Jan 11, 2007

Apa itu JIHAD ?

( Antara Janji Allah dan Maksud hidup)

Nota; Entry aku ini di tulis tanpa mewakili mana mana parti, kumpulan, pertubuhan, gerakkan, atau mana mana negara..., jika nak komplen dan kutuk, sila komplen aku sorang sajer, jangan libatkan orang lain.. insyAllah.

*********

Copy/paste email

assalamualaikum hamka

aku antara org yg selalu bca blog ko..

komen aku:blog ko besla.. ada antara posts tu mmg tkesan kat hati..cuma bhati2la bila mggunakan hadith..
elakkn mrujuk/b'amal dgn hadith maudu' n sgt dhaif..
(aku pun budak baru belajar jugak)

aku nk buat cadangn spya ko buat post psl jihad

ramai x sedar ttg perlunya kt bjihad..
sumenya dah dibawa arus kononnya kemodenan barat..
Aku rindu sgt utk zaman kebangkitan Islam..
zaman Rasulullah, empayar2 besar Islam, Salahuddin Al-Ayubi, penawanan Constantinopl(Sultan Muhammad Al-Fateh)...

Tp memang la.. klu nk mmbina empayar, aqidah setiap org Islam perlu dimntapkn dulu.. itulah yg Rasulullah lakukan slama 23 tahun.. kemudian, lpas aqidah dah mantap, barulah bole bina empayar Islam.. klu nk compare skrg ni mmg kt org Islam berada dalam zaman jahiliyyah(masa zaman seblm Rasulullah).. malah mgkin lg teruk lg.. bunuh anak pun ada zaman ni, homoseksualpun ada zaman ni dan macm2 lg (naudzubillah min
zalik!)

Assyahid Syed Quttub sndiri sbb bsemngt sgt utk bjihad, beliau ckp klu nk pergi bijihad ambillah tulang belakangku n bakar utk dijadikn obor.. wallahua'lam..


aku hnya bg cadangn sbb aku tgk ramai gak org yg suka baca blog ko.. insyaAllah, mana la tau
ko bole jd antara org yg dpt mnimbulkn smngat jihad dikalangn org Islam, dikalangn remaja2 mudamudi khususnya yg smakin ari smakin hanyut dgn dunia..

sgala y baik dr Allah n yg buruk dr Allah juga tp atas kelemahn aku yg hina..

wassalamualaikum


End:

***********

Aku kata (selepas menjawab salam):

Huh! tingginya harapan....
Aku adalah seorang yang jahil ugama…
Andainya malaikat itu ada sifat penat lelah.., tentu mereka akan penat menulis dosa dosa aku..
Tentu mereka boring dengan Taubat yang aku mungkiri.. oh!…isk..isk..

Tapi hakikatnya malaikat tidak pernah penat dan tidak akan penat kerana mereka adalah pekerja pekerja Allah yang telah di takdirkan begitu…

Aku tidak perlu terlalu 'meminta maaf' kepada malaikat-malaikat itu, sebaliknya aku teramat sangat perlu bahkan wajib untuk meminta ampun dari Allah YaNG Maha Pengasih lagi maha Penyayang..

Dan aku tahu, sayangNYa Allah kepada HambaNya adalah berlawanan dengan sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya..

Sayang seorang ibu, anak-anak di manjakan dan tidak ingin langung anaknya menderita walaupun setakat di gigit oleh seekor anak nyamuk…

Namun, Sayang Allah kepada kekasihNYA.., Dia sanggup melihat Para nabi Alahisallam menderita kelaparan, cedera di baling batu, menangis dalam kesejukkan malam, tidur berbantalkan lengan…, di sepak dan di terajang, di sikat dengan sikat besi dan di gergaji, darah dan air mata terus mengalir…

Dan aku hari ini, belajar menulis tentang DIA dan Akibat serta menafaat dari DIA!!!

Aku berharap agar niat menulis ku bukan untuk Nama, pujian, sangjungan , kebagusan dan kemegahan…

Aku sedang belajar menulis ‘ILMU ILMU’ yang aku kutip sepanjang perjalanan baki umurku sebelum naik keretamayat dalam sebuah 'nota' yang ‘hebat’…, maksud aku nota ini boleh di baca oleh semua orang, boleh di puji dan boleh di caci…

Aku tidak meninggalkan harta untuk anak dan isteriku…, yang ada hanyalah pesanan, nasihat dan sedikit kritikkan serta banyak jugak yang merepek datang dari nafsu serakahku.., aku tinggalkan isi blog ini kepada mereka yang sudi menerima kewujudan aku dan sering mengdoakan aku dengan kasih dan sayang…

Terima kasih kepada mereka yang pernah memuji, pernah mengkeji, memarahi dan menyumpahi, hey!! Aku banyak jugak belajar dari setiap komen korang.., tahniah dan terima kasih.. i love u!

Namun yang pasti, mutu ugama dan tahap iman dalam diri aku ini adalah ..(oh, tak sanggup aku nak tulis..,) sebenarnya masih banyak amalan munafikkin yang aku buat…, selemah lemah iman adalah mencegah maksiat dengan hati, tapi aku…, tumit kaki terhentak hentak pabila terdengar bunyi muzik di alunkan..oh!

Sudah setahun aku menulis blog ini, dan nampaknya perkara yang PATUT aku buat masih banyak yang tak terbuat, sebaliknya aku perasan sibuk dengan perkara yang tak PATUT aku buat..huh!!!!

Aku memang makhluk yang tak patut!!!!

Jangan biarkan aku begini sahabat, datanglah jumpa aku dan pimpinlah aku ke jalan yang benar, sementara mereka yang berakhlak mulia sedang berbaik sangka denganku, terdapat pulak mereka yang bodoh sombong bersangka buruk padaku.., aku..memang burhok!!!

Aku memang burhookkkk….

Walaupun aku buruk, izinkan aku menulis dari sudut pandangan seorang yang bukan ustaz ini, tentang sesuatu yang amat besar kemaslahatan dalam ugama, yang telah di salah ertikan oleh cerdik pandai dan bodoh bangang, (macamlah aku pandai..) yang akibatnya perpecahan kepada 72 golongan dan semuanya masuk Neraka!!!!

Semoga aku dan korang tidak termasuk ahli Neraka…. AMIN!!!!!!!

Aku nak menulis tentang JIHAD….

Lalu aku mengengamkan tangan kananku dan meluruskan jari telunjukku ke wajah korang dan bertanya dengan nada angkuh!!!

“APAKAH ITU JIHAD?”

“ADAKAH KORANG SUDAH DI KIRA BERJIHAD?”

“BENARKAH KORANG SEDANG BERJIHAD SEKARANG INI?”

“BENARKAH???”
(sambil jari telunjuk ku menunjal nunjal dahi korang dengan keras dan tegas)

Sebelum aku cerita tentang JIHAD, aku nak melencong sikit tapi arahnya tetap sama, aku rasa korang kena faham dulu tentang erti sebuah keSYUKURan…

Biar aku cerita tentang SYUKUR dengan serba ringkas…, insyAllah..

*******

Korang semua tahu erti SHUKUR adalah berterima kasih kepada ALLAH akan segala NIKMAT…

Akan tetapi, Dalam banyak banyak Nikmat ALLAH, apakah perkara yang paling paling paling PATUT korang SYUKURI?

Kuat?
Korang perasan kuat? Kat Malaysia ni ada mamat yang boleh tarik kapal terbang dengan rambut…, anak perempuanya boleh tarik bas dengan gigi.., kalau korang rasa diri kuat, pergilah cabar mak Atan yang kempunan telur tembakul!! Makcik tu jauh lebih brutal dari korang semua kerana berani masuk batu belah batu bertangkup..cis!! tak payah aku cerita tentang Ummat nabi terdahulu punya kuat sehinggakan boleh cabut pokok dengan tangan, belah batu dengan tangan…. Wow!

Kaya?
Jangan nak berlagak hebat.., Bill Gates, Donald Trump, Firaun, Namrud, dan Qarun, adalah jauh lebih kaya dari korang…pintu rumah mereka di buat dari emas…, setakat pintu pagar automatic, baik pergi belajar bukak pintu gua pakai password ali baba…he he he!

Hendsome dan jelita?
Dari jauh macam DJ Dave, dari dekat macam 'beruk sedih', baik tak payah aku cerita panjang…

Kuat berzikir?
Kaum terdahulu lagi hebat depa punya berzikir pada Allah, sehinggakan sang burung boleh buat sarang dalam janggut… wah wah wah.., ummat ni bukannya ummat ibadat..

Kuat Solat?
Kaum terdahulu bila solat, sujud punya sujud atas batu, sehinggakan batu boleh melekuk, perghhhh…!!! Boleh buat peribahasa baru ni..(hmmm)

Perhatian, Aku bukan nak argue bila korang bersyukur dengan nikmat hensem, kuat dan kaya, tapi nikmat itu nikmat umum, orang kapirpun dapat.., jadi benda tu taklah hebat sangat.., aku just nak korang fikir akan satu nikmat yang orang lain takde, mereka cemburu pada korang dan nak ambik tempat korang jika boleh, tapi sayang juta juta kali sayang jika kita semua terlepas untuk mengsyukuri nikmat ini!!!

Aku jugak tak bermaksud nak pertikaikan korang punya solat atau zikir yang panjang-panjang, bagus apa!!! Aku nak cerita tentang NIKMAT yang tak ada pada Ummat terdahulu yang patut kotang SYUKURI sesyukur syukurnya!!!

Iaitu.. NIKMAT yang paling korang dan aku patut Syukuri adalah Nikmat menjadi UMMAT AKHIR ZAMAN….!!!!

Kenapa?

Kerana Ummat terdahulu mintak dengan Allah nak jadi Ummat akhir zaman…. Tapi Allah tak bagi, bukan itu sahaja…, Nabi Terdahulupun mintak turun pangkat jadi ummat akhir zaman..

Ini dah pelik?, bayangkan seorang perdana Menteri macam Pak Lah tiba tiba mintak nak jadi pemandu kereta mayat macam aku rakyat biasa, wah wah wah.. tentu ada keistimewaan yang besar di sebaliknya..

Begitulah akan Nabi terdahulu yang faham tentang KELEBIHAN Ummat akhir zaman sehingga sanggup mintak dengan Allah untuk jadi ummat akhir zaman macam aku dan korang!!!

Antara Nabi yang mintak untuk jadi ummat akhir zaman adalah Nabi Ibrahim a,s, tapi Allah tak bagi, maka Nabi Ibrahim a.s mintak supaya namanya di sebut-sebut oleh ummat akhir zaman, maka asbab tu dalam tahiyyat akhir solat, Allah perintahkan korang dan aku selawat ke atas Nabi Ibrahim a.s….

Nabi Musa a.s jugak ada mintak, Dan Allah tak bagi, maka baginda mintak supaya ummat akhir zaman jadi saksi akhirat kelak bahawa baginda sudah menunaikan hak dakwah kepada Firaun.., itu Allah bagi (rujuk ustaz)

Dan hanya Nabi ISA a.s sahaja yang Allah terima jadi Ummat akhir zaman dan kembali di hujung umur dunia sebagai pengikut ajaran Nabi Muhamad SAW, turun untuk membatalkan kitab injilnya, dan membenarkan kitab Al-Quran…

Jadi tidakkah? korang dan aku patut berasa beruntung dan juta juta punya bertuah kerana Allah telah PILIH kita semua untuk jadi ummat akhir zaman, ummat yang terbaik??
Ini adalah JUTA JUTA punya UNTUNG!!!!!

Apakah yang ada pada UMMAT akhir zaman ini yang membuatkan kita JUTA JUTA punya UNTUNG!!!!!

Dalam Al-Quran bagitahu Kemuliaan UMMAT ini bukan dalam harta, dalam pangkat, dalam solat, dalam Ibadat, tapi kemuliaan UMMAT ini adalah dalam kerja Nabi iaitu JIHAD!!!!

Nabi Muhammad SAW bila nak bagitahu akan betapa PENTINGnya perkara ini, sebaik ambil wudhu, baginda terus ke mimbar dan menyatakan hal ini tanpa buat solat sunnat wudhu dan solat sunnat tahyatul masjid…!!!

Dan Baginda bagi amaran bahawa jika perkara ini tidak di buat maka doa orang islam tidak akan makbul. Allah akan murka dan azab akan datang, penjajah yang zalim akan datang menindas orang islam apabila ummat islam mengabaikan JIHAD ini…

Dan tentang JIHAD inilah perkara yang nak aku cerita hari ni..

*******

Apa itu jihad?

Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan ‘jahada’ yang bermakna:
"menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu".

Jihad yang paling besar yang di buat oleh semua Nabi dan rasul adalah:
AMAL MAARUF DAN NAHI ANI MUNGKAR…
Atau dalam bahasa Malaysianya:
Ajak orang kepada Allah, mencegah orang daripada meng-engkari Allah…

Sesiapa yang melakukan ini , sesungguhnya dia telah berada di jalan Allah..
Sesiapa yang melakukan ini , sesungguhnya dia telah berada di jalan JIHAD!!!
Berjihad Fi sabililah!!!

-------------

Untuk memudah fahamkan apa yang bermain di benakku ini, biar aku buat dua pecahan:

JIHAD ini terbahagi kepada DUA.

  1. Jihad Nubbuwah(Kenabian)
  2. Jihad Khalifiah(Pemerintahan)

Semua Nabi buat kerja Jihad Nubbuwah, tapi bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…

Korang faham tak?

Ok, macam ni, maksud jihad Nubbuwah(Kenabian) ini, adalah: ajak manusia kepada Allah.. dan jihad Khalifiah(Pemerintahan) pula adalah bermaksud lebih kepada : munghukum manusia yang engkar kepada Allah..

Jadi jika aku tulis dalam bentuk point:

JIHAD ini terbahagi kepada DUA.

1. Jihad Nubbuwah(Kenabian)
- ajak manusia kepada Allah. (amal maaruf)

2. Jihad Khalifiah(Pemerintahan)
-munghukum manusia yang engkar kepada Allah.. (nahi Mungkar)

Dan aku ulangi:

Bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…
Tapi Semua para Nabi a.s buat kerja Jihad Nubbuwah,

Dan Ummat terdahulu tidaklah mendapat peluang untuk menjalankan kerja Jihad Nubbuwah!!, hanya Ummat nabi Muhammad SAW sahaja yang di berikan keistimewaan JIHAD ini…

Adakah aku dan korang sedang bersyukur atas nikmat JIHAD ini atau sedang terasa beban?

baiklah, Untuk menambahkan lagi akan kememudah fahamman tentang jihad ini, biarlah aku pecah kecil lagikan akan perkembangan maksud Jihad ini kepada dua lagi, iaitu

Jihad Nubbuwah(Kenabian) terbahagi kepada dua.
-Ajak orang kapir masuk islam.
-Ajak orang islam amalkan keseluruhan islam

Manakala, Jihad Khalifiah(Pemerintahan) terbahagi kepada dua juga.
-Menghukum orang kapir yang berdamai dengan Ghizyah
-Menghukum orang kapir yang enggan dengan perang!!

Tentang dalil, korang boleh rujuk Al Quran dan hadith, untuk jihad Khilafiah yang merangkumi tentang Ghizyah, dan perang, aku rasa korang takde masalah tentang JIHAD Khalifiah ini.., kerana ini yang biasa di war warkan…

(rujuk:At-Taubah:29)

Dan untuk Dalil Jihad Nubbuwah pulak, jika korang dengan rajinnya dan dengan rendah dirinya mencari, maka korang boleh jumpa ayat seperti:
“wahai manusia, berimanlah kepada Allah”-ayat ni di tujukan kepada orang kapir..
Manakala ayat seperti :
“wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah”-ayat ini pulak di tujukan untuk orang islam…

Maka jika korang dan aku rujuk Hadith pulak, maka korang boleh dapat nasihat dari nabi kepada Jema’ah yang di bentuk untuk berjihad lebih kurang maksud:

1, Ajaklah mereka masuk islam.

2, Jika Mereka dah masuk islam suruhlah mereka berhijrah ke sini(madinah) untuk belajar ugama.
3, Jika mereka enggan, maka perintahkan mereka membayar Ghizyah dan mereka akan mendapat jaminan keselamatan seperti orang islam yang lain
4, Jika mereka enggan jugak, perangilah mereka tapi jangan bunuh anak kecil, jangan rosakkan mayat dan jangan buat itu ini
(dan lain lain –rujuk ustaz)

Persoalannya sekarang, Kenapakah selama 13 tahun nabi Muhamamd SAW di mekkah, baginda tidak pernah membuat kerja Jihad Khalifiah? Baginda hanya membuat jihad Nubbuwah..

Di mekkah Nabi SAW tak bina kekuatan tentera, tapi bina kekuatan iman melalui perantaran Dakwah.., kenapa?

DAN Kenapakah tidak semua para Nabi Nabi a.s mendapat peluang membuat kerja Jihad Khilafiah? Tapi yang pastinya mereka semua membuat kerja jihad Nubbuwah..

Dan pada zaman ini? Ada tak mana-mana Negara Negara islam yang menjalankan kerja jihad Khalifiah?
Ada tak mana mana Negara Negara islam yang menjalankan kerja mintak Ghizyah dari orang kapir dan berperang pabila mereka enggan?
(suara latar: takde)

Dan pada zaman ini? Ada tak Negara Negara islam yang menjalankan kerja jihad Nubbuwah?
Ada tak mana mana Negara Negara islam yang menghantar jemaah dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak?
(suara latar: pun takde)

Ok, aku kecikkan skop..

Ada tak kumpulan so call islamic yang menjalankan kerja jihad Khilafiah?
Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menjalankan kerja mintak Ghizyah dari orang kapir dan berperang apabila mereka enggan?
(suara latar: lagilah takde)

Dan ada tak Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menjalankan kerja jihad Nubbuwah?
Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menghantar jemaah dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak?
( setahu aku … takde -sebak)

Takde???? Habis yang korang sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa orang buat sebenarnya???

Benarkah korang sedang berjihad???

Ok, aku tanya soalan lain..
Dan pada zaman ini? Ada tak Negara Negara kapir yang sedang menakluk dan memusnahkan Negara Negara islam..
(suara latar : ada-lihat pelestin, Iraq, Afganistan, bosnia, Lubnan, ambom dan bakal bakalnya..)

Dan pada zaman ini? Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan orang kapir yang menghantar jemaah dakyah kepada orang islam ke seluruh dunia dan murtadkan orang islam di hadapan rumah mereka…?
(suara latar : Ada-.., jema’ah kristian sedang bergerak sekarang di seluruh dunia termasuk Malaysia!!)

Habis tu…? korang orang islam sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa orang buat sebenarnya???

Berjihad membesarkan rumah?
Berjihad membesarkan kereta?
Berjihad membesarkan pangkat?
Berjihad membesarkan dunia?
Berjihad membangunkan ekonomi negara?
Berjihad mendapatkan Negara islam?
Berjihad menumbangkan orang islam yang lain?

Sedangkan…,
Orang islam berbondong bondong menukar ugama,
Masjid saf demi saf menjadi lengang,
Sunnah demi sunnah menjadi asing
Bida’ah demi Bida’ah mendapat tempat
Nagara demi Negara di jajah dan di tindas…

Perti demi parti di tubuhkan manun islam terus merudum..
dana dan duit di kumpulkan, orang kapir terus menindas…
jihad dan jihad di laungkan, namun kehinaan demi kehinaan di perolehi..
Kenapa jadi begini?

Kenapa orang kapir langsung tak rasa gentar dengan orang islam?

Kenapa orang islam takut dengan orang kapir?

Jawapannya..

Kerana ALLAH telah berjanji kepada nabi Muhammad SAW bahawa ALLAh tidak akan membantu ummat islam malahan akan mencabut kegerunan orang kapir terhadap orang islam bila Ummat islam mengabaikan JIHAD NUBBUWAH ini!!!!….

Bukan itu sahaja, Allah akan melantik raja yang zalim memerintah dan menindas orang islam, menghina orang islam dan pada waktu itu, doa orang islam tidak lagi makbul malahan dosa tidak lagi di ampunkan sehinggalah ummat islam itu kembali menjalankan kerja JIHAD NUBBUWAH ini….!!!

Malahan, Allah sanggup membiarkan anak anak kecil orang islam terbunuh supaya bila besar kelak tidak menjadi sesat seperti bapa bapa mereka…

Malahan, Allah sanggup membiarkan ibu ibu dan wanita wanita orang islam terbunuh supaya tiada lagi generasi yang di lahirkan kelak menjadi sesat seperti bapa bapa mereka…

Dan aku sendiri juga adalah seorang daripada bapa bapa mereka..oh!!

(Hujanpun turun dengan lebatnya mengalir bersama darah darah dari mayat mayat orang islam..)

. . . . .

Hari ini korang mengaku telah membuat JIHAD Khalifiah, akan tetapi… tahukah korang? bahawa JIHAD khalifiah itu tidak akan mendapat pertolongan dan restu dari Allah jika korang mengabaikan JIHAD Nubbuwah ini…?

Aku ulangi, Semua Nabi buat kerja Jihad Nubbuwah, tapi bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…

Dan ummat islam hari ini di beri Nikmat dan tanggungjawab untuk membuat JIHAD Nubbuwah dan jihad khilafiah…, ini adalah KURNIA bukan HUKUMAN!!!

Adakah kita sedang mengsyukuri nikmat ini, atau sedang mengengkari?

Ketahuilah… hanya orang yang layak sahaja di benarkan untuk membuat jihad Khalifiah..

Di Mekkah pernah ada sahabat Nabi yang offer untuk berparang, tapi nabi bagitahu supaya bersabar dan buat kerja dakwah macam biasa… masa belum tiba..

Di madinah pula, melalui Nabi sendiri ada orang yang di uzurkan oleh nabi Muhammad SAW untuk menyertai jemaah JIHAD Khilafiah..

Hanya orang yang layak sahaja boleh buat kerja JIHAD KHILAFIAH ini..

Tapi tiada sorang Ummatpun yang di uzurkan oleh Nabi SAW untuk tidak membuat JIHAD Nubbuwah!!!

Semua sahabat Nabi s.a.w buat ini kerja, kanak kanak sekecil Anas RA dan seremaja Ali RA pun buat, Amar Jamuh RA yang tempang juga buat, Abdullah Mat tom yang tua dan buta, orang orang perempuan, makcik makcik, nenek datuk, cucu cicit, kaya miskin, hamba dan tuan hamba, hensem dan burok, semua diperintahkan oleh nabi untuk buat jihad NUBBUWAH INI!!! Semua!!! Takde yang terkecuali, sampaikan Abdullah Ubai (orang munafik) pun ‘terpaksa’ buat..oh!

Maka korang dan aku pada hari ini, langsung tidak boleh bagi alasan untuk mengelakkan diri dari membuat JIHAD Nubbuwah ini, sekiranya korang membisu terhadap kerja JIHAD Nubbuwah ini maka korang telah menarik MURKA ALLAH, membuatkan doa korang tidak makbul, membiarkan dosa korang tidak terampun dan raja yang zalim akan memerintah kamu..(rujuk hadith)

Lalu apabila datang pemerintah yang zalim, maka korang mula berjihad KHALIFIAH menentang pemerintah dan Allah terus menganti pemerintah itu dengan pemerintah yang lain berkadar dengan kerja Nubbuwah yang korang abaikan hari ini..

Dulu belanda lepas tu Britsh, lepas tu jepun lepas tu pulak bintang tiga dan la ni pun korang masih menentang orang islam, dan korang masih menentang dengan Jidad khalifiah korang kononnya dan menenetang dengan cara Yahudi sedangkan korang telah abaikan JIHAD Nubbuwah maka Allah boleh mengganti Kerajaan sedia ada sekarang dengan Kerajaan DAJJAL yang sebesar besar BATIL!!!! Dan boleh gantikan korang dengan kaum lain yang mencintai Sunnah rasul yang sebenar!!!

Dan sedarlah diri tu sikit, kesalahan terbesar ummat islam hari ini adalah mengabaikan JIHAD Nubbuwah iaitu mengabaikan serta lupa untuk menyeru orang kapir kepada ugama islam dan malas serta tak sanggup bersusah payah ajak orang beriman supaya bertaqwa….

Buktinya, paling dekat.., masjid masih banyak yang kosong…

Dulu apabila Abu bakar RA masuk islam, terus bertanya baginda SAW akan apakah kerja yang patut saya buat? (lebih kurang soalan bunyi cam tu)

Lau nabi jawab lebih kurang maksud:
“kerja aku kerja kamu.., atau buat apa yang aku buat” - lebih kurang macam tulah bunyi jawapan dari nabi SAW..

Dan abu Bakar terus buat JIHAD Nubbuwah ini dan telah ajak 6 orang kapir masuk islam pada hari tu jugak..wallahualam-rujuk kitab.

Tapi korang hari ini sibuk buat JIHAD Khalifiah cara Yahudi dan abaikan JIHAD Nubbawah cara Nabi SAW.., korang buatkan seoalah olah Jihad Khalifiah lebih besar dari Jihad Nubbuwah…huh!

Sedangkan nabi sewaktu pulang dari medan JIHAD khalifiah, memberitrahu sahabat lebih kurang maksud bahawa ada JIHAD yang lebih besar lagi dari JIHAD ini.., iaitu JIHAD Nubbuwah, jihad menentang nafsu korang yang tak suka ikut Sunnah dan tak suka ajak orang pada Allah dengan alasan keluarga belum baik, diri sendiri belum baik, huh dah masuk umur 40 tahun pun masih sanggup di tipu setan?!!!

Sesungguhnya jihad Nubbuwah ini sangat besar dan berat ujiannya. Berbanding jihad Khalifiah,. jihad dalam perperangan jika kita kalah dan mati, terus masuk shurga kerana syahid, sebaliknya jika kita menang kita akan dapat harta rampasan perang!

Dalam bab jihad Nubbuwah pula, bila kita boleh buat hari ini belum tentu masuk shurga sebab kita masih belum jadi mayat, hari ini boleh buat esok lusa tak tahu lagi, setiap detik dan saat kena buat jihad Nubbuwah dalam usaha mengalahkan nafsu, pendek kata dalam jihad Nubbuwah ini..

Jika menang belum tentu.., jika kalah masuk neraka!!!

Korang tahu apa syarat untuk buat JIHAD NUBBUWAH..?
Sesiapa yang ucap kalimah LA ILLA HA ILLALLAH..maka dia layak buat kerja ini..

Korang tahu apa syarat untuk buat JIHAD KHALIFIAH?
Korang di serang atau bila kita ada Negara islam..

Lalu korang bagi alasan:…

Ha! Sebab tulah, kami perlu buat JIHAD Khalifiah untut dapatkan Negara Islam, bila ada negara islam maka mudahlah kita buat JIHAD Nubbuwah.., macam nabi bila dah dapat Nagara islam di Madinah bla bla blal bla (rujuk ustaz poitik)

Aku kata:
Korang jangan buat SEKUTU dengan ALLAH, adakah ALLAH perlu kepada sebuah Nagara untuk islamkan orang kapir dan Taqwakan ummat islam?
Adakah ALLAH itu perlu kepada NEGARA untuk Bantu sebarkan hidayat?
ALLAH ITU TUNGGAL DAN ALLAH BENCI KEPADA SEKUTU!!!

Hadith Qudsi: Aku adalah sekutu yang paling tidak memerlukan persekutuan. Barangsiapa melakukan suatu amalan kemudian dia mempersekutukan diri-Ku dengan yang lain, maka Aku akan meninggalkannya dan meninggalkan sekutunya.” Dalam riwayat yang lain disebutkan: “Maka dia akan menjadi milik sekutunya dan Aku berlepas diri darinya.”

Ingat!! Semua Nabi buat kerja Jihad Nubbuwah, tapi bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…

Dan Allah tak perlu kepada sebuah Negara mahupun kerajaan untuk majukan ugama Allah!!!
Allah boleh pilih angin ribut buat dakwah, Allah boleh pilih berok buat dakwah Nubbuwah jika korang tak nak…
Ingat, Nabi Sulaiman AS telah memiliki Kerajaan yang cemerlang gemilang dan terbilang, tapi ALLAH tak declare ugama sempurna waktu tu..

Tapi ALLAH declare ugama sempurna apabila semua para sahabat RA bangkit buat kerja JIHAD NUBBUWAH yang mana maksud ugama sempurna adalah seperti yang difahamkan oleh saidina Abu Bakar RA iatu, NAbi akan wafat dan ummat ini kena sambung kerja JIHAD NUbbuwah sampai hari kiamat.., nabi tidak akan di hantar lagi!!!

Bukannya bila ada Negara, ugama jadi sempurna…, lagipun jika korang bukak Al-quran korang boleh jumpa ayat ni yang bermaksud:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa;

Dan Ia akan menguatkan agama mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka.

Dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).

Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. [al-Nur 24:55]

Tafsir oleh ulamak (bukan aku) akan ayat ini adalah.., Allah akan bagi Negara islam kepada ummat islam apabila seluruh ummat islam telah menjadi orang yang soleh, bermaksud Negara islam akan dapat bila kita buat amal soleh, maka Negara islam adalah termasuk dalam janji Allah kepada mereka yang beramal soleh samalah jugak seperti janji Allah nak beri pahala dan shurga kepada orang yang bermamal soleh..

Maka korang tak boleh jadikan JANJI ALLAH iaitu Shurga, pahala dan Negara islam sebagai maksud perjuangan!! kerana di situ tidak ada ikhlas.., IKHLAS adalah buat hanya kerana perintah Allah,

Jangan jadikan JANJI ALLAH sebagai maksud!!! Tapi jadikan KEREDAAN ALLAH sebagai maksud, itu yang sahabat dan nabi buat, sebab tu bila sahabat berhijrah ke Habsyah tak dapt Negara islam mereka relax sahaja, kerana mereka jadikan KEREDAAN Allah sebagai maksud, sebab tu bila nabi SAW pergi taif dan tak dapatpun Negara islam, tapi Nabi cool sahaja, kerana nabi just nak redha ALLAH !!!

Dalam ayat di atas:
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH akan bagi Negara islam,

ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH bagi shurga!!

Korang faham tak???
JANGAN JADIKAN JANJI ALLAH SEBAGAI MAKSUD, KITA KENA JADIKAN KEREDAAN ALLAH SEBAGAI MAKSUD..

BILA KITA DAPAT ALLAH, KITA AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Kita akan dapat pahala, ketenangan hati, rezeki berkat, anak soleh, isteri solehah, pahala, shurga, dan Negara islam!!!

DAN BILA KITA TAK DAPAT ALLAH, MAKA KITA TAK AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Malahan kita akan dapat dosa, susah hati, rezeki sempit, anak derhaka, isteri curang, dosa, neraka, dan kerajaan yang zalim!!!

Berjihadlah semata mata kerana Allah di Jalan ALLAH…

Dan untuk jadi soleh, kenalah buat JIHAD NUBBUWWAH!!

Semua Nabi buat usaha Nubbuwah dan semua sahabat nabi SAW buat usaha JIHAD NUBUWWAH… Nabi SAW buat usaha Nubbuwah selama 13 tahun di Mekkah masa tu turun ayat guna geleran “wahai manusia” tapi bila iman sahabat dah mantap dan bila mereka berhijrah ke Madinah kerana Perintah Allah, maka Allah telah iktiraf iman mereka lalu turun ayat dengan gelaran “wahai orang yang beriman”..

Senang cerita, Nabi SAW dan sahabat RA buat usaha atas iman dengan kerja JIHAD Nubbuwah ini selama 13 tahun maka Allah tunaikan janji DIA dengan bagi Negara islam… iaitu Madinah.

Dan bila dah ada Negara islam, dan semua orang islam ketika itu 100% taat perintah Allah ikut cara nabi SAW, dan semua orang islam di zaman itu buat kerja JIHAD Nubbuwah, maka barulah layak mereka buat kerja JIHAD Khilafiayah maka bermualalah zaman kegemilangan islam menguasai dunia…

Tapi tahukah korang? Sejak bila empayar islam itu jatuh merundum?
Ya! bila kerja Nubbuwah hanya ustaz dan ulamak sahaja yang buat, dan tentera islam yang membuat JIHAD khilafiah pulak terdiri daripada mereka yang tak buat JIHAD Nubbuwah.., maka bila askar islam itu tak buat usaha atas iman, maka mereka akan takut mati, dan yakin dengan senjata serta bilangan tentera terus menarik bala ALLAH..
Naduzubillah…

Dan berbalik kepada zaman ini, korang mengaku parti, pertubuhan dan kumpulan korang adalah ahli JIHAD Fi sabillah menegakkan Negara islam, JIHAD KHILAFIAH kononnya, tapi tahun demi tahun, doa tidak makbul dan tiada pertolongan Allah malah mengundang kemurkaan ALLAH kerana JIHAD Nubuwwah korang telah abaikan..

Adakah hidupnya orang kapir atas muka bumi ini hanya bertujuan untuk mati di bunuh oleh kamu orang islam?
Adakah matinya orang kapir itu kelak hanya bertujuan untuk menjadi bahan bakar api neraka?

KASIHANILAH MEREKA….

Mengakhiri entry ini, ada satu lagi yang aku nak cerita tentang JIHAD NUBBUWWAH INI…

Hari ini jika korang ajak orang kapir masuk islam, maka mereka akan menolak dengan menyatakan keburukkan akhlak orang islam sekian sekian, aku mengaku akhlak orang islam sekarang sangat buruk, tertama sekalinya aku, ini adalah di sebabkan iman yang lemah kerana tak buat usaha atas iman, tak buat usaha JIHAD NUBBUWAH..

Maka ada pendapat dari alim ulamak bahawa dakwah terhadap orang kapir di kemudiankan dahulu kerana akhlak orang islam sendiri sangat buruk dan jika dakwah terhadap orang islam dewasa ini tidak di buat maka orang islam pulak yang akan murtad berbondong bondong dan beristigfarlah kamu….

Sebaliknya, apabila semua ummat islam tak kira jahil ke cerdik, kaya atau miskin, hensem atau buruk buat kerja dakwah sesame kita, masing masing pakat ajak pergi masjid, masing masing kembali taat perintah Allah ikut cara Nabi, maka orang kapir akan terkesan dengan akhlak orang islam dan berbondong bondonglah orang kapir masuk islam maka bertasbihlah kamu menuji ALLAH…

Zaman Nabi dulu, Kalau kita tengok selepas 13 tahun Nabi berjihad Nubbuwah (berdakwah) di mekah hanya ada 313 org je yang ikut berjihad khalifiah dalam perang badar, lebih kurang 10 tahun masa berlalu di madinah dan jihad Nubbuwah serta Jihad Khalafiah telah berjalan, maka akhirnya jumlah para sahabat telah berrtambah dan mencecah kepada lebih kurang 10 ribu orang.. (purata seribu orang setahun masuk islam)

Kemudian Nabi bersama 10 ribu orang sahabat nak pergi haji, tapi di halang oleh orang kapir lalu terbentuklah perjanjian Hubadiah dan berlakulah genjatan senjata…, bila berlaku genjatan senjata orang kapir boleh bergaul mesra dengan orang islam di madinah dengan bebas dan dah tak ada perang sehinggakan dalam masa beberapa tahun sahaja jumlah para sahabat Nabi SAW telah mencecah 124 ribuk orang.. (purata seratus ribu orang setahun masuk islam)

Kenapa ?
Kerana semua penduduk madinah dan masyarat islam buat Jihad Nubbuwah sehingga orang kapir datang madinah terus terkesan dengan akhlak orang islam yang sempurna kesan dari usha dakwah Nubbuwah…, maka ketika itu dapat di lihat akan orang-orang kapir telah berbondong bondong masuk islam dan turunlah ayat yang memerintahkan orang islam bertasbih memuji ALLAH… (rujuk surah An- nashr)

Namun hari ini, orang islam sibuk buat JIHAD KHILAFIAH yang tak ikut Sunnah Nabi dan mengabaikan JIHAD NUBBAWAH…., jika ada yang mengaku berdakwah sesama islam, ralat pulak sebab guna teknik Bida’ah…, (panjang lagi kalau nak eksplain satu satu bab jihad ni sebenarnya.. )

Akibatnya.. akhlak org islam berada pada paras yg membimbangkan… orang islam telah tinggalkan kerja dajwah… membuatkan orang kapir bukan saja tak nak masuk islam malah TAKUT jadi macam orang islam dan benci gila dengan orang islam…salah sikit..bakar! silap sikit…rusuhan! Doa laknat merata-rata…kemudian bukan itu sahaja, akibat ummat islam tingglkan Jihad nubbuwah ini maka berbondong bondonglah orang islam murtad dan beristigfarlah kamu semua wahai sahabat termasuk aku sekali..
(astarfrullahulazim..)….

Dan akibatnya lagi, kebanyakkan UMMAT islam hari ini yakin dengan senjata, dengan bilangan, dengan pengaruh, yakin dengan Negara, yakin dengan ekonomi dan segala macam lagi makhluk lain, sedangkan Allah tidak suka kepada sekutu…., dan semua itu membuatkan orang islam terus terheret ke lembah kehinaan.., sedang orang islam berperang sesama sendiri, Allah telah cabut kegerunan orang kapir kepada islam, akibatnya…. Sekali lagi ummat islam terus terheret ke lembah kehinaan, di sembelih dan di bunuh macam binatang…oh!

Orang kapir yang Yakin pada berhala, pada hari akhirat kelak, barhala itu akan di hidupkan oleh Allah lalu datang mengazab orang yang yakin padanya…

Tapi orang islam yang yakin dengan makluk selain dari ALLAh maka sebelum jadi mayat lagi Allah akan datangkan makhluk yang mereka yakini untuk mengazab orang islam..

Orang islam yang yakin dengan senjata boleh menang, Allah akan hantar musuh yang lengkap bersenjata untuk hinakan orang islam..

Orang islam yang yakin dengan adanya Negara boleh menang, Allah akan hantar negara yang zalim untuk hinakan orang islam..

Dan kita tak pernah belajar dari sejarah..oh!!!!

Dan mungkin korang akan persoalkan yang mana jika benar kerja Nubbuwah ini di buat bolehkan islam kembali bangkit sebab nampak terlalu simple, jawapannya adalah: jika korang dan sejuta ummat cuba untuk menegakkan islam, korang tak boleh buat apa apa sebenarnya kerana korang hanyalah makluk yang lemah…

Tapi jika korang yakin yang kerja ini di buat oleh ALLAH, dan untuk memuliakan korang dan aku maka ALLAH gunakan kita, ikut tertib NAbi, maka dengan seorang manusiapun boleh ALLAH kembalikan kegemilangan ISLAM!!!

ALLAH boleh tegakkan kalimah islam tanpa senjata, bilangan tentera, dan Negara!! ALLAH boleh, percayakah kamu????

Tapi korang masih berdalih, masih mencari TAKHTA untuk menegakkan ugama, sanggup mengulingkan orang islam lain dengan alasan mereka tidak layak…, layakkah kamu akan TAKHTA itu..?

DI mekah, NABI SAW pernah di tawarkan dengan TAKHTA, HARTA dan WANITA, dengan syarat NABI tinggalkan KERJA JIHAD NUBBUWAH..

Tapi korang tahu apa NAbi SABDAKAN?

Lebih kurang maksud:
“jika korang mampu letak bulan di tangan kananku, dan matahari di tangan kiriku, aku tetap tak akan tinggalkan kerja ini, sejauh mana korang mustahil letakkan bulan dan matahari di tanganku, sejauh itulah mustahilnya aku daripada berhenti berdakwah!!!
(lebih kurang maksud begitu)

Tapi korang masih berdegil, al maklumlah korang dah buat banyak pengorbanan, lagi banyak korang buat pengorbanan pada benda yang batil lagi susahlah korang nak dapat hidayat…

Perlukah aku mencaci dan memaki korang? Bolehkah aku mencarut pada korang? Jawapannya tidak kerana Allah sahaja yang layak memaki hamba DIA dan ada dalam Al-quran cacian dari ALLAH dengan perkataan 'celaka' dan 'binasa' kepada hambaNYA, sedangkan aku juga seorang hamba yang hina maka aku tak layak untuk caci korang semua yang sama hamba hina dina macam aku jugak apatah lagi akupun belum buat kerja Nubbuwah ini sahaja - pandai cakap sahaja isk isk …,

Sepatutnya aku sambil menangis terus pergi membaringkan pipi kiriku di atas tanah dan korang letakkanlah tapak kaki kiri korang ke atas pipiku.., dan pijaklah hamba yang hina ini kerana tidak buat kerja Nubbuwah.., akan tetapi oleh sebab korangpun tak buat kerja ni maka korang tak layak pijak muka aku, maka marilah kita bersama sama buat kerja ini!!!!

Penutup:
Aku ingat nak tulis akan cara berdakwah kepada orang islam kat sini tapi aku rasa dah panjang sangat dah ni…, aku nasihatkan korang pergi rujuk ustaz dan ulamak akan bagaimanakah teknik berjihad Nubuwwah ini.., Cuma jika korang nak jumpa aku, apa kata korang email aku dan bagi Alamat rumah serta No handphone korang, nanti jika aku berpeluang mengembara ke seluruh Malaysia sempena tahun melawat Malaysia2007 nanti, dan andai di takdirkan Allah aku lewat kampong korang, insyAllah aku call korang dan kita akan bermuzakarah dan buat kerja Jihad Nubbuwah!, boleh insyAllah?!!!

Siapa berani ikut aku? angkat tangan dan silalah email aku!!!

End!

********

Anti Klimath
Sebelum korang berlabuh perut (sign out)…, ada tak korang tertanya-tanya akan bilakah waktunya kerja JIHAD KHALIFIAH ini akan dapat di buat oleh kita ummat islam?

Kata aku yang hina ini, : sekarang, kita semua wajib buat kerja JIHAD nubbuwah ini, nanti bila korang semua orang islam dah buat kerja ini, InsyAllah jadilah kita semua golongan yang soleh.., dan pada waktu tu baru ALLAH tunaikan janji DIA untuk bagi Negara islam, sekarang buat apa ALLAH nak bagi Negara islam kat orang yang tak soleh??? Yang mengosongkan masjid, yang menghina sunnah Nabi kekasih DIA.???.

Tapi aku yakin..jeng jeng jeng.. kerja JIHAD NUBBUWAH ini dan kerja JIHAD KHALAFIAH yang mulia ini akan berjelan serentak apabila munculnya NAbi ISA dan IMAM MAHDI…

Pada waktu tu ada ulamak yang murtad…
Layakkah kita menjadi tentera imam mahdi dan Nabi Isa a.s???

********

Tamat…

Ps: Ada satu pesanan Nabi untuk orang yang berjihad iaitu jangan rosakkan mayat orang kapir kerana marah…wallahu’alam!

70 comments:

Anonymous said...

Astaghfirullah..
Tamparan yang menyedarkan dari lamunan.Indahnya mimpi bersemangat dimedan jihad...namun,rupanya ber'jihad' dengan tujuan dan matlamat yang salah.Sungguh,diriku ber'jihad' di alam mimpi dunia realiti..oh!

Anonymous said...

sekarang pun boleh lakukan serentak bro.Tak yah tunggu Imam Mahdi.

sapa kata tak boleh?

Hana Zozolina said...

lama btul aku tak tinggalkan komen disini bro Hamka..

Anonymous said...

Salam...

terimakasih atas post jihad tuh... Byk org tak sedar apa tuh jihad sebenarnya.
Tp actually kalau kita soroti balik cara dakwah nabi kita akan tengok nabi SAW bkn trus dpt negara Islam bedebuk camtuh. Kalo kita rujuk 'antara semalam dan hari ini' tulisan Hassan Al-Banna kite bolih tengok bkn senang nk mencapai satu ketamadunan Islam. amik masa beratus-ratus tahun.
Tp byk org igt nk dptkn negara Islam senang2 cmtu je. Berapa tahun masa yg diambil nak hasilkan core 313 org tuh. berbelas2 tahun. Utk dptkn negara islam pun ssh.
Apa yg nabi buat mula2 skali dye bina dalam diri 313 org tuh apa yg kita panggil individu muslim. individu muslim ni maknanya individu yg bebas dr kepompong jahiliyah. individu yg imannya tahap umphhh la pl bes la bak kata orang.
Pastu br la bina keluarga muslim pasti msykt pastu negara...pastu br la berdekad2 pastu br la islam capai kegemilangan. tahap ustaziatul alam. smpila thn 1924 dimana berakhirla zaman khalifah. hadis ke apa ckp ummat kalo takde khalifah walaupun satu saat, maka berdosa. tp kita dh berapa thn dah kita bdosa? 82 thn..masya-Allah. jd, since kita dh takde khalifah maka dakwah tu jadik fardu ain. tp skrg kita tgk ini adalah zaman jahiliyyah. sunnatullah...setiap mende tu akan berulang kembali. mcm jugak kegemilangan islam.Allah dh janji islam akan naik blk. tp since skrg kita dh berulang kembali ke zaman jahiliyah maka adalah mustahil kita leh trus je dpt satu negara islam andai kata election thn dpn parti2 tertentu menang. sbb nk dakwah ni ikot nabi saw. kita buat apa yg nk nabi buat. bina dulu individu muslim. bebaskn ummah dr jahiliyah. kita sekrg berada di zaman jahiliyah yg amat sgt. so, hamka aku tulis panjang2 ni actually nk suh ko cite apa itu jahiliyah kt blog ko. sbb skrg ni org igt jahiliyah tuh cam zaman nabi dulu, bunuh anak, minum arak, riba, sembah berhala etc. padahal jahiliyah tu dlm konteks skrg terlalu byk, movie, music yg melalaikn, pergaulan bebas atr lelaki pompuan, date, couple, tabaruj (pompuan skrg yg pakai tudung pon make-up ya Allah), rancangan realiti tv, tv tu sendiri, mencarut, gile cite korea smpi jadi keutamaan pdhal keutamaan kita adalah Allah, terlalu byk. Dulu aku pernah taktau psl jahiliyiah ni. skrg br sedar. dulu aku rs takat makan2 jumpa kwn2 yg berlainan jenis tak salah. rupanya mmg salah. tulah betapa aku taktau jahiliyah tu apa. aku pnah ckp kt kwn aku kita xbleh kapel. derang pelik. abistu cane nk kawen. pdhal org tak sedar budaya kapel ni statnye bermula zaman datuk2 nenek2 kite.. zmn p.ramlee. tulah bile perang pemikiran dh jdk kat kita. kita taktau mana yg islam mana yg jahiliyah. jahiliyah tu adalah everything yg bkn islam.byk org igt dye islam bile dh buat hak ibadat. pdhal islam bkn ibadah je. islam merangkumi seluruh kehidupan. sepjg kehidupan. Allah pon berfiman, tidak aku jdkn jin dan manusia itu melainkan utk beribadah kepadaku. tp apa jdk skrg. sembahan ummah skrg bkn lg dlm bentuk latta dan uzza... tp hollywood, bollywood, korea, etc. Hamka tulun la citekan kt org dlm blog apa tu jahiliyah. sbb mslh jahiliyah sgt serius kt msia skrg. tp org taktau itu sume jahiliyah yg patut ditinggalkn. org taktau jahilityah tu apa... harap medpt perhatian sbb ramai org bc blog ko nih. jzkk.

"Dan kamu tidak dpt menentukan kemahuan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah." (At-Takwir:29)

Anonymous said...

tulisan saudara banyak menghentam pembangkang (PAS la tu)...memang lah PAS tak sempurna...

Saya rasa org PAS akan kata..Allah tak perlukan negara Islam, tapi kita yang perlukannya sebagai asbab.

Bagi saya PAS ke UMNO ke tabligh ke ABIM ke ...semua ada peranan dalam jihad dan dakwah.

jangan tengok kelemahan PAS, UMNO, tabligh semata2..tengok juga sumbangan mereka pada ISLAM..walaupun sedikit..kadang2 yang sedikit itu yang Allah berkenan.

Anonymous said...

aku tak terasa hamka hentam PAS ke ap ake...

aku amat terasa hamka HENTAM aku cukup2!!!!!!

tapi jazakallah en hamka. semoga saya nanti layak pijak kepala encik hamka sebelum en hamka pijak kepala saya...hehehehe

acah je ..jgnlah pijak memijak...mari lah
bb..aa..n g uuu nn...(payahnye nak bangun dan berjihad)

-entry yang amat menyiatkan hati ku!!!- :'(

Anonymous said...

uwwaaaaa..!!!! menangis hiba aku bila baca entry ko kali ni hamka.. isk isk srot srot... aku kata pd diriku,`apa kejadah yg aku buat selama idop berpuluh2 thn ni??'

aku baca kitab himpunan fadhail (kwn aku bg thn 2000, tp bln posa 2006 baru start baca.. arrgghh!!), aku hina ngan diri aku.. perasan bagus, pdhal sygkan dunia! aku malu..

sesuai ngan bacaan aku pg td (psl pengorbanan para sahabat), sama cam ko, aku pun salahkan diri aku.. Islam arini hina psl AKU! taraf aku jauuuhhhh sgt dr air basuh kaki para sahabat (cilok kata2 ko.. hehehe)

Ya Allah.. aku mau berubah.. berilah aku kekuatan..

uwwaaaaa...

p/s - aku tgh catch-up tulisan2 ko sejak jan2006..pergghh byk tu..!

-fazila-

hamka said...

Anonymous 1

Semoga Allah menyalamatkan dari api neraka kita berdua dan semua ummat uslam!!
Astaghfirullah..

-----
Anonymous 2

(((sapa kata tak boleh?)))

Aku dengar dari mulut ke telinga seorang ustaz ceramah yang ‘kata kata’ tak boleh tu adalah dari cucu nabi metrangkap anak saidina Ali ketika hampir wafat akibat di racun..
Oleh sebab aku tak jumpa dalil dan nas, biarlah aku yang setuju dengan pendapat itu menulis dari ‘aku’..

Tapi jika kau ajak aku pergi paksa orang kapir bayar ghizyah sekarang, maaf aku tak ikut..oh!

Ps: kau belum email aku lagi, aku nak jumpa kau, ada jugak orang ajak pergi jihad, nanti aku offer nama kau, boleh?

--------
linanilza

sampai aku rindu rinduan..

-----------
ZulGTZ

Setuju!!!

-----
c/p email

akulah orang yang buat amalan ‘jahilliah itu’ !! oh!

-----------
Anonymous PAS

Tahniah, kau paham maksud:
Entry aku ini di tulis tanpa mewakili mana mana parti, kumpulan, pertubuhan, gerakkan, atau mana mana negara..., jika nak komplen dan kutuk, sila komplen aku sorang sajer, jangan libatkan orang lain.. insyAllah.

Maka kutuklah aku!!

Ps; semua ada peranan dalam jihad dan dakwah. Dan ada 'sumbang'nya!!!

--------
abu_harraz

Bila aku jadi mayat, dan tentera islam takde material untuk buat jambatan, gunalah mayat aku, masa tu bolehlah kau pijak kepala aku kerana ALLAH!!!

Ps; Pijak semutpun tak mati, macam mana nak eprgi berjihad?

--------
-fazila-

sambil kau catch-up tulisan2 aku sejak jan2006.. jangan lupa baca kitab himpunan fadhail yang kwn kau bg thn 2000, tp bln posa 2006 baru start kau baca, boleh belajar taraf diri jauuuhhhh sgt dr air basuh kaki para sahabat!!

Anonymous said...

kalau cam tu hamka, kita buat jambatan panjang sket lah..
aku dan kau...biar kita dipijak.

-takut jadik jambatan bengkok, lambat tentera islam nak sampai nanti...kaung kuang kuang..-

p/s - pijak la kuat sket..tu dah pandai lindulinduan dah tu...kira taraf cedera parah la semut tu..belum mati lagi

Asyaari said...

30 Jalan Anggerik 5,
Saujana Utama,
Sg. Buloh, 47000 Selangor.

kalau nak datang umah call handphone aku 012-282-0171..

-a friend of abu harraz

Anonymous said...

salam..ni kali kedua sy tulis comment..tp dh lama yg dulu tu..

sebak sungguh rasa hati membaca entry nih.. isk.isk..
trima kasih atas peringatan..truskan usaha...
sy teringin nk tau lebih lanjut n secara detail about dakwah cara nabi...specifically 4 pmpuan cam sy..
blh x?

-whose-na- seaput2001@yahoo.com.sg

Anonymous said...

orang PAS mengaku belum sempurna tapi buat surat khabar, halaman web, risalah, ceramah, cd kutuk dan hentam kerajaan tak sempurna gila babi..

kalau dah tahu diri tak sempurna? kenapa tak kritik diri sendiri?

Anonymous said...

terima kasih kerana menjadi asbab kesedaran, insya-Allah.
moga Hamka sentiasa dalam keredhaan Allah.
dan moga kita-kita semua dapat terus mendekatkan diri kepada Allah serta menjauhi kemungkarannya..

Anonymous said...

ramai yang tak dapat bezakan antara modernization and westernization.
dalam era kemodenan skrg, adlah perlu utk umat islam modernize ourself, tapi ramai yang anggap bahawa hanya biler dier westernize dier adalah modern.
contoh, handphone adalah teknology masa kini, so, kita boleh jadi modern dgn menggunakan nikmat handphone tuh, tapi, bagi kebanyakan orang, stakat pakai handphone tak cukup, dier kena pakai handphone plus rambut yang warna merah mencacak ke atas, seluar ruggered etc...padahal, itu bukanlah modernize tapi dah dikira westernize...

Anonymous said...

TAKBIR!!

Anonymous said...

alhamdulillah entry yg menarik lg dr bro hamka..
cm di sini sy berpendapat persatuan,parti,kmpln atopn gerakan islam yg ade kt msia bukanlah mereka bergerak atas dasar jihad khalafiah semata-mata..byk program yg dianjurkan utk mengajak org ramai buat kebaikan,kebajikan dan sbgnye, dan ini termasuk dlm kerja amar makruf.(jihad nubuwwah).

setahu sy bukan tabligh je yg lakukan jihad nubuwwah ini,masih ade byk lg gerakan islam yg lain cm berlainan cara saje.

wallahualam
(btulkan kl sy silap)

-ainohikari

Anonymous said...

entry yg sgt bagus dan terkesan di hati...jom kite sm2 lakukan jihad dan berdakwah....betul ape yg c/p email katakan kite kena bentuk dulu individu muslim lps tu keluarga muslim seterusnya masyarakat yg mengamalkan cara hidup islam ke arah pembentukan sebuah negara islam.insyaallah islam akan terus gemilang.

Anonymous said...

panjangnya entry nie...tapi penuh kesedaran...tersedar la juga aku ckit..although ckit, but at least ada kesedaran juga la kan... ;)

irondanwine said...

saya tak baca entri awak. saya berminat dgn nama kereta mayat.
sungguh morbid.
heh.

Anonymous said...

Kembalilah kita berpegang pada tali Allah. InsyaAllah perbezaan kumpulan (PAS/UMNO/tabliq etc)tidak menjadi hal yg meruntuhkan umat Islam. Kita perlu saling menghormati & bersetuju utk tidak sekepala (agree to disagree).

Akak S.

Anonymous said...

sekadar memeriahkan suasana, aku copy dari blog orang.

LURUSKAN SAF ! RAPATKAN SAF !

Ungkapan ini sering kita dengar dari mulut imam dalam solat jemaah. Akan tetapi amat mengecewakan apabila ungkapan tinggal ungkapan, tanpa perlaksanaan. Kita masih melihat ahli jemaah menjauhkan diri dari satu sama lain. Ada yang marah apabila dirapati atau ditarik untuk merapat. Walhal, hakikatnya, saf dalam solat melambangkan persatuan dan kesatuan umat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).

Adalah menjadi kewajipan IMAM untuk memastikan saf dibelakangnya lurus dan rapat sebelum bertakbir, sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah SAW,

Dari Nu'man bin Basyir RA berkata, "Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir, kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf. Beliaupun besabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).

Atas kesedaran tentang pentingnya perkara ini, Umar bin Khattab RA mewakilkan seorang untuk meluruskan saf. Beliau tidak akan bertakbir memulai solat selagi belum dikhabarkan bahawa saf telah lurus. Begitu juga Ali dan Uthman. Ali sering berkata sebelum solat, " Ke hadapan wahai fulan! Ke belakang wahai fulan!" (Jami' Tirmizi 1/439, Muwattha 1/173, Al-Umm 1/233).

Satu kesalahan yang menyelisihi sunnah, sering kita lihat di mana imam menyeru, luruskan saf! rapatkan saf! Lalu terus bertakbir memulakan solat tanpa melihat samada ahli jemaah melakukannya.

Anas bin Malik RA berkata, " Masing-masing dari kami (dahulu) menempelkan bahunya ke bahu kawan, dan mengenakan kakinya ke kaki kawannya. Jika kamu lakukan pada zaman sekarang, nescaya mereka menjadi seolah-olah KELDAI LIAR. (tidak suka dan menjauh). " (HR Abu Ya'la dalam Musnad 3720, Silsilah Sohihah 31)

Bushair bin Yasar Al-Ansari berkata, dari Anas RA, "Bahawa ketika beliau (Anas) datang ke Madinah, beliau ditanya, ' Apa yang engkau benci pada mereka semenjak engkau mengenali Rasulullah SAW ?' Beliau menjawab, ' Tidak ada yang aku benci dari mereka kecuali mereka tidak merapatkan saf." (HR Bukhari 724, sebagaimana dalam kitab Aktha Almusollin, Syaikh Masyur Hasan 207).


Sekiranya perkara ini diremehkan, maka kaum muslimin akan:

• Memberi peluang dan ruang untuk syaithan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaithan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung(urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus(urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)

• Berpecah dan banyak beselisih sebagaimana telah disebut dalam hadith sebelum ini.

• Hilang pahala yang besar, sebagaimana diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mendoakan orang yang menyambung saf." (HR Ahmad 4/269, 285, 304).

Alangkah ruginya kita apabila tidak mendapat pahala solat sepenuhnya hanya kerana kita lalai atau mementingkan keselesaan peribadi, lihat sabda Nabi, "Sesungguhnya seorang hamba itu mendirikan solat tetapi tidak mendapat pahala kecuali sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah." (HR Abu Daud, An Nasai).

Alhamdulillah, semoga dengan kesedaran ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat Nabi SAW. Sabda Rasulullah SAW, "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat" (HR Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213).



Disediakan oleh,
Jefri Irwan Harris, MBBS (Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia)
jefriharris@yahoo.com.my
019-5594510

##KALAU ARTIKEL INI BERMANFAAT, SEBARKANLAH..KALAU PRINT, CUKUP 2 PAGE (DEPAN, BELAKANG)

meet jefri at
http://jefriharris.blogspot.com/
________________________________________

Anonymous said...

CARA MENINGKARI PEMERINTAH

Assalamualaikum warahmatullah…
Besarlah harapan agar emai ini adalah diantara email2 yang terakhir dalam bab perbahasan tentang pemerintah Ini kerana, sepertimana abg dan kawan2 abg, saya setuju yg kerja kita melebihi masa yang kita ada.. Terlebih dahulu ampun maaf dipinta kalau tulisan yg lalu ada unsur penghinaan, atau biadap…ini sukar dielakkan kerana kita berinteraksi melalui tulisan yg sukar menunjukkan emosi sebenar sang penulis. Terus terang saya katakan mengikut pemahaman saya, islam bukanlah hanya memperbetulkan kesilapan seseorang dalam menaqalkan hadith; juga bukan memperdebatkan pemikiran siapa yg lebih baik dan practikal; tetapi ianya tentang menyerah diri (islam), dan tunduk kepada perintah allah dan rasul…dan dalam rangka tersebut membuat islah (pembaikan) dikalangan yg sudah bersyahadah, dan da'wah kepada yg belum muslim. (sesunguhnya kata2 ini jauh lebih indah dari amal sipenulis…)

Ada beberapa point yg saya boleh kutip hasil dicussion kita:

1. Berjemaah itu wajib :

Benar, tapi mengikut yg difahami oleh mufassirin, iaitu JAMAAH ialah keseluruhan kaum muslim bersama pemerintahnya. Bukan sesuatu group yg ada amir sendiri, dan cara sendiri.

2. Saya dianggap mempertikaikan kewibawaan T.G.N.A.aziz:

Maafkan saya andai bunyi tulisan saya begitu. Niat saya membawa contoh T.G ialah betapa apabila seseorang berada dalam kancah politik kepartian, ada waktunya terpaksa mengiakan kesalahan, dan tidak boleh memperbaiki kesilapan. Saya masih ingat bagaimana pada waktu isu ini timbul, kami disuruh buat research utk menunjukkan kekerasan bahasa yg pernah digunakan oleh sahabat, demi mempertahankan kata2 tuan guru itu. Dalam usrah, kami ada discuss yg mungkin T.G patut tarik balik kenyataannya, tapi jawapan dari pimpinan----ia akan memberi political mileage utk pihak yg satu lagi. Saya yakin kata2 beliau( T.G) itu lahir hasil desakan dari wartawan yg mahukan komen daripadanya berkenaan buku shahnon itu, bukan disengajakan.
Satu lagi contoh dalam bab ini ialah bagaimana mahathir sekarang ditawarkan pentas pas utk berucap, semata2 kerana skrg kita ada musuh yg sama. Saya takkan kata ini menjilat ludah sendiri, kerana ahli pas adalah saudara saya sendiri. Tapi saya katakan inilah yg terjadi kalau kita berjuang dalam politik kepartian. Seolah2 ada satu set peraturan lain yang turun dari langit khas untuk gerakan (harakah).

3.Siapa yg tengok kemungkaran kena ubah dgn tangan…. (hadith sohih)

Hadith yang sohih. Kalau inilah satu-satunya hadith yg menyebut ttg mengubah memungkaran, maka benarlah apa yg abg cakap tu, bahawa kemungkaran pemerintah wajib di'tangan'i. Tapi apabila ada hadith2 yg sahih yg lain mengkhususkan keadaan, maka hadith ini menjadi satu dalil UMUM. Jika ia diamalkan secara bersendirian kita akan terjatuh dalam fitnah(ujian) yg besar. Cthnya ayah/ibu yg bukan muslim dan sembah berhala dirumah mereka sendiri---tidak boleh kita bentak dia dan tarik dia dari penyembahannya, walaupun apa yg dia buat mungkar. Sebaliknya kita disuruh bemuamalah dgn mereka dgn cara yg baik., dan terus berda'wah dgn mereka. Sepertimana ayat al-quran yg suruh bunuh org kafir dimana juga kamu jumpai, harus di lihat kepada cara beamal dgn ayat tersebut, dan ini tidak boleh disandarkan kepada pendapat manusia semata2.

Iyad bin Ghunm (sahabat, wafat 20H) pernah mendera seorang pekerjanya, lalu ditegur oleh Hisham bin Hakam (sahabat) dgn keras. Iyad diam selama beberapa malam, lalu hisham datang minta maaf kepadanya dan berkata, belumkah kamu mendengar sabda nabi bahawa manusia yg paling pedih sikasaan adalah yg paling kejam kepada manusia di muka bumi. Hisham menjawab, aku sudah tahu apa yg kamu tahu, tetapi adakah kamu belum pernah mendengar sabda Rasulullah, "Barangsiapa yg ingin menasihati penguasa, maka janganlah melakukan di khalayak ramai, akan tetapi peganglah tangannya ajaklah berbicara secara diam-diam. Jika ia menerima, maka itulah yg diharapkan. Jika tidak, maka sesungguhnya dia telah melakukan kewajipannya." (Imam Ahmad, sahih menurut Al-Albani)

4. PAS tidak keluar dari ketaatan

Saya setuju yg ahli PAS tidak keluar dari ketaatan. Tapi majoriti jatuh dalam fitnah (ujian) suka mencela dan mencari salah pemimpin. Banyak ceramah yg intipatinya banyak berkisar ttg keburukan mereka. Banyak cakap2 berkisar ttg pemerintahan, demokrasi, rasa kecewa dgn umat, marah dgn UMNO. Padahal usaha, masa, tenaga dan wang ringgit tersebut kita boleh salurkan untuk memahamkan ahli ttg menyayangi allah dan rasul. Faham al-quran dan hadith.

5. Pemerintah yg bidah---sesat, boleh ditentang?
Yg ini saya dah bawakan hadith muslim yg menunjukkan wajib taat selagimana mereka solat.

6. Apa bentuk pengingkaran yg mengikut sunnah?

Tidak boleh menghina mereka

Abu Bilal pernah berkata, tatkala melihat pemerintah berkhutbah memakai pakaian yg nipis, 'lihatlah pemerintah kita memakai pakaian org fasiq', Abu Bakrah terus berkata diamlah kamu! Saya pernah mendengar rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, Allah akan menghinanya" (tirmizi-hassan sahih)


Seorang bertanya kepada ibnu Abbas "Bolehkah saya melarang pemimpin dari maksiat? Ibnu Abbas menjawab, jangan! Kerana ia akan mengundang fitnah. Bagaimana pula kalau dia menyuruh aku melakukan maksiat? Jawab Ibnu Abbas, ketika itu janganlah buat! (ibnu abi syaibah dalam musannaf 15/74)

Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang ialah ketika dia mencela pemerintahnya (dari Abu Darda, riwayat Ibnu Abdil Bar dalam kitab At-Tamhid 21/287)



Apakah cara mengingkari mereka?

Ibnu Abbas pernah ditanya ttg amar maruf nahi munkar kepada pemimpin. Beliau berkata, 'kalau kamu melakukannya dan kamu sudah mantap, maka lakukanlah dengan cara dia-diam.' (Ibnu Rajab dalam kitab Jamiul Ulum Wal hikam)

Usamah Bin Zaid pernah ditanya, 'sudahkah kamu masuk ke dalam rumah Uthman dan bercakap dengannya(menegur)?' Dia menjawab, 'adakah kamu mesti tahu setiap apa yg aku cakap kepadanya? Demi Allah, saya telah bercakap dgnnya secara rahsia dan saya tidak akan menyebarkannya kepada sesiapapun!' (Sahih bukhari dan Muslim)

Hasan Al-Basri berkata,"Walaupun para penguasa menari-nari diatas kenderaannya dan orang2 menari mengikutinya, sesungguhnya hati mereka telah diselubungi kehinaan maksiat. TETAPI kebenaran mengharuskan untuk selalu tunduk dan taat kepada mereka, dan melarang utk memberontak terhadap mereka. Bahkan kita diperintahkan untuk menolak bahaya mereka dengan taubat dan doa. Hal ini wajib bagi orang yang mahukan kebaikan. (kitab Adabul Hasan Al-Basri karangan Ibnu Jauzi,hal121)

Said bin Jamhan berkata, 'saya pernah berjumpa dgn Abdullah bin Abi Aufa, beliau seorang buta. Saya mengucap salam kepadanya. Dia bertanya. Siapa kamu? Saya menjawab, Said Bin Jamhan. Beliau bertanya, apa yg terjadi kepada ayah kamu? Saya jawab, dia telah di bunuh oleh orang Azariqah. Beliau berkata semoga Allah melaknat mereka..semoga Allah melaknat mereka, Rasul pernah kata bahawa mereka ialah anjing2 neraka. Saya tanya yg dilaknat Azariqah sahaja atau semua Khawarij? Dia jawab semuanya. Saya berkata lagi, sesungguhnya penguasa telah berbuat zalim kepada manusia dan berbuat sewenang-wenangnya. Beliau terus menarik tangnku dgn keras lalu berkata, celakalah kamu ibnu Samhan, kamu harus selalu bersama Sawad Al'azam (majoriti kaum muslim). Bila penguasa mahu dengar katamu, pergilah ke rumahnya dan beritahulah perkara yg kamu tahu. Bila dia mahu terima, itulah yg kita harapkan. Tapi jika dia tidak mahu terima, tinggalkanlah. Kamu tidak lebih tahu daripadanya. (Ahmad bin Hambal dalam musnadnya, hadith hassan).

Saya tidak menafikan keikhlasan ahli2/pimpinan jemaah manapun dalam berda'wah. Tapi seruan yang haq ialah untuk kembali melihat Al-Quran dan As-sunnah mengikut pemahaman salafussoleh. Kalau melihat kepada nas yg diatas, rakyat tidak dipertanggungjawabkan jika tidak dilaksanakan apa2 hukum yg sepatutnya dilakukan di negaranya. Ia adalah tanggungjawab pemimpin. Apa yg boleh dibuat oleh ulama ialah menasihatinya secara 4 mata, tanpa menghebahkannya. Itupun tidak diletakkan syarat supaya pemimpin itu mesti ikut---kalau ikut itulah yg kita harapkan. Kalau tidak, kita teruskan doa dan taubat, kerana mungkin maksiat kita kpd Allah yg menyebabkan kita disiksa oleh Allah melalui tangan pemerintah.

Marilah kita duduk beriman sejenak…adakah kes murtad berleluasa semata2 kerana tiada hukum bunuh? Kenapa sangat kurang dikalangan kita yg mahu mengaku yg pengetahuan agama islam majoriti org islam masih ditahap sekolah rendah sahaja. Ikhlas saya katakan, untuk berusrah, bertamrin, bermesyuarat, berseminar dan berceramah tidak banyak memerlukan pengorbanan. Tapi bila kita mula mahu mengajar orang tentang apa aqidah islam yg sahih, apa cara solat nabi, apa sifat wudhu nabi, apa cara nabi bemuamalat, bagaimana beliau dgn isterinya, tafsir al-quran, maksud dan kedudukan hadith dalam islam…..dan….dan….maka barulah kita akan merasai betapa seorang penda'wah tidak boleh tidak mesti menjadi seorang penuntut ilmu secara serius.

Tidak salah menjadi anggota mana2 kumpulan, tetapi perhatikanlah ke arah mana da'wahnya. Mencela pemimpin adalah salah. Menggunakan mimbar utk menyebar keburukan pmmpn juga salah. Oleh kerana dmokrasi ialah satu sistem yg digunakan. Maka teruskanlah usaha. Cuma saya berpendapat percakaran sesama islam, UMNO dan PAS, banyak buruk dari baiknya. Seorang pemimpin yg rasa disaingi tidak mungkin tunduk kepada cadangan musuhnya, kerana ia bereti kalah. Tapi kalau ia datang dari seorang ulama yg tidak berkepentingan, lebih besar peluang utk dia berubah. Berapa juta ringgit boleh kita jimatkan kalau tak bergaduh sama sendiri (dalam pilihanraya dan propaganda). Berapa banyak sekolah, pusat amal yg boleh didirikan hasil daripada pemuafakatan. Bayangkan berapa ramai org yg boleh manfaatkan ustaz kita yg ramai itu, hasil kurangnya masa digunakan utk usaha yg lain dari da'wah manusia ke manusia. (mesyuarat, kertas kerja, demonstrasi, masuk ISA)

Secara peribadi saya ada kenalan 2 beradik yg berasal dari keluarga yg aktif dalam jemaah. Malah ada ahli keluarganya yg bersekolah pondok. Tapi sayang, hasil perbincangan pada satu malam, ternyata ada persoalan penting ttg aqidah yg masih keliru di benak mereka. Mereka kuat percaya kepada segala bentuk cerita keramat/wali…mereka yakin yg wali, apabila mati, dia tidak mati tetapi mampu melihat kita. Sebab itulah kita menggunakan mereka sebagai wasilah (tawassul). Apabila saya tanyakan kenapa tak guna rasul shj kalau nak berwasilah pun…tiada jawapan. Subhanallah. Saya tidak kata ini perkara yang biasa dalam pas tapi ini satu contoh betapa saudara kita diluar sana memerlukan bimbingan ke arah memahami aqidah yg sohih yg jauh dari ilmu kalam dan falsafah yg tak tentu punca.

Sebenarnya ada banyak lagi hadith dan athar yang mahu saya nukilkan disini, tetapi ia akan jadi terlalu meleret2. saya cukupkan dgn hadith yg specific. Kalau diperlukan saya boleh post satu salinan buku ttg politik islam. Kalau ada hadith sahih atau athar sahabat yg sahih yg bertentangan dgn apa yg saya kemukakan, sila email dan mungkin kita boleh bincang lagi. Tapi jika pertentangan itu Cuma datang dari pemikiran ahli fikir, atau falsafah, maka saya angkat tangan. Kalau al-quran, hadith dan athar sahabat tidak mencukupi maka tidak ada yg mampu mencukupkan.

Semoga kita mampu menjadi penda'wah dan bukannya penghukum.

Wallahualam.

JEFRI IRWAN HARRIS
0195594510

meet jefri at
http://jefriharris.blogspot.com/

Anonymous said...

Panjangnya... malas la pulak nak trace berapa page entri bukan ustaz HAMKA nih. Berapa page Word eh?

Tak ada apa-apa komen pasal entri jihad ni sebab semua orang wajib berjihad. Kewajipan berjihad datang sebelum perintah solat, ye ke? eh dakwah lah!

sambil2 semangat jihad nubuwah, khilafah, jangan lupa kenal Allah dulu. Tak kenal Allah, tak tahu potensi diri. Hurm...

Pesanan akhir yang sangat best! DEngan orang kapir pun tak boleh bunuh kerana marah, inikan pulak sesama Islam...

Anonymous said...

Ramai2lah bagi nama untuk JIHAD!

Anonymous said...

salam..

bertuah bagi yang faham..
bersumpah bagi yang dendam..

-nas

Anonymous said...

Tumpang lalu.
sori cik hamka, anda ada buat beberapa kesilapan ejaan dan maklumat tapi tidak menjejaskan maksud yang di sampaikan.
sama sama kita belajar.

Pembetulan:

1. Ghizyah=jizyah
2. Nubbuwah=Nubuwwah
3. Matahari tangan kanan bukan kiri
4. Perjanjian hudaibiah adalah bukan 10,000 ribu, kira kira 1,500 orang sahaja

ps: saya sangat suka post ini

Kak sham, cheras

Anonymous said...

Saya dah baca habis tapi isinya adalah hampeh dan pendapat guna kepala otak yang sesat.

Baca perenggan terakhir pun dah membayangkan betapa mengarut dan bidaahnya puak-puak ini.

Anonymous said...

siapa yang makan cili dia lah yang rasa pedas..!!!

Anonymous said...

kalo cuti2 malaysia ke pantai bagan lalang (sepang), jgn lupa singgah umah sy.. boleh borak2/diskas2 sambil minum air teh tarik (tapi xde kopok lekor la..) :)

-fazila-
pudgela888@yahoo.com

Anonymous said...

pergh...ada semut yang bakal mati niiiii..............
hati2 hamka pergi ziarahhhh....

Anonymous said...

abu usama,

sungguh kurang manis ayat saudara.boleh saudara tolong kemukakan tang mana yg sesat tu.umum sangat.tolong.lg bagus ada dalil.sama2 belajar...ok?(nak tegur biar berhikmah...itu cara nabi)

hamka said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hamka said...

abu_harraz

jambatan bengkok? Isu sensitive tu.. oh!
Takut Ada yang ‘berjihad’ pula ni..

---------
Charlie

InsyAllah, kita jumpa nanti…

-----
whose-na-

InsyAllah, di izinkan Allah, aku belajar menulis tentang dakwah org perempuan..

---------
Anonymous bukan PAS

No komen…, tapi terasa meriahnya he he he..

---------
Anonymous 1

Terima kasih banyak banyak, asbab sudi berdoa untuk hamba yang hina dan jahil ini..,
Amin..

----------
Anonymous 2

modernize dan westernize...betul tu! nak maju ugama, kenalah pandang belakang..

---------
mi

TAHLIL!!!!

------
ainohikari

Nabi ada buat tamsilan, lebih kurang bunyi begini: satu golongan naik kapal, dan ada yang duduk atas, ada yang duduk bawah, org bawah kata buat apa nak nyusahkan org atas? Apa kata kita tebuk lubang kat sini untuk ambik air…
Jika org atas fikir tindakan org bawah itu betul, takpelah, mereka ada peranan masing2, maka kesemuanya akn tengelam dan jadi mayat

--------
hubbud_jariah

insyaallah islam akan terus gemilang. Dan menjadi kurun terbaik seperti di zaman nabi..

-------
hitomi

pakar “manusia berkaki di tangan” dah tiba he he he.. lama tak dengar cerita..

---------
irondanwine

saya belum jengah blog awak lagi, sibuk sungguh diri ini, perasan sibuk sahaja saya ini..oh!
nanti ada keretamayat jemput awak pulang..insyAllah.

---------
Akak S.

(Lakum di nukum wa li yaddin..,) jangan kak, nanti kita semua tengelam (rujuk -ainohikari

----
Inqilaab

Nak kenal Allah, kena kenal rumah Allah, selalu datang rumah Allah, dan sentiasa beriktikaf di rumah Allah, barulah kenal Allah , insyAllah.

----------
hanisumayyah

Benar, dan berniatlah akan anak kita di titik susu yang pertama jatuh ke mulutnya lagi bahawa kita akan korbankan dia untuk ugama..

---------
nas

bertuah sungguh bagi yang faham..
bersumpah seranah bagi yang tak faham..oh!

-----------
Kak Sham

terima kasih kak syam, aku mengaku bersalah..oh!, silalah kritik lagi!

--------
abu usama

terima ksih kerana sudi membaca sampai habis..
tulisan ini adalah mewakili diri saya, tak ada kena mengena dengan puak PAS, tabligh, UMNO, arqam, al qaeda, al jazeera, ayah pin dan lain lain..

Saya seorang yang mengarut dan banyak buat benda bidaah- contohnya tulis blog ni..oh!

--------
Anonymous 3

siapa yang malan lada bila berak, dia lah yang rasa pedas.. ha ha ha!!!

---------
ZulGTZ

Boleh di panjangkan lagi, terima kasih..

-----
-fazila-

Bestnya dpt borak2/diskas2 sambil minum air teh tarik sambil tengok formula 1 kat sepang he he he:)
(insyAllah)

----------
mi

kalau abu usama tak nak memalukan saya silalah email saya dan kutuk habis habisan, saya rela di kutuk asalakan kita berdua selamat dari azab api neraka…(mi pun) amin..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

lame tak singgah..
hehe..
busy je memanjang..

salaam ziarah..

Anonymous said...

ANDAIKATA AZLIN J. MAHU BELAJAR TENTANG ISLAM

Andaikata Azlin J(contoh seorang wanita Melayu Islam) mahu memperdalam pengetahuan ttg Islam, mungkin ini yang terpaksa ditempuh olehnya :

Apabila dia sibuk mencari bahan ilmiyyah atau ustaz utk bertanya tentang agama, saudaranya mungkin akan berkata, apalah yang kamu sibukkan sangat. Kamu kan dah khatam quran (majlis dengan pulut kuning pulak tu), dah tu kan kamu dan pergi sekolah agama sebelah petang..bukankah di sana telah diajar fardhu 'ain? Takkan tak faham-faham lagi pasal agama? Tapi hatinya seperti tidak puas dengan jawapan tersebut kerana banyak lagi soalannya yang tak terjawab. Perasaan ini timbul apabila pada satu hari beliau mengikuti kuliah Aqidah bertajuk 'Sifat 20'. Di dalamnya ada banyak istilah yang sukar difahami, banyak penjelasan yang sukar diikuti. Antaranya istilah Takluk Tanjizi Hadis, Takluk Qabdhah, Takluk Suluhi Qadim, dan perbahasan panjang lebar tentang Allah tidak bertempat, Allah ada di mana-mana.., tentang kekeramatan wali yang boleh dijadikan wasilah. Di samping itu, beliau juga membaca sebuah tulisan oleh Mufti Arab Saudi yang sangat mudah dan terang berkenaan Aqidah.

Diapun bertanya kepada ustaz tersebut,
"Saya ada terbaca dalam satu buku terbitan Arab Saudi yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, katanya kita perlu meyakini bahawa Allah itu ber'istawa' di atas arasynya, sesuai dengan apa yang disampaikan dalam al-quran dan hadith. Bukannya Allah itu ada di mana2. Dalam buku karangan mufti arab saudi itu juga, diterangkan bahawa aqidah tidak boleh dicampuradukkan dengan falsafah atau akal manusia semata2. Ianya mestilah dari dalil Al-quran, dan Al-Hadith mengikut pemahaman golongan salafussoleh. Beliau juga mengajar bahawa Aqidah islam sangat mudah, dan ianya boleh diajar dalam beberapa jam sahaja, mungkin kurang daripada itu… dan begitulah juga Aqidah yang diimani oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dan semua ulama sunnah. Apa yang kita belajar sekarang ini (seperti sifat 20 dan falsafahnya yang berbelit-belit), sebenarnya berasal dari seorang ulama yang terkesan oleh fahaman atau pemikiran Mu'tazilah yang hidup selepas kewafatan imam syafie. Ini bermakna cara pembelajaran Aqidah sekarang bukanlah dari Imam Syafie!"

Ustaz memberi jawapan yang panjang lebar sepertimana soalannya :
Bahaya tu..jangan berguru dgn buku, kerana nabi kata siapa yang berguru dengan buku, maka dia berguru dengan Syaithan! (adakah ini hadith nabi?). Mana boleh kata macam tu? Kan kita dah belajar Allah tiada rupa, tidak bertempat dan tidak serupa dengan makhluk. Mana boleh ambil terus dari Al-Quran dan Hadith..kita kena belajar dari ulama. (siapa agaknya ulama ni?). Habis, takkanlah Allah tu jauh dari kita, kan dia melihat dan mendengar apa saja yang kita lakukan. Perkara ni kita kena berguru. Bukan soal mudah, ni soal aqidah. Kalau nak bincang 7 hari 7 malam pun tak cukup. Jangan baca buku dari sana tu. Mereka tu Wahabi, sesat. Kita Syafie, betul tak? (kan dah cakap sifat 20 dan falsafahnya bukan dari Shafie!)

Azlin mengangguk lemah, seolah-olah beban kepalanya bertambah dengan jawapan ustaz tadi…susah rupanya nak belajar tentang tuhan ni. Tidur malamnya terganggu, lalu dia membelek sebuah buku milik ayahnya yang bertajuk "Segala Rahsia Agama". Dia tertarik dengan bahagian buku itu yang menceritakan bahawa syahadah ada 3 tingkat iaitu Syahadah Syariat, Syahadah Tarekat dan Shahadah Ma'rifat. Dan begitu juga seterusnya tentang solat, zakat, puasa dan haji. Eh..ada martabat rupanya. Esoknya dia bertanya kepada seorang ustazah, lulusan Mesir dalam syariah (guru agama sekolah menengah), yang juga kawannya.

Jawapan Ustazah..
Oh..itu ilmu tasauf sebenarnya. Kita sebagai orang awam memang susah nak faham betul2. Kena ikut tarekat tertentu. Kena cari seorang guru yang murshid yang boleh pimpin kita memahami isi agama, mendalami hakikat sebenar agama. Sebenarnya kalau nak kenal tuhan kita kena kenal diri sendiri dulu (hadith palsu ni). Kalau nak, nanti ikut saya malam ni ke masjid ada kuliah Ustaz N.M., dia boleh jelaskan tentang perkara ini.

Keesokannya mereka menghadiri kuliah selepas Isha'. Ustaz itu mengimami solat tasbih 4 rakat selepas solat Isha'. Kemudian beliau memberi kuliah pendek yang berkisah tentang betapa manusia sudah jauh dari tuhan, betapa manusia sudah malas berzikir kepada tuhan. Selepas itu, lebih kurang pukul 10 malam, beliau meminta supaya lampu masjid dipadamkan, yang tinggal hanya cahaya yang samar2. Lantas beliau menyuruh para jemaah ikut berzikir dan memperkuatkan suara supaya ianya (suara zikir) naik ke atas langit. 30 minit berlalu, zikirnya tamat. Lampu dihidupkan semula. Majlis bersalaman pun bermula. Azlin dapat melihat orang ramai berpusu-pusu mengambil peluang mencium tangan Ustaz dengan penuh khusyuk. Ini mesti orang besar, wali agaknya..bisik hati kecilnya yang mula kagum dengan ustaz itu. Tetapi selepas itu, ada sekumpulan orang duduk di hadapan ustaz seperti mahu menerima sesuatu berharga dari ustaz. Dia diberitahu itu majlis pengijazahan wirid, hizib dan selawat tertentu. Ijazah? Benda ni kena ijazah juga ke? Kekaguman bertukar kepada kekeliruan. Orang yang tak dapat ijazah baca zikir apa pula?

Dalam kekeliruan, matanya terpandang satu borang penyertaan "Bacaan Al-Quran, Zikir dan Tahlil Arwah" yang dikeluarkan oleh akademi pengajian islam dan da'wah. Di dalam pengenalannya tertera, 'program ini diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan bulan ramadhan dengan majlis pembacaan Al-quran, Tahlil dan Zikir, sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW di dalam bulan ramadhan yang penuh berkat.' Di dalam bahagian HARAPAN tertulis 'muslimin dan muslimat diseru menyertai program ini kerana ia memberi manfaat yang besar kepada arwah mereka yang telah meninggal dunia, dengan hadiah kiriman berupa bacaan Al-quran, zikir dan tahlil'. Azlina membaca lagi, borangnya berbunyi:

Bahawa saya________, beralamat_________, menyerahkan nama-nama Arwah berikut 1.____, 2._____, 3._______sehingga 10.________. , untuk di hadiahkan bacaan al-quran, tahlil dan zikir sepanjang Ramadhan tahun ini. Setiap penyertaan dialu-alukan memberi sumbangan ikhlas samada wang pos atau tunai.

Pelik..macam orang kristian je, teringat Azlin tentang surat pengampunan yang pernah disedarkan oleh pihak Gereja satu masa dulu. Maknanya pelajar akademi tersebut akan membaca al-quran, tahlil dan zikir dengan niat hadiah kepada orang yang dah mati…macam ada yang tak kena je. Perkara ini menjadi bertambah rumit dengan cetakan hadith nabi di belakang borang, 'Apabila matinya anak Adam, terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara, sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang memberi manfaat.' Tak disebutpun kiriman tahlil dan zikir dari orang yang tak dikenali? "Kalau macam tu sebelum mati aku nak bagi duit pada keluarga, supaya boleh diupah pelajar tahfiz baca Al-quran selama dan sebanyak yang boleh, senanglah kalau macam tu…tak payah rajin sangat kat dunia ni…", bisik hati muda Azlin yang nakal. Dia makin keliru….

Bulan ramadhan pun tiba dan Azlin menyertai tarawih di masjid. Bilal mula berselawat sambil menjerit sesuatu yang dia tidak faham dan ini dilakukan sebelum bermulanya setiap 2 rakaat. Dan ini telah dilihat olehnya sejak kecil lagi. Orang ramai juga menyambut sambil menjerit sesuatu yang tidak jelas buah butirnya. Dilihat dalam TV, di Mekah ianya tidak begitu, suasananya lebih tenang, kenapa ya? Kemudian, di antara solat ada tazkirah yang sepatutnya pendek tapi meleret hingga memakan masa 40 minit. Pemberi tazkirah bercerita tentang bilangan orang islam yang murtad di malaysia. Beliau sangat marah dengan kerajaan dan polisinya yang kononnya memudahkan orang murtad. Beliau ada menyebut beberapa isteri orang-orang politik yang kononya tidak bertudung dan menyokong orang yang murtad ini. Beliau juga sangat marah dengan kes pelajar yang mahu pakai serban di sekolah, yang kalah di mahkamah. Ada pemimpin negara yang beragama Islam, menjadi objek makiannya kerana tidak melaksanakan hukum bunuh kepada orang yang murtad.

Azlin tidak selesa dengan kuliah seumpama itu, dan makin keliru tentang manakah arah yang hendak dia tuju…dan dalam keliru hatinya mula memberontak. Dia mahukan jawapannya….

Kenapa sukar benar memahami ilmu tentang tuhan?
Kenapa kita tak digalakkan bertanya tentang agama?
Kenapa ada banyak golongan, yang mana satu nak dipilih?
Mazhab pun banyak…ustaz kata ikut je Syafie….jangan banyak tanya.
Apa uniknya Islam berbanding agama lain? Kelihatan amalan dan falsafahnya tidak jauh berbeza!
Adakah Islam itu semata-mata hukum (sebat, pancung)?
Kenapa ustaz selalu menutup persoalan dengan berkata itu Wahabi, jangan ikut?
Orang islampun ada kasta ke, ada martabat tertentu, ada amalan khas, ada yang lebih mulia?
Salahkah membaca buku?

Dan akhirnya, pada satu hari dia bertemu seorang pemuda non-muslim yang mengajar kepadanya agama Kristian yang nampak simple. Tak berbelit2. (walaupun kurang selesa dgn penjelasan ttg triniti). Dan di dalam kemudahan pengajaran tersebut (berbanding apa yg dia pernah dengar ttg ISLAM), dia pun mula terfikir untuk memeluk agama tersebut.

KALAU INILAH YANG BENAR-BENAR TERJADI, SIAPA SEBENARNYA YG PERLU DIPERSALAHKAN? :

Individu itu sendiri ? (kerana mula berfikir, dan tidak menerima sahaja?)
Ibu bapa ?
Pemerintah ? (kerana tiada undang-undang khusus untuk cari dan pancung sahaja orang yang murtad?)
Atau golongan yang 'sepatutnya' faham agama? (yang sering memberikan jawapan yang hanya menambah persoalan?)

APA PENDAPAT ANTUM??

(semua contoh yang dibentangkan benar2 wujud dan terjadi, Cuma tidak berlaku kepada Azlin secara khusus)

meet jefri at
http://jefriharris.blogspot.com/

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Anonymous said...

Assalamualaikum.
hmmmm..menarik entry kali nih..byk juga comment2 org yg dah didelete nampaknya...kenapakah itu??hehe... cuma agak 'lain' dr apa yg sy pernah belajar.. esp. psl sirah nabi tu...cuma ada satu persoalan, kenapa rasul n sahabat bersusah payah nk tubuh kerajaan Islam Madinah walaupun hanya selepas 10 tahun Islam diturunkan? kenapa tak tumpukan saja kpd ajak org lain masuk Islam dan pemantapan akidah semata2 jika benar kita tidak perlu tumpu kpd wujudnya sebuah negara islam?
sepatutnya, kedua2 jihad ni PERLU berjalan seiringan dan bukannya hanya tumpu kpd yg satu saja dan mengabaikan yg satu lagi..dan juga sgt tidak adillah kita menghukum sesuatu itu, tidak kiralah sebuah pertubuhan/organisasi atau apa2 shj hanya kerana perbuatan segelintir kecil org di dlmnya. seperti analogi, tidak boleh kita kata Islam itu tak betul sebab buruknya akhlak org Islam skrg. Wallahu'alam..sy budak baru belajar..tapi sama2lah kita berhati2 drpd menjadi golongan yg berfikiran sekular di mana agama Allah itu dipisahkan dr kehidupan dunia, termasuk dari aspek sosial, ekonomi, politik dsbgnya. Islam itu syumul dan alamiyah. Tidak perlulah kita menyempitkan aspek islam itu sdr.
Wallahu'alam.
-budak baru belajar-

hamka said...

-budak baru belajar-

aku delete sebeb 'spam' komen, aku tak pernah deleted komen sewenang wenangnya,

terima kasih...

ps: dah lama tangguh nak tulis pasal jihad sebab takut ada pihak terasa, tapi bila fikir fikir balik, belasah sajelah, nak tunggu sampai bila?

Anonymous said...

Salam..

ps: dah lama tangguh nak tulis pasal jihad sebab takut ada pihak terasa, tapi bila fikir fikir balik, belasah sajelah, nak tunggu sampai bila?

-huhuhu bro hamka.. tulisan yang sangat perlu sebagai mengakhiri tahun hijrah 1427. Menyingkap 1427 awal Muharam pada 20/1/07 hari (sabtu..)nie, pencarian calon insan pendukung dakwah Nubuwwah setahap sahabat masih belum berakhir.. jika dahulu 313 sudah mencukupi untuk Badar, maka berapa pula untuk zaman dajjal, Imam Mahdi dan Nabi Isa AS?

-bro Hamka, 'belasah sajelah, nak tunggu sampai bila?'.. kita akan tunggu sampai usaha agama 'bermandikan fitnah dan darah' dan inilah petunjuk bahawa masa itu telah tiba.

-kesian tgk mangsa banjir, kalau lah mereka semua pernah kuar dakwah Nubuwwah, tentu kita dapat lihat pusat pemindahan diadakan majlis ta'alim, solat jemaah, khidmat, ikram muslimin dan semua akan jadi asbab hidayah kerana akhlaq orang Islam yang baik dan menjadi contoh bahawanya kehidupan ini sangat sementara dan kehidupan akhiratlah yang kekal abadi.

-abu

hamka said...

Nampaknya aku kena tulis ; "apa itu jihad" part 2...

Anonymous said...

-kesian tgk mangsa banjir, kalau lah mereka semua pernah kuar dakwah Nubuwwah, tentu kita dapat lihat pusat pemindahan diadakan majlis ta'alim, solat jemaah, khidmat, ikram muslimin dan semua akan jadi asbab hidayah kerana akhlaq orang Islam yang baik dan menjadi contoh bahawanya kehidupan ini sangat sementara dan kehidupan akhiratlah yang kekal abadi.

-abu

aku pun terpk mende yg sama.. :(
ummat menderita membuang masa.. (cilok ayat hamka lg).. termasukla aku..! :(

-fazila-

Anonymous said...

Selagi kita tak ramai yg pegi solat jemaah selagi tu kita tak akan menang .

http://jutawan.eracash.com/index.pl?afdalikhtiar&link

http://www.tsunamiwang.com/tikar89

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Kamu ni org2 PAS,kenapa terasa pulak.kan hamka dah kata dia bukan komen mana2 parti atau pertubuhan.tak kiralah org tu pertubuhan apa pun,yg dia tegur adalah org yg mengabaikan jihad dan perintah Allah yg utama atau yg menjadikan maksud perjuangan utk perkara2 tidak diutamakan oleh Rasulullah.Tak salah kamu jadi apa,pemimpin ke,ahli perniagaan ke pelajar ker,tapi tahu tugas sebenar umat ni.Kalau kamu dah buat amar makruf nahi mungkar,pergi solat jemaah bila tiba waktunya,mengajar org,buat usrah ikut cara kamu ker dan lain2 perintah agama,tak perlulah kamu nak terasa.golongan yg patut terasanya yg cakap nak jihad tegakkan agama Allah,lepas tu buat demo sana sini,tapi bila waktu solat buat tak tahu.Kalau nak sangat negara Islam pun cubalah kaji bagaimana Allah beri negara islam pada rasul dan sahabat2 terdahulu.cubalah kita fikir kenapa zaman sekarang ni Allah tak bagi kemenangan pada umat islam dan umat islam lemah dlm semua segi.Penguasaan ke atas sistem pemerintahan tak dapat,bila berperang org islam kalah,org islam lemah,hina dan ditindas.Dizaman sahabat2 dahulu,Allah hantarkan malaikat utk membantu mereka dlm perang,penaklukan negara kisra,rom dsb.kemenangan demi kemenangan mereka perolehi.tuhan yg menolong mereka adalah tuhan yg sama kita sembah pada hari ini,dan di manakah malaikat2 yg Allah hantarkan utk membantu org islam terdahulu?Tak susah bagi Allah utk memenangkan org Islam.tapi kenapa Allah tak menolong org islam zaman ini?Cubalah fikirkan,adakah kita telah menunaikan hak2 agama dengan sebenarnya?semoga jihad kita adalah utk agama Allah dan bertepatan dgn apa yg ditunjukkan oleh Allah dan rasul saw.

....insan khafi

Anonymous said...

syukran jazilan bro hamka.
sama2 kite buat usaha atas iman n amal

-ainohikari

Anonymous said...

encik hamka, ada cara untuk elak komen spam... cuba aktifkan code verification. sekadar cadangan.

hamka said...

terima kasih sahabat..

Tak terkesan dengan pujian
Tak gostan dengan cacian

doakan aku selamat dari azab api neraka!!

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

kita adalah umat baginda Muhammad saw.Saya adalah umat baginda Muhammad saw,Hamka pun,orang PAS pun,orang UMNO pun, sape2 pun = umat Baginda Muhammad saw.Setiap umat Islam wajib berdakwah.Berdakwah adalah sunnah baginda Muhammad saw yang terbesar sekali.Sunnah bukanlah bermaksud "kalo buat dapat pahala,tak buat takpe".Kebanyakan orang Islam dah slah phm.Tapi Sunnah ni,nak xnak,sedia xsedia,mampu xmampu,reti xreti,KITA KENA BUAT JUGAK.Tak pandai kena belajar.Bukan MELARIKAN DIRI.InsyaAllah dengan perantaraan dakwah,hati kita akan bersatu.Takde lagi perbezaan ko pAS,aku Umno,Ko DAP,aku keadilan,ko whatever aku whatever, tapi dengan berkat sunnah baginda Muhammad saw yang terbesar ni, hati kita akan bersatu.Rasa macam saudara kandung.Tak jumpa rasa rindu.Bila berjumpa hati gembira.Tak percaya?Cuba keluar 3 HARI.InsyaAllah akan dapati kesannya pada hati..Gula manis,tapi kita takleh bagitau orang macamane manisnye gula tu.Orang tu kena makan gula tu sendiri, baru tau macamane manisnya gula tu.Macam tu jugak dengan dakwah ni.Orang kena buat dakwah,baru dia tahu penting tak penting dakwah ni.Wallahu'alam.Assalamualaikum.Moga2 apa saya tulis saya dapat amal tuan2 dapat manfaat

-luzd-

Anonymous said...

salam hamka

baca bab jihad.. ana ambil masa 2 hari.. topik yg berat .. berat lagi tangunggjawab yg kene laksanakan..

;)

selamat berjihad hamka..
+ akhie +

hamka said...

ludz dan akhie..

Semoga Allah memberkati kau berdua dan aku juga.
Amin ya rabbil alamin..

Anonymous said...

[cuma ada satu persoalan, kenapa rasul n sahabat bersusah payah nk tubuh kerajaan Islam Madinah walaupun hanya selepas 10 tahun Islam diturunkan? kenapa tak tumpukan saja kpd ajak org lain masuk Islam dan pemantapan akidah semata2 jika benar kita tidak perlu tumpu kpd wujudnya sebuah negara islam?
sepatutnya, kedua2 jihad ni PERLU berjalan seiringan dan bukannya hanya tumpu kpd yg satu saja dan mengabaikan yg satu lagi..dan juga sgt tidak adillah kita menghukum sesuatu itu, tidak kiralah sebuah pertubuhan/organisasi atau apa2 shj hanya kerana perbuatan segelintir kecil org di dlmnya. seperti analogi, tidak boleh kita kata Islam itu tak betul sebab buruknya akhlak org Islam skrg]

jawapan aku:rasulullah dpt negara islam tu bukannya matlamat baginda nakkan negara tue....dptnya negara islam tu BONUS atas usaha dakwah & tarbiyah baginda.....baginda & sahabat deserve to get that islamic country because of their effort...ia bukannya matlamat utama ttp ia dtg secara natural....maksudnya..kamu buat usaha tarbiyah & dakwah scr bersungguh, ikhlas,& istiqomah,DIA anugerahkan kamu something u deserve to it...isunya bukan nabi bersusah payah nk tubuhkan negara islam madinah hanya slps 13 tahun islam diturunkan..bukan sbb nk tubuhkan negara islam...tp nabi dpt negara islam tu kerana kadar pengorbanan,keimanan,keFAHAMan umat islam pada masa tue yg begitu hebat meLAYAKkan umat islam dpt negara islam hanya stlh islam dturunkan selama 13 thn.....jika kadar keimanana,pengorbanan,keFAHAMan umat masih lemah dan tak layak diberikan hadiah berupa negara islam wlpn sudah 80 thn,maka,umat takkan dpt negara tue.....'hadiah' tue hanya akan diberi allah apb kadar pengorbanan,keimanan,kefahaman umat islam skrg sesuai dgn nilai hadiah tadi......

hamka said...

dan tak lupa bonus 1000 bulan di malam lailatul qadha..

ps: ada tak cara lain boleh dpt bonus lailatul qadha melainkan cara nabi SAW?

dan ada tak cara lain boleh dpt negara islam melainkan cara Nabi SAW?

hamka said...

TAMBAHAN:

ketika fatal mekah, umat islam berbondong bondong menakluki mekah secara aman, waktu tu orang kapir mulai cuak dan takut, lalu nabi SAW buat pengumuman:
Sesiapa yang berlindung di rumah abu supian akan selamat!!

Abu supian kagum dengan kepatuhan sahabat dan berkata kepada Abbas RA:
"wah! sungguh besar khalifiah(kerajaan) anak saudara kamu.."

lalu Abbas RA membantah:
"Ini bukan Khalifaiah, ini Nubbuwah..(taat pada rasul)

ps: hari ini? siapa yang taat pada rasul (ikut sunnah) dalam berjuang???

kenapa ikut cara kapir dan yahudi?

(terpaksa)

siapa yang paksa kamu?
besarkah kuasa yang paksa kamu sehingga boleh ingkar sunnah Nabi?

(startegi)

strategi? kalau begitu kenapa tak guna perempuan cantik dan seksi sebagai startegi?

sekian.., kembalilah ke pangkal jalan)

Anonymous said...

Askum...tahniah atas blog saudara. Banyak yang telah tahu dan tersedar ttg erti jihad ni. Tp bagi saya anda jgn berhenti untuk mempeljari ugama ini. JANGAN BERHENTI dipertengahan jalan untuk mengenal MAHASUCI ALLAH. Teruskan berjalan, dari syariat melangkau ke Tarikat, Hakikat, maarifat. Saya doakan agar sahabat sampai kekasih sayang-NYA yang sebenar. Disana nanti sahabat akan tau hal yang sebenarya insyaallah.. amin

- hamba-NYA -

hamka said...

Doakan aku wahai hamba kepada hamba ini..

amin

Anonymous said...

Mahu jadikan dakwah maksud hidup saya ..

pakude said...

blog yang menark!
Aku mesti lawat lg




miji
http://fotoharian.blogspot.com

Anonymous said...

bukan AMAL makruf, tapi AMAR makruf lar encik hamka..

AMAL makruf mksudnya buat kebaikan..

AMAR makruf mksudnya suruh org buat kebaikan..

hamka said...

Oh, entry akan datang, aku cuba betulkan, terima ksih

maria Heinz said...

At Taubah : 20
orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan

Al Furqan : 52

Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar.

Anonymous said...

dunia2

?? said...

Hamka, agak2 ko la, kalau tgh ko berjihad mengajak org kapir tu msk islam, dia hayun ko dgn parang, agk2 ape ko akan wat eh??

-sekadar bertanya-

hamka said...

buat macam semua orang buat, (yang normal)

sidi said...

assalamualaikum..
maaf ckp... kdg2 kita mnusia ni bla rmai yg kata ye ye.. kita jd lupa ikhlas org lain.. usaha org lain.. sbnrnye kita tktau ape2...YG MAHA MENGETAHUI tu ALLAH SWT.. niat kita ati kita hnya ALLAH Yg tau.. jga2 bla d uji dgn sket ilmu dn glemerr.. maaf jika slp ckp.. moga kita smua dlm redha Allah..

Unknown said...

sebuah blog yang bagus tapi sayangnya mata aku dah ngantuk nak baca.. Esok aku bersambung lagi. Selalu baca pasal politik, sampai lupa agama. Thanks KeretaMayat penulisan anda memudahkan saya memahami sesuatu isu dengan lebih mudah.

hamka said...

ok, selamat malam

Anonymous said...

Salamulaikum Hamka,

aku memohon izin sahabat untuk share nasihat dan pesanan di blog ni untuk pedoman diri sendiri dan mudah2an menjadi pedoman juga buat yang lain.

Baru tahun ni membaca blog kau, sangat menarik,sesungguhnya aku masih jahil dan hina lagi

Semoga aku, kau dan semua hamba Allah dikurniakan hidayah dan diberkati Allah sentiasa.

hamka said...

salam.

terima kasih atas doa, amin ya Rabbil alaminn..