May 5, 2008

Tipah Tertipu?

(Aku manusia biasa yang pernah kena tipu, dan parut itu sedikit sebanyak, menghantuiku…TipahTeTipuTipuTeTipah!)

Cerita diri aku yang masih muda belia, umur baru 21 tahun, masih comel dan mentah, baru nak kenal erti dunia dan peristiwa,

Akrian, satu hari dalam perjalanan dari KL ke Terengganu, sebelum naik bas, seorang lelaki tegur aku dengan mesra, umur dalam 30 an, agak kacak, dan memang seorang yang cukup peramah..

Aku pula baru nak belajar menjadi lelaki beriman akhir zaman, dah tentu akan melayan baik mereka yang buat baik..

Pepetah hidup aku kononnya:,

Sekali orang buat baik, sepuluh kali aku buat baik, dan sekali orang buat jahat, 10 kali jugak aku buat baik..

Begitulah hendaknya…

Sambung balik cerita, hari itu aku kena naik bas tambahan di Hentian Putra, sebab tiket dah habis, dan oleh sebab kena naik bas tambahan, maka lokasi bas menunggu adalah agak jauh dari Hentian Putra, dan lelaki itu, memulakan kemesraan dengan menunjukkan sifat friendly yang luar biasa, terus jadikan aku adik angkat sedang aku tak nak jadi adik angkat sape-sape, abang dan kakak aku dah bersepah kat rumah, ayah aku kahwin empat ler bang, buat apa lagi adik angkat-abang angkat merangkak ni semua?, masa aku sekolah menengah, ada kakak kakak pengawas nak jadikan aku adik angkat, aku tolak sebab adik beradik aku dah ‘44 orang naik bas tak termasuk yang berdiri’, tapi yelah, bila brother tu nak jadikan aku adik angkat.., tak kan aku nak sound selamba mamat tu, jadi aku diam sahaja yang membawa maksud semua faham sudah..

Sebagai ‘adik angkat’, dia terus korek siapa aku, apa makanan kegemaran aku, apa hobi aku, apa warna kegemaran, apa artis yang paling disukai, alahai macam budak pempuanler pulak, dan yang paling mushkil bila dia tanya aku berapa ada wang simpanan dan apa aku plan dengan wang itu..

Dan untuk buat aku teruja, dia menyatakan dia adalah kuturanan Di Raja, anak saudara Sultan X, ada kereta jenama mahal tapi sebab hari tu kereta rosak, dia terpaksa naik bas..

Agak logic alasan anak raja tu, sebab naik bas tambahan adalah untuk orang terdesak, macam aku!,


Untuk pengatahuan korang, sebenarnya bas tu ke New Castle (kota bharu) Kelantan, dan aku hakikatnya nak ke Terengganu, tapi sebab tiket dah habis, aku sanggup ke Kota Bharu dulu ikut gua musang, sampai sana baru naik bas ekspress atau naik bas lompat jenis sambung atau, mana-mana yang ada.

Jadi sebagai menunjukkan sifat orang kaya dan berada, brother tu belanja aku minum air bergas, tapi mesin air berkabonat itu jauh ke dalam Hentian Putra, tapi mamat ni mulut manis, dia bagi aku beberapa keping syiling, dalam 4 lima ringgit, suruh aku beli dan dia pulak jaga beg, Aku dengan percayanya pergilah menapak agak jauh juga dari tempat bas menunggu ke dalam hentian Putra, beli 2 tin air, dan menapak kembali, masa tu aku rasa macam orang bodoh pulak bersusah payah sebegitu rupa tapi akukan nak jadi lelaki beriman, aku sangka baikler pulak..

Aku sebenarnya tinggalkan tanda zip yang aku mark pada beg aku, memang aku dalam sangka baik, simpan sedikit prasangka untuk keselamatan.., akhir zaman beb, dan bila sampai, aku dapati ada bergerak tanda zip itu sikit, dalam 0.5 cm, aku dah rasa macamn tak best…, aku rasa tentu mamat ni selongkar beg aku, tapi dalam beg aku takdepun benda mahal, banyak ‘sampah’ sahaja…

Akupun nak pulangkan baki wang, tapi sebagai lelaki yang baik, mamat tu seperti biasa, untuk menangi hati aku, suruh aku ‘keep the change’..., alahai setakat seringgit dua pengorbanan, apalah sangat, sebab lepas ni ganjaran besar menanti..

Dari dalam bas, brother tu susah payah mintak orang sebelah aku tukar tempat dengan dia sebab kononya dia 'abang' aku, apa-apalah, dan bila bas bergerak, bermulalah brother tu karang cerita, dan beliau banyak bercerita tentang kebaikkan dia, dan kekayan dia, buat yayasan tu, derma sana, derma sini, dan buka jalan untuk aku dapat duit kononnya..

Aku pada waktu itu masih dalam keadaan 50-50 dengan brother ni, nak kena percaya ke semua cerita? Macam best sajer, dan aku pasang telinga sajer ler..,

Bila Bas berhenti, aku ajak dia solat dan suruh dia jadi imam, mati mati dia tak nak, dan akulah jadi imam, masa makan dia belanja aku dan mereka yang semeja dengan kami, peramah dia ni, satu meja rasa selesa dengan dia, sekali pandang, nampak brother ni pemurah, al maklumlah belanja satu meja makan, dekat RM50 jugak yang habis...

Akupun macam sukalah jumpa orang macam gini nak jadi abang aku, rajin solat, kuturunan di Raja dan pemurah.. bolelah aku mintak geran tanah satu buat tapak kubur korner lot, heh!

Dalam bas yang bergerak semula, dia bukak cerita lagi, kali ni dia cakap muka aku hensem dan ada peluang jadi pelakon, dia cakap dia terlibat dengan pengembaraan untuk drama TV, dan sekarang ke kota Bharu nak cari lokasi drama yang sesuai untuk projek akan datang, kat sana dia ada seminar dengan pelakon tambahan di dewan sekian sekian, aku macam percayalah pulak, sebab aku jahil bab filem tempatan, tapi filem antarabangsa, aku agak arif, kira aku ni jenis suka mengkritik filem.., apa-apalah..

Dia teruskan cerita bahawa hari ini gaji dia, duit akan masuk dalam 8 ribu, dan dia cakap sampai kota bharu lepas cucuk duit, dia nak belanja aku beli apa sahaja, sebagai meraikan adik angkat.., biar betul mamat ni.. , sebagai lelaki mata duitan dan ada penyakit Wahan, akupun sukalah...

Pendek cerita, kami sampai ke kota bharu dan hari dah pun malam, hajat di hati nak beli tiket terus balik terengganu, mengenangkan brother tu nak belanja sakan aku, aku pun ikutlah brother tu pergi bank.., sampai di Bank cucuk duit, brothet tu terperanjat habis, eh? Apasal duit tak masuk lagi ni? Ke mesen ni rosak? Patut dah masuk RM8000, Cuba cucuk kad adik pulak..

Dengan muka cemas dan sedih, brother tu pun buat rasa terkilan sebab duit tak masuk,

Aku pun cucuk lah kad aku pulak, dan check baki duit, terpampang RM1600 dalam baki kad aku, baru masuk gaji, brother tu senyum tengok baki kad aku.

Aku keluarkan kad dan brother tu ajak makan dulu..

Kat kedai makan, brother tu ngaku dah habis duit belanja siang tadi, dia ingat gaji masuk hari ni, dan dia nak pinjam duit aku dulu.. korang tahu berapa nak pinjam?

RM1500.

Nak buat apa? Pinjam RM 50 dah ler, dia pun bagi alasan yang macam logic akan reason nak pinjam, nak buat tempahan dewan hotel esok untuk seminar pelakon drama katanya…

Puas dia pujuk aku dengan jaminan esok nak ganti, aku dalih macam-macam. Aku cakap jika duit masuk esok, tunggulah sampai esok…

Habis malam ni nak tidur mana?

Aku cakap aku dah biasa tidur masjid, kita tidur masjid sahaja ler..

Tapi dia nak tidur hotel jugak, dia pujuk aku dengan mulut manis dan muka sedih lalu akhirnya terbanglah sikit duit aku tidur hotel, dia janji esok pukul 8 akan tepon pejabat dan suruh masuk duit dan akan ganti balik duit hotel malam tu, RM60 sahaja, tapi kira mahal apa?!, kalau tidur masjid free saja bukan?

Dari dalam hotel tu aku dah tak rasa best dengan brother ni, aku dah rasa macam kena tipu.., sebab masa aku layan cerita beliau dengan teliti dalam bas, dan sambung kat dalam hotel pulak, ada oercanggahan fakta, aku ada tanya soalan-soalan lanjutan dan aku kaitkan pengalaman beliau antara satu sama lain, macam polis pulak aku ni, hasilnya cerita beliau memang bercanggah, jika tadi dia cakap kereta rosak lepas tu kereta kemalangan, aku tanya no plate kereta dia, aku tanya bank pinjaman, aku tanya itu ini, 2 ke tiga jam kemudian sedang dia asyik cerita kebaikkan dia yang lain, aku tanya balik no plat kereta dia dan dah jawab lain, dan dia agak marah bila aku kenakan dia, banyak yang terkantoi…, bila dia cakap pasal yayasan aku mintak no phone, bila dia cerita tentang daerah sekian sekian, aku cakap aku kenal orang tabligh dalam daerah tu, dan kaitkan orang tabligh tu dengan cerita dia…, dan dia marah-marah aku pulak,..

“abang tak suka adik tanya lebih lebih”

Pulak, sebagai abang angkat, tentulah adik kena tahu semua pasal abang, ia tak? Tanya aku dalam hati…..

Ok, teruskan cerita, bila dah lama dalam bilik hotel, brother ni dah tak solat dah, aku jer solat sesorang, dan dengan rasa tak best sebab duit dah terbang RM60, aku terfikir nak lari, tapi serba salahpun ada, macam mana aku nak lari dari mamat ni…, badan dia besar dan aku pulak kurus cekeding, bertumbuk menag dia aku rasa...

Akhirnya, Malam tu menjadi anatara malam-malam yang paling aku murkai, malam syaitan memenjangkan tanduknya, malam neraka melebarkan pintunya.., adakah patut dalam bilik si mamat ni boleh pulak berbogel ke sana ke mari, ingat aku gay ke apa?.., dan walaupun tak ajak aku secara direct, tapi cara bercakap macam nak ajak aku ‘bersetubuh’.., oh tidak, maka aku terus blah…

Aku lari, dan aku tahu, orang berbogel tak akan sempat kejar aku.., aku terus naik teksi dan balik terengganu, terbang lagi duit aku..

Hampeh…!

Sejak itu sekali lagi, aku nak nyatakan disini, bahawa aku tak nak jadi adik angkat atau abang angkat sape-sape, setakat kawan sahaja apa salahnya, aku malas nak ada komitment, maka pada mereka yang dah bersusah payah email aku, aku menolak pelawaan kamu untuk jadi abang angkat, sebab abang dan kakak aku dah bersepah kat rumah, ayah aku kahwin empat ler dik, buat apa lagi adik angkat, abang angkat-merangkak ni semua, nak kawan, kawan sahajalah..ok? nak bagi duit lebih kat abangpun boleh, tak payah pakai tiket 'abang angkat-merangkak'.., bagi sahaja..he he he

Sebagai moral cerita ini, AWASLAH kepada lelaki yang mulut manis, dan ada parut di bontot kanannya (sempat pulak aku cam, cis…) dan ketahulah, di luar sana, ada ramai penipu yang sanggup buat apa sajer untuk menipu, yang jujur dan yang lurus sikit, habislah kena tipu, aku rasa kalau aku perempuan dan berjumpa pulak mamat mulut manis di atas tu, tentu aku akan mudah percaya dan sanggup pulak menyerah kehormatan, alhamdulillah, aku masih di beri peluang oleh Allah untuk menjaga kesucian lubang lubang di badanku…

Dulu aku pernah tulis kepada mereka yang gila harta dan takut mati, betapa golongan ini mudah kena tipu dengan skin cepat kayer ler, MLM ler, piramidler, Bermuda triangle ler, gores menang ler, paraduan SMS ler ke apa, bla bla bla..

Dan sebagai ubat akan segala masalah ini adalah menghindari GEJALA WAHAN…

Apa itu penyakit wahan?, wahan adalah nak kaya cepat-cepat, tapi nak mampos lambat lagi, kalau boleh nak delay 100 tahun…!

Yelah, dah kaya nanti tak bestlah pulak kalau umur pendek, nak kena panjang umur sikit baru seronok menikmati hidup kononnya…

Tapi janganlah kita sangka bila kaya itu gembira, tengok Qarun, kaya dan masuk neraka!!

Bukan semua orang yang kaya itu layak untuk kaya…
Orang kaya yang masuk shurga sahaja yang layak untuk jadi kaya…

Berbalik kepada mereka yang tak ada penyakit wahan, dimana ‘korang tak cinta dunia dan takut mati’ tapi still kena tipu.., mungkin korang mudah percaya atau mangsa keadaan, atau penipu itu terlalu handal,

Tapi kat akhirat nanti, tak boleh salahkan penipu 100% kerana penipu biasanya rangsangkan nafsu kita dan tipu kita, salah nafsu kita sama, macam syaitan yang jadikan nafsu manusia sebagai jambatan ke neraka

Macam kes aku diatas, sikit dalam hati aku ada jugak nak kaya, yelah, ada abang angkat yang gaji beribu, nak belanja kita hidup mewah, tapi siapa nak bagi kita kaya adik kakak semua? Siapa?

Dan memang susah dalam dunia ni nak cari orang yang betul betul jujur, dalam Negara islam hadhari inipun masalah rasuah orang boleh cerita sampai depan kaabah..oh!

Dan aku mengaku.., aku selalu dan banyak gak kena tipu oleh syaitan dan kadang kadang aku hidup dalam rasukan iblis, sungguh pandai sekali si setan ni menipu sehingga ahli ibadat yang hebat-hebatpun di tipunya…

Sesungguhnya, Kita manusia ada nafsu yang kuat, nafsu yang telah di bakar dalam api neraka beribu tahun tapi masih juga derhaka kepada Allah…, maka di atas kaki yang memijak nafsu, bertubatlah dengan sungguh sungguh…

Dan Allah akan terima taubat semua anak adam walaupun dosanya tinggi menggunung mencapai awan.., dengan syarat tiada syirik.. dan ini yang buat setan bengang gila!, lalu tipu manusia dengan rosakkan niat dan buat amalan bidaah yang di sangka hasanah, lalu tak bertaubat lagi manusia itu..oh!

Sungguh handal setan ini, Namun manusia di beri akal dan hati untuk mengalahkan syaitan, dan siapa yang berjaya tundukkan nafsu, akan kalahlah syaitan dan hadiah untuk manusia yang handal ini adalah shurga..

Sesungguhnya, shurga itu adalah untuk mereka yang handal…

Moral cerita:-
  1. Kalau orang tak dikenali nak belanja korang minum, suruh dia pergi beli sendiri, jika korang sanggup menapak, maka tahulah sipenipu bahawa kita ni lembut hati dan mudah diperdayakan…
  2. Kalau minum air yang dibelanja pulak, minum dari bekas tertutup, ini kes anak gadis yang minum air bila sedar dah kena rogol…
  3. Bila orang baru di kenali buat baik, belanja dan bagi hadiah misalnya, belum tentu dia adalah ahli shurga, bab kata orang muda, ada udang di sebalik mee, berapa ramai cerita yang aku baca tentang mereka yang kena tipu sebab sipenipu tu nampak sungguh baik pada mulanya… err, wakil rakyat yang sungguh baik sebelum pilihanraya juga cerita ajaib, dan itu cerita lain.
  4. Bila orang yang baru di kenali ajak korang tidur di hotel, baik tak payah ikut, ajak sajer dia tidur di masjid, sesungguhnya, semalam tidur di masjid dengan niat beriktikaf, akan di jauhkan dari api neraka sejauh tiga parit, yang mana setiap parit jauhnya seperti langit dan bumi.., tapi jika korang nak tidur di hotel jugak bersama si dia, awaslah 'parit' korang dari di cemari…
  5. Jangan cerita jumlah simpanan duit anda pada sesiapapun, tapi bila dan banyak kenalah bayar zakat dan bersedakah, nanti bila kena tipu, tahulah sebab kenapa duit lesap…
  6. Berhati hatilah apabila berjumpa dengan lelaki yang mulut manis dan ada parut di punggung kanannya…

Sekian.

Ps: Semoga lelaki yang berparut di punggunnya itu di beri Hidayat, dan lain kali, aku nak tulis pasal lelaki GAY pulak..

26 comments:

faz said...

:)
kisah menarik utk tatapan pembuka bulan mei ni...
dah nak masuk setengah tahun dah ni.....

nizam said...

En.Hamka,
terima kasih reply email.lepas ni saya akan direct tanya ustaz tu je.
Tapi kalau ada yang kurang pasti dengan ustaz tu saya akan email En.Hamka balik...hehe..lambat reply pun takpe.
sorry lah saya banyak sangat tanya.

Mohd Hazreen Rashid said...

whoa, umur 21 tahun dah kena....aku boleh relate bro...hehe.
hampeh btol mamat tersebut...

mari kita doakan hidayat untuk mamat tersebut. :)

van qif said...

Assalamulaikum,

pak cik kene pau ngan abang gay yer...hihihi...kecian...saya pun penah kene pau gak...ader yang pau tu nampak baik ader yang siap kejar lagi...nasib baik masih hidup lagi...berkenaan dengan MLM ni...saya teringat nagn sorang abang ni,dia org tabligh kot...Dia kata "Jangan mudah percaya kepada janji manusia, kerana dia pun makhluk gak...pegang lah pada janji Allah"...pesanan dia ni memang sangat berguna...alhamdulilah x tertipu ngan saham interner hari tu...bye...adiossss

valsa nine said...

hurm.. takpe.. tu sume dugaan. alhamdulillah..stakat ni xpernah la kne tipu.. mgkin sbb sy mmg TAK SUKA kne tipu (mmg le kan, mane ade org ske kne tipu, whahaha) ..

cuz one of my prinsip: AM I DAT STUPID DAT HE/SHE CAN CON ME? huhu

so, utk elak tu, sy try to be as analytic as possible, and be alert and skeptical to anything new or changes happening..

bagus bro hamka try to integrate all those stories into cohesive one.. kalo trime jah.. nahas jugak la..

for sure, we hve to think and expect d unexpected.. its good to be optimistic but we also need pessimism.. hoho

akhirul kalam..
nauzubillahiminzaalik.. sbb i'll be in real depression, bukan sbb hilang duit ko wut, but because unable to detect the con and unable to fight upon the nafs.. i must be a good soldier of ALLAH..

mungkin kte xdpt pegi berperang cam zaman nabi dulu.. tapi perjuangan yg plg baik ialah perjuangan kite menentang nafsu kite..

wallahuaklam

*ahli syurga ALLAH ialah org2 yg handal*.. ^-^

Anonymous said...

MMMMMMMM....

WELL 21 TAHUN????? DH 13 TAHUN LALU...

Y MEI 2008 BARU CERITE?9IKUT SUKE KO LAH KAN,APA HAL PLAK AKU NAK NYIBUK,,,,HEHEHE)...

BUT IT'S GOOD SBG PERMULAAN UTK KO BUAT ENTRY GAY

Anonymous said...

MMMMMMMM....

WELL 21 TAHUN????? DH 13 TAHUN LALU...

Y MEI 2008 BARU CERITE?9IKUT SUKE KO LAH KAN,APA HAL PLAK AKU NAK NYIBUK,,,,HEHEHE)...

BUT IT'S GOOD SBG PERMULAAN UTK KO BUAT ENTRY GAY

2:16 PM, May 05, 2008


RON

Anonymous said...

21 TAHUN KITE KATEGORIKAN "DEWASA" KAT EVEN THOUGH 18 TAHUN DH BOLEH MEROKOK (BERDASARKAN SIGN DI KEDAI MAMAK)....

TAPI TIME TULAH NAFSU TERUJA DAN MELONJAK2...

TAHNIAH BRO DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH HANG TERSELAMAT DARI PARITMU DICEMARI .... HEHEHE

TAPI TU TAKTIK LAPUK DAH BRO, "ABANG"2 ZAMAN MELLINIUM
RON

Anonymous said...

SAH SAH MUKA BRO MASA 21 TAHUN MASIH JAMBU DAN FLAT BELLY KOT....HEHEHE.

RON

capoeira said...

Agaknya ini pun termasuk dlm soalan matematik yang tak mampu En. Hamka jawab:

Sesungguhnya, semalam tidur di masjid dengan niat beriktikaf, akan di jauhkan dari api neraka sejauh tiga parit, yang mana setiap parit jauhnya seperti langit dan bumi.., maka berapakah diameter sebenar parit tersebut?, dan berapakah luas yg diperlukan untuk menempatkan ketiga-tiga parit tersebut?

feerhan said...

Yiahahaahahah.. terlingkup laptop feerhan ni encik! hadui2.

Penyakit Wahan.. penyakit 'life begin at 40' kot... heheheheeh

ceid said...

He who lied is lied by his own lie.. tertipu dgn dunia.. last2 masuk neraka.. T_T

'siakap sinohong gelama ikan duri..' boleh sambung sendiri!

Abdullah said...

aku lak..penah kene paw sribu ngan sorang ummat yg buat usaha agama,jemaah X..dahlah aku bg pinjam tuh duit loan MARA aku mase kat IPT tuh,untuk beli buku dan belanje hari²..tapi skang aku halalkan je la..amik contoh Hamka..nak jadi laki beriman akhir zaman,hoho.. ohh..moga ALLAH kabul..

BENTARA said...

huhuhu... gua rasa nak tergelak baca lu punya entry kali ni hamka... tapi kalau wa kena sebilik dengan abang tu pun mau meremang gak segala bulu-bulu kat badan... brrrr... geli geleman wa!

Nowhere Man said...

Huh!
Macam-macam type manusia ni...

Moral of the story:

Hindarilah daripada naik bas tambahan, tambang kapal terbang pun dh murah skang ni..heh

Hamka said...

faz

kisah menarik untuk tatapan korang tapi kisah trauma untuk diriku…
eh?!, dah 6 bulan berlalu, tapi aku masih di ‘sini’..

oh!

----------
nizam

Takpe, tanyaler aku, sebab aku tahu korang jenis sabar, aku jawab setahun kemudianpun korang tak marah..

Best betul ada penanaya soalan yang sabar..

Best!!

---------
Mohd Hazreen Rashid

Mungkin Mamat itu suadah jadi mayat la ni, dan mungkin sedang berada di taman-taman shurga…

Cuma, untuk dosa menipu.., Allah bagi orang yang di tipu ‘kuasa’ memaaf.., jika tak maaf, kekallah penipu dalam neraka.

Orang yang menipu, adalah sungguh ‘ajaib’ akan ketakutakannya terhadap perkara ini..

----------
van qif

salam..

Jangan berharap kepada makhluk, semakin tinggi harapan, maka berkecailah ia bila jatuh kelak…

-----------
valsa nine

sedang belajar jadi orang yang handal..

---
RON

untuk kau 13 tahun kot, untuk aku baru 10 tahun…

dan aku jadi phobia pada mereka yang nak pinjam duit lepas kejadian tu.., maka siapa yang nak pinjam, memang sakit hati.., maafkan aku..

dan RON kau dah salah imagine mula aku, kembali pada gambaran lama, dahil luas, parut jerwat, gemok dan gigi jo..

ok, ?

: )

--------------
capoeira

Pandai!

Dan sesiapa yang menunaikan hak saudaranya, maka akan di beri ganjaran setahun beriktikaf di masjid, jadi.. berapakah luas yang diperlukan untuk menempatkan kesemua parit tersebut?

----------
feerhan

'life begin at QUBUR’

ingat tu..

-------
ceid

Siakap sinohong gelama ikan laga
Bercakap bohong lama lama masuk neraka

---------
Abdullah

Amin ya Rabbil alamin..

----------
BENTARA

Kau gelakkan aku, cis!
: )

-----------
Nowhere Man

Masa tu takde lagi air asia bang..

van qif said...

Macam-macam ler tukang komen nyer yer...aik siap yang ader perli author lagi..mmm x paham...sabar ler yer pak cik...teruskan berkarya untuk kebaikan...ngantuk sebenarnyer ni...take 5 kejap bukak kereta mayat

Anonymous said...

salam

..seminggu sekali kau datang membawa cinta ku..

hajat dihati memang lah nak disayang-sayang tak layak kah sayang datang tapi senang-senang jer pergi, uhuk!

tetipah lah hamka, tertipu kerana i luv u!

Woha! saya perempuan pun termakan pujuk rayu ustaz nak ajak kawen huhuhu macamane ekk?

manis mulut, hati bertaut...
pada parut hamka dah takut?..
Woha?!! devil eyes envy you!

Miss Q

Wan Mohd Faiz said...

Assalamualaikum bro..

"dalam Negara islam hadhari inipun masalah rasuah orang boleh cerita sampai depan kaabah..oh!" -best nih.

penyakit wahan = American dream! yeah!

Entry kali ni best aku bace, melegakan jugak otak yg stress dengan final exam.

P/S: Alhamdulillah, syukur2 satu jemaah Malaysia dah dapat visa 7 orang ke USA(visa 10 tahun). selamat datang ke negara ini!

"Orang bijak2 bnyak ingat mati".... (^,^)

waterlily said...

Salam Encik Hamka

Lamaaaa dah tak naik kereta ni, walau tubuh sudah ada bau-bau tanah.

Hamka said...

van qif

;)

----------
Miss Q

Tak paham…
: (

----------
Wan Mohd Faiz

Salam..

"Juga,Orang bijak, iaitu mereka yang banyak ingat mayat".... (^,^)

---------
waterlily

aku masih ingat pada kau..
: )

Selamat kembali

Anonymous said...

mmmmmmmm....
ron

ZULHAFIDZ said...

Alhamdulillah...setelah pulang dari bercuti...oksigen masih percuma walaupun aku ada buat dosa.... walaupun beras makin sikit dan mahal... aku boleh makan daun rupanya..walhal boleh makan kulit kayu rupanya...percuma juga..sedap!! =D cuba lah..mulakan dengan bismillah.. =D

Salam sejahtera ke atas kamu semua,
sungguh peringatan-peringatan di dalam al-quran adalah sesuai sepanjang zaman.

gay...kisah zaman nabi luth a'laihissalam

itu satu kisah satu umat canggih dalam pembinaan pada gunung ganang...tetapi ada jugak sifat jahiliyyah...

zaman kita pon canggih dalam pembinaan..tetapi...

segala sifat jahillyah umat terdahulu,

(ZINA, ARAK, BUNUH ANAK, TAK TUTUP AURAT, LUPA ALLAH, SYIRIK KECIL & BESAR, RIBA, TAK JUJUR, TAK AMANAH, MENIPU, GAY, RASUAH, TAK BERIMAN PADA AYAT ALLAH, TAK MENYAMPAIKAN KEBENARAN..DSB.. ermm..banyaknye)

terkumpul pada zaman kita ni, makanya, atas kesesuaian al-quran sepanjang zaman...segala jalan penyelesaian sifat jahillyah-jahiliyyah itu telahpun termaktub dalam al-quran.

(hebatkan al-quran? =D

takkan nak tunggu dibalikkan bumi malaysia ke atas ke bawah..

aceh dah kena...
filipina dah kena..
kalimantan dah kena..
myanmar dah kena..
thailand dah kena..
malaysia?? kena jugak kang..baru ainul yaqin..hmmmm......

tentu pembaca-pembaca disini..mempunyai al-quran dan tafsir yang cantik-cantik...

Tapi, tetapinya, ramai yang hanya membaca al-quran, langsung tak faham apa makna ayat...ramai yang faham makna ayat...tapi tak mampu nak amalkan.... ramai yang cuba amalkan...tetapi masih belum selesai masalah rakyat jahilliyah..kenapa??

sebab dalam masyarakat lagi ramai yang tak tahu nak sebut bismillah mahupun baca al-fatihah....

Bila diutarakan masalah komputer...pandai pula rujuk dgn manual komputer...dari kilang buat komputer...gitu juga dgn kereta..rujuk manual kereta bwm dari kilang bwm..tak rujuk manual dari perodua plak?

masalah manusia? kenapa rujuk logik manusia? bukan pencipta manusia? kilang manusia kat mana? di tiupkan roh manusia dari mana? hehe..

penyelesaian masalah manusia, kata mereka...kena rujuk dengan Pencipta manusia...

tapi rujukan hanya separuh2..yg sesuai..nikah kawin, jadi mayat, dan perebutan harta lepas cerai.. yang lain?

lagi sesuai guna yang ditulis logik akal manusia+nafsu+rasional kononnya..rasional zaman..

adakah al-quran dan hadith tidak rasional? padahal tahu ia dari Allah s.w.t yang menciptakan kita..melalui Rasulullah s.a.w ..

sebabnya ainul yaqqin dan haqqul yaqin itu berbeza.

sesetengahnya...selepas melihat pembuktian melalui kajian sunnatullah (kajian alam)..barulah nak yakin dan beriman.....

sesetengah lagi... tetap yakin dan beriman..walaupun tidak terbukti depan mata...tetap iktikad sekuat hati..yaqin..penyelesaian masalah ada dalam al-quran dan hadith..

adakah mahu selepas jadi mayat baru nak yakin dan beriman? oh...ada rupanya siksaan kubur..oh..ada syurga neraka, alam barzakh, padang mahsyar, mizan, titian sirat... tak dapat dibuktikan melalui sains..tak sempat la nak ainul yaqin...mmg kena haqqul yaqin...

kalo nak ainul yaqin... dah duduk kat sana..dah nampak..baru nak beriman... wallahua'lam..sefaham saya..sudah tidak berguna lagi...

jika mereka yang gay mahupun lesbian mahupun boleh taram dua-dua itu kata fikrah mereka...eh..fitrah mereka..

apakah dalam kandungan..mereka sudah merasakan fitrah itu? waktu baby2..waktu dalam perut mak? waktu dalam perut mak... bukankah kita telah beriktikad, bahawa "ALLAHURABBI"... dalam perut mak?

(gi ucap selamat hari ibu sambil cium mak)

bagi muallaf juga sekarang ni digunakan istilah revert..bukan convert...sebabnya..fitrah asal adalah semua manusia lahir menyebut waktu ditiup roh... "ALLAHURABBI"...

tapi ramai langgar sumpah setia tu lepas dapat sedut oksigen free....kang kena bayar oksigen kang..haaa...

tetaplah berbuat baik dan bersangka baik pada Allah s.w.t....Dia yang memegang hati-hati manusia dan memiliki dosa dan pahala dan seluruh alam ciptaanNya.... walau apa pun ujian tertipu atau menipu

(yang tertipu tetaplah maafkan..apakah kau tidak suka Allah s.w.t maafkan kamu? maka kamu maafkanlah mereka..)

(pada yang menipu..say sorry pada diri sendiri...sbb tertipu oleh syaitan dan nafsu..heheheeh...taubat dan doa orang yg ditipu terbuka hati nak maafkan)

yang gay..kena approach mereka..bagi ingat ttg kematian..sbb semua orang tahu akan mati...itulah penasihat paling berguna...dan itulah sebijak2 manusia..kata Rasulullah s.a.w yg sempurna....

bukan iq tinggi atau otak besar. itu kata2 manusia-manusia yang tidak sempurna macam Rasulullah s.a.w

kita cacat..sbb tak sempurna, ada saja kelemahan diri dalam menyampaikan kebenaran.. tetapi tetaplah menyampaikan kebenaran walau apa pun natijahnya..

dan tentunya..kita dalam kembara ke alam yg kekal..makanya..pengembara yang bijak..hanya bawa bekalan yang perlu..tak bubuh semua isi dunia dalam beg kembara...sebab di destinasi yang dituju..terdapat semua yang kita nak..malah tak tercapai akalmu nak fikirkan langit ketujuh oiii.... eh..nak fikirkan keindahan kehidupan disana..cukuplah rasa terhibur dan bahagia dengan pernyataan indah dalam al-quran tuu.

hmm..panjangnye...wassalam..
maafkan saya tuan hamka..

=D ngeheee

MAU PIALA DUNIA ATAUPUN PIALA AKHIRAT?

Kavalera Hexalera said...

warghahahahaha.. camner nih hamka.. aku pun ada parut dibontot kanan nih.. kena operate pasal ada bisul takde mata..

ahhhh tidaaaaakkk! hehehehe

Hamka said...

ron

mmmm

---------
zul

patut kau komen ni kat entry gay..
: )

----------
kavalera

bukan kau, sebab mamat tu di samping ada parut dipunggunggnya, belia adalajh makhluk hensem, kau tak hensem..

woha!
he he

Anonymous said...

Salam Encik,

Haha.. Lawak jugak cerita encik nih.. Tapi biasa lah budak muda memang selalu terkena benda mcm ni..

Saya nih duduk di Kota A tapi belajar di Kota B, alkisah selalu lah kene naik bas ni.. Pernah je ada orang mintak duit kate nak balik Pahang anak dia sakit, duit tak cukup lagi RM 20 ape semua, dah banyak kali dah jumpe orang mcm ni..

Tindakan saya : Bagi seberapa yang mampu (maklumlah student) pastu blah. Settle masalah saya.

Pastu redho je, kalau betul dia susah harap dapat membantu, kalau die menipu, suruh je Allah je yang judge die nanti..

Kan senang....