Dec 25, 2013

Siapa Santa Clause? (short version)

(Nak buat apa apa amalan so call agama, rujuklah Nabi masing masing.., adohai..)


Anak aku tanya, kenapa kanak kanak agama kristian dapat hadiah dari Santa Clause? siapa Santa Clause? Siapa Pakcik berjanggut putih dan perut boroi yang menunggang kereta rusa dan bawak hadiah keliling dunia pada hari lahir Nabi isa?

Itu semua mitos wahai anak ku.., lain kali jika ada kawan ugama kristian yang bercerita tentang hari raya mereka, cuba korang tanya mereka.

Apa kena mengena Santa Clause dengan Nabi Isa? Sebab mereka sambut krismas sempena hari lahir Nabi Isa.., patutnya banyaklah cerita tentang Nabi Isa, tapi asyik cerita Santa Clause sajer, apa kaitannya?

Lepas tu Tanya lagi, kenapa nak kena ada pokok yang di gantung dengan lampu dan hadiah, ada dalam kitab ke? Atau suka suka?

Lepas tu kat pokok ada pulak salji palsu…, seolah olah Krismas tu kena beraya dalam salji..

Padahal Nabi Isa lahir kat negara yang panas, padang pasir, dan di bawah poko kurma! patut jika orang kristian nak sambut krismas, mereka kena hias dengan pokok kurma, barulah ada kaitan dengan Nabi isa punya hari lahir, atau jika susah nak dapat pokok kurma, guna pokok zaitun.., atau pokok kektus pun boleh…, masih ada unsur padang pasir..

Tapi tak!, seluruh dunia, bila nak rayakan krismas, mereka hias pokok fir dan salji palsu.., patut mereka jika nak beraya buatlah macam orang islam beraya, orang Islam Malaysia beraya dengan bakar lemang dan rendang, orang islam di India beraya dengan makan roti tempayan atau roti nan, orang islam di arab dengan Nasi kurma, dan lain lain.., tak salahpun nak beraya.., tapi ikutlah adat masing masing, kenapa nak kena hias pokok fir dan salji tiruan, kenapa hari krismas nak kena makan coklat?

Jika amalan itu Jesus yang buat, ok.., tapi tak.., itu amalan orang putih, kenapa nak ikut barat dalam semua hal?.., tak bestlah macam ni, nak beraya, ikutlah adat Malaysia, tak salah jika bakar lemang dan rendang pada hari krismas…, atau gantung kad raya pada pokok kelapa sawit hiasan, paderi tak marahlah.., Fatherpun akan ampunkan dosa., kan?

Dan satu lagi.. Santa Clause, juga tak sesuai pakai baju sejuk yang tebal dan bewarna merah di Negara Malaysia, panas!! kereta rusa juga tak sesuai, patut naik kereta lembu, baru ada ciri Melaysia, dan tak salah jika Santa Clause pakai baju cekak musang dan bersamping.., ho ho ho!

Arghh, sudahlah anak, jika korang tanya mereka, tentu mereka tak tahu nak jawab apa sebab amalan sambut krismas ni bukan amalan jesus, tapi lebih kepada bisnes, yang mana satu sistem merangsang ekonomi di mana belanja perlu dikeluarkan oleh ibu bapa untuk beli hadiah, hias rumah dan makan besar dengan alasan yang murni, lagipun musim salji, aktiviti jual beli agak slow, so, dengan adanya sambutan krismas, adalah alasan nak berbelanja.

Moral untuk kita orang islam, jika nak beraya, berayalah macam Nabi Muhammad saw, bukan ikut nafsu nak berlagak sesama jiran, adohai..

Akhir kata: sebarkan fakta sebenar mengenai Santa Clause, iaitu:

“jika Santa Clause benar-benar wujud dan sanggup hantar mainan kepada semua kanak kanak di seluruh dunia, maka Santa memerlukan 31 jam untuk menyempurnakan lawatan bagi keluasan dunia 212,030,000 batu (341,230,000 km) yang memerlukan kepantasan 6,650,000 batu per jam (10,700,000 km/h) atau bersamaaan 3,000 ganda kelajuan bunyi (nearly 200 times the speed of the Voyager 1 spacecraft, the fastest man made object).

Dan andaikan setiap kanak kanak menerima hadiah dengan anggaran purata dua pounds setiap seorang, maka kereta rusa perlu di isi dengan hadiah seberat 321,300 tons. Di ketahui, Seekor rusa hanya boleh menarik 300 pounds (140 kg) sahaja, maka Santa memerlukan 2.1 juta ekor rusa! Dan jumlah tenaga sebanyak 700 exajoules dapat dihasilkan untuk menggerakkan beban sebanyak itu, yang mana bersamaan 11.7 juta bom atom yang satu sahaja cukup untuk menghancurkan seluruh Hiroshima!!"

Woha!

Ps: Jangan selaki kali korang berani panggil ayah dengan gelaran “Santa” walaupun janggut ayah sudah putih dan perut memboroi… Ho Ho Ho!

Dec 17, 2013

Pendakwah mati lemas?

( Tertib oh tertib, di tulis dalam keadaan tidak pakai baju tapi pakai seluar-pergi mampus pada diri sendiri!)

Soalan pembaca:

“Salam blogger otai, saya dah lama berdakwah di blog dan Facebook macam abang, mula menulis sejak tahun 2008 lagi, malahan selalu share ceramah ustaz-ustaz, slide slide yang menginsafkan, dan lagu lagu dakwah, kartun islamik juga saya suka sebarkan, tujuan paling utama adalah untuk menasihatkan diri sendiri dan orang lain. Tapi, siapa sangka... bukan semua blog mendapat hati di kalangan pembaca. Lebih-lebih lagi blog yang membawa mesej Islam. blog saya adalah blog agama yang terkebelakang dan sangat kurang mendapat sambutan.

Saya pernah cuba kaedah uslub seperti peraduan yang menawarkan hadiah-hadiah yang agak mewah untuk menarik pembaca, tapi sayangnya peraduan itu langsung tidak mendapat sambutan. Saya sudah pun delete peraduan itu supaya tidak lebih malu jika di baca bila sudah tua nanti.
Masalah saya sekarang, rasa sudah penat sangat berdakwah melalui internet, walaupun follower saya sudah mencecah 2000+, tapi komen dan like sangat sikit. Saya faham , bab-bab agama ini, ramai orang yang malas nak ambik peduli. Kan?

Satu lagi, semakin kuat saya berdakwah, atau semakin banyak saya share mesej islamik di FB, blog serta  whassapp, semakin lemah pula saya dalam beramal, contohnya, bila azan berkumandang, saya boleh layan FB sedangkan lebih elok solat berjemaah, nampak sangat saya memang seorang blogger yang gagal.

Jadi saya mahu minta nasihat blogger otai macam abang, nasihatkan saya agar tidak berputus asa macam abang, selalu berdakwah dengan idea yang gempak, macam abang."

Sekian.

JAWAPAN HAMKA KERETAMAYAT

Salam.

Baca soalan kau, terus aku teringat seorang hamba Allah ni, yang mana selepas aku selesai bersolat asar di sebuah masjid…

(Eh? Macam baik sangat aku ni solat asar berjemaahpun nak tulis kat blog- pergi mampus pada diri aku! Hampeh!)

 Akupun pergi ketuk satu pintu rumah hamba Allah dengan niat menghubungkan silaturahim, maka keluarlah seorang lelaki yang tidak pakai baju tapi pakai seluar, marah kerana datang berdakwah ke rumahnya, katanya, dia juga seorang pendakwah,

Aku berasa pelik.., apa tak boleh kah kita ajak orang yang minat bola tengok bola? Kan? So kalau betul dia pendakwah pun, tak salah jika bertemu dan berpisah kerana Allah.. Adohai..

Lalu katanya lagi, dia sekarang berdakwah melalui internet, lebih berkesan berdakwah melalui internet kerana ramai pembaca, satu post katanya, jumlah like mencecah ratusan orang, FB dakwah miliknya dah ada dua ribu follower (banyak tu?). Berdakwah dari rumah macam ni, lambat sebab 5 minit baru jumpa seorang, itupun belum tentu like. Katanya lagi.. Blog dakwah milik beliau juga ramai pembaca, ada 900 lebih follower..

900 Folower? Ramainya.., kata aku buat buat kagum, (woha!) ok fine, berdakwah melalui internet, tapi tak kanlah solat berjemaah pun kat internet bang?..

Eh? entah entah, bro yang aku jumpa itu adalah orang yang sama email bertanya soalan pada aku yang datang jumpa di rumahnya, kau ke bro? adohai..

Abaikan cerita Bro tadi kat situ, kita balik pada penanya yang mempunyai ciri macam bro tadi,

Persoalan di sini adalah, ramai yang mengaku berdakwah, tapi tidak mampu amal apa yang mereka sampaikan, (termasuk jugak aku, adohai..)

Ramai orang share mesej dakwah dalam FB, ada yang siang malam wassapp tentang mesej dakwah tapi selamba lengahkan solat atau selamba tinggal solat berjemaah (hanya menyebut beberapa contoh)

Di sini, kita semua kena sedia maklum bahawa, kejayaan dakwah bukan di ukur dari berapa ramai orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita dapat amal apa yang kita sampaikan.
Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, akhirnya firaun tetap mati kapir, tapi Nabi Musa tetap termasuk orang yang berjaya kerana (aku ulang) kejayaan dakwah bukan di ukur dari berapa ramai orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita dapat amal apa yang kita sampaikan.

“Ok bang, saya setuju, kejayaan dakwah bukan di ukur dari berapa ramai orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita dapat amal apa yang kita sampaikan…, Tapi bang, saya hari-hari berdakwah tapi kenapa diri sendiri tak dapat amal apa yang saya sampaikan? Tak macam Nabi Musa? Kenapa bang?”

(Tiba tiba jer muncul dalam minda emej bro tak pakai baju tapi pakai seluar seolah bertanya soalan susulan)

Aku diam sekejap, pajam mata mencari ilham sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sehinggalah tak lama kemudian, dahi aku mulai berpeluh.., ketiak akupun berpeluh jugak, rupanya aku lupa on kipas.

Ok, serius sikit.

Pada pendapat aku yang hina, masalah pendakwah di internet yang bersemangat share itu ini di blog atau FB tapi lemah dalam ibadat adalah kerana..

Masalah tak ikut “tertib dalam agama”,

Kita sedia maklum, solat ada tertib Nabi, jika tak ikut tertib Nabi dalam bersolat maka solat menjadi tidak sah walaupun sujud seratus kali sampai koyak sejadah atau lebab dahi macam lutut kambing!, (rujuk rukun 13)

Puasapun ada tertib Nabi, tak akan sah puasa jika tak ikut tertib Nabi, and go on, so, begitu juga dakwah, ada tertib yang ditunjukan oleh Nabi kita,

Tapi kita dalam bab ibadat lain memang pandai ikut tertib Nabi, tapi dalam bab dakwah kita guna tertib nafsu sendiri, itu yang jadi masalah..

Maka wujudlah orang yang mampu berdakwah dengan share dan tulis macam macam ilmu so call islamik, tapi bila azan berkumandang, nak solat awal waktupun rasa malas.. hampeh!

Kekeliruan ini terjadi kerana berdakwah tak ikut tertib Nabi…

(Aku tak kata salah korang nak berdakwah guna internet, tapi yang salah jika tinggal tertib dakwah yang asal dan guna internet semata-mata.., lainlah korang lumpuh atau kurang upaya, ni sihat jer aku tengok, susah jugak tu. Adohai..)

Sebab tu aku (ehem, ehem) walaupun ada follower di blog ribu ribu, follower di FB cecah puluh puluh ribu, ada lagu dakwah di youtube, ada dua buah buku ala ala islamik( Kamar Sutera dan PYHKDJ) , dan macam macam lagi produk.. tapi bila ustaz ajak berdakwah rumah ke rumah macam Nabi(ghast), aku paksa diri untuk ikut, bila ustaz suruh aku ceramah di masjid, aku tekan nafsu dan bagi ceramah(bayan), bila azan berkumandang, aku tinggal FB dan blog dan menuju ke masjid.(Macam lah baik sangat aku ni solat berjemaah dan dakwah rumah ke rumahpun nak tulis kat blog- pergi mampus pada diri aku! Hampeh sekali lagi!)

Jadi, fahamilah bahawa, dakwah juga sama macam ibadat lain, ada tertib dan sunnah masing masing, mana boleh semborono hentam kromo dan perasan sudah sempurna dalam berdakwah?. adohai..

Dakwah yang korang buat di internet ni adalah termasuk dakwah infradi, (tak salah pun) macam Nabi tolong bilal kisar gandum, itupun dakwah.., tapi korang tak boleh jadikan cara ‘tolong orang kisar gandum’ sebagai scope dakwah korang semata mata.., itu dah langgar tertib, sebab tu ada waktu nabi berdakwah jumpa orang dari rumah ke rumah, ada waktu Nabi bagi ceramah, ada waktu Nabi berhijrah, ada waktu Nabi suap makan pada orang yang kutuk dia, semua itu ada tertib tertib yang korang kena faham betul betul, bukan asal share sahaja dah mengaku pendakwah agung..

Sedarlah kita bahawa, orang yang berdakwah tak ikut tertib, sekali tengok,  nampak macam bagus dengan semangat mereka yang membara tapi kesannya tak sama,

Mereka di ibaratkan seperti orang yang lemas di bandingkan dengan orang yang berenang, yang mana orang lemas pun menggerakkan tangan dan kaki, orang berenangpun menggerakkan tangan dan kaki, malahan orang lemas, pergerakan tangan dan kaki mereka dalam air lebih cepat dan kuat dari pergerakan tangan dan kaki orang yang berenang, tapi beza besar adalah, mereka mati lemas, manakala mereka yang menggerakkan tangan dan kaki mengikut TERTIB, tak tenggelam dan mampu selamatkan orang lain pula yang berada dekat dengan mereka.

Jadi berdakwahpun ada tertib Nabi bang, tak boleh nak berdakwah guna nafsu sendiri, Berdakwahlah dengan mujahadah seperti yang diceritakan dalam Al quran akan perihal Nabi dan Rasul berdakwah.., ker guaner? Napok! (pinjam trademark UAI)

So nasihat aku kat brother yang bertanya, jika dah penat berdakwah melalui internet, eloklah tu, cuba kau ikut macam brother Shiro dalam Ustaz mu tunggu aku datang, belajar berdakwah cara Nabi dulu, dan lepas tu cuba balik tulis blog, lain perasaan dan jazbah yang datang.., insyaAllah..

Akhir kata, jangan perasan diri kuat berdakwah jika tak ikut tertib Nabi, sebab korang ibarat orang lemas, kuat melibas tangan dan kaki, tapi makin tenggelam.., adohai..

Sampai sini sahaja abang keretemayat membebel, sebab hujan makin lebat kat luar sana, dan paras air semakin naik mencecah buku lali, abang nak alih keretamayat takut terendam dalam banjir.

Alamak, kat luar air dah makin dalam?, Alhamdulillah, abang tahu tertib berenang…, insyaAllah

Sekian..

Ps: Aku mungkin pandai ‘berenang’, tapi nak selamatkan orang lemas, mungkin aku tak mampu, Nampak sangat aku kena belajar tertib ‘berenang’ dengan lebih gigih dengan cara keluar jauh jauh dan lama lama, Insya-Allah.. pesan pada diri sendiri.

Ps2: Menulislah dengan niat sebagai nota agama untuk dirujuk DIRI SENDIRI, jika kita salah tulis, ada orang datang tegur, mereka akan dapat pahala, dan jika betul apa yang ditulis kita, orang lain pun mendapat manfaat, kita pula dapat pahala.

Ps3: Janganlah korang berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia kerana syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, berdakwahlah dengan hikmah dan lemah lembut, sehingga ugama tersebar atau kami terkorban! Chewah..

Ps4: Jika berdakwah di internet, tak payah nak kecoh sangat bang, ini agak deep, sila take note. adohai.

Dec 5, 2013

Bagaimana ucapan kepada orang kafir yang mati?

(Tanya sama abang keretamayat )

Soalan pembaca:

"Salam abang Hamka Keretamayat, kalau kita terima berita kawan meninggal, yang beragama islam, kita ucap: 

"Innalillahiwainnailaihirojiun"

Bermaksud:

"Sesungguhnya kita semua milik Allah dan kita semua akan pulang kepadaNya", 

Tapi jika kita terima berita kematian kawan kita yang bukan islam, nak ucap apa erk?"

Mohon pencerahan. :)

Semua orang akan menjadi mayat


Hamka said:

Salam. Jika terima berita kawan yang bukan islam sudah meninggal dunia, kita ucapkanlah:

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku kerana tidak sempat dakwah dia kepada islam"


..
..
..
..


Ps: kepada orang islam di California, yang berkawan dengan Paul Walker, sila take note, ini agak deep. Isk.

Dec 3, 2013

Permata yang Hilang Kini dah habis?

(Semua orang akan jadi mayat, semua buku akan jadi.., err)
Buku Permata yang Hilang Kini Dijumpai, sudah habis stok, aku akan pulangkan duit korang yang dah bank in, atau tukar kepada buku Kamar sutera(masih banyak stok), sila maklum no akaun korang dan bukti pembayaran untuk tebus duit, atau type:"tukar" dan hantar kepada email keretamayat at gmail dot com.

Terima kasih kerana bersabar dihalaman keretamayat.

Ps: Siapa yang baca blog aku dan terlibat dengan bisnes cetak buku, (pemilik kilang cetak terutamanya) boleh emai kat aku sebut harga, bolehlah nama syarikat korang terpamer dalam buku PYH versi 2014. Insya-Allah tahun depan akan ada stock baru, cover mungkin color hijau lah pulak, Woha!

Nov 27, 2013

Kisah Laki Bini: Sandiwara Tidur?

(Korang ada masalah tak boleh tidur, tapi bini dah tidur siap bendengkur? Gunakan ‘mantera’ ini.., he he he)



Sandiwara tidur
(Lagu asal: Sandiwara Cinta)

Aku tahu engkau masih tak tidur
Aku tahu engkau pura pura tidur
Mau berdengkurpun agak agaklah
Air liur basi pun tak lagi menetes

Dengkuranmu seringkali ku dengar
Dengkuranmu sudah lama ku hafal
Kau denganku seakan ku tak tahu
Sandiwara tidor yang telah kau lakukan kepadaku

C/o
Bangunlah sayang aku tak mengantuk
Biar berjaga buat apa saja
Jika nanti aku yang harus mandi
Ku terima walau sejuk pagi

Mungkin ini bantal yang engkau mau
Mungkin ini tilam yang kau inginkan
Kau denganku seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, berdengkur apa, aku tahu.. woha!

Ps: Ulang korus sehingga bini korang mengamok- Adohai!

Nov 10, 2013

Bagaimana mengelak anak mengganggu aksi di ranjang?

(Drama terbaik pernah kami tonton, The Walking Dead... tapi cerita di bawah tak de kena mengenapun, adohai..)

“Situ sedap...”

“Bawah sikit...”

“Sikit lagi....”

“Ok! Situ sedap, Ahhhhh, sedapnya”

Gedegang! Pintu bilik tidur kami laki bini tiba tiba terbuka akibat di tendang dengan kuat oleh anak lalu berkata:

“Ayah dan bonda buat apa kunci pintu ni?”

Dalam keadaan bini atas badan aku yang mana aku berkududukan meniarap atas katil sedang jari bini menggaru di belakang badan aku yang gatal nak garu tapi tak sampai lalu suruh bini tolong garu, maka tak adalah adegan yang 18 sx berlaku di hadapan mata anak. Alhamdulillah.

Bilik tidur mak dan ayah kita ni sebenarnya aurat, anak anak jika nak masuk kena bagi salam dan mintak izin, tapi anak aku ni kecik lagi, baru 5 tahun, pantang kami kunci pintu, terus dia mengamuk tendang pintu, adohai..

“Dah lah tu Bonda garu belakang ayah, tolong garu belakang adik K pulak”

Arah anak aku dengan selamba yang buat kami saling tersenyum.

***
Anak-anak yang kecik ini, kami ajar tidur di balik masing masing, tapi kadang kadang mereka mahu tidur dengan kami laki bini. Tak elok sebanarnya anak anak tidur sekali bersama laki bini terutama ‘malam jumaat’ atau malam ‘bulan mengambang’.

Sekali sekala tak kisah, tapi jika tiap tiap malam, terpaksalah kami menolak dengan alasan yang munasabah.

Antara alasan paling menjadi membatalkan hasrat mereka untuk tidur sekali adalah:

“Ayah takut ayah mengigau menjadi zombie dan gigit korang”

Woha!


***
Bercerita kisah anak tidur bersama laki bini, @Zueriyah El Haleem seorang guru pernah berkongsi di FB keretamayat, katanya:

“Kita kena hati-hati bila anak ada tumpang tidur dengan kita..., kita mungkin sangka si anak dah tidur, padahal mereka buat buat tidur, pernah student saya cakap:

"cikgu.., ayah saya rogol mak saya malam tadi"

Woha!

(pesan keretamayat, Amalkan tip mengigau jadi zombie, he he)

***
“Kenapa Bonda kunci pintu waktu tidur dengan ayah?”

Tanya anak perempuan yang sedang mendukung beruang peluk,  Jawab bini aku:

“Bonda takut ayah kamu mengigau jadi zombie dan berjalan keluar”

“oooooo”

Muncung mulut si anak sambil teruskan bermain.

Ps: Sila kagum dari jauh!


***

Dum Dum Dum!

“bukak pintu!!”

Dum Dum Dum!

“bukak pintu, kenapa kunci pintu ni ayah?!”

Dum Dum Dum!
Dum Dum Dum!
Dum Dum Dum!Dum Dum Dum!
Dum Dum Dum!Dum Dum Dum!
Dum Dum Dum!Dum Dum Dum!
Dum Dum Dum!Dum Dum Dum!
Dum Dum Dum!Dum Dum Dum!

Dum Dum Dum!

“Apahal jiran sebelah ni? Anak dah mengamok masih buat tak tahu, ntah apalah mak bapak budak tu buat dalam bilik lama sangat sampai anak dah mengamuk tumbuk pintu macam tu sekali,.., errr agaknya, begitulah fikir jiran sebelah rumah kita ni kan?

Bisik aku pada bini dari dalam bilik yang berkunci. Adohai…

***
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak."

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

(Surah An-Nur: 58-59)

*******

“Kenapa Bonda kunci pintu waktu tidur dengan ayah?”

“Bonda takut ayah kamu mengigau jadi zombie dan berjalan keluar”

“Habis tu... Bonda tak takut ke Ayah bertukar jadi zombie malam-malam masa tido?”

“Bonda pun jadi zombie jugak, zombie dengan zombie tak gaduh,”

Woha!

Sekian, ada ada jer kisah laki bini, jika nak baca tip tip untuk kisah laki bini dengan lebih lanjut, klik sini, dan sini, he he.

Oct 30, 2013

Berdakwah kena ada ilmu dan tauliah?

(Satu hari di bumi Malaysia: Al kisah orang yang tak de ilmu dan tauliah… adohai)

Satu hari ada surau baru siap di sebuah kawasan perumahan, ketika belum ada AJK dan Pengurusi yang dilantik, surau itu hanya menjadi tempat beberapa penduduk datang untuk bersolat sahaja.

Lalu aku dan beberapa rakan cuba nak hidupkan surau tu, (ehem! Ehem!) nak buat ceramah agama yang bertajuk “fikir atas iman, ilmu dan amal” tapi pesan guru kami, nak buat ceramah, kena pergi jemput orang kampong terlebih dahulu, jika tidak nanti, ianya menjadi tidak adil apabila kamu sibuk membuat hubungan dengan Allah di rumah Allah, tapi melupakan hubungan dengan masyarakat luar.

Bayangkan jika Nabi hanya buat ceramah di rumah Arqam tanpa pergi jemput orang islam lain datang dengar ceramah beliau?, bukankah tak patut jika beramal nak masuk shurga sorang sorang? Kerana itulah Nabi pergi ketuk pintu rumah ke rumah ajak orang masuk islam dan ajak orang islam pergi belajar agama di rumah arqam (ketika di Mekah) atau ajak orang ke masjid Nabawi (ketika di Madinah)

Jadi, kami dengan niat nak hidupkan sunnah Nabi, telah pergi rumah ke rumah, ajak orang kampong datang masjid dengar ceramah kami.

Of course kami boleh guna FB atau SMS ajak orang kampong datang masjid, tapi benda penting ni elok kita jumpa secara bersemuka, contoh macam nak pinang anak orang, boleh sajer guna mesej FM, Whassap, SMS atau telefon, tapi siaplah korang kena maki dengan mak bapak si perempuan kelak kerana tak beradab, maka, menyeru manusia kepada Allah adalah jauh lebih tinggi darjatnya dari menjemput orang datang kenduri, maka kerana itu kami pilih berdakwah cara nabi dalam Al quran, jumpa manusia dari rumah ke rumah. Lebih beradab dan lebih mirip kepada Sunnah.

Alhamdulillah, lepas maghrib, ada beberapa muka baru datang dengar ceramah kami, dihujung ceramah, kami ajak pulak orang yang datang tu buat macam kami jugak, iaitu kamu kena ajak orang lain pulak datang minggu depan, macam MLM gitu..

Tapi bila berdakwah rumah ke rumah ni banyak mujahadah, ada yang caci kami, ada yang lari, ada yang halau dan ramai jugak yang suka, dalam susah tu, belum sampailah tahap kena pukul macam nabi Muhammad SAW, tak ada orang kampong yang baling batu sampai berdarah badan Nabi macam penduduk taif buat. Allah tahu iman kami yang lemah, maka ujian pun kecik kecik sahaja…

Jadi kami okey sahaja, kadang kadang ada yang setuju untuk datang surau tapi tak datangpun, ada yang macam suka tapi masih solat di rumah, ada yang buat bodoh macam cakap dengan tunggul kayu, sabar jelah, dan pernah kami ceramah di surau tanpa muka baru,

Nampak macam tak ada hasil, tapi kami teringat dalam quran kisah nabi Nuh berdakwah, sepuluh tahun jumpa kaum dia, baru dapat satu orang, seratus tahun, baru dapat 10 orang, dan dekat seribu tahun, baru dapat 83 orang, jadi kami ikut pesan Nabi, berdakwah tu kerja kita, tapi yang bagi hidayat tu kerja Allah, Nabi Muhammad SAW berdakwah di Mekah, 13 tahun baru beberapa ratus pengikut, apalah sangat kami yang berdakwah tak sampai satu jam sebelum magrib ini.., adohai.

Lagipun kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan. Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, tapi Firaun tetap mati dalam keadaan kapir, manakala Nabi Musa tetap tergolong orang yang Berjaya, dan memang hidayat ini milik Allah, akhirnya Ahli sihir firaun yang dapat hidayat, semua kerja Allah.., apa lagi nak di kata?

Dalam kami belajar belajar hidupkan sunnah nabi berdakwah dari pintu ke pintu, orang kampong mula melebel kami sebagai “Kumpulah Tabligh”. Hairan sungguh kami dengan sikap orang yang melebel ini sebab cuba tuan tuan bayangkan, jika orang islam sudah ramai yang tidak solat tahajjud, lalu tiba tiba muncul orang islam bangun solat tahajjud, tak kanlah kita nak lebelkan mereka “kumpulan Tahajjud”? woha!

Begitulah ummat hari ni, apabila ramai orang islam yang dah tinggalkan tabligh cara Nabi, dan bila ada yang belajar-belajar buat, di tuduh: “kumpulan Tabligh” dengan air muka menggambarkan unsur sesat pada usaha itu, sedangkan:Tabligh, Amanah, Siddik, Fatonah ni sifat Nabi tuan tuan, sama jugak kaki ponteng solat Jemaah, bila Nampak orang ulang alik solat Jemaah: di lebel sebagai “geng masjid” “kumpulan riak” dan sebagainya, Adohai..

Balik pada kisah kami di surau, Alhamdulillah, lama kelamaan, penduduk semakin bertambah, surau jugak semakin bertambah ahli Jemaah, maka lantikan pengerusi baru dan AJK baru dibuat, lalu segala program masjid diatur jadual kuliah oleh pengurusi baru dengan menjemput ustaz ustaz terkenal dengan membayar ‘saguhati’ kepada penceramah guna dana dari sumbangan derma orang ramai.

Surau itu kini mempunyai jadual yang penuh dengan ustaz mengajar dan pengurusi baru mengosongkan satu malam untuk kami membuat majlis “fikir atas iman dan amal”, pernah pengerusi surau mencadangkan agar kami dibayar RM50 setiap kali ceramah seperti ustaz lain tapi kami menolak dengan ikhlas sebab kami semua usahawan, sudah ada pendapatan sendiri, jadi dalam bab agama biar kami ambik upah di akhirat sahaja. Amin..

Maka aman damailah penduduk kampong itu dengan majlis dakwah sekali seminggu yang bergerak dari rumah ke rumah, dan majlis ceramah agama dari pelbagai ustaz setiap malam antara magrib dan isyak. Setiap pagi juga, di surau itu hidup dengan bacaan hadis Nabi tentang kelebihan amal.

Namun ujian akan selalu datang, sampai masa jawatan pengerusi dan AJK baru bertukar, pengurusi kali ini pula seorang ustaz, lalu mengeluarkan undang undang baru, hanya ustaz sahaja boleh berceramah. Orang yang bukan ustaz tak boleh berceramah kerana takut sesat. Maka program kami telah dibuang, dan diganti dengan ustaz yang lebih banyak ilmu dari kami. Majlis bacaan hadis 10 minit setiap pagi jugak diganti dengan ustaz yang mengajar kitab “penawar bagi hati” juga 10 minit..

“Saudara, nak berdakwah ni kena ada ilmu, nanti orang boleh jadi sesat jika tak ada ilmu dan tauliah”. Kata pengerusi surau.

Tapi kami tak kisah, memang maksud asal usaha kita adalah untuk majukan masjid surau, dah ada ramai ustaz yang layak, biarlah mereka yang menjadi pembimbing kepada masayarat yang datang ke masjid.

Cuma…

Alangkah baiknya, jika ustaz-ustaz juga turut ‘berebut’ membuat dakwah yang kami buat dari pintu ke pintu, sebab kamipun bukan ustaz, kamipun tak de ilmu dan tauliah dalam menghidupkan amalan sunnah Nabi ini, kan bagus jika ustaz ramai ramai bergilir juga berdakwah dari pintu ke pintu? Orang kampong pun suka sebab yang datang ketuk pintu rumah mereka macam Nabi selalu buat tu adalah ustaz dan ulamak.

Lalu ceramah tiap tiap malam, dan dakwah rumah ke rumah tiap tiap hari oleh ustaz bergilir gilir, akan mewujudkan suasana agama mirip di zaman nabi Muhammad SAW. Dalam satu hadis, apabila di sebuah daerah, penduduknya solat berjemaah, bangun malam dan ziarah satu sama lain atas maksud agama, maka kampong itu akan dihindari bala, dan di percepatkan Rahmat.

Mungkin kerana mengabaikan sunnah inilah, maka ramai ummat islam di seluruh dunia, ditimpa musibah demi musibah.. oh!

Ahir kata: “Ustaz, bukankah ustaz cakap nak berdakwah ni kena ada ilmu, nanti orang boleh jadi sesat jika tak ada ilmu dan tauliah”. Maka tolonglah Ustaz, ‘cegah’lah kami yang berdakwah dari pintu ke pintu kerana kami bukan ustaz… ‘hanya’ ustaz yang layak buat kerja ni! nanti ramai orang kampong yang sesat, siapa yang salah? Jadi.., selain berceramah di masjid untuk orang yang dah minat agama, apa kata ustaz ganti (atau bergilir) tempat kami berdakwah pada orang yang tak minat agama, baru boleh rasa apa yang Nabi rasa, kerana sesungguhnya, ustaz dan ulamak adalah pewaris Nabi. Nikmat mana lagi yang kamu dustakan?

Tutup entry dengan tasbih kafarah.

Ps: Untuk mengajar bab hukum hakam dan masail, perlu kepada ilmu dan tauliah, bimbang nanti ajaran sesat tersebar. tapi untuk bercakap tentang iman dan amal serta fadhail, siapa siapapun boleh, walaupun satu ayat. Wallahu'lam

Ps2: Kisah benar ini berlaku di satu daerah Terengganu 10 tahun yang lalu, waktu aku baru nak kahwin. Nama surau dirahsiakan. Sekarang tempat dengar khabar tu dah berubah, ada dengar cerita tempat tu sekarang hidup 24 jam, dengan kesungguhan ustaz dan orang awam bergilir gilir hidupkan masjid dengan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, Alhamdulillah.