Apr 30, 2008

Siapa yang Rosak?

(Save the Cheerleader, Save the World)

Satu petang yang damai di sebuah kaferia…

Gelembung teh tarik pecah satu demi satu, isipadunya didalam gelas semakin berkurang, di sebelahnya gelas itu, satu pinggang kosong terisisa habuk habuk roti bakar bersama sehelai tisu,

Roti bakar berintikan peanut, lokasinya sekarang dalam mulut aku, di gigit aku akan roti itu sambil mengunyah perlahan-lahan, sesekali aku pindahkan gumpalan roti yang sedang dipenyek dengan gigi garaham itu kekiri dan kekanan pipi, aku gunakan lidah dalam proses pemindahan tersebut.., kalau takde lidah, nak alihkan makanan terpaksalah guna sudu, ye tak?

Hebatnya Allah yang cipta lidah untuk manusia, boleh guna untuk berkata-kata, boleh guna untuk merasa, boleh pula guna untuk alih makanan dalam mulut, boleh guna untuk jilat sisa sia inti kacang di luar bibir, boleh guna untuk jilat setem, untuk inzalkan pasangan, untuk itu ini begitu begini…

Kerana Lidah masuk shurga dan kerana lidah juga masuk neraka..

Mamat depan aku yang sedang minum Milo ais sambil baca berita internet, tiba-tiba bersuara:

“Rosak dunia ni sekarang, kau tengok, Oxford Child Prodigy Sufiah Yusof Is Now A Prostitute Known as Shilpa Lee…, budak genius masuk Oxford umur 13...sekarang dah jadi 'call girl'.., rosak..rosak”

Ada nada keluhan di wajahnya… Aku telan roti, dan hirup teh tarik yang bertindak membersihkan sisa-sisa roti di celah celah gigiku.. manakala Mamat terus baca berita dengan kuat mengharapkan aku turut menyampuk dan mengeluh bersamanya..

“Sufiah also told one reporter in the Daily Mail how she now quotes equations and algebra to entertain clients while having sex.”

(Ini cerita lama, dan cerita minum petang ini pun dah lama, 2 ke tiga minggu yang lalu…, )

******

Bercerita tentang Shilpa Lee yang pandai matematik, Aku kadang-kadang terfikir akan beberapa soalan matematik yang tak mampu aku jawab, seperti berikut.



  1. Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh satu pohon yang besar dalam shurga di mana kuda yang paling pantas akan mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut, maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut?,
    Dan seandainya selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?.


  2. Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat, sekiranya di ambil perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun, berapakah panjang sebenar ular tersebut?


  3. Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi, maka semua tumbuh-tumbuhan akan mati, berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun bisa tadi, berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?.


  4. Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s, batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, berapakah kedalaman neraka yang sebenar?


  5. Panjang titian sirat adalah 1500 tahun perjalanan, 500 tahun mendaki, 500 tahun mendatar, dan 500 tahun menurun, sekiranya ummat bani Israel enggan masuk shurga dengan rahmat tapi ingin masuk shurga dengan amalannya, berapakali lallatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas titian sirat ini.
    (Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)


  6. Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya, berapakah pahala solat berjemaah Ali..(soalan bonus)

Heh! Jika soalan berbentuk begini yang digunakan dalam pelajaran matematik, aku rasa mungkin akan insaf sedikit para pelajar kita dan mungkin, Shilpa Lee akan batalkan niat untuk mengajar matematik sambil buat hubungan seks, mungkin?

Kita balik kepada lokasi kaferia di awal cerita..

****

Rewind sikit..

Mamat depan aku yang sedang minum Milo ais sambil baca berita internet, tiba-tiba bersuara:

“Rosak dunia ni sekarang, kau tengok, Oxford Child Prodigy Sufiah Yusof Is Now A Prostitute Known as Shilpa Lee…, budak genius masuk Oxford umur 13...sekarang dah jadi 'call girl'.., rosak..rosak”

Ada nada keluhan di wajahnya… Aku telan roti, dan hirup teh tarik yang bertindak membersihkan sisa-sisa roti di celah celah gigiku.. dia terus baca berita dengan kuat mengharapkan aku turut mengeluh bersamanya..

“Sufiah also told one reporter in the Daily Mail how she now quotes equations and algebra to entertain clients while having sex. Rosak ugama macam ni”

Aku lap sisa serpihan roti bakar yang mungkin melekap di janggutku, lalu berkata..

“Yang rosakkan ugama bukan sufiah, sufiah rosakan diri sendiri, yang rosakkan ugama adalah ustaz ulamak yang bagi fatwa sesat.., macam ugama yahudi dulu-dulu, yang rosakkan ugama mereka bukan pelacur yahudi, tapi ahli kitab yang ubah maksud kitab demi kepentingan diri sendiri…, maka rosakklah ugama…”

“Di akhir zaman yang paling dahsyat, ulamak yang memandang dunia, tabiaatnya busuk bak bau bangkai, siapa tercium akan mati jiwanya”

Aku sempat pulak bermonolong dengan ciplak lirik lagu dari arqam-perstiwa akhir zaman.

“Jadi kau nak kata, rosakknya ummat ini kerana ulamak yang rosak?”

“Tak juga, sekiranya kita rosak, kita tak boleh salahkan orang lain yang rosakkan kita, kes sufiah yang kononnya masa kecik kena dera seks, bila besar balas dendam dengan brutal fashion. Arghh, aku malas cakap bab ni…"


Aku minum air, berlagak malas nak bercakap bab dunia yang rosak, tapi habis sahaja minum air, aku sambung lagi cakap…

“Dunia ni dah lama rosak…, Dulu kalau tak silap aku ada sorang ustazah yang comel dan jadi Mentari berkata,: sorang perempuan yang terdesak, boleh melacur untuk menyara kehidupan, tak pasti sama ada beliau sudah menarik balik kenyataannya atau masih berpegang teguh…, tapi bab darurat, pura pura murtadpun di benarkan, cuma... sejauh mana darurat boleh itu di mata kita dan sejauh mana darurat itu di benarkan dalam pandangan Allah.., yang penting kita doakanlah untuk mereka”

“Siapa? Sufiah Yusof atau Mashitah Ibrahim?”

“Aku, engkau, Shilpa Lee dan Dato’ Mashitah.., semua kita kena pakat pakat doa hidayat, terutamanya aku, aku sendiripun banyak rosaknya..oh”

Kata aku, sambil order lagi 2 set roti bakar berintikan peanut, Sedap pulak…, kata aku dalam hati..

“Banyak kau makan, ni nak rosakkan tubuhler nie, berapa berat badan kau sekarang hamka?”

Eh, apsal pulak tukar topic perbualan ni.., kenapa tiba tiba tanya berat badan pulak, macam orang perempuan kecoh kecoh. Bisik aku dalam hati.., tapi bagus jugak tukar topic, malas dah nak cakap bab ‘rosak-rosak’ ni..,

“Kau tahu mamat? Ini lagi bukti bahawa dunia ini dah rosak, kebanyakkan alat penimbang yang aku timbang, banyak yang dah rosak, tiap kali aku check berat badan, mesti angka penimbang tu makin naik.., tak kira jenama tempatan atau luar, sama sajer, hampeh!”

Mamat gelakkan aku dan kita habiskan cerita itu kat situ… Apa-apapun, kepada Sufiah Yusof, ada masa boleh kita minum teh tarik sambil borak panjang-panjang.., aku nak tanya soalan matematik, nanti aku belanja kamu roti peanut, heh!..
(Semoga Allah ampunkan dosa kita dan sentiasa bagi peluang untuk kembali)

Ps: Remember this... save the cheerleader, save the world ... OK?: )

48 comments:

Faz said...

dikhabarkan Shilpa seronok dengan apa yang dia lakukan..semoga dia sedar dan dapat hidayat..

aku doakan untuk diri aku sendiri supaya Allah tetapkan hati aku di jalan yang lurus..[walaupun kadang2 aku pun jalan terhuyung hayang]

aku doakan orang lain juga diberiNya jalan yang lurus..

Baba Ali and Hamka said...

Assalamualaikum
I have one idea for Brother Hamka. This idea i got after i met Baba Ali, the funny dude from America. check out his videos on ummahfilms.com.
I saw that you guys have things in common.(Funny, and full of ideas)
Why don't you Hamka make video like Baba Ali?

(Peminat blog Hamka dari dulu lagi, tapi cuma malas nak comment)

Kafur said...

Kira-kira 1228 tahun yg lalu lahir seorang tokoh ilmuan Islam yg terkenal iaitu Abu Ja'far Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi.Beliau terkenal sbg guru algebra di eropah.(Korang pun tahu kan..hehe)

1148 tahun selepas itu kita berbangga kerna anak gadis kita yg berusia 13 tahun berjaya menempatkan diri di salah sebuah universiti tertua di dunia atas kebijaksanaannya dlm ilmu matematik@ilmu hisab@ilmu kira-kira(ahhh..apasajalah).

Tapi beberapa minggu yg lepas kita dikejutkan dgn berita dari tanah orang inggeris yang membongkar kisah siapakah shilpa lee yg sebenarnya.Adapun shilpa lee ini tiada kaitan dgn bruce lee,brandon lee or jenama pakaian lee atau lee lam thye.(ahh,apa aku merepek ni)

Setelah berita itu tersebar di seantero dunia,maka banyaklah pihak yg ingin menghulurkan bantuan utk 'memulihkan' shilpa lee itu. Berbondong-bondonglah manusia berbicara tentang shilpa lee. Berbicara ttg sebutir permata yang terpalit lumpur. Berbicara ttg layang2 yg terputus talinya. Berbicara ttg katak yg baru kluar dari tempurung. Dan byk lagi perumpamaan2 yg boleh dikaitkan.(Sila rujuk DBP untuk maklumat lanjut)

Tp jgn sampai ibarat kuman di seberang laut nampak, tapi gajah di depan mata buat2 xnampak.

Aku setuju dgn abg hamka, dunia ini telah lama rosak. (klau tidak,xdalah hari bumi) So, save the cheerleader, save the world because the world is getting older..

Refresh tentang kata-kata mashyur dari Umar Abd Aziz apabila dia ditanya oleh Sulaiman Abd Malik,katanya: "Bahkan yang paling hebat dan mengagumkan adalah orang yang mengenali Allah kemudian mendurhakai-Nya, mengenali setan kemudian mengikutinya, mengenali dunia kemudian condong kepada dunia".

Wallahualam.

Anonymous said...

nampaknya aku tertinggal... tak tau pun aku si sufiah gune nama Shilpa Lee...

tuan2 dan puan2 dlm sdar tak sedar pahala si Shilpa Lee dah bertambah banyak...alhamdulillah...moga asbab tu dia akan kembali dgn hidayat ALLAH...

reasons:
1. darri org perseorangan,pelawat blog,wartawan,penduduk malaysia,britain dan seluruh a'lam yang mengetahui ehwal dia bercerita tentangnya,,,bg cerita yg ditokok tambah (fitnah) besor pahala shilpa lee,bagi cerita umpat(sabda Nabi Muhammad Sallallahua'laihiwasallam mafhumnya lebih kurang".... kalau cerita itu benar dan ada pada org itu tetapi org itu tidak suke kalo didengarinye itulah mengumpat,kalo tiada padanye itu lah fitnah...")..maka semua pahala2 kite pergi pada nya...

tetapi menurut Ulama kalo didapati kenahasan yg memang ade pada seseorang itu(maknanye org tu memang buat jaht kat org contoh: kite dah kena tipu dengan mamat ni dlm kontrak nak buat renovation rumah RM 100,000 dah habis ,dan beberapa org dah kena,tiba2 kita tahu kawan kite pun nak ambil kontraktor penipu ni utk buat renovation rumahnye ,maka kalo kite cerite jahatan dia pd kwn kita itu tidak termasuk mengumpat)

sama2 lah kita renungi ,nak tahu lebih lanjut tanyelah ustaz yg mursyid...

aku ade cdgn nombor ustaz 0132555957... suke dgr jawapan dia...kite tak sakit hati dan ade kekuatan utk a'mal pabile bertanya padanye.. try lah kengkawan..

RON TULEN

Anonymous said...

Kafeteria la
bukannya Kaferia

==Jamsotek

Anonymous said...

1)untuk inzalkan pasangan tak payah guna lidah sebab lidah itu gunanya untuk berzikir (benda yang jauh lebih mulian).
Jawapan kepada soalan ke 4...kedalaman neraka:

Kata Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, maksudnya:

Kami bersama-sama Rasulullah Saw, maka kami mendengar suara yang sangat hebat lagi dahsyat.

Beliau bersabda: “Tahukah kamu sekalian suara apakah ini”.

Kami menjawab: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui”.

Beliau bersabda: “Ini adalah suara batu yang dilontarkan ke dalam neraka Jahannam sejak 70 tahun dan sekarang baru sampai ke dasarnya.

Anonymous said...

# Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya, berapakah pahala solat berjemaah Ali..(soalan bonus)

JAWAPAN:
pahala sembahyang jumaat bergantung kepada masjid mana dia sembahyang:
-di masjid jamek pada hari jumaat ialah 150 kali ganda,
-di masjidil haram 100,000 kali ganda
-di masjid nabi 1,000 - 10,000 kali ganda (minimum dan maximum)

Sekiranya sembahyang jumaat pada bulan Ramadhan digandakan 70 kali ganda, campur pahala gandaan masjid .

Anonymous said...

....ingin masuk shurga dengan amalannya, berapakali lallatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas titian sirat ini.
(Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)

jawapan;
pernah dengar satu cerita dari ustaz burnama, ada seorang ahli ibadah beribadat selama 500 tahun tanpa henti..namun masih tak dpat nak bayar nikmat sebiji mata...

jawabnya tak bolehlah masuk syurga kalau nak harap amal semata-mata...

disamping beramal kita mengharap rahmat Allah

amal itu untuk tambah-tambah berat timbangan kita, itupun masih harap syafaat nabi s.a.w.

Hamka said...

Faz

Ramai artis dan kebanyakkan kita paksa orang percaya kita adalah seorang yang bahagia…

Bagi aku, 90% orang yang mengaku bahagia adalah menderita…

Macam orang gila tak mengaku gila.

Jadi cuba teka, adakah aku seorang yang bahagia?

Woha!

---------
Baba Ali

Setakat ini cukup sekadar tulisan, gambar anak-anak aku sebelum ini akan di delete
Cukup tulisan sahaja di sini…
Setakat ini begitulah…

--------
Kafur

Aku dapat email yang suruh aku tulis pasal minah ni dan bagi link, bila aku klik dan baca, banyak yang kutuk si shilpa ni, jadi sekali lagi aku doakan untuk diri aku sendiri dan korang termasuk shilpa supaya Allah tetapkan hati kita di jalan yang lurus…

So, remember this, save the cheerleader, save the world because the world is getting older..

Selamat hari bumi sekali lagi

Wallahualam.

-----------
RON TULEN

Kau memang tulin, ron..

Terima kasih atas no tel tu, aku akan messege SMS bila ada problem.

Errr, mana pergi ron tak tulin?

-----------
Jamsotek

Sekali aku silap daa.., KAFETERIA!..
Nanti ada modal aku nak bukak kedai minum teh tarik dengan nama kedai adalah:

CAFERIA,

Siapa peduli?Lantak akuler!

He he he

-------
Anonymous

Sekiranya saiz batu itu adalah sebesar kepala manusia dan berjisim 3.56 kg, dan isipadunya di anggap tumpat, dan dengan mengaggap graviti neraka adalah sama dengan bumi iaitu 9.81 Newton, berapakah kedalaman neraka sekiranya 70 tahun masa yang di ambil untuk batu itu jatuh.

Jawab, jangan tak jawab..

Soalan bab tempat lokasi solat jemaah itu takde dalam soalan, kena panggil pembuat soalan nampaknya, setakat ini, anggap sahaja ali solat di Malaysia..

Soalan akhir tu, betullah hadith tu, aku ambik dari situ..

Err, kau takde nickname ke?

Shilpa chan ke?

acit said...

"siapa yang rusak.?"

shilpa lee ke.pn mashitah ke.
cheerleader ke.

enta la.pade pendapat saye, itu semue bukan kerje kite.

buat amal banyak2,ekhlas2 sampai jadi mayat,itu keje kite.
berat dose,berat pahale, rusak ke suci, itu bukan keje kite.

same2 la kite mintak pada Tuhan supaya tidak dipaleng kan hati daripada Nya.
amin.

ultra_ace said...

Save the cheerleader!!!

Feerhann said...

pehhhh... shilpa lee + supiah/safiah = ingatan utk diri sendirik!

hohohohohhhhhhhh...
takutttttttttttttttttttttttttt

Anonymous said...

Salam.

Pesan untuk semua, sebaik-baiknya jangan perbesarkan aib orang lain. Kalau Allah dah tutup aib orang tu, kita jangan pula buka keaiban dia. Barang siapa buka keaiban orang, Allah akan buka keaiban kita bukan sahaja di dunia tapi di akhirat.

Hamka,
Aku tak berapa setuju bila ko buka cerita ni sebab ada nama orang yang semua kenal. Kesian maruah ibu bapa, keluarga dan semuanya tercemar. Cerita dalam entry lain ok sebab bila ko bubuh nama, takde sapa tau.

Wassalam

Aku yang bakal menaiki kereta mayat,
Nurul Azam

Sir Wan said...

soalan math? oh tidak!

Abdah said...

Kalo dah pakat2 bincang kat sini tuh kenalah ada actionnye.. kalo betullah kan kita cite2 sbb nk buat pengajaran. kang silap2 dosa kita pulak yang menimbun!

Abdah lagi said...

Oh tertarik dgn komen acit.

Bahaya tuh!tu mmg keje kita pun.. I mean mmg la bukan keje kita nk judge sape yg rosak. TAPI keje kitala nak baikkan yg rosak..

Save the cheerleader save the world..
Save the world save YOURSELF FROM HELLFIRE!!!

:D

u m a i r . said...

hmmm. shilpa. atau lebih elok sufiah. macam mana boleh jadi begitu ya? pasti ada silap nya. tp d mana? semoga Allah datang kan hidayah kepada nya kembali. insyaAllah.

Hamka said...

acit

dalam cerita ini, yang rosak adalah ALAT PENIMBANG.
Harap maklum..

-----------
ultra_ace

and then, Save the world…

-------
Feerhann

Taupun takut..

--------
Nurul Azam

Dr Masitah tak tarik kenyataannya, dan aku setujukan ‘darurat’ Cuma sejauh mana darurat itu perlu di bahaskan..

Shilpa lee pula mengaku ‘bahagia’…

Dan maafkan aku, menulis secara tak langsung.., kalau perlu aku akan delete entry ini jika pembaca yang membaca rasa dosa bertambah selepas baca..

Aku nak ajak mereka minum tehh tarik..

Sebelum ni aku tulis pasal Lina Joy, dan sekarang aku tulis pasal Shilpa lee..
Dan dihujung entry, aku ajak mereka minum tehh tarik..

Aku nak belanja apa?!

--------
Sir Wan

Heh!

----------
Abdah

Buatlah pengajaran.., jangan salahkan mesin penimbang jika berat badan kita naik, itu moralnya..
: )

---------
u m a i r .

Ajal mereka belum tentu sangkaanNya, begitu juga aku dan kamu..
Semoga kita mati dalam Husnul Khatimah…

Anonymous said...

Salam..

Errr, mana pergi ron tak tulin?

"Hebatnya Allah yang cipta lidah untuk manusia.."

isu ini ditujukan buat sahabat2 yang mengenali hamka yang tak tulin.. Woha!

biar pun tak tulin namun TETAP nak tanya ron tulin dah minta izin ker nak publish no h/p ustaz "aku ade cdgn nombor ustaz 0132555957"

-Nurul Kinna

Abdullah said...

takper la sebut pasal neh pon seme orang dah taw,satu mesia..bukan nak bukak aib dia..takde nak kutuk² dia lagi jauh,buat pengajaran untuk ummat dan ajak ummat ramai² doakan taufik dan hidayah untuk dia,aku,dr mashitah dan seluruh ummat..huhu

Hamka said...

Nurul Kinna

Kenapa hamka tak tulin?

Heh!?

Ps: kalau aku cakap kau orang tak tulin kau marah, nanti aku cakap kau orang asli pun marah gak.., apa-apalah..

----------
Abdullah

Sedikit pengajaran, yang rosakkan ugama adalah ustaz ulamak yang bagi fatwa sesat, dan aku tak maksudkan dr mashitah, harap rakan-rakan ustaz yang sudi baca blog ini dapat berfikir-fikir sebelum buat satu satu statement..

Anonymous said...

salam...

banyak soalan nak jawab ni?

1. ron tak tulin dh guna byk nick name...
takpe yg penting dia dah nak nkah bro...bulanmei ni ...do'akan die...

2. pasal no phone ustaz tu...thanx nurul kinna coz remind me...actually lum minta ijin but i'm sure he suke...ustaz mana tak suke org rujuk kat die pasal masalah agama...cume ni care tak sunnah dan kureng ckit coz pernah dgr citer kan seorg sahabat (ada pertalian keluarga ngan Rasulullah SAW) pun dtg jauh krn 1 hadith nak blajar agama ngan sahabat lain....

aku ade gak jumpe ustaz ni face 2 face ...sekali kot... hehehehe

pasal kes shilpa ni..(bukan die sorang jer yg "bahagia" melacur ...ramai lagi)...so, doakan le..coz pikir risau dah kalian buat...do'a dah ke? bukan ke do'a seorg islam kpd seorg islam yg lain sdgkan org itu tidak tahu dia dido'akan ...MAKBUL...bahkan malaikat akan minta ALLAH kabulkan doa' tu kepada si pendo'a terlebih dahulu sblm org yg didoa'kan..."well not hell"

RON TULEN bukan bermaksud "tulen bang"(jantan sanggat or what) tp org yg sebenar memberi komen di blog...bab "tulen"(kemunduran umat (lelaki sejati or lelaki lembut) dan cara penyelesaiannya)tu minta bro Hamka dpt buat entry baru kot...mesti panas dan mendapat maklumbalas yg baik. woha wohi wohu ...ahaks

RON TULEN

Khalis Khaisara said...

sokong kalu soalan matematik utk bdk sek menengah or rendah berasaskan agama..
p/s:just a silent reader.

faz said...

Faz

Ramai artis dan kebanyakkan kita paksa orang percaya kita adalah seorang yang bahagia…

Bagi aku, 90% orang yang mengaku bahagia adalah menderita…

Macam orang gila tak mengaku gila.

Jadi cuba teka, adakah aku seorang yang bahagia?

Woha!
-----

Brader Hamka,

Bahagia itu kan letaknya di hati...[luka di jari nampak darahnya, luka di hati siapa tahu...]

Hamka said...

RON TULEN

Aku ada niat nak tulis pasal lelaki GAY, tapi aku sangat perasan sibuk (korang peduli apa bukan?)

Setakat ni entry aku yang bosan itu ditulis dengan spontan, macam entry di atas, aku dah tulis pada awal april tapi takde idea, dah takde idea sangat, aku edit sikit sikit dan terus post..

Ron.., bulan mei ini, aku sibuk sikit…, ada bebarapa komitment nak kena selesaikan, jika aku sempat aku post mana yang sempat…

insyAllah, terima kasih sudi baca blog ini.

: )

----------------
Khalis Khaisara

Kat sekolah masih banyak kena masuk silibus baru, dengar kata pendidikan seks dah lulus, tapi masih banyak lagi pendidikan yang nak kena masuk…

Panjang bab ni nak ulas…

----------
faz

lalu aku terus menyanyi..

kain selendang jatuh ke tangah sawah
terbang bersama angina yang berlalu..
luka di tangan berdarah nampak berdarah
luka dihati tak siapa tahu

ewahh, terus korus.

nyior gading baru hendak berbuah..
pohon senduduk tak berguna lagi..
sudah dapat sigading bertuah
tentulah tanduk tak berguna lagi..

ps; aku suka menyanyi dalam kereta, sapai bosan isteri aku..heh

capoeira said...

Tekanan dr financially + keadaan keluarga.

Didikan mungkin terlebih bab nak genius je tapi bab2 kerohanian terlepas pandang kot...

Sedih jugak la sbb dia tu muslimah... harap2 dibukakan hidayah dan petunjuk utk berubah....

Papepun jadikan pengajaran. Dugaan tuhan ni bermacam-macam…

Anonymous said...

salam..

"mesti panas dan mendapat maklumbalas yg baik.." -RON TULEN ..tulen ke?

panas la sangat...! -"hell panas lagik!"

sebagai research... ada link yang bro hamka boleh buat idea dan ulasan, tapi i will mail to you personally, coz ianya membabitkan keselamatan ummat..

"woha wohi wohu ...ahaks!

-zazoyah ke?

ceid said...

atau rosakkah aku? T_T

ZULHAFIDZ said...

Assalamualaikum,

save the cheerleader, save the world.

actually, masalah2 kronik ni bermula dengan tiadanya matematik pengiraan tentang dosa dan pahala. (sebab tak nak ambil kira)..

termasuk tentang kod etika berpakaian wanita-wanita. jadinya apabila wanita-wanita mendedahkan aurat masing-masing, lalu timbullah matematik dosa pada diri mereka sendiri dan matematik dosa kepada lelaki-lelaki yang melihatnya lalu didarabkan dengan titik hitam yang terhasil pada hati.

bila hati hitam, lalu nasfu jadi raja dan syaitan mudah bisikkan mcm-mcm agenda jahat dia dalam hati.

lalu berjalanlah manusia tadi dengan persamaan berjalan dengan penuh nafsu di darab dengan pekali pekali lain seperti media yang menunjukkan wanita tidak tutup aurat adalah normal (padahal mereka inilah extrimis ..extreme sungguh..berani melanggar perintah dresscode Allah s.w.t bagi dengan bangganya) papan-papan iklan yang ekploitasi wanita dan sebagainya tentang wanita.

dan apabila imam al-ghazali berkata " apa yang dilihat, didengar, dimakan akan jadi sebahagian dari diri" maka itulah sama dengannya terhasil mereka-mereka yang bangga ikut dresscode berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

save the cheerleader save the world sedikit sebanyak jadi pencetus idea iCoveriSafe = dunia akhiat.

boleh baca brainstorming berterabur di http://agmnhob.blogs.friendster.com/agmnhob/ tentang campaign tersebut.

Remember..

Zulhafidz said...

mana yg baik2... PUJI ALLAH S.W.T..jgn puji penulis blog atau mana-mana makhluk...kan pernah rasulullah s.a.w nak baling pasir pada orang yg terlalu memuji baginda..sebabnya takut syaitan cari ruang untuk membisikkan TAKSUB kepada si pemuji....atau U'JUB..mahupun RIAK serta takabbur kepada orang yg dipuji.)

Rasulullah s.a.w takpe..baginda maksum dari sifat mazmumah mahupun dosa-dosa....kita ni?? baru puji sportrim cantik dah gi tambah ekzos besar..nak bagi rasa riak lebih atas jalan!

tambahan**
kita dok bising pasal paderi2 kristian berdakwah mengkristiankan orang melayu.dan orang-orang lain....mcm2 kita bising...

tapi bila ada segolongan islam yang berdakwah tentang islam kepada yg dah islam tapi separuh2..dan juga yg bukan islam...mcm2 pula tempelak, alasan, provokasi, kata-kata tidak mendorong dan sebagainya... ????? siapa yg menghalang usaha dakwah sebenarnya?? orang bukan Islam? atau orang yang mengaku Islam???

errr..jom ke surau! eh masjid!

Mazarina said...

ooooo..lama x dtg sinih...owh, nama 'kereta mayat' ni hamka...x tau plak..ngehngeh

Hamka said...

capoeira

berita pagi ni, masih keluar isu ini…

-------------
zazoyah

Aku tunggu link tu…

----------
ceid

orang yang tahu dia rosak sahaja akan sedia untuk di baiki…

T_T

----------
ZULHAFIDZ

Salam.

Terima kasih sebab bagi komen yang bernas macam beras.., komen kat sini dan komen kat entry entr yang lepas, aku galakan pembaca lain baca komen si zul ni, sungguh bernas macam beras pilihan bernas, tapi harga mahal pulak ye?

Naiknya harga barang itu kerana buruknya amal kita..oh!

----------
Mazarina

Ialah, akupun tak ingat pada kau…, selamat datang kembali.
: )

Zulhafidz said...

Waalaikumussalam (jarang aku bagi salam kat orang yg aku jumpa secara realiti..tapi dalam web,blog, dan chat selalu).. kemana syiar islam ini? kemanakah doa antara muslim ini? kemanakah hak sesama muslim ini?

Terima kasih tuan hamka tidak mendelete komen saya itu.dengan rendah hatinya saya meluahkan perasaan kat sini pula..

Bukan apa..sebenarnya….saya dah hidup 25 tahun...nak ingat nama malaikat seharian yang sekeliling saya pun susah...manalah IMAN saya kena curi? geramnya sayaaa..!!

NAMA-NAMA MALAIKAT itu termasuk dalam rukun IMAN KETIGA? isk..maknanya..kemanakah IMAN saya??

saya nak salahkan matapelajaran sains..tak boleh juga..sbb itu mata pelajaraan Sunnatullah (ahli sains barat yang bubuh nama sains - sebenarnya ia adalah sunnatullah course-matapelajaran berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t...)

sepertinya Hujan turun..sunnatullahnya (sciencenya)..air terserap..naik ke awan..awan berat..air turun..jadi hujan

sedangkan..

Allah s.w.t telah meletakkan para malaikat dibumi…..pembawa rezeki,angin dan hujan...dan lain-lain.

Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.AL-BAQARAH=AYAT 57

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. AL-BAQARAH = AYAT 164





ermm..selebihnya baca sendiri disini

http://quran.al-islam.com/Search/SrchHits.asp?SearchText=awan&TotalCount=20&lang=mal&Option=1&pageID=1&flag=1&ID=217

"orang barat kata..every house should have an atlas..."

Muslimin kata....
"Every house should have AL-QURAN TAFSIR"!!!

dan jgn lupa rujuk buku atau ustaz2...asbab nuzul(turunnya) ayat tersebut..jgn tafsir untuk diri sendiri plak..tak tercapai akalmu!

oh..ada malaikat sedang mencatit apa yang saya type di blog tuan hamka ini.

jika semua orang ingat ini..tentu tak payah ada CCTV!!!

aduh..RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN KU ROSAK!....iskk.. alhamdulillah boleh ingat nama rukunnya..saya listkan ya?

(kena perbaharui setiap hari setiap detik) itulah sebabnya umat muhammad diberikan special oleh Allah s.w.t …SOLAT…5 KALI SEHARI!!!.. bila solat..sedikit sebanyak kita memperbaharui rukun-rukun ini!!)

RUKUN ISLAM

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

RUKUN IMAN
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada nabi dan Rasul Allah
3. Percaya kepada malaikat
4. Percaya kepada kitab
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qada dan qadar
ER..CUKUPKAN SEKADAR boleh list??
Saya percaya..radio boleh berbunyi dengan adanya elektrik melalui bateri ataupun kabel elektrik…...tetapi……jika komponen dalaman radio saya putus satu dari 5 wayar ..satu dari 6 wayar?? Agak2..bunyi dia ok tak? Atau tak bunyi langsung??
Mcm smalam..ada kawan datang rumah..tanya..dia nak berubah..tapi kawan2 disko dia kata..takyahla berubah… hidup sekali je… kita enjoyYYYYYYYYYYYYYYY..
Aduhai..sepatutnya iklan TV dan shampoo cakap gini “ MATI SEKALI JE….KITA TAUBAT SELALUUU!!!
Aku cakap kat mamat tu..antara masjid2 dan disko … mana lagi besar? Cerah? Dia kata masjid.. pandai pun!
Allah s.w.t menyediakan JALAN KEBAIKAN punyalah BESAR..PUNYALAH BANYAK…. tak terhingga kat dunia ni untuk hamba-hambanya.. Maha Pengasih dan Maha Penyayang…siap terima Taubat lagi…
Tapi..ko gi pilih tempat gelap dan sempit dan berbau dan pening2 tu apsal… masjid punye lah besar..cerah..terang..aircond lagi skang ni…siap wangi-wangi
Tolonglah..jgn bagi alasan kat manusia lain ttg hidup..adakah alasan yang sama nak jawap depan Allah s.w.t nanti??
iman yang rosak..perlu dipulihkan..sebelum jadi mayat!! Isk..insafnya aku baca blog hamka nie!!

wsalam.

Ps: Mak saya call dari kampong..beras naik rm6 … hmm… tatau salah bernas atau sape…
ttg ni pon dah ada dalam hadith Rasulullah s.a.w.. .. perniagaan rugi, barang naik harga, berlaku system monopoli dan kapitalis…Allah s.w.t melaknat golongan2 ini..dengan ISTIDRAJ!!...

Zulhafidz said...

sambung sikit lepas solat asar..

dan saya berdoa...kepada para AHLI PARLIMEN YANG BERAGAMA ISLAM DAN BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T..

rajin-rajin lah menyebut kebesaran ALLAH S.W.T dalam DEBAT PARLIMEN tuuuuu..kasi diorang takut sket..diorang tak takut manusia sebut nama alim ulama'..

Semoga terzahir semula watak-watak seperti saidina umar di dalam parlimen..dan terguna pakai semula PIAGAM MADINAH \ PERLEMBAGAAN BANDAR PERTAMA DI DUNIA...dari Allah s.w.t..melalui RASULULLAH S.A.W..!!!!. =D

oh tak sabarnya aku!!

saya bercuti..jalan2 sedut oksigen!

9 10 11 May.

wslm..

Hamka said...

tau takpe!

ainohikari said...

Assalamu'alaikum

Seperti biasa entri yang cukup baik untuk tatapan semua orang.

Bro hamka, soalan 1,3 dan 4 yang bro kemukakan itu banyak kali juga saya dengar, sama ada dari orang lama ataupun orang baru tapi boleh tak bro hamka bagi rujukan sekali ?

Setakat yang saya baca dalam kitab fadhail amal, belum berjumpa lagi. Mungkin kelemahan saya dalam mengingat ataupun hadith berkaitan itu memang tiada dalam kitab ini tetapi ada dalam kitab lain. Mohon diperjelaskan.

Selain itu,
saya ada terbaca hadith ke-8 dalam fadhilat solat, bab 1, bahagian kedua - celaan dan amaran mereka yang meninggalkan solat, bahagian 'keterangan'..yang mana diberitahu bahawa terdapat satu lembah di dalam neraka bernama Lamlam dan di dalam lembah itu terdapat ular-ular sebesar leher unta dan panjangnya itu sejauh sebulan perjalanan. Seseorang yang meninggalkan solat akan diazab dalam lembah itu. naudzubillah.

Jika diperhatikan ciri-ciri ular dalam hadith ini agak sama dengan ular yang diceritakan dalam soalan kedua bro hamka. Tapi saya ingin tahu kesahihan soalan kedua bro hamka itu. Sekadar menambah ilmu dan menjauhkan diri dari terlibat dalam penyebaran hadith palsu insyaAllah.

jazakAllahhukhair

abu_harraz said...

untuk anonymous 3:44 PM, April 30, 2008.

Guna lidah untuk inzalkan pasangan tak semestinya jilat kemaluan dia...
Byk cara lain daaa..

Apa2 hal jgn jilat kemaluan pasangan anda utk tujuan menginzalkan. Blajar lagi, byk cara, be creative..
Hamka mmg pakar bab2 ni..

Hamka said...

Sebelum aku kahwin, ada seorang pakcik Tabligh bagi buku panduan yang bertajuk “bagaimana jimak secara islam”.


Buku itu adalah kitab lama, bertulisan jawi, dan agak sukar untuk dibaca dan di fahamkan.

Tapi aku tabah dan amalkan…

pendek cerita, aku jumpa lagi pakcik ni minggu lepas di sebuah masjid dan menyatakan hasrt untuk pulangkan buku itu.

Tapi Pakcik tu kata tak payah, dan bagilah buku tu pada mereka yang layak…

Akupun jadi suka, sebab dah 7 tahun jugak buku tu aku simpan,

Tapi dah seminggu jugak aku cari tapi tak jumpa pulak…

Jadi, panduan inzalkan guna lidah atau guna tangan secara islam, tak boleh aku jawab sekarang…

harap maaf.

Hamka said...

ainihikari.

aku dengar itu dari Buznama.., namun aku percaya jika kau dan aku bagi masa untuk cari sumber riwayat, insyAllah kita akan jumpa..

boleh kau bantu aku?

ZULHAFIDZ said...

Amalkan sunnah Rasullullah , agar rumah tangga UTUH hingga ke HUJUNG USIA

1) TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI

Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit.
Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?”
Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”.
Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.”
Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”.

(Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)

2) MEMBERI WANGI-WANGIAN PADA AURAT

Dari Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

3) MANDI BERSAMA ISTERI

Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)."

(Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

4) DISIKATKAN OLEH ISTERI

Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, ketika itu saya sedang haid".

(Hadis Riwayat Ahmad)

5) MEMINTA ISTERI MEMINYAKI BADAN

Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pada hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."

(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)

6) MINUM BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMA

Dari Aisyah RA, dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."

(Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

7) MEMBELAI ISTERI

"Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.“

(Hadis Riwayat Ahmad)

8) MENCIUM ISTERI

Dari Aisyah RA, bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan beliau tidak mengulangi wuduknya."

(Hadis Riwayat Abdurrazaq)


Dari Hafshah RA, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."

(Hadis Riwayat Ahmad)

9) MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA

Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuahanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan."

(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

10) MEMBERSIHKAN TITISAN DARAH HAID ISTERI

Dari Aisyah RA, dia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu."

(Hadis Riwayat Nasai)

11) MEMBERIKAN HADIAH

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, "Ketika Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanya kepadamu."
Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang di sabdakan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam & hadiah tersebut di kembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikanya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah."

(Hadis Riwayat Ahmad)

12) SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA

Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan....... apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.”

(Hadis Riwayat Tirmizi)

13) BERBARING DI PANGKUAN ISTERI

Dari Aisyah RA, beliau berkata: "Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa meletakkan kepalanya di atas pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.“

(Hadis Riwayat Abdurrazaq)

14) MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).

att: Jgn hanya tiru budaya barat..

~ selamat bahagia ~

Hamka said...

Best!

Amin007 said...

Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s, batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, berapakah kedalaman neraka yang sebenar?

ok, katakan pecutan graviti 10 meter dalam satu saat. katakan pecutan graviti kat dalam neraka sama dengan pecutan graviti dunia ni.

jadi 1 minit = 60 X 10 = 600 meter
1 jam pulak = 60 X 60 X 10 = 36,000 meter
satu hari = 24 X 60 X 60 X 10=864,000 meter
1 minggu = 7 x 24 x 60 x 60 x 10 =6,048,000 meter
1 tahun = 52 minggu = 52 x 7 x 24 x 60 x 60 x 10 = 314,496,000 meter

jadi dari nabi adam sampai nabi muhamad berapa tahun???
jadi tambah = _ 52 x 7 x 24 x 60 x 60 x 10 = ??? meter

Hamka said...

Jawapanyan -E-

(Infinity)

Norazizah said...

salam, nak copy & paste soalan matematik ni

:-)

terima kasih :-)

teruskan perjuangan :-)

Hamka said...

ok.

dah dapat jawab ke?

Ahli matematik yang tak pandai matematik said...

Salam, teringin pula nak mencuba jawab. Tapi, soalan nombor satu aja, sbb saya “perasan sibuk”
Ok,

Formula: halaju = jarak/masa
Jarak = halaju x masa

Halaju kuda menurut World Book Encyclopedia, Chicago: World Book adalah 17.78 m/s untuk 1.6 kilometer dalam masa 1 minit setengah.

Selesaikan parameter dahulu:
Halaju := 17.78 m/s
Masa := 365 hari x 24 jam x 60 minit x 60 saat = 31536000 saat

Ok, parameter tertakrif, oleh itu
Jarak = 17.78 m/s x 31536000 s = 560710080 meter

Diameter pokok = jarak yg perlu dilalui oleh kuda utk merentasi bayang2 pokok, oleh itu, diameter 1 pokok yang bakal ditanam pezikir adalah 560710080 meter.

Utk keluasan, sukar nak dikira kerana, tinggi pokok tidak dijelaskan, oleh itu, kita boleh andaikan keluasan bagi kawasan yg diperlukan utk satu pokok dengan menggunakan,

Rumus:
Luas bulatan: pi x jejari x jejari
Pi = 3.14
Jejari = 560710080/2 = 280355040 meter.

Luas pokok = 3.14 x 280355040 x 280355040 = 2.468006981 x 10 kuasa 17 meter persegi.
(luasnya! subhanALLAH)
Luas pokok = 246800698100000000 meter persegi.

Jika pezikir berzikir 33 kali, maka luas yang diperlukan utk tanam 33 btg pokok adalah = 8.144423039 x 10 kuasa 18 meter persegi.

Luas utk 33 btg pokok = lebih besar atau sama dengan 8144423039000000000 meter persegi.

SubhanALLAH… WALLAHUALAM.. terima kasih akhi atas semua peringatan yg telah diberi, insyaALLAH, nanti kalau saya tak “perasan sibuk” saya jawab soalan yang lain.. walaupun akhi tak suruh, hehe (nak sgt jawab, tapi “perasan sibuk”)
: )

Hamka said...

wow!

Anonymous said...

Igtlah. Kau di dunia adalah hamba Allah, maka, di dunia ini kau lakukan ibadah dan segala perbuatan adalah untuk mencari keredhaan Allah. Ramai sahabat dahulu bila beribadah menangis menggigil gigil ketakutan, takut takut ibadah yang dilakukannya x dpt keredhaan Allah. Semoga Allah merahmati dan memberi keredhaan kepada ummah akhir zaman ini.