Apr 28, 2009

Tanya sama Tuhan? (part 2)

(10 jawapan daripada Tuhan., sila baca part 1 dulu, jika tidak.., lantak korang ler)

Semalam, waktu aku menemani isteri beli barang rumah di sebuah pasaraya terkenal di ibu kota tempat lahir tipu daya, terjumpa pulak akan aku dengan kawan sekampung, terus berborak rancak tentang “kampong apa cerita?” sedang isteri aku meneruskan beli barang sorang-sorang..

Baru aku tahu, dua orang kawan aku kat kampong, sudah bercerai dengan bini masing masing, sorang dah 6 tahun kahwin, anak dah dua, dan sorang lagi dah 3 tahun kahwin dan anak satu.., patutlah waktu aku balik kampong minggu lepas, aku jumpa mereka sedang lepak di masjid lepas solat maghrib, dan kusyuk membaca Al quran sampai isyak, biasa tak pernah nampak, rupa-rupanya dah bercerai dengan bini lalu datang ke rumah Allah mencari ketenangan.. patut air muka serius dan bila buat lawak tak gelakpun cis..

Bailk pada malam tadi, Aku tanya apa punca? kawan yang aku jumpa kat pasaraya terkenal di ibu kota tempat lahir tipu daya cakap, biasalah, orang ketiga, curang, itu begini bla bla bla..

Pendek cerita, aku panjangkan cerita tu kat isteri aku dalam kereta dan melarat ke ruang tamu, dapur, depan TV, dan atas katil, dan akhirnya tertidur..

Dalam mimpi, boleh pulak aku jumpa dengan bini kawan aku yang telah di ceraikan, dan kerana kasihan dengan mereka, aku kahwin dengan mereka berdua..

Dalam mimpi aku hintung bilangan anak aku ke semuanya dah jadi 7 orang, ramainya..

Awal pagi aku terjaga dan dapati isteri aku sedang menangis, aku tanya kenapa:

Dia kata dia baru sedih dalam mimpi sebab mimpi abang kahwin tiga, tapi dah tak sedih sebab itu semua mimpi..

Subhanallah, abang baru bermimpi abang kahwin tiga... kahwin dengan bini kawan abang, serius.., abang kira anak abang campur anak orang dah 7 orang..

Bini aku terus ketawa, tak tahu ketawa sebab lawak atau ketawa sebab lain..

Lalu aku berkata kepada bini aku, bukankah mimpi itu mainan syaitan? Jangan sedih sedih lagi..

Lalu kami dapat satu rahsia, yang mana, oleh sebab bini aku mimpi sama dengan aku punya mimpi, aku syak ni mesti kerja syaitan yang sama, akhirnya kami sedar bahawa syaitan selalu kacau rumah tangga maka akhirnya kami bersatu mengalahkan syaitan dengan membuat perkara yang di benci syaitan iaitu,, argh korang fikirlah sendiri...

Sekian.

: )

ps: antara alasan perasan sibuk kenapa tak siapkan entry ni malam tadi..

*****

Ok, dah jauh melalut, kita sambung cerita semalam, cerita 'Tanya sama Tuhan..'
Jadi sekarang, kita pergi terus kepada:

10 jawapan daripada Tuhan

Soalan satu:

“Bagaimana nak jadi kaya?”

Tanya seorang miskin yang tiada apa-apa harta, kecuali sehelai kain, ketika bertanya kepada Nabi Musa, beliau kelihatan sedang sembunyikan badannya dalam lubang untuk menutup aurat kerana kainnya baru di basuh dan sedang di jemur..

Jawapan :

“kena banyak syukur atas nikmat Allah..”

Semua tahu sudah, siapa yang bersyukur, Allah akan tambah nikmat dan siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih, lalu apabila Nabi Musa bagitahu jawapan kepada orang miskin yang sudah tidak sembunyikan badannya dalam lubang kerana sudah memakai sehelai kain, terus orang miskin tu marah-marah, tak puas hati dengan jawapan yang ‘mudah’ camtu..

“macam mana aku nak bersyukur, aku mana ada harta?”

“syukurlah atas nikmat kain sehelai tu”

“Kain ni? Apa boleh disyukurkan dengan sehelai kain?”


Lantas terus orang tu mencaci nasib dirinya, dan jadilah dia seorang yang kufur pada nikmat Allah, dan oleh kerana beliau berada di zaman Allah menzahirkan azab, tak macam zaman sekarang, yang mana jika korang kufur, Allah tak azab serta merta sebab nabi Muhammad SAW dah mintak tangguh, tapi zaman dulu, siapa kufur, insyAllah sebelum mati lagi dah kena azab, lantas sekonyong konyong pada waktu tu juga, datanglah segala angin kencang menerbangkan kain si miskin yang tak tahu bersyukur itu, dan azab tidak berhenti di situ sahaja, kerana angin kian terus menerus menjadi kuat sehingga menerbangkan orang tua itu dilambung hilang entah ke mana dan sudah pasti azab tidak akan berhenti lagi kerana bila mati, kena azab pulak di akhirat buat selama-lamanya.. oh!

Moral: Tiada seorangpun manusia di dunia ini yang tak dapat nikmat dari Allah, maka bersyukurlah..

Soalan dua.

“Bagaimana nak kurangkan harta yang terlalu banyak?”

Tanya seorang yang kaya raya, ketika bertanya kepada Nabi Musa, beliau kelihatan sedang membahagikan harta yang bertimbun timbun kepada orang ramai, susah hati sebab beban kerja yang banyak, beliau pun kirim soalan kepada Allah, macam mana nak jadi miskin, begitu legih kurang..

Jawapan :

“jangan bersyukur”

Satu jawapan yang simple, yang mana orang kaya itu tak sanggup buat lalu terus menerus ia mendapat nikmat dari Allah, dan terus menerus berkongsi nikmat dengan orang lain kerana itulah hakikat syukur yang mana ada kerja di sebalik semua nikmat, sebab tu jika korang kaya, bukan setakat simpan duit beli asset dan ucap syukur, tapi korang kena kongsi nikmat tu dengan orang lain supaya orang lainpun dapat bersyukur..

Moral: Nikmat yang terbesar adalah nikmat iman, dan orang yang bersyukur atas nikmat iman wajib berkongsi nikmat ini dengan orang lain melalui perantaraan dakwah..

Soalan Tiga.

“Aku duduk shurga tingkat berapa?”

Tanya seorang ahli ibadat yang sedang bertapa dalam gua, yakin dengan ibadatnya yang hebat yang mana telah mencecah berpuluh puluh tahun, di beritakan makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, lantas bertanya kepada Allah, : aku duduk shurga tingkat berapa wahai tuhan?

Jawapan:-

“tingkat berapa?, nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada”

Alangkah terkejutnya ahli ibadat yang telah beribadat mencecah berpuluh puluh tahun, yang mana makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, dah begitu hebat punya amalan, namun, nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada?

Oh, jika aku yang dah begini banyak ibadat belum tentu masuk shurga, bagaimana dengan orang lain yang tak pernah ibadat? Bagaimana nasib mak aku, adik aku yang tak pernah beribadat..? Tanya orang tua itu dalam keadaan penuh sedih..

Lantas Allah telah memberi jawapan yang baru kepada Nabi Musa untuk dikhabarkan kepada ahli ibadat itu bahawa sekarang, setelah ahli ibadat ini ada fikir risau atas orang lain, maka namanya telah berada dalam senarai ahli shurga, Alhamdulillah…

Moral: kepada ahli tariqat yang siang malam berzikir, tapi tidak pernah berkerut kening apabila melihat atau teringat kepada ahli maksiat, maka janganlah korang berangan masuk shurga tingkat berapa, kerana apabila azab Allah turun, koranglah orang yang pertama kena azab, demikian berita yang aku dengar dari hadith sabdaan nabi Muhammad SAW.., oh, dosa mana lagi yang aku dustakan..?

Soalan empat

“Aku duduk neraka tingkat berapa?”

Tanya seorang samseng kepada Nabi Musa, Wah!, soalan macam nipun ada, jahat betul mamat ni, boleh pulak Tanya soalan macam gitu?

Di sini Allah memjawab soalan dengan soalan..

Tanya Nabi Musa kepada lelaki itu, Bagaimana caranya jika Allah mahu masukkan dunia ke dalam lubang jarum..

Jawab lelaki itu, Allah boleh memasukkan dunia ke dalam lubang jarum tanpa Allah membesarkan lubang jarum, dan tanpa Allah mengecilkan dunia…

Lalu nabi Musa bagitahu, nama kau tiada dalam senarai ahli neraka, oh! Alangkah terkejutnya lelaki itu, lantas terus terpegun dengan Rahmat Allah, dan terus mengubah hidupnya menjadi orang yang benar benar beriman, dan dalam perjalanan takdir, lelaki itu terus menjadi pengikut Nabi Musa dan mati dalam keadaan beriman..

Moral: Orang yang betul yakinnya dengan Allah, betul sangkaanya dengan Allah, dan tidak pernah mempertikaikan kekuasaan Allah, maka insyAllah, jalan taubat akan terbuka untuknya…, jadi, sejauh mana yakin kita pada Allah hari ini? Tepuk dada tanyalah iman..

Soalan lima:

“Aku masuk shurga tak?”

Tanya seorang pakcik kepada Nabi Musa, beliau seorang pengikut yang baik, tapi takdelah nak bertapa dalam gua macam pak cik yang sorang lagi tu, beliau hanya beribadat di rumah dan tidur dicelah ketiak isteri..

Jawapan yang Allah bagi: “tak”

Pakcik tu masuk neraka, tapi sayang ketika jawapan ini disampaikan pada isterinya, pakcik tu dah jadi mayat, lalu bertanyalah Nabi Musa kepada isteri pakcik ni, apa amalan pakcik ni yang salah sehingga beliau mati masuk neraka..

Jawab isteri pakcik tu: “suamiku pada waktu nak tidur, selalu berkata: alangkah baiknya jika ugama yang di bawa oleh Nabi Musa itu benar”

Moral: Pakcik tu masuk neraka kerana iman dia rosak, dia masih tak yakin dengan sebenar-benar yakin pada Allah, yang mana walaupun pakcik tu kuat ibadat, tapi sebab iman rosak maka dia dikira tidak beriman dan mati kapir dan masuk nereka.., maka beristigfarlah wahai kawan kawan.. sesungguhya, ugama yang di bawa oleh Nabi Muhamamd SAW itu benar, sungguh! 100% confirm!

Soalan enam:

“Aku ada peluang masuk shurga tak?”

Tanya seorang hamba Allah yang banyak buat maksiat, walaupun dah beristeri, tapi masih sempat bertanya soalan pada Allah, Aku ada peluang masuk shurga tak?, dan beliau mati sebelum sempat nabi Musa bawak jawapan..

Jawapan:

Lagi sorang, dah jadi mayat baru nabi Musa dapat bagitahu jawapan, tapi takpe, sebab jawapan yang diberi adalah positif, kerana walaupun dia ahli maksiat, tapi Allah bagitahu dia adalah ahli shurga..

Bertanyalah nabi Musa kepada isteri lelaki itu, apa amalan sang suami hari-hari selain buat dosa..

Jawab isteri lelaki tu: “suamiku sebelum masuk tidur, selalu berdoa: wahai tuhan nabi Musa, ampunkanlah dosaku, aku begini.. aku begitu.. ”

Moral: Lelaki tu masuk shurga kerana iman dia betul, dan buat tindakkan yang betul iaitu bertubat selepas buat dosa, err, bukankah Allah telah sediakan keampunan kepada kita sebelum dosa terlaksana lagi?, kenapa tidak bertaubat pada Allah? yang mempunyai keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, atau anda tidak yakin dengan Allah? Atau buruk sangka bahawa Allah tidak akan ampunkan dosa kamu? Naduzubillah..

Soalan tujuh:

“Aku masuk shurga tak?”

Lagi seolan dari seorang ahli ibadat, nampaknya manusia zaman tu takde nak tanya soalan yang pelik pelik macam aetis zaman sekarang… Tanya pasal perisai kebal dan pedang tajam misalnya.. hampeh kan?

Jawapan:-

Di sini juga, Allah menjawab soalan dengan soalan..

Tanya Nabi Musa kepada lelaki itu, Boleh tak Allah masukkan dunia ke dalam lubang jarum tanpa Allah membesarkan lubang jarum, dan tanpa Allah mengecilkan dunia…

Jawab lelaki itu, “Tak Boleh, jika Allah nak memasukkan dunia ke dalam lubang jarum maka Allah perlu membesarkan lubang jarum, atau Allah mengecilkan dunia…, baru boleh (logic)

Lalu nabi Musa bagitahu, nama kamu tiada dalam senarai ahli shurga oh! Alangkah terkejutnya lelaki itu, lantas terus buruk sangka pada Allah, dan terus mengubah hidupnya dari menjadi orang beriman kepada ahli maksiat, dan dalam perjalanan takdir, lelaki itu mati dalam keadaan buat maksiat, dan matilah ia masuk neraka

Moral: Orang yang salah yakinnya dengan Allah, atau salah sangkaannya dengan Allah, dan sering mempertikaikan kekuasaan Allah, kerana bagi mereka semuanya kena logic, mereka tak boleh terima Allah itu satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan, mereka tak boleh terima jika Allah itu Maha kuasa, boleh buat apa sahaja, tak boleh terima kenyataan bahawa Allah boleh memasukkan dunia ke dalam lubang jarum tanpa Allah membesarkan lubang jarum, dan tanpa Allah mengecilkan dunia, mereka nak kenyatan yang logic seperti: jika Allah nak memasukkan dunia ke dalam lubang jarum maka Allah perlu membesarkan lubang jarum, atau Allah mengecilkan dunia…, baru boleh (logic)

Sebab tu akhirnya mereka buat keputusan untuk tidak bertuhan, mereka rasa dunia ni terjadi dengan sendiri, semua nya nak fikir logic, maka tertutuplah pintu hati, dan matilah ia macam mati semua manusia, tapi sebab dia salah sangka dengan Allah, maka matilah dia masuk neraka buat selama-lamanya.. Ya Allah, selamatkan kami dari dosa syirik..

Soalan lapan:

“Apa warna Sapi betina yang Allah nak kami sembelih?”

Tanya Bani isreal yang menyusahkan diri sendiri bila perintah Allah suruh sembelih Sapi, nak pulak Tanya sapi warna apa..

Jawapan yang aku petik dari al quran:-

Sebelum tu aku cerita sikit, Suatu hari tu, telah terjadinya peristiwa pembunuhan di antara kaum Nabi Musa. Untuk mengetahui siapa pembunuh orang tersebut, Allah telah perintahkan Nabi Musa menyuruh kaumnya untuk mencari seekor sapi betina. Dengan lidah sapi itu nantinya mayat yang terbunuh akan dipukul dan akan hidup lagi atas kehendak dan izin dari Allah SWT lalu bagitahu siapa yang bunuh…

Aku petik ayat Al quran sikit:

Mereka berkata: Mohonkanlah kepada Rabb-mu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya. Musa menjawab: Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya. (QS. 2:69)

Jawapan: warna oren gitu..

Soalan sembilan:

“Apa hakikat Sapi betina yang Allah nak kami sembelih?”

Musa berkata: Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak bercacat, tidak ada belangnya. Mereka berkata: Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu. (QS. 2:71)

Moral : Jangan jadi bodoh macam bani Israel, kerana suka tanya soalan yang pelik pelik apabila Allah turun perintah, jika waktu Allah suruh sembelih sapi, pergi jelah sembelih tak payah nak Tanya Tanya, tapi bila Tanya, jadi banayk songeh dan jadi payah nak amal, sebab tu sifat sahabat nabi Muhammad SAW yang Allah puji adalah sifat, “Kami dengar dan kami Taat”

Orang yang banyak tanya, jika kita jawab, akan tanya pulak soalan lain, sebab tu dalam berdebat kadang kadang baik tak payah, sebab jika kita menang, ugama akan kalah, (orang tu akan cari lagi soalan berbentuk syirik sebab nak menang) baik kita kalah, biar ugama menang, sebab ugama itu hak, yang hak tetap hak walaupun semua orang kata batil.. lantaklah, jadi, moral lagi sekali: Apa sahaja perinah Allah, tunaikanlah, tak payah tanya banyak banyak..

Soalan sepuluh:

“Boleh tak aku tengok Allah?, kalau tak, aku tak nak beriman pada Allah selagi tak tengok Allah”

70 orang pengikut Nabi Musa yang dah dengar suara Allah bercakap dengan Nabi Musa tapi banyak songeh dengan buat syarat tak nak beriman selagi tak tengok Allah betul-betul akhirnya mati di panah petir..

Moral: Takutlah Allah, takutlah Allah, jangan main main dengan Allah.., siapa kat sini tak takut di sambar petir, angkat tangan, (Pang! Terdengar bunyi hangus tangan terbakar)


****

Demikanlah tadi, perkongsian nota kepada diri yang aku ingat-ingat lupa, jika salah dan ada yang kurang sana sini, bolehlah korang tambah apa yang patut, akhir kata kita pergi balik pada si aetis yang bertanya :-

Bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya dan Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.

Dan Bolehkah Allah menciptakan makhluk yang lebih hebat, kuat dan lebih berkuasa dari diri-Nya jika benar tuhan itu Maha Pencipta?

Jawapan:-

Sebagi penutup dan untuk lebih anti klimath, aku nak bagi jawapan dalam bentuk soalan kepada si aetis yang bertanya:- jangan bimbang, soalan aku logic.. dan aku akan bagi jawapannya sekali, senang, tak payah nak jawab, angguk sahaja tanda setuju.., ok, lima soalan sahaja..

Soalan satu:
Boleh tak Allah cipta makhluk yang nampak Allah, tapi DERHAKA sampai bila bila?

(jawapan: boleh, syaitan dan iblis adalah makhluk yang nampak Allah, tapi derhaka sampai kiamat)

Soalan dua:

Boleh tak Allah cipta makhluk yang nampak Allah, dan TAAT sampai bila bila?

(jawapan: boleh, Malaikat adalah makhluk yang nampak Allah, dan Taat sampai kiamat)

Soalan tiga:

Boleh tak Allah cipta makhluk yang TAK nampak Allah, tapi DERHAKA sampai bila bila?

(jawapan: boleh, iaitu kau si aetis, dan orang kafir yang lain)

Soalan Empat:

Boleh tak Allah cipta makhluk yang TAK nampak Allah, tapi taat sampai bila bila?

(jawapan: boleh, iaitu aku, insyAllah dan orang beriman yang lain)

Soalan Lima:


Boleh tak Allah cipta makhluk yang TAK nampak Allah, tapi DERHAKA pada Allah, lalu makhluk yang TAK nampak Allah, tapi DERHAKA pada Allah itu, bertanya soalan kepada orang yang juga TAK nampak Allah, tapi TAAT pada Allah, yang mana orang TAK nampak Allah, tapi TAAT pada Allah itu akhirnya tak boleh jawab soalan tu sebab tak nak jawab sebab soalan tu tak pentig, boleh tak?

(jawapan: boleh, aku tak boleh jawab soalan kau sebab bagi aku soalan tu tak penting)

Jadi, sebagai seorang yang logic, dah tentu jawapan yang kau akan jawab akan logic juga, semuanya boleh, lima soalan tu kau jawab boleh, kan? Dan bila kau jawab boleh, nampaknya kau percaya pada Tuhan, alhamdulillah, masih terbuka peluang untuk bertaubat selagi kau tak jadi mayat, maka lebihlah baik kita bertaubat supaya senang aku sebagai pemandu keretamayat hantar kau ke tanah perkuburan islam jika korang mati pagi esok..

Kan?

SEKIAN.

Ps: Artis pilihan minggu ini: Johnny depp

(Ya Allah, bagilah hidayat kepada Johnny Depp dan keluarganya untuk mati dalam iman)

Apr 27, 2009

Tanya sama Tuhan?

(10 soalan yang di Tanya orang kepada Tuhan)

Aku mulakan cerita dengan memetik perbualan di antara Johnny Depp dan anak perempuannya:

She sat me down the other day, sort of like, "Dad, I need to have a talk with you."

You know, she's four. I said, "Alright sweetheart, what do you got?"

She said, "I just want to ask you three questions."

I said, "Ok, what do you got?"

She said, "Is God afraid of dogs?"

I thought about it. I said, "No honey, I don't think he is. Probably not."

She said, "Ok. Has He seen the dinosaurs?"

I said, "Yes, I think he has."

And then she said, "Does God have a maid?"

And I didn't know how to answer it!”
(Johnny Depp)

******

Aku dah tulis separuh entry ni dulu pada tahun 2006 dalam sisa sisa mengumpul nota yang dipetik dari Buznama, yang mana ketika dah hampir nak siap dengan cantik ditulis aku, tiba tiba thumb drive aku tercicir hilang entah ke mana buat aku terfikir bahawa entry “Tanya sama Tuhan” tiada dalam takdir Allah untuk di baca oleh dunia..

Life goes on, sehinggalah dua minggu lepas, lebih kurang, aku terima soalan “Tanya sama tuhan” yang di panjangkan dari seorang aetis yang berbunyi:-

Soalan pertama, bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya dan Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.

Soalan kedua, bolehkah Allah menciptakan makhluk yang lebih hebat, kuat dan lebih berkuasa dari diri-Nya jika benar tuhan itu Maha Pencipta?

Jawapan:-

Aku dah tulis jawapan lebih kurang bab ni dalam entry “apa itu tasauf”, tapi takpe, kerana sekarang, aku tiba-tiba terkenang isi Thumb drive yang hilang 3 tahun lepas berkenaan apa yang pernah ditulis aku tentang “Tanya sama Tuhan”, maka kali ni aku nak tulis lagi sekali, mudah-mudahan, cerita ini ada dalam takdir Allah untuk di baca oleh dunia.. amin..

TANYA SAMA TUHAN

Biasa kita dengar ungkapan “KIRIM SALAM PADA SIPULAN BIN SIPULAN”.., tapi pernah tak kita dengar ungkapan “KIRIM SOALAN PADA TUHAN”? pernah tak?

Aku ulangi, pernah dengar ungkapan “KIRIM SOALAN PADA TUHAN”? pernah tak?

Takde!, sebab zaman ni, dah takde orang yang diberi MUKJIZAT untuk bercakap cakap dengan Tuhan secara langsung, tapi zaman dulu ada, Zaman Nabi Musa A,S.., satu satunya Nabi yang dapat berdialog dengan Allah secara live di atas muka bumi, lantas mendapat gelaran Kalamullah..

Lalu, bila dah alang-alang ada manusia iaitu nabi Musa a.s yang dapat berdialog dengan Allah secara live, maka terdapatlah banyak riwayat tentang ‘Tanya sama tuhan”. Iaitu soalan-soalan yang dikirim oleh ummat manusia zaman itu kepada nabi Musa agar dapat di panjangkan kepada Allah SWT..

Seingat penulis, Nabi musa dapat peluang berdialog dengan Allah ada banyak kali gak dalam hidup, dan berdialog pulak dalam tempoh yang berbeda, ada yang ambik masa 3 hari, dan ada yang ambik masa 40 hari, jadi kira banyak jugaklah sebenarnya perbualan yang telah berlaku di antara Nabi Musa dan Allah, tapi aku petik ni sikit sahaja dari buznama dan tulis dalam Thumb drive, itupun dah hilang 3 tahun lepas, tapi sekarang tulis balik dalam keadaan ingat-ingat lupa..

So, nak ringkaskan cerita, ada banyak dialog yang boleh kita belajar sempena Mukjizat Nabi Musa a.s ini, tapi buat masa ni, aku akan tulis berkenaan soalan sahaja, iaitu soalan-soalan yang di kirim oleh manusia kepada Nabi Musa agar dapat di panjangkan kepada Allah SWT..

10 soalan kepada Tuhan.

Soalan satu:

“Bagaimana nak jadi kaya?”

Tanya seorang miskin yang tiada apa-apa harta, kecuali sehelai kain, ketika bertanya kepada Nabi Musa, beliau kelihatan sedang sembunyikan badannya dalam lubang untuk menutup aurat kerana kainnya baru di basuh dan sedang di jemur..

Soalan dua.

“Bagaimana nak kurangkan harta yang terlalu banyak?”

Tanya seorang yang kaya raya, ketika bertanya kepada Nabi Musa, beliau kelihatan sedang membahagikan harta yang bertimbun timbun kepada orang ramai, susah hati sebab beban kerja yang banyak, beliau pun kirim soalan kepada Allah, macam mana nak jadi miskin, begitu legih kurang..

Soalan Tiga.

“Aku duduk shurga tingkat berapa?”

Tanya seorang ahli ibadat yang sedang bertapa dalam gua, yakin dengan ibadatnya yang hebat yang mana telah mencecah berpuluh puluh tahun, di beritakan makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, lantas bertanya kepada Allah, : aku duduk shurga tingkat berapa wahai tuhan?

Soalan empat

“Aku duduk neraka tingkat berapa?”

Tanya seorang samseng kepada Nabi Musa, Wah!, soalan macam nipun ada, jahat betul mamat ni, boleh pulak Tanya soalan macam gitu?

Soalan lima:

“Aku masuk shurga tak?”

Tanya seorang pakcik kepada Nabi Musa, beliau seorang pengikut yang baik, tapi takdelah nak bertapa dalam gua macam pak cik yang sorang lagi tu, beliau hanya beribadat di rumah dan tidur dicelah ketiak isteri..

Soalan enam:

“Aku ada peluang masuk shurga tak?”

Tanya seorang hamba Allah yang banyak buat maksiat, walaupun dah beristeri, tapi masih sempat bertanya soalan Allah, Aku ada peluang masuk shurga tak?, dan beliau mati sebelum sempat nabi Musa bawak jawapan..

Soalan tujuh:

“Aku masuk shurga tak?”

Lagi seolan dari seorang ahli ibadat, nampaknya manusia zaman tu takde nak tanya soalan yang pelik pelik macam aetis zaman sekarang… Tanya pasal perisai kebal dan pedang tajam misalnya.. hampeh kan?

Soalan lapan:

“Apa warna Sapi betina yang Allah nak kami sembelih?”

Tanya Bani isreal yang menyusahkan diri sendiri bila perintah Allah suruh sembelih Sapi, nak pulak Tanya sapi warna apa..

Soalan sembilan:

“Apa hakikat Sapi betina yang Allah nak kami sembelih?”

Tanya lagi Bani isreal yang dah dapat tahu warna, tapi masih menyusahkan diri sendiri bila nak tahu hakikat sapi betina ler pulak, macam-macam hal korang ni

Soalan sepuluh:

“Boleh tak aku tengok Allah?, kalau tak, aku tak nak beriman pada Allah selagi tak tengok Allah”

Tanya 70 orang pengikut Nabi Musa yang dah dengar suara Allah bercakap dengan Nabi Musa tapi banyak songeh dengan buat syarat tak nak beriman selagi tak tengok Allah betul-betul..

****

Ok, cukuplah 10 soalan yang aku masih teringat, ada banyak lagi tapi pakcik ni almaklumlah dah tua, mudah lupa.., bukan melayu jer mudah lupa, pakcik yang dah tua ni pun mudah lupa, eh? pakcik lupa yang pakciknipun melayu, apa-apalah!

10 jawapan daripada Tuhan... BERSAMBUNG

******

Ps: Err, aku perasan sibuk, esok-esok aku tulis sambungan entry ni, , takut Thumb drive hilang..

Bersambung di next entry...

Apr 20, 2009

Wake me up when election ends?

(Writer’s Block??? Part 3, read here for writer's block part1 and part2)

This is my first entry in English, and for your information before we get serious about this, I actually got BM July exam because I got 7 in BM, and I wish to take BI ‘August’ paper since my BI was 8 for SPMV even I get A1 for PENDIDIKAN ISLAM and SAINS… woha!, Whatever..

So today, to test my English skill, I would like to write about ‘music video’ where you can’t watch it but you can read it, freak? Never mind because I as a ‘music video director’ think that I am ‘Perasan Busy’ so to make it as simple as possible I just write and you can pretend like reading a video clip and watching inside your brain, so we call this ‘read’ a Youtube, he he..

So before you ‘watch’ this video clip, the first term you must fulfill is, all of you should watch the Greenday(or Blueday?) video clip entitle “Wake Me Up When September Ends" the fourth single from Green Day's seventh studio album, American Idiot. Released on June 13, 2005.

Ok, now we’ll go straight to the point. This video clip is about a teenage couple, played by Jamie Bell and Evan Rachel Wood.

The video focuses on the teenage couple as the boyfriend promises that he never want to leave his girlfriend, scene in the grass field. Later in a lengthy sequence, the girlfriend confronts him about something he did, repeatedly yelling, "How could you do this to me?" Although the audience's initial assumption may be that he was unfaithful, subsequent scenes reveal that he is in fact enlisted in the United States Marine Corps without her knowledge, and he said, :”I do this for us.” And she started to cry badly..

The video then shows the boyfriend in battle in Iraq being ambushed by insurgents. The war scene cuts out with the boyfriend taking cover after being separated from his squad in the ambush. It cuts back to the girlfriend again, where she is crying. Since the war scene suddenly cuts out, the viewer is left to think about what might have happened. Err, just wake me up when September ends..

Ok, done, all of us already know about “wake me up when September ends”. Base on the storyline of the video, it was about the event of 9/11.., Now I’ll rewrite the new lyric and 'redirect' new video clip for this song, so I ‘change’ the title of the song :-

"WAKE ME UP WHEN ELECTION ENDS"

Ops, I’m sorry because last week, Malaysia already passed small election in 3 places, and all end by the results “win-win situations”

Forget about that, this song and video clip appear perhaps to enlighten your mood, whatever…

So, let’s read and watch inside your head.. (please refer Harakah Tabloid for clear visualizing about this video clip)

"WAKE ME UP WHEN ELECTION ENDS"

This video focuses on the teenage couple as the boyfriend promises that he never want to leave his girlfriend. Don’t forget the boy wear a Kopiah and the lady wear Jilbab, Later in a lengthy sequence, the girlfriend confronts him about something he did and repeatedly yelled, "How could you do this to me?, tell me this is just “hot-hot-chicken –shit” Although the audience's initial assumption may be that he was unfaithful, subsequent scenes reveal that he was in fact enlisted in the PAKATAN RAKYAT team without her knowledge, and he said, :”I do this for us.” and she started to cry badly just crazy like a pig(menangis gila babi)...

The video then shows he joined a riot somewhere in Malaysia and suddenly being ambushed by FRU. The 'war' scene cuts out with the boyfriend being detained in ISA . It cuts back to his girlfriend again, where she was crying with poster, FREE ISA. Since the scene suddenly cuts out, the viewers have to think about what might have happened. Err, just wake me up when Election ends lah!..

So take your guitar, and enjoy this song:-

(GREEN OR BLUE DAY LYRICS)

*****

"Wake Me Up When Election Ends"

Khaliff has come and passed
The Slanderer can never last
Wake me up when Election ends

like my Khaliff come to pass
As four years has gone so fast
wake me up when Election ends

Here comes the war again
Between same religion
Renew your sin again
And don’t know who you are

As my memory rests
But never forgets what they lost
Wake me up when election ends

Throw out your Deen again
Like you did when fight began
Wake me up when election ends..


(Repeat chorus until SPR make new announcement about new date of new elections)

Ps: Writing by somebody who never learning of Mathematics and Science in English.. sorry for any type of mistake, TQ

Apr 15, 2009

Apa itu tasauf? (part 2)

(Apabila aku terperangkap dalam gua, tiba tiba terdengar suara ghaib yang berkata betapa hidup dengan mengamalkan rukun islam lima perkara belum tentu masuk shurga jika tidak sempurna tiga perkara iaitu...)

Aku dah tulis ‘apa itu tasauf’ untuk bahagian yang pertama pada tahun 2006, tapi tak pula aku tulis secara detail bab tasauf, malahan melalut dari cerita ulamak iraq dan arab kepada soalan kartun dan seterusnya kisah bulu kemaluan yang berkerinting… Apa-apalah… lagipun korang punya komen juga melalut dari tajuk yang aku tulis, lebih kepada cerita bab bulu kemaluan, ninja turtles dan teknik mencegah melancap…

Macam-macam hal..

Baru-baru ni aku ditanya orang, “cik hamka ada amalkan ilmu tasauf tak?” Pada mulanya aku tak paham maksud soalan lalu jawab macam dah faham sehingga akhirnya aku pulak yang tak faham apa yang nak fahamkan..

Tapi takpe, kita sama sama belajar bab ni, sebab akupun jahil gila babi jugak dalam banyak hal, jadi hari ni, kita bincang sikit bab tasauf dari sudut seorang aku yang bukan ustaz.. almaklumlah, aku hanya seorang tua yang baru belajar makan cempedak di luar pagar, kalau salah janganlah jolok.., sebab tak baik jolok orang tua di luar pagar.., apa-apalah!

Bila kita cerita bab ilmu tasauf, kebanyakkan orang akan terbayang di kepala mereka akan pendekar pendekar atau wali wali yang mempunyai ilmu keramat tertentu, seperti boleh jalan atas air macam labah-labah, atau boleh menyelam tak timbul timbul macam kura-kura, atau boleh terbang macam burung gagak atau juga boleh ghaib macam hantu Keliwong.

Kemudian terbayang lagi bahawa ahli tasauf adalah ahli Hakikat, Tarikat, Makrifat, yang mengamalkan zikir zihri dan zikir qulbi, ada tasbih yang berjumlah seribu ke atas, sentiasa bersuluk dan mencapai makam khayaf sehingga boleh melihat alam ghaib dan juga suka merahsiakan ilmu kepada orang awam dalam mujahadah mendidik tujuh nafsu menjejak cinta ilahi.., begitu lebih kurang…

Lalu aku di tanya, cik hamka macam tu ke? Cik Hamka ada ilmu Hakikat, Tarikat, Makrifat tak?, ada amal zikir zihri dan zikir qulbi tak? Atau cik hamka pergi tak bersuluk? khayaf tak cik hamka? boleh jalan atas air macam spiderman tak?, atau boleh menyelam tak timbul timbul macam mentibang laut tak?, atau boleh terbang macam cicak kubing tak?

Tengok! Asal cerita pasal tasauf, korang terus merujuk kepada wali, atau bercita cita nak jadi wali, gua memang wali wa cakap lu, gua wali anak perempuan gua bila nak kahwin nanti lu semua dah tahu..

Ok, aku bukan nak hina para wali wali yang korang puja dan keramatkan, tapi taraf mereka para wali lebih rendah dari taraf Nabi dan Sahabat… kena faham tu, dan kita diperintah untuk ikut jejak langkah Nabi dan Sahabat, yang mana para walipun kena ikut mereka..

Tapi bila aku cerita pasal sunnah nabi dan sahabat, korang rendahkan amalan itu kerana bagi korang ilmu seperti bersuluk, makan bertih, zikir qulbi, khasyaf dan lain-lain adalah jauh lebih tinggi dari kerja dakwah, tak ke hampeh?

Zaman nabi dah ada tiga orang hamba Allah yang jumpa nabi dan bila tahu amalan nabi amat sikit berbanding mereka, terus hamba Allah ni perasan bagus, sambil berbangga dengan amal masing masing, sempat mereka berkata:, kami solat malam tak tidur-tidur, kami puasa tak berbuka, dan kami beribadat pada Allah tak kahwin-kahwin..

Lalu Nabi Muhammad SAW tegur mereka, sambil mengaku bahawa Nabi solat malam dan tidur jugak, Nabi berpuasa dan berbuka, dan Nabi kahwin lebih dari satu, last sekali, nabi cakap, siapa yang tak ikut aku, BUKAN UMMAT AKU!

Faham?

Jadi amalam tasauf yang korang imiginasikan dengan merujuk kepada ahli zikir tarikat dan para keramat, dan tuduh aku tak amal tasauf adalah silap, sebab maksud tasauf itu bukan begitu yang aku faham..

Jadi, apa itu tasauf? Nabi ada ajar sahabat ilmu tasauf tak?

Baik, kita akan bincang slow-slow bab ni, Sebelum tu aku nak petik dulu satu kisah yang popular di kitab kitab zaman berzaman sebagai rujukan dalam memahami ilmu tasauf.. mudah-mudahan…

****

Bermula al kisah, pada zaman dahulu kala, ada cerita tentang 3 orang Bani Israel yang terperangkap dalam sebuah gua. Kemudian, mereka cubalah dengan sedaya upaya untuk menolak batu besar yang jatuh dan menutup pintu gua itu namun tidak berjaya jua.

Akhirnya salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya menyelesaikan masalah melalui perantaraan amal iaitu dengan berdoa sambil menyatakan kebajikan yang telah mereka lakukan dengan harapan Allah akan memperkenankan doa mereka.

Aku pendekkan cerita, terus kita pergi kepada doa doa tersebut,:-

Pemuda pertama pun berdoa:-

“ Ya Allah, pada satu hari aku telah bawa susu untuk ibu bapaku, kebiasaanya aku akan mendahului mereka sebelum anak dan isteri, tetapi satu hari mereka sedang tidur. Aku terus menunggu mereka terjaga dari tidur walaupun anak-anakku menangis kehausan. Apabila ayah dan ibuku sudah terjaga dari tidur dan mereka telah minum susu itu barulah aku berikan kepada anak-anakku. Ya Allah, jika itu ada kebajikannya maka lepaskan kami dari bahaya ini.”

Selesai berdoa maka bergeraklah batu itu sedikit tapi masih tidak muat untuk seorang manusia melepasinya, maka pendek cerita pemuda kedua pulak yang berdoa:

"Ya Allah, aku ada seorang sepupu perempuan yang sangat cantik dan rupawan, pada suatu hari dia datang kepadaku untuk meminjam sedikit wang sebab ayah dia sakit, pada kesempatan itu aku mengugutnya bahawa aku tak akan memberi pinjam wang tersebut kecuali perempuan tu rela di zinai, , oleh kerana terpaksa dia akur untuk berzina bersamaku, tapi ketika hampir nak berzina, boleh pulak dia berkata,: tidakkah kamu takut pada Allah?, lalu aku jadi sangat takut dan bagi duit pada dia, dan terus bertaubat.., Ya Allah, jika itu ada kebajikan dalam perkara ini, maka lepaskan kami dari bahaya ini.”

Selesai berdoa maka bergeraklah batu itu sedikit lagi tapi masih tidak muat untuk seorang manusia melepasinya, maka pendek cerita pemuda ketiga pulak yang berdoa:

"Ya Allah, aku mempunyai seorang pekerja dan suatu hari, beliau telah berpindah tanpa sempat mengambil gajinya, oleh sebab itu aku melabur gajinya ke dalam perniagaan lain sehingga untung berlipat kali ganda, pada suatu hari pekerjaku datang untuk mengambil gajinya yang ditinggalkannya dulu,maka aku memberi semua keuntungan baru, dan dia terus ambik tanpa meninggalkan sedikitpun, Ya Allah, jika itu ada kebajikan dalam perkara ini, maka lepaskan kami dari bahaya ini.”

Akhirnya pintu gua itu terbuka sedikit demi sedikit lalu dapatlah mereka keluar dengan selamat dan sejahtera..
Sekian.

Apa yang kita faham dari cerita di atas?

*****

Sebenarnya, cerita di atas secara ringkas merujuk kepada tiga masalah dalam hidup manusia, iaitu:-

1) Masalah dalam hubungan sesama manusia atau kita namakan: “AKHLAK”, sebagai contoh, kisah seorang anak yang mendahului ibu bapa dari segala yang lain.

2) Masalah dalam pergaulan berlainan jantina yang kita namakan: “MUNAKAHAT”, sebagai contoh, kisah seorang pemuda yang ada peluang zina, tapi membatal niat dan akhirnya berkahwin dengan wanita itu demi menjaga maruah.

3) Masalah dalam bab urus niaga yang kita namakan:, “MUAMALAT”, sebagai contoh, kisah seorang majikan yang menunaikan hak pekerja secara telus.

Jadi, tiga perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah asas kepada kehidupan seorang manusia yang menjadi khalifah di muka bumi..

Ketiga tiga perkara ini adalah seperti tiga buah bangunan yang berdiri teguh setelah di sokong oleh landasan/basement yang kukuh, atau seperti tiga pohon pokok besar yang tumbuh tegap setelah di sokong oleh akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak bumi.

Soalannya sekarang, dari mana datangnya landasan/basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama dalam membagunkan tiga perkara besar iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT?

Jawapannya adalah RUKUN ISLAM yang lima iaitu Kalimah Syahdah, solat, puasa, zakat dan haji yang mana amalan ini adalah terlindung, manusia tak nampak, orang kafir tak nampak, korang solat banyak, baca al quran dan zikir banyak-banyak, semua tu orang tak nampak, sebab itu perumpamaan kepada Rukun islam yang lima ini adalah benda yang terlindung dalam bumi, seperti landasan/basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama..

Jadi, perkara yang tidak terlindung, yang memang manusia nampak, orang kafir pun nampak, adalah tiga perkara utama iaitu, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT.

Orang kafir dan manusia lain menilai orang islam berdasarkan tiga perkara ini, jika mereka melihat orang islam suka gaduh gaduh, caci, serta menghina, dah jelas AKHLAK orang islam itu dah rosak, atau yang suka berzina, kacau bini orang dan rakam gambar kekasih dalam keadaan berbogel misalnya, dah jelas MUNAKAHAT orang islam tu dah punah, dan jika suka curi tulang, ponteng kerja, malas kerja, makan rasuah dan sebagainya, dah tentu kantoi bab MUAMALAT.

Jadi tiga perkara ni adalah cermin kepada setiap individu muslim yang mana 3 perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT akan betul jika rukun islam yang lima juga betul, yelah, pokok tak kan tumbang jika akarnya kukuh bukan?, atau bangunan tak kan runtuh jika basementnya teguh, betul tak?

Maka, masalah orang islam hari ni, mereka dah kantoi dalam Rukun Islam yang lima, lantas merosakkan 3 perkara asas kehidupan, Akhlak jadi buruk, Munakahat tak jaga, dan Muaamalat dah tak ikut hokum, habis dunia rosak..

Sedang dalam cerita kisah tiga pemuda yang terperangkap dalam gua, Allah nak bagitau pada kita bahawa, apabila kita ada masalah dalam hidup, kita kena selesaikan melalui 3 amalan ini, iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, faham tak?

Dalam cerita tu juga gambarkan macam mana jika Akhlak sahaja betul masih belum selesai masalah, ibu bapa memang kena jaga, tapi jika dah tak tahan bersetubuh, memang wajib kena kahwin dan jangan lupa cari rezeki yang halal, maka lengkap pekej, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, baru Allah akan selesaikan segala masalah! insyAllah!

Maka, perumpaan Orang islam hari ni adalah sama macam kes pemuda di atas yang mana orang islam hari ini adalah seperti sedang di timpa ‘batu yang besar’ dan semua orang islam tak tahu macam mana nak alihkan batu tu, ada yang nak bina senjata, nak bina teknologi, nak boikot sana sini, nak menyanyi dan sertai parti, tapi mereka lupa, ‘batu yang besar’ itu akan dapat di alih hanya apabila mereka betulkan amal, iaitu betulkan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, dan untuk betulkan 3 perkara itu, nak kena betulkan tapak basementnya, atau akarnya iaitu Rukun islam yang LIMA, nak tak nak, hanya ini caranya dan Ini lah jalan yang telah ditunjukkan oleh para NABI dan SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW..

Faham?

Kita kena betulkan 5 rukun islam, baru 3 perkara iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT jadi betul dan selesailah segala masalah didunia dan di akhirat..

Dah sebagai peringatan, sekiranya korang dah sempurnakan 5 rukun islam, tapi derhaka pada suami, atau mak bapak, tetap masuk neraka, atau dah bagus rukun islam yang lima tapi berzina atau makan rezeki yang haram, semua akan bawa kepada jalan masuk nereka, sebab tu aku tulis di atas:

Mengamalkan rukun islam lima perkara belum tentu masuk shurga jika… AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT tak betul, tapi dah tentu ketidak betulan akan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah berpunca dari Rukun islam yang di tunaikan dengan cara yang tidak betul.. faham?

Habis tu hamka, apa kena mengena cerita kau dengan tasauf?

Laa, aku lupa, punya panjang intro, baru kita pergi pada tajuk entry..

Senang begini, aku tahu benda ni banyak pecahan, tapi sebab nak bagi mudah faham, aku pecahkan pada dua sahaja, iaitu, dalam bab kita belajar ugama, ilmu ni kita bahagi kepada dua:

Satu: Ilmu FEKAH.
Dua:. Ilmu TASAUF

Maksud Ilmu FEKAH, atau Ilmu MASAIL, atau Ilmu SYARIAT, (semua benda yang sama lebih kurang), adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI SYARAT AMAL DI TERIMA, seperti Ilmu Hukum-Hakam, Sah-Batal, Sunnah Bidaah dan yang sewaktu dengannya..

Atau senang cerita: Ilmu FEKAH adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI SYARAT AMAL DI TERIMA.

Manakala, Maksud ilmu TASAUF, atau Ilmu MAARIFAT, atau Ilmu HAKIKAT, atau ilmu ROHANIAT, (semua benda yang sama lebih kurang), adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI ADAKAH AMAL SUDAH DI TERIMA ATAU TIDAK. Yang mana Ilmu ini bermula dengan membetulkan niat dan berakhir dengan mencapai darjat Ehsan iaitu dapat melihat Allah lalu gunakan amal itu untuk selesaikan semua masalah yang korang tafsirkan sebagai keramat..

Atau senang cerita: Ilmu TASAUF adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI 'ADAKAH' AMAL DI TERIMA dan gunakan amal itu untuk selesaikan semua masalah.

Faham?.

Ramai orang yang belajar ilmu bab syarat amal di terima tapi tak ramai yang nak belajar ilmu bab amal yang melayakkan untuk di terima. Sebab ilmu ni berkaitan dengan benda yang tersembunyi seperti pakaian nak kena jaga, makanan nak kena jaga, tempat berdiri nak kena jaga, dan banyak cabang serta pecahannya,namun yang asas adalah merujuk kepada niat dan sejauh mana cara Nabi di hubungkan….

Dan untuk ilmu fekah, ramai orang tahu amal kita sah atau tidak, boleh rujuk kitab dan ustaz, tapi dalam bab ilmu tasauf, hanya korang dan Allah yang dapat tahu mana amal yang di terima, dan mana amal yang di tolak.. dan inilah jalan takwa.., akan timbul takut dan harap di hujung setiap amalan.. dan akan timbul niat untuk baiki amal dari masa ke semasa, dan akan wujud irihati kepada mereka yang sempurna amal, serta akan wujud kasihan kepada mereka yang belum mencapai amal, begitu lebih kurang.., benda ni payah nak cerita, tapi gitulah bunyinya setakat yang aku paham..

Sebab tu dalam kitab kita boleh jumpa ungkapan seoarang alim yang berkata bahawa aku tahu mana doa yang di terima iaitu apabila hati bergetar, air mata mengalir dan badan menggigil dan hubung kait akan bagaimana para sahabat Nabi yang tahu amalan mereka diterima melalui qabulniat, yang mana mereka gunakan amal untuk selesaikan segala masalah yang korang tafsirkan sebagai keramat...

Banyak cerita dalam rentetan sejarah perihal mereka-mereka yang tahu amal mana yang diterima atau tahu bagaiamna amal itu layak diterima lantas gunakan amal itu untuk selesaikan masalah, macam kisah Saidina Ali dan pengisar gandum, kisah sahabat hidupkan keldai, atau kisah sahabat yang mendapat air telaga kausar, atau kisah tentera islam berkuda yang berlari atas air, dan beribu lagi rentetan sejarah yang menunjukkan para sahabat menyelesaikan masalah dengan perantaraan amal yang mana disinilah ajaran tasauf di kenali sebab benda ni nampak macam keramat sedang ia adalah nusrah Allah kepada ummat akhir zaman yang tahu amal mana yang di terima dan guna amal itu untuk selesaikan masalah, inyAllah..

Sama macam kes kisah pemuda dalam gua di atas, yang tahu amal itu layak di terima, lalu guna amal itu untuk keluar dari masalah, lantas pintu gua terbuka kerena mereka telah guna AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT yang betul.., kita rujuk balik kisah sahabat, bagaimana AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT mereka yang mana melalui amalan ini, Allah buka pintu pintu hidayat sehingga berbondong bondong orang kafir masuk islam dan seterusnya mengukuhkan kaki kaki mereka dalam usaha menakluk dunia dengan cara yang disukai Allah..

Jadi soalan paling popular hari ni, tentang kenapa orang islam lemah?, kenapa orang islam di tindas dan orang kapir pulak susah nak masuk islam malahan nak bunuh pulak orang islam, kenapa ek?

Kerana, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT dah rosak, yang derhaka pada suami dan mak bapak, orang islam kitalah, yang berzina dan makan rasuah, orang islam kitalah, dan kenapa semua jadi lagu tu?, sebab kantoi rukun islam yang lima, kalimah tidak diperbaharui dengan banyakkan dakwah, solat pulak dilengahkan, puasa sebab suasana, zakat tak bayar, pergi haji sebab nak glemer dan sebagainya..oh oh..oh..

Lepas tu nak pulak korang mengaku dah belajar TASAUF?

Hampeh seribu kali!

Panjang aku nak cerita, tapi sebab buah cempedak di luar pagar dah habis dijolok, sampai sini sahajalah, bertemu lagi kita lain kali jika belum jadi mayat,

*****

Eh, Hamka!, nak ke mana tu?, pintu gua ni siapa nak bukak?

Kau suruhlah para wali yang bukak, merekakan ada keramat..

Lalu aku beredar dengan sangkaan yang baik, eh, aku nak kemana?, pintu guakan sedang tertutup..isk,isk…

Sekian.

Ps: Niat enson mata karji semar ngiseng!!!

Apr 6, 2009

Bagaimana memakmurkan Masjid?

(Khas buat semua AJK surau dan Masjid di seluruh malaysia terutama yang tidak mengenali diri ini)

Tujuan utama aku tulis blog ini bukan untuk jawab semua soalan dari korang, kerja aku bukan nak ganti para mufti dan ustaz blogger yang lain, aku tulis blog pada waktu yang lapang sahaja, atau hari aku perasan rajin, sebab tu banyak soalan dari korang yang masih aku tak sempat nak jawab, bukan sebab soalan tu tak penting, tapi sebab aku malas, eh bukan, sebab aku perasan sibuk.. oh!

Aku biasa tulis nota di sini bergantung kepada kecenderungan suasana yang aku alami pada sekian-sekian waktu, jadi.., berkenaan soalan yang korang tanya, aku harap korang faham satu perkara, untuk jawab soalan dari korang, aku mengelak menjawab soalan yang berbentuk fatwa, kena faham tu.., sebab tu banyak email korang yang aku tak layan, harap korang faham kenapa aku tak layan, tapi, tak nak fahampun takpe, lantaklah..

Hari ni, sedang aku delete email sampah yang memenuhi inbox, terutama email forward yang bodoh bodoh, barulah aku perasan ada janji yang belum aku tunaikan kat sorang hamba Allah ni, aku check email beliau bertarikh 9 hb Oct 2007, fuh.. lama gila..

Terus aku perasan rajin dan copy beberapa email beliau kat sini:

**********

Email bertarikh 9/10/07

Assalamu'alaikum Bro Hamka, semoga sentiasa dalam kesejahteraan dan hidayah Allah s.w.t.

Aku baru sahaja berpindah ke rumah sewa baru (baru kahwin) di sebuah kelompok perumahan flat dan alhamdulillah sebuah surau telah siap dibina menjelang Ramadhan ini. Sebenarnya dah hampir 2 bulan dah bangunannya disiapkan tapi bila ditanya, mereka kata nak tunggu karpet sampai, tunggu TNB masuk letrik dan tunggu Syabas masukkan air dan nak tunggu YB datang rasmi dulu baru boleh beroperasi. InsyaAllah malam ni YB akan datang merasmikan dan akan dibentuk jawatankuasa surau sekali.

So di sini aku nak mintak la buah fikiran kau atau syor dan sekaligus menulis sebuah entri 'Bagaimana Menjadi Pengerusi Surau' atau tajuk lain terpulang pada Bro mengenai pengurusan surau, bagaimana nak approach para AJK dengan usaha memakmurkan masjid pada peringkat permulaan dan seterusnya.

Sekian terima kasih.

*************

Email bertarikh 15 Disember 2007

Assalamu'alaikum Bro Hamka,

Moga bro sentiasa dianugerahkan kesihatan dan ketajaman akal dalam menulis. Aku tahu kau 'sibuk'. Moga Allah mengurniakan keberkatan waktu untuk kau dan aku. Kalu free dan ada idea, boleh la menulis sebuah entri 'Bagaimana Menjadi Pengerusi Surau'..

****************

Email bertarikh 1 Feb 2008

Assalamu'alaikum Bro Hamka,

Sebagai makluman, Sudah hampir 3 bulan IT system kat ofis aku ni telah memblok apa saja blogsite terutamanya blogspot. Nampak sangat ramai pekerja tak buat kerja sebab sibuk membaca blog dalam waktu kerja, hehe. Namun aku bole je baca entri terbaru kau tapi buka ‘as cached page’, tapi still tak boleh nak tengok apakah komen-komen pembaca setia yang lain.

Aku nak cerita sikit:
Di kawasan perumahan flat aku ini aku dapati ada 3-4 orang budak tabligh. Namun disebabkan nature of work jarang sangat aku dapat jumpa mereka, ada yang kerja jauh balik seminggu/ 2minggu sekali. Ada sorang dah kuluar jemaah masturat ke pakistan 2 minggu lepas. yang tinggal sekarang 2 orang, itupun jenis mereka yang tenggelam timbul, dah lama tak buat usaha agama sebab iman lemah barangkali.

Asbab Allah bagi aku kekuatan untuk selalu solat berjemaah di surau yang baru ini, aku dilantik menjadi imam sejak bulan ramadhan lagi. Masa bulan ramadhan lagi, mesyuarat dengan orang dakwah buat bacaan hadith (taklim) lepas subuh, alhamdulillah masih istiqomah lagi walaupun jika menurut statistik lebih 3 kali takde orang azan subuh, masa tu aku tidak diberi kunci surau lagi dan memang surau berkunci.

So ini status aku sekarang. Alhamdulillah seminggu selepas aku taip perenggan-perenggan di atas dengan izin Allah aku boleh access semula blogsite termasuk keretamayat.blogspot.com, hehe.

Berbalik kepada isu surau aku ini banyak perkara-perkara yang aku rasa tak patut berlaku terutamanya bila manusia buat kerja bukan kerana Allah semata-mata.

Ada beberapa perkara yang aku nak cerita kat sini.

Cerita 1
Satu malam lepas Isyak diadakan mesyuarat surau. Selain isu-isu biasa mengenai pendaftaran surau, kewangan, giliran azan dan sebagainya, ada satu isu yang ditimbulkan dalam masalah keselamatan oleh setiausaha. Dia menyuarakan isu orang dari luar (maksudnya jemaah tabligh yang datang buat dakwah menyebarkan budaya gejala-gejala yang tidak sihat.) Aku tanya balik; Boleh cikgu jelaskan sedikit gejala tidak sihat tersebut?.

Dia jawab: Saya mendapati apabila mereka datang ke surau kita, semasa imam sedang wirid, ada sebahagian mereka meninggalkan majlis wirid. Ini tidak menghormati imam. Minta pendapat imam dan AJK yang lain.

Aku kata: Owh.

Aku bagi beberapa AJK lain respon dulu. Ada yang tak suka sebab mereka ni datang buat macam surau sendiri, pakai air elektrik dan tandas, tengah-tengah malam ada lampu terbuka pukul 3 pagi dan lain-lain. Ada yang kata "saya rasa ok lagi selagi mereka tak angkut bantal, periuk datang ke surau kita dan lain-lain. Bila mereka dah puas barulah mereka kata kita minta pendapat imam.(aku)

Aku kata: Bagi saya, saya berfikiran terbuka. Saya menerima dan menyokong semua program-program yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Semua gerakan atau kumpulan Islam ini mempunyai matlamat yang sama iaitu mengajak manusia kembali kepada amalan agama. Tak kiralah tabligh ke, pas ke, JIM ke, pendakwah bebas ke pada dasarnya adalah sama memperjuangkan agama. Begitu juga dengan jemaah dakwah, mereka menjalankan kerja dakwah dengan hati yang ikhlas. Jadi bagi saya kurang eloklah kalau dengan sedikit kelemahan yang ditunjukkan oleh bebarapa orang, menyebabkan kita menghalang seluruh usaha dakwah. Bagi saya itu adalah gejala individu itu sendiri. Saya tiada masalah dengan jemaah tabligh sebab di kampung saya ada usaha dakwah tabligh, saya membesar dengan mereka, kawan-kawan tabligh pun ada, di universiti pun saya tiada masalah. Tapi jika AJK semua mahu, saya boleh tolong menyampaikan kepada mereka yang datang supaya menjaga tingkah laku mereka.

Akhirnya mereka setuju dan tak ungkit lagi dah pasal jemaah tabligh.

Kisah 2
Juga semasa mesyuarat diadakan, setiausaha mengutarakan isu keTIDAKkehadiran penduduk flat datang solat berjemaah terutamanya AJK sendiri menyebabkan dia(setiausaha) sahaja yang selalu kena turun awal untuk melaungkan azan. Pastu bila jemaah tak ramai yang datang, ada pulak yang bersuara kalau nak kena ketuk pintu ke pintu diorang pun tak sanggup nak buat. Aku cuma dengar je, malas nak bagi pendapat lagi.

Kisah 3
Sepanjang aku dilantik menjadi imam (aku bukan imam tapi 'demam') aku ingatkan perjalanan pengurusan surau ok je. Rupe-rupenya bau busuknya mula keluar sedikit demi sedikit mungkin setelah sekian lama diperam.

Suatu hari setiausaha mengadu kat aku bahawa ada orang hantar msg yang mengkritik beliau, tuduh setiausaha gila kuasa sebab buat keputusan tanpa pengerusi. Pastu kata dia gila mikrofon sebab selalu buat announcement, azan pun dia, pengerusi majlis pun dia. Yang aku tak tahan tu, individu yang menghantar sms tu siap gi buat aduan kat JAIS lagi bila propagandanya kurang menjadi. Pastu pengerusi surau pulak buat ‘dek’ je, alasan sibuk bekerja maklumla mesin dekat kilang baru sampai, kerja shif 12 jam, sebulan ada la 2-3 kali datang surau. Nak suruh dia letak jawatan nanti takde orang yang layak pulak nak ganti. Bila nak buat mesyuarat dia kata teruskan tapi dia tak dapat hadir.

Akhirnya aku pulak yang dilantik jadi timbalan pengerusi. Senang nak buat keputusan, kalau pengerusi takde takpe, timbalan ade. Dan baru-baru ini ada ura-ura pulak kata kalau diorang desak pengerusi letak jawatan, depa nak lantik aku pulak naik jadi pemangku pengerusi sebab bila imam yang naik jadi pengerusi para AJK tak akan condemn. Ah sudah.

So, akhir kata, aku nak mintak la buah fikiran kau atau syor dan sekaligus menulis sebuah entri 'Bagaimana Menjadi Pengerusi Surau' atau tajuk lain terpulang pada Bro mengenai pengurusan surau, Sekian terima kasih.

**************

3 TAHUN KEMUDIAN…

Jawapan yang bertarikh hari ini (6hb April 2009)

Wa’alaikumusallam..

Pertama sekali, aku nak mintak maaf, sebab dah dekat 3 tahun kau tanya pasal benda penting ni, baru la ni aku nak jawab, Email kau start bulan Oct 2007, iaitu sebelum Tun Mahadhir keluar Umno, dan sekarang lepas Pak lah letak jawatan dan Mahathir masuk Umno balik, baru aku teringin nak tulis tajuk ni, teruk betul aku ni kan?

Dan sudah tentu aku ada alasan akan kenapakah aku tak tulis pasal benda ni dulu-dulu, sebab:

Aku takde pengalaman jadi AJK surau, dan kalau aku tulis tajuk ni kelak, dah tentu akan jadi karangan panjang gila babi dan aku bukan setakat takut korang yang bosan nak baca kelak, tapi aku sendiri yang rasa bosan nak menulis sebab PERASAN SIBUK..

Apa-apapun, ketika aku sedang delete email yang lama-lama, tersenyum panjang aku baca kisah kau, kisah asam garam dalam cerita memakmurkan rumah Allah di bumi Malaysia yang ugama rasminya islam...

Dan baguslah, sebab kau dah jadi timbalan pengurusi, atau mungkin sekarang, sempena bertukar kerajaan baru tahun 2009, kau dah dilantik jadi Pengerusi masjid?, atau kau dah jadi mayat?

Takpelah, kalau kau dah jadi mayat, bolehlah AJK masjid yang lain ambik manfaat, dan bila kau dah jadi mayat, bolehlah aku puji kau lebih-lebih, iaitu aku nak ucap tahniah pada kau sebab best kerana mendapat tempat di hati AJK lain, dah tahniah sebab ‘kuasa’ dapat pada orang yang layak.. yang mana bila kita ada 'kuasa' menjadi tugas kita bersama untuk mudahkan dan bantu orang yang buat usaha ugama.

Kadang-kadang AJK surau atau masjid tak faham tugas hakiki mereka, mereka kena faham, kerja mereka sama lebih kurang macam abang JAGA yang kerja kat pintu pagar hotel, tugas mereka adalah nak bagi orang mudah masuk hotel dan merekapun dapat untung, tapi mereka yang hampeh adalah bila jadikan surau sebagai harta mak bapak mereka..

Ok, kita bincang slow slow bab ni, aku takde pengalaman, tapi boleh bagi pandangan sekadar memeriahkan nota kepada diri sendiri…

Pertama, kita timbulkan soalan,:

Kenapa ummat Islam Wajib MEMAKMUR kan masjid?

Atau,

Kenapa ummat Islam Wajib MENGIMARAH kan masjid?

Dan

Kenapa ummat Islam Wajib MEMERIAH kan Rumah Allah?

Jawapannya adalah kerana: SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW.

Jawapan yang jelas dan terang, Nabi ahli surau setiap waktu, harap maklum! So, faham sudah, menjadi kewajipan semua orang islam untuk memakmurkan masjid,

Aku cerita sikit secara seringkas mungkin sementara korang masih rajin baca..

Dulu.. masa Nabi buat dakwah kat mekah, masjid belum ada, orang islam belajar ugama di rumah Arqam bin Arqam secara rahsia, dan ummat islam masa tu hanya bersolat di rumah.. dan kita faham, 13 tahun kemudian ramai orang islam kena bunuh, kena siksa, kena boikot dan nabi sendiri telah berhijrah ke Madinah bersama puak muhajirin..

Tiba di Madinah, Nabi terus buat Masjid, dan terus buat usaha memakmurkan masjid, yang mana semua orang lelaki bersolat jemaah, semua mesyuarat penting akan di buat kat masjid, malahan tawanan perang juga diikat di tiang masjid yang mana tak lama lepas kena ikat akan masuk islam sebab terkesan dengan suasana ugama, di masjid juga ada satu tempat khas untuk orang miskin yang takde rumah, di panggil ‘kuffah’, yang mana mudah untuk orang islam cari orang untuk dibantu dan alhamdulillajh masjid hidup 24 jam kerana siang malam ada orang beriktikaf..

Masjid jugak tempat membahagikan zakat, membahagikan harta rampasan perang, juga tempat bicara, (mahkamah) dan lain-lain.., pendek kata masjid Nabi kat Madinah betul betul makmur sehingga 15 tahun kemudian, ISLAM telah menguasai DUNIA…

Ingat kata kunci ini, orang islam berjaya bukan sebab ada Negara islam (sahaja) tapi sebab Masjid di negara islam betul betul di makmurkan..

Berapa banyak Negara islam hari ini yang telah di jajah Negara Kafir sebagai bukti bahawa Negara Islam sahaja tidak cukup jika orang Islam sendiri mengabaikan solat berjemaah atau tidak ambik bahagian dalam perkara memakmurkan rumah Allah..

Terbukti sudah, Orang yang berjuang untuk dapat Negara Islam acuan mereka sendiri, tapi lupa untuk berjuang meMakmurkan Rumah Allah ikut acuan Nabi, maka mereka adalah bodoh dan Hempeh! (maaf, aku terpaksa guna perkataan ‘bodoh’, sebab tak nak guna hukum akhirat kepada mereka yang belum jadi mayat)

Sambung balik, jadi dah jelas sudah, bahawa menjadi kewajipan ke atas bahu semua orang islam untuk memakmurkan Rumah Allah..

Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)

Apa lagi nak di kata?

Ok, Sekarang aku akan bincang bab memakmurkan masjid dari sudut permasalahan…, lebih mudah untuk kita jejak jalan penyelesaian melalui masalah yang timbul, betul tak? Jadi kita pergi satu-satu:

1) Masjid berkunci selepas solat.

Menurut Menteri-menteri di Malaysia, Masjid tidak runtuh ketika tsunami adalah kerana masjid di bina dengan asas yang kukuh, jadi…, Jika di rujuk kepada kejadian tsunami di Acheh yang mana orang pergi ke masjid selamat dari di azab ombak kerana bahan binaan masjid adalah kukuh, maka kasihanlah rakyat Malaysia sebab sekali tsumani datang, maka bergelimbanganlah mayat mayat rakyat malaysia di pintu masjid dan surau yang kukuh binaannya kerana tak dapat masuk ke dalam masjid., lagi haru apabila keretamayat yang di parking di halaman surau menjadi senjata ombak bagi melumat-lumitkan mayat yang bergelimpangan lalu terbukalah aurat pelanggan astro di sana sini..

Sebab? Belum habis aku solat sunnat selepas isyak, AJK surau dah tutup lampu dan tercegat tekan shor depan pintu siap sedia nak kunci masjid, tunggu aku blah dengan muka masam dan misau melintang, aku tahuler korang nak balik awal nak tengok TV, tapi yang paling aku angin, tandas masjidpun di kunci..

Ingat Masjid ni Mak bapak kau ke yang punya?

Dah lah nak beriktikaf tak boleh, nak berak pun tak boleh ke?

Maka tolong! AJK masjid sekalian, tolong mesyuarat malam karang yang mana apa-apapun cadangan korang dalam memastikan keselamatan barang masjid, keputusan akhir tidak melibatkan keputusan paling bodoh iaitu MASJID DIKUNCI.., banyak sangatkah harta orang melayu sampai perlu masjid dikunci tiap kali lepas sembahyang?

Aku rasa, sebab masjid kuncilah banyak barang yang hilang, tak gitu?

Dan lagi bodoh jika Tandaspun di kunci…, nampaknya, harta masjid telah menjadi harta milik peribadi AJK masjid yang dosanya tak perlu aku sebutkan lagi..

2) Tak Solat berjemaah.

Ini masalah paling besar dalam bab memakmurkan masjid, salahkan ustaz yang tak betul betul tekankan bab ni, sedangkan ini adalah Sunnah Nabi yang besar, jalan para sahabat, Tabi’e, Tabi’-tabieen, Siddiqin, Syuhada dan Salafusolleh..

Malahan, ada ustaz yang selamba tinggal solat jemaah, pengerusi surau tak payah cakap ler, malahan imam dan bilal bila tiba dimana bukan hari mereka bertugas, selamba solat di rumah, itu belum cerita AJK surau lagi, muka terpampang dekat white board surau, tapi time jadi mayat jer baru datang, duduk depan sekali pulak tu!

Arghh, Aku dah tulis banyak kali bab ni, boleh rujuk Entry yang lepas lepas bab solat berjemaah..

Jadi, kena faham, orang Islam yang lelaki wajib datang solat berjemaah, dan yang perempuan wajib galakkan muhrin pergi solat berjemaah.

Lagi satu. Kita kena sentiasa buat niat, yang mana bila kita datang solat zohor, terus buat niat untuk datang solat asar, dan bila datang solat asar, buat niat lagi untuk datang solat maghrib, dan seterusnya, kenapa nak kena buat niat lepas tiap kali solat? Sebab kita kan dan tentu akan mati di antara dua waktu solat… , kalau tak antara zohor dan maghrib, dan tentu antara subuh dan isyak, atau antara magrib dan asar, kan?

Tak nak ke mati dalam perjalanan ke masjid atau sedang solat?

Maka tolong! AJK masjid sekalian, tolong mesyuarat malam karang macam mana nak jemput ustaz berceramah kelak, supaya pastikan ustaz tu dapat tekankan bab ni.. aku tahu kerja ni susah sikit, tapi ingat, rajin itu tangga kejayaan cehwaah..

3) Waktu iqamat yang tak menentu

Dalam dunia yang pesat membangun, yang mana pengurusan masa adalah penting, maka sebagai galakkan kepada bijak pandai diluar sana datang ke masjid adalah dengan cara menetapkan waktu iqamat yang betul, belilah white board besar-besar dan tulis waktu iqamat, senang aku nak solat jemaah dan merancang lain-lain aktiviti..

Ini tidak, iqamat suka hati korang jer, sekejap cepat tak sempat aku nak basuh kencing, kadang kadang lambat sampai kapal terbang aku terlepas.., atau contoh lain, yang mana aku terdengar azan subuh lalu terjaga dari tidur, tapi time aku mandi wajid, dengar pulak bilal iqamat, tak ke sakit hati?

Atau sedang asyik aku solat sunnat tiba-tiba bilal iqamat? Tak ke rugi aku?, atau sedang tunggu bilal iqamat, tunggu punya tunggu dekat 20 minit baru nak iqamat, rugi masa aku nak buat aktiviti lain seperti nak kejar masa ke pejabat jam 7 pagi yang mana kalau aku tahu korang nak iqamat subuh 20 minit lambat tak payah ler aku solat kat situ terus, aku solat on the way kat masjid lain yang mana iqamatnya adalah waktu yang aku dah boleh setting maka tak rugilah aku di dunia dan akhirat.. faham tak?

Maka tolong! AJK masjid sekalian, tolong mesyuarat malam karang akan waktu yang betul untuk iqamat, uruskan masa dengan baik, ramai orang kerja dan peniaga yang mana mereka takde masa nak layan korang punya wirid dan lawak bodoh sebelum iqamat.. jadi
Tulis betul-betul waktu iqamat wahai AJK masjid sekalian, tulis,:

“Iqamat 15 minit selepas azan subuh ”

Atau:
“Iqamat sepuluh minit selepas kuliah”

Atau:
“Iqamat seminit selepas maghrib”

Jadi senang mazhab lain yang nak jaga solat sunnat menjaga takbir pertama sekaligus.,..

4) Ustaz yang perasan diminati

Ni lagi satu, ustaz waktu ceramah maghrib, takde orang dengar, atau adalah beberapa kerat yang dah tua-tua termasuk aku tolong duduk, tapi bila nak masuk waktu isyak, ramai yang datang membanjiri masjid sebab nak solat jemaah kerana jam 9 malam ada banyak aktiviti lain untuk menakluk dunia, tapi ustaz yang perasan di minati rasa dirinya popular lalu melewat lewatkan kuliah dengan lawak bodoh lalu iqamatnya ditangguh sampai jam 9.30 malam..

Kesian musafir yang tak cukup marhalah untuk buat jamak..

Maka tolong! AJK masjid sekalian, tolong tegur Ustaz yang dengan segaja melewatkan solat isyak, sedang penduduk tak beberapa suka pada dia (bukti, waktu maghrib takde orang) tapi jika ustaz tu dah trend dia akan berceramah sampai jam 9.30 malam, tak kisahler, janji orang kampung tahu bila nak iqamat, maka senang mereka yang ada aktiviti lain solat di tempat lain sekaligus dapat jaga solat berjemaah..

5) Tiada Tempat masak dan tempat makan

Surau atau masjid memang banyak kena buat aktiviti makan-makan, Nabi SAW selalu bagi orang makan, SUNNAH ni,.. maka sediakanlah tempat masak yang besar dan selesa, senang orang kampong nak buat tahlil, maulidul rassul, masak bubur lambuk dan sebagainya.., bagi aku jika surau tekde tempat masak, alamak, susah sikitlah masayarakt nak bersatu..

Dengan makan, banyak hati-hati manusia akan bersatu.. AJK masjid, tolong kutip derma cara berhikmah untuk atasi masalah ni, Pakcik dah lapar bubur lambuk ni..

6) Tiada Tempat Iktikaf.

Setengah masjid walaupun berkunci, tapi masih ada beranda yang besar dan luas, yang mana membolehkan musafir beritikaf.., membolehkan pak Ali di hujung kampung bertahjjud lalu tidur sekejap sebelum subuh, tapi sayang ada masjid awal awal lagi dah tulis:

TAK DIBENARKAN TIDUR DI SINI

Kesian, mereka ingat masjid ni harta peribadi AJK masjid ke? Apsal hampeh benar?

Bukan semua orang mampu tidur hotel murah bang, fikirlah sikit mereka yang miskin dan musafir yang tiada tempat tinggal, sekurang kurangnya, Rumah Allah ada yang mengimarahkan secara tidak langsung.. atau tempat berteduh bagi mereka yang rosak kereta atau ditimpa hujan lebat dalam perjalanan..

Cadangan aku, jika masjid korang ada duit lebih, boleh buat beberapa bilik sewa sekitar masjid, khas untuk suami isteri yang bermusafir nak hantar anak masuk U misalnya tumpang tidur, cas murah-murah cukup, dan hadkan selama 3 hari sahaja, tak boleh lebih, sekaligus korang boleh tambah pendapatan tabung dan peranan masjid sebagai pembantu ummat juga tercapai..

Tapi tak payahler bagi budak tabligh tidur dalam bilik tu, itu khas untuk suami isteri yang bermusafir atau orang tua yang uzur, biarlah budak budak tabligh tu tidur di beranda masjid atau di dalam masjid, mereka dah belajar adab masjid, kalau mereka buat kotor boleh sound direct sebab hati mereka tabah.. insyAllah

7) Ceramah politik yang membosankan

Dalam kampong kita memang ada orang PAS dan UMNO. Yang mana jika ustaz PAS datang ceramah, automatik orang UMNO yang fanatik solat di rumah atau pergi tempat lain, begitu jugak sebaliknya.., tak ke hampeh? maka nak satukan ummat, Ustaz kotor yang suka mungumpat, menfitnah, perasan bagus dan terang terang menhina, elakkanlah..

Tapi jika semua AJK adalah ahli PAS atau semua Ahli UMNO, jadi masjid politiklah pulak.., jadi markas yang penuh dengan poster manusia yang buat malaikat lari, ni nak kena buat rombakan kabinet ni, pastikan AJK ada banyak parti dan bercampur campur, alahai, Parlimenpun kena ada berbeza parti, baru boleh makmurkan malaysia, inikan pulak Surau kampong korang..

Maka tolong! AJK masjid sekalian, buat tawaran jawatan AJK dengan syarat, seperti 5 orang pembankang diperlukan dan 5 orang kerajaan diperlukan, baru ada persaingan sihat dalam memaklmurkan Rumah Allah!

Woha!

8) Tidak hidup 24 jam

Orang suka buang anak dekat tangga masjid sebab masjid takde orang.. betul kan?

Atau pernah korang jumpa orang buang anak dekat Tujuh Sebelas! Oh!!

Peniaga sekarang semua fikir macam mana nak 24jamkan perniagaan mereka kerana itulah tandanya mereka maju, stesen minyak dah bukak 24 jam, kedai makan dah ada yang 24 jam dan lain-lain, nampaknya AJK masjid kena mensyuarat macam mana nak hidupkan masjid 24 jam, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis 24 jam dan macam bomba duduk kat balai bomba 24 jam..

Bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..

Bila bomba duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..

Bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..

Tapi hari ini, Wahai AJK masjid sekalian..,

Korang sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak duduk kat masjid 24 jam, macam doctor, polis dan lain lain, maka kita dapati kat malaysia ni begitu ramai sekali mereka yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, macam balai polis dan balai bomba!

Alangkah bestnya jika AJK masjid, ustaz dan ulamak dapat duduk beriktikaf di masjid 24 jam (bergilir gilir macam doctor/polis/bomba dll), bolehlah aku rujuk ustaz pada bila bila masa.., orang kapir yang baru masuk islam pun senang nak belajar ugama..

Jadi mesyuarat perkara ni, jika kita sanggup buat SHIFT jaga keselamatan kampung, masuk RELA dan sebagainya, kenapa kita tak buat shift mengimarahkan masjid?

9) Jalan ke masjid yang banyak simpang

Aku cadangkan jalan ke masjid lurus, supaya takde orang lambat ke masjid, err, tak sesuai cadangan ni, lupakan, lagipun kena tunggu aku jadi PM dulu..

10) Takde Library

Masjid adalah tempat rujuk, sekiranya ustaz ulamak takde, orang ramai masih boleh rujuk buku ugama dari rak buku dalam masjid, belilah buku tulis terjamahan BM, tak payah beli yang arab punya.., beli buku versi BM seperti Sahih Bukhari, Sunan Abi daud, Tarmidzi dan sebagainya, sebab aku tengok AJK masjid suka benar daifkan hadith dan bergaduh bab hokum hakam, nah!, pada korang beli lampu mahal-mahal, kenapa tidak beli buku ugama banyak banyak taruk dalam masjid..?

Lagi satu, jangan letak rak buku depan bahagian masjid dekat imam, susah orang melayu nak pergi baca, orang melayu ni pemalu dan senang kena kutuk dengan bangsa sendiri jika jadi ulat buku, maka letak belakang masjid, ni semua AJK punya tanggung jawab..

11) Pastikan rumah ketua kamoung atau pengerusi adalah dekat dengan masjid

Korang fikirlah sendiri, sunnah Nabi rumah ketua dekat dengan masjid..

12) Tiada ‘Suara Nabi’ di rumah Allah

Lepas solat, ambik satu waktu untuk baca bacaan hadith kitab Fadhail atau Mutakhab hadith, hati manusia ni mudah lembut bila hari-hari dengar hadith, peliklah bila masjid tiada ‘suara Nabi’ yang di kumandangkan.. atau ada AJK angkat punggung bila dengar surat dari nabi di bacakan, pelik kan?

13) Keretamayat yang tidak beroperasi

Selain dari hantar mayat ke kubur, apa lagi fungsi keretamayat yang diparking dekat masjid tu?

Malukan orang yang tak puasa?

Apa kata pihak AJK masjid, panaskan enjin keretamayat dengan ronda ronda 15 minit sebelum azan sambil bunyikan hon dan jadi teksi percuma bawa orang kampung ke masjid, kereta mayatpun tak cepat rosak dan jadi banyak kegunaannya, hari hujan lagi bagus sebab boleh jemput kaki masjid yang biasa datang dengan motor..

14) Tiada Acara tahunan dan bulanan

Ni dah masuk peringkat globasasi, AJK masjid boleh mesyuarat supaya memakmurkan masjid bukan setakat kampung kita sahaja, lalu pandanghina masjid kampung sebelah yang tak makmur, terutama masjid parti yang korang benci..

Jadi setiap bulan atau 6 bulan atau setahun sekali, adakan mesyuarat khas antara semua AJK AJK masjid terdekat akan perihal memakmurkan masjid, masa ni korang boleh buat sistem iqamat yang berbeza beza supaya masyarakat dapat jaga solat jemaah, juga dapat berkongsi bajet bagi mereka yang dapat derma lebih lalu bantu masjid yang takde orang derma, tapi benda ni memang susah sikit, boleh mula dari satu dan dua masjid terlebih dahulu.., insyAllah..

14) Hidupkan Qiamulai

Jangan tunggu bulan puasa sahaja bang untuk jemput ustaz berqiamulai, dan jangan masak bubur lambut bulan puasa sahaja bang , hari jummatpun aku boleh makan bubur lambut apa?!..

15) Ziarah dari rumah ke rumah

Juga sunnah nabi dan di buat oleh para sahabat, iaitu pergi jumpa penduduk kampung yang tak datang solat dan tanya khabar mereka, sakit ke? Sibuk ke? Ada masalah ke dan bawa mesyuarat pada semua AJK untuk bantu mereka sehingga merekapun dapat datang rumah Allah taala..

16) Tak pernah Ajak orang kapir makan jamuan


Jemputlah mereka orang kapir makan percuma di masjid pada waktu waktu yang teretntu, dan boleh panggil ustaz untuk dakwah dengan hikmah pada mereka..

17) Kebolehan mengagihkan tugas..

Jika dalam dunia ni ada rahsia kejayaan, itulah yang dinamakan ‚ Kebolehan mengagihkan tugas..

Bila ada orang nak tolong kita tapi kita tolak sebab perasan bagus, maka disitulah kebodohan bermula..

Sebenarnya dalam dunia ni dah ada golongan yang nak memakmurkan masjid, iaitu budak budak tabligh, mereka ada 5 amal yang di buat setiap bulan yang mana masalah mereka adalah AJK tak bagi lampu hijau dan orang kampung yang sangka buruk..

Yelah, korang rasa lebih mulia dari mereka sebab dakwah dan solat sunnat banyak atau solat berjemaah hanya sesuai untuk orang islam keling atau mamak, islam mereka tak de kelas sebab tu mereka perlu sembahyang lebih dari korang kot..oh!

Sudahlah aku bukan nak kutuk sapa-sapa, sudah korang tanya bagaimana nak makmurkan masjid?, itulah cara yang paling murah dan berkesan, dan inilah yang dinamakan kebolehan mengagihkan tugas…

Pergi jumpa mereka dan bincang bab bagaimana nak memakmurkan masjid, insyAllah mereka akan berkata “kecik tapak tangan, arhghh, korang sambung sendiri“

Dan bila korang dah bagi lampu hijau dan sedia bantu mereka, lantas mereka akan jemput pendakwah pendakwah dari seluruh dunia untuk datang beriktaf di masjid korang selama 3 hari 3 malam, pendakwah dari benua india sampailah ke tanah arab, dan mereka akan hidupkan masjid siang dan malam, nak suruh mereka berceramah, anytime.., nak suruh mereka jumpa orang kampung sekian sekian, anytime, hanya perlu korang tunjukkan jalan, insAllah...

Jadilah macam Orang Ansar di madinah, yang mana apabila Nabi dan sahabat datang ke Madinah, mereka sambut dan bantu Nabi bina masjid, dan bantu Nabi hidupkan masjid, yang mana melalui amalan ini, pertolongan Allah telah datang kerana orang kampung telah bekerjasama dengan orang hijrah dalam perkara ugama, maka datanglah NUSRAH Allah mencurah curah sehingga seluruh lembah arab, yang sudah beratus tahun saling perang memerangi, tunduk bersatu di bawah naungan ugama islam...

SEKIAN.

Ada banyak lagi, tapi bukan semua boleh pakai, ambik yang mana manfaat sahaja, akhir kata, Yang hak dari Allah, yang batil dari aku, mintak ampun pada Allah dan mintak maaf pada kamu. I love u.

Tutup Muzakarah dengan Tasbih kaffarah..

Ps: bagi mereka yang email aku hari ni tanya soalan macam-macam, tunggulah 3 atau 4 tahun lagi baru aku jawab email korang, itupun jika aku belum jadi mayat dan perasan rajin... harap maklum.

Apr 1, 2009

Perasan Disalahkan? (part 2)

(Bagaimana Perasan disalahkan yang dibenarkan dalam Islam)

Sebelum ni aku ada tulis bab ‘perasan disalahkan’ dan betapa buruknya akibat yang akan menimpa ummat manusia bila hidup dengan sifat ‘perasan disalahkan’.

Namun, ada juga dalam hal ehwal tertentu, ‘perasan di salahkan’ tidak menjadi kesalahan sebaliknya boleh menjadi satu indicator dalam mempelajari bab takwa, atau bab takut kepada Allah..

Tak payah aku cerita panjang, straight to the point, aku terus petik sebuah kisah benar yang berlaku semalam kat ofis aku sebagai rujukan dalam bab 'Perasan disalahkan' yang dibenarkan dalam Islam, insyAllah.

Siri Bercakap dengan bos

“Bos, boleh jumpa kejap?”

Tanya aku bila tengok bos aku sedang duduk duduk perasan sibuk.

“Boleh, apa hal?”

Senyum bos aku. Sambil mengkiblat ke arah aku.

“Saya ada hal nak tanya pada bos sikit..”

“Apa dia?”

“Begini, err., bos ada banyak masa ke ni?”

“Cakaplah apa-apapun..”

“Err, begini,.. saya nak cerita sikit, lepas tu baru tanya.., boleh?”

Bos aku angguk setuju…, lalu aku pun mulakan bicara…

“Begini, pada Zaman Nabi Muhammad SAW dulu, Allah dah bagitahu pada Nabi akan senarai nama orang-orang Munafik di Madinah Al munawarah, lalu Nabi Muhammad telah amanahkan nama-nama si munafik ni agar disimpan sebagai rahsia Negara kepada orang tanggungjawab iaitu Hudzaifah r.anhu.”

Aku telah air liur, dan teruskan bicara, ada sedikit gaya ustaz waktu tu aku ni..

“Saidina Umar RA, selaku seorang sahabat nabi yang rapat, yang juga telah dapat jaminan shurga, tapi kerana takut dan takwa pada Allah, lantas telah datang berjumpa Hudzaifah r.anhu secara senyap-senyap dan bertanya dengan penuh kerisauan,:

Nama aku ada tak dalam senarai tu?

Tanya Sebab takut dirinya munafik, dan jika tahu dapatlah di baiki apa yang salah, lalu bila Hudzaifah r.anhu cakap nama dia takde, legalah dia dan tak pulak Saidina Umar RA nak tanya nama orang lain sebab itu rahsia Negara.., lagipun tak baik cari salah orang lain..

Jadi bos, tadi dalam meeting bos ada cakap beberapa pekerja telah buat kesalahan begitu dan begini, tapi bos tak nak sebut nama mereka sebab tak nak aibkan mereka dan bos nak mereka ubah kelakuan jika tak nak markah prestasi hujung tahun kena tolak..

Jadi bos, saya yang perasan disalahkan nak tanya, nama saya ada tak dalam senarai orang yang bos maksudkan tadi?,

Bukan apa.., jika nama saya ada, saya nak mintak maaf, mungkin sebab saya terlepas pandang atau cuai, jadi bolehlah saya berwaspada pada benda ni dan saya akan perbetulkan mana mana kesalahan yang saya tak perasan..

“Nama aku ada tak dalam senarai tu, bos?”

Tanya aku dengan serius..

Bos aku senyum. tarik nafas dan cakap:

“Nama kau takde, kau pekerja yang bagus, saya pun nak belajar untuk tidak mengaibkan orang, atau memalukan orang, lagi satu saya tak nak pekerja saya amalkan budaya mengumpat atau menfitnah kat tempat kerja, kita kena satu hati”

Aku pulak yang tersenyum. lega sebab nama takde dalam senarai yang telah bos kambing hitamkan, lalu aku terus sambung berkutbah:

“Betul tu bos, mengumpat itu berdosa sebab maksud mengumpat adalah bercakap perkara yang benar tapi mangsa tidak suka dan fitnah pulak dosa besar, silap langkah, boleh kena sebat sampai 70 kali berbirat, dan tak perlulah bos bagitahu siapa nama pekerja lain yang bos maksudkan sebab saya nak jaga hati sendiri dari cari salah orang lain”

“Bagus Hamka, saya setuju dengan awak, kekalkan prestasi.."

Kami tersenyum antara satu sama lain, sehinggalah bos aku sambung cakapnya:

"namun,.. saya nak mintak maaf, sebab hari ni hari terakhir saya jadi bos awak”

Laaaa, baru nak start bodek, dah berhenti sudah bos aku ni..

Nampaknya, esok nak kena bodek bos baru ler pulak..

Sekian,

Ps: Jangan asyik sangat baca blog kat tempat kerja, sedang kerja hakiki belum siap, tapi kalau dah siap kerja hakiki, bolehlah update blog, betul tak bos baru?

Woha!