sendiri..

hamka said...

ha ha ha, di akhir akhir ini telah ramai muncul orang yang tak paham apa yang aku tulis tapi sibuk nak bagi pendapat dan nasihat..ha ha ha!

aku dah post entry baru untuk korang yang suka membaca.., selamat membaca he he he

muhammad fakhrul razi said...

aku minta maaf jika komen aku di atas yg pjg lebar disalahfahami.

aku tujukan pd hurairah yg menulis:

"Bro hamka saya syor anta keluar jauh dan bagi masa lama kalau betul2 kesian kat umat ni.Kalau nak dak dakwah macam ni memang tak berkesan pun. Macam pegi mengail ikan dalam baldi"

dan isi penting dalam komen aku yg pjg lebar itu ialah:

"usaha menulis blog mengajak org faham dan berbuat baik juga adalah menurut sunnah rasulullah dan sifat nabi yg menyampaikan.dan hamka tak perlulah berhenti menulis kerana hidayah Alah datang dgn pelbagai cara. dan bukan usaha menulis blog ini seperti mengail ikan dalam baldi"

sbg penutup;
aku bukan mahu jidal atau debat. cuma memberikan pandangan dariku supaya usaha blog ini diteruskan, malah dicontohi. mana yg kurang ditampung. sekian.

harap maaf semua.

Charlie said...

bro hamka.. sori aku menyampuk/interframe/tak faham.. aku sekadar nak berkongsi istilah tabligh itu sendiri kepada mereka yang tak pernah tau apa itu tabligh.. aku sendiri pun sampailah aku terbaca sifat2 rasulullah..
but be cool la bro hamka.. kita ni hanya mampu berusaha.. yang bagi faham Allah.. yang maha hebat tetap Allah..

abu_harraz said...

ooh..sungguh menggiurkan perbincangan ini...hehehe

parchy said...

smart approach

Bangsari said...

dan jangan pernah masuk NII al zaytun.

di malaysia masih ada gerakan ini ngga ya?

hamka said...

Oh, rakan seberang..

aku dah hampir 30 tahun duduk di negara namanya malaysia, tapi nggakt pernah dengar nama gerakan seperti itu..., gerakan itu sudah pupus? atau aku yang tidak ketahuan?!!..oh!

maafkan aku, dan terima kasi sudi kemari..

jemput naik kereta mayat!!

akhie said...

:)

saya antara hamba Allah yang segan untuk membaca blog hamka sebab ayat2 yang digunakan.. :).. kebiasaanya saya skip entry yang begini walaupun ada kebaikannya.. cuma baca komen sahaja..:)
terima kasih anonymous kerana menegur dirinya .. :)
terima kasih hamka kerana menerima teguran secara positif..
rasa rindu nak baca entry hamka seperti zaman dahulu.. :)

+ akhie +

hamka said...

maafkan aku buat kau merindu.., maafkan aku...

Anonymous said...

Terima kasih.

Nasib baik saya perempuan.
Saya akan berusaha menjadi seorang perempuan yang menghabiskan waktunya di rumah (Tak mau merayap-rayap tak tentu hala lagi)

Anonymous said...

saya pernah bertanyakan soalan berikut kpd suami saya " Bang mcm mana nak tahu mana satu yg betul...byk sgt gerakan so called islamic sekrg nie "

Satu ayat je hubby saya jawab..

Yg haq tetap haq dan yg batil tetap batil..

Lalu saya buat kesimpulan yg haq Allah tetap pelihara sampai kiamat dan yg batil Allah tetap hancurkan walaupun claim islamic.

renung2...fikir2...adakah kita berada pd haq atau batil

titan said...

hehe. Banyak menda aku belajar dari post NIh. Apapun, thanks dan aku harap ko teruskan aje menulis disini.

Hamka said...

:)

LiLacFlA said...

entry dah lama tapi sebab saya baru ja jinak dalam dunia blog ni, nak komen jugak. tak kira

assalamualaikum..

kenapa saya suka blog encik hamka ni
1. ikhlas dan jujur, trang lagi bersuluh, tak kabur dek jerubu walaupun kiasnya bukan main lagi.
sesuai untuk kanak2 baru bertatih macam saya

2. tak anti kerajaan. bukanlah sebab saya bukan orang yang anti kerajaan tapi sebab muak dengan web2 yang giat mengutuk kerajaan macamlah kerajaan punca segala2nya. bagi saya segalanya datang dari Allah jugak.
seorang kawan seperti saya, orang ahli ugama cukup deras mengata kerajaan. tapi duit biasiswa kerajaan di ambilnya jugak. subsidi, kemudahan2 kerajaan tak pulak diboikotnya. dan saya, x memuja kerajaan, dan tak pernahlah pula mengutuk yang bukan kerajaan, melainkan yang tidak seagama dengan saya. (ada apa dengan bangsa? saya x ambil kisah)

3.tertarik dengan ayat encik hamka yang kata (lebih kurang) ada ilmu ajar2kan, maka saya memanglah jenis kalau dapat ilmu terus saya potpetpotpetkan kepada orang lain. masalahnya dengan penampilan saya yang tak macam ahli ugama sangat dan tak rajin nak memijak kaki ke musolla kolej, seringkali ilmu yang saya cuba kongsi tu diterima dengan kerut di muka. sedeh juga hati saya. apa orang macam saya tak layakkah nak berkongsi ilmu agama? (soalan ikhlas)
ilmu2 yang saya dapat tu rata2 dari blog2 seperti encik hamka juga, takpun hasil potpetpotpet ustazah ustaz yang saya dengar dari dalam kereta, tepi jalan, dalam kelas dsb. bukanlah dari ijtihad nafsu nafsi diri saya semata.
satu lagi, bila saya membuka topik untuk dibahaskan (bukanlah ala2 debat parlimen ataupun parlimen sndiri) berkaitan isu agama, seringkali saya mendapat jawapan jenis "aku betul". saya akui saya sangat naif dan selalunya saya perlu bertanya untuk memahami. bila kecik soalan saya dianggap cute dan pandai, bila besar dianggap bodoh dan taktau pikiaq ka?
contohnya soalan bodoh saya, "kenapa kena benci orang cina dan india?" kepada kawan2 yang tak sukakan kaum yg dua itu. seringkali soalan saya dianggap provokasi sedangkan ikhlas saya mahu tahu apa yang ada di balik pikiran orang lain yang x befikir sama seperti saya.

dan kalau ada penulisan saya di sini yang bagi encik agak mereng dan simpang siur sila tarbiyahkan saya. kerana seperti saya bagitau, saya adalah jenis yang perlu diketuk baru tahu rasa sakit.

terima kasih.

Hamka said...

takde apa yang salah..

:)

ada jugak baca one peice

AKM said...

Salam..
maaf mencelah..

Apakah kita Tuhan untuk menghukum manusia dan sekalin makhlukNYA!?
Kita masih lg menghukum, sedang Tuhan sahaja yg layak menghukum..Jgnlah kita membandingkan diri kita dgn yg lain..

"Tidak boleh seseorg itu menjadi seperti Nabi, tetapi selain Nabi maka boleh" petikan dari kata2 seorang yg berilmu lagi bijaksana lagi siddiq.

Pendapat sy,
setengah saya setuju dan setengah kurang setuju. Solat di Masjid mmg fardhu kifayah, tp mendekati seseorg dan menarik minat mereka perlu dr hati ke hati untuk memberi mereka kefahaman yg betol mengenai agama, barulah mereka dgn rela hati membuatnya. Kebanyakan org muda sekarang x suke didekati dgn cara berceramah agama atau bercerita mengenai agama secara mendadak, dan meraka ini akan jauh dr kita, perlu bercerita dan didik melalui perjalanan hidup dan faham ttg perjalan hidup. Mereka ini lebih suka didekati melalui cara yg lebih halus kecuali kita sudah menjadi golongan yg terpelihara...

Umar R.a berkata : "Didiklah anakmu mengikut zamannya"

Bolehlah kita bertukar2 pendapat jika tidak keberatan.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha memberi petunjuk kepada hamba2NYA...Moga kita semua didlam rahmat dan redhaNYA.. Aminnn Ya Rabbal Alamin!!

Hamka said...

terima kasih

Aku mungkin salah, tapi jika aku tak tulis nanti tiada orang yang tahu apa salah aku maka aku tidak akan di perbetulkan sampai bila-bila,

atau mungkin aku betul lalu aku tulis yang mana aku rasa betul dan mungkin korang yang salah akhirnya di perbetulkan oleh aku yang betul?

- tertakluk pada mana mana yang betul

: )

ahmad said...

"nahkumu bizzowahir.."
manusia itu menghukum berdasarkan pandangan mata zahirnya..sedangkan Allah saja mengetahui apa yg dihasrat hati..

jadi,segala perbincangan semua ni adalah suatu pandangan dan pendapat masing2..akhir sekali kembali kepada hati2 kita yg Allah ketahui apa tujuan sebenarnya..baik atau buruk..

segala pendapat boleh diterima atau ditolak melainkan alQuran dan sunnah..

tidak dinafikan,akhir zaman wujud pelbagai jemaah..
setiap jemaah selagi mana berlandas alQuran dan sunnah,jadi boleh diterima..

walau berbeza jemaah,kita tetap satu umat..yg tertegak di atas landasan tauhid..

ayuh,teruskan usaha dakwah masing2 tanpa memburuk2kn jemaah2 yg lain..

yg pasti bersama2 tegakkan kalimah Allah atas muka bumi ni..

"agama Islam itu tinggi(mulia) dan tiada apa yg lebih tinggi(mulia) daripadanya.."

Hamka said...

ayoh ayoh!

(sambil duduk bersandar atas kerusi sambil gerak gerak mouse)

dermawanpemurah said...

ayoh ayoh!

(sambil duduk bersandar atas kerusi sambil gerak gerak mouse)


ayat ko kat atas ni memang takbleh blah la pakcik hamka.

aku teringat sesuatu.

jalan yang benar=jalan yang lurus.
jalan yang lurus=short cut

garis lurus adalah garis terpendek yang menghubungkan dua titik.

sape kata nak masuk syurga takde short cut. kan ada. ikut jela jalan yang nabi da tunjuk. lampu pun dah bagi. tinggal ikut je.

Hamka said...

benar!!

Anonymous said...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jemaah_Tabligh

Anonymous said...

pemimpin kita sndiri pn idup x blandaskn islam,mcm mna rakyat nk idup cra islam?hiburan yg melampau dbenarkn,hukum tuhan x laksankn..negara islam ka?pda ak la..pndpt ak..tunggak rakyat yg btul2 mngamalkn islam bkan terletak pda dakwah ulama n seangkatn diorg..tpi pda pemimpin negara tu sndiri.tgok ja la cra idup diorg..x nk la ak ceta bnyk..sruh rakyat penuhkn masjid,ko plak penuhkn majlis.waaahh!!dh ada unsur2 mnentang plak ak..slow2.kang kena tgkp plak..x pn kena tuduh anti..x ehh..besa ja..hu3.pda ak slagi kita a.k.a rakyat yg bersopan santun ni x mngangkat pemimpin yg btul,percayalh bkan senang nk penuhkn masjid2..pemimpin dpilih rakyat,so pilih la yg btul2..x sabo nk mngundi..sbagai seorg wanita (npa kta2 ak mcm kasar ja,mcm wanita ka?hu3)ak berasa teruja skali utk bersama memilih yg terbaik menerajui negara kita yg kononnnya islam ni.sabo2..x lama..2 taun lgi genap la ak leh ngundi..ha3..apa kriteria pilihn ak?yg menyeru agama ALLAH S.W.T n msih mencuba tegakkn hukum ALLAH S.W.T a.k.a hukum hudud..spa yg x wat hukum ALLAH,x pyah tunggu sbb lain,ak confirm x pilih..so kpd yg tngah berusaha menislamikkn negara ni tpi dtengtang dgn media,fitnah,n bla..bla..bla..confirm dh dpt satu undi ak..yahuu..terlebih suda kata org sabah..pnjg plak ak menaip.berbaur politik ka?mnta maap la.ikhlas ni.berkata benar itu bagus.(smbil berdoa agar x dtangkap).

Anonymous said...

salam...kalu pempaun nak join solat jemaah kat masjid macm ner ea??? cos saye tgk surau kat depan umah sye ni sunyi sepi jer..yg der pown atuk sye,kawan n die ...2 or 3 org jelah kot..tapi i'm gurl...so cmner??? sori lah kalau soklan sye ni nampak bodoh..tapi sye still nak tyer gak...

Hamka said...

takeplah dik, perempuan afdal solat dirumah, tapi kerja perempuan, gunakan kuasa memujuk mereka untuk pujuk suami, ayah, abang, anak saudara pergi solat jemaah.., pujuk beli rantai emas boleh..., kan?

misai lenting said...

sekadar pandangan sahaja...

kalau benarlah islam ditegak dengan ekonomi..sudah tentulah ketika hijrah nabi ke madinah nabi akan bina gedung perniagaan(akan tetapi nabi bina masjid sahaja)

kalau benarlah islam ditegak dengan pemerintahan negara..sudah tentulah ketika hijrah nabi ke madinah nabi akan bina istana pemerintahan(akan tetapi nabi bina masjid sahaja)

kalau benarlah islam ditegak dengan kekuatan tentera..sudah tentulah ketika hijrah nabi ke madinah nabi akan bina markas tentera(akan tetapi nabi bina masjid sahaja)

kalau benarlah islam ditegak dengan ilmu..sudah tentulah ketika hijrah nabi ke madinah nabi akan bina madrasah / universiti(akan tetapi nabi bina masjid sahaja)

kalau benarlah islam ditegak dengan harta..sudah tentulah ketika hijrah nabi ke madinah nabi akan bina gedung harta(akan tetapi nabi bina masjid sahaja)

sehingga nabi wafat itu sahaja yang nabi bina(termasuk rumah kecil cenonet untuk dia sendiri)..dan masjid nabi adalah sangat daif(7tahun solat malam tiada lampu) mereka sujud diatas batu kelikir berpasir.....
akan tetapi dari masjid nabilah dunia ditawan orang islam dan hidayah tesebar seluruh alam sampaikan datuk dan bapa dan kita-kita sekali dapat islam

Hamka said...

nampaknya, kau benar..

bahtiar said...

Simak dan saksikan ... live 24 jam ... proses penyadaran korban2 ajaran nii zaytun milah ibrahim komar milata abraham al qiyadah al islamiyah di http://sempalan.wordpress.com/2011/03/14/live-24-jam-menyadarkan/