Nov 7, 2006

Apa itu Tasauf ?

(Jangan sesekali bertanya kepada aku akan soalan yang merepek…)

Nota: Aku mulakan dengan sebuah cerita dengan lebih kurang-aku tak ingat, oh tidak, aku teringat, tapi ingat- ingat lupa..harap maaf.

Pada suatu hari, datanglah seorang hambaAllah yang kapir kepada seorang Raja islam…
Lalu di tanyanya beberapa soalan..

Soalan-soalannya berbunyi begini:

“Tunjukkan aku di mana Allah?”

PANG!!!!

Lalu raja itu melempang pipi kanan si kapir tadi dengan menggunakan tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri.

Raja bertanya pulak:
“Tunjukkan aku di mana sakit engkau?

Si kapir itu terpinga-pinga, (kenapa aku kena lempang?) sambil menunjukkan pipinya yang sakit…

Raja sanggah:
“Itu PIPI!! Aku suruh tunjuk ‘sakit’ kat mana, sakit yang kau dapat ‘rasa’ punnn, tak dapat di tunjuk, kau nak suruh aku tunjuk di mana Allah?, aku hanya dapat rasa Kewujudan Allah, tapi aku hambanya yang lemah, pasti tidak dapat tunjuk di mana Allah, kerana duduknya Allah tidak sama dengan duduknya makhluk…..

Soalan kedua pulak.

“Apa yang Allah sedang buat sekarang?”

PANG!!!!


Lalu raja itu melempang pipi kiri si kapir tadi dengan menggunakan tangan kiri yang di kawal oleh otak kanan si raja...

Kata Raja,
“Sekarang Allah sedang izinkan aku tampar pipi kirimu dengan tangan kiriku yang di kawal dengan otak kananku-hakikatnya , semua dari Allah…!!!”

Soalan ketiga pulak yang di tanya si kapir…

“Sebelum adanya Allah, apa yang ada?”

PANG!!!!

Lalu raja itu melempang kedua dua pipi si kapir tadi dengan menggunakan kedua-dua tangan …

Kata raja:
“aku tanya engkau pulak, tengok tangan aku betul- betul, selepas ibu jari, ada jari telunjuk, sebelum ibu jari ada jari apa?

Si kapir terpinga-pinga, tak dapat jawab dan otaknya masih berpikir soalan lain pulak yang nak di tanya…

Aku ringkaskan cerita ini, ada banyak lagi soalan yang si kapir itu tanya dan semuanya di jawab dengan pelempang…si kapir itu bertanya tentang takdir, tentang setan yang masuk neraka tak sakit sebab setan di buat dari api, namun oleh kerana semua soalan di akhiri dengan lempangan demi lempangan, biarlah mereka mereka yang suka bertanya soalan ugama yang pelik pelik itu di lempang kerana mereka bertanya bukan nak tahu, tapi nak tunjuk pandai dan nak berlagak bagus serta perasan bijak yang kononnya dapatlah di kelirukan orang islam dengan soalan soalan yang tak terjawab..

Apa yang aku nak cerita hari ni, akrian pada zaman inipun ada jugak orang islam yang suka tanya soalan yang pelik-pelik, dan oleh kerana aku selaku seorang yang sedang belajar ‘gaya pulang ke pangkal jalan’, maka wujudlah mereka mereka yang bertanya soalan-soalan ugama yang pelik-pelik…

Aku namakan mamat ni dengan ‘jo’…

Jo bertanya aku..macam macam soalan ugama, seperti: apa itu sunnah, bida’ah, mazhab, murtad dan lain lain, (kebanyakkannya aku dah tulis jawapan dalam blog) tapi bila semua jawapan di jawab, si jo ini mulai bertanya soalan yang pelik-pelik..

“Boleh tak Allah cipta dunia ini dengan begitu besar sehingga Allah sendiri tak mampu nak angkat..?”

Aku terkedu, apa punya spesis soalan mamat nih…rasa nak lempang sajer si jo ini..tapi korangpun tahu, bahawa aku ni penyabar orangnya, aku mintak masa tiga hari untuk jawab soalan si jo…

Akupun rujuk seorang guru yang mahir sifat 20, dan aku dapat jawapannya.

Jawapannya adalah;
“Wajib bagi Allah menciptakan dunia atau apa sahaja walaupun dengan begitu besar!!”
“Tapi mustahil bagi Allah menciptakan sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat bagi Nya..”
sebenarnya jawapan ini berpecah kepada tiga, iaitu “wajib” , “harus”, dan “mustahil”, tapi oleh sebab aku ni lupa, maka aku tulis jawapan setakat tu sajer…oh!.., aku tak belajar sifat 20, jadi memang aku jahil bab ini!

Si jo ini berpuas hati dengan jawapan aku, tapi bertanya pulak dengan soalan yang lain:

"Apa itu Tasauf?
Apa yang di maksudkan dengan Tasauf dan apa hakikatnya?

Sekali lagi aku rasa nak lemapang si jo ini, kerana aku memang tak tahu sangat ilmu tasauf, tapi aku tahu si jo ini tidak akan bersabar jika aku lempang dia,..oh! maka aku mintak masa 3 hari lagi untuk cari jawapan…

Alhamdulillah, seorang sahabat suruh aku rujuk kitab “aap beeti” karangan Maulana Zakaria, dan dengan izin Allah, aku jumpa jawapannya, tapi sebab kitab tu bukan aku punya, dan aku lupa pulak susunan ayat dalam kitab tu, aku tulis jawapan lebih kurang yang aku ingat tentang apakah yang di maksudkan dengan tasauf dan hakikatnya…

"Semua ajaran Tasauf adalah berkenaan memperbaiki dan membetulkan niat seseorang, tidak ada yang lain, permulaan tasauf adalah “segala amal di ukur daripada niat", dan pengakhiran tasauf adalah mencapat darjat ehsan iaitu beribadat seolah olah melihat Allah!!"

Si jo ni puas hati dengan jawapan aku, dan tanya pulak soalan lain, lalu aku melempang….

PANG!!!!

Begitulah bunyi meja di lempang oleh aku, jo terkejut..

“JO, aku bukan ustaz, kau tanya aku macam-macam soalan, apa motifnya?, kau anak amal atau kau nak uji ilmu aku? Senang macam ni, aku bagi kau satu soalan ‘dunia’, aku bagi masa pada kau tiga hari untuk jawab, jika kau gagal jawab soalan berkenaan ‘dunia’ ini, maka selagi itulah kau jangan tanya aku soalan ‘akhirat’!

Di pendekkan cerita, Jo bersetuju..

Soalan aku berbunyi begini…

“Binatang apakah yang hanya ada empat ekor sahaja di dunia ini?..”

Akrian, semenjak dari itu (setahun yang lalu) jo tidak bertanya lagi soalan yang pelik-pelik tentang ugama, he he he, aku memang bagi soalan yang ‘tak logic tapi betul’ pada jo…,

Kadang kadang aku perli si jo ni, ..

"Tak jumpa lagi binatang itu? Cuba kau rujuk Astro, TV3, selalu binatang tu muncul dalam TV…he he he"

Lalu aku bercakap seorang diri (dalam hati)
Jo..jo..kalau kau nak tanya soalan mengenai ugama, tanyalah untuk amal, bukan untuk uji ilmu orang atau nak tunjuk terer..sekarang, aku baru tanya satu soalan mengenai dunia, sampai sekarang kau tak leh jawab, hi hi hi…

Buat pembaca keretamayat, baiklah, aku mengaku bahawa jawapan untuk soalan ni memang tak logic dan agak merepek, tapi jika nak di bandingkan dengan soalan seperti “Allah tak mampu angkat”, itu jauh dari merepek..boleh jatuh sesat, sebenarnya si jo ni ada tanya lagi soalan seperti, Boleh tak Allah menjadi dua?, boleh tak Alllah bertukar jadi manusia?..tapi itulah, aku malas nak jawab dan malas nak rujuk ustaz sebab soalan tu tak boleh meningkatkan iman, takut-takut, boleh jadi syirik, baik buat macam sahabat RA:
“kami dengar dan kami taat”,

Dan hakikatnya, aku tak perlu jawab soalan si jo kerana dia masih tak dapat jawab soalan tentang binatang apakah yang hanya ada empat ekor sahaja kat dunia ini….hihihi.

Teringat aku satu cerita bila ulamak arab ajak ulamak iraq bertanding soal jawab ugama, dan setiap tahun, ulamak iraq yang akan menang pertandingan itu kerana semua soalan dari ulamak arab dapat di jawab oleh ulamak iraq…

Maka pada tahun yang berikutnya, ulamak arab mengajak ulamak iraq bersoal-jawab tapi bukan lagi dengan lisan, tapi dengan bahasa isyarat..

Di pendekkan cerita, ulamak arab akan bagi 3 soalan dalam bahasa isyarat, dan mesti di jawab dengan bahasa isyarat jugak oleh ulamak iraq, maka rungsinglah ulama’ iraq kerana tiada pengalaman dalam bahasa isyarat..

Di pendekkan cerita lagi, seorang pengembala kambing dari iraq telah menawarkan diri sebagai wakil ulamak iraq dengan alasan: saya selalu menggunakan bahasa isyarat berdialog dengan kambing”

Untuk melogikkan cerita, mungkin masa yang terhad dan rupa si pengembala kambing iraq macam ulamak iraq, maka jadilah ia akan si pengembala kambing itu wakil ulamak iraq…

Aku yang malas ini pendekkan lagi cerita, ‘ulamak’ iraq itu telah berjaya menjawab ke tiga-tiga soalan ulamak arab….

Sekian…

IKLAN untuk encik JO:
“Binatang apakah yang hanya ada empat ekor sahaja di dunia ini?..”


Sambung balik…

MAka sungguh terkejut akan ulamak arab kerana semua soalan dapat di jawab dengan mudah oleh ulamak iraq, bertanyalah sahabat si ulamak arab tadi kepada ulamak arab, apakah sebenarnya yang telah berlaku..?

Lalu terang si ulamak arab.
Soalan pertama, aku buat isyarat dengan jari telunjuk, satu.! (Sedang jari lain semua di genggam) Yang bermaksud kalimah “La-illa-ha-illAllah”., tapi dia jawab dua, dengan di angkat jari telunjuk dan jari tengah, (Sedang jari lain semua di genggam) yang bermaksud, kalimah “La-illa-ha-illAllah” berkembar dengan kalimah “:Muhamadurrasullullah”

Dan itu adalah jawapan yang betul,!!!

Soalan kedua, aku genggam tangan dan buka hanya jari telunjuk dan jari tengah, lalu aku angkat tangan tinggi-tinggi, yang bermaksud “Allah jadikan langit dalam masa dua hari”, tapi si ulamak iraq ini jawab dengan buat isyarat empat jari ke bawah (jari ibu di gengam, jari lain di buka) yang bermaksud, “Allah jadikan bumi dalam masa empat hari…”

Dan itu adalah jawapan yang betul,!!!!!! Dahsyat!!!

Seolan terakhir, aku buat isyarat dengan jari telunjuk ke atas, (Sedang jari lain semua di genggam), lalu aku pusingkan tanganku membentuk satu bulatan yang besar, yang bermaksud, “siapakah Yang Berkuasa sekali di seluruh alam?”, lalu si ulamak iraq itu terus tumbuk meja dengan kuat sekali, dan itulah jawapannya, yang menunjukkan hanya “ALLAH yang berkuasa, makluk langsung tiada kuasa, Allah adalah pentadbir segala-galanya…”!!!

Dan itu memang jawapan yang betul,!!!!!! Dahsyatnya!!!!!!

Sekali lagi IKLAN untuk encik JO:
“Binatang apakah yang hanya ada empat ekor sahaja di dunia ini?..”

Berbalik pada si ulamak iraq merangkap si pengembala kambing, bercerita pengalaman dia pulak…

soalan pertama, dia buat isyarat dengan jari telunjuk, satu. (Sedang jari lain semua di genggam) Yang bermaksud “dia nak beli kambing aku sekor”, lalu aku jawab dua, dengan di angkat jari telunjuk dan jari tengah, (Sedang jari lain semua di genggam) yang bermaksud, “nak beli dua ekorpun boleh..”

Dan jawapan itu adalah betul..

Soalan kedua, dia genggam tangan dan buka hanya jari telunjuk dan jari tengah, lalu dia angkat tangan tinggi-tinggi, yang bermaksud “kambing itu mestilah ada dua tanduk” lalu aku jawab dengan buat isyarat empat jari ke bawah (jari ibu di gengam, jari lain di buka) yang bermaksud, “kambing aku semua ada empat kaki!!!!”

Dan, Dia kata itu adalah jawapan yang betul,!!!

Seolan terakhir, dia buat isyarat dengan jari telunjuk ke atas, (Sedang jari lain semua di genggam), lalu dia pusingkan tangannya membentuk satu bulatan yang besar, yang bermaksud’ “aku nak beli seluruh kambing engkau” lalu aku terus jadi marah dan aku terus tumbuk meja dengan kuat sekali, dalam hati aku, mana boleh aku jual semua kambing, aku nak bela apa lepas ni?”

Dan kata ulamak arab, itu adalah jawapan yang betul,!!!

Arghhhh!!
Aku rasa lebih baik aku habiskan entry ini, sebab aku macam mengidam nak makan daging kambing pulak, lagipun ini adalah petua yang baik untuk keluarga yang bahagia hmmm..moral of the story is, walau apapun soalan dan bagaimana cara pun menjawab, yang bagi faham adalah Allah, orang kapir tanya macam2 soalan pada Nabi, pun masih tak faham sebab bertanya dengan niat yang salah, bertanyalah dengan ikhlas dalam apa jua situasipun, terutamanya bila melibatkan tauhid (ugama)!!!

Berbalik kepada main topik, aku cuma nak nasihat sikit lagi, janganlah tanya soalan yang pelik-pelik tentang ugama pada ustaz dan ulamak, apatah lagi orang yang bukan ustaz macam aku,

Periksa dulu niat sebelum bertanya iaitu : adakah bertanya kerana nak tahu?, atau bertanya untuk buat orang malu?, adakah bertanya kerana nak amal?, atau bertanya untuk cari alas an tak nak beramal?…

Jangan jadi macam kaum Yahudi yang bertanya macam macam soalan kepada Nabi Musa a.s apabila Allah memerintahkan mereka menyembelih Sapi betina, mereka orang orang yahudi itu bertanya tentang sapi itu besar mana?, warna apa?, warna muda ke warna tua , ada belang tak? Pernah membajak tak?. Dan macam macam lagi soalan …. sehingga mereka susah nak amal perintah Allah!

Dan ada Hadith Nabi yang melarang kita bertanya tentang ZAT ALLAH atau tentang ROH..dan lain lain,

Mengakhir post ini, aku bagi tahu jawapan yang si jo tu sedang cari: “Binatang apakah yang hanya ada empat ekor sahaja di dunia ini?..”he he he, jawapan yang merepek, padan dengan muka engkau jo, binatang yang hanya ada empat ekor sahaja di dunia ini adalah:
Ninja Turtles !!!!cowa-bunga! (tak lawak)..

--------------

Hmmm, cik Hamka, nampaknya si jo dah tahu jawapan kerana cik Hanka dah bocorkan, nanti dia tanya lagi soalan yang pelik-pelik, cik Hamka nak buat apa pulak..?

He he he, aku ingat nak lempang sejer, tapi anak orang, mana boleh lempang sesuka hati..oh!
Aku ingat lepas ni jika si jo tanya aku akan soalan-soalan yang pelik-pelik. aku nak cabut satu perhiasan di bahagian senjata sulitku, lalu bagi pada si jo, dan suruh si jo ini luruskan bulu kemaluan aku yang kerinting tu, ha ha ha, bila dah lurus…baru aku jawab soalan engkau tuuuu!
HA HA HA!!!!
(ketawa macam orang jahat)

Ps: Jangan marah, nanti cepat tua, cepat mampos dan cepat jadi mayat.!!!
Post a Comment