Rasa sayu pagi ini, mendapat khabar Pemberi pinjam dari
syurga telah menghembuskan nafas terakhir.
Alkisahnya, waktu pergi haji hari tu, saya ada masalah kewangan, isteri jual
gelang, saya nak jual kereta tapi orang nak beli harga rendah sangat
Berkat usaha, doa, ikhtiar, tawakkal..
Tiba tiba muncul Penyumbang dari Syurga.. ada yang bagi RM2k, RM1k,
RM500,RM100, Rm50…, bagi hadiah macam tu sahaja…
Tapi masih tak cukup, dan Saya dah plan nak buat pinjaman peribadi pada Bank…
Tapi Allah Maha Kaya, tiba tiba Allah datangkan kepada saya Pemberi pinjam dari
syurga.
Siapakah Pemberi pinjam dari syurga? mereka yang datang menawarkan pinjaman
tanpa riba dan tanpa syarat malahan menghalalkan pinjaman jika berlaku
kematian.. Allahuakbar ramai peminjam dari syurga datang menyerah diri…
Dan di celah celah peyumbang dari syurga, muncul pemberi pinjam dari syurga.
Nak bagi RM15k, tiada riba, jika mati salah sorang, maka halal..
Waktu pemberi pinjam dari syurga mesej di FB, saya tak layan, tapi bila dia
wasap telefon dan minta no akaun, saya ingat dia bergurau, sekali memang betul
dia Transfer RM15K.
Saya terima dan campur simpanan peribadi , serta duit jual barang kemas isteri,
dan sumbangan adik beradik, maka terus berjaya selesaikan bayaran tambang haji
untuk dua orang… RM32k… dan ada sedikit wang untuk belanja anak-anak sewaktu
ketiadaan kami.. alhamdulillah.. syukur kepada Allah atas semua peluang dan
kemudahan…
Masa berganti, kereta belum terjual, lepas kereta Ezora yang pecah OCH saya
baiki, dan bawa kepada Carsome, serta My Tukar dan banyak Use car mereka nak
ambil sekitar RM 10 ribu sahaja yang mana saya berharap dapat menjual dengan
harga paling kurang satu tambang haji iaitu RM 15,900 lebih kurang.
Dah dekat nak pergi Haji, tiba tiba muncul seorang pembeli dari syurga datang
dengan harga RM17 ribu, tak nak test kereta, tak nak buka bonnet, nak tukar
nama jer, Allahuakbar.., maka Terjual lah kereta saya itu kepada pembeli dari
syurga yang sangat mudah urusan membeli, membayar, tukar nama, dan kami pun
berpisah meneruskan kehidupan masih masing.. saya doakan akak yang beli kereta
saya tu masuk syurga paling tinggi, Amin…
Ringkas cerita, Dapat duit tu saya segara bayar hutang beberapa peminjam…
Kecuali pemberi pinjam dari syurga berjumlah Rm15K
Balik Haji saya terus nak bayar, tapi pemberi pinjam dari syurga cakap, relax,
tahun depan bayar, dan dia minta bayar RM50 sahaja sebulan. Alamak bila nak
habis?
Saya cadangkan RM500 sebulan, dia setuju, maka bermula tahun 2024, saya bayar
tiap bulan tak pernah miss.
Masuk tahun ni, masuk Ramadan, saya bayar tapi tiada mesej terima kasih
daripada dia. Tiba tiba anaknya mesej bagitahu, ibu dah tiada.
Innalilahiwainnalihirajiun.
Kenapa saya panggil arwah pemberi pinjam dari syurga? Sebab cara dia melayan
orang berhutang macam ahli syurga.
Maka saya cuba menjadi Pembayar Hutang dari syurga dengan menyenangkan Kembali
pemberi pinjam dari syurga, yang mana saya tak pernah miss bayar setiap bulan,
Alhamdulillah.
Alangkah indahnya hidup bila kita di kelilingi ahli syurga. Bayangkan dapat
Pasangan dari syurga, jiran dari syurga, penyewa dari syurga, pembeli dari
syurga. Maka mudahlah hidup kita semua insyaAllah.
Jangan pernah menjadi peminjam dari neraka, hutang tak bayar, tapi pergi
melancong sambil makan musang King, bila pemberi pinjam mintak hutang,
dimarahnya pulak dengan cakap “siapa suruh kau bodoh sangat percaya aku akan
bayar hutang? Aduhai..
Tuan Puan yang dimuliakan oleh Allah..
Jangan jadi peminjam dari neraka sebab Pernah Nabi bersabda alangkah kerasnya
amaran ini, iaitu barang siapa mati syahid hidup semula dan mati syahid, tidak
masuk syurga selagi hutang tidak di bayar.
Ada juga kisah Nabi tidak solat jenazah bagi mayat yang berhutang.
Dalam hadis lain bercerita, siapa berhutang tanpa niat membayar, Allah akan
binasakan mereka.
Tahukah korang? Dosa paling besar selain syirik adalah mati dalam keadaan
berhutang tanpa ada apa apa rancangan membayar hutang.., hingga ada hadis
bagitahu, mati syahid membersihkan semua dosa kecuali hutang..
Maka ketahuilah, siapa ada hutang dengan korang dan sengaja tak nak bayar, tak
adanya mereka mampu masuk syurga kecuali korang halalkan hutang itu… rupanya,
pintu syurga mereka korang pegang, perghhhhh…
Balik kepada kisah saya yang sedang belajar menjadi peminjam dari syurga, dan
rasa sayu pagi ini setelah mendapat tahu Pemberi pinjam dari syurga telah
menghembuskan nafas terakhir.
Maka sama samalah kita hadiahkan Al Fatihah buat Arwah Kak Ros.
Al fatihah.
No comments:
Post a Comment