Feb 24, 2011

Salam atau a’kum, solat atau sembahyang?

(Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda , tiada gambar secantik lukisan untuk ku tunjuk perasaan, tapi ada jugak beberapa patah perkataan untuk ku luahkan perasaan kepada korang yang aku kesian-woha.)

Ketika Mesir di landa hura hara tempoh hari, aku sempat berbalas email dengan awek awek yang membaca blog keretamayat di sempadan Universiti Azhar, sajer nak tahu perkembangan semasa berdasarkan pengalaman secara live, dan Alhamdulillah, semua pelajar dan rakyat Malaysia, selamat pulang ke tanah air naik kapal terbang secara percuma, jika ada yang tak selamat, terpaksalah aku jemput mereka naik keretamayat…

Dalam sibuk berborak isu semasa yang berat serta serius dengan pelajar Mesir yang bakal menjadi ustazah, tiba tiba aku telah ditegur akan isu yang remeh temeh..

“Cik Hamka, jangan guna lafaz a’kum, perkataan 'akum' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'. Dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jangan terperangkap dalam konspirasi yahudi untuk hina ugama kita.

We, we, we.., wait a minute, kejap!, ni sape punya email forward bodoh mana yang korang dah percaya ni? Aku type guna salam, bukan akum. Hujah aku kebengangan..

“Salam pun tak boleh, salam bermaksud: selamat tinggal, kena type penuh, bla bla bla..”

Kejap dik, kejap.., ni yang aku hangin satu badan ni, sedang shok kita bincang isu jihad, kerajaan islam, cukai jizyah, harta ghanimah dan hamba tawanan perempuan, tiba tiba korang mencelah dengan topic bodoh sebegini?!

Apa niat korang bangkit isu remeh temeh sebegini? Nak tunjuk pandai?, rasa diri lebih afdal dari orang lain.., rasa orang lain hina sebab tak jadi macam korang?

Oi, bakal ustazah, dalam dunia penulisan, orang tulis short word bukan maksud nak hina ugama, mereka malas nak tulis panjang sebab nak cepat dan jimat ruang, atau memang pemalas, langsung tak salah, kalau salahpun, bab menyusahkan orang tua yang tak paham singkatan ayat, aku gelar orang yang tulis singkat sehingga menyusahkan orang nak membaca sebagai “perasan unik”.., tak de kena mengena dengan menghina ugama..

Bab AKUM yang sama makna 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT', aku peduli apa?

Aku ulangi, Aku peduli apa!, Bahasa Ibrani? Ada aku kesah? Habis tu kau tak tahu ke maksud “email forward” dalam bahasa Yunani hulu Kuala Berang, : maksudnya, orang yang percaya pada semua email forward adalah bodoh dan senang di perbodohkan!

“Ooo., jadi cik Hamka mengaku pemalas, ya, saya tengok cik Hamka selalu kutuk orang yang tulis short word, tapi cik Hamka sendiri tulis short word untuk selawat atas Nabi, S.A.W, puji sahabat, R.A, puji Allah, SWT, jangan jadi pemalas cik hamka, saya tengok ramai blogger lain bila selawat tulis penuh, Sallalallahualaiwasalam, bila tulis nama sahabat, Radiallahuanhu, tentu mereka lebih baik dari cik Hamka.”

Aku pemalas? , ya, aku mengaku, aku memang pemalas, sebab tu aku letak disclaimer kat tepi blog ni,baca:

Copy/paste

(((Short Word. -Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain.)))

Baik, untuk pengetahuan korang yang perasan pandai, dunia penulisan dengan dunia nyata adalah berbeza, nak komen tulisan orang kena faham adab menulis dulu, cuba korang baca berita, jika orang tu pangkat datuk, berapa kali wartawan akan ulang nama datok, setiap baris? Tak de maknanya, cukup barisan pertama, buat rugi ruang surat khabr jer jika nak tulis nama penuh dalam setiap ayat, cuba check nama Sultan yang panjang, berapa kali wartawan dalam dunia penulisan akan ulang nama panjang tu dalam karangan, sekali jer, iiatu pada ayat yang pertama, cuba check, wartawan tu pemalas atau korang yang tak paham adab menulis?

Dalam dunia nyata, aku jumpa orang aku cakap, Assalamulakum, aku tak cakap, akum, atau salam, tapi dalam tulisan aku memang tulis salam, 99 peratus pembaca faham, hanya 1% orang slow tapi berlagak alim macam kau jer yang memang tak paham, begitu jugak selawat atas Nabi, dalam dunia nyata, aku selawatlah penuh, bukan, ESS, AAA, DAWIYU (SAW).., alahai bodohnya layan kau aku rasa..

“Tapi ustaz saya cakap, bahasa tak boleh main-main, S.A.W boleh membawa maksud lain, A.S, juga ada maksud lain, sebagai contoh, sembahyang dan solat, kita selalu keliru, pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Jadi kita patut guna bahasa arab, iaitu solat, barulah akidah kita selamat, jadi, Saudara Hamka patut sebarkan perkara ini agar orang islam guna perkataan solat, selamatkan akidah mereka, jangan guna lagi perkataan sembah-yang.”

Apa kejadah pulak aku nak kena kaji asal usul semua bahasa, dan selamatkan akidah? Dulu masa aku kecik, bila dengar ustaz cerita kisah Nabi Nuh, A.S (nota untuk orang slow: baca: Alahisallam, bukan Amerika Syarikat) dan bila ustaz guna ayat BURITAN kapal, aku sebagai anak jati terengganung rasa terganggu, sebab dalam loghat terengganu, BURIT bermaksud pantat, atau KEMALUAN PEREMPUAN.., lepas tu ustaz tu cerita pulak kisah KOPEK buah, sudah.., KOPEK dalam bahasa terengganu bermaksud BUAH DADA, tapi aku hormat bahasa Malaysia, tak perlu aku suruh ustaz tu tukar ayat lain, sebab ustaz tu bermaksud KOPEK sebagai KUPAS.., aku paham, habis cerita

So, bila kau solat, kau sebut sembahyang, itu bahasa MELAYU, Allah MAHA Mengetahui apa yang ada dalam hati kau, bahawa kau nak sembah ALLAH, bukan sembah “yang”. Allah paham semua bahasa termasuk bahasa melayu, Allah Maha bijak, kau tu yang bodoh.., benda remeh macam ni pun nak highlight, nasib baik 99% tak percaya termasuk aku dan hanya 1% termakan dakyah email forward termasuk kau yang sanggup percaya benda hampeh sebegini, buang masa betul..

Lepas ni jika ada orang dalam IC nama MOHD, tak payah suruh mereka pergi tukar IC nama penuh MUHAMMAD kerana, mengikut email forward yang korang baca dan terus percaya, MOHD dalam bahasa asal Uganda bermaksud The Dog With Big Mouth. Apa kecadadah?! Mana ada orang baca MOHD, dengan sebuh “mmooohd”, semua akan baca Muhammad, tak payah pening pening...

Ada jugak yang cakap kat aku, tak boleh sebut hello, sebab hello bermaksud “hell low” iaitu neraka rendah.. kalau kita mengucapkan hello pada kawan kita, bererti kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah.. ini adalah jarum sulit orang-orang kafir untuk menyesatkan umat islam.., (Aku gelak sambil menangis baca email ni)

Apa punya bodoh dan prajudis pemikiran korang akupun tak tahu, ni mesti banyak tengok video arrivals, siang malam sehingga habis 50 episod dan tengok lagi ulang-ulang sampai tak boleh nak bezakan mana satu dunia matrix dan mana satu dunia nyata..

Ada banyak lagilah benda merepek ni yang orang slow macam korang sanggup percaya seperti nama masjid tu asal dari nama jentik jentik, (“Mosque” berasal daripada “mosquito” ) ha ha ha!! Tak boleh guna agama, kena guna ugama.., kerana agama dalam bahasa ibunda Zimbbawe bermaksud.., dah dah dah..! Hampeh belaka!

Aku dah bosan, Sudahlah, nampaknya, keadaan di Mesir dah stabil, aku nak pergi layan peminat peminat perempuan yang baca blog keretamayat yang berada di Libya pulak, nak tahu apa cerita mereka, Harap mereka semua selamat, kalau tak, terpaksalah keretamayat tunggu jenazah mereka.. oh..

Sama sama kita doa keselamatan atas mereka

Sekian.

Ps: err, ada tak awek peminat blog keretamayat di Christchurch New Zealand yang di landa gempa bumi,? Harap korang pun selamat, amin...

Feb 16, 2011

Masih islam atau sudah beriman?

(Menyambut hari lahir Nabi dengan memakai baju raya, berarak beramai-ramai sambil berselawat, dah penat boleh makan, sebelum tu, dengar ceramah dulu)

Asalamulaikum pada para hadirin sekalian, yang di muliakan pengerusi surau, yang pakai baju melayu johor indigo tu, yang berbahagia, ketua kampong, amboi cantiknya songkok, dan yang di hormati, rakan masjid, AJK, JKKK, iman, bilal, tok siak, dan semua tuan tuan, puan puan , adik kakak, serta seluruh para hadirin sekalian.

Asalaaaaaaaaaamulaikum, warahmatullahiwabarakatuh.

(para hadirin menjawab salam secara bergemuruh)

Dah penat berarak, dah berpeluh ketiak baju melayu dan baju kurung masing masing, dan lengoh berkopiah-bersongkok, sehingga ada yang dah menolak kebelakang sehingga terdedah jambul.., orang perempuanpun make up dah ada yang pudar, gincupun dah tertenyeh ke pipi letika lap peluh.., suara pun dah serak, sebelum acara makan, kita dengar tazkirah sepatah dua kata dari saya yang dijemput khas, jauh dari kampong tuan tuan, karang jika bagi makan dulu, takde siapa yang nak dengar tazkirah.., jadi sila sabar sikit kerana terpaksa dengar ceramah dalam keadaan penat, saya pun lapar juagk..

(hadirin ketawa kelaparan)

Tuan tuan dan puan puan sekalian, apabila orang kapir hendak masuk islam, syarat pertama mereka kena buat adalah, mengucap dua kalimah syahadah., iaitu:

“Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH, dan aku naik saksi bahawa Nabi MUHAMMAD adalah PesuruhAllah.

Siapa yang mengucap dua kalimah ini, maka sudah islamlah dia..,

Baik, sekarang saya nak tanya.., adakah ‘orang islam’ dan ‘orang beriman’ itu berbeza? Atau sama?

Boleh jawab Pak Mat?

(Pak Mat selaku bilal, terkejut di tanya seolan begitu, lalu tersenyum kambing tanpa sepatah kata, yang buat hadirin ketawa)

Jawapannya, berbeza Pak Mat…, ‘orang islam’ dan ‘orang beriman’ itu berbeza…

Dalam Al quran, surah Al-Hujurat ayat 14 ada menceritakan kisah seorang arab badwi berkata kepada Nabi Muhammad SAW,

“Wahai, Muhammad, kami telah beriman,”

Maka Allah bagitahu, Katakanlah wahai Muhammad kepada orang badwi itu bahawa: janganlah berkata ‘Kami telah beriman’, katakanlah sahaja: ‘Kami telah Islam..’

Dari ayat ini, dapat kita fahami, bahawa bila seorang itu masuk islam, maka status islamnya adalah betul, tapi belum tentu status sama ada dia benar benar beriman, atau sekadar ‘islam..’

Jadi, sekarang cuba kita check, Pak Mat dan hadirin sekalian, andai kata Nabi Muhammad SAW masih ada, lalu kita ucap macam orang badwi tu cakap, agak agak, adakah nabi akan akui keimanan kita sebagai orang beriman, atau kita ni sekadar jatuh kepada status hanya seorang islam?

(berhenti sekejap, minum air mineral water, sambung balik)

Cuba fikir, agak-agaknyalah, apakah diri kita ini termasuk orang Islam dalam kategori orang-orang yang benar-benar beriman, atau kita sekadar termasuk dalam golongan yang hanya bergelar umat Islam... , islam pada nama, itu kita kena jawab dalam diri masing-masing..

Sebenarnya tuan tuan dan puan puan, balik pada kalimah syahadah tadi, perlu di fahami, bahawa kedua dua kalimah itu mewakili kepada kalimah IMAN untuk LA ILLA HA ILLALLAH, manakala, kalimah MUHAMMAD RASULLULLAH pula mewakili kalimah AMAL.

Jadi, di sebalik kalimah IMAN dan kalimah AMAL ini, sebenarnya terdapat TANDA yang menujukkan bahawa kita ni layak di iktiraf sebagai orang beriman, atau sekadar orang islam sahaja, mari kita check.

Mula mula, kita pergi kepada kalimah syahadah yang pertama, iaitu kalimah IMAN.

Dalam Al quran bagitahu,, orang beriman ini ada tanda tandanya. Rujuk surah Al Anfal ayat 2,

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka”

Dalam ayat ini, menggambarkan tanda orang beriman, yang apabila mendengar nama Allah, maka hatinya akan gementar..

Contoh, Pak Ali ketua kampong, yang pakai baju melayu sampai butang atas tu, Pak Ali, pisang! Pisang!

(Pak Ali terpinga pinga, mendengar namanya dan nama pisang di sebut oleh penceramah, tapi senyum bila mendengar hadirin ketawa)

Sekarang, Pak ali, Allah, Allah!..,

(Pak Ali masih terpinga pinga, lalu membuka songkok yang cantik, dan menggaru-garu kepala, ada hadirin yang ketawa)

Tengok, tuan tuan, hadirin sekalian, bila saya sebut nama pisang, tak ada rasa takut pada muka Pak Ali,.. pisang? Apa nak takut? Kemudian, apabila saya sebut nama Allah, pun muka Pak Ali tak berubah.., ini keimanan kita hari ni., dengar nama Allah tak takutpun, tak rasa apa-apa, naduzubillah..

Sahabat nabi, dengar azan berkumandang, muka dah pucat, terus tinggal kerja dunia dan menuju masjid, kita hari ini, dengan azan, dengar nama Allah di laungkan, buat muka bodoh jer sambil teruskan basuh kereta, atau tengok TV, memang bangang, dan bertambah bangang jika dah tahu bahawa hati tak takut pada Allah, tapi tak buat usaha untuk menambahkan ketakutkan pada Allah.., yang lebih bangang lagi, jika dengar nama Hantu puaka, takut menggigil, dengar nama Allah, macam dengar nama pisang jer.., langsung tak takut..

Puntianak!!, Mak Lampir, Niyang Rapik!! makan Pak Abu yang pakai baju indigo tu..

(Muka Pak Abu berubah ketakutan.., hadirin ketawa, dan penceramah minum air mineral jap)
Pak abu jangan kecik hati, tanda orang beriman, adalah tak mudah kecik hati..

Ok, kedua, tanda orang beriman, bila dibacakan ayat Allah, maka bertambah keimanan dia, baca makna al quran, atau dengar hadith Nabi, akan bertambah keghairahan untuk beramal kerana yakin dengan janji Allah dan ancaman Allah.., kita boleh check, kenapa jika dengar hadith Nabi, kita buat bodoh jerr, dengar bacaan Al quran, pun masih buat bodoh.. , kenapa?

Sebab kita masih belum beriman seperti orang yang beriman telah beriman.., kita masih pada tahap ‘islam’.., kena sedar benda ni, dan buat usaha.., Boleh Pak Abu?

(Pak Abu angguk angguk dengan muka cemas, dan hadirin ketawa lagi)

Amboi, Pak cik Kasim, pengurusi surau.., kuatnya ketawa.., check diri masing masing, dengar hadith nabi teruja ke, atau dengar menantu Pak De jual catalog MLM buat korang jadi teruja., Saya tengok, orang ‘islam’ ramai yang lebih teruja dengar ceramah MLM dari dengar hadith kitab fadahail.., datang cerita kelebihan system pyramid, dan kelebihan jadi jutawan lalu tunjuk gambar tersenyum di sisi kereta mewah, terus si bengong percaya dan habiskan duit simpanan masuk MLM tapi tak kaya kaya jugak, lepas tu masuk pulak MLM tu, MLM ni.., yakin sangat dengan janji dunia, senang senang kena tipu, sedangkan janji Allah, iaitu bila sedekah, Allah akan lipat ganda, jika bayar zakat, Allah akan lipat lagi kali ganda, tak buat pulak korang, berimankah kita?, atau hanya islam di bibir sahaja..

(suasana kelihatan tegang, dan hadirin kelihatan serius macam nak marah pada penceramah, maklumlah ramai sudah antara mereka yang tertipu dengan MLM, latans pencaramah berseloroh..)

Ini, bukan orang sini, ini tempat lain..

(hadirin ketawa bagai nak rak dengar ungkapan terakhir penceramah, kelakar sebab orang bengong yang di maksudkan penceramah tadi adalah orang kampong lain, kelakar ha ha ha)

Baik, kat mana tadi.., oh ye, , ada banyak lagi tanda orang beriman iaitu.., tapi saya malas nak ulas sebab tengok muka tuan tuan dan bosan dan lapar sebab penat berarak tadi.., maka..

(Para hadirin kelihatan bertambah teruja kerana ceramah dah nak habis)

Kita bincang akan kalimah kedua dalam kalimah syahadah, iaitu kalimah AMAL. Kalimah Muhammadurasulullah..

(muka hadirin kembali bosan)

Amal yang utama dalam islam, adalah amalan mengikut cara Nabi Muhammad SAW, siapa yang solat tak ikut cara Nabi, atau berkahwin tak ikut cara Nabi, atau sembelih ayam tak ikut cara Nabi, dan lain lain, maka amalan mereka di kira tak sah, haram dan boleh masuk neraka..

Orang yang taat perintah Allah, ikut cara Nabi, adalah tanda orang beriman, dan orang yang taat perintah Allah, tapi ikut nafsu, maka itu tanda mereka belum beriman seperti orang yang beriman telah beriman.., solat perintah Allah, tapi melengah-lengahkan sebab nafsu malas, boleh masuk neraka, itu yang solat, yang tak solat.., lagilah, malahan ada hadith mengatakan orang islam jika tak solat, dah boleh jadi tahap macam orang kapir, naduzibillah…

Maka, sempena Maulidul Rasul, satu Malaysia, satu Ummat, saya menyeru kepada diri saya dan tuan tuan agar kita kembali mengikut cara Nabi dalam semua segi, kerana dalam diri Rasullullah itu, mempunyai segala ikutan yang baik.

Hari ni, cuba kita check, bila kita tengok orang dapat amalkan sunnah Nabi, apa perasaan kita, cemburu atau sakit hati?

Jika cemburu atau dalam bahasa arabnya ‘ghibtah’.., maka itu adalah tanda dah ada asas keimanan..,

Ramai orang islam hari ni, rasa sakit hati bila tengok orang dapat amal sunnah Nabi, memang teruk!!

Bila tengok kawan kawan simpan janggut, rasa menyampah, tengok jiran pakai jubah, rasa semak mata, tengok abang ipar guna kayu segi, rasa abang ipar tu pengotor dan kuno, hidu bau kawan yang pakai minyak wangi, rasa macam bau tu busuk, jumpa peniaga yang bercelak mata, rasa tak selesa.. kenapa jadi macam tu?

Itulah tanda hakikat kalimah AMAL belum ada dalam diri..

Sebab diri tu kotor sehingga Sunnah nabi menjadi hina..

Tak mampu amal itu cerita lain, tapi dalam hati rasa benci semacam dengan orang yang cuba hidupkan Sunnah nabi, memang pelik..

Itu baru cerita bab Sunnah penampilan Nabi, belum lagi cerita bab amal Nabi, ramai jugak orang islam sendiri yang benci dengan amalan Nabi, contoh: tengok orang ulang alik ke masjid, korang anggap mereka riak, pendakwah datang rumah, rasa terganggu, tengok jemaah sedang berdakwah, rasa mereka sedang buang masa.., tengok ustaz tidur di masjid, tuduh mereka bergaduh dengan bini.. dan macam macam lagilah!

Katahuilah, perasan perasaan hampeh ini datang, kerana kita belum lagi beriman seperti orang yang beriman telah beriman, kita baru jadi orang islam, kita tak nak paham sunnah Nabi, tak nak belajar sunnah Nabi, dan rasa sakit hati kepada mereka yang amal sunnah Nabi, sehingga mereka yang ikhlas dalam poligami lalu berkahwin dengan janda tua, di tuduh gila seks mania! Apa ke jadah! Bengong!

Err.., Ini, bukan orang sini, ini tempat lain..

(hadirin yang rasa tegang, tiba tiba ketawa kembali)

Sahabat Nabi dalam bab mengikut sunnah mereka ikut 100%, Sirrah Nabi,,(Penampilan) Surrah Nabi,(perbuatan) dan Sarirrah Nabi.., (pemikiran)

Kita hari ni, usahkan nak belajar cara Nabi berfikir, belajar cara penampilan Nabipun dah malas..
Hindun, isteri Abu Sufian ketua Mekkah, pernah mengupah Wasyi yang mahir melembing, untuk membunuh Hamzah RA iaitu bapa saudara Nabi, dalam perang uhud, Hamzah kemudiannya, telah terbunuh ditangan Washi. Tak cukup itu Hindun telah datang dan melapah mayat Hamzah manjadi daging berkecai..

Nabi bila tengok mayat bapak saudaranya di lapah jadi daging hancur, rasa sangat marah, dan ingin melapah 70 mayat orang kapir, tapi Allah tidak benarkan dan Nabipun batalkan niat untuk seksa mayat orang kapir.

Bila tiba zaman pembukaan kota Mekkah, zaman kemenangan islam, iaitu 20 tahun lebih kurang, Washi telah masuk islam dan jumpa Nabi mengaku bahawa beliaulah yang bunuh bapa saudara Nabi, Hamzah RA, Nabi Muhammad SAW yang belum melupakan kejadian lalu telah menasihati Washi agar tidak bertentang mata dengan beliau, maka Washi sepanjang hayat Nabi, dan dalam majlis Nabi, selalulah beliau berada di bahagian belakang Nabi.

Apabila Nabi wafat, dan apabila para Tabieen (orang yang hidup di zaman sahabat) ingin belajar tentang Sunnah Nabi, mereka telah belajar dari pelbagai sehabat, dan yang special nya, untuk belajar rupa Nabi dari belakang, Washi lah orang yang paling tepat dalam meriwayatkan hadith tentang sunnah rupa Nabi dari pandangan belakang..

Jadi hari ni kita check diri masing masing, Usahkan Sunnah Nabi dari pandangan belakang, seperti bab ekor serban, lengkuk rambut dan lain lain, Sunnah Nabi pandangan depanpun masih ramai yang tak tahu, masuk tandas cara nabi, pun ramai tak tahu, makan cara Nabi, pun ramai tak tahu, tidur cara Nabi, pun ramai tak tahu.., bersetubuh cara Nabi, berak cara nabi, tahu ke Pak Ali?

(Pak ali yang tertidur kepenatan dan kelaparan terkejut dan hadirin ketawa kembali)

Kenapa tak tahu?

Kerana kita belum belum beriman seperti orang yang beriman telah beriman, kita islam hanya pada nama, mengaku cinta Rasullullah, tapi Sunnah Nabi, tiada dalam cita cita untuk di amalkan..

Di ulangi, kita islam hanya pada nama, mengaku cinta Rasullullah, tapi Sunnah Nabi, TIADA DALAM CITA CITA UNTUK DI AMALKAN..

Tahu apa warna serban kegemaran Nabi?, Pak Ali tahu tak? Apa, warna hitam? Betul.., pandainya Pak Ali

Tahu apa makanan kegemaran Nabi? Ye, pandai, buah Barli dan labu..

Tahu tak Nabi dalam kain sarung akan pakai seluar panjang, tak macam Pak cik Ajis yang pakai kain pelikat tak pakai spender, bila sujud, nampak telur buat budak budak ketawa..

Tahu tak Nabi pakai sarung arau seluar di atas buku lali, tak macam Imam Sudin, yang solat tak nampat kaki sebab tenggelam dalam labuhan kain pelikat, macam orang perempuan cover bulu kaki

Tahu tak Nabi suka tolong bini masak, sehingga bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih ditanggan baginda, Pakcik Ramli, ada tolong bini masak?

Tahu tak nabi akan menzirahi musuhnya yang sakit, masak makanan dan suap kat mulut musuh mereka sehingga musuh menjadi kawan, Pak cik Ali dan Pakcik Abu, dah berbaik ke kes renovate rumah hari tu?

Tahu tak nabi nak bakar rumah orang yang dengar azan, tapi sengaja solat di rumah,.., Pak kasim yang kerja sebagai pegawai bomba, mungkin boleh masukkan punca kebakaran adalah kerana penduduk malas pergi masjid, (woha!)

Tahu tak Nabi selalu beriktikaf di masjid, walaupun ramai bini.., kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk..

Tahu tak nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki..

Tahu tak Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedang kita banyak ketawa dengar ceramah kelakar!

Tahu tak jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah.., hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi..

Tahu tak.., tahu tak.. tahu tak… bla bla bla..

***

Di pendekkan cerita, akhirnya ceramah sempena Maulidul rasul itu habis jua, orang ramai mulai makan makan, berborak, buat lawak, minum air, dan masing masing balik rumah, tahun depan, pada hari lahir Nabi, mereka akan datang lagi mengulangi aktiviti hari ini…,

Sampai rumah, bini tanya, makan apa kat surau, jawapan tepat, tapi bila di tanya apa isi ceramah.., err, tak ingat, banyak sangat point, tapi ceramah ustaz tu sungguh kelakar..

Kesimpulannya: Jika korang tak ingat apa apa dalam ceramah, melainkan kelakar, baik periksa diri masing masing, adakah aku telah benar benar beriman sebagaimana orang yang beriman telah benar benar beriman....

Selamat menyambut Maulidul Rassul.

Hamka, keretamayat.

Feb 9, 2011

Syirik, dosa tak terampun?

(Adakah ini siaran langsung seorang aku berleter di depan Laptop yang berperisa kari)

Aku meramas Mee Segera yang masih berbungkus, lepas tu koyakkan tepi plastiknya, dan tuang serpihan serpihan mee itu ke dalam mangkuk.., dari bucu plastik berwarna alamunium yang bergerigi, aku koyakkan penutup serbuk perasa, lalu taburkan ia ke dalam mangkuk..

Air panas yang baru mengalami kejatuhan suhu sekitar 95 darjah Celsius, telah aku tuangkan perlahan lahan ke dalam mangkuk lalu berkepul kepullah asap berkojolah di ruang atmophera bumi pada tekanan 14.3 psi, lantas air panas yang bewarna jernih itu mula berubah warnanya menjadi kemerah-merahan akibat tindak balas kemia yang bertindak untuk bersebati dengan perencah kari yang berselerakkkan dalam ruang mangkuk yang kepanasan.

Timbul bau yang membuat aku bertambah selera untuk mengketedarah, apatah lagi melihat cebisan cebisan Mee segara yang terputus putus menari nari dipermukaan mangkuk berasap itu, menambahkan nafsu serakah menketedarahku yang sedia ada.

Namun, oleh kerena Mee segera masih panas, apa kata aku jawab beberapa soalan dari email..

*******

Email 1:

Salam Abang Keretamayat,

Saya telah melakukan dosa yang paling besar, iaitu syirik, yang mana saya pernah percaya bahawa ugama kristian itu benar, juga pernah percaya Allah tidak wujud, dan pernah murtad (tanpa pengetahuan keluarga), namun sekarang saya sudah sedar bahawa saya menjadi camtu kerana terikut dengan kawan kawan bukan islam, dan kini ingin bertaubat. Tapi saya menjadi sangat takut kerana ada seorang kawan memberitahu, Allah boleh ampunkan semua dosa kecuali syirik, apa yang saya perlu buat sekarang? Dan benarkah ada ayat Al quran yang bertulis demikian?

Lina.

Email 2:

Assalamualaikum

Terima kasih tulis blog keretamayat yang sungguh banyak menyedarkan saya, saudara, saya ingin bertanya satu soalan yang sungguh menggelisahkan saya, saya pernah terjebak dalam unsur-unsur syirik seperti berjumpa bomoh yang menggunakan ilmu hitam lalu tanam kain kuning depan rumah orang atas niat jahat. Sebelum ini, saya sangka syirik tu adalah menyembah tuhan selain Allah seperti menyembah patung. Sekarang baru saya tahu, apa yang saya buat tu adalah termasuk dosa syirik, Adakah saya masih berpeluang diampun dosa syirik oleh Allah kerana terdapat ayat yang mengatakan Allah boleh ampunkan semua dosa kecuali syirik? Tolong sangat saudara jelaskan perkara yang sungguh buat saya susah hati.

Salam, Megat.

Email tiga.

Apa pendapat saudara jika saya katakan tuhan tidak adil, kerana tuhan boleh ampunkan semua dosa kecuali dosa syirik, saya mengaku selalu syirik dengan tuhan, maka apa gunanya saya buat baik lagi jika taubat saya sudah tidak diterima, apa pendapat saudara.

Miyabi

********

Jawapan.

Banyak soalan orang aku tangguh sampai bertahun tahun, tapi soalan kamu ini, aku kena jawab terus (dalam email masing masing) walaupun lapar gila babi beb sebab aku perasan rajin.

Buat Lina(bukan nama sebenar), Aku rasa kawan kau tu mungkin jahil ugama jika bermaksud, ‘orang yang pernah sembah tuhan lain tak diampun oleh Allah kerana Allah ampun semua dosa kecuali syirik’.., atau mungkin kawan kau tak berniat macam tu, beliau cakap macam tu, sebab kau tak cerita kisah sebenar, dia tak tahu kau dah murtad secara senyap senyap dan masuk islam balik.., jika tak tentu lain penerangan dia..

Buat megat(bukan nama sebenar), jika boleh, pergilah gali balik benda yang kau tanam tu..

Dan buat Miyabi (bukan nama sebenar), harap kau masih hidup ketika baca blog aku ini.

Ok, jawapan secara umum,

Benda ni memang ada dalam Al quran,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisaa : ayat 48)."

Tapi..,

Ayat di atas dituju kepada orang yang dah jadi MAYAT sahaja! yang dah mati, yang dah mampus! yang dah masuk dalam kubur, yang dah masuk dalam neraka..

Mereka yang jadi mayat dalam keadaan syirik, confirm masuk neraka, dalam neraka, bertaubat dengan menangis air mata darahpun, Allah dah tak ampun...

Maka, jika korang banyak dosa, tapi tak syirik, bila mati masuk neraka, Allah masih boleh ampunkan korang setelah di azab (bagi siapa yang dikehendaki-Nya)

Tapi, jika korang syirik, bila mati masuk neraka, Allah tak akan ampunkan korang walaupun setelah di azab...

Allah bagi tahu, mereka yang syirik, kekal dalam neraka buat selama lamanya di guling guling di atas bara api siang dan malam..

Mereka yang tak syirik, lepas kena azab, masuk shurga, yang syirik(kapir) maka abadan abadalah mereka di neraka..

Kesimpulannya, siapapun korang kat dunia ni, murtad ke, hina ugama ke, hina Sunnah ke, bila bertaubat, maka Allah akan ampunkan dosa dengan syarat taubat sungguh-sungguh.., dan taubat itu di buat sebelum naik keretamayat.., walaupun dosa syirik..

Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat.., faham?

Cuba fikir sikit, Nabi berdakwah pada orang kapir masuk islam, maknanya Allah terima taubat mereka, dan Allah yang Maha Kaya bukan setakat terima taubat mereka, malahan Allah ampunkan segala dosa mereka, lebih lagi, Allah ganti dosa mereka menjadi pahala.., tapi orang kapir sombong tetap nak sembah tuhan selain Allah, maka bila mati, masuk neraka, baru nak bertaubat, waktu itulah ayat di atas sesuai dibaca untuk mereka.., faham?!

Bab orang murtad, zaman pemerintah islam dulu, mereka di beri peluang bertaubat, tengok.., orang murtad buat dosa syirik besar, pun masih boleh U turn, tapi bila orang murtad tak nak taubat dan mati dalam syirik, kekallah mereka dalam neraka..

Dan NERAKA punya azab bukan boleh banding dengan azab di dunia, bukan setakat sakit gigi, sakit telinga dan sakit perut, tapi lebih dari itu!! LEBIH DARI SAKIT GIGI, SAKIT TELINGA DAN SAKIT PERUT!(bagi mereka yang pernah rasa tiga sakit ini)

Di sana, sakit manusia tiada limit, yang mana kat dunia, apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban sakit, maka manusia akan bertindak balas menjadi pengsan, dan jika sakit yang lebih dahyat lagi, maka manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.

Tapi kat NERAKA, sakit macam manapun, sama ada gigi tercabut atau telinga pecah atau perut meletup, manusia tidak akan pengsan dan tidak akan jadi mayat.. malahan yang paling ringan adalah memakai terompah neraka sedang otak mendidih..

Otak mendidih?demam 40 darjah celcius dah kecoh, belum lagi kena demam suhu mendidih 100 darjah Celsius, oh! nak balas smspun tak boleh dah ,,isk..

Dalam neraka ni, kalau baca terjemahan Al quran ada cerita bahawa mereka ni dalam keadaan nazak gitu, nyawa nyawa ikan, tidak hidup dan tidak mati…

Aku petik ayat Al quran:

Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan tidak pula hidup (Tahaa: 74)

Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu dalam keadaan cacat (Al-mukminun:104)

Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)

Sebagai penutup, korang pernah dengar tak teka teka ni,

(tak –sebab teka teki ni aku yang reka)

Dalam banyak banyak pintu, pintu apakah yang apabila ia terbukak, tak boleh tutup. Tapi apabila ia tertutup tak boleh bukak?

Jawapan:-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(kena rajin sikit scroll down)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Lupa pulak soalan tadi, apa ye?)
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Oh, dah ingat, soalan tentang pintu)
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
(tak kanlah pintu kecamasan)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
(pintu albab kot..)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-(ha ah, dekat dekat dengan pintu albab)
-
-
-
-
-
-
-
-
- -
-
-
-
-
-
-
-
-


Ok, dah bosan? maka jawapannya adalah:-

Pintu Taubat!.

(terus insaf-woha!)

Okeylah, oleh sebab Mee Segera aku dah lama kembang, maka habis sampai sini bebelan aku. Selamat bertaubat kepada semua orang kapir, orang murtad, dan orang islam, sementara pintu taubat masih terbuka.., (akupun!!)

Sekian., tutup majlis dengan doa makan.

Ps1:Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat..,

Ps2: Tak best langsung makan Mee segera yang dah kembang, arghh, anggaplah ini satu pengorbanan.., woha!

Feb 1, 2011

Bagaimana nak untung dalam berniaga?

(Pepatah china ada menyebut: “orang yang tidak boleh senyum, jangan membuka kedai”, aku pulak berkata: jika korang bermuka bosan, tak payahlah bekerja..”)

Terjumpa dengan seorang sahabat yang baru pulang dari belajar undang undang di luar nergara di sebuah masjid, (asal jumpa kawan jer masjid, asal masjid jer jumpa kawan, macam alim sangat aku ni) lalu kamipun lepak minum air teh sambil berborak isu isu semasa laksana mamat dan minah berborak di wall facebook..,

Mengetahui keiginan beliau menjadi hakim, aku lantas bertanya, berapa ramai graduan yang grad tahun ni? Kata beliau, dalam 1000 orang.., lalu aku berkata:

“kau pernah dengar berita macam ni tak? Universiti Ontahmano telah berjaya mengeluarkan seramai 1000 graduan dalam jurusan Undang Undang yang melayakkan mereka menjadi hakim, dan di anggarkan dari jumlah 1000 graduan itu, 750 orang akan masuk neraka, dan bakinya 250 orang lagi masuk shurga!”

Woha! Gelak kawan aku kerana perasan lawak aku tu di adaptasi dari hadih yang lebih kurang maksud: “Di Antara Tiga Hakim, Dua Masuk Neraka”...

Dalam gelak, kawan aku bagitahu, ada pepatah melayu baru..,:

“Di Antara Sepuluh Kontraktor, Sembilan Masuk Neraka”..

Aku gelak lagi macam orang hilang akal, lalu bagitahu.., patut “janji melayu” perlu di ubah kepada “janji Kontraktor”...

Tiba tiba, Pak De yang duduk di meja sebelah yang terdengar perbualan kami turut menyampuk dengan muka serius:

“Di Antara Sepuluh Kontraktor, Sepuluh-sepuluh Masuk Neraka”..

Wah! Terkejutnya aku dengan info Pok De lalu terdedahlah kisah ketidak puasan hati Pokde dengan kontraktor melayu yang menipu, lembab dan malas... (bukan semua)

Aku bukan nak burukkan bangsa aku dan puji bangsa lain, tapi bila aku bincang masalah ni dengan pelbagai latar belakang pengalaman kawan kawan, mereka semua ada masalah ini, iaitu sikap orang kita yang pemalas, buat kerja sambil lewa, dan tidak amanah (bukan semua-tapi banyak bang..)

Pergi bengkel kereta misalnya, 15 minit berdiri takde orang tegur, jika tegur muka tak senyum macam kita ni datang menyusahkan mereka.., (padahal kita yang bayar) lepas tu bila buat kerja, lembab, janji lepas zohor, bila kita datang tumpang kawan nak ambik, belum siap..., bila Tanya kenapa belum siap, dengan muka bosan mereka kata, lepas asar baru siap...

Ni yang aku angin satu badan, apa salahnya jika telefon! Dan kenapa mesti bermuka bosan? Tak boleh senyum dan mintak maaf ke? Bukankah orang isalm itu patutnya amanah bila berjanji?
Tapi jika kedai orang kapir, jika berjanji lepas zohor, siap lepas zohor, dan jika siap awal, mereka akan telefon.., “lu punya keleta sudah siap” dan jika tak dapat siap seperti dijanjikan, mereka juga akan telefon.., sebab mereka faham apa itu bisnes, pelanggan ada: hidup, pelanggan lari-mampos!

Simple jer.., masa darjah tiga lagi waktu sekolah belajar keushawanan jual betik plastik cikgu ajar, “pelanggan tu raja’.., tapi kenapa bila bukak kedai buat pelanggan macam orang yang pelarian?

Lepas tu bila bisnes lingkup, salahkan kerajaan tak tolong!, apa punya lembab daa..

Aku bagi contoh lain:

Aku pernah mengalami cermin kereta depan pecah, pertama aku pergi kedai china sebab benda tu berlaku di tengah jalan dah tak ada pilihan, kali kedua, 3 tahun kemudian, cermin depan pecah lagi, ada kemalangan sikit.., aku pergi kedai melayu, petang aku ambik, cermin siap, tapi dalam kereta kaca berterabur, aku cakap, kenapa tak vacuum semua kaca ini, dengan muka penat dan bosan mereka kata: kerja kami tukar cermin jer, vacuum tu kedai lain..

Lalu aku teringat kenangan indah kali pertama aku tukar cermin kereta pecah kedai china, satu kaca pun tak ada.., dan mereka mesra..,

Maka, dari keldai melayu tadi, ketika aku naik kereta bersama kaca kaca yang bertaburan itu, aku berbisik: Lain kali, aku tak nak datang kedai korang lagi..

Semalam aku pergi kedai Hardware, nak beli kepala paip.., ada kedai melayu dan china, aku pergi kedai melayu dulu sebab nak tolong orang islam, bila aku tunjuk sample, mereka dengan muka bosan berkata takde.., aku kata, mana nak cari sparepart ni, mereka dengan muka masih bosan berkata: sekarang orang tak jual dah model ini.., aku kata: tak kanlah takde cara lain nak modified sebab rosak sikit., mereka dengan muka bertambah bosan berkata, kena beli baru dan terus tinggalkan aku begitu sahaja sebab ada pelanggan yang beliau kenal dan bermesra seperti wall facebook..

Aku nak cepat, terus keluar dan pergi kedai china, sampai kedai china, amoi tu tengok aku yang tak hensem ni dahpun pandai nak senyumkan diri, lepas tu tanya dengan senyuman lebar nak beli apa, aku tunjuk sample, dan beliau rujuk kat suami dia yang sedang layan pelanggan lain, lepas tu cakap, takde barang macam tu tapi boleh modified, lepas dah layan pelanggan tadi terus bantu aku, bawak pergi belakang dan tunjuk kaedah modified, sebelum aku pulang beliau bagi limau dua biji dan dengan senyuman berkata: terima kasih, datang lagi.

Ya, 10 tahun lagi, jika kepala paip aku rosak, aku datang lagi...

Banyak contoh aku boleh bagi, tapi korang boleh tahu sendiri, akan kenapa ekonomi orang kapir maju, dan kenapa orang islam (baca:melayu) bukak kedai tak sampai tiga tahun gulung tikar.., aku pernah ambil kontrak buat satu produk. Upah dua pekerja.., tapi bisnes aku tutup, sebab aku terupah pekerja yang salah, pekerja yang mukanya bosan dan nampak penat bila bertemu pelanggan, suka hati nak cuti, dan aku akhirnya tutup kedai.., ye., orang islam malayu.

Bila aku nak renovate rumah, dan tanya kawan-kawan yang dah buat, mereka terus kongsi pengalaman iaitu jika nak senang tak nak sakit kepala, jangan buat dengan si A dan si B, (baca: islam melayu) tapi buatlah dengan C dan D (baca: kafir dan bukan melayu), sebab A dan B tidak amanah, buat kerja separuh lepas tu balik kampong suka hati, bila datang, mintak modal, beli batu bata, longgok depan rumah, lepas tu esok tak datang, rupanya pergi buat projek lain, siapa tak marah bila dah bayar tapi rumah tak siap pada tarikh yang di janjikan kerana kontraktor tamak buat projek lain!

Jadi tak pelik jika enomi mereka orang kapir maju, di seluruh duniapun, kerana mereka pandai layan pelanggan, tapi sikap orang kita yang malas(sorry to say) dan tak takut pada Allah, (tinggal solat jemaah tu selamba,yang tak solatpun ramai, apa sangat tipu pelanggan..,) dan tak faham asas perniagaan macam orang kapir faham, senyum dan bagi layanan mesra.., mahal murah tu nombor dua, yang penting pelanggan puas hati!

Itu aku belum cerita peniaga jepun lagi punya bisnes, depan kedai ada penyambut tetamu khas yang bukakkan pintu dan senyum sambil tunduk kepala lalu berkata Irasshaimase (Selamat Datang), dan bila balik siap lambai sampai kita hilang dari pandangan, comel pulak tu.., sebab tu mereka maju kerana mereka rajin dan menjaga hati pelanggan! (walaupun negara di bom atom sampai jadi padak jarak)

Jadi tu jer rahsia nak jadi bangsa yang berjaya, JAGA HATI PELANGGAN!

Lepas tu silalah amanah, muka tak bosan, banyakkan senyum, dan ‘mengiburkan’...

Dalam islam dah ajar, orang pecah amanah masuk neraka, orang senyum dapat pahala sedekah dan satu istilah yang ramai orang islam tak tahu, adalah IKRAM.., buat orang gembira kerana Allah.,

Cuba baca kisah Nabi berniaga, macam mana Nabi entertain pelanggan, buat pelanggan happy dan ingin datang lagi..

Satu lagi istiqamah, bukak kedai biar consistent, ni sekejap bukak sekejap tutup, walaupun bagus produk.., orang tak pergi dah..

Satu jer bisnes yang orang melayu Nampak maju iaitu indstri makanan.., sebab orang islam tak boleh makan masakan orang kapir yang haram.., tapi kat sinipun kantoi, pergi kedai makan, muka pelayan yang bosan, atas meja ada tumpahan air munuman pelanggan sebelum, jika suruh lap, maka dengan muka bosan datang lap air tumpahan dan ambik order lalu salah pulak yang di hidang..

Kadang kadang tu atas meja bersepah pinggang yang belum di kutip, bila dan agak lama duduk Nampak sisa pinggan pelanggan tak terusik, kita pun panggil, tapi mereka datang untuk kira pulak padahal (tak payah nak cerita)

Itu belum cerita bab lambat sampai, bila tengok orang yang lagi lambat sampai dapat order dulu (sebab kawan mereka) mulalah rasa nak marah, bila tanya kenapa dia dapat dulu, sambil buat lawak dengan muka bosan berkata: Oh, dia dah order semalam! Memang kurang ajar, nasib baiklah Allah haramkan makanan yang haram, kalau tak dah lama aku pergi kedai china makan itik gantung dan babi panggang!

Cis!!

Ps: Selamat tahun baru China kepada orang China, semoga korang ramai ramai masuk islam, dan dapatkan imej islam yang tercemar kerana sikap orang malayu di perbaikki.. Amin..

Jan 26, 2011

Sejahat Jin?

(Cerita ini tak akan ada sambungannya, anggaplah ianya anti klimath)

Isteri aku sedang menyusun daun terup, sekeping demi sekeping, aku yang tidak sabar melihat beliau yang lembab menyusun daun terup, terus bersuara..

“Tu daun Sped, bawak turun sini, Lekuk biar kat situ!”

Beliau tak endahkan nasihat aku, sibuk nak susun daun Daiman..

“Tu Quen Kelawar alih cepat, nanti akan block jalan!”

Isteri aku berdegil tak nak ikut cakap aku, tiba tiba bila klik kat gambar spider bahagian bawah, semua daun tak boleh gerak, ha ha!

Padan muka, dah kalah.., biar abang main pulak..

Aku buat new game untuk spider solitaire, lantas terus gigih menyusun daun terus sedang TV terpasang di ruang tamu…, isteri aku terus beredar ke dapur buat kerja orang perempuan.., padan muka kalah.

Sedang asyik aku ‘berdakwah’ sambil bermain Solitaire di ruang tamu di depan TV, tiba tiba telinga aku terdengar sesuatu yang tak best di kaca TV, suatu ungkapan yang sungguh racist:

“Sejahat-jahat manusia, sebaik-baik jin..,“

Rupa rupanya ungkapan itu adalah petikan salah satu babak promosi preview filem Hantu melayu terbaru..,

Sejahat-jahat manusia sebaik-baik jin..?, hadith mana ntah mereka ambik sebagai skrip filem, tak logic langsung.., Kesian bangsa jin kena tuduh sampai tahap macam tu.., racist sungguh!

Aku rasa (betulkan jika salah) kata kata ini mungkin datang dari tok bomoh yang nak menakutkan pesakit agar bisnes mereka dapat di keraskan lagi pengeras yang sedia ada.., tapi kata kata falsafah tu sungguh tidak adil bagi seluruh bangsa jin, merekapun makhluk Tuhan, tak baik hina bangsa lain kerana kesilapan sesetengah dari mereka..

Nabi pernah tangkap jin Ifrit yang ganggu manusia tapi bila kenangkan jasa jin ni pada Nabi Sulaiman, Nabi lepaskan.., (rujuk Buznama), bermakna, ada jin yang baik baik..

Maka aku atas dasar keperijinan, mewakili pihak JIN.

Ingin menegur korang semua agar janganlah suka hati laki tiri belah nenek korang jer nak guna istilah:

"SEJAHAT-JAHAT MANUSIA SEBAIK-BAIK JIN!!!"

Jin rasuk tubuh korang karang, baru korang tahu beza antara jean dan jin..,
Sebab, sejahat jahat jin tak ada pulak nak mengaku TUHAN!

Tapi Manusia dalam sejarah yang soheh, jahat sungguh,...cuba tanya Firaun laknatullah..!, tergamak mengaku dirinya tuhan? Memalukan kaum manusia betul, Syaitan yang jahatpun tak mengaku Tuhan.. , ini pulak bangsa jin, malu aku pada jin..!

Pelik tak?, Dah tahu Firaun tu manusia paling jahat dalam sejarah kejahatan, boleh pulak manusia anggap jin yang paling baik sama taraf manusia jahat yang mengaku tuhan? Tak logic langsung? sejahat jahat manusia masuk neraka, tak kanlah sebaik baik jinpun masuk neraka!!

Cuba fikir sikit, sebelum sakitkan hati kaum jin, jangan racist!

Ops! tertekan box solitaire, lalu terpampanglah meja hijau daun terup, dan aku terus tabah menghabiskan susunan daun terup sehingga keluar letupan bunga api.. wow!

Sambung balik,

jadi kesimpulannya, dah tentu ada jin yang lebih baik dari manusia.., sebab tu Nabi dakwah pada mereka, ramai sudah jin yang masuk islam ketika manusia di tanah arab sedang menghina Nabi.., jadi kena buang pepatah tok bomoh yang berbau racist tu..

Jika nak buat filem, dan nak letak jugak skrip yang berfalsafah, aku cadang, guna:

"SEKASAR-KASAR MANUSIA, (mungkin) SELEMBUT LEMBUT JIN.."

Ini pun bukan hadith, tapi lebih logic dan indah serta dapat membuang sifat racist pada kaum jin.., sebab mereka selalu main kasar, silap sikit, rasuk, silap rasuk, selak kain, lepas tu nak kucing betina hitamlah, nak minyak dagulah, nak darah perempuan mati beranaklah.., memang kasar dan kurang ajar!

Bak kata P Ramlee ketika melihat jin di tanah perkeburan..

“oi,, main kasar ye”..

Ok, isteri aku dah datang, sekarang masanya untuk kita tunjukkan letupan bunga api di screen Computer.., sila kagum dari jauh.

Sekian

*****

Tiba tiba bini aku shutdownkan computer kerana cemburu dengan kejayaan aku menyusun daun terup sehinga terbit percikkan bunga api.., lalu aku berkata: “oi,, main kasar ye”.. lalu..

(Korangpun garu garu kepala sambil kerutkan kening...)

Jan 17, 2011

Menyepak Gay dipintu Shurga?

(Amaran: 18SX+18SG: Entry ini untuk Gay sahaja, penulis tidak bertanggung jawab bagi mereka yang bukan gay membaca lalu salah faham, terutama bagi yang slow, dan bagi yang nak baca, sila baca sampai habis)

Siapa antara korang?, yang dulu adalah seorang perokok tegar, kuat gila hisap rokok, satu kotak minima sehari, tapi sekarang dah berhenti.., siapa?

Atau siapa antara korang?, yang dulu adalah seorang pelancap tegar, kuat gila melancap, sampai pancut air mani darah, kemudian dah berhenti, siapa?

Atau siapa antara korang, yang dulu adalah seorang kaki betina, walhal kaki korang sebenarnya jantan tapi maksud aku, korang adalah suka berzina, siap buang anak lagi, kemudian dah berhenti, siapa?

Atau mudah sikit, Siapa antara korang, yang dulu adalah seorang kaki skodeng, kuat gila berskodeng, kemudian dah berhenti,

Siapa?

Kepada mereka-mereka yang aku maksudkan di atas, tentu korang telah melalui pengalaman getir untuk berhenti lakukan semua itu, bukan?, pengalaman yang sulit untuk di kongsikan, sungguh bersusah payah, ‘mujahadah’ kata orang arab, “be in the hot soup’ kata orang putih..

Namun, Merujuk kepada hadith riwayat Al Bukhari, iaitu:

“Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Allah menurunkan ubat untuknya”.

Dan juga hadith lain yang bermaksud lebih kurang “semua penyakit boleh di ubati kecuali jadi mayat” maka korang akhirnya berjaya jugak untuk SEMBUH sepenuhnya, 100% sembuh! Alhamdulillah!

Yang mana membuatkan mereka yang dah berhenti merokok tak boleh lagi tercium asap rokok, terus batuk berdarah.., yang suka melancap akan rasa loya bila terpandang kemaluan sendiri, yang suka berzina akan menangis bila melihat anak gadis berpelesaran.., yang suka mengintai akan rasa diri selalu di perhatikan.., begitu lebih kurang…

Namun!, simpan sahaja pengalaman berhenti korang semua dalam poket masing masing, tak perlu bersusah payah berkongsi di sini, sebab aku simpan soalan ini hanya kepada seorang sahaja.. iaitu..

Siapa antara korang?, yang dulu adalah seorang lelaki GAY, suka main belakang, tapi sekarang dah berhenti.., siapa?

Jika ada, tolong ceritakan pengalaman anda berhenti daripada GAY, bagaimana anda bermujahadah, atau apa kaedah yang anda lakukan sehingga sembuh…

Bagi yang tak tahu, Gay merujuk kepada pelaku Homoseksual, atau "hubungan sama jantina" atau nak lebih faham “hubungan luar tabie” atau “liwat”, atau senang lagi nak faham, “memasukkan kemaluan lalaki melalui lubang dubur lelaki juga”…

Jadi, soalan ini, telah aku tanya dalam blog keretamayat sejak tahun 2008 lagi, namun sehingga kini, tiada seorangpun yang sudi berkongsi pengalaman berhenti jadi gay..

Adakah mereka semua telah tinggal di neraka yang membuatkan mereka gagal berkongsi suka duka di sini?

Adakah?

Lalu aku terkenang zaman muda muda dulu, ketika beribu ribu ekor kambing biri biri sedang makan rumput di pergunungan Brokeback Mountain, dari jauh, kelihatan dua pemuda Cowboy sedang berkhemah.., kemudian mereka melakukan angkara durjana berkenaan “Things We Don't Speak Of”…

Namun, babak di atas tak de kena mengena, kerana di garisan Khatulistiwa, di sebuah asrama, kelihatan seorang aku sedang tidur dalam keadaan yang cukup menghairahkan semua gay, lalu salah seorang dari mereka telah membuka seluar aku yang buat aku terjaga, sebelum “Things We Don't Speak Of” berlaku, terus aku menyepak lelaki gay itu, dan beliau terkejut kerana aku dah tahu rahsia beliau, lalu pujuk aku dengan tangisan agar tidak menceritakan pada sesiapapun akan rahsia nafsu pelik beliau dan berjanji akan menjadi gay yang bertaubat.

Akupun meraba punggungku, takut takut ada air mani ke apa, alhamdulillah, aku masih teruna, lalu beliaupun berlalu dengan penuh malu… dan menjadi gay beriman, mudah mudahan…

Di luar asrama, kelihatan sepohon pokok yang baru nak membesar, tak lama kemudian, pohon itu mulai membesar, daunnya mulai lebat, lepas tu berbuah, kemudian, buah di petik orang, lepas tu berbuah lagi, di petik lagi, juga sesekali bergoyang dipukul ribut, kadang kadang buahnya buruk lalu jatuh, juga di timpa hujan, dan angin kencang, kini, tak lama kemudian, daun daunpun mulai berguguran, dan lepas tu, tiada daun lagi, hanya ranting ranting yang tinggal, akhirnya di tebang JKR..

Ops!, prosa di atas adalah kesan khas cinematography bagi menggambarkan masa yang telah berlalu selama 15 tahun.

Ok, 15 tahun kemudian..

Sejak tulis blog keretamayat, Aku terima banyak email, termasuklah dari gay yang mengadu masalah macam mana nak berhenti..

Terkini:

“Bro, Aku terpaksa create email ini untuk meluahkan masalah yang paling besar dalam hidup aku, aku tak tahu, kenapa aku jadi begini, iaitu aku tak terangsang tengok perempuan, tapi aku terangsang tengok kaum sendiri, (lelaki). Aku cuba kawal, baca Al quran, solat, dan ikut nasihat macam bro selalu tulis, “perasan sibuk”. Tapi masalahnya Bro, Aku berkawan dengan lelaki, belajar dengan mereka, pergi kelas sama sama, main game bersama, tidurpun bersama mereka, dan bila mereka tidur pakai kain pelikat tak pakai baju dan terselak nampak paha, aku tak tahan bro, nafsu aku naik, aku lepaskan dengan melancap, aku masih waras, tak pernah cari gay untuk melepaskan nafsu, jadi macam mana ni bro, baca Al quran, puasa, tapi hari hari bersentuh dengan lelaki.., terangsang bro., tolong!”

Jawapan:-

Pening kepala pakcik dengan masalah gay ni, pakcik takde pengalaman, dan pakcik pelik macam mana dalam dunia ni, ada orang lelaki yang tak stim tengok perempuan.., maksud kamu, tengok kareena kapoor menari pakai Sari,, pun kamu tak stim?

(garu garu kepala)

Terlebih dahulu, pakcik nak bagitahu, adalah sangat merbahaya mintak tolong orang yang tak pernah ada pengalaman menjadi gay, akan cara atau kaedah nak berhenti…, tapi sebab dah banyak sangat email yang tanya, maka pakcik kena jawab jugak, maka, pakcik cuba adaptasi masalah korang dengan meng’Synchronization’kan saiz kasut pakcik (If I were in your shoes)

Tapi jangan gelak pulak, jika pendapat pakcik tak masuk akal…, dan jika salah dari konsep lelaki gay, tolong betulkan pakcik..

Sebelum itu, pakcik nak kongsi pengalaman pakcik sendirilah, bukan masalah gay, tapi adalah lebih kurang, yang mungkin dapat membantu semua gay yang ingin menjadi lelaki beriman di luar sana..

Ok, masa pakcik muda, pakcik mudah stim melihat orang perempuan, rasa nak berzina sajer.., lepas tu ada pulak amoi yang minat sama pakcik, korang tahulah, amoi pakai seluar pendek dan peha putih macam telur dikupas, rupa pulak ada iras-iras Maria Ozawa, meleleh air mazi pakcik dibuatnya, seksa sungguh..

Tapi pakcik orang islam, pakcik percaya Allah Maha Melihat, dan Allah sentiasa melihat pakcik, dan apa yang pakcik buat, akan dinilai oleh Allah, yang mana jika pakcik buat baik sebesar zarahpun, Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun, juga Allah akan balas..
Pakcik percaya, api neraka sangat panas, dan azabnya sangat dahsyat..,

Jadi pakcik yang cuba belajar menjadi lelaki beriman di akhir zaman, melalui gaya pulang ke pangkal jalan, telah yakin bahawa, jika kita taat semua perintah Allah, ikut cara Rasullullah, maka pakcik akan masuk shurga, dan dalam syurga, mengikut Buznama, BOLEH MINTA APA SAHAJA.

Nak minum arak, boleh, nak bersetubuh siang malam dengan sejuta gadispun boleh! Nak berbogel ke sana sinipun boleh, tak nak solat, tak nak puasa dan tak nak pergi haji, pun boleh, pendek kata, memang semua kat shurga boleh.., dan Allah akan gandakan nafsu kita kat shurga sebanyak 70 kali ganda, dan nafsu kita akan dapat dipuaskan dalam shurga, ha ha ha!!

Maka dengan keyakinan macam tu, pakcik tahan semua nafsu gelora muda asmara pakcik, pakcik dah tak heran tengok amoi yang ada iras-iras Maria Ozawa tu, sebab bidadari sejuta kali ganda lagi best,

Bidadari mengikut hadith, sentiasa dara, umur 16-18 tahun, pakai baju seksi, anak mata bewarna warni, degupan jantungnay berbunyi “aku cinta padamu”., cukup pandai melayan lelaki, jika tersenyum, shurga akan bercahaya, jika meludah air liur ke dalam laut, maka laut akan menjadi manis seperti madu..,

Kan best!

Pakcik juga tak jelas tengok amoi yang ada iras-iras Maria Ozawa tu minum arak berbotol botol, sebab pakcik dalam shurga nanti akan minum arak satu empangan sungai,

Pakcik tak heran tengok orang kapir berpoya poya dalam dunia yang sementara, sebab mereka mati masuk neraka selamanya sedangkan pakcik bebas nak berbogel dalam shurga sampai bila bila, ha ha ha!

Tapi semua itu, nak kena sabar, nak kena tahan nafsu dulu, dan kena taat perintah Allah, ikut cara Rasullullah, tak lamapun, tak sampai kot 60 tahun umur pakcik, dan bila dah jadi mayat, insyAllah, ditakdirkan masuk shurga, ha! Bersetubuhlah pakcik di dalam shurga di hujung kelopak bunga gergasi selama 500 tahun untuk sekali projek, ha ha ha..

Maka jadilah pakcik lelaki yang beriman dan bertakwa, yang mana bila melihat Karenna Kapoor menari dan menyanyi sampai terselak sari, pakcik terus tundukkan pandangan sambil beristigfar lalu bayangkan kenikmatan di layan bidadari, yang jauh lebih jelita dari Maria Ozawa..

Pakcik juga akan selalu ingat mati, dan buat usaha agar menjadi mayat yang diredai Allah, biarlah ujian keingian berzina ini hanya diketahui oleh Allah dan pakcik.., semoga berita tentang bidadari, akan membuatkan pakcik lupa pada artis Bollywood dan Hollywood yang lain…

Mudah mudahan..

Jadi, balik kepada masalah gay, pakcik berpendapat, sekiranya, pakcik seorang gay, yang mana bila tengok Bangladesh potong rumput pun rasa stim, tengok Faizal Tahir jauh ke dalam kolam pun rasa teransang.., maka pakcik akan sabar, dan bentukkan keyakinnan bahawa, jika pakcik masuk shurga kelak, pakcik tak nak bidadari, tapi pakcik akan pilih bidadara, (pelayan lelaki) sebab dalam shurgakan boleh buat apa sahaja dan boleh mintak apa sahaja.., ha ha ha, maka jadilah pakcik lelaki gay yang beriman dan bertakwa, yang mana bila melihat artis Tomok menyanyi, pakcik terus tundukkan pandangan sambil beristigfar lalu bayangkan kenikmatan di layan bidadara, yang jauh lebih macho dari Maher Zain, woha!

Pakcikpun pernah dengar hadith, yang mana bila orang beriman jadi mayat, dalam kubur lagi akan ada lelaki kacak teman sebagai teman sebelum hari kiamat, best tu!

Maka, Pakcik akan selalu ingat mati, dan buat usaha agar menjadi mayat yang diredai Allah, biarlah ujian gay ini hanya diketahui oleh Allah dan pakcik.., semoga berita tentang bidadara, akan membuatkan pakcik lupa pada rakan rakan gay yang lain…

Mudah mudahan…

Baik, itulah jawapan pakcik kepada semua gay di luar sana, semoga korang sabar dengan ujian Allah, dan tahan nafsu, lalu menjadi lelaki beriman lagi bertakwa..

Tapi,Jangan pulak datang shurga aku, dan terangsang tengok aku, lalu request about Things We Don't Speak Of, aku terajang korang, aku tak kira!!

Woha!

Ps: Ketahuilah, apabila kita masuk shurga, kita akan menjadi lelaki sempurna, yang mana jika atas dunia kita mati pucuk, bila masuk shurga, kita akan jadi lelaki sempurna dengan kamaluan yang besar dan tegap menongkat langit, dan jika korang gay, bila masuk shurga, korang akan jadi lelaki sempurna yang tidak terangsang melihat bidadara, tapi cintamu hanyalah untuk bidadari…, pergh.., naik syekh dah aku ni!! About Things We Don't Speak Of, Hanya Allah yang tahu rahsianya menguji kamu dengan nafsu gay dan apakah belasannya untuk gay yang bertaubat.., Wallahu’lam.

Ps2: Setiap kali aku putus cinta, aku berasa geram pada kaum Sodom yang menolak tawaran Nabi Luth, betapa untungnya jika aku ada di zaman itu-Woha selaki lagi.

Jan 7, 2011

Apa itu Paradox?

(Mendapat ilham selepas mendengar ceramah bekas paderi yang masuk islam, Yusuf Estes namanya, putih pula janggutnya.)

Soalan hari ini:-

Bro, gua tahu lu tak suka jawab soalan tentang hokum hakam, dan lebih suka jawab soalan berbentuk pendapat, gua sekarang pening mengenai kematian Teoh Beng Hock, keputusan hakim sunguh pelik, yang mana mendiang Teoh Beng Hock bukan bunuh diri dan juga bukan kena bunuh, habis tu apa? Hantu Jo-on kejar ke? Atau angin kus-kus tiup hingga beliau jatuh kah? Tolong bagi pendapar bro tentang isu kehakiman Negara dan kaitannya dengan Kerajaan.

Jawapan hari ini.

Aku sedang berbaring, jam lebih kurang 11 malam, tiba tiba aku bangkit, bini aku terkejut dan bertanya kenapa? Aku terus menuju meja dan hidupkan laptop lalu berkata: Abang dapat ilham untuk tulis isu kematian mendiang Teoh Beng Hock …

Lalu akupun menulis dalam keadaan tidak berbaju…

‘Tap tap tap’,

Bunyi jari aku mengutuk keyboard dan terpaparlah di ruang screen:

‘ kesulitan menyelesaikan masalah paradox’

Aku mulai merasa kesejukkan, lalu mengoder sehelai baju dari isteriku, dan setelah selesai memakai baju (terbalik pulak.., lantaklah) aku teruskan menulis…

‘Tap tap tap’...

*****

Dalam hidup kita ini, wujud satu istilah bagi menerangkan situasi yang tidak boleh diselesaikan atau tidak boleh disimpulkan yang dikenali sebagai “Paradox”.

Paradox mengikut kefahaman aku (jika salah tolong betulkan-english dan sains aku masih ditahap rendah) adalah bermula dari satu ‘kenyataan’ atau ‘persoalan’ yang pada zahirnya betul, tapi apabila cuba di simpulkan atau di jawab maka akan berakhir dengan konflik yang tidak dapat dijawab atau tidak dapat diselesaikan.

Sebagai contoh:

“Kenyataan ini adalah palsu”

Pada zahirnya, kenyataan di atas adalah tidak nampak sebarang masalah,

Tapi apabila kita ingin membuat kesimpulan, maka timbul masalah yang tak dapat diselesaikan, yang mana, jika " Kenyataan ini adalah palsu " adalah benar, maka ia adalah palsu, yang mana ianya bermakna adalah benar, tapi ianya juga bermaksud palsu, dan benar dan palsu bla bla bla sehingga infiniti..

Pening tak?

Sama jugak, jika " Kenyataan ini adalah palsu " adalah palsu, maka ia adalah benar, yang mana ianya bermakna adalah palsu, tapi ianya juga bermaksud benar, dan palsu dan benar bla bla bla sehingga kita jadi bengong sebab tak tahu sama ada kenyaatan itu palsu atau benar.

Jadi Paradox juga boleh ditakrifkan sebagai dua jawapan yang ingin di letakkan pada satu soalan yang mustahil akan dapat dijawab menggunakan dua jawapan seperti “ya” dan “tidak”, atau “benar” dan “Palsu”

Contoh lain Paradox: A man says that he is lying. Is what he says true or false?

Jawablah jika boleh? Boleh jadi mereng jika korang cuba jawab.

Contoh lain:-

“The statement below is false."
"The statement above is true."

So, apa kesimpulan dari dua statement diatas?

Kedua-duanya adalah palsu, dan kedua-duanya adalah benar, dan palsu dan benar dan palsu dan benar bla bla bla sehingga kita jadi bengong dan gila isim jika berkeras nak jawab gak, sebab memang tak boleh jawab kerana kita tak akan dapat menyimpulakan masalah paradox…

Aku bagi contoh lain masalah paradox: (Crocodile Dilemma)

Jika seekor ‘buaya’ menculik seorang kanak kanak, dan berjanji akan pulangkan kepada bapa kanak kanak tersebut dengan syarat bapa kanak kanak itu dapat meneka dengan tepat apa yang buaya itu akan lakukan, akan tetapi apa yang buaya akan lakukan jika bapa kanak kanak itu meneka bahawa anakknya tidak akan dipulangkan.

Susah sangat paradox ini? Cuba yang ini:

David says: 'Every man is a liar!'

Is David telling the truth or is he lying? If it is true that every man is a liar, and David's statement, "Every man is a liar" is true, then David also is lying; he, too, is a man. But if he, too, is lying, his statement: "Every man is a liar," consequently is not true. Whatever way you turn the proposition, the conclusion is a contradiction. Since David himself is a man, it follows that he also is lying; but if he is lying because every man is a liar, his lying is of a different sort… (aku malas dah nak translate-rujuk wikipedia )

Oleh sebab masalah paradox tak dapat diselesaikan, maka apabila ada pihak yang cuba menjawab jugak, maka jawapan mereka akan berbeza beza, korang boleh rujuk internet dan boleh jumpa berapa kaedah untuk ‘cuba’ menyelesaikan masalah paradox seperti kaedah Alfred Tarski, Arthur Prior,Saul Kripke,Barwise Etchemendy, Dialetheism dan lain-lain.. (yang meletakkan syarat tertentu dalam pemahaman kenyataan)

So, apa perasaan korang sekarang selepas baca semua ini,

"I know that I know nothing at all.", (chech, paradox jugak..)

Maka, sebagai kesimpulan bahasa mudah faham tentang paradox,:

“Soalan atau kenyataan yang betul, tapi jawapan atau kesimpulan adalah konflik.”

Faham?

Faham tak jika aku cakap:

“One dollar will not make you rich, so if you keep this up, one dollar at a time, you will never become rich, no matter how much you obtain.”

Boleh buat kesimpulan?

Ok, sebenarnya ada banyak sangat pecahan kepada masalah paradox, aku ambik satu contoh paradox berkenaan mesin masa yang pecah kepada tiga jenis paradox pulak. (saje nak bagi korang pening)

1. Grandfather paradox : Korang nak bunuh diri, tapi tahu bunuh diri itu boleh buat korang kekal dalam neraka, maka korangpun pergi ke masa lalu dan membunuh atuk kita yang masih muda supaya atuk tidak kahwin dengan nenek yang akan dapat ayah. Dan jika korang berjaya bunuh atuk korang, maka ayah korang tidak wujud, jadi.., korang datang dari mana?

2. Ontological Paradox : Dalam filem XX Ray arahan Aziz M Oman, beliau telah pergi ke masa silam dan berjumpa dengan Hang Tuah dan sempat memberi idea, “Tak kan melayu hilang di dunia”, dan Hang Tuah yang tak pernah dengar ayat ini kagum dan menyebut berkali kali, Jadi ini bermakna idea itu datang dari Aziz M Osman yang dapat dari membaca sejarah melayu yang kata itu dari Hang Tuah, jadi, dari mana idea itu datang? Dari Aziz M Osman? Atau Hang Tuah?

3.Predestination Paradox :Dalam filemTerminator, sekiranya Terminator tidak datang dari masa depan untuk membunuh Sarah Conner, maka Kyle Reese juga tidak datang, tapi jika Kyle Reese tidak datang, macam mana john Conner boleh ada kerana dialah ayah kepada John Connor, Jadi, dari mana John Connor bermula?

Pening tak korang? Releks, jangan pening, perkara paradox biarkan sahaja ia dalam keadaan begitu jika korang tak nak gila isim…

Karang, aku suruh jawab, mana dulu, ayam atau telur? Maka boleh jadi bengong jikakita nak selesaikan masalah paradox ini…

******

Ok, sekarang aku nak pergi jauh lebih serius.., bab ugama.

Bila masuk bab ugama, akan lebih banyak masalah paradox yang akan kita temui,

Contoh:

Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Susah akal cetek manusia nak terima kenyataan ini.., manusia percaya bahawa setiap sesuatu ada permulaan dan ada pengakhiran, orang kafir percaya yang kita ni berasal dari beruk sebab rupa beruk macam rupa kita, dan percaya beruk mungkin datang dari biawak, ada iras cuma takde bulu, dan biawak mungkin datang dari ikan berkaki, dan ikan berkaki datang dari ikan, dan ikan datang dari sel dan, dan, dan ,semua ini datang dari letupan big bang, dan letupan itu datang secara bang beng bong!

Tapi akan tetap timbul soalan, siapa yang mencipta letupan itu?

Ok, Tuhan yang mencipta, tapi Tuhan datang dari mana, siapa yang cipta Tuhan? Boleh jadi pecah otak jika layan akal kita...

Contoh lain:

Sebelum Allah ada apa?

Jawapan yang sebenar, Allah tidak terikat dengan masa, Allah tidak ada sebelum dan selepas, dan Allah tidak berawal dan berakhir, Allah yang mulakan masa dengan t=0. Kerana masa juga dicipta oleh Allah.

Arghhh, pening!!

Maka, masalah ini, jika kita cuba fikir dan jawab jugak secara logic sains, maka kita akan jadi gila isim, bengong.., kerana itulah Nabi dah ajar kita supaya jangan fikir tentang zat Allah, jangan fikir tentang perkara yang ghaib, jangan fikir tentang roh, sebab iainya di luar batas kemampuan akal kita..

Bab perbandingan pengetahuan kita dan pengetahuan Allah selalu dalam hadith menyebut, ilmu manusia seperti setitik air dilautan, dan lautan itu adalah ilmu Allah, maka apa daya kita?
So, masalah paradox, jangan berlagak hero untuk cuba jawab, nanti korangpun jadi bengong!

Aku bagi beberapa contoh lain:-

Allah memberi peluang untuk kita membuat pilihan kepada sesuatu yang telah ditakdirkan.

Ramai orang jadi putus asa bila fikir ayat ni secara logic.., menolak rukun iman yang ke enam, dan mati masuk neraka.., oh..

Contoh lain..

Allah suruh Nabi berdakwah, lalu Nabi berdakwah sungguh sungguh tapi akhirnya yang bagi hidayat adalah Allah, yang mana walaupun Nabi dah dakwah kepada bapak saudaranya sungguh sungguh, tapi hidayat tetap di tangan Allah..,

Ok, dua statement diatas, tak paradox sangat, sebab boleh dijawab, (agak panjang), secara ringkas:

Kita boleh ibarat macam pemikiran bayi yang marah kepada ibunya yang pergi jumpa doctor bagi mendapatkan suntikan imunisasi, dalam kepala otak bayi:, apalah, mak aku tak betul, kata sayang aku, tapi kenapa cucuk dengan jarum?

Ok, boleh kembangkan sendiri anologi tu.., aku dah mengantuk

****

Sebelum tu, aku bagi contoh lain, iaitu soalan yang berbentuk ‘seakan paradox’ yang di tanya oleh orang kapir kepada orang islam yang mana orang islam tak boleh nak jawab lalu orang kapir anggap mereka betul padahal secara sainsnya, takde orang boleh jawab soalan paradox..

Ingat apa makna paradox?,

“Soalan atau kenyataan yang betul, tapi jawapan atau kesimpulan adalah konflik.”

Bagus, pandai..

Tapi sekarang aku nak pergi kepada soalan yang nampak macam paradox tapi bukan.., (yang selalu diguna oleh orang freethinker yang perasan pandai)

Contoh solan seakan paradox.

Soalan 1:

Bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya?

Bolehkah Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.

Tengok, jika jawapan korang untuk perisai ‘ya’, dan untuk pedang pun ‘ya’, maka jawapan kedua bercanggah dengan jawapan pertama…,

Soalan 2:

Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat besar yang tiada seorangpun yang dapat angkat termasuk Allah

Tengok lagi, jika jawapan: boleh, maka Allah jadi lemah, jika: tak boleh, maka Allah juga lemah.., konflik bukan?

Ok, aku rasa banyak lagi soalan yang seakan paradox ini cuba ditanya oleh orang kapir atau orang islam yang gila isim, yang mana bila orang islam tak boleh jawab maka mereka yang kapir pun pun parasan betul..

Releks bro..

Kena faham beza antaa paradox dan bukan paradox.., yang mana paradox adalah “Soalan atau kenyataan yang betul, tapi jawapan atau kesimpulan adalah konflik.”

Baik, disini, jawapan memang konflik, tapi bila disemak, rupanya soalan dan kenyatan soalan tadi sudah berada pada status:salah.

Yang mana bila soalan salah, maka jawapan sudah tidak diperlukan lagi. Orang bodoh jer yang jawab soalan yang salah.

Ok, kenapa soalan di atas salah.

Jika korang rujuk surah 112 iaitu Al ikhlas, terdapat ayat:

1.katakan: Allah Yang Maha Esa

2. Allah Sesungguhnya kekal.
(Allah tidak berakhir, pening jika sains nak pikir)

3.Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
(Aku dah cerita tadi, ikut logik memang manusia tak mampu nak terima akal, itu belum cerita bab kun fayakun)

4.Dan tidak ada sesuatupun yang setara denganNya

Ok, ayat nombor empat ni yang aku nak jelaskan..

Dalam ayat ini memberitahu bahawa tiada satupun yang sama dengan Allah, yang mana Allah pencipta, dan Allah bukan sebahagian dari penciptaan. Kerana itu wujud ungkapan, “Allah tidak sama dengan yang baharu”.

Dan perbuatan menyamakan Allah dengan ciptaanya adalah salah dan tanda kejahilan, Allah tidak bermula, tidak berakhir, tidak tidur, tidak memerlukan apa-apapun.

Apabila soalan ini bertanya ‘boleh’kah Allah buat perkara sekian sekian, “boleh” di situ telah menyamakan Allah dengan ‘boleh’nya makhluk, seperti bolehkah Allah angkat batu? Boleh disitu seolah-olah meletakkan Allah sebahagian dari makhluk, maka bermakna soalan itu telah salah kerana menyandarkan kebolehan tuhan yang setara dengan makhluk.

Sedang Allah tidak sama ‘boleh’nya dengan apa yang kita fikirkan, Allah Maha Melihat, Tapi Melihatnya Allah tak sama macam apa yang kita fikir, Allah boleh melihat tanpa cahaya, dan boleh melihat masa depan, dan masa lalu, lalu kita tak akan mempu mebayangkan Maha melihatNya Allah. Allah punya rule: simple: Kun Fayakkun, jika Ia berkata jadi, maka ia akan terjadi.., ini yang akal tak boleh terima..

Jadi dalam bab Maha mencipta, soalan bolehkah tadi, sebenarnya merendahkan Maha Boleh, yang mana boleh mangangkat itu adalah setaraf bolehnya mahkluk…, Allah tak sama dengan yang baharu, Dan tidak ada sesuatupun yang setara denganNya!

So, soalan seakan paradox itu bukan paradox lagi kerana soalan itu sudah salah, bodoh, kerana menyamakan kebolehan tuhan dengan makhluk, oleh sebab itu: bagaimana hendak mendapat jawapan yang betul jika soalan sudah salah.

Sudah!, pergi belajar bab paradox dulu jika nak buat solan paradox..

Setakat soalan salah, semua orang gila boleh tanya soalan yang salah, orang bodoh apatah lagi.

Sekian.

Ps: Abang, kenapa pakai baju terbalik? Tanya isteriku lalu akupun tutup computer dan memparadoxkan diriku kepangkuan isteriku…, dihujung katil baju itu tertanggal, tapi tidak terbalik lagi, paradox sungguh.

Ps2: Entry ini juga agak pardox, orang lain yang bertanya, orang lain yang mendapat jawapan, kan?

Ps3:Wallahu'lam is the best answer of all paradox...

Ps4: Penutup yang paradox, di petik dari kata kata George Wilhelm F H : Kita telah belajar dari sejarah bahawa kita tidak pernah belajar dari sejarah. – Woha!