Jun 9, 2025

Aku Tak gila tapi sakit?


 (Rahsia tersembunyi dalam filem Keluang Man)

Waktu tonton keluang Man, Borhan ada cakap, lebih kurang macam ni:

“Doktor, bila nak sembuh saya punya gila, sebab saya nak solat, nak puasa, dan nak mandi wajib macam orang lain, tapi saya gila.”

Maafkan saya jika salah skrip Borhan tu, tapi lebih kurang begitu ayat Borhan, lalu doctor perempuan tu jawab:

“Borhan, awak tak gila, tapi sakit.”

Dan banyak kali dalam filem tu ulang ayat ni,

“Awak tak gila, tapi sakit”

“Awak tak gila, tapi sakit”

“Awak tak gila, tapi sakit”

Jadi saya rasa mesej tersembunyi dalam filem ini adalah:

Aku Tak Gila, Tapi Sakit – Lalu Aku Tetap Kena Solat

Rujuk hadis:

"Diangkat pena (tidak dicatat dosa) dari tiga golongan: orang tidur sehingga dia bangun, anak kecil sehingga baligh, dan orang gila sehingga dia sembuh."

(HR Abu Daud)

Jadi dalam kes Borhan, oleh sebab doctor dan sahkan dia tak gila tapi sakit, maka Borhan boleh solat dan mandi wajib macam orang lain.

Begitulah Islam meletakkan maqam solat.

Bukan pada sihatnya tubuh, tapi pada warasnya akal.

Maka janganlah kita rasa bangga bila "tak wajib solat" sebab gila, dan jangan pula merasa ringan amanah bila sakit. Sakit itu bukan tiket cuti dari solat. Tapi itu ujian, untuk naik darjat juga sebagai penghapus dosa.

Seorang sahabat pernah bertanya:

"Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku tak mampu berdiri?"

Nabi menjawab:

"Solatlah sambil duduk. Jika tak mampu, berbaring. Jika tak mampu juga, dengan isyarat mata. Jika itu pun tak mampu, maka niatkan dalam hati."

(Hadis riwayat Abu Daud)

Itulah rahmat Islam. Solat bukan beban, tapi jalan pulang. Walau dengan hanya berkedip kelopak mata, asal niatnya benar, itu sudah cukup jadi jambatan ke syurga.

Maka ada babak dalam filem ini, waktu Borhan hilang di Rumah sakit, dia tulis poster:

“Anna pergi Qiamulai”

Alhamdulilah, Borhan pergi solat tahajjud di Masjid, bermakna dia tak gila tapi sakit, maka ingatlah kawan jika hari ini kamu sedih, tertekan, murung, tubuhmu lesu, fikiranmu berserabut, dan kamu kata:

"Aku tak gila, tapi aku sakit..."

Maka ketahuilah, kamu masih waras. Masih ada peluang. Masih ada tanggungjawab. Maka jangan tinggal solat.

Sakit kamu itu bukan murka Allah. Kadang itu ubat segala peyakit jiwa. InsyaAllah!

Sungguh jangan tunggu gila baru mahu tinggalkan solat,

dan jangan tunggu jadi mayat baru sedar betapa besar harga solat dua rakaat.

Akhir kata:

Aku tak gila… tapi aku sakit.

Dan kerana itu… aku tetap kena solat.

Kita enjoy!

Woha!

No comments: