Jul 13, 2008

Writer’s block?(part 2)

(lagi enrty bosan tiada hala tuju dari aku, dan ini adalah kali ke dua)

Aku dah kena balik penyakit ‘alasan tidak menulis’ atau dikenali ‘writers block’ yang mana ketika aku ada banyak benda nak di tulis tapi bila bukak computer, idea dan semangat menulis ‘apa yang ingin di tulis’ takde kononnya atau aku tiba tiba jer malas menulis sesuatu yang berilmiah untuk diri sendiri tapi mungkin akan rajin jika menulis sesuatu yang merepek dan tiada hala tuju.. Woha!

Jadi, anggaplah aku kononnya dah terkena Writer’s block part 2..

Lalu, merujuk kepada entry writers block part 1 dahulu yang mencecah 50 komen, aku telah buat satu formula yang mana bila mana aku takde idea nak menulis, aku akan menulis 3 perkara yang selalu di tulis oleh blogger blogger bosan seluruh dunia..

Iaitu menulis tentang “filem terakhir yang aku tonton” atau tulis tentang “cerita aku dan keluarga” atau tulis tentang “aku dan rakan-rakan”..

Jadi, terimalah entry suka suki tiada haja tuju dari aku..
********
Filem terakhir yang aku tonton.
Aku jarang tengok TV pada malam minggu kecuali apabila aku berpeluang balik kampung ziarah rumah mertua aku di sebuah pedalaman felda pantai timur..

Aku seperti juga menantu menantu yang lain, yang mana apabila pergi ziarah rumah mertua, akan banyak habiskan masa dengan membaca buku atau akhbar atau tidur, pada waktu ini jugak aku suka menulis blog dengan rajinnya.., kemudian sekali sekala layan jugak TV yang dah tersedia terpasang oleh ibu mertuaku...

Malam minggu baru ni,(semalam) jam 10 malam, TV3 tayang cereka rama..

Aku kata kat bini aku, jika cerekarama tak best, abang nak layan gusti IFL kat TV9.

Tiba tiba ternampak pelakon Zizie Ezette yang aku minat sangat waktu bujang dulu, drama yang buat aku minat pada beliau adalah “rumah bangglo” kalau aku tak silap...

Aku terus kata:

“tentu cerita ni best. Sebab Zizie Ezette yang berlakon”

Bini aku nafikan lakonan zizie, katanya lakonan zizie tak beberapa berkesan..

Aku sambil baca buku, sesekali jeling drama tu terutama babak yang ada watak Zizie Ezette.

Tapi dalam hati aku menyumpah, jalan cerita hampeh dan memang dah boleh agak ending, lagu Nash ‘pada shurga di wajahmu’ sebagai latar yang kerap di putarkan menceritakan segala galanya..

Walaupun aku rasa nak tukar ajer channel kepada TV9 sebab nak layan gusti IFL (International Fight League-gusti betul yang benarkan semua skil kecuali siku), tapi sebab menghormati ibu mertua yang juga sedang layan drama tu, aku habiskan sahaja baca buku-buku yang tak habis lagi baca walaupun dah lama beli..

Sambil baca buku, sambil jeling jeling kat Zizie..., sesekali ikut menyanyi lagu ’pada shurga di wajahmu’ tanpa menghiraukan mak mertua yang mungkin terganggu dengan suaraku..

Kesimpulannya, cerita tu adalah hampeh segala galanya..,
Namun yang bestnya cerita tu, dalam drama tu, Zixie sanggup di madukan asal suami beliau bahagia.

Zizie, kau memang best!

Woha!

******

Kisah aku dan keluarga
Aku nak pergi ke kedai beli roti, dua anak lelaki aku nak ikut..

Dari pintu belakang, aku bukak pintu kereta sebelah kiri dan arahkan anak-anak aku duduk di kerusi belakang, sementara anak aku masuk ke dalam kereta, aku biarkan pintu kereta terbukak dan aku terus pergi ke kerusi depan kereta dan hidupkan injin.

Bila anak anak aku dah masuk, aku masuk gear satu dan kereta terus maju ke hadapan, tiba tiba aku rasa macam tak kena dan bila toleh ke belakang aku dapati rupa-rupanya pintu belakang tak tutup, nasib baik anak aku tak tergolek jatuh.

Aku terus tanya anak aku dengan nada macam nak marah,

Siapa yang tak tutup pintu tadi? (sambil aku merujuk kepada anak aku yang masuk paling akhir ikut pintu tu)

"Ayah yang tak tutup”, jawab anak aku yang berumur 3 tahun, merangkap yang paling akhir masuk ikut pintu tu..

"Apa pulak Ayah, korang yang masuk, koranglah yang kena tutup”.Sanggah aku.

“Tapi, ayah tanya siapa yang tak tutup pintu, ayahlah yang tak tutup sebab ayah yang bukak pintu tu tadi.

Hampeh! Pandai pulak loyar buruk!

**********
Cerita aku dan rakan-rakan.
Takde cerita menarik, cuma kawan aku ada forward satu email lawak, aku biasanya cukup anti dengan mamat dan minat forward lalu terus delete walau camne bestpun email tu, tapi hari ni aku dah jadi mat forward pulak buat pertama kali kerana cerita tu paste kat sini, alasan? Sebab ada kaitan dengan blog..

Copy/paste

A passenger in a taxi leaned over to ask the driver a question and tapped him on the shoulder.

The driver screamed, lost control of the cab, nearly hit a bus, drove up over the curb, and for a few moments everything was silent in the cab, and then the still shaking driver said, "I’m sorry but you scared the daylights out of me."

The frightened passenger, apologized to the driver, and said he didn’t realize a mere tap on the shoulder could frighten him so much.

The driver replied, "No, no, I’m sorry, it’s entirely my fault.

"Today is my first day driving a cab. I've been driving a hearse for the last 25 years."

Woha!

End.
Sekian cerita dari Writer’s block part 2 hari ni.., jumpa lagi jika belum naik keretamayat.

p/s : Hearse - kereta mayat.

21 comments:

Dr. Bentara said...

FIRST POST!!!

Anonymous said...

i'm the second...huh
first time 'menyemak' kat cni...haha

Anonymous said...

haha.. ntanhnya.. salah bapak tu.. salah bapak.. suka-suki je nak blame2 anak.. hahaha..

ooOOOOO... jeling2 time zizie keluarr.. semalam zizie cam seksi jerr... hihihi~ suka gak zizie berlakon.. tp time dia berlakon watak gedik dlm citer ape ntah.. yang ada ako ngan sharifah shahirah tu..


Pandu keta mayat?? so yang memandu tu confirm bukan mayat kerr??

hamka said...

ke empat...

: )

Anonymous said...

jangan takut sama hantu....

kalo kena tepuk dr blkg mase tgh bawak van mayat, bg la salam

semoga di amalkan :D

amir

Yusry Rosly said...

No. enam..

Abg hamka, inilah entri yg tersangat ringkas..

So, aku pun komen dgn ringkas..

"Woha!"

Skian.

Anonymous said...

en Hamka.. taknak tukor ker nama blog dari Kereta Mayat ke Kereta Jenazah.. lebih manis dan sopan santun di jalan raya.. woha..!!

YaNz said...

bro hamka...
sll ler update blog..xtau nk bace ape selain blog hamka..huhu

Anonymous said...

..pasal mati, teringat pesan
Nabi(saw) +-:

4 perkara merosakkan hati:

1: berbahas dgn org jahil

2: berbuat dosa

3: bergaul lelaki dan perempuan
yg bukan mahram

4: berkawan dgn ORANG MATI. Siapa
orang mati? Orang kaya yang
sombong kerana hartanya.

Jadi, awas dgn ORANG MATI..tapi ok utk mendekati jika niat nak baiki diri sendiri dan dakwah cara Nabi..
Cuma kena berhati-hati..

NOR (emak NOR, NOR, NOR,..,..)

Anonymous said...

anak bro hamka ikut bapak dia tu.
pandai loyar buruk..lol

entri yang macam ini walaupun pendek tapi me'rilex'kan otak yang tengah serabut.

jazakAllah =)

hamka said...

Amir

Oklah jika hantu takat tepuk, yang takut jika hantu tu meraba.. he!

----------
Kafur

Woha!

-----------
capoeira

Baik tuanku, patik akan menyiram jenazah tuanku, sebelum ulat ulat menyantap jenazah tuannku,

Sembah patik harap di ampun..

---------
yanz

kau pergi baca yassin dan sedekah kat mayat, boleh?

-----------
emak NOR

makler pulak..

--------
ainohikari

relex di bawah bumi sana harapnya..

Anonymous said...

Yeheheeh pemandu teksi tu. kekekekeek lawok sunggoh la.

Anonymous said...

hoho lawak kebabeng

Anonymous said...

Salam, Bro hamka.. Kenapa kekadang ada kereta jenazah tu tulisannya terbalik ( kalau nengok dari atas betul le.) Kalau kat KL nie rasanya selalu gak nampak yng cam tu. Adakah saje-saje atau afdalnya begitu ke atau apa-apa). Manele tau kan kot-kot malaikat lebih suke cam tu ke.

azharjaafar said...

Sebenarnye tulisan kereta jenazah tu memang terbalik. Tak caye cuba close up pada plat no dia.

Anonymous said...

..madu itu manis..
bermadu..bergantung pd individu..

kahwin 4 - ikut sunah
kahwin 3 - ikut sunah
kahwin 2 - ikut sunah
kahwin 1 - ikut sunah juge,

tak gitu?

van qif said...

assalamualaikum

macam ambulan juga ditulis nalubma sebab tulisan ini apabila dipantulkan pada cermin akan boleh dibaca...berfungsi dan berfaedah ketika dijalan raya supaya pemandu kereta dihadapan boleh beri laluan...woha...tak gitu?

adioss amigoss

hamka said...

komen aku.

Woha!

Anonymous said...

Salam

Saya rasa tajuk ni kena diperbetulkan, i.e. instead of "Writer's block?..." kepada "Writer's blog...". Amacam? Mana blockage nyer, bro, saya tengok "menyembur" jugak idea2 yg diketengahkan! :)

izar@Miri

Cik Lin said...

assalamualaikum... woaa..bes r blog ko.. first aku baca kt com kakak aku pasal blog ko ni..insaf sket aku jadi.he3..fyi, aku ni bdak u[wei, da cukup 18 tau.he3].. k, kem slm kt wife ko ek..salam

hamka said...

walaikumusalam