Apr 22, 2008

Siapa Hamka ?

(Menyahut cabaran 'Blogger syok sendiri'- lagi entry bosan dari aku…)

Ada ramai pembaca blog ini yang mintak gambar aku, ehem, ehem, (perasan glamerlah pulak)

Apa korang nak buat dengan gambar aku?, tak cukupkah gambar tapak tangan aku sebagai rujukan bila kita ditakdirkan berjumpa?..

Senang bila korang jumpa aku, just tengok tapak tangan aku, jika ada corak no 16. itu adalah aku, sebab tapak tangan aku bukan ada corak 99 macam korang..
Dan cara itulah yang diguna pakai selama ini sebagai bukti aku adalah Hamka sepanjang tempoh menjadi blogger yang sekali sekala peminat datang belanja minum teh tarik…

Namun korang tetap nak gambar jugak, dan terpaksalah korang berpuas hati satakat ini sebab aku bukan nak bagi gambar tapi just bagi gambaran…, iaitu:-

Bayangkan seorang lelaki yang berdahi luas, muka banyak parut jerawat, hidung kemik, sejemput janggut, gigi sedikit jongang, dan seluar bersaiz 35, perut boroi, serta berbulu kaki jarang..

Tolong jangan lupa sifat itu 10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata.., supaya kamu tak salah orang.., atau tak salah mayat…

Lalu melalui gambaran itu, korang pakat-pakat tafsirlah pulak..

Tafsir *Korang tentang Aku, yang di petik pada ruangan komen entry ini.

*****

SIAPA HAMKA?(tafsir korang)
Lelaki yang berdahi luas,..
Dahi luas seluas pandangan yang membenarkan antara logic akal dan penasaran rasa beragama

Muka banyak parut jerawat,...
Parut jerawat selaras pada dahulu punya angan-angan panjang terputus pada realiti terikatan bahawa kacak bukan segalanya

Hidung kemik,...
Hela nafas yang pendek-pendek adalah hati-hati yang selalu ingin menjuarai tumpuan usaha, namun batasan fizikal membuat sedar rasa diri

Sejemput janggut,...
Kehormatan lelaki pada kelibat air wuduk yang singgah pada janggut dan manisnya pandangan mata bila air tersisa masih lagi membasahi

Gigi sedikit jongang,...
Tersebut pada kalimah yang dikeluarkan pada tiap nafas yang keluar tiada menghalang utuhnya La iLaha Illah kerana asalkan lidah tiada yang jongang

Seluar bersaiz 35,...
Selalu exersice nanti boleh jadi saiz 33..Woha!
Boleh ker?

Perut boroi,..
Kurangkan manisan... pada titik perut 7 ke atas (hati,peparu, mulut,hidung,mata,telinga dan akal) dan pada titik perut 7 ke bawah (nafsu lebihan makan,nafsu lebihan minum, nafsu jimak,nafsu lebihan jimak, nafsu...,nafsu... dan nafsu....) terkalahkah kepala atas pada kepala bawah pada perut?
jawapanya YA!

Berbulu kaki jarang,...
Berbulu pada kaki satu tanda subur bagi lelaki, kalau bulu jarang-jarang tapi anak rapat rapat macam hamka.. itulah namanya rezeki...Woha!

10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata..,
Bagi lelaki memandang wanita, pandanglah pada mata kirinya kerana disitulah letak cantik dan ayu cintanya
Bagi wanita memandang lelaki, pandanglah pada mata kanannya kerana disitulah upaya akal dan cekal kata-katanya

Jika jumpa hamka jangan lupa lihat mata kirinya, ada tanda tahi lalatkah? hingga kritis sekali bait kata, noda pada akal telah jadi bual bicara dalam blog, tapi ramai yang suker kan.. kan? ahak!

Supaya kamu tak salah orang…
Salah mayat... larikkk jumpa mayat tanpa kepala!...wawawawa adegan yang tidak mungkin kita lihat tapi benar-benar berlaku apabila ramai antara kita tidak menunaikan solat!...

(*Tafsir daripada : Abu Adam, Sarah, dan RON)

******
Wah wah wah, suka hati korang jer tafsir tentang siapa Hamka, lalu aku pun pura-pura marah dan sempat pula melayankan komen korang , sebab aku suka jugak layan sesuatu yang ringan dan agak merepek…, layan.. (padahal malas dan takde idea nak menulis)

Tafsir sebenar Aku tentang Aku

*****
SIAPA HAMKA?(tafsir aku)
Lelaki yang berdahi luas,..
Luas tapi tidak botak, masa bujang suka tutup dengan rambut panjang, sekarang tutup dengan kopiah, walaupun dahi luas, kadang kadang masih sempat keluarkan jambul perasan macho.., eh?!, rupa-rupanya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang berdahi luas, lagi sekali perasan macho dibuatnya..

Muka banyak parut jerawat,...

Ruang tamu dan kamar tidur rumah aku di hias lampu kuning, kerana di bawah lampu kuning, parut jerawat tidak kelihatan, muka gelap atau keruh nampak sewarna dengan alam dan mengujakan mata yang bertentang.., heh!,

Bagi yang dah berkahwin, bersetubuh di bawah lampu kuning lebih mengujakan dari bersetubuh di bawah lampu putih, lebih bagus tutup lampu terus! Dan Sunnah Nabi adalah berselimut bila bersetubuh,

Kepada mereka yang meletak jawatan dalam kerajaan kerana malu akibat rakaman curi video seks, ketahuilah, kesilapan anda bukan sahaja kerana bersetubuh di bawah lampu putih atau kuning, tapi kerana tidak berselimut!

Dan berselimut bersama bukan isteri juga adalah kesalahan walaupun sudah berselimut. Harap maklum.

Hidung kemik,...
Lalu mencari pasangan yang hidung mancung, dan bila diejek rakan sebaya, terus cover dengan pepatah,
“walaupun aku hidung kemik, tapi hidung bini aku mancung, walaupun aku tak hensem, tapi isteri aku cun,”

Apa-apalah!

Sejemput janggut,...
Kesan warisan keturunan baka kurang berbulu.., duhai anak-anakku, maafkan ayahmu, tidak banyak bulu-bulu yang dapat ayah wariskan, tapi walaupun sejemput janggut, simpanlah ia dengan sungguh-sungguh kerana itu adalah Sunnah Nabi,

Di petik dari kitab Ibni Hibban, Hadith dari Abu hurairah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Di antara fitrah islam, ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu”.

Di tempat lain Nabi bersabda: “sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum akan di anggap sebagai mereka”..

Wallahu’lam.

Gigi sedikit jongang,...
jika di perhati dari sudut sisi dan di ukur dengan jarak permukaan gigi lain, of course ada sedikit jongan, tapi masih dalam julat senyuman menawan.., bak kata P Ramlee ketika mengorat anak Haji Bakhil dalam Labu Labi,

“Pilihlah aku jadi temanmu.. Hensem tiada, manis ada…


Seluar bersaiz 35,...
Err, bersaiz 36 sebenarnya, tapi sebab aku terasa sedikit longgar, jadi aku anggap 35, sebab baru lepas berak kot…,

Perut boroi,..
Sudah lama 9 bulan 10 hari berlalu, tapi due tidak pernah berhenti, dan perut semakin membesar, tapi aku tak bimbang sebab isteriku telah mendahuluiku, perutnya makin besar buat aku rasa selesa, sebab ada lagi orang yang lebih besar perutnya.., woha!

Dalam Hadith Nabi bersabda yang lebih kurang bermaksud, akhir zaman ummat islam tidak akan jatuh kerana masalah makan, tapi akan jatuh sebab bergaduh sesama sendiri.., orang PAS yang boroi dan orang UMNO yang boroi, fikir-fikirkanlah!

Err, penulis blog ini juga seorang yang boroi.

Berbulu kaki jarang,...
Sesungguhnya Bigfoot itu berbulu kaki lebat dan mempunyai gigi yang jarang, sedangkan aku pula bergigi lebat dan berbulu kaki jarang, jadi aku adalah manusia biasa, jangan puji aku lebih lebih, masuk neraka aku nanti..oh!

10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata..,
Eh, macam mana tahu ini?, macam mana you tahu ada tahi lalat dalam mata I? eh, silap itu anak mata daa, macam mana you tahu ada tahi lalat kat mata I, tahi mata I memang ada di hujung mata I, eh silap lagi, tahi lalat I memang terletak belah kiri dalam cermin, tapi di dunia nyata tahi lalat I di belah kanan di bawah mata, saiz sama dengan tahi lalat dato’ Siti Nurhaliza…

Ada orang kata muka I ada iras-iras perempuan, ala ala feminim gitu, sebab tu kot dulu masa sekolah menengah, I selalu kena berlakon watak perempuan dalam drama pentas, benci betul I, mentang mentang I takde misai dan janggut, mereka suruh I berlakon sebagai perempuan dengan alasan mereka boleh pegang I masa berlakon tanpa berdosa, tapi I pulak yang terdosa kerana jadi lembut dan pakai baju perempuan, menyampah I..

Tapi kan, bila I tengok wajah I dalam cermin..

I dapati, wajah I memang macam perempuan…

I tengok lagi, ha ah!, ialah, betul betul macam perempuan..

Macam perempuan hodoh!!!


Arghh!

Apa aku merepek ni, apasal pulak tiba tiba aku jadi lembut, geli aku!

Sudahlah, habiskan entry bosan ini disini. Habiskan begitu sahaja..
Bye!

Ps: Harap ini entry bosan yang terakhir, dan sesungguhnya..., bersyukurlah dengan nikmat Allah, nescaya akan ditambah nikmat untukmu.. Dan.., Tuhan tidak memandang rupamu, tapi dihatimu…

33 comments:

faz said...

woha..
tergelak aku..

faz said...

eh im the 1st...
woha again

Anonymous said...

haha..jual mahal la ko hamka=p

SirWan said...

bayangan menjadi bayang-bayang..

Hamka said...
This comment has been removed by the author.
Hamka said...

Faz

Aku telah lama kelakar, hari ini kamu gelakkan aku, bukankah kita semua akan jadi mayat?

------
Anonymous

Kau tu jual mahal, komen tak tinggal nama.., hampeh!

--------
SirWan

Bayangan gurauan..

Anonymous said...

mmmmmm....

tajuk dan jalan cerite bosan gak tp pengolahan cerite anda menarik dan tak pernah bosan(mcm pengkritik AF lah pulak dude!!!)...

wah wah.... jual mahal lah plak bro...

muke aku gak cam pompuan ,kecik2 slalu brlakon jd pompuan ...

dan ramai sangka ku pompuan..naik bas je abang2 brebut nak riba...

now, alhamdulillah...janggut sejemputku menutup wajah ayuku...

ku takkan cukur wpun diberhentikan kerja(dunia sementara beb!!)

tp pernah ku solitapekan janggutku yg sejemput(sedap kan makan jemput-jemput or cekodok)masa ku kerja fast food demi "mengenggam bara api ini..."

bro,citer lah lagi tafsira dan tafsiran, bayang dan bayangan serta gambar dan gambaran pengkomen di blog ini ttg SIAPA HAMKA?

"...SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG ...NGAN BLOG MU..."

RON TULEN

Hamka said...

aku masa muda dulu pernah jugak kena ngorat masa naik bas, mereka ingat aku tomboy agaknya..

dan sekarang janggut serta perut bungcit aku membuktikan aku lelaki..

'perempuan hodoh' pun kena ngorat, he he

Faz said...

Bro Hamka,
aku selalu membaca bait indah ini :
'Tuhan tidak memandang pada rupamu, tetapi hati mu'

Ramai yg berusaha untuk mendapat wajah yg cantik cun melecun, jodoh yg hensem/ cun, seolah-olah itu perkara utama yg dititik beratkan..

Dalam hadis ada kata, kalau mencari jodoh, utamakan agama dari kecantikan, harta kekayaan, keturunan..etc...malah kalau yg lain2 takde kecuali agama, perlu pilih yg beragama tu..

Aku rasa ramai tak faham maksud dari perkara ni, apa maksud dan implikasi agama dalam kehidupan berumahtangga..

Harap-harap Bro Hamka boleh tulis ni dalam salah satu entry yang akan datang. Entry ko yang terdahulu tu tak fokus sgt tentang perkara ni ..boleh yeeeeeekkkk

Maryam Abu Ahmad said...

ini macam letak gambar orang lain pun korang percaya itu hamka..

curiousity melampau. :D

pakcik, mana satu anak yang muka paling banyak iras pakcik? pasal tengok gambar anak2 pakcik tu, boleh agak rupa 'perempuan hodoh' tu. he he. mana tak tumpah kuah kalau tak nasi.. genetik, pak! genetik.. mesti sangkut kat mana-mana satu anak.

er apa aku komen ni?

Anonymous said...

salam..

Haikal: mama..mama.. haikal nak ade jumpe orang yang muka die baby face... emm haikal ingatkan ayah tadi.. mama tahu tak siapa?

Mama: macam mana rupa die?

Haikal: emm .. haikal nampak mata die ala2 juling air, (baby face ke?) yang penting die soletip janggut die.. sapa ekk?

Mama: ade ke macam tu?

Haikal: ade mama.. :0

Hamka said...

Faz

Aku tak boleh janji, bila nak tulis bab tu,
insyAllah, tapi jangan berharap sangat..

namun kecantikkan itu subjektif..
jika kau pandang cantik, maka cantiklah..

dan aku perlu kepada isteri yang cantik pada mata aku, sebab aku nak kena tengok wajah dia mula mula bangkit dari tidur, baru semangat nak teruskan hidup..!

Woha!

cuba bangun dan tengok ‘hantu’ ada sebelah..
tak jadi nak bangun agaknya..

Oh!

-------------------
Maryam Abu Ahmad

Kata rakan sepejabat, muka anak aku yang pertama (gambar atas) sama macam muka aku lebih kurang setelah abaikan gigi jongan, hidung kemik dan jerawat, manakala anak nombor dua(gambar tengah) sama macam muka bonda dia., dan wajah anak aku yang bongsu, perempuan, ada kedua-dua gabungan..

Namun aku tak dapat nak samakan dengan tepat bahagian mana yang sama, tapi aku rasa dua anak lelaki aku punya tempat yang sama dengan aku iaitu kemaluan, boleh gitu?

Anonymous said...

salam..

'kalau ingin tahu buah yang manis..
lihat pada dedaun yang lebar dan hijau..'

'Senang bila korang jumpa aku, just tengok tapak tangan aku, jika ada corak no 16. itu adalah aku,'

emm.. 'gengam erat melepas pergi'

tangan itu tangan yang kuat upaya,
tangan itu perlu tabah jika ujian menimpa,

tangan itu macam kurang sesuai untuk berniaga kerana empunya agak kuat berbelanja,
tapi jika suka juga, inilah pahalanya kerana dalam hati sudah terpaham dunia sementara..

tapi tangan itu memang kuat kendiri, kerana yang lain membentuk 99 tapi ... ngaji tak abis

kuat kendiri
-kuat cintanya
-kuat angannya
-kuat ehemnya! Woha!

apa-apa pun juga ehsan Allah swt memberi tanda kepada kita agar kita kenal Allah swt,

lalu sebarang tafsiran dan bayangan TIDAK SAMA SEKALI untuk percaya tetapi untuk bersyukur pada kelebihan diri dan bersabar atas kurang upaya diri.

-Zul

Anonymous said...

ZUL SANGGAT...

---> kelat said...

salam kenal...

valsa nine said...

hurm.. bagi saya xperlu ber-curiosity melampau nk tau what bro hamka looks alike.

hoho

xkesah jual mahal ke, xmo jual ke.. apsal? ade org nk beli ke? whahaha

yups, stuju dgn cantik di mata kte kerna beauty lies in the eyes of the beholder, xkesah luaran or dalaman..

hoho.. ini yg aku pikir la kan.. no offense! salam..

SpEkmATaKu said...

hahaha dah agak dah
muka anak sulong br hamka cm br :P
berdahi luas n berwajah ayu n jambu
sket2 ler hehe :P..

btw jus wondering..
adakah wife br hamka pn bace..
blog br nie ek hehe :P..

Hamka said...

-Zul

salam..

Aku pernah meniaga, cetak gambar pada T shirt..
Tapi tutup sebab tak maju..

Itu sahaja yang lebih kurang dengan ramalan kau..

------------
kelat

selamat naik keretamayat..
:)

----------
valsa nine

aku mingkin tunjuk muka bila ada orang nak ‘beli’

he he he..

---------
SpEkmATaKu

Wife aku ada sebelah sekarang…
Kadang-kadang dia geram jugak dengan cara aku bergurau dalam blog..
Nampak macam gatal dan buang tebiat..
Tapi dia tahu, aku sayang dia.

Kerana Allah, aku sanggup mati untuk dia.

(dia sedang tersenyum sekarang, lepas tu cubit manja)

Apa-apalah!

AziRa said...

Yeah Bro Hamka..
Telah memenuhi janji 'kot' mu..
Untuk letak gambar sume anak2..
=)
Arigato gozaimas!

SpEkmATaKu said...

wah keluarga bahagia..
ku doakan sampai ke akhirat..
:P..ameenn..

Hamka said...

:)

hanisumayyah said...

Assalamualikum...

Waaahhhh..ahlia anda mengandung lagi ker? powerrr...anyway tahniah dr saya...

JENAZAH said...

Kenapa saya suka agama saya?

Anonymous said...

salam

-Pejam celik pejam celik, anak dah nak masuk empat, … -hamka

-Kerana Allah, aku sanggup mati untuk dia.. -hamka

selama menelusuri alam rumah tangga,
bagaimana merasa sayang dan cinta hingga mudah berkata sanggup mati untuk dia..

waduh gue asyik dan kepingin rasa begitu!!

-Udin

Kafur said...

Salam silahturrahim,ni 1st komen aku sbg seorang pengkomen utk blog ini.Woha..

Jadi atas keseronokan aku sbg pengkomen baru,aku isytiharkan 1hb Mei ini sbg cuti umum..Woha..

Tahniah en.Hamka, akhirnya engkau mendedahkan apa yg tersurat,walaupun byk lg yg tersirat.Woha..

koma said...

Err, aku pun ada buat bisnes print tshirt jugak...
samalah kita...
:)

Hamka said...

hanisumayyah

walaikumusallam..

terima kasih.

---------
JENAZAH

terima kasih.

---------
Udin

Juga terima kasih..

-----------
Kafur

Terima kasih sekali lagi

---------
koma

Err, terima kasih daun keladi

Ansar @ Bungamelur said...

tak sabar nak "keluar" dgn bro hamka.

insyaAllah

Hamka said...

jangan mengharap kepada makhluk...
:)

van qif said...

Assalamualaium pak cik hamka...

pak cik punya promosi supaya muda mudi kahwin awal (dengan display gambar anak2) mmg ler saya hargai...hihihi...malam tadi antara mimpi saya paling best...rasa macam real jer...saya mimpi bergurau dengan anak saya yang masih baby...betul2 macam real...tup tup...terjaga dari mimpi...ohh rupanya saya masih solo dan tak kahwin lagi....bestnyer kalu dah ader anak kan...mmm sedang kira duit ni...bila ler nak cukup bajet...Ya Allah permudahkan lah hamba mu ini..Ya Allah Jauhkan aku daripada bisikan syaitan (doa dari surah al mukminun)....amin

Hamka said...

amin...

lambat lagilah nak berbesan nampaknya, heh!

NURAIN MUHAMMAD said...

Hensemnya budak2 niiii.... mata cantik.... anak sapaaa la niii... (^_^)

Hamka said...

oh.., zaman anak tiga..