Jan 25, 2007
If you can't beat them, join them?
(If you beat me in a dream, you better wake up and apologize before…)
Sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia, kebanyakkan mangsa banjir di pindahkan ke dewan sekolah…
Another Story..
Pada Suatu hari di sebuah sekolah Rendah kebangsaan (nama di rahsiahkan) terdapat sebuah kelas korner lot yang telah mengalami suasana teramat sangat bising berhuru hara dan hiruk pikuk dengan telatah nakal budak budak sekolah, ada yang baling kertas, ketuk meja, ketawa-ketawa, mengilai ngilai, bergendang, menyanyi, bersyaeeeeeeeeeer, usik budak perempuan, bergurau antara pusat dan lutut, baling jet kertas, baling kerusi, baling meja bla bla bla!!!
Kemudian datanglah seorang rakan sebaya selaku pengawas sekolah merangkap ketua kelas: lalu menasihati murid murid tersubut supaya senyap sunyi dan pulih seperti sedia kala, tapi nasihat itu tidak di endahkan oleh semua pihak pelajar, malahan mereka membaling tong sampah ke muka pengawas, pengawas yang bengang terus teringat dengan cogan kata hikmat..
If you can't beat them, join them
You'd better do it because it makes you feel good
If you can't beat them,join them
You're never gonna help yourself
That's good, play it again..
Maka kelas tanah lot itu bertambah meriah dan hiruk pikuk dan huru hara dek kedatangan pengawas sekolah yang turut mengambil bahagian dalam acara 'pecah kelas' tak rasmi itu..
Pantun 4 kerat:
Budak Sekolah pergi sekolah
Bermain main sungguh seronok
Pengawas sekolah juga budak sekolah
Bermain main sungguh seronottt...
Nota: Inilah pantun yang baik kerana pembayang dan maksud adalah menggunakan ayat yang sama..
Tidak lama kemudian, datanglah Guru sekolah merangkap Guru Besar masuk ke kelas, melihat keadaan kelas yang dahsyat dan tidak terkawal itu, dengan rakusnya guru besar itu terus menangkap seorang murid selaku pengawas kelas lalu di ikatnya pada kerusi dan dengan tabahnya membelasah murid tersebut dengan tali pinggang dan mengantuk bucu meja ke arah tulang punggung mangsa yang mengakibatkan titik sulbi beralih arah.
Tak cukup dengan itu, guru besar terbabit turut menggigit dahi dan pusat murid malang itu dan dengan teguh mengoyakkan gigi garaham mangsa, akibatnya, pusat dan bulu kening pelajar itu patah…, kemudian pelajar itu di baringkan mengadap kiblat lalu di pijak buah pinggang bla bla bla.., arghhh! aku terpaksa menghentikan cerita ini kerana aksi yang cukup ganas dan ngeri, pelajar bawah umur dilarang menonton tanpa bimbingan ibu bapa berakhlak tinggi.
Walaubagaimanpun, akibat dari seorang murid di pukul guru besar maka keseluruhan kelas menjadi senyap sunyi dan aman sentosa… keadaan telah kembali pulih seperti sedia kala. Tiada lagi keruntuhan moral dan kelas itu menjadi hening dan tenang seperti berada di tapak perkuburan... (tak lawak!!)
Maaf, aku terover cerita dan tabah menokok tambah…, sebenarnya, the moral of the story is…
Apabila Ummat islam secara keseluruhannya sudah mengengkari Allah dan Rasul, maka datanglah bala Allah ke atas ummat islam, lalu turunlah bala di Acheh, Iraq, Lubnan, Palestin, Ambon, Afghanistan, Bosnia, dan terbaru negeri Johor !! , Naduzubillah!!!
Negeri-negeri lain yang tak kena bala janganlah rasa selamat dari azab Allah kerana datangnya banjir besar di johor ibarat hukuman ke atas pelajar oleh guru besar dalam cerita di atas, hakikatnya semua pelajar bising dan engkar tapi cukuplah Allah hantar satu negeri bala bencana agar penduduk lain ambil iktibar dan kembali kepada Allah..
Maksiat bukan saja ada kat negeri Johor, kelantan serambi mekahpun banyak, kawe dulu duduk kalete 3 tahung mace mace hal kawa juper, bohsia ada, porong ada, banjir besar pung banyak berlaku di kelantan, negeri terengganu, Pahang dan lain-lain, Kuala Lumpur lagilah…
Pokok pangkalnya, bala datang bukan kerana ahli maksiat semata mata, tapi bala datang bila orang islam terutamanya yang alim tak buat amal makruf nahi mungkar.. kepada ahli maksiat.
Dalam tafsir Ibnu ABBAS r.a mengtafsirkan nahi mungkar adalah mencegah manusia daripada mengengkari Rasulullah SAW..
Dalam sebuah hadith pula Nabi bersabda lebih kurang maksud:
“semua umatku akan masuk surga, kecuali yang enggan !!
Para sahabat bertanya :
"siapakah yang enggan wahai Rasulullah ?,"
Bagindamenjawab:
"siapa yang taat kepadaku ia akan masuk surga dan siapa yang durhaka kepadaku berarti dia enggan”
*****
Tahukah korang bahawa Allah sangat suka satu keadaan yg mana bila ada org lalai pada Allah, maka Allah akan datangkan satu golongan sebagai wakil Allah untuk memberi peringatan, akan tetapi memang hakikat manusia tak suka di tegur..(termasuk aku kadang kadang..oh!), lalu mereka yang ditegur ini menyusahkan utusan-utusan Allah ini, dengan mencaci, menghina, mengancam, mengugut, di baling batu dan sebagainya..
Terdapat dalam hadith ada menceritakan bahawa ada wakil wakil Allah dari bani Israel yang berdakwah tapi tidak berjaya akhirnya buat tak endah dan masih terus bersahabat dengan ahli maksiat maka ketika itulah Allah datangkan bala dan menghukum kesemuanya sekali.., If you can't beat them, join them?
Naduzubillah!!!
Kerana itulah hendaknya para pendakwah selaku golongan wakil Allah ini bersabar.., walaupun tiada orang yang ikut jalan terus, buat dakwah untuk baiki diri saya, macam pasang MP3 al-quran dalam computer bukan untuk pandaikan computer, tapi untuk pandaikan saya, begitulah dakwah, yang mana medannya adalah ummat, dakwah kerja kita, bagi hidayat kerja Allah.., bersabarlah maka Allah akan memandang dengan rahmat iaitu, Allah menyimpan ganjaran yang besar untuk si penyampai tadi dan Allah juga tidak mengzahirkan kemurkaannya kepada yang lalai, sebaliknya Allah simpan azab yang dahsyat di akhirat kelak dengan syarat si penyampai ini bersabar..
Wahai sahabatku ..ingat, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka tidaklah sejahat firaun laknatullah(mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa a.s berdaqwah dengan lemah lembut (hiqmah) pada firaun…
Apa? Adakah Allah tidak tahu hakikat firaun yang tak nak langsung akan hidayat? Allah sudah tahu kerana Dia Maha Mengetahui.. tapi kenapa Allah still perintahkan nabi Musa berdaqwah pada firaun berkali-kali?..ya..benar, kerana keuntungan berdakwah adalah untuk Nabi Musa…, as. walaupun firaun tak ikut baginda… dan yang hikmahnya, kesemua ahli sihir firaun pula berbondong bondong masuk ugama Nabi Musa..
Nabi Nuh a.s pula buat dakwah selama 950 tahun, tapi yang ikut hanyalah 80 orang lebih kurang.., jika ikut purata orang yang ikut Baginda adalah seorang setiap sepuluh tahun!!!…, Oh!..
Dan nabi Nuh a.s tetap berjaya di sisi Allah, kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi di ukur sejauh mana kita berjaya amalkan seluruh perintah Allah...
dakwah adalah perintah Allah yang paling utama!!
lalu jika korang buat dakwah baru sehari, lemudian dah nak putus asa, dengan alasan di perbodohkan dan di caci maki kawan -kawan, lalu korang berhenti, maka azab Allah akan datang menimpa korang dan mereka dan aku sekali!!! Isk!!! (kerana aku sibuk tulis blog tapi tak buat apa-apa..oh!)
Akhirat kelak, Allah tak tanya berapa ramai yang berjaya kamu dakwahkan?.tapi Allah tanya;
Adakah kamu sampaikan pesanan Allah walaupun sepotong ayat?
******
Nota kaki: Buatlah dakwah sehingga aku dan korang jadi mayat…, tapi,.. bila kita akan jadi mayat?
****
Ps: Seseorang yang telah terbaiki dirinya dengan ugama islam, maka tidak akan ada mana-mana ugama pun yang dapat rosakkan iman dia, dan seseorang yang tak dapat baiki diri dia dengan ugama islam maka tidak akan ada mana-mana ugamapun dapat selamatkan dia.. inilah hakikat ugama!
(menjadi mayat adalah hakikat hidup)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
Mung ni mace ore gedebe maso sekolah dulu.
alhamdulillah..
kena byk muhasabah diri jgk kerana bimbang dlm diri timbul perasaan riak ataupun bangga diri bile org yg kite dakwahkan ikut apa yg kite dakwahkan..
"hidayat itu Allah yg bg bukan kite"
kata-kata hikmat yg perlu sentiasa kne ingat.
syukran bro hamka..
-ainohikari
dulu ada sorang tok imam nak dakwah org berlaga ayam..dia punjoin belago ayam sekali..dia dakwah slow2,lama2 org pun tinggal berlaga ayam...
anonymous... nak dakwah org soh tinggal belaga ayam tp ikut join skali... Bole ke lagu tu. Cuba kalo nak dakwah org nk srh tinggalkan sembah berhala.. buleh tak kalo ikut sembah berhala skali??
ikut keadae jugok kalu nok join pun...kalu stkt join sbb nak betul demo ni ok la...jange lps join, kito sediri jadi so palo nge demo...nauzubillah.
lamenye dk masuk sini...
adehh...
hehehe...
aslamualaikum sume..
btol ckp anonymous tu..kdg2 bile tibe rase bangge diri tu...rase sgt menakutkn....
ikhlas tu seolah mcm ssh sgt nk dtg..
w'lam budak sham..
wah wah wah...en hamka sudah berbahsa london....first entry dgn tajuk bahasa kebangsaan queen elizabeth.
ran
tapi, akhlakku baik ketika sekolah memandu…
:)
-----------
ainohikari
Sama sama, belajar tahan di caci dan di puji..
---------
Anonymous +Doktor Bedah Mayat +pauhfc
Baik korang rujuk ustaz, akupun.. ish..ish,,, niat atk mengahalalkan cara, janagn guna cara yahudi untuk tegakkan ugama
---------
budak_shams
salam, ingat dah jadi mayat..oh!
----------
abu_harraz
sori, aing luk so stupik weng writing in igris
Ini SMS saya terima dari suami di Kota Tinggi, terkedu juga membacanya;
"Cerita di Kota Tinggi, orang bukan sahaja hilang harta, akal pun hilang. Ada yang nak jumpa Allah swt tanya apa salah mereka hingga diazab sebegini rupa.Doa dan juga sembahyanglah"
Takut2 mereka ini iman juga hilang, pergilah dakwah ke sana....
If you can't beat them, kill them!
uish, ganazz.. baik sket lah, leave them tapi jangan lupa come back... lalala
perghh..
lama x menjenguk..
assalammualaikum..
ugama adalah cara hidup, itulah hakikat,
mati itu pasti,
kahwin blom tentu pasti,
esok lusa meninggal sape taukn?
ya Allah mohon agar jauhkan riak, kerana riak sebesar zarah, tak dpt aku jejak kaki ke syurgaMu.
Assalam....
buat kekawan lama tak dengar berita,
hamba sudah tidak lagi bekerja di hadapan komputer mahu pun mengadap komputer di rumah jadi perkhabaran mu dah lama hamna tak baca. pun begitu kalau ada kereta mayat yang rosak hamba boleh algi perbaiki pada kadar yang murah. sebab banyak keta lain yang tgh masuk bengkel maklumlah banjir kan...
taubat... mengingati diri pada nya..
mekanik yang membaiki kereta mayat.
Assalamu'alaikum...
Ya Allah,ampunkan dosa semua umat Islam.Berilah kami petunjukMu agar dapat kami dapat keredaanMu
Ya Allah,sebarkan taufik dan hidayahMu ke seluruh alam,kedalam diri setiap umat manusia...agar setiap umat manusia dapat taat perintahMu,
agar setiap umat manusia dapat jauhi laranganMu,
agar setiap umat manusia dapat amal Sunnah2 Baginda Muhammad SAW,
aagar setiap umat manusia dapat masuk syurgaMu,
agar setiap umat manusia tak masuk dalam nerakaMu,
hatta bayi yang lahir laast sekali Ya Allah,
Perkenanlah doaku ini Ya Allah dengan berkat Baginda Nabi Muhammad SAW... Amin Ya Allah
dalam bab fiqh, "matlamat tdk menghalalkan cara"..jadi bile nk berdakwah kena blaja la sket2 tntg bab fiqh bmbg terslh cara nanti..dan hukum2 yg furu` akan berubah-ubah mengikut keadaan,situasi,tmpt dn sbgnye..so ikutlah kata bro hamka tu,pi rujuk ustaz2 utk tahu lg detail..n of course lah slalukn doa2 mntk Allah bg petunjuk.
jazakallah
-ainohikari
hanisumayyah
Benarlah nasihat puan, malu pada diri sendiri..oh!
-------
inqilaab
If you can't beat them, kill them?!
Jangan, kalau kau dah kahwin, kau ajak isteri/suami kau bersetubuh dan dia tak nak, jangan kau rogol dia..taak baik..
-----------
ruff_sakura
walaikumusallam, jenguklah kubur aku!
-------
ha
agama juga adalah cara mati..itulah hakikat mayat
aku pun mohon jauh dari riak, takabur, ajub, hasad, dendam, dengki..dll, ya Allah mohon agar jauhkan riak, kerana riak sebesar zarah, tak dpt aku jejak kaki ke syurgaMu.
--------------
mekanik yang membaiki kereta mayat.
Besar pahalanya baiki kereta mayat.., terima kasih..
----------
Anonymous
salam
Amin Ya rabbilalamin..
------------
ainohikari
terima kasih cik ainohikari jazakallah, dah jumpa ustaz, bagitahu sekali apa salah aku, boleh belajar sama!
mula2 lawaknye bukan main.. hihihi.. tp sampai part yg tgh, terus terkedu..
teringat plak air mata mengalir masa mula2 dgr buletin utama pasal banjir ni.. takut betul!! tapi kejap je.. esok2 tu tak rasa pape (except kesian kat mangsa2).. hmm..
-fazila-
ya Allah mohon agar jauhkan riak, kerana riak sebesar zarah, tak dpt aku jejak kaki ke syurgaMu.
tuah
Aku mengaminkan doamu tuah..
Michael Jackson pun dah berminat nak masuk Islam... so..beat it! Mungkin berbondong2 anak muda barat akan mempelajari ttg Islam sbb nak tau kenapa idola mereka berminat dengan Islam.
Beat it!
Dulu dengar dah masuk islam, sekarang berminat dengan islam, apa apapun..
beat it!
perlu banyak muhasabah lagi ni.
banyak saya nak kena belajar.
oh oh bila mahu update entri baru bro?
hari ini atau esok, insyAllah.., bagi aku masa sikit, perasan sbuk..oh!
Post a Comment