Orang islam dan BAD DAY.(hari yang malang)
Alkisahnya, waktu memandu hantar anak pulang ke asrama, saya
dilanda sakit gigi yang amat sangat, tak pernah seumur hidup rasa sakit gigi
sesakit ni, seolah ada kuman berduri sedang korek gigi dan menari, mujur Puan
bini ada gantikan memandu, saya tukar kerusi, dan lawan kesakitan gigi tanpa
memandu.
Sakit tak hilang, saya rebahkan kerusi, baru rasa kurang
sikit, agaknya kuman dalam gigi saya ni tak boleh berdiri yang mana bila baring
tu, rasa kurang sikit sakitnya, kuman tak boleh manari sambil baring.
Baru nak selesa, sakit tu datang lagi, rasa macam kuman tu
berenang renang kat tempat sakit, telinga pulak rasa berdesing, Aduh.
Terus saya google klinik gigi near me, dari Tol Gambang,
lepas isyak, banyak kedai tutup, nampak satu kedai gigi di Jaya gading Kuantan
belum tutup.
Terus cari parking, dan berdoa agar tiada pesakit lain, agar
dapat hilangkan sakit gigi ini dengan segera.
Alhamdulillah doa makbul, memang kosong klinik tu, semua
orang masih beraya kot. Nak tutup dah kedai maka saya jadi pengujung terakhir.
Saya terus jumpa doctor, tapi kata doktor, tak boleh buat
rawatan akar sebab gigi dah rosak ke dalam sangat, kena cabut, tampalanpun tak
boleh dan tetap kena cabut.
Saya pulak berdebar, sebab dah 48 tahun hidup! Belum pernah
cabut gigi! Dengar cerita sakitanya lain macam.
Untuk rekod, masa bujang pernah sakit gigi tapi tak sesakit
ini, saya pilih rawatan akar, sebab gigi masih kekal Cuma tak rasa sakit, kos
zaman tu, 25 tahun dahulu, RM300 sahaja.
Sekarang, tak boleh buat rawatan akar, dan oleh denyutan
dalam gigi semakin kuat, saya sedia juga di cabut.
Kata doctor, bukan malam ni, kena makan ubat antibotik dulu,
lima hari baru boleh cabut.
Apa? Lima hari baru boleh cabut? Sakit sangat ni doctor.Kenapa tak boleh cabut
terus doctor?
Sebab, jika sedang sakit, ubat bius tak berfungsi dengan
baik, waktu cabut awak akan rasa sakit dua kali ganda? Nak!
Ok Ok, saya percaya kata pakar, sebab Al quran suruh rujuk
pakar,
Maka sayapun balik rumah dengan gigi masih berdenyut..
doctor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Saya baca Alfatihah dah hembus
pada ubat, terus telan dan tidur.
Esoknya Alhamdulillah rasa dah kurang, lepas tu hilang, dan
lepas tu datang pun sekejap sekejap sahaja.
Lima hari kemudian, iaitu hari ini.
Puan Isteri terpaksa balik kampung nak jaga ayahnya yang
sakit, anak anak ikut sekali. Tinggal saya seorang diri nak berperang dengan
klinik gigi.
Lepas solat Jumaat, saya menyerah diri pada doctor, siap
pesan, jangan salah cabut gigi doctor?, ya, ya saya tahu, kata doctor.
Doktor cakap, tahan yer saya nak suntik ubat bius.
Alamak, panjangnya jarum, srap.., cucuk, sakit, tapi boleh
tahan.
Sekali lagi yer, Srapppp, cucuk, sakit, tapi boleh tahan,
tangan tak genggam apa apa, sebab dalam minda saya dah pesan, sakit gigi tu
lagi sakit dari cucuk bius ni, dan sakit neraka lagi sakit dari semua ni.
Lepas tu doctor tu ambik player, jururawat pegang kepala,
dia Tarik gigi tu, kiri kanan, kiri kanan, dan akhirnya, gigipun tercabut. Tak
sakit pun.
Kemudian doctor Letak kapas gauze, dan pesan Gigit kapas tu
selama satu jam – Jangan terus buang, bagi masa darah beku terbentuk.
Kalau masih berdarah, tukar dengan kapas baru (doktor bagi
lebih) dan gigit lagi 30 minit.
Jangan kumur kuat, jangan ludah kuat, dan jangan sedut (guna
straw atau hisap rokok) untuk 24 jam sebab boleh ganggu darah beku.
Sila Makan makanan lembut dan sejuk (macam bubur, sup suam,
aiskrim) sebelah yang tak kena cabut.
Tidur nanti kepala tinggi sikit malam ni – letak bantal
lebih supaya darah tak mengalir ke tempat cabutan dan kurangkan bengkak.
Kalau sakit, boleh makan ubat tahan sakit yang doktor bagi.
Kalau lebih 24 jam darah masih keluar banyak, atau sakit
makin teruk, elok terus jumpa doktor gigi semula.
Begitulah lebih kurang.
Lepas tu kena bayar RM200, oh sebab tak pernah cabut gigi,
terkejut jugak kosnya sampai RM200.
Tapi takpe, rezeki doctor tu.
Maka balik rumah, alamak, gigi takde, isteri takde, siapa
nak masak?
Singgah kedai, beli bubur ayam.
Penjual tu cakap kat pekerja dia, bungkus pakcik tu satu.
Pakcik? Saya toleh belakang takde siapa siapa,
Sayalah pakcik tu.
Cabut gigi memang auto jadi tua ek?
Woha!
(Padahal memang dah tua pun)
Balik kepada tajuk di atas, Orang islam dan BAD DAY.(hari
yang malang), sebenarnya tiada istilah Hari malang untuk mana mana manusiapun.
Yang ada adalah hari ujian kecil di celah nikmat hidup yang
banyak.
Syukurlah gigi sakit boleh cabut klinik swasta, syukurlah
ada duit boleh bayar rawatan gigi, syujrlah ada pakar perubatan cipta bius,
syukurlah ada orang jual makanan panggil pakcik, kalau tak dah kena masak
sendiri. Syukurlah ada kereta axia boleh kesana sini. Syukur ada rumah boleh
berteduh, Syukur ada Allah yang akan membalas segala kesakitan dan kesabaran
dengan pahala berganda.
Nikmat mana lagi yang kita dustakan.
Okey, nak kena buat gigi palsu pulak lepas ni, kos dari
RM200 ke RM800 katanya, ada sesiapa nak order tanjak untuk jamuan raya?
Woha!
No comments:
Post a Comment