May 1, 2025
Apa ada pada Khabib?
Apr 29, 2025
Harga Ebook berbeza ikut Jemaah Haji?
Tahniah penerbangan Haji pertama ke tanah suci!
Dalam kapal terbang tiada internet, 7 jam tu lama, selain mengaji dan berzikir, jemput baca pengalaman abang keretamayat bersama liku liku si luka kecil seaktu di tanah suci.
Ada kisah abang kena tipu dengan pemandu teksi, ada kisah abang kena kejar peminta sedekah, ada kisah abang jumpa wali Allah, ada kisah bilik berkat, ada kisah kesilapan di Madinah yang minta tolong sangat Korang jangan buat, malu nanti.. dan banyak lagi.
Abang tulis tiga Part, Sebelum, Semasa, Selepas.. yang mungkin tiada dalam mana mana ceramah Haji.., yang mana abang share kisah Haji Nabi dan sesuaikan dengan Haji dari Tabung Haji
Almaklumlah Ada sunnah Nabi yang tak dapat kita buat atas kekangan keadaan tapi insyaAllah dengan ilmu yang betul, ada ruang boleh kita lalsanakan
Dalam kapal terbang ke Mekah 8 jam tiada internet..
Jemput baca dalam kapal terbang nanti!
Woha!
Selamat membaca kisah Haji seronok!
Woha!
Apr 14, 2025
Orang islam ada hari yang malang?
Orang islam dan BAD DAY.(hari yang malang)
Alkisahnya, waktu memandu hantar anak pulang ke asrama, saya
dilanda sakit gigi yang amat sangat, tak pernah seumur hidup rasa sakit gigi
sesakit ni, seolah ada kuman berduri sedang korek gigi dan menari, mujur Puan
bini ada gantikan memandu, saya tukar kerusi, dan lawan kesakitan gigi tanpa
memandu.
Sakit tak hilang, saya rebahkan kerusi, baru rasa kurang
sikit, agaknya kuman dalam gigi saya ni tak boleh berdiri yang mana bila baring
tu, rasa kurang sikit sakitnya, kuman tak boleh manari sambil baring.
Baru nak selesa, sakit tu datang lagi, rasa macam kuman tu
berenang renang kat tempat sakit, telinga pulak rasa berdesing, Aduh.
Terus saya google klinik gigi near me, dari Tol Gambang,
lepas isyak, banyak kedai tutup, nampak satu kedai gigi di Jaya gading Kuantan
belum tutup.
Terus cari parking, dan berdoa agar tiada pesakit lain, agar
dapat hilangkan sakit gigi ini dengan segera.
Alhamdulillah doa makbul, memang kosong klinik tu, semua
orang masih beraya kot. Nak tutup dah kedai maka saya jadi pengujung terakhir.
Saya terus jumpa doctor, tapi kata doktor, tak boleh buat
rawatan akar sebab gigi dah rosak ke dalam sangat, kena cabut, tampalanpun tak
boleh dan tetap kena cabut.
Saya pulak berdebar, sebab dah 48 tahun hidup! Belum pernah
cabut gigi! Dengar cerita sakitanya lain macam.
Untuk rekod, masa bujang pernah sakit gigi tapi tak sesakit
ini, saya pilih rawatan akar, sebab gigi masih kekal Cuma tak rasa sakit, kos
zaman tu, 25 tahun dahulu, RM300 sahaja.
Sekarang, tak boleh buat rawatan akar, dan oleh denyutan
dalam gigi semakin kuat, saya sedia juga di cabut.
Kata doctor, bukan malam ni, kena makan ubat antibotik dulu,
lima hari baru boleh cabut.
Apa? Lima hari baru boleh cabut? Sakit sangat ni doctor.Kenapa tak boleh cabut
terus doctor?
Sebab, jika sedang sakit, ubat bius tak berfungsi dengan
baik, waktu cabut awak akan rasa sakit dua kali ganda? Nak!
Ok Ok, saya percaya kata pakar, sebab Al quran suruh rujuk
pakar,
Maka sayapun balik rumah dengan gigi masih berdenyut..
doctor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Saya baca Alfatihah dah hembus
pada ubat, terus telan dan tidur.
Esoknya Alhamdulillah rasa dah kurang, lepas tu hilang, dan
lepas tu datang pun sekejap sekejap sahaja.
Lima hari kemudian, iaitu hari ini.
Puan Isteri terpaksa balik kampung nak jaga ayahnya yang
sakit, anak anak ikut sekali. Tinggal saya seorang diri nak berperang dengan
klinik gigi.
Lepas solat Jumaat, saya menyerah diri pada doctor, siap
pesan, jangan salah cabut gigi doctor?, ya, ya saya tahu, kata doctor.
Doktor cakap, tahan yer saya nak suntik ubat bius.
Alamak, panjangnya jarum, srap.., cucuk, sakit, tapi boleh
tahan.
Sekali lagi yer, Srapppp, cucuk, sakit, tapi boleh tahan,
tangan tak genggam apa apa, sebab dalam minda saya dah pesan, sakit gigi tu
lagi sakit dari cucuk bius ni, dan sakit neraka lagi sakit dari semua ni.
Lepas tu doctor tu ambik player, jururawat pegang kepala,
dia Tarik gigi tu, kiri kanan, kiri kanan, dan akhirnya, gigipun tercabut. Tak
sakit pun.
Kemudian doctor Letak kapas gauze, dan pesan Gigit kapas tu
selama satu jam – Jangan terus buang, bagi masa darah beku terbentuk.
Kalau masih berdarah, tukar dengan kapas baru (doktor bagi
lebih) dan gigit lagi 30 minit.
Jangan kumur kuat, jangan ludah kuat, dan jangan sedut (guna
straw atau hisap rokok) untuk 24 jam sebab boleh ganggu darah beku.
Sila Makan makanan lembut dan sejuk (macam bubur, sup suam,
aiskrim) sebelah yang tak kena cabut.
Tidur nanti kepala tinggi sikit malam ni – letak bantal
lebih supaya darah tak mengalir ke tempat cabutan dan kurangkan bengkak.
Kalau sakit, boleh makan ubat tahan sakit yang doktor bagi.
Kalau lebih 24 jam darah masih keluar banyak, atau sakit
makin teruk, elok terus jumpa doktor gigi semula.
Begitulah lebih kurang.
Lepas tu kena bayar RM200, oh sebab tak pernah cabut gigi,
terkejut jugak kosnya sampai RM200.
Tapi takpe, rezeki doctor tu.
Maka balik rumah, alamak, gigi takde, isteri takde, siapa
nak masak?
Singgah kedai, beli bubur ayam.
Penjual tu cakap kat pekerja dia, bungkus pakcik tu satu.
Pakcik? Saya toleh belakang takde siapa siapa,
Sayalah pakcik tu.
Cabut gigi memang auto jadi tua ek?
Woha!
(Padahal memang dah tua pun)
Balik kepada tajuk di atas, Orang islam dan BAD DAY.(hari
yang malang), sebenarnya tiada istilah Hari malang untuk mana mana manusiapun.
Yang ada adalah hari ujian kecil di celah nikmat hidup yang
banyak.
Syukurlah gigi sakit boleh cabut klinik swasta, syukurlah
ada duit boleh bayar rawatan gigi, syujrlah ada pakar perubatan cipta bius,
syukurlah ada orang jual makanan panggil pakcik, kalau tak dah kena masak
sendiri. Syukurlah ada kereta axia boleh kesana sini. Syukur ada rumah boleh
berteduh, Syukur ada Allah yang akan membalas segala kesakitan dan kesabaran
dengan pahala berganda.
Nikmat mana lagi yang kita dustakan.
Okey, nak kena buat gigi palsu pulak lepas ni, kos dari
RM200 ke RM800 katanya, ada sesiapa nak order tanjak untuk jamuan raya?
Woha!
Apr 11, 2025
Selamat HARI RAYA sebulan?
Mar 6, 2025
Bertemu Ahli Syurga?
Rasa sayu pagi ini, mendapat khabar Pemberi pinjam dari
syurga telah menghembuskan nafas terakhir.
Alkisahnya, waktu pergi haji hari tu, saya ada masalah kewangan, isteri jual
gelang, saya nak jual kereta tapi orang nak beli harga rendah sangat
Berkat usaha, doa, ikhtiar, tawakkal..
Tiba tiba muncul Penyumbang dari Syurga.. ada yang bagi RM2k, RM1k,
RM500,RM100, Rm50…, bagi hadiah macam tu sahaja…
Tapi masih tak cukup, dan Saya dah plan nak buat pinjaman peribadi pada Bank…
Tapi Allah Maha Kaya, tiba tiba Allah datangkan kepada saya Pemberi pinjam dari
syurga.
Siapakah Pemberi pinjam dari syurga? mereka yang datang menawarkan pinjaman
tanpa riba dan tanpa syarat malahan menghalalkan pinjaman jika berlaku
kematian.. Allahuakbar ramai peminjam dari syurga datang menyerah diri…
Dan di celah celah peyumbang dari syurga, muncul pemberi pinjam dari syurga.
Nak bagi RM15k, tiada riba, jika mati salah sorang, maka halal..
Waktu pemberi pinjam dari syurga mesej di FB, saya tak layan, tapi bila dia
wasap telefon dan minta no akaun, saya ingat dia bergurau, sekali memang betul
dia Transfer RM15K.
Saya terima dan campur simpanan peribadi , serta duit jual barang kemas isteri,
dan sumbangan adik beradik, maka terus berjaya selesaikan bayaran tambang haji
untuk dua orang… RM32k… dan ada sedikit wang untuk belanja anak-anak sewaktu
ketiadaan kami.. alhamdulillah.. syukur kepada Allah atas semua peluang dan
kemudahan…
Masa berganti, kereta belum terjual, lepas kereta Ezora yang pecah OCH saya
baiki, dan bawa kepada Carsome, serta My Tukar dan banyak Use car mereka nak
ambil sekitar RM 10 ribu sahaja yang mana saya berharap dapat menjual dengan
harga paling kurang satu tambang haji iaitu RM 15,900 lebih kurang.
Dah dekat nak pergi Haji, tiba tiba muncul seorang pembeli dari syurga datang
dengan harga RM17 ribu, tak nak test kereta, tak nak buka bonnet, nak tukar
nama jer, Allahuakbar.., maka Terjual lah kereta saya itu kepada pembeli dari
syurga yang sangat mudah urusan membeli, membayar, tukar nama, dan kami pun
berpisah meneruskan kehidupan masih masing.. saya doakan akak yang beli kereta
saya tu masuk syurga paling tinggi, Amin…
Ringkas cerita, Dapat duit tu saya segara bayar hutang beberapa peminjam…
Kecuali pemberi pinjam dari syurga berjumlah Rm15K
Balik Haji saya terus nak bayar, tapi pemberi pinjam dari syurga cakap, relax,
tahun depan bayar, dan dia minta bayar RM50 sahaja sebulan. Alamak bila nak
habis?
Saya cadangkan RM500 sebulan, dia setuju, maka bermula tahun 2024, saya bayar
tiap bulan tak pernah miss.
Masuk tahun ni, masuk Ramadan, saya bayar tapi tiada mesej terima kasih
daripada dia. Tiba tiba anaknya mesej bagitahu, ibu dah tiada.
Innalilahiwainnalihirajiun.
Kenapa saya panggil arwah pemberi pinjam dari syurga? Sebab cara dia melayan
orang berhutang macam ahli syurga.
Maka saya cuba menjadi Pembayar Hutang dari syurga dengan menyenangkan Kembali
pemberi pinjam dari syurga, yang mana saya tak pernah miss bayar setiap bulan,
Alhamdulillah.
Alangkah indahnya hidup bila kita di kelilingi ahli syurga. Bayangkan dapat
Pasangan dari syurga, jiran dari syurga, penyewa dari syurga, pembeli dari
syurga. Maka mudahlah hidup kita semua insyaAllah.
Jangan pernah menjadi peminjam dari neraka, hutang tak bayar, tapi pergi
melancong sambil makan musang King, bila pemberi pinjam mintak hutang,
dimarahnya pulak dengan cakap “siapa suruh kau bodoh sangat percaya aku akan
bayar hutang? Aduhai..
Tuan Puan yang dimuliakan oleh Allah..
Jangan jadi peminjam dari neraka sebab Pernah Nabi bersabda alangkah kerasnya
amaran ini, iaitu barang siapa mati syahid hidup semula dan mati syahid, tidak
masuk syurga selagi hutang tidak di bayar.
Ada juga kisah Nabi tidak solat jenazah bagi mayat yang berhutang.
Dalam hadis lain bercerita, siapa berhutang tanpa niat membayar, Allah akan
binasakan mereka.
Tahukah korang? Dosa paling besar selain syirik adalah mati dalam keadaan
berhutang tanpa ada apa apa rancangan membayar hutang.., hingga ada hadis
bagitahu, mati syahid membersihkan semua dosa kecuali hutang..
Maka ketahuilah, siapa ada hutang dengan korang dan sengaja tak nak bayar, tak
adanya mereka mampu masuk syurga kecuali korang halalkan hutang itu… rupanya,
pintu syurga mereka korang pegang, perghhhhh…
Balik kepada kisah saya yang sedang belajar menjadi peminjam dari syurga, dan
rasa sayu pagi ini setelah mendapat tahu Pemberi pinjam dari syurga telah
menghembuskan nafas terakhir.
Maka sama samalah kita hadiahkan Al Fatihah buat Arwah Kak Ros.
Al fatihah.
Mar 5, 2025
Kisah Laki BINI di Bulan Puasa Percuma?
Sempena Ramdahan, Abang keretamayat nak bagi PERCUMA dua ebook berjudul,
(1) KISAH LAKI BINI & PUASA
(2) DIBAWAH TEDUHAN KAABAH
Bagi mereka yang beli ebook HAJI SERONOK
Tawaran sah hingga nampak anak bulan syawal
selamat bertarawih!
Woha!
link e- Buku Haji seronok https://forms.gle/3DGZhCTKQ8uxxWC58
Feb 20, 2025
Terpaling Green Day?
(Green Day dalam kenangan..)
Al kisahnya, zaman abang keretamayat muda dulu dulu, layanlah jugak lagu lagu Green Day, yang mana jika korang ingat, masa zaman blogger dulu, abang pernah buat cover lagu Green Day di Youtube, sekejap jer cecah 10 ribu view walaupun suara abang jahanam tak sedap.Untuk makluman, Abang ni bukanlah peminat setia Green Day, Tapi antara lagu dia yang abang suka,
• When I Come Around (1994)
• Basket Case (1994)
• Good Riddance (Time of Your Life) (1997)
• Boulevard of Broken Dreams (2004)
• Macy's Day Parade (2004)
• Wake Me Up When September Ends (2004)
• Holiday (2004)
• 21 Guns (2009)
Antara list di atas, ada dua lagu yang abang suka video klip dia dan parodikan di Youtube, iaitu “Wake Me Up When September Ends”
tapi abang tukar kepada, Wake Me Up When Election Ends (Perhimpunan Kuning dalam kenangan)
Yelah zaman tu, ramai orang marah kerajaan, nak Pendidikan percuma, PTPTN mansuh, nak Tabung Haji jual semua asset sebab rugi katanya, nak tol free, nak kereta murah, nak hakim yang adil, nak tambah duit brim, nak tutup lynas, nak macam macam, yang kadang kala tak masuk akal.
Penat tengok orang bergaduh bab politik zaman tu, maka abang keretamayat pun cover lagu, Wake Me Up When Election Ends
Dalam video tu abang letak babak perhimopunan kuning, rakyat bergaduh dengan FRU, poster poltik, dan abang selit video Billie Joe d petik gitar, dengan intro..
Election has come and passed. The Slanderer can never last
Wake me up when Election ends
Like Minister come to pass, As four years has gone so fast
Wake me up when Election ends
Here comes the war again, Between same religion
Renew your sin again, And don't know who you are
As my memory rests, But never forgets what they lost
Wake me up when election ends
Throw out your Deen again
Like you did when fight began
Wake me up when election ends..
Tapi tak lama, Youtube tak bagi siar video tu, sebab masalah
hak cipta, abangpun private jer lah video tu sebagai kenang kenangan..
15 tahun kemudian,
Greenday dah datang Malaysia, siap menyanyi sambil kibar bendera Palestin..
Dan Pendidikan masih tak percuma, pinjaman PTPTN ada yang dapat separuh jer jika tak cukup syarat, Tabung Haji ada jual aset tapi kos haji naik berganda, tol masih tak free, kereta masih tak murah, lynas masih tak tutup, dan macam macam lagilah nak cerita tapi malaslah..
Nak tidur kejap, err, Wake me up when Azan terdekat yer.
Woha!