May 25, 2018
Pahala wanita lebih banyak di Bukan Puasa?
(Kisah Kenapa Ramadan Indah)
Kisah malam pertama berpuasa, Sebelum tidur, berkatalah laki
kepada bini..
"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
Beberapa jam kemudian
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 20 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Aku bermimpi ke malam tadi?, nampaknya hanya bini yang paham
laki masing masing, adohai...
***
Kisah malam kedua bersahur pulak,
"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
kata laki pada bini sebelum tidur.
Menjelang sahur, terdengarlah bunyi bawang menyeringai dalam
kuali, kemudian terdengar sodep menari nari bergulir dengan perisa nasi goreng
dan bahan bahannya, ha ha ha, siapa sangka, di awal kedinginan pagi sebegini
ada insan bernama lelaki yang sangat mahir dalam memasak nasik goreng u.s.a..,
ha ha!
.
.
.
.
.
.
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 25 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Cis! rupanya aku hanya bermimpi masak nasik goreng, cilako!!
, kesimpulan sekali lagi, hanya bini yang paham laki masing masing, adohai…
***
Kisah malam ketiga pula:
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar
abang..."
Belum sempat aku habiskan kata kata, ada jari telunjuk kanan
bini atas bibir aku dan jari telunjuk kiri beliau pula di atas bibirnya.
(Enjoy the silence....)
"Bang, ketahuilah, saya sedia masak berbuka dan sahur
untuk abang seumur hidup saya. Malahan saya bahagia menunaikannya”
Perghhh
Kagum dengan orang perempuan.., terima kasih kepada semua
bini di seluruh dunia yang memahami hakikat nikmat memasak untuk laki masing
masing, kagum dari jauh!
****
Kisah malam ke empat:
Puan Bini sedang masak sahur, En Laki boleh pula baca surat
Khabar dengan suara kuat.
“ Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk
dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia
awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur,
semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baruas,
di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya
membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang
belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan
pecah di dapur rumahnya.
“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang
menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi
jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.
“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an
itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun
bersahur,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan
suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang
diri.
Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya
itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.
“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan
isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak
isterinya itu.
“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala
isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu
hampir pengsan,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan
rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera
menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.
“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai
polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di
Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten
Komisioner ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan
masih dijalankan”
Habis baca, aku tunggu reaksi Puan Bini yang sedang memasak:
“ eh apa punya laki, pasal sahur pun nak gadoh ke? Laki tu
memang manusia durjana, sanggup menggunakan kekerasan terhadap wanita, nasib
baik saya tak ada di sana, jika tidak, lebam bijik mata dia”
Perghhh, Puan Bini, sebijik tiru ayah Sudin dalam Bujang
Lapok waktu marah Laki bini bergaduh bab belacan.
Apa-apapun, kepada semua Laki, ingatlah pesan Nabi yang
suruh kita berbuat baik kepada wanita.
****
Kisah sahur hari ke lima,
"Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss sahur”
Kata laki dengan senyuman bersyukur.
“Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss masak sahur
untuk abang”
Kata Puan Bini dengan senyuman bersyukur yang lebih
terserlah.
Aku tunduk malu kerana Hakikatnya, pahala isteri di bulan
puasa, lebih banyak dari pahala suami masing masing. Deep nih!
Ps: Terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia islam
yang istiqamah masak sahur pada laki masing masing tanpa sekelumit mengeluh pun.
Kagum dari dekat kepada bini aku dan kagum dari jauh kepada bini korang! Woha!
(dipetik dari Ebook kisah laki bini dan puasa, RM 10 sahaja
untuk bacaan penuh kisah dari 1 ramadan ke 6 syawal-woha!)
TAMBAHAN:
Syurga wanita lebih Tinggi?
Bangun pagi, bini dah siap sahur. Anak lima orang, memang
banyak juga juadahnya, sungguh bulan puasa begini, orang islam akan gembira
bila waktu berbuka, dan waktu sahur, meriahnya lain macam. Kalau boleh hari
hari nak bulan puasa.
Jangan salah faham, bukan bab makan sahaja best, bab pergi
surau masjid penuh rasa best, baca al quran rasa best, tidur pun best, apa
apapun best, mungkin sebab syaitan diikat jadi suasana sahur ni dia punya
hening dan damai, lain macam, bagai kicau burung di pinggi kali bersama kelopak
bunga berkembang mekar di selangi kepakakan perlahan si rama rama bewarna
indah.
Perghhh, tak boleh blah aku punya ayat-woha!
Jadi lepas sahur, aku Nampak pinggan mangkuk penuh singki, lantas
aku niat dan azam lepas solat subuh aku nak tolong bini basuh pinggan mangkuk,
aku perasan bilik tidur pun bini tak sempat kemas sebab bergegas masak sahur,
jadi lepas balik solat subuh berjemaah nanti aku nak tolong kemas bilik, oh ye,
ruang tamu juga bersepah dengan mainan anak, aku nak kemas nanti.
Pendekkan cerita, balik solat subuh, aku nampak bini sedang
jemur baju di halaman rumah, kami berbalas senyum dan salam. Lalu aku
tinggalkan bini bertemakan ampaian baju sebab aku nak tunaikan janji pada diri
sendiri tadi.
Tapi bila aku masuk dapur, aku tengok singki dan bersih, pinggan
mangkuk semua dah cuci. Aku masuk bilik, semua dah kemas, ruang tamu semua dah
kemas.
Satu kerja pun bini tak tinggal kat aku.
Oh… Bini…,sungguh keindahan Ramadan ni adalah isteri yang
baik, bab kata hadis: dunia ini adalah hiasan, dan sebaik baik hiasan adalah
wanita solehah.
Aku bersyukur atas nikmat islam, nikmat ramadan, dan nikmat hidup
berteman.
Aku rasa syurga bini aku akan jauh lebih tinggi dari aku
yang hina ini.
Sayang…, duduk syurga atas, jangan lupa ziarah abang yang
duduk syurga bawah ni.
Sob sob sob…
Selamat menikmati Ramadan.
Iklan:
Nak baca banyak lagi kisah macam ni, dapatkan Ebook Kisah LAKI
BINI PUASA!
Dalam Ebook ini ada Kisah suka duka Laki Bini bermula 1
Ramadhan hingga Raya Enam!
Ada Cerita, tazkirah, Santai, Tarbiah, Lawak, Deep, dan
Woha!
Boleh baca santai di Smart Phone, Dekstop. Atau waktu tunggu
suami balik tarawih.
Cara nak beli, Bank in kepada: WOHA ENTERPRISE: (Maybank
556226405584)
Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com,
Atau hantar bukti bayaran di mesej FB keretamayat, saya akan
hantar E Book Kisah Laki Bini di Bulan Puasa (PDF File) kepada Email atau FB
anda dengan segera.
InsyaAllah.
Selamat Menyambut Ramadhan!
May 18, 2018
Soalan Temuduga paling susah?
(Dari zaman Tun M, Pak Lah, Najib, dan kembali Tun M, sungguh ada cerita :Innocent until proven guilty)
Aku habis belajar tahun 1998. Zaman Tun M sedang memerintah.
Bila hadir temuduga kerja di Bangi, aku ada dapat soalan
ini:
“Apa pendapat anda tentang Anwar Ibrahim?”
Pergghhh,. Berita anwar
kena pecat baru dua hari, aku tak tahu nak jawab apa, lalu aku jawab:
“Jika Anwar tidak bersalah, maka saya simpati pada dia”
Terus si temuduga tu senyum dan ambik aku kerja. (banyak lagi
solan lain tentang kemahiran aku, soalan ini hujung seisi temuduga, huhuhu)
Beberapa tahun kemudian, aku minta kerja tempat lain pula,
dan dapat soalan lebih kurang sebegini.
“Hamka, bayangkan pada suatu hari, awak baru lepas kena
rompak, dan sedang kesedihan di tepi jalan, lalu datang Encik Bijan tumpangkan
anda ke rumahnya, bagi makan, dan bagi sedikit wang untuk meneruskan hidup.
Dengan wang itu anda mulakan hidup baru, buat bisnes kecil kecilan dan berjaya.
Lalu anda nak bayar hutang Bijan, tapi si Bijan menolak, kerana kata Bijan, dulu
bantuannya ikhlas. Malahan dia turut promosi produk anda menjadi semakin laris.
Hidup anda semakin berjaya dan dia selalu membantu anda. Pendek kata dialah
yang merubah nasib hidup anda.
Suatu hari, keluar berita bahawa dia adalah buruan polis
atas kesalahan merompak dan membunuh, sekarang dia berselindung dirumah anda.
Apa yang anda akan lakukan?”
Perghhh, soalan macam ni pun ada dalam temuduga?, waktu tu
zaman pemerintahan Pak Lah, kalau korang jadi aku, apa yang korang nak jawab?
Masa pun terhad, penemuduga tak suka kita ambik masa terlalu
lama.
Maka jawab aku:
“Saya setuju dengan konsep ‘Innocent until proven guilty’,
jadi saya akan serahkan dia pada polis, sebab jika dia terbukti salah maka dia
layak kena hukum, walaupun dia buat baik pada saya, dan jika dia tidak
bersalah, maka dia akan dibebaskan, alhamdulillah”
Entah betul ke tidak jawapan aku tu, tapi aku memang dapat
kerja situ, dan belum pernah jumpa Bijan dalam hidup ini. Hu hu hu…
Ok itu zaman Pak Lah, dan sudah berlalu zaman Najib, dan
kini kembali ke zaman Tun M
Hari ini, di wall FB kecoh tentang pencuri dan perompak, ada
yang doa laknat, ada yang terus menokok tambah cerita dan macam macam makian,
pesan aku, biarlah polis dan peguam buat kerja dia, semua orang adalah ‘Innocent
until proven guilty’, pahala puasa kita tak banyak mana, jangan habiskan dengan
mengumpat dan menfitnah.
Aku doakan yang baik baik buat Tun M, Najib, Pak Lah dan
Anwar Ibrahim.
Selamat berpuasa.
Woha!
May 14, 2018
Cerita sekitar Pilihan Raya?
(Zaman sekarang jarang update blog, jadi aku copy paste artikel dari FB yang berlangsung sebelum dan selepas PRU-aku simpan sini sebab senang nak rujuk bila tiba PRU akan datang-Woha!)
NAK UNDI MANA?
UCAPAN WAKIL RAKYAT YANG TEWAS
Di Malaysia ada dua jenis manusia.
Pertama: Orang yang pernah kena tipu dengan skim cepat kaya.
Kedua: Orang yang tak pernah kena tipu dengan skim cepat
kaya, tapi dia kenal dengan orang yang pernah kena tipu dengan skim cepat kaya.
Jadi hidup kita ni dikelilingi oleh mangsa mangsa skim cepat
kaya, bermakna kita di kelilingi oleh manusia manusia yang mudah kena tipu
sebab.., mungkin budaya malas membaca dan mengkaji.
Ini PRU dah dekat, lagilah ramai yang malas mengkaji semua
berita. Lepas tu terus fitnah dan dimakan fitnah. Dosa ni bukan boleh delete
dan salahkan admin, tapi kena hadap malaikat Malik yang mahir menyeksa ahli
neraka, panjang cerita... elok korang pergi rajinkan diri beli dan baca buku,
cari buku terbitan BUKU POJOK, TARBIAH SENTAP, DUBOOK, PATRIOT, DAN WRITE AND
BRAVE.
Semua buku buku terbitan mereka ada nilai ilmiah, sebab tu
mereka sanggup terbit buku aku.
Woha!
NAK UNDI MANA?
Azwan Ali said...
Dah ada entry baru rupanya. Encik Hamka masih belum menjawab
soalan-soalan saya pada enry-entry yang lepas. Tak mengapa lah. Saya bawak ke
sini.
Encik Hamka yang budiman. Sebagai seorang tabligh (atau
cenderung tabligh - wallahu a'alam saya tak tahu), parti manakah yang harus
saya pilih dalam PRU yang akan datang? PH atau BN?
Saya tidak akan pilih PAS kerana saya sifatkan mereka
sebagai pengeluar fatwa kaum kera, ada ura-ura nak kunci masjid dan sekat
dakwah tabligh. Jadi antara PH dan BN, parti manakah yang harus saya pilih dan
mohon penerangan sebab-sebabnya.
Saya mohon jawapan yang tepat dan tiada samar-samar atau
korner-korner untuk menjadi panduan dalam PRU akan datang. Dakwah mesti terang
dan saya difahamkan golongan tabligh ni golongan yang kuat mujahadah.
Terima kasih.
******************
Hamka said:
Pas sejak tak gabung dengan DAP ni dah tak guna fatwa kaum
kera macam PRU yang lepas, so boleh undi PAS. Tahniah PAS sebab dah tak
bergabung dengan DAP yang jelas tak sokong Islam. Untuk BN dan PH juga ada
calon yang sokong islam, boleh undi mereka, namun jika ada calon mana mana
parti sokong wahabi, syiah, LGBT, dan lain lain yang bertentangan dengan
akidah, jangan pangkah calon tu tak kira dari parti manapun. Jadi tepuk dada
tanyalah iman.
Bab Tabligh pun sama, jika ada calon tak sokong usaha
dakwah, tak kira dari parti manapun, tak payahlah undi mereka.
Woha!
PESANAN KEPADA PENGUNDI ATAS PAGAR:
Demokrasi ni tak patut kita layan dengan emosi dan sentimen
hingga keluar fatwa tak undi aku masuk neraka, undi parti XYZ solat tak dapat
pahala dan sebagainya..
Mengundi 5 tahun sekali, kita pilihlah mana yang berkenan,
Tak payah nak emosi dan sentimen bila berkempen parti kegemaran korang sebab
aku tengok bila dah kempen maka banyak berlaku kesilapan dan dosa, pertama
korang akan cerita kelebihan makhluk, (syirik) dan kedua, korang akan hina
keburukkan makhluk, (menolak takdir) , ketiga, korang akan dedahkan aib pihak
lawan dan yang lebih bangang, jika parti korang buat silap, boleh pulak bela
sedangkan selemah iman mencegah maksiat dengan hati, tapi bila parti korang
buat maksiat, korang boleh setuju pulak? Mana pergi iman? Adohai...
Demokrasi ni tak salah jika kita duduk tengah tengah, kita
rahsiakan sokong yang mana, term undi adalah rahsia tu sangat bagus supaya
kerajaan dan pembangkang tak sombong serta perasan bagus sebab tak tahu lagi
rakyat pilih yang mana, ha ha.
Aku mengaku aku pengundi atas pagar sebab aku suka pandang
baik (ehem.. ehem..), jadi ketiga tiga parti aku nampak ada baik, (dan aku
jugak ada pandang buruk dan nampak jugak keburukkan ketiga tiga parti,
adohai..), so rahsiakan undi kita, biarkan parti ABC, MNQ, dan XYZ datang
berlemah lembut merayu undi, dalam mereka bercakap dengan lemah lembut pujuk
aku undi parti mereka dengan manifesto bombastik, aku boleh cerita tentang
ugama dengan lebih ‘deep’ pada mereka, tapi undi tetap rahsia , politik bro..,
politik! He he"
Kalau ada ustaz cakap, orang yang duduk atas pagar ni sesat
dan mati masuk neraka sebab tak bersama jemaah, korang jawab kepada ustaz tu.
“You dah hilang undi I bila you tuduh I ahli neraka, I pergi
mengundi tak pernah miss, lagipun ustaz, masa Saidina Ali(kerajaan) dan
Muwayiyah(Pembakang) berperang, ada sebahagian sahabat Nabi yang duduk atas
pagar tak menyertai mereka, antara mereka adalah Saad bin Abu Waqas r.a ,
adakah ustaz lagi terer dari sahabat Nabi dalam berijtihad?”
Berhenti sekejap telan air liur, dan kita sambung lagi:
“I tak declare sokong mana mana parti sebab I tak nak You
dan your enemy perasan bagus bila orang ramai datang bagi sokongan, so You
ketiga kita parti akan tunjuk baik, dan Rakyat akan dapat menafaat, lagipun
ustaz bila Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang
duduk atas pagar dalam perperangan ini? Jawab saidina Ali yang confirm lebih
terer dari You:
"mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya
dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."
Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat
dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat,
tiada pendirian dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas
r.a yang tidak menyertai perperangan di zaman itu, beliau ada hadith tersendiri
yang membenarkan tindakkan beliau,(rujuk ustaz yang lebih cerdik dalam parti
kau lain kali-ada tu tapi diam jer-Woha!).
Sekian aku membebel hari ni.
Tutup entry dengan tasbih kafarah dan selamat mengundi!
BERAKHIRNYA TEORI RAHMAN
Sedang mengeteh di Terengganu bersama kawan sekampung yang
sedang meraikan kemenangan PAS.
Antara topik mereka sembang:
Tentang teori RAHMAN:
Rahman
Abdul Razak
Hussein Onn
Mahathir
Abdullah
Najib
Jadi guna teori yang sama. Maka bermulalah teori MAHATDIR
Katanya lepas Mahadhir akan diganti Anwar. Dan lepas tu
HADI!
Woha!
Ada pulak kata H tu untuk Hishamuddin.
Tapi tak boleh blah ada orang sebut H untuk Hamka!
Woha sekali lagi!
Ps: Tahniah PAS berjaya tawan Wisma Terengganu dan tahniah
PH berjaya tawan Putrajaya. Bagi yang kalah terimalah takdir dari Allah yang
dah set from the top. Semua yang berlaku adalah dalam peraturan-Nya. Sungguh Keretamayat
itu sehala jalannya. Buat sehabis baik sebelum ditumpangkan.
Lepas kalah pilihan raya, wakil rakyat yang bertanding
mungkin akan kelu lidah nak bagi ucapan bila ditanya wartawan.
Terpanggil untuk bantu masalah ini, aku siapkan template
ucapan berhemah untuk di copy paste oleh wakil rakyat yang kalah.
*****
Asalamualaikum, saya ___________ (isi nama wakil rakyat)
Terima keputusan majoroti rakyat _________ (isi nama tempat
bertanding) dengan hati yang penuh Redha,
Saya REDHA dengan ketentuan ilahi.
Bak kat Lisa Sruyani dalam Ombak Rindu, redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu
Menyerah.
Saya redha sebab saya ikhlas.
Tanniah kepada ______________(isi nama calon yang menang)
Kami semua akan bantu anda berkhidmat kepada rakyat.
Ada rezeki lain kali, saya akan bertanding lagi.
InsyaAllah.
***
Ok kan ucapan macam ni, takde nak gaduh gaduh, selamat
berpuasa!
Woha!
PEPATAH MELAYU BARU:
Belum hilang dakwat dijari sudah mahu melompat parti
Woha!
Maksudnya korang tafsir sendiri.. huhuhu.
SELAMAT PULANG SEMUA
Gambar adik bongsu peluk abang sulung.
Hari ni dah habis cuti PRU. So hantar mereka naik bas balik
asrama yang kini dibawah pentadbiran baru(Tahniah pada parti yang menang)
Bini aku nasihat dan pesan berbagai perkara pada anak
seperti siapkan kerja sekolah. Jangan lewatkan solat. Basuh baju lepas pakai.
Gosok baju sebelum tidur. Sikat rambut cantik cantik. Jaga diri. Jangan lupa
baca al quran. Jangan main telefon dan pelbagai lagi nasihat yang berguna untuk
semua remaja.
Aku diamkan sahaja. Dah habis semua pesanan bini maka
giliran aku pulak bagi pesanan.
Pesan aku pendek sahaja, cukup empat patah perkataan:
"Anak... ikutlah semua nasihat bonda"
Woha!
Ps: Selamat Hari Ibu.
AKHIRNYA SEMUA AKAN MENJADI TANAH
Cuti PRU berkahir pada 13 Mei bersamaan hari ibu.
Aku masih teringat, sempena nama Abangku Hanafi, dan Syafee,
Ayah aku ingin menamakan aku Hambali, tapi mak aku berkeras ingin menamakan aku
Hamka, Mak ingin aku menjadi penulis macam Hamka apabila besar katanya..,
akhirnya mak berjaya pujuk ayah agar mendaftarkan namaku Hamka, sekarang mak
sudah tiada, sudah kembali ke Rahmatullah, tapi mak pergi bersama doa yang
sudah di makbulkan.., Semua buku Hamka Kereta mayat, aku dedikasikan kepada
arwah Cek Ku Teh..
Oh, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Terima
kasih emak kerana telah membesarkan aku dari sekecil tapak tangan, sehingga
menjadi sebesar orang malaysia saiz standard.
Mak, dalam kerinduan ini, izinkan Hamka cari dan memeluk
menantu emak sekejap. Hamka hendak mengelap hingus pada bahunya.
Al Fatihah.
P.S: Malaikat Maut sudah datang rumah emak aku. Lain kali
beliau akan datang rumah emak kamu. Baik kamu telefon emak kamu dan cakap,
“Selamat hari ibu, saya sayang mak”. Dan minta maaf sebab pernah mengkritik
masakan emak yang tidak sedap. Sebab Lain kali, belum tentu kamu boleh makan
masakan emak lagi buat selama-lamanya..
******
Jadi Begitulah catatan yang sempat aku dokumentasikan sepanjang PRU baru baru ini. Minta maaf jika ada sebarang kata kata yang terkasar, terumpat, tercela dan sebagainya. Aku juga manusia yang tak lepas dari silap dan dosa, yang betul boleh ikut, yang salah boleh tegur, sempena pentadbiran baru, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita membantu Negara dengan menyokong semua perkara yang baik baik. Tahniah kepada Kerajaan Baru, semoga Islam dan semua rakyat terbela dalam pimpinan baru yang telah ditakdirkan Allah kepada kita semua.
Tiada daya upaya melainkan dengan IZINYA.
Kita datang dari tanah, dan semua kita akan menjadi tanah.
Salam Satu Malaysia Baru!
Woha!
![]() |
| Buku Hamka Kereta Mayat |
Apr 27, 2018
Ucapan wakil Rakyat paling best!
(Lima cara menjadi wakil Rakyat terbaik)
Asalamualaikum, terima kasih sudi datang, yang depan sila
duduk sebab yang belakang tak Nampak.
Parti kita, takde bendera, sebab tak nak membazir. Membazir
ni saudara syaitan. Orang mengundi bukan sebab bendera besar, dan banyak, tapi
sebab akhlak kita yang baik. Amin.
Maka tuan tuan dan sidang hadirin sekalian, straight to the
point, saya telah dapati bahawa ada 5 kerja yang perlu dibuat bagi menjadi
pemimpin yang sejati!
Lima cara ini, yang
mana jika korang seorang Menteri dan amalkan 5 langkah ini maka insyAllah
Negara akan Cermelang, jika korang seorang Pengurus, insyAllah Syarikat akan
maju, jika korang seorang Pengetua, insyAllah Sekolah akan berketrampilanm jika
korang ketua kampung maka kampong akan berjaya, kampong korang akan ada jentera
dan kereta proton saga, tak lupa juga jika korang seorang ayah, insyAllah
keluarga pulak akan bahagia, maka wahai seorang ayah, seorang manager, atau
seorang Menteri, kalau korang betul betul nak jadi pemimpin yang sejati kena
sabar dengar ceramah saya yang agak lintang pukang tapi ada sinar bahagia di
dalamnya, woha!
Untuk itu, saya bukak hadis, terus saya idolakan
Saidina Umar sebagai contoh pemimpin yang telah lakukan lima kerja dengan baik!
Saya masih ingat, ada orang DAP konon nak jadi macam Umar,
tapi tak nak masuk islam, dulu orang PAS percaya mereka dah berjawa dakwah DAP
hingga mahu jadi macam Umar, tapi dah penat kena tipu, PAS telah keluar dari Pakatan
dan bergerak solo, Tahniah PAS sebab sudah Nampak kebenaran walaupun lewat untuk
PRU yang lepas, tapi bagus untuk PRU yang ini, tahniah! Better late than never!
Ok, mari kita rujuk hadis!
Hazrat Aslam r.a, seorang hamba kepada Saidina Umar RA sewaktu
Umatr menjadi Pemimpin menceritakan bahawa, pada suatu hari, ketika mereka
berdua sedang meronda dari pintu ke pintu, mereka terjumpa dengan sebuah
keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar
rumah terdapat periuk yang di nyalakan api, apabila di tanya Umar RA kepada si
ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa? Jawab si
ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu
anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya
anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak.
Saidina Umar RA yang merupakan seorang khalifah islam pada
waktu itu terus pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan
yang di pikulnya sendiri, walaupun hambanya menawarkan diri untuk menolong,
tapi di bantah oleh khalifah dengan soalan: “Adakah kau nak pikul dosa saya kat
akhirat kelak?.”
Kemudian Saidina Umar RA sendiri memasak makanan untuk
keluarga tersebut dan menurut hambanya si Aslam r.a, ketika melihat saidina
Umar memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah
janggutnya yang tebal”.
Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa
menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Pemimpin tertinggi orang Islam,
ketika keluarga itu makan, saidina umar lepak berehat sambil berkata:
“Tadi saya telah lihat mereka manangis, sekarang saya lepak
sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”
OK, tamat cerita itu kat situ, itu hanyalah sebuah episode
“bersamamu”versi rare yang mana si miskin di temui oleh pemimpin dan di bantu
juga oleh pemimpin.., ada riwayat menyatakan jika jiran kita lapar dan kita
sengaja membiarkan jiran kita lapar, maka kita akan berdosa dan akan di azab
oleh Allah kerana sengaja pentingkan diri sendiri..
Dan seorang pemimpin yang ada Baitul Mal, atau DANA bantuan
kemiskinan, sangat perlu MENUNAIKAH HAK orang miskin terutama rakyat jelata
yang berada di bawah jajahan perintahnya,
Tak kan lah nak tunggu tv3 terbit rangcangan ‘bersamamu’
baru nak perihatin, , bukankah yang lapar itu berada di bawah jajahan Menteri
besar masing masing? Sedangkan orang yang bukan pemimpin seperti kita semua pun
Nabi wajibkan supaya prihatin terhadap 40 jiran kiri kanan, apatah lagi
pemimpin?
Kemiskinan tak boleh di hapuskan selagi ada jurang dan kasta, tapi
kemiskinan boleh di hapuskan bila Pemimpin tunaikah HAK kemiskinan, dan di
Bantu oleh rakyat yang mampu sama..InsyAllah.
Sekarang BN dah bagi BRIM, itu bagus, boleh merasang ekonomi
dan jika BN kalah, parti baru yang memang jangan lupa bagi BRIM, dan jentera
parti kena selalu meronda macam Umar dan Aslam cari orang miskin untuk dibantu,
bukan buat waktu kempen mengun di sahaja.
Dan bercerita bab bantuan makan, Pemimpin kena sangat
pastikan rakyat mereka mendapat bekalan makanan yang HALAL..
Sangat perlu.., kerana bila makanan haram, doa tak makbul,
ummat menderita dan takut bila jadi mayat kelak masuk neraka..naduzubillah.
Jadi sekarang JAKIM dah ada buat kerja ni, jika BN kalah,
parti baru yang memang jangan lupa perkasakan JAKIM, jika memang lah.
Ok, habis bab pertama menjadi pemimpin contoh.
Kita pergi kepada kerja kedua.
Langkah kedua menjadi seorang pemimpin yang gemilang.., err
mari kita rujuk hadis lagi:
Pada suatu malam yang lain, ketika saidina Umar r.a sedang
meronda, beliau terlihat ada seorang lelaki sedang duduk di luar kemah dan ada
suara perempuan mengerang dari dalam khemah, bila bertegur sapa tahulah beliau
bahawa perempuan itu sedang dalam posisi tersangat hampir nak beranak dan si
suami tu pulak dalam keadaan susah hati gundah gelana kerana mengalami masalah
keewangan..
Saidina Umar terus pulang ke rumah dan ajak isteri dia Ummnu
Kulthum r.anha untuk menjadi bidan terjun.., pendek cerita, bila isteri
khalifah Amirul mukminin bersedia menjadi mak bidan dan dengan segera menolong
perempuan yang nak bersalin tadi, maka selamatlah semuanya dan tahniah untuk
bapak budak itu kerana mendapat seorang baby boy.
Mula mula lelaki itu kritik kerajaan sebab tak jaga rakyat
susah macam dia, tapi bila bini Umar panggil suaminya dengan gelaran “Amirul
Mukmunim” terus lelaki itu insaf kritik kerajaan sebab yang bantu bini dia
beranak adalah first lady zaman tu.
Jadi, kecirian pemimpin yang ke dua adalah!
MESTILAH MENGUTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT DIA!
Mesti menyediakan bantuan perubatan tak kira walau di mana
rakyat berada..
Dan saya puji sedikit dengan system perubatan di Malaysia
kerana di laporkan, Malaysia adalah nombor lima terbaik dari segi kebajikan
perubatan! Dan termasuk aantara Negara yang sangat murah kos perubatanya iaitu
hanya RM satu!, bini saya beranak kena cas RM 4 sejer, Cuma bila ada special
kes melibatkan sakit yang menelan kos yang besar seperti barah, jantung
berlubang dan sebagainya, dana untuk perubatan tersebut agak lembab untuk di
agihkan dan macam dah jadi budaya iaitu pesakit kena glamer dulu, nak kena
masuk akbar, TV, radio, bersamamu, baru lah sama sama pakat bantu.
Ataupun mungkin kena ubah system insuran, tak payah guna
ejen, terus rakyat bayar kepada hospital kerajaan, dan bila sakit kritikal,
terus guna dana tu untuk bantu semua rakyat, tanpa ejen, kos bayaran insuran akan
lebih murah, tapi itu detail bincang semulalah, cadangan sahaja.
Apa-apapun, belanja untuk kesihatan dan keselamatan memang
termasuk dalam sedekah. Safety first adalah sunnah nabi SAW.
Ok, cukup sampai situ.
Sekarang, kita focus kepada kerja ketiga dalam menjadi
seorang pemimpin yang terbilang
Rujuk hadis lagi:
Hanzalah r.a adalah seorang sahabat Nabi SAW yang di
amanahkan sebagai penyimpan rahsia, banyak rahsia berbentuk ramalan diketahui
oleh beliau, terutamnya tentang peristiwa zaman hadapan, (teknologi wahyu) dan
antara rahsia yang glamer di ketahuinya adalah senarai nama orang munafik di
kalangan sahabat, Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah telah bertanya kepada
hanzalah r.a iatu:
Adakah orang munafik di kalangan wakil rakyat yang di lantik
oleh beliau?, Hanzalah RA menyatakan ‘ada’dan bilangannya hanyalah seorang tapi
Hanzalah r.a tidak memberitahu namanya kerana itu adalah rahsia antara dia dan
penerima wahyu (nabi Muhammad), maka saidina Umar telah memeriksa amalan wakil
rakyatnya dan jika ada yang tak kena akan di pecat.
Antara amalan orang munafik di zaman Nabi SAW adalah
meninggalkan solat jemaah, kemudian ada pulak satu hari tu Salman RA selaku
menteri bahagian pentadbiran pasar, telah tidak datang solat subuh berjemaah,
maka saidina Umar RA terus pergi ke rumah Salman dan bertanya kenapa tak datang
solat berjemaah wahai WAKIL RAKYAT?
Maka kata ibunya, Salman telah bertahajjud sepanjang malam,
dan bila dah dekat-dekat nak subuh, mengantuk telah menguasai dirinya, maka
legalah saidina umar mendengar jawapan itu kerana ternyata Salman RA bukan
seorang yang munafik, Cuma tak sengaja tinggal solat jemaah, namun Umar RA
sempat menegur salman bahawa beliau lebih baik solat subuh berjemaah daripada
bersolat tahajjud sehingga tinggal solat jemaah!
Stop cerita! Hari ini adalah tugas setiap PEMIMPIN kena pastikan
wakil rakyat atau orang bawahan dia tidak mengamalkan amalan orang munafik,
kena pastikan orang bawahan dia tidak MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH!
So, jika korang seorang Ketua Menteri, korang kena pastikan
wakil rakyat korang tak miss solat berjemaah, kalau tak rosak rakyat
nanti..huh! ada benarnya Wakil rakyat yang tak datang solat jemaah mungkin
tertidur kerana sibuk bertahajud…, so pemimpin kena pastikan betul ke solat
tahajjud atau benda lain?, kena check.., ini tugas pemimpin, dan saidina Umar
sendiri tidak teragak agak untuk memecat Wakil Rakyat beliau bila ada rakyat
mengadu, malahan beliau pernah memecat ketua perang dalam medan pertempuran.
(rujuk sejarah)
Dan yang kena pecat relaks sajer, takdelah nak tunjuk
perasaan nak bantah ke apa sebab diorang bertugas kerana Allah, dan sangat
takut dengan soalan tentang pucuk pimpinan di akhirat kelak, maka bila di
pecat, ok lah tu..
Bila ada orang munafik lain yang suruh panglima perang yang
di lucutkan jawatan ini buat bantahan, maka kata panglima perang, saya bekerja
kerana Allah, bukan kerana Umar. Dan saya akan taat perintah pemimpin kerana
itu adalah perintah dari Allah supaya taat kepada pemimpin… (rujuk sejarah)
Kreadit untuk Pak Lah di awal pemerintahan dulu bila
menggalakkan Menteri Besarnya menjadi Iman di masjid, Tapi itulah, atas nasihat
Tun, Pak Lah berhenti, dan sekarang Tun jadi ketua Pembakang, semoga Tun
galakkan wakil rakyat mereka solat berjemaah, Najib pun sama!
Cerita bab munafik, saya cadangkan jangan lah para pengundi
mengundi calon yang berfahaman Syiah, wahabi, atau penyokong LGBT, Peliwat, Atisme dan lain-lain.
Tadi saya dapat gambar orang share katanya, dalam PAS, AMANAH,
dan UMNO ada calon berfahaman wahabi.., So wahabi, Syiah, dan lain-lain ajaran
sesat jangsnlah kita pilih, dan sebagai pemimpin, jangan ada dikalangan wakil
rakyat yang berfahaman wahabi atau syiah atau lain lain ajaran sesat.
Ok, habis sampai situ dulu. Sekarang kita fokos kepada Kerja
keempat yang patut di buat dalam menjadi seorang pemimpin yang bergemerlapan
Mari rujuk hadis lagi:
Pada suatu malam yang lain pulak, ketika Saidina Umar R.a
buat ziarah dari pintu ke pintu, beliau telah terdengar suara wanita bersyair
yang sungguh sedih, memberahikan dan ada unsur kelucahan yang melampau, wanita
itu sedang bersyair lebih kurang maksud, “jika suami ku ada, maka akan
meriahlah katil ini dengan macam macam bunyi”,- wah wah wah!!
Maka Saidina Umar RA telah hantar anak perempuannya untuk
ziarah wanita tadi dan tanya apakan problem sebenar dia? Lain macam jer bunyi
nya.. Rupa-rupanya wanita itu sedang ketagih seks kerana suaminya sedang
berjihad di jalan Allah lama sangat, tapi masih tak pulang-pulang, lalu bertanyalah
umar RA kepada anaknya, akan berapa lamakah kadar seorang perempuan beriman
boleh tahan tak bersetubuh?Anaknya malu malu angkat empat jari..
Empat minit?
Empat hari?
Empat minggu?
Akhirnya dengan malu malu perempuan, anaknya bagitahu: 4 bulan.
Maka bila muayarat di buat akhirnya saidina UMAR RA
keluarkan perintah bahawa semua pendakwah islam dan pejuang islam kena balik
‘bayar bil air’ jika dah keluar lebih dari 4 bulan, tapi jika isteri dia tak
kesah, jenis bertakwa, lantaklah, kerana ada isteri yang faham bahawa jika
suami pulang dia sorang jer dapat manafaat, tapi jika suami keluar berdakwah,
maka ribu ribu ummat akan mendapat menafaat, kerana itulah isteri-isteri sahabat
RA rela suaminya tak balik terus (syahid) lantaran si isteri faham benar darjat
bagi seorang isteri syuhada di akhirat kelak
So untuk kita semua, jangan tinggalkan isteri lebih dari 4
bulan , kecuali isteri korang iman macam Khatijah RA yang nabi selalu
tunggalkan dia ketika bermunajat di gua hiraq, macam juga Hajar isteri nabi
ibrahim a.s, 10 tahun kena tinggal kat mekkah, selamba jer, juga macam isteri
nabi musa a.s yang kena tinggal di kaki bukit tursina dan pendek kata, macam
semua isteri ambiyak dan sahabat r.a… wallahu’lam
Sebab tu lah (kot), orang tablih keluar jalan Allah 4
bulan…, (kot.., saya tak tahu) dan kalau korang perasan, ingat tak masa lepas
akad nikah dulu kadi suruh baca cerai lafaz ta’liq iaitu:
“Bahawa adalah saya mengaku apabila tinggalkan isteri saya
(nama) selama EMPAT BULAN Hijrah berturut-turut,atau lebih dengan sengaja atau
paksaan dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama masa
yang tersebut, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan memberi kepada
Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya satu ringgit, maka pada ketika
itu tertalak ia dengan cara talak khulu’[Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah Persekutuan)1984, Kaedah-kaedah Keluarga Islam (borang dan Fee) 1985
(seksyen 134(3)]
Moral cerita ini adalah SETIAP PEMIMPIN kena sangat tunaikah
HAK wanita.., jika suami askar bertugas di sempadan, 4 bulan cukuplah, biarlah
suami mereka yang telah meleleh air kepala pulang ke tanah air bayar bil air..,
begitu jugak suami isteri yang duduk berjauhan kerana tugas, seorang kat Perils,
seorang kat Sabah, elok sangatlah tu macam lagu, “dari Perlis sampailah ke Sabah,
kita sudah berjaya”.., berjaya apanya, nak mintak tukar posting, banyak sangat
ragamnya, itulah inilah, ini HAK wanita, kesian mereka, Pemimpin kena ambik
tanggung jawab sama..
Itu baru bab seks, masalah lain para wanita adalah komitmen,
nak kena masak, nak kena menyusu, so jika korang seorang bos maka korang
kenalah bertolak angsur dengan pekerja wanita, bagi balik awal sikit, bagi cuti
bersalin lama-lama, buat pusat asuhan kat pejabat, dan nak tak nak kerajaan
kena campur tangan bagi perlindungan untuk wanita, kalau boleh kerja yang
lelaki boleh buat, wanita tak payahlah buat, makin ramai lelaki yang menganggur
nanti, susah nak cari bini, balik balik perempuan jugak yang susah, terpaksa
jadi anak dara tua, dan bila permpuan tu berkerja, maka pemimpin kena pastikan
hak aurat dia(bertudung), hak solat dia (awal waktu) dan hak akhlak dia
(pergaulan) di jaga rapi, kerajaan kena main peranan, kena sangat..!
Panjang bila nak hurai bab tentang hak wanita ni, terutanya
wanita muslim, lain kali ada masa dan izin Allah saya sambung..
Ok, kita pergi kepada Kerja terakhir, dalam menjadi seorang
pemimpin yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang..
Mari rujuk hadis lagi:
Alkisah Hadrat umar RA, satu malam setelah penat membuat
rondaan dari pintu ke pintu, beliau telah duduk bersandar pada dinding sebuah
tembok. Tiba-tiba beliau terdengar dari sebuah rumah suara seorang ibu berkata
kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Pergi campurkan susu dalam bekas itu dengan
air.”
Lalu jawab anaknya: “Wahai ibuku! Bukankah khalifah islam
melarang mencampurkan susu dengan air.”
Kata ibunya: “Wahai anakku! campurkan sajer susu itu dengan
air kerana Saidina Umar tak nampak..”
Lalu anak gadis tersebut berkata kepada ibunya: “tapi Allah
nampak wahai ibuku!
Saidina Umat tersenyum mendegar perbualan itu dan rasa best
kerana IMAN rakyat dia berada dalam keadaan yang baik…, dan menurut riwayat,
sebenarnya si ibu kepada anak gadis tu sajer nak test power iman anak dia, dan
sebagai balasan, si ibu ini dapat berbesan dengan Khalifah apabila Saidina Umar
mengahwinkan anaknya, ‘Asim dengan gadis yang amanah ini iaitu Laila. Hasil
perkahwinan ‘Asim dengan Laila ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang
cahaya mata perempuan yang kemudiannya telah melahirkan Khalifah Umar bin Abdul
Aziz yang DAP pun naj jadikan idola.
Ada jugak bila saidina umar buat rondaan, sekali ternampak
seorang budak pengembala kambing, sajer beliau nak test iman rakyat dia, dia
suruh budak tu jual sekor, budak tu cakap tak boleh, tuan dia tak benarkan,
saidina Umar RA ‘suruh’ budak tu tipu tuan dia cakap kambing tu hilang ke apa,
tapi budak tu kata, Allah sedang melihat.., best bukan?
So, pendek cerita, antara TUGAS PEMIMPIN yang PALING PENTING
adalah bagaimana memastikan IMAN semua rakyat dia berada dalam keadaan yang
baik dan sempurna…
Jika korang lihat sejarah tamadun manusia, sebagai contoh
dalam pembinaan tembok besar cina, tiada seorang Nabipun yang terlibat, begitu
jugak dengan pembinaan Taj Mahal, Menara condong, KLCC, komplek sukan, litar
lumba, atau senjata nuclear, tiada langsung walaupun seorang Nabi yang yang
Allah hantar untuk bantu manusia buat usaha untuk majukan dunia, TIADA! tapi
kesemua 124 ribu para Nabi dan rasul di hantar oleh Allah untuk buat usaha atas
iman-iman manusia..
So, sekarang Nabi dah takde kerana tugas kenabian telah di
wariskan kepada Ummat Muhammad SAW..
Dan korang duhai para pemimpin sekalian, dah tentu amat
sangat kena main peranan besar dan bertanggung jawab dalam kerja kerja menyeru
rakyat beriman kepada Allah..WAJIB!
Iman adalah perkara yang sangat bernilai di sisi Allah..
Dan orang islam mulia di sisi Allah kerana Iman.
Iman satu perkara yang sangat berharga kerana seorang yang
jadi mayat tanpa iman, maka akan kekal dalam api neraka buat selama-lamanya
tanpa jadi mayat.
Namun seorang yang berjumpa dengan Allah kelak, dan hanya
membawa Iman sebesar zarah, maka nescaya Allah akan menukar dengan Syurga yang
luasnya sepuluh kali ganda dunia.
Iman sangat di perlukan bila tiba waktu nak jadi mayat,
bahkan siapa yang ucapkan kalimah iman sejurus sebelum menghebuskan nafas yang
terakhir, maka SYURGA wajib untuknya…, ada riwayat menyatakan siapa yang akhir
kalam dapat ucap kalimah IMAN maka azab neraka di HARAMKAN untuknya!
Iman sangat penting, sehinggakan dalam kubur perkara pertama
yang akan di soal oleh malaikat yang mana jika tak dapat nak jawab kena azab
adalah IMAN…
Di padang masyar kalimah IMAN akan memberatkan Timbangan
Kebaikkan.
Di titian Sirat, Iman akan mencahayakan dan memudahkan
perjalan meniti titian perjalanan..
Dan nilai shurga adalah IMAN!
Dan siapa yang masuk neraka dan pernah ucap kalimah IMAN
maka pasti akan di keluarkan oleh Allah..
Sahabat buat usaha atas IMAN selama 13 tahun di mekah, dan
Nabi Muhammad SAW adalah GURU IMAN yang terbaik, dan sahabat sahabat baginda
adalah MURID IMAN yang terbaik,
Dan KHALIFAH IMAN yang terbaik adalah saidina Abu Bakar ,
saidina Umar dan lain lain..
Saidina Umar yang di lahirkan pada 586 masihi dan memerintah
dunia selama 10 tahun, adalah PEMIMPIN IMAN yang paling besar jajahan takluknya
dan telah berjaya mengislamkan ribu ribu ummat manusia…, jadi wahai seorang
ayah, manager atau pemimpin umat islam hari ini, di mana korang? Berapa ramai
yang dah masuk islam di bawah jajahan tuan? Murtad lagi ada? Kenapa ini
berlaku?, benar! kerana SUASANA IMAN tidak terbentuk di tempat kerja, di
hospital, di rumah , di kampong dan Negara, sehingga dalam masjidpun ada orang
bergaduh..oh!
Untuk bentuk suasana iman, orang yang lapar atau sakit kena
tawajuh dan berdoa kepada Allah, nabi SAW sendiri perintahkan anaknya siti
fatimah r.aha yang lapar supaya bertasbih, berzikir dan solat hajat bila lapar
atau susah, dan begitu juga nasihat nabi kepada rakyatnya.., kerana ini adalah
pendidikan IMAN, 13 tahun nabi ajar perkara ni kat mekah..
Tapi Nabi tak biarkan pelajaran iman itu tanpa common sense,
kerana Bila saje nabi ada peluang untuk membantu, maka Nabi akan segera
membantu ummat dalam bentuk makanan, harta atau ubat-ubatan, sebagai contoh tak
kala Nabi SAW dan saidina Umar serta Abu Bakar RA di jemput makan di rumah abu
ayub yang telah menyembelih seekor anak
kambing, maka nabi perintahkan agar di hantar sebahagian makanan kepada anaknya
fatimah r.aha kerana dah 2 ,3 hari tak makan, so nampak?
Siti fatimah boleh belajar iman dengan cara macam ini,
begitulah keadaannya bila orang islam sakit atau menderita, mereka kena solat
hajat dan tawajjuh dengan Allah, namun apa peranan pemimpin? Ya! Pemimpin kena
bagi bantuan perubatan kepada rakyat-rakyatnya, so, rakyat boleh belajar iman
dengan melihat doa mereka makbul, saya jika bini saya demam selsema atau sakit
menderita, maka saya akan perintahkan anak bini saya buat solat hajat mintak
pada Allah supaya bagi sembuh, ketika anak bini saya sedang tawajjuh kepada
Allah, mala saya akan keluar mencari ASBAB, mencari ubat.
So lepas bini saya dah solat hajat kemudian ubat datang, tak
meningkat iman dia?, dan kebanyakkannya ketika ubat datang, bini saya dah
sembuh.. serius! subhnAllah..
Doa kerja bini saya (dia sakit)
Cari ubat kerja saya (suami)
Bagi sembuh kerja Allah!
So inilah yang di katakan pendidikan IMAN, jangan biarkan
rakyat yang miskin dan kebulur tinggalkan ibadat untuk cari rezeki, mereka
sepatutnya kena lebih tambahkan ibadat mereka, dulu di zaman Nabi orang miskin
duduk di masjid dan mereka di namakan ahli suffah, so senang jika ada antara mereka
yang berhajat nak sedekah atau nak ajak teman pegi makan kat kedai, dan nabi
sendiri, jika dapat harta ghanimah, akan terus agih-agihkan kepada fakir
miskin, so mereka dapat belajar iman, maka di sini, peranan pemimpinlah, iaitu,
ayah, cikgu, pengurus dan perdana menteri untuk bekalkan bantuan makanan dan
ubat ubatan kepada rakyat yang sedang bertawajjiuh kepada Allah, dengan cara
ini rakyat kita akan dapat belajar IMAN!
Hari ni kat Malaysia, orang miskin tak lepak di masjid, tak
tidur di masjid, dan tak datang solat jemaah, mereka lebih senang mengemis, dan
ada yang buat jenayah.., oh!
Kasihan mereka menderita di dunia dan akhirat…
Ingat! tugas pemimpin yang utama adalah mengelakkan doa dari
orang terinaya sampai terus kepada Allah!
Penutup:
Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang nak di tulis, tapi
tak panjang sangat ke?, saya belum cerita bab jihad, dakwah, hudud dan
lain-lain, tapi takpe, kira ni basic dulu,
Bukan senang nak jadi pemimpin..
Sebenarnya, Pangkat akan datang mencari orang yang layak..
(macam Abu bakar dan Umr RA yang menolak pangkat..)
Dan orang yang tak layak akan mencari pangkat..
Pendek kata:
Untuk penjadi pemimpin yang baik, Amalkanlah 5 perkara ini
yang kita boleh belajar dari Saidina Umar Khalifah Islam yang paling cemerlang
dan gemilang (di ukur dari jajahan takluk)
Saya ulangi antara 5 perkara penting yang WAJIB di buat oleh
pemimpin adalah:
- -MENYEDIAKAN BANTUAN MAKANAN YANG BAIK DAN HALAL
- -MENYEDIAKAN BANTUAN PERUBATAN YANG CUKUP DAN SELESA
- -MENUNAIKAN HAK WANITA
- -MEMASTIKAN WAKIL RAKYAT (dan rakyat) BERSOLAT JEMAAH
- -MEWUJUDKAN SUASANA IMAN DI BAWAH JAJAHAN TAKLUK.
Sekian terima kasih.
Sekian ceramah dari Parti atas pagar.
Woha!
Apr 24, 2018
Bila Laki Bini bergaduh?
(Penulis kisah Laki Bini pun ada waktu bergaduh dengan bini
dia-adohai)
Part 1
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak Laki Bini.
Aku kadang waktu berbeza pendapat dengan Puan Bini, oleh
sebab malas nak bergaduh, terus aku keluar mengeteh dengan member.
Bini pulak wasap mintak izin nak pergi lepak tepi pantai
mencari ketenangan bersama anak-anak.
Ha ha, dalam bergaduh, masih mintak izin nak pergi
mana-mana. Alhamdulillah. Rumah kami 2 km sahaja dari pantai jadi aku izinkan.
Bila balik rumah, bini masih diam tak bercakap.
Ok, biar aku mengalah, aku nak tegur dia dulu, jadi aku
tanya jumpa tak ketenangan dekat tepi pantai tu?
Katanya:
“Ketenangan hanya ada dalam mentaati perintah Allah. Dan
taat kepada suami juga adalah perintah Allah, hati saya tak tenang jika kita
tak berbaik semula”
Aku setuju!
"Perintah Allah juga suruh berbuat baik kepada isteri,
hati abangpun tak tenang jika kita bergaduh sayang, huhuhuhu. Jom mandi
bersama"
Lalu kami berpelukkan dan terlanjur.
Woha!
Part 2
Rujuk gambar: Rupanya dalam dunia ini ada bini yang sanggup kotorkan
kopiah lakinya sebab tak nak lakinya berborak lama-lama di Surau. Lepas tu kena
cerai. Adohai... Ada yang kena cerai sebab makan dalam kereta. Laki lebih
sayangkan kereta dari bini nampaknya.
Ada jugak sebab suka basuh baju waktu malam. Lalu laki tidur
dalam keadaan dahaga seks. Kena cerai jugak.
Bini suka tinggal Laki pergi rombongan atau Hiking gunung.
Hati hati, laki yang sunyi mudah di rasuk syaitan kak oii.
Eh? Sebab berdengkur pun kena cerai?
Paling tak tahan, kena cerai sebab Punggung menggerutu, adohai..
Betul kata keretamayat. Bila tak cinta, salah kecik pun
boleh kena cerai.Tapi jika saling bercinta. Kencing tak tutup tandas pintu pun
romantik.
Woha!
Part 3
Rujuk gambar lagi.
Pengajaran hari ini, jika Laki bini bergaduh, ego
masing-masing nak buktikan, "aku boleh hidup bahagia tanpa kau" lalu
ada yang sanggup bercerai berai, Nauzubillah.
korang mungkin nampak okey... Padahal yang paling merana
adalah anak-anak.
Takde orang nak sayang anak kita macam kita sayang dia, tu
yang sampai bila ada tak kena, teman lelaki baru ex bini sanggup pukul anak
sampai mati.
Alkisahnya aku sedang makan sup ekor dikedai dengan seorang
kawan sewaktu dengar berita ni, aku sedih. Tergamak teman lelaki bunuh budak
kecik? Mana mereka campak kasih sayang yang diberikan Tuhan kepada kita insan?
Sedih sungguh sebab akupun ada nak sebaya mangsa.
Bertambah sedih, Kebetulan aku ada sedikit krisis sekali
lagi dengan Puan bini siang tadi, lalu malas nak bergaduh, aku keluar mengeteh
dengan kawan, jadi aku drive balik nak mintak maaf. Aku nak buang ego aku.
Di jalanan waktu aku drive, bini call:
"Abang kat mana? saya dan anak-anak dah lama tunggu
abang makan bersama, lauk semua dah siap"
Oh.., bini aku mendahului diri ini dalam menepis egonya,
Oh.. hidup memang indah jika kita ketepikan ego masing-masing.
Maafkan abang sayang.
Aku pulang, dan bini sambut dengan pelukan mesra dan
ungkapan maaf. Dan aku makan masakan bini dengan penuh berselera. Walaupun dah
dua kali dinner.
Malam ini, aku terbaring kekenyangan, bersama perut buncit.
Bini tidur disebelah sambil peluk perut aku.
Cinta dan dimaafkan cinta: memang indah.
Demi cinta, dua kali makan malam pun sanggup aku hadapi.
Woha!
Apr 20, 2018
Solat korang Best Tak?
(Di tulis sebelum Tayangan perdana Avangers Infiniti War)
Cerita bab bola dulu, kita boleh tengok macam-macam stail
penonton, ada yang lebih suka tengok kat rumah dalam tv, ada yang lebih suka
tengok dekat kedai makan screen besar sambil menjerit sama kawan-kawan, ada
yang just nak tahu keputusan, cukup tengok berita babak gol, atau ada yang just
baca surat kabar, youtube dan macam-macam lagilah!
Tapi yang paling best, adalah mereka yang tengok bola dekat
stadium sambil jerit-jerit, siap pakai jersi warna sama dengan pemain bola, dan
ada yang siap conteng muka lagi lengkap dengan kain rentang, mercun dan leser,
ha ha ha..
Bila di tanya, kenapa korang sanggup conteng muka, pakai
jersi warna warni dan duduk kerusi hadapan sambil menjerit-jerit macam
jurulatih?
Jawab mereka, tengok bola, kena ada ‘feel’, dan bila dapat
‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.
Ok, itu tengok bola kat stadium, ada kawan aku yang main
bola secara seronok-seronok dekat padang kampong, tapi datang siap dengan jersi
lengkap, bila lawan pertama sumbat gol, yang kalah kena bukak baju, jadi mamat
yang dah tahu kalah, dan kena bukak baju tapi masih datang main dengan pakai
lengkap jersi walaupun hanya dia sorang jer pakai, dan bila ditanya, kenapa
sanggup susah susah pakai baju bola sedangkan kita main suka-suka jer?.
Jawab mereka, main bola, kena ada ‘feel’, dan bila dapat
‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.
Itu cerita bab bola, aku ada jugak kawan kaki filem, dia
tahu filem lambat laung akan keluar dekat TV, tapi tak nak, katanya tengok
dekat wayang baru feel, sebelum spoiler dibocorkan di mana mana media, dia nak
jadi orang pertama yang menonton dan tahu spoiler, malahan ada yang pakai
kostum sewaktu menonton filem, sanggup bayar tiket mahal pada tayangan perdana,
mereka tak kisah, sebab tengok movie kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’,
nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.
Straight to the point, dah nama blog pun keretamayat, tak
kan nak cerita pasal bola dan filem?, maka aku nak bagitahu, jika kita sungguh
sungguh dalam ibadat, kitapun akan dapat ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’,
nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.
Bab solat misalnya, (ehem, ehem)
Kita boleh tengok macam-macam stail pesolat, ada yang solat
kat rumah lengah-lengah, ada yang solat berjemaah dengan bini, ada yang solat
hanya pakai kain pelikat, ada yang solat sekadar melepas kentut di tangga, dan
macam-macam lagilah!
Tapi yang paling best, adalah mereka yang solat berjemaah di
masjid, saf depan, datang awal, siap buat solat sunnat tahiyatul masjid dan
pakai lengkap sunnah Nabi dengan siap bercelak, berserban dan berjubah putih!
Bila di tanya, kenapa korang sanggup bercelak, berserban dan
berjubah putih, datang awal, duduk saf depan, lalu bertasbih dan beriktikaf di
masjid macam ustaz ulamak?
Jawab mereka, solat, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’,
nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.
Aku ulang: solat, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’,
nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.
Jadi ‘moral of the story is:’ Solat kita tak best sebab tak
ada feel, Feel tak datang sebab kita tak bersungguh!
Tak bersungguh untuk solat!.
Cuba kita buat macam peminat bola atau penpnton wayang hari
pertama buat, eh silap?, cuba kita buat macam ustaz ulamak selalu buat, datang
awal ke masjid, duduk saf depan, solat sunnat tahiyatul masjid, dan pakai
pakaian sunnah siap berserban, bila solat rasa satu feel yang.., nikmatnya tak
dapat di gambarkan dengan kata-kata.
Aku sendiri dapat rasakan perbezaan kalau hari jummaat, bila
aku pergi awal, pakai baju sunnah, pakai serban, duduk saf depan, lepas solat
sunnat duduk zikir, dengan niat iktiqaf sambil tunggu azan, bila time solat rasa
sungguh best! dapat ‘feel’ yang feelnya tak dapat di gambarkan dengan
kata-kata.
Tapi kalau datang orang dah nak habis khutbah, duduk pulak
saf belakang. Pakai pulak baju T shirt dan seluar jeans, kopiah pun tak pakai,
lepas solat aku rasa macam gitu-gitu jer, kurang feelnya, (ni aku lah
nih..korang tak, korang semua beriman dan bertakwa, tak dengar khutbah dan
solat masbukpun tapi masih kusyuk solat sehingga lupa alih kereta yang parking
di tengah jalan block kereta orang-memang bangang!..)
Maka nasihat aku, sama samalah kita bersungguh dalam ibadat,
orang pergi himpunan kuning pun sanggup bersungguh-sungguh pakai baju kuning
nak gulingkan mahadir dulu-dulu, atau orang pergi tengok bola di stadium pun
sanggup bersungguh-sungguh pakai baju jersi melambakan semangat gila bola siap
conteng muka? atau ada orang sanggup pakai kostum avangers waktu menonton filem
Avangers, maka apatah lagi untuk perkara yang lebih utama ngan solat nih,
Kalau boleh bawak uniform khas dalam beg siap dengan serban
dan jubah warna putih (macam superhero dengan kostumnya:
superman/spiderman/cicakman), yang mana bila dah nak azan terus tukar baju,
zassss.., dan dengar azan dalam masjid, memang bestlah…
Orang perempuan pulak, lagi sepuluh minit nak azan pergi
siap-siap, pakai kain sembahyang dan tunggu azan, lepas tu senyum-senyum kat
suami sambil angkat-angkat kening, sebab jika isteri solat awal waktu, dan
suami solat berjemaah di masjid, lalu, bila suami pulang karang, korang akan
ada banyak masa untuk buat banyak benda, nak berjimak sampai solat seterusnya
pun boleh.
Woha!
Ps: Aku sendiri belum mampu amal apa yang aku tulis, dan
memang aku menulis untuk tegur diri sendiri, semoga aku diberi kekuatan untuk
amal apa yang aku tulis, hu hu hu.
Apr 9, 2018
Manifesto Laki Bini?
(Baca dengan tenang dan bersetujulah di hujungnya)
Sempena pelancaran Manifesto olah BN dan PH, Encik Laki juga
nak buat Manifesto. Kita pecah kecilkan Manifesto ini pada beberapa bahagian:
1. AGAMA:
- Akan menambah bajet membeli beberapa buah kitab baru untuk seisi taklim, kerana kitab lama sudah koyak covernya.
- Jika sebelum ini Puan Bini yang kejut suami tidur dengan pakaian solat, Sekarang azam untuk Laki kejut Bini dengan pakaian siap sedia solat subuh berjemaah di masjid.
- Mencari bajet tambahan agar dapat pergi haji atau umrah dalam tempoh 5 tahun mendatang, juga bajet untuk keluar berdakwah.
- Kaunter “Tanya Ayah Apa Sahaja Bab Agama” akan dibuka setiap hari. Jika suami tiada di rumah, boleh tanya dalam whatsappa group “Tanya Ayah Apa Sahaja Bab Agama”
- Masa tambahan untuk Muzakarah akan mengikut pilihan majoroti
- Mengadakan ceramah khas seminggu sekali dengan penglibatan semua ahli keluarga.
- Selepas Mesyuarat Mingguan, semua ahli keluarga dibelanja makan luar.
- Menambah bajet untuk melayan tetamu agar makan mereka sedap, tidur mereka lena, dan kesalamatan mereka terjamin.
2.SUAMI:
- Menambah bajet untuk hadiah hari jadi isteri
- Menambah destinasi melancong berdasarkan pilihan isteri
- Memasak untuk seisi keluarga sekurang kurang sekali sebulan oleh encik Suami
- Tanya nak makan kat luar di mana?, lalu isteri jawab “saya tak kisah” tapi dah tahu siap siap kedai makan kegemaran isteri.
- Akan selalu ada hadiah kecil secara mengejut seperti: Air minuman Kacip Fatimah
- Memberi masa tambahan untuk isteri peluk lama lama bagi melepaskan penat.
- Menambah bajet untuk ubah suai rumah mengikut citarasa isteri.
3.ANAK-ANAK
- Menambah bajet untuk hadiah hari jadi anak-anak.
- Menambah destinasi melancong berdasarkan pilihan anak-anak.
- Keluar berpoya-poya berdua dengan anak sahaja sewaktu mendapat result periksa yang cemerlang
- Menambah bajet duit saku sebanyak RM 1.
- Menambah bajet untuk pembelian alat sekolah, baju harian, dan baju raya.
4.KESIHATAN:
- Menambah bajet untuk hiking, menyelam, jungle tracking, dan lain lain aktiviti
- Menggantikan makanan berkhasiat, beras perang, lebihkan beli sayur. Kurangkan makanan bergoreng
- Meluangkan masa beriadah Bersama seluruh keluarga
- Mengadakan ceramah kesihatan berdasarkan keperluan.
Wah, macam best jer manifesto aku tulis ni, Cukuplah 4
manifesto tu sebagai contoh korang nak bincang bersama laki bini. Ada banyak
lagi terpulanglah pada diri masing-masing.
Apa-apapun, Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang
menentukan segalanya.
Bertawakal setelah merancang adalah lebih baik dari hanya
serahkan kepada takdir tunggu nasib baik sebab Allah tak akan ubah nasib kita
jika kita tak plan nak ubah.
Jadi dengan ada manifesto keluarga, maka adalah Visi dan Misi yang kita nak tempuh bersama, dan andaikata manifesto kita tu gagal
dicapai dan anak bini kita macam nak marah-marah.
Ingat Pesan Menteri:
Manifesto bukan janji!
Woha!
Subscribe to:
Posts (Atom)












