Jan 19, 2007

Pandai tak berenang?

(Banjir oh Banjir)

Di luar hujan turun dengan lebatnya…,
Aku melihat isteriku dengan sebuah pandangan kasih sayang,
Lalu isteriku memaklumkan yang dia tidak di benarkan solat….
Bunyi air menimpa bumbung menambahkan lagi shahdu…

Syair Antara Hujan & Airmata

Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku

Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku

Ohhh... hujan..
Di antara airmataku
Menitis lajuBersama pilu pilu

Dan bunyi katak berpesta hujan yang berdarah sejuk itu, menambahkan kedinginan badan dan sedikit sebanyak: rasa lapar la pulak…, bestnya jika dapat makan mee magee berperisa ayam..

Akupun dengan kasih sayang order akan isteri aku masak mee magee segera…slurp, tak lupa telur ‘goyang’..(telur yang di goreng tapi bahagian kuning masih lembik dan bergoyang-goyang.., juga di kenali jugak telur mata kerbau..-aku yang mengada-ngada)

Hakikatnya, Aku order mee magee bukan untuk memenuhi perutku yang lapang, tapi just nak penuhkan masa aku yang lapang..!

Sementara bini aku masak mee magee, akupun menulis sepucuk surat buat student student Malaysia yang sedang bertungkus lumus menghabiskan baki umur mereka di perantauan mencari bekal sebelum jadi mayat…

******

Apa khabar korang semua wahai student student Malaysia yang sedang menuntut di luar Negara?

Aku kat Malaysia la ni, berada dalam musim tengkujuh, hujan telah turun membahasi bumi Malaysia dengan lebatnya, kilat sabung menyabung, ada beberapa tempat kat sini dah di tenggelami air, ramai penduduk telah di pindahkan dan cuti para bomba di bekukan kerana mangsa banjir sangat amat memerlukan khidmat mereka..

Apa khabar lecture korang kat sana? Sihat?
Kat sini ramai orang tak sihat dan pening kepala, terutamanya pihak JPS (Jabatan Parit dan Saliran), Menteri menteri di Johor, Ketua Mukim sungai Isap Kuantan dan ketua kampong negeri pantai timur…, ada wabak yang merebak…, kasihan para penduduk yang rumah mereka di naiki air, terutamanya orang johor…, dan bertambah kasihan lagi bila ada pulak orang jahat yang ambil kesempatan dengan mencuri di dalam kebasahan hujan akan rumah mangsa banjir yang berpindah ke dewan sekolah..ish.issh..ish..

Kehadiran orang jahat ini amat di kesali oleh pihak polis dan orang ramai, tapi nak buat camne?
Walaupun banjir, setan tak pernah mati lemas, air dengan setan ni macam itik dengan air ler, takat dada itik ajer.. cis!

Kata seorang ustaz pada lapan tahun dulu kat aku yang ada penyakit ingat ingat lupa, bahawa banjir akan datang bila ramai orang tak solat, kemarau akan datang bila orang tak bayar zakat…

Wallahu’alam.

Tapi kat sini kami bersyukur dengan ujian Allah kerana ALLAH baru datangkan air, cuba Allah hantar ‘suhu’.. ? subhanallah..

Korang kat Negara sejuk sana tentu best dapat main salji bukan? Macam mana korang kat sana mandi wajib, argghh!! Aku mulai merepek..

Korang rindu tak kat Malaysia?, kampong korang kat sini ada tak yang di landa banjir? Teringat aku zaman masa kecik kecik dulu.., dulu kampong aku selalu banjir, kata datuk aku ada naga yang keluar dari perut bumi, air melimpah, huh! Sempat pulak buat lawak mayat…, dan bila cerita tentang ‘banjir di kampong saya’ teringat pulak nolstagia waktu kanak kanak yang mana aku pernah buat rakit dari papan , di bawahnya kitaorang taruk tin minyak masak cap buruh yang kosong banyak banyak…, maka dengan Izin Allah, timbullah rakit itu..

Satu hari ketika aku sedang mendayung rakit itu, tiba tiba aku ada rasa serba geli geleman di punggung, aku raba my punggung dan aku dengan cuaknya dapat merasakan ada sesuatu yang amat lembik lembik tapi kenyal, dan bila di kenal pasti maka terkejut manusialah aku kerana ada seekor lintah dengan rakusnya nak masuk punggung aku…, akupun dengan rakus menjerit: tolong !! tolong !!! lintah nak masuk bontot!!! maka semua rakanku yang sedang mandi manda sempena musim tengkujuh terus berenang ke arah rakitku dengan kelajuan yang luar biasa just untuk menolong kerja kerja memunggahkan lintah yang masuk ke punggungku.., tapi oleh kerana ramai sangat yang perasan sibuk nak tolong aku maka rakit aku itu tenggelam dek kerana beban lampau yang melebihi ruang apungan sehinggalah mengasbabkan ‘rakitku shurgaku’ itu tenggelam ke dasar ‘baruh’ dan aku yang berumur 9 tahun waktu tu hampir menyamai mayat kelemasan dan yang lebih menyedihkan adalah apabila lintah itu telah berjaya menerjah masuk ke dalam badanku melalui lubang bontotku…, isk,,iskk.. (true story-serius!!)

Tapi itu cerita puluhan tahun yang lampau…
Ada lagi cerita yang lebih dahsyat yang berlaku sebelum masihi dulu dulu..

Iaitu cerita bah di Zaman Nabi Nuh a.s dulu… hujan telah turun dengan lebatnya akibat kaumnya yang derhaka pada Allah, dan banjir besar telah berlaku yang mana tiada seorangpun yang selamat walaupun berselindung di atas tanah tinggi, bukit bukau, gunung ganang, dan kota tinggi!!, yang selamat hanyalah 80 orang lebih kurang yang beriman pada Allah lalu sempat menaikki bahtera..

Tapi setan, setan tak pernah lemas dalam air….

Dan kemudianya, pada waktu hujan lebat itu juga, ada tiga orang pemuda kaum Nuh a.s yang licik telah lari berselindung ke dalam gua, dan lubang gua itu di tutupnya dengan batu.., air tidak masuk ke dalam gua dan mereka mulai berlagak sesama sendiri kerana telah dapat selamat diri dari azab Allah kononnya..

Seperti yang korang semua tahu, Allah itu Maha berkuasa, apabila keputusan Allah telah di buat, tiada siapapun yang dapat mengubahnya!!! Allah pentadbir dan selain dari Allah semua di tadbir (walaupun kerja jabatan pentadbiran), Allah Pencipta dan selain dari Allah semua di cipta, Dan dengan izin Allah, ketiga tiga pemuda itu telah datang hajat untuk kencing, merekapun mulai kencing dengan berjemaah, yang cuaknya, mereka kencing tak henti henti!!!
Mereka mulai gelabah bila air kencing dah capai paras lutut..

Di pendekkan cerita, ketiga tiga pemuda itu lemas dalam lautan air kencing mereka sendiri…
Lagi dahsyat dari member-member mereka yang lemas kat luar sana..

Moralnya: Apabila Allah buat keputusan untuk jadikan korang mayat, takde satu orang doctor pakar pun yang dapat selamatkan korang!! Takde!!, …, penah tak tengok mayat doctor?

Errr, kita berehat seketika, jangan ke mana-mana, Aku pergi makan mee maggee sekejap….




(setengah jam kemudian..)

Ok, kita sambung balik, err kat mana tadi? Arghh lantaklah..

Hari ni di Negara Malaysia, banjir telah berlaku di sini sana, pagi tadi aku dengar dah lapan orang mangsa lemas…
Hati hati dengan next life korang, takpe mati lemas, yang takutnya mati masuk neraka..

Bercerita mengenai air hujan, banjir dan mati lemas.. aku dengan sangaja nak membebel sambil bertazkirah ringkas di susuli dengan nasihat dan panduan yang berguna insyAllah..

TAHUKAH KORANG?
Siapakah orangnya yang selalu mati lemas???
Siapakah orangnya yang bila jadi mayat terus tenggelam dan kemudian timbul sekejap lepas tu terus tenggelam dan tak timbul timbul lagi?

Siapakah mereka itu?

Hmm….

Sebenarnya ada 3 asbab kenapa seseorang itu lemas..

Pertama
Orang yang tak pandai berenang..,
Ini adalah golongan yang paling banyak mati lemas.. bila lemas terus tenggelam dan kemudian timbul sekejap lepas tu terus tenggelam dan tak timbul timbul lagi..oh

Kedua
Orang yang pandai berenang tapi badan dia tak cukup sihat, otot mudah kejang, badan cepat letih.., lama lama diapun akan lemas.., biasa orang macam ni just pandai selamatkan diri dia sajer, bila tolong orang lain, dia tak dapat nak kawal beban sehingga dia pulak yang mati lemas , sungguh kasihan..

Ketiga
Orang yang pandai berenang tapi tak nak berenang
Ini biasanya orang gila yang sengaja nak bunuh diri…!!!

Dan berbalik kepada isu keretamayat, ummat hari ini telah hanyut dan lemas dalam arus dunia juga di sebabkan 3 perkara:

Pertama
Orang yang tak pandai ugama atau orang yang JAHIL ugama..,
Ini adalah golongan yang paling banyak tenggelam dalam arus dunia, tenggelam dalam maksiat.. mereka ini ramai tapi macam buih buih di pantai..

Kedua
Orang yang pandai ugama tapi terkesan dengan dunia, tak pandai nak control nafsu kerana ada penyakit wahan, cinta harta, cinta wanita, dan takhta, gila selesa sehingga iman menjadi rosak dan tenggelam juga dalam arus dunia.. oh!
Kadang kadang tu mereka kononnya nak pergi dakwah orang, tapi sebab iman yang lemah maka terus hanyut dalam pelukkan si awek, adakah patut bercouple sebab nak dakwah awek dia..
Ada jugak yang bercouple dengan non muslim dengan niat nak islamkan mereka, last last murtad..Naduzubillah!!!

Ketiga
Orang yang pandai ugama tapi tak nak amal…
Orang cam gini amat bahaya sebab suka buat bida’ah.., mereka akan jadi orang yang benar benar rugi di akhirat kelak…Oh!
(semoga kita semua selamat bila di soal akhirat kelak: Kamu amal tak apa yang kamu tahu???)

Persoalannya?, Adakah kita ummat islam hari ini hanyut dalam arus dunia kerana ‘air ‘ itu terlalu dalam???

Tahukah korang bilakah seseorang itu boleh di klasifikasikan sebagai mati lemas?

Jawapannya adalah apabila air dah masuk ke dalam mulut, hidung dan paru paru korang sehingga tak boleh bernafas lalu menjadi mayatlah korang dengan izin Allah dan matilah korang dengan nama mati lemas..

Tahukah korang akan kenapakah seseorang itu boleh lemas dan tenggelam dalam arus dunia?

Jawapannya adalah kerana kebesaran dunia dah masuk ke dalam otak, kebesaran dunia dah masuk ke dalam akal dan kebesaran dunia dah masuk ke dalam hati korang sehingga lupa akhirat lalu menjadi mayatlah korang punya hati atau dengan nama lain: Hati mati

Kadang-kadang tu ada orang yang air cetekpun boleh lemas, kerana dia sengaja nak bunuh diri mungkin sebab dah kecewa dengan dunia yang penuh pancaroba dan menipu daya lalu dengan sengaja masukkan air mutlak ke dalam mulut, hidung dan paru paru dia dengan air sehingga tak boleh bernafas lalu mampus menjadi mayatlah dia walupun air cetek..

Dan!!!!

Ada orang yang tahu perintah Allah dan larangan Allah, tapi sengaja juga masukkan kebesaran dunia yang indah dan menipu daya ke dalam lubuk hati lalu lemaslah dia dalam arus dunia.. aku ler nie..isk..

Syair fatamorgana

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Nota: Aku kadang kadang lemas dalam pelukkan isteriku yang tidak di benarkan solat itu..oh!

Syair Lemas si Ruffedge

Lemasku dalam dakapanmu
Tidak la la la kau begitu
la la la la bercinta
Tiada ruang nafasnya!!

Lemasku dalam dakapanmu

Tidakku ingat lirik- hentam sajelah bla bla bla!!

******

Tambahan:
Nabi SAW bagitahu dalam badan kita ada seketul daging yang mana jika ia baik maka baiklah seluruh anggota, jika burgok sebaliknyalah pula (lebih kurang maksud)

Dan hati kita ni macam tasik yang ada empat sungai mengalir yang mana jika salah satu di antara sungai-sungai ini kotor maka cukup untuk buat hati jadi kotor dan seterusnya anggota badan yang lain akan jadi jahat.

Sungai itu adalah:
  • Sungai mata
  • Sungai Telinga
  • Sungai Lidah
  • Sungai Fikir.

Maka cukuplah jika hanya mata korang tengok maksiat walaupun korang dah jaga tiga lagi anak sungai tu, maka hati korang akan tetap tercemar… isk!!
Maka kerana itulah ummat islam hari ini ramai yang lemas dalam arus dunia termasuk aku..
Selamatkanlah aku sahabat!!!!

*******

TERTIB TERNING-
Bagaiamana nak selamatkan ummat?

Sekarang korang dah tahu ramai orang yang lemas.., tapi usaha untuk selamatkan ummat yang tenggelam dalam nikmat dunia nampaknya macam takde…

Ini adalah kerana kebanyakkan Golongan yang nampak alim so call Islamic sebenarnya tak pandai nak berenang kerana tak amal ilmu yang di pelajari sebaliknya sibuk buat pembaharuan dalam ugama yang mana membuatkan orang makin tenggelam dan semakin jauh dari Allah..

Dunia ini Darul ASBAB, Allah buat tertib, nak solat kena ikut tertib, nak wudhu kena ikut tertib, kalau tak ikut tak sah, begitu jugak dengan Berdakwah, lagilah kena ikut tertib Nabi SAW..

Sebagai contoh, dalam tertib menyelamatkan orang yg lemas sungai macamana? Eh ada org lemas..macamana nak buat ni? Korang cakap: alah senang sajer..kita nyayi lagu yg bertajuk "bagaimana nak berenang"…he he he..tak sempat sampai korus aku rasa si lemas tu dah mampos lemas dalam air…

Rujuk ustaz yang berdakwah melalui lagu…

Kemudian ada pulak orang lain yg lemas…Korang cakap: alah senang sajer , jika cara tadi tak berjaya....kita jemput pakar pencaramah pasal berenang, bagi ceramah kat tepi sungai nie…he he heh, mampos lagi sorang..

Rujuk ustaz yang berdakwah melalui cakap cakap cakap cakap dapat duit tapi tak buat apa apa..

Kemudian sorang lagi lemas…Korang cakap: jika penceramah tadi gagal, kita kena angkat poster, tunjuk gambar bagaimana nak berenang… …he he heh, mampos lagi sorang..

Rujuk ustaz yang menyertai tunjuk perasaan sini sana berjemur tengah panas, baik tiru Kak pah yang tunjuk perasaan kat Allah di sepertiga malam..

Lagu latar:
Carilah ketenangan dalam diri sendiri..
Ibadat sepertiga malam..
Kemudian ada lagi yg lemas…

Korang cakap: Kita campak buku bagaimana nak berenang kepada mereka…huh..!!!!

Rujuk ustaz yang berdakwah melalui blog(macam pedas), internert, akhbar, radio, kaset, buku bla bla sambil dapat royalti tapi tak terjun dalam ummat.. (aku pun sama)

Atau korang salahkan pembangunan tak betul buat air tersumbat lalu datang banjir dan orang tu lemas.

Atau korang salahkan kerajaan..Ini semua salah kerajaan ler nie, sebab kerajaan tak ajar rakyat berenang, tengok!! kan dah ramai yg lemas, jika tuan-tuan pilih saya jadi ketua, saya akan ajar korang berenang, ha ha ha...dah dah dah, jangan jadi bodoh dan bangang, nun kau nampak tak si mamat yg pandai berenang dah pergi terjun dalam air selamatkan si lemas tadi…itulah peraturan menyelamatkan ummat…bukannya guna otak atau baca buku terus jadi pandai keluarkan fatwa..cara ni sesuai, cara ni betul, cara Nabi dah tak releven , bla bla bla blaHHH…

Adake patut hari ni ummat di selamatkan dengan cara selain dari cara Nabi?

Kita ni wakil Allah, khalifah Allah, apa kerja wakil Allah?, untuk ajak orang yang jauh dari Allah kepada Allah, jadi cara atau TERTIB nak ajak orang pada Allah adalah cara Nabi, jangan nak pandai-pandai buat pembaharuan atau bidaah…

Cuba korang wakilkan aku suruh pinang ina mawi world..korang sanggup bagi hantaran 7 dulang dan maskahwin RM 4000 ajer, sekali bila aku jumpa ina aku ubah tertib, jadi RM1000, aku ambik RM 3000 dan aku pulak ajak ina kahwin.. suka suka hati aku jer ubah tertib, korang marah tak???

TAU TAKPE...!

Jadi ingatlah korang semua termasuk aku, bahawa segala-galanya ada TERTIB

  • Nak bersetubuh kena kahwin,
  • Nak ambik barang orang kena mintak izin,
  • Nak bukak akaun Bank kena isi borang,
  • Nak gosok gigi kena diam,
  • Nak berak kena menerang,
  • Nak anak kena pancut dalam,
  • Nak masuk neraka kena langgar perintah tuhan!!!
  • Nak Nabi mengaku Ummat kenalah ikut sunnah Nabi Muhamad SAW..

Itulah TERTIB..Ramai yang bagi alasan cara Nabi dah tak releven, aku bagi fikir sikit (aku ambik dari kitab yang aku lupa riwayatnya)

Air kencing adalah katogori Najis berat, kena kain boleh batal solat.., jika keluar kena basuh dan memadai dengan ambik wudhu maka sucilah kamu.. ini adalah tertib

Air mani pulak adalah air mustakmal, suci tapi tidak menyucikan, kena kain boleh buat solat, jika keluar kena basuh seluruh tubuh dengan nama mandi wajib. ini adalah tertib

Kalau korang nak fikir logic akal, cubalah ubah tertib di atas, air mani suci, kenapa kena angkat hadas besar? Air kencing najis, kenapa kena angkat hadas kecik??, bila korang ubah!!! maka tak sahlah solat korang buat selama lamanya walaupun solat satu perpuluhan enam juta rakaat!!! kerana tak ikut tertib!!!!!

Dan berbalik bab berenang pula, Ada ayat dalam Al Quran yang tulis tentang “berenang dalam lautan manusia”
Maknanya orang yang berenang tak boleh berhenti, jika berhenti kita akan tenggelam… jadi mayat...
Dan kita tak boleh nak selamatlan orang yang lemas dalam air, mana boleh bagi CPR dalam air, nampaknya kita kena tarik mereka ke daratan terlebih dahulu dan buat usaha keluarkan air dari dalam paru paru, bila semua dah ok, kita kena ajar mereka berenang dan barulah mereka boleh terjun ke dalam air dengan konfidentnya dan pergi selamatkan orang lain..insyAllah..

Begitulah jugak ummat islam hari ni, lalai dalam maksiat dan dosa, kita tak dapat selamatkan mereka dalam dunia mereka, mana boleh basuh kain dalam longkang yang kotor?

Maka ummat ini perlu di bawa ke suasana ugama, bawak pergi masjid dan buat usaha keluarkan kebesaran dunia dari hati, lepas tu baru boleh terjun kembali dalam dunia dan selamatkan orang lain pulak..insyAllah!!

Tapi ada jugak ustaz yang ajak baiki diri kat tempat jin bertendang, dalam hutan, tepi pantai, atas gunung, dalam gua.. bila balik kem motivasi bawak perangai jin sesat, cari salah orang, nak bunuh ahli maksiat bla bla bla ..arghh aku malas nak komplen, aku bukan ustaz, aku baru nak start, aku buka ulamak, aku mungkin penyemak!!!!

Penutup:

Akhir kata, Aku tengok dengan pandangan mataku yang hina ini, amalan ummat islam kebanyakkannya adalah seperti air MUSTAKMAL, suci tapi tidak menyucikan…, walaupun mereka ummat islam (kebanyakkannya) bersolat, berzikir, berpuasa, berzangji atau berpoligami tapi tak dapat nak bagi manafaat kat masyarakat kerana mereka tak bergerak, mereka macam air mustakmal, bagus amalan mereka tapi bila bala datang merekalah yang kena azab dulu sebab tak dakwah orang lain kerana telah duduk di zon selesa, rasa diri masuk shurga!!!

Sepatutnya mereka dan aku sekali, kena jadi macam air MUTLAK, suci lagi menyucikan, iatu bergerak ke dalam masyarakat macam air mutlak yang sentiasa mengalir walaupun di datangkan sampah, bangkai dan najis!! Namun ia tetap suci lagi menyucikan..

Inilah yang di katakan dakwah cara Nabi SAW..!!!

Sekian

Ps: Timba tak akan dapat air dari perigi sampai bila bila jika tunggu air tu naik dan melimpah, Jika timba nak ambik air dari dalam perigi, kenalah timba itu terjun ke dalam perigi tapi jangan lupa terjun dengan tali supaya tidak hanyut dalam dasar perigi….

Pesan dari Nabi : "Ajarilah anak-anak kamu berenang ….. (rujuk ustaz)

Tambahan dari aku: Ajarilah anak-anak kamu berenang dalam lautan manusia kalau tak nak jadi mayat hidup!!!…..

33 comments:

Anonymous said...

pengajarannya..kita semua mestilah pandai berenang..hehe..selamat tahun baru 1428H..smoga tahun baru ini memjadikan kita lebih dekat kpdNya insyaAllah..

Anonymous said...

entry yg bersesuaian ngan isu semasa.. heuheuheu

aku penah terpk, camne kaum p'puan nak jd `air mutlak' ye? ada pendapat tak en hamka?

Anonymous said...

ingatkan nak jd pengomen no.1 tadik.. hehehe

-fazila-

Hamka said...

Anonymous 1

Aku sedang belajar berenang, takukah engkau?, sukan renang adalah sukan yang paling murah kos, hanya sehelai seluar dalam….

----------
Anonymous 2

Tugas perempuan galakkan dia punya muhrim jadi air mutlak, jangan biarkan dia punya muhrim jadi air mustakmal sajer, sibuk layan bini sampai lupa nak berdakwah..

Tahukah engkau?, setiap benda harus bermula dari baah, kecuali berenang..he he he

----------
-fazila-

Boleh cuba lain kali..
he he he

Anonymous said...

as'kum
kpd bro hamka dan rakan2 blogger

sebagai anak di rantauan, ingin saya sampaikan berita sedih dr jauh ini juga...
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan tiada sekutu bagiNya.

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruhNya tiada cacat dan celaan atas baginda.

Berita berita bencana alam dan kehilangan ahli keluarga bukan lah dialami di Malaysia sahaja, kerana Allah telah buat keputusan untuk turunkan balak dan bencana kepada hambaNya yang kufur dan ingkar...

Di sini mungkin tak kedengaran banjir kilat lagi, tapi puting beliung, ribut taufan, angin kuat la senang cite, dah mula mengganas di bbrp kawasan sekitar eropah. ramai manusia dah meninggal dan hilang pon ada gak...kesian mereka sebab aku tak sempat jumpe mereka...semoga ada orang yg pernah jumpe mereka utk sampai kan kalimah Taiyyibah itu.

semoga aku pon tahu berenang di kala angin ribut bertiup kencang...

Amir.

Anonymous said...

salam alyk..

tanye sket bro hamka, setahu saya ada 3 sunnah nabi: berenang,menunggang kuda dan memanah.. sunnah ni utk diikuti oleh muslimin dan ta terkecuali muslimat.. kan? klu benar la..teringin gak saya na lajar berenang.
utk pengetahuan bro hamka, saya ni muslimah. dan memandangkan situasi negara kte yg susah na cari pool yg 'selamat' tempatnya, yakni tidak terbuka @ bercampur, niat utk lajar tu terbuku. rasa terkilan gak.. but i wish i could try it someday. setakat ni..alhamdulillah, saya berpeluang lajar menunggang kuda kat negara org nih.

saya yakin selagi itu sunnah nabi,pasti ada rahsia dan kebaikannya utk seme aspek..utk jangka masa pendek atau panjang sekalipun. insyaAllah.

---> salam awwal muharram 1428H. moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..

Anonymous said...

salam alyk..

tanye sket bro hamka, setahu saya ada 3 sunnah nabi: berenang,menunggang kuda dan memanah.. sunnah ni utk diikuti oleh muslimin dan ta terkecuali muslimat.. kan? klu benar la..teringin gak saya na lajar berenang.
utk pengetahuan bro hamka, saya ni muslimah. dan memandangkan situasi negara kte yg susah na cari pool yg 'selamat' tempatnya, yakni tidak terbuka @ bercampur, niat utk lajar tu terbuku. rasa terkilan gak.. but i wish i could try it someday. setakat ni..alhamdulillah, saya berpeluang lajar menunggang kuda kat negara org nih.

saya yakin selagi itu sunnah nabi,pasti ada rahsia dan kebaikannya utk seme aspek..utk jangka masa pendek atau panjang sekalipun. insyaAllah.

---> salam awwal muharram 1428H. moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.. 1428H. moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..

mi said...

beberapa cara x bagus tolong manusia lemas

1.nyanyi lagu "bagaimana nak berenang"
2.jemput pakar berenang bg talk
3.tampal poster bagaimana berenang
4.campak buku bagaimana berenang

haha...sampai2...terima kasih


p/s:suka makan mee magee perisa ayam time kecik saja..da besa layan perisa kari(x sabo nak rasa megi yg isteri masak.-ngada2)

hanisumayyah said...

Buangkan kebesaran makhluk dalam hati dan masukkanlah kebesaran Allah dalam hati, Untuk masukkan kebesaran Allah dalam hati hendaklah yakin Allah lah berkuasa atas semua yang terjadi dan Allah boleh melakukan sesuatu tanpa pertolongan maklhluk hanya makhluk apabila handakkan sesuatu mestilah dengan keizinan allah.

Untuk Hamka dan isteri dan anak2...Selamat tahun baru hijrah...

nk jd air mutlak said...

kat oz panas dan kemarau..

ummat sekarang lemas dalam lautan hiburan... artis dipuja2... bagaimana nak menghidupkan kebesaran Allah dalam hati andai mawi tidak terpilih utk msk AF pun dulu2 kecoh satu msia?

NS said...

uwaaa....
aku student di perantauan.umah aku kat sg isap. apa citer kat sana aku pon xtau...

btw, kat sini xde salji skang, tgh musim summer. panas kering kontang. tp, lately hujan la plak.

*dari aku yg tgh blajar berenang di lembah kangaroo*

ns said...

alhamdulillah..
baru lepas call mak aku.
dia kata kat sana ok je.
aku dah cuak lebih2 dah td.
huhu

Anonymous said...

Hamka,
nak tanya, org malaysia di perantauan yg akan terima surat hamka tu belajar kat negara mana?

siti nurizzaty said...

assalammualaikum..

saya suka sgt entry kali nih... lawak ada, pengajaran ada,,so, harap hamka ble truskan usaha mencapai gemilang..hahaa..

p/s: teringin nak blajaq berenang..huhuu..

Guest said...

Assalamualaikum
sorry menyibuk lagi
hehe..berenang..
buat muslimah yg nak belajar renang, leh gi kat pool uniten..ada waktu utk muslimah je, and yg ajar pun perempuan..takpun, gi pool uitm..ada waktu utk muslimah gak. Bukan promote, sbb tak dpt apa2 komisyen pun..just nak bgtau kalau tak tau..:D

Nziela said...

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru Islam :) Kat mana kelas belajar berenang nie? Kat kolam berenang ker kat kelas agama :P

yuuki kagaku said...

salam~~
br call mak di kg mlm td..alhamdulillah kg x banjir...kalo kat mesia banjir..
kat sini tsunami..huhu..alhamdulillah tmpt2 yg bdak2 mesia duduk xde yg terjejas..
pesan nabi..ajari ank2 kamu dgn 3 kemahiran..berenang..memanah n menunggang kuda..
jom kita blaja berenang..:)

Inqilaab said...

apesal semua nampak renang je nih? hahaha.. lagi satu tempat yang bleh berenang jugak untuk wanita: swimming pool UIA kat sport complex sisters tapi sekarang tak dibuka sebab tak ada life saver. Iyolah, dah saiz olimpik, sah-sahlah dalam.

skill berenang dalam air penting.. skill berenang dalam lautan kehidupan tu lagi penting.. dalam air bleh tawakkal [mati je hilang sengsara kelemasan], lautan kehidupan, kalau karam, karam kat akhirat skali. huhu.. waiyazubillah...

kasturi said...

wahhh..lama btol aku tak masuk blog ni..alhamdulillah..still lg menarik..oo aku nak jawab soalan ko kepada mereka2 yg dok obersea..cemana kitorang mandi wajib??

since skang ni winter, mandi wajib guna air suam ler...hehe..kat shower tu kan ade tombol yg kita le adjust2 tahap kepanasan air tu..hehe

mekasey bnyk2, entry kali ni buat aku sedar, dunia ni takde apa pon sebenarnya..aku sedey sebab CGPA aku tak brapa best compare to kawan2 aku..tp bila aku baca entry ni, aku hepi..hepi sebab aku tau dunia ni takde lama mana..dan rezeki kita ni ALLAH TAALA dah sediakan..syukran2 :-)

Anonymous said...

saudara hamka...

adapun air kencing bukanlah najis berat...adapun air kencing itu ialah najis mutawassitah atau najis pertengahan yang mana cara menyucikannya:
1)hilangkan 'ain najis-lap atau hilangkan dulu air kencing tu
2)basuh dengan air mutlak sehingga hilang bau,warna dan rasa najis

najis berat adelah anjing,babi dan perkara-perkara yang sewaktu dan ada kaitan dengan mereka.

sekian.

Anonymous said...

Bagi muslimah yang nak berenang, di nasihatkan agar dapat mencari swimming pool yang 100% mukminah dan bukan 100% pompuan, sebab dengan kapir kan ke aurat...Kan? ke aku salah? ke aku betul?

Anonymous said...

muslimah nak berenang kena carik kolam yang hanya 100% pompuan muslim dan tidak bercampur dengan yang kafir...

dan juga bagaimanakah aurat dari pusat di jaga? pakai seluar ketatsampai lutut? itu bukan menutup aurat, itu main2 namanya..

Anonymous said...

kpd sume, selamat thn baru 1428..!!

sekadar selingan.. samaada kita suka @ tak, org yg paling byk mendakwa kita di hdpn Allah di hari kemudian nnt adalah family sendiri, iaitu org2 yg kita cintai..! (dipetik dr mag yg aku baca smlm)..na'uzubillah... marilah kita ajar diri dan keluarga kita `berenang', mudah2an terlepas dari kecelakaan ini..

-fazila-

Anonymous said...

Berenang perlu ilmu. begitu juga dakwah dan jihad.Semakin berilmu sepatutnya semakin kenal Allah dan semakin takut Allah...tinggal maksiat.

Juga hati perlu bersih..barulah manis dan berkesan ibadah itu. makanan hati ialah zikir, seeloknya diambil dari guru yang ada sanadnya dari nabi seperti Tok Kenali.

Sayang isteri tinggal-tinggalkan, pegi berdakwah, pegi masjid, pegi cari rezeki...

Hamka said...

Amir.
semoga aku pon tahu berenang di kala angin ribut bertiup kencang...

---------
mi

bersabolah untuk merasa megi yg isteri kou masak.- he he he.., perisa kari tambah sikit sos tomato best apa (dengan izin Allah..)

----------
hanisumayyah

Ya! Itu dia teknik CPR yang di kongsi bersama oleh puan Hani untuk menolong orang yang ‘lemas’

Buangkan ‘air’ dalam paru-paru dan masukkanlah ‘dara segar’

Untuk Puan Hani,hani junior , suani dan … Selamat tahun baru hijrah...

----------
nk jd air mutlak

selamat bertayamum..kat oz yang panas dan kemarau..

----------
NS

sungai isap area mana? Emaillah aku!

*selamat belajar berenang di lautan kangaroo*

--------
Anonymous

Aku tujukan pada semua student, even yang belajar memandu kat oversea..
Apapun aku rujuk pada gostat.com punya info pengunjung keretamayat..

Country Count
Malaysia 37690 (67.56%)
Japan 4184 (7.50%)
United States 2479 (4.44%)
Australia 2286 (4.10%)
United Kingdom 1805 (3.24%)
Singapore 1555 (2.79%)
New Zealand 1357 (2.43%)
Egypt 936 (1.68%)
Germany 617 (1.11%)
Ireland 526 (0.94%)
Indonesia 425 (0.76%)
India 280 (0.50%)
Korea, Republic of 261 (0.47%)
Jordan 207 (0.37%)
Albania 189 (0.34%)
Netherlands 159 (0.29%)
Brunei Darussalam 125 (0.22%)
Russian Federation 110 (0.20%)
United Arab Emirates 84 (0.15%)
Ukraine 73 (0.13%)
France 37 (0.07%)
Hong Kong 32 (0.06%)
Norway 32 (0.06%)
Thailand 32 (0.06%)
Canada 28 (0.05%)
China 26 (0.05%)
Turkey 25 (0.04%)
Mexico 19 (0.03%)
Saudi Arabia 19 (0.03%)
Bangladesh 17 (0.03%)
Morocco 16 (0.03%)
Denmark 15 (0.03%)
Qatar 15 (0.03%)
Brazil 11 (0.02%)
Asia/Pacific Region 10 (0.02%)
Iran, Islamic Republic of 7 (0.01%)
Kuwait 7 (0.01%)
Satellite Provider 7 (0.01%)
Syrian Arab Republic 7 (0.01%)
Taiwan, Province of China 6 (0.01%)

selamat belajar!

-----------
siti nurizzaty

salam
terima ksih kerana suka, :)
.huhuu..

-----------
Nziela

Salam
selamat belajar berenang kat kelas agama :P

----------
yuuki kagaku

tsunami jika di campur dengan suhu..oh! neraka itu suhunya amat dahsyat..

---------
kasturi

pembaca yang lama tak datang, terima kasih, selamat menghabiskan baki umur, jika kau dapat CGPA Cermelang, maka jadilah engkau mayat yang pernah dpt CGPA cermelang

-------
Anonymous

Alangkah jahilnya aku, terima kasih sayang, ..
Tegurlah aku lagi, banyak silap hamka nie..oh!

----------
abu_harraz

Nampakanya kena rujuk ustaz psal aurat nie.., akupun jahil, sape2 terer silalah tunjuk ajar..

-------
-fazila-

Selamat belajar: ajar diri dan keluarga `berenang', mudah2an terlepas dari kecelakaan ini..

-----------
Anonymous

ILMU…, banyak org salah tafsir, lain kali tak tahu bila aku tulis.. insyAllah, (macamlah aku terer..oh)

---------

Terima kasih kepada Guest dan Inqilaab serta yang lain :yang bagi tunjuk ajar kepada Anonymous yang nak belajar berenang
salam alyk..

ps;,menunggang kuda dan memanah nak belajar kat mana?..

---> salam awwal muharram 1428H. moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.. 1428H. moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..

Anonymous said...

if im not mistaken, this year in e Muslim calendar is 1429H :) last year was 1428H.

teruskan menulis mr hamka. mg sentiasa dirahmati Allah.

yr silent reader, nabilah.

Hamka said...

terima kasih silent reader...

ps: kereta mayat hanya injin yang berbunyi..

inqilaab said...

erkss.. silent reader duk kat negara mana eh? advance btol.. dah 1429H dah dia.

dina said...

Assalamualaikum,,
lame tak dtg,, entry yg bagus,, skrg kat UK sdg snow,, tadi jalan2 pun dalam hujan snow,, tapi takde masalah nak mandi pun,, alhamdulillah,, nikmat air ade lagi..

Sgt setuju dgn analogi,,, kita tak boleh tunggu org,,, kita yang kena bertindak,, untuk selamatkan org lain dr terus 'hanyut'..

Hamka said...

inqilaab

ya tak ye.., berbaik sangkalah, bagus ingat tahun cepat, maknanya ingat mati, cepat jadi mayat…, buat amal.., advance!

--------
dina

salam…

selamat jadi air mutlak!!!
(akupun)

budak_shams said...

kurang pandai berenang..
pernah lemas dulu..

serenawilliams said...

Earning money online never been this easy and transparent. You would find great tips on how to make that dream amount every month. So go ahead and click here for more details and open floodgates to your online income. All the best.

braxton said...

Earning money online never been this easy and transparent. You would find great tips on how to make that dream amount every month. So go ahead and click here for more details and open floodgates to your online income. All the best.