Apr 14, 2008

Writer’s block?

(aku tak de idea nak menulis di atas 5 page A4 Microsoft Word ini, harap maklum.)

Aku termagu di depan program Microsoft Word yang terpapar ruang kosong berbingkai biru seolah-olah sebuah lukisan berwarna putih yang menunggu untuk di coretkan seribu maksud dan isi hati..

Aku ingin berlagak seperti ‘Isaac Mendez’ dalam drama ‘heroes’ kononnya..

Tapi sayangnya, hari ini ‘writer’s block’ telah berlaku (kot) kat diri ini,..kerana aku hakikatnya ada banyak benda nak ditulis tapi tak tahu bagaimana nak mulakan…,

Bolehkah ini dipanggil writer’s block’? Adakah aku seorang penulis yang layak mendapat writer’s block’?

Padahal, ini mungkin datang dari kemalasan, kerana aku tahu bila aku start menulis, ianya tentu akan menjadi karangan yang panjang berjela dan meleret-leret.., dan kerana ada jugak aku terfikir nak jimat masa nak tidur awal maka secara langsung idea jadi takde, ilham terus hilang di sebalik keyboard dan mouse..

Namun, dalam keadaan menghidapi writers block ini kononnya, aku tetap berdegil nak tulis sesuatu yang ringkas, sebab aku masih dalam keadaan separa rajin (atau separa malas…)

Bila aku baca komen komen korang yang baru pada entry-entry yang lama, sedikit sebanyak, aku jadi teruja dan bersyukur pada Allah…, ialah, dah korang puji aku itu ini, lambung aku tinggi-tinggi, cakap dapat jodoh dan dapat hidayat, cakap tak jadi nak murtad, tak jadi bunuh diri dan ada yang makin dekat dengan tuhan lalu terus galakkan aku menulis, lalu aku macam rajin nak menulis malam ini, tapi itulah.., korang kena doa aku sama agar maju dalam ugama, dan maaf, dua tiga hari ini, aku menghadapi writers block.. (alasan)

Apa aku nak tulis?

(Tuliskan tentang filem terakhir yang ditonton)

Ada suara berbentuk perintah dalam benak aku…, aku patuh dan jari jemari mulai menari di atas keyboard.., chewah!

*****


Filem terakhir yang aku tonton

Pada malam minggu yang lepas, kerana ada sedikit urusan, aku pulang ke rumah jam 1 pagi, isteri aku dengan rupa bangun tidur bukak pintu dan cuba memberi layanan yang sepatutnya…

Nak minum?

Tanya dia macam mat saleh yang selalu offer minum dengan ikhlas bila tetamu datang rumah..

“tak payahlah susah-susah, I baru minum kat kedai tadi”

Ayat biasa yang di ucapkan oleh tetamu melayu yang bermaksud:, ‘saya nak’!

Tapi itu hanya berlaku dalam minda melayu yang lain, aku pada malam itu secara spontan jawab:

“Milo kosong..”

Lafaz di ucapkan dengan penuh gaya laksana mat saleh yang tak pernah belajar adab malu..

Sedikit senyum gembira dari bibir bini aku, sebab senang sangat nak buat milo kosong kerana bini aku tahu kegemaran aku akan teh tarik kaw dan kecerewetan aku terhadap aroma teh tarik..

Aku sekali sekala, belajar minum air lain yang tak manis..,

Sedang bini aku bancuh milo kosong, aku bukak almari dapur, keluarkan satu bekas Tupperware yang berisi biskut kering, iaitu biskut jagung…

Aku duduk bersila depan TV, bukak TV3, ada cerita mat saleh..

Ada watak lelaki muda dan gaak hensem sedang bermusyuarat kat opis..

Tak lama kemudian, habis mesyuarat, dia dapat call dari seorang wanita yang tak beberapa cantik dan tanya dia ada kat mana?

Katanya masih kat New York.

Babak seterusnya, lelaki itu masih pegang telefon, sedang berborak dengan wanita dalam telefon, sambil di tangannya ada bunga warna biru dan lelaki itu berdiri di kawasan perkuburan..

Melalui petunjuk dari dalam telefon, lelaki itu kelihatan sedang menjejak kubur yang di petakan oleh wanita yang masih berkomunikasi melalui telefon..

Bini aku letak Milo kosong depan aku, bersama segelas minuman susu untuknya, aku rasa itu minuman untuk ibu-ibu yang mengandung..

Bukak tudung Tupperware dan kami masing-masing basahkan biskut jagung dalam gelas masing masing dan makan.. nyam nyam nyam..

Bini aku cuba berborak tapi aku angkat tangan yang bermaksud,

“kejap, abang sedang tengok babak ni,”

Bini aku faham perangai aku, lalu terus makan biskut jagung cicah susu untuk wanita mengandung..

Dari babak dalam TV tadi lelaki itu akhirnya tiba di kubur yang di maksudkan, duduk bersila sambil letak bunga biru atas kubur..

Dan wanita dalam telefon menangis berkata bahawa biru adalah warna yang perfect, dan bagitahu lelaki itu bahawa hari ini adalah hari jadi mayat dalam kubur itu..

Aku tak tahu siapa punya mayat dalam kubur, anak ke, bekas suami dia ke, siapa ke.. tapi wanita itu menangis dengan sungguh-sungguh dan suasana sunyi sepi..

“cakaplah sesuatu”

Kata wanita dalam telefon kepada lelaki yang bersila depan kubur..

Lelaki itu sambil buang daun-daun yang menutup kubur lalu bercerita..

“pada suatu hari ada seorang budak menggali lubang kubur di belakang rumah jirannya, lalu jiranya datang dan bertanya kenapa gali lubang kubur di sini?..

Budak itu menjawab, ikan emas kesayangan saya dah mati.

Jirannya berkata dengan lembut, oh, kasihannya, tapi lubang ini terlalu besar untuk seekor ikan emas.

Lalu budak itu menjawab, lubang ini besar kerana ikan itu berada dalam perut kucing bodoh kamu!”

Aku gelak dan isteri aku gelak, wanita dalam telefon cerita itu juga gelak, mamat dekat kubur itu jugak gelak, dan mungkin korang jugak ada yang tergelak..

Aku abaikan babak seterusnya dalam movie itu, lalu mula bercerita tentang dunia rumah tangga dengan isteriku..

Malam kian larut, biskut jagung menjadi saksi, sekali sekala isteri aku gelak dengan cerita-cerita aku..

*******

Habis satu cerita tentang filem terakhir yang aku tonton, nak tulis apa lagi?

Tanya aku pada paparan Microsorf Word.

(Tuliskan tentang anak-anak kamu)

Ada lagi suara berbentuk perintah dalam benak aku…

Aku patuh, buka folder My picture dan download gambar anak aku kat blog buat pertama kali, terpengaruh dengan bapa-bapa blogger yang lain yang suka taruk gambar anak kat blog..)

Cerita anak aku.

Anak aku di ajar membezakan jantina dengan istilah “baby boy” untuk lelaki, dan “baby girl” untuk perempuan..

Dalam kereta minggu lepas, aku tanya anak aku, adik Najiha ‘baby’ apa?

“baby girl”

“pandai, abang Haikal?”

“baby boy!”

“Bagus, Abang Adha pula?”

“baby boy jugak”

“Bonda?”

“baby girl”

“Ayah?”

“Baby Boy!”

“salah, ayah bukan ‘baby boy’..”

Aku sanggah anak aku, dan anak aku dengan konfiusnya bertanya,.. ayah ‘baby girl’(perempuan) ke?

Tak, ayah ‘Baby Face’..

Dan aku gelak besar siang tadi bila isteri aku main-main teka jantina dengan anak anak, semua jawapan adalah betul tentang perbezaan jantina saudara mara, tapi bila masuk pengenalan jantina ayah dia, anak aku dengan konfident jawab…

‘Ayah adalah Baby Face!”

Woha! Anak-anak cepat belajar…

A child is like a blank canvas; Its up to the parents to create a masterpiece…, sebab tu kot ada yang sanggup iron anak dengan iron elektirk..oh!

******
Habis lagi satu cerita, nak tulis apa lagi?

Tanya aku pada paparan Microsorf Word pada muka surat 4.

(Tuliskan tentang kawan-kawan kamu)

Lagi-lagi suara berbentuk perintah dalam benak aku…

Cerita kawan aku.

Baru baru ini, aku dan rakan sepejabat ada lawatan ke Kuala Lumpur, pada mulanya nak sewa bas tapi sebab jumlah yang layak pergi hanya 6 orang, maka kawan aku bersedia gunakan kereta Avanza MPV nya sebagai kenderaan tak rasmi syarikat, claim kemudian..

Lalu timbul masalah, iaitu masing masing pakat pakat tak nak duduk seat paling belakang, tak selesa, rasa pening nak muntah dan macam-macam alasan lagi, akhirnya aku yang dah siap bawak bantal telah rela hati duduk seat paling belakang..

Kata aku:

Macam manapun korang tak suka duduk belakang, bila naik kereta mayat tetap kena duduk belakang jugak..

Woha! Semua ‘gelakkan’ suasana kematian masing masing!

Akhir kata, orang yang paling bijak adalah.., arghhh sambung sendiri.., malam dah makin larut.

Sekian cerita dari Writer’s block hari ni..

Ps: Entry macam ni pun boleh kah?
Post a Comment