Jan 5, 2007

Apa Azam Tahun baru?

(merepek di awal tahun...)

Salam

Selamat tahun baru masihi kepada semua warga pembaca blog keretamayat sekalian.., mungkin tahun ni korang atau aku akan jadi mayat, mungkin…, semuanya di tangan Allah.. hmm, terfikir pulak aku:

  • Bagaimanakah keaadaan aku dan korang bila jadi mayat kelak?
  • Bagaimanakah nasib kita di kubur kelak?
  • Apakah perkara atau situasi yang membuatkan kita jadi mayat kelak?
  • Kemalangan?
  • Keracunan makanan?
  • Di bunuh?
  • Mati mengejut?
  • Sakit tua?
  • Lemas?
  • Terbakar?
  • Mati terkejut?
  • Bunuh diri?..Oh!!!
Hmm, aku tanya soalan banyak-banyak ni bukannya apa, sajer nak bagi korang fikir akan bagaimanakah nasib kita selepas menjadi mayat kelak kerana ada banyak lagi soalan menanti di sebalik seorang mayat… Seperti:
  • Siapa Tuhan kamu?
  • Siapa Nabi kamu?
  • Mana Kiblat kamu?
  • Apa petunjuk kamu?
  • Siapakah saudara saudara Kamu?
  • Apakah kamu tidak mengajar anak-anakmu menjadi soleh agar mereka mendoakan kamu?
  • Apakah kamu tidak pernah meyampaikan walaupun satu ayat?
  • Apakah kamu tidak pernah sedekah jariah?
  • Di manakah kamu habiskan masa lapang kamu?
  • Di manakah kamu habiskan masa remaja kamu?
  • Dari manakah harta kamu dapat?
  • Ke manakah harta kamu di belanjakan?
  • Adakah kamu amal apa yang kamu tahu?
  • Dan lain lain…, masuk shurga nantipun kena tanya dan yang masuk nerakapun (naduzubillah) akan di tanya:

ADA TAK ORANG AJAK KAMU KEPADA ALLAH DULU???
(lebih kurang maksud - Al mulk-8)

Lalu ahli neraka jawab:

Ada.., tapi kami memperolok-olokkanNya. (lebih kurang maksud)
(Al Mulk-9)

Baiklah, aku malas dan bercampur takut bila taruk Al-quran sebagai dalil kerana aku bukan ahli-nya.., akupun tak nak membebel macam mak nenek di awal tahun baru ni kerana korang semua tentu sedang berkobar kobar punya semangat untuk hidup..

Dan korang semua tentu dah buat azam yang hebat hebat dan 'so cool' serta perasan bagus.., kalau boleh korang nak buat azam yang serba unik dan dapat menarik perhatian semua kengkawan.. wah wah.. wah.. betapa seri murninya korang he he he..

Sebenarnya,
Apakah azam korang tahun baru ini?
Nak besarkan rumah?
Besarkan kereta?
Besarkan pangkat?
Besarkan perut isteri?

Apa-apapun korang nak azam tahun baru ni, jangan lupa untuk buat usaha besarkan kubur korang masing masing…, akupun!!

Baiklah, Sempena musim bukak sekolah ni, teringat aku zaman kecik kecik dulu, teringat kantin sekolah, teringat awek kantin yang menyinsing lengan menampakkan tahi lalatnya.., teringat dengan cikgu bujang, teringat misai guru besar, teringat air korak free kerana kerajaan galakkan pelajar minum susu, teringat aku akan subjet kegemaran aku, ..oh ye!! Apakah subjek kegemaran korang?

Matematik?

Sains dan manusia?

Sejarah?

Pendidikan islam?

Aku dulu suka sebjet pendidikan Seni, terutamanya bila cikgu suruh lukisan yang bertajuk bebas.., he he he..

Satu lagi aku suka Subjek pendidikan jasmani, boleh main bola..

Dan tak lupa juga subjet Pusat Sumber, cikgu suruh masuk library untuk baca buku, oh, bestnya sekolah..

Ada jugak sebjek gosok gigi, itupun best gak.., berdarah darah gigi..

Tapi yang paling aku suka subjek rehat dengan sebjek balik.., argghh, apa aku merepek ni? Dah start melalut orang tua ni..ish.. buruk betul!!

Masa zaman pakcik budak budak dulu, bila cikgu tanya apa cita-cita bila besar panjang? , masing masing jawab nak jadi cikgu, askar, polis, nurse, dan macam-macam jawatan lagilah yang bergaji rendah, malahan aku masa tu nak jadi posmen he he he, kelakar betul

Nota: posmen bukan kerja yang hina – halal lagi mulia apa!!

Tapi zaman sekarang ni (buat buat terkejut) ada adik adik kita punyai cita-cita nak jadi penyanyi .. wow, bestnya..!!!

Okeeeey, kita teruskan entry merepek kita sempena musim bukak sekolah ini yang mana hari ni pakcik nak bukak kelas menyanyi dan kelas Bahasa..

Sekarang ni dah dengar sini sana kempen kementerian melaungkan :

“budi bahasa budaya kita”

Dan aku rasa macam ada yang tak beberapa nak kena bila nak di bandingkan dari segi akidah akan sejauh manakah keberkesanannya budi bahasa dan tata bahasa dalam kehidupan seharian..

Nota: Aku bukan pakar bahasa, SPM dapat pangkat 2 sebab BM tak kreadit, Tapi Bm julai dapat result cemerlang apa!, he he he, semuanya kurniaan Allah, Cuma bila masuk bab tata bahasa, aku nak tegur sikitlah akan para pendidik di luar sana akan kesalahan teknik penggunaan tata bahasa..

Jangan marah wahai dewan bahasa dan pustaka, aku percaya lepas ni suara aku akan di pinggirkan (aku berburuk sangka) dan di lupakan kerana siapalah aku ini.., aku hanyalah seorang pengemis yang gila dan hina… Benar!! Aku adalah seorang pengemis, aku mengemis korang semua agar kembali kepada Allah…. Oh!(hope be and should be!!!)

Akrian, bila korang semua nak belajar tata bahasa, kena hati hati sebab ramai orang kena azab kerana lidahnya yang silap menggunakan tata bahasa, nampak macam tak salah akan penggunaan bahasa, tapi takut takut boleh mengundang azab Allah, akupun takut gak ni.. isk!

Sebenarnya, sebelum nak belajar mengunakan tata bahasa dengan betulnya, korang semua kena betulkan iman terlebih dahulu, dan untuk betulkan iman kena faham tentang kudrat Allah…

Ada tiga perkara yang korang dan aku kena faham tentang Kudrat Allah, barulah korang boleh menggunakan budi bahasa yang benar dan betul serta tepat dalam menempuh kehidupan yang penuh liku-liku suka dan duka.., insyAllah..

Kudrat Allah adalah: Iaitu segala yang berlaku dalam dunia ini adalah SEBAB Allah yang Mengkehendaki begitu…

Lalu perkaan SEBAB tidak boleh di gunakkan untuk mewakili makhluk ciptaan Allah kerana makhluk tidak boleh bagi manafaat atau mudarat tanpa IZIN Allah.

Maka perkataan seperti ; “SEBAB”, “JIKA”, “KALAU”, “ANDAI” dan “KERANA” (dalam setengah keadaan) telah di tukar kepada satu istilah lain untuk membetulkan TAUHID kita kepada Allah.

Kerana, jika korang dan aku tersilap guna perkataan perkataan di atas boleh membawa kepada syirik.. syirik membawa ke neraka, Naduzubillah..

Jadi mulai sekarang silalah gunakkan istilah ASBAB untuk mewakili perkataan seperti ; “SEBAB”, “JIKA”, “KALAU”, “ANDAI” dan “KERANA”

Sebagai contoh jika dulu korang buat ayat:

Semalam aku pening, maka mak aku suruh makan penadol, maka aku pun makan, SEBAB aku makan penadol, hilang pening kepala aku, penadol memang berkesan menghilang pening kepala, aku ingat nak makan 100 biji, tapi baru makan dua biji dah hilang pening, memang berkesanlah!!, cubalah korang semua makan penadol kalau nak tahu keberkesanannya..

Pergi mampus! Ayat di atas salah dan boleh membawa ke neraka, biasa kita dengar ayat tu kat pasar atau kedai ubat, patutlah Allah benci pasar kerana kat sana orang sibuk membesarkan makluk, aku bagi korang contoh ayat yang betul bagi situasi di atas.

Semalam DENGAN IZIN ALLAH, kepala aku pening, maka mak aku suruh makan penadol, maka aku pun makan, ASBAB aku makan penadol, hilang pening kepala aku, semuanya dari Allah, penadol berkesan menghilang pening kepala dengan izin Allah, jika Allah tak izinkan makan 100 bijipun tak hilang pening, lagi mampus adalah!!! tapi bila Allah dah izin, ASBAB makan dua biji penadol, maka hilanglah pening, semuanya dari Allah…, Alhamdulillah..

(senyum)

Baiklah , seterusnya contoh yang kedua:

JIKA kau tak datang sini, kemalangan itu tak akan berlaku!!

Siapa yang cakap macam kat atas tu memang dia termasuk dalam katogori bodoh dan bangang!, huh! Patut aku tulis dia ahli Neraka, (Biarlah Allah yang buat keputusan,) sebab perkataan tu jelas menafikan kudrat Allah, patut dia tulis:

ASBAB kau datang sini, kemalangan itu pun berlaku, semua kehendak Allah!!

Maka nasihat aku kat diri sendiri, apabila menggunakan perkataan seperti “JIKA”, “KALAU”, dan “ANDAI”, Silalah guna dengan berhati hati kerana ramai ahli neraka mendapat keahlianya ASBAB lidah…

(Akupun jadi bodoh dan bangang gak bila terlanjur menafikan Allah secara tak sedar atau dalam islam di panggil istilah “syirik kecik…”, bahaya betul..oh!)

Kita tengok ayat ni pulak..

Kerana hujan lebat tak henti henti, maka banjirpun berlaku..

Nampak macam tak ada salah ayat di atas bukan?, tapi apa yang tersurat tak sama dengan apa yang tersirat… Maka belajarlah guna perkataan ASBAB dengan menggunakan ayat yang betul iaitu:

ASBAB hujan lebat tak henti henti, maka dengan izin ALLAH banjirpun berlaku..

Tapi jika korang tak nak taruk perkataan ASBAB, korang masih boleh betulkan ayat di atas iaitu dengan tambah kat belakangnya sepeti:

Kerana hujan lebat tak henti henti, maka banjirpun berlaku DENGAN IZIN ALLAH..

Mudah bukan??(aku sedang tersenyum..)

Allah Maha berkuasa, Allah boleh jadikan sesuatu dengan Kudrat Allah:
Kudrat Allah pulak terbahagi kepada 3:

  • Menjadi akan sesuatu dengan ASBAB.
  • Menjadi akan sesuatu berlawanan dengan ASBAB.
  • Menjadi akan sesuatu tanpa ASBAB.

Sebagai contoh:

1. DENGAN ASBAB:

Allah jadikan korang semua dengan ASBAB., iaitu mak dan ayah bersetubuh maka, pangcut, inzal, bla bla bla dan lahirlah korang dengan ASBAB adanya mak dan ayah.

2. BERLAWANAN DENGAN ASBAB:

Allah menjadikan Nabi ISA a.s tanpa Ayah, hanya ada Mak, maka ini adalah berlawanan dengan ASBAB. Allah sangat boleh buat keadaan macam ni tapi orang krstian tak percaya akan kudrat Allah sehingga terwujudlah trinity, ayah, mak dan anak tuhan…, sebab tak yakin dengan kemampuan Allah mencipta berlawanan dengan ASBAB.., apa kes?!!

3. TANPA ASBAB :

Dan Allah jadikan Nabi Adam dan Hawa tanpa mak dan ayah, Menjadi akan mereka tanpa mak dan ayah, tanpa ASBAB.

Ok, aku harap korang faham dan mengerti akan teknik pengunaan tata bahasa yang cikgu ajarkan tadi, kalau korang gagal manafaatkan ilmu cikgu maka dengan izin Allah masuk nerakalah korang isk..isk…

Satu lagi yang cikgu (bila masa pulak aku jadi cikgu ni?) nak ajar adalah pengunaan perkataan “tapi”

Perkataan “Tapi” jika di salah gunakan maka akan membawa maksud yang salah dan seterusnya membawa masalah yang besar dalam next life..

Sebagai contoh, berikut adalah percakapan yang salah dan kadang-kadang kita selalu buat:

“Memanglah Allah bagi sembuh, TAPI kenalah makan ubat, kalau tak camne nak sembuh?…”

Nampak macam tak salah, tapi salah bangat sebenarnya..

Kenapa salah?

Kerana perkataan ‘TAPI’ tadi telah menafikan kuasa Allah, seolah-olah Allah berhajat pada ubat untuk bagi sembuh, sedangkan Allah Maha berkuasa langsung tak berhajat pada mana-mana makluk…

Jadi macamana nak cakap betul?

Ayat yang betul.:

“bila korang sakit, korang kenalah makan ubat, TAPI Allah bagi sembuh”

Haaa! Lihat!! perkataan "tapi" telah digunakan untuk menafikan makhluk., yang bermaksud jika korang makan 100 biji penadolpun, jika Allah tak izinkan sakit korang hilang, makanlah 14 ribu ratuspun penadol.., kayalah tauke penadol tu pergi haji tahun depan dengan izin Allah.., huh!

Tak paham lagi?

Contoh ayat lain:
“Kerajaan Malaysia memang bagus, tapi….”(lihat, di sini perkataan tapi telah menafikan kebaikan kerajaan Malaysia.)

Contoh lain:
“Awek engkau memang cantik tapi sayang ada tahi lalat di bulu mata.. …”

Tapi di sini telah menafikan kecantikkan awek korang.., huh! kalau dah tak nak kat awek engkau, macam macam alasan korang bagi ye?

Contoh pengunaan “tapi” yang betul:
"kalau korang takde duit kenalah kerja sunguh-sungguh!! tapi ingat!!!Allah yang bagi rezeki.."

Tengok!! ‘tapi’ telah menafikan kerja bagi rezeki, hanya Allah bagi rezeki…

Nak contoh lagi?

“Walaupun pemandu kereta mayat itu tak hensem tapi senyumannya amat manis”

Di sini senyuman yang manis telah menafikan ketidak henseman pemandu kereta mayat itu yang membuatkan pemandu keretamayat itu di iktiraf oleh wanita pujaan..

Dah paham dah?
“Saya dah paham tapi…”
Takde tapi-tapinya lagi. Tapi tu menunjukkan korang tak paham…sudahlah..

Korang tak akan paham kalau setakat baca blog, gi belajar dengan ustaz, tengok! dah-dah tu takde tapi-tapinya lagi..(akupun tak paham gak he he he)

Kesimpulan: tauhid adalah mempunyai keyakinan yang mutlak dan sungguh-sungguh dengan kuasa Allah bahawa Allah Maha berkuasa, dan selain Allah adalah makhluk, maka makhluk langsung tidak ada kuasa, makhluk tak boleh buat apa-apa, makhluk tidak boleh langsung bagi manafaat ataupun mudarat. Kesenangan, kesusahan,kemuliaan,kehinaan semuanya datang dari Allah! Kalau korang nak cakap ‘tapi-tapi’ lagi siaplah korang, duduk neraka bawah sekalilah nampaknya!berpimpin tangan dengan firaun!

Sekian kelas bahasa komedenan islam, mengakhiri kelas ini, cikgu nak bagi contoh karangan yang agak betul (kalau salah boleh tegur) yang bertajuk: “Aku ada, kerana(asbab) kau ada”

Cikgu nak cerita mengenai ibu cikgu sempena hari ibu merangkap azam cikgu tahun ini..

(Oi hamka!! hari ibu lambat lagilah!!-lantaklah korangler, ikut sula laki tiri belah mak akulah nak sambut hari ibu bila bila masa yang aku suka..huh!- aku sumpah jadi testis karang, baru korang tahu..cis!)

Sambung balik,
Terimalah karangan yang bertajuk..

“AKU ADA ASBAB KAU ADA

Mak aku seorang perempuan, sebab tu mak aku cantik he he he, awal karangan dah start merepek..? Aku nak cakap bahawa semua orang setuju bahawa mak dia cantik bukan? Siapa tak setuju mak dia cantik sila angkat tangan??!

(Si tanggang tak termasuk)

Baiklah, hari raya korban dah lepas, tapi aku macam lupa dengan pengorbanan seorang ibu yang telah meneran aku dengan nyawanya.., mengusung aku sembilan bulan ke sana ke mari, mengusung aku ke tandas dan ke surau.., menyusu aku dengan kasih sayang, terpaksa makan lada hitam halus dan nasi kepal sahaja.., malam malam aku tidur berpelukkan di celah celah kasih sayang mak dan ayah, ..oh!

Aku sempat tengok bini aku meneran akan anak aku, melihat bayi yang keluar dengan posisi tidur Nabi SAW.., itulah kedudukan Normal kata doctor, kemudian dengan selambanya doctor tu gunting bibir kemaluan untuk memudahkan kepala yang sebesar penumbuk aku ini keluar..

AUWW!!!

Aku tanya doctor tu,

“Mak saya beranak kat kampong dulu, bidan gunting macam ni jugak ke?

Kata doctor:

“Tak lah, zaman dulu orang biar bibir kemaluan itu koyak sendiri.,”

Oh! Terharunya!! Aku kena peluk mak aku sekarang!!

Terima kasih mak kerana sudi membesarkan aku dengan kasih sayang…

  • Merotan aku bila tak solat..
  • Merotan aku bila tak pergi surau..
  • Merotan aku bila tak duduk dalam ceramah ugama..
  • Merotan aku bila tak tengok ehwal islam..
  • Merotan aku bila memukul anak jiran..
  • Merotan aku bila tak pergi mengaji
  • Merotan aku bila tak bangkit solat subuh
  • Merotan aku bila mengorat anak dara orang…
Tapi mak, aku tak pernah jadi manusia, inilah kali pertama jadi manusia, aku tak pernah di ajar menjadi manusia, sebaliknya aku di bebankan tugas menjadi manusia,!!!
  • Aku nak bermain mak suruh aku mengaji
  • Aku nak berseronok mak suruh aku bersolat
  • Aku nak mengurat mak ugut nak sunnat lagi sekali!!!

Kalau tak!! Mak akan pukul, lempang, rotan, belasah dan paksa aku minum air sabun lalu pijak perut…

Tapi mak perasan tak?
Walaupun mak seorang guru kelas Al Quran di kampong, tapi anak mak ini lembab dan tak khatam Al-Quranpun.., tingkatan satu masih merangkak membaca Al-Quran, mak malu, semua anak mak yang lain dan khatam Al-quran.., mak dan pukul dengan tali timba dan rotan sudah pecah, tangan mak sudah melecur dan air sabun telah habis, tapi aku bukan saja tak pernah pandai mengaji, malahan akulah pelajar cemerlang dalam katagori ponteng kelas mak..ha ha ha!

Sebenarnya mak, aku jadi begitu kerana protes konon, tak suka di pukul, nak tunjuk macho, akhirnya makpun berhenti pukul aku, lantaklah anak sorang ni nak jadi apa…

Lalu aku menjadi pemain gitar yang tegar dan menyimpan rambut yang panjang, memakai baju t shirt hitam dan berseluar jeans koyak…, dan aku keluar merantau..

Mak kecewa, sedih dan naik angin melihat aku..

Lalu Mak gunakan kaedah lain,

Mak gunakan benada yang kadang kadang panjang, kadang kadang pendek untuk ubah aku..

Mak gunakan benada yang kadang kadang kering, dan banyak kali basah untuk ubah aku..

Dan benda itu amat mujarab di gunakan di akhir malam…

Lalu ASBAB benda itu aku berubah…

ASBAB Doa mak yang kadang kadang panjang, kadang kadang pendek, akhirnya aku berubah…

ASBAB Doa mak yang kadang kadang kering, dan banyak kali basah, akhirnya aku, dengan izin Allah berubah…

Di perantauan..., aku belajar sesuatu iaitu:

Apabila aku rangcang sesuatu perkara, tapi perkata yang lain terjadi, di situlah aku belajar mengenal Allah…, dan doa mak nak jadikan aku seorang manusia telah di makbul oleh Allah Yang Menyayangi kita berdua....

Akhirnya pendek cerita, balik dari merantau..

Maka Akhirnya aku pulang ke pangkuan emak di kampong di iringi lagu teguh dari Search….

Kekayaan akan hilang
Biar bertahun di kumpulkan
Perjalan ini amat jauh untuk mencari cinta

Kekesalan yang kurasa
Memaksa aku kembali
Memohon belas darimu
Andai ada kasihmu

Engkau hukumlah aku menanti
Dengan relanya ku tanggung semua
Berikan aku rahsia keteguhan cintamu!!!

Rambutku potong pendek.. seluar koyak ku lipat.. wudhu ku ambik..

Aku bukak Al-quran dan menyerah diri pada mak dengan mengatakan aku nak belajar mengaji sampai khatam..

Mak mana yang tak gembira bila anaknya nak berubah, lalu setiap hari lepas magrib aku akan habiskan masa belajar mengaji dengan mak aku dan dalam masa dua bulan setengah sahaja(berlagak) aku khatam Al- quran jugak akhirnya walupun sesudah berumur 20 tahun lebih!!! (tak jadi nak berlagak)

Terima kasih mak kerana mengajar aku menjadi manusia, mengajar menukar beban ugama kepada nikmat ugama.., mak meeeeeeeemang cantik..

Terimalah mak sebuah lagu untuk mak, walaupun mak tak suka aku bermain gitar, tapi hari ini mak dengarlah seminit dua lagu dari anakmu ini..

Aku Ada Kerana(asbab) Kau Ada - Radja

Cinta adalah anugerah yang Kuasa
Yang bila terasa betapa indahnya
Sungguh lemah diriku
Tak bererti hidupku
Bila tak ada dirimu..

Andai kubisa akan kubalas
Semua yang pernah engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku

Aku ada karena kau pun ada
Dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya

Aku pun goreng gitar dengan solonya, aku gunakan kod gitar yang mudah, iaitu kod vocal, kod vokal adalah di mulai dengan kod A minor, lepas tu E minor, kemudian I minor, lepas tu pulak O minur dan akhir sekali U minor.., ha ha ha, semua huruf vocal aku dah beli ha ha ha!!!

Sedang aku asyik memetik gitar, anakku yang baru nak kenal dunia, berumur 2 tahun menegurku..

Ayah!! apa tu?”

(sambil jari telunjuknya menuju ke arah ketiakku, aku hanya pakai singlet waktu tu..)

Aku jawab dengan macho, “itu tali..”

“Oh..banyaknya tali..” kata anakku.

Arghhhh!!! Sambung balik!!

Cinta adalah anugerah yang Kuasa
(Syukur pada Allah..)
Yang bila terasa betapa indahnya
(Tak boleh nak cerita..)
Sungguh lemah diriku
(Syurga itu di bawah tapak kakimu..)
Tak bererti hidupku
(Aku tak nak jadi si tanggang..)
Bila tak ada dirimu..
(Nabipun marah kepada mereka yang mengabaikanmu ibu..)

Andai kubisa akan kubalas
(InsyaALlah)
Semua yang pernah engkau berikan
(Mintak halal segala dosa)
Terima kasih dariku
(di tapak kakimu aku ‘tunduk’ mintak redha..)
Atas ketulusanmu
(terima kasih atas segala doa dan harapan)
Menyayangi diriku
(Akupun sayang padamu lebih dari saying kepada isteriku..)

Aku ada karena kau pun ada
(Aku ada asbab kau pun ada)
Dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
(semuanya dengan izin Allah)

ulang korus sehingga masuk tahun hijrah..

Sekian kelas hari ini, sebjek rehat dan sebjet balik dah sampai, bye!!

Ps: Peluk dan ciumlah ibu kita puas-puas sebelum mereka jadi mayat yang sejuk dan dingin….

51 comments:

Anonymous said...

++Iza++

rindu mak...wuwuwuw...mak ayah pegi haji...raya aidiladha ari tue dgr takbir tanpa mak ayah, menitik air mata....xbole bygkan mcm mn satu ari nnt bile mak ayah da pergi slamanyer...

adeh..nk menitik air mata lg....rindu nyerr mak.... =(

blue_cherry said...

Moga sy terus tegar menjadi hamba yang hina.. senantiasa kembali kepadaNya tak kira waktu,tak kira suka duka dan tak kira betapa berat segala dibahu.
ASBAB KudratNya..

Ahmad said...

Alhamdulillah

bro ada time, jengukla blog gua

thanks

http://kaset79.blogspot.com

dhuat

Hamka said...

++Iza++

Akupun rindu kat mak aku, mak, petang karang anakda pulang…, insyAllah..

-----
blue_cherry

Amin..,
Awalnya anak murid paham, tahniah!!

-----
Ahmad

InsyaAllah

jika bro ada time pulak, jenguklah kereta mayat, dah lama tak basuh..isk!

Anonymous said...

huwaaaa.. mak.. i miss u.. =(

Anonymous said...

hamka.. tali yang anak tunjuk tu tali ape? muahkakarghzx!! =P

-mok-

Hamka said...

mok

itu tali kerinting namanya...

he he he

mi said...

asbab baca blog ni,aku semakin rindu pada mak.....maaaak!!

akhie said...

:)

salam hamka..

ana berazam untuk tabah dan sabar menjadi anak yang soleh.. hal itu ternyata sukar dalam dunia hari ini..

ego sangat diri ini untuk mempamerkan kasih sayang dan pertolongan yg sedikit untuk ibu dan ayah yg ternyata tak mampu membalas setitis titik peluh mereka..

di ambang muharram 1428h ini.. inilah doa ana.. moga Allah menundukkan ego diri dan menguatkan hati untuk berasa mudah berbakti kepada mereka.. dan memandang mereka dengan penuh kasih sayang..

sungguh.. ini jihad bagiku

+akhie+

Anonymous said...

uhuk satu tanggungjawab beso utk aku yg bakal jd cikgu ni...tp cikgu english adoi~

Hamka said...

mi

asbab kau baca blog ni, aku semakin rajin menulis, terima kasih, semuanya dari Allah..

----------
akhie
:)

salam

ana doakan anta menjadi anak dalam range yang sebenar..
Amin Ya Rabbil alamin..

Ps: bila anta tulis pasal jihad, ana ingat lain kali insyAllah, tak tahu bila? dan tak janji, ana akan tulis pasal “apa itu JIHAD” dari sudut pandangan seorang yang hina ini..isk..

----------
Anonymous

Good luck!!!

Selamat jadi cikgu inglish yang buat usha atas iman..

Anonymous said...

Hamka ni memang suka merepet... tapi baik hati.

Hamka said...

Wah, pandainya menggunakan perkataan "tapi"...

bagus, engkau memang tak pandai eje merepek, tapi kau pandai memuji he he he

Anonymous said...

alhamdulillah dpt belajar tata bahasa baru dr cikgu hamka,hihhi..

insyaAllah asbab dr bace blog ini,sy bleh mengislahkn diri..

arigatou

*ainohikari

bibun sekibun said...

masa kecik2 dulu klu buat salah atau rs bersalah kt mak,mesti akn mintak maaf dan peluk2 dia..dah besar jd malu plak..

cait!

Najwa Aiman said...

Asbab ni bukan ke plural bagi sebab (dlm bahasa Arab)?

Apa-apa hal pun, kenapa kau tak jadi posmen?

tuan tanah said...

Terima kasih atas entri ini.

nurul said...

saya selalu cakap kepada adik-adik saya, mereka nampak darah bila gosok gigi kerana mereka jarang gosok gigi, jadi gusi jadi sensitif.

saya harap dpt jadi cikgu fizik yg bukan mengajar fizik seperti fizik tiada kaitan dengan kebesaran Allah.

Anonymous said...

salam,sy dpt bende nih dr email,

Cerpen terbaik millenium ini? Must read.....

DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?" tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya ."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.�
�Oh...!� keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi ."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!�
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya. ...."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.�
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI , MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA' . kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU , DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA , KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI �.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema
.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya. .."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"


"Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah"

Anonymous said...

ehe.
panjang betol umur siaran hal ehwal islam egh. tibi satu kan, setiap malam jumaat. ihihi ... aku tak brapa ingat pengerusi yang lama² dulu. yang aku paling ingat ridhuan tee abdullah.

iman said...

salam...

thanks for this entry

-iman-

budak_shams said...

alamak..
tadi baru tunjuk protes ngan mak..
waa...
nak gi mintak maaf...

Anonymous said...

-iklan sebentar- (mintak izin yer hamka)

Bicara mengenai Mat rempit bersama Elmafraqi, drama radio-Kucing Lorong, rancangan Rakaman untuk Dunia 5 - KEMBARA telah diupload.sila ke http://kaset79.blogspot.com untuk mendengarnya atau silalah ke http://dhuat.multiply.com/music/item/35 untuk mendownloadnya.Sekian terima kasih

Ahmad Dhuat

-iklan dah habiss-

ok boleh sambung baca mesej lain pula.

mekaseh :)

Anonymous said...

salam. mmg best la cerpen darul taqwa tuh..
anyway, kalo brader hamka berkelapangan, baca entry terbaru blog saya, n tegur la di mana yg patut ek.. insya-Allah
www.fairytaleho.blogspot.com

zwitterion said...

:)

Hamka said...

*ainohikari

Musah-mudahan blog ini dapat menjadi ASBAB hidayat..
Amin..

-----
bibun sekibun

kirim salam kat mak engkau…
cait!

---------
Najwa Aiman

Aku sekarang sedang belajar jadi ‘posmen’ dah.. hantar surat dari ALLAH kepada korang semua..(wah wah wah...oh!!)

Isk.isk..

---------
tuan tanah

sama sama tuan..
:)

----------
nurul

aku doakan kau berjaya jadi cikgu nurul..
:)

-------
Anonymous

DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR???

Hmm..( dah baca dan berfikir ..hm…, begitukah gambaranya Negara islam?)

----
aku okay

Dulu mak aku paksa tengok.., sekarang perasan sibuk..oh!

-----
iman
salam...

sama sama..
:)

----------
budak_shams

Shurga itu di bawah tapak kaki…
:)

--------
Ahmad Dhuat

InsyAllah, terima ksih kerana sudi berkongsi
:)

----------
fairy_tale

InsyaAllah..

Semoga dapat rahmat..
:)

-----
zwitterion

:)

hamba ALLAH said...

salam~~ pembaca blog bro hamka semua..
ingt saya lg..jeng..jeng..
kepada sesiapa yg masih ingt akan kisah saya...
insyaALLAH bulan mac ni saya akan mendirikan rumahtangga dgn gadis yg pernah saya maksudkan dlm komen saya dulu..
insyaALLAH saya akan bertunang utk sebulan sebelum berkahwin..
alhamdulillah asbab nasihat dan pandangan sahabat semua dapat juga meleraikan sedikit kekalutan dahulu..aisey..ayatku berbunga2 pulak..
doakan kebahagiaan saya..kerana saya ikhlas utk menjadi suaminya yang soleh lagi romantik..amin..**

Sumaiyah said...

wahai pakcik hamka, terima kasih banyak2 atas tulisan yg bernas [bkn sykt beras ok] yg mana asbab dr ALLAH yg memberi idea dan kesabaran.. semoga kita sama2 dpt berubah ke arah yg lebih baik menjelang maal hijrah 1428 nih.

========


tahniah hamba allah!! alhamdulillah, terbina lagi satu baitul muslim, hrp2 dpt terus berkmbg ke msykt, negara islam seterusnya ustaziyatul alam.

kpd semua [aku la tu], teruskan berjuang, tajdid iman dlm diri.. wallahua'lam.

hanisumayyah said...

Moga2 Allah terus beri rahmat dan Inayahnya pada kita ditahun baru ini. Azam untuk minta dan harap hanya pada Allah.Amiin... patut buat entry ni awal Muharam, sempena tahun hijrah...apa kata buat sambungannya nanti...

Hamka said...

hamba ALLAH
salam~~

Wah.., dalam senyap senyap dah nak kahwin rupanya..
He he he, boleh dapat bunga telur..

---------
Sumaiyah

Semua yang baik dari Allah, ASBAB kelamahan saya banyak gak benda buruk..isk!!

--------
hanisumayyah

InsyaAllah, jika di izinkan Tuhan aku buat sambungan tentang ‘azam dan niat’ bila tiba awal Muharram –Tak janji…

Anonymous said...

Aku puas dok imagine macam mana tahilalat di bulu mata... - 'tak tercapai akalku'

tahilalat di kelopak mata ke, dalam mata, atas kening ke aku tau la...di bulu mata????

-aku juga rindu kepada mak anak2ku-

Anonymous said...

sy org baru kat sini.. ucapla slmt dtg kat sy.. hehhehe

camtu ke nak bersalin?? euwwww.. sakitnyerrr..! sian kat mak.. maakkk i lebiu..!!

teruskan menulis ye en.hamka

-fazila-

Hamka said...

abu harraz

dekat kelopak mata ada tahi lalat hidup yang mana tumbuh satu bulu dari tahi lalat itu..., aku tak nak hina sape sape..oh!
semua dari Allah..

-------
fazila

SELAMAT NAIK KERETEMAYAT!!!
he he he..

the last transport...

Anonymous said...

aku x abih baca lagi ni bro.. half way baca samapai takat panadol telan 100 bijik tuh tetiba rasa ngade2 nak comment..

nasihat dari doktor bertauliah (aku perasan best) - ko nak cepat jadi mayat ke ada ati nak telan panadol banyak2? biiznillah, asbab telan 10g panadol jadi janda la bini ko.. betul x tatabahasa aku nih?

nway.. keep up the good work! moga jadi asbab hidayah... buat bekal bila jadi mayat sat gi..

Anonymous said...

sonok gak naik ketemayat rupanyer yerr?! hehehe.. kejap rasa cam gelak pecah perut, kejap rasa nak leleh ayor mata..

congrats..keep up d gud work bro..! :D

-fazila-

Hamka said...

Anonymous

Bagus!! seorang doctor kena betul faham tata bahasa iman, barulah pesakit yakin Allah berkuasa dan doctor tak boleh buat apa apa.., hanya asbab sembuh sahaja..

-----------
-fazila-

Bila kau gelak dan lupa Allah asbab baca entry aku-maka aku dapat dosa..oh!
Tapi bila kau menangis takut Allah asbab baca entry aku-maka aku dapat pahala, best!!

Ps: doalah aku selamat dari azab api nereka, isk..isk..

zaty said...

huhu..nak nanges aku...my mak.. i mish uuu,...thnx bro,,, semakin hari smakn aku nak menjnguk blog bro neh..semakin hari isinya semkin berisi cam aku..wakak..bro, tali yg bro gtau anak tu tali apa?

Hamka said...

biarlah aku berterus terang...

Tali itu adalah bulu ketiakku..

walaupun bulu ketiakku masam tapi senyumanku amat manis, aku malas nak taruk gambar, takut tergoda nanti ha ha ha!(berlagak)

Anonymous said...

Great work!
[url=http://zoxfcnzo.com/qlwu/ezmu.html]My homepage[/url] | [url=http://slwacssq.com/yicf/ggft.html]Cool site[/url]

Anonymous said...

Great work!
My homepage | Please visit

Anonymous said...

Well done!
http://zoxfcnzo.com/qlwu/ezmu.html | http://gaxcecve.com/qoli/ebvq.html

EnEsHaR said...

Assalamualaikum (ntah ingat lagi tak bro Hamka kat nick aku ni -yg sekejap timbul banyaknye tenggelam :p)....

Tu le..kadang2 antara sedar tak sedar, antara sengaja atau tak telintas..kita menggunakan 'tata bahasa' yg salah (yg nampak macam betul) bila berbicara...(oh! banyaknya dosa bila mengenangkan penggunaan perkataan tu...) Terima kasih atas ingatan saudara tu...

Dan..sememangnya sakit bersalin tu tak mampu kaum lelaki bayangkan (kalo pun tengok isteri bersalin.. sekurang2 nya insaf gak le kan..) coz aku sendiri telah merasa (baru sekali :p) masa tu memang dok teringat begitu le rasa( atau mungkin lebey lagicoz mak aku bersalinkan aku kat rumah je-saja nak rasa bersalin cara kampung walopun mak aku Jururawat Desa/bidan!:p)... Kesimpulannya, sayangi ibu anda sebagaimana dia menyayangi anda seadanya...

Aku tak berani nak banyak kata kerana wiso salah 'tata bahasa' lagi.... Wassalam....

Hamka said...

wa'alaikumusallam..

oh! dah jadi ibu orang rupanyaer engkau, sungguh best kerana Allah akan ampunkan dosamu sehinga bercahaya wajahmu..

aku perasan bini aku lepas bersalin wajahnya pucat tapi penuh dengan NUr..subhanawllah

h7u4h said...

Syukur. dengan izinNYA aku menemui Blog ini.

Ya Allah, ampunkan lah dosa ku ini..Lindungi lah ibu ku..

(aku menitiskan air mata membaca artikel ini.)

hamka said...

semuanya dari Allah..

terima kasih kerana sudi ke mari...

Anonymous said...

apela mu ni mekar..heheheh

Anonymous said...

yeye...akhirnya aku berjaya masuk blog hok mu buat...hikhikhik..cuba teka saper aku...wahwahwah...:o)

hamka said...

mekar adalah nama glamer aku.., tahniah!!!

he he he

ps: aku tak kenal sape engkau..

ihh said...

asm ww, HAMKA x-USM ye? Tahun berapa habis, Pusat Pengajian mana? kot-kot sempat berjumpa..

hamka said...

Tak, aku ada belajar tapi tak sempat masuk mana mana U..isk isk,.

aku manusia biasa,

bersyukur dengan apa yang ada.., amin
:)

yang bagi rezeki adalah Allah..

ps: teringin jugak masuk U..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.