Apr 10, 2023

Syurga Isteri waktu berbuka?

Alkisahnya nampak isteri penat lepas Asar, saya cakap jom Berbuka kat luar hari ni?

Isteri kata takpe bang, simpan duit nak pergi Haji… saya dah prepare nak masak apa waktu berbuka…

Baiklah, Anak lima orang, memang banyak juga juadahnya, sungguh bulan puasa begini, orang islam akan dapat suasana gembira waktu berbuka, meriahnya lain macam.

Kalau boleh hari hari nak bulan puasa.

Jangan salah faham, bukan bab makan sahaja best, bab pergi surau masjid penuh rasa best, baca al quran rasa best, tidur pun best, apa apapun best, mungkin sebab syaitan diikat jadi suasana puasa ni dia punya hening dan damai, lain macam, bagai kicau burung di pinggi kali bersama kelopak bunga berkembang mekar di selangi kepakakan perlahan si rama rama bewarna indah dibawah lambaian Pelangi, chewah…

Jadi lepas berbuka, saya nampak pinggan mangkuk penuh singki, lantas saya niat dan azam lepas balik solat berjemaah maghrib disurau, saya nak tolong bini basuh pinggan mangkuk,

Alhamdulillah surau kami sejak bulan puasa lewatkan iqamat 20 minit, agar semua orang kampung dapat juga dua Sunnah, iaitu sunnah berbuka puasa segera dan sunnah berjemaah tempat azan di azankan..

Susungguhnya, janganlah kerana satu fardu kita abaikan fardu yang lain…

Dan Janganlah kerana rukun Islam ketiga kita abaikan rukun islam kedua.. oh…

Semoga kita semua terpilih menjadi lelaki yang memakmurkan masjid Allah terutama dibulan puasa, amin…

Alkisahnya , Lepas solat maghrib Ada jemaah tanya bab persediaan Haji, nak pinjam duit tak? Oh malu rasanya bila bercerita bab duit..

InsyaAllah sampai masa nanti semua cukup!

Pendekkan cerita, balik solat maghrib, saya nampak bini sedang mengaji diruang baca buku, kami berbalas senyum dan salam.

Lalu saya tinggalkan bini bertemankan halaman Al quran sebab saya nak tunaikan janji pada diri sendiri tadi.

Tapi bila saya masuk dapur,  tengok singki dan bersih, pinggan mangkuk semua dah cuci. Meja semua dah kemas, ruang tamu semua dah kemas. Aduhai..

Satu kerja pun bini tak tinggal kat saya.

Oh… isteriku…, sungguh keindahan Ramadan ni adalah isteri yang baik, bab kata hadis: dunia ini adalah hiasan, dan sebaik baik hiasan adalah wanita solehah.

Saya bersyukur atas nikmat islam, nikmat ramadan, dan nikmat hidup berteman.

Akan ku bawa kamu isteriku kehalaman Masjidil haram! Amin…

Jauh di sudut hati, Saya rasa syurga para isteri yang rajin berkihdmat akan jauh lebih tinggi dari saya yang hina ini.

Sayang…, duduk syurga atas, jangan lupa ziarah abang yang duduk syurga bawah ni.

Sob sob sob…

Selamat menikmati Ramadan.

Awas!, link shopee mungkin menyusul!

Woha!

*****



Abang belanja link Shopee sebab ada yang bertanya..

Buku Taklim di Rak putih, https://shp.ee/84kgvtm

Rak buku putih

https://shp.ee/s6cnzdz

Kerusi wingchair baca Taklim https://shp.ee/hkm97d9

Meja pasu bunga cermin: https://shp.ee/pjhtdsm

Pasu bunga emas,:

https://shp.ee/a45t6ym

Link tanjak Woha! https://shope.ee/2AdriaqX

Apr 9, 2023

Maksud tiada sia sia disyurga?

Syurga adalah tempat yang tiada orang bercakap sia sia…

Alkisahnya, Waktu anak masih kecil, Suami sibuk keluar rumah cari rezeki, balik kerja, isteri sambut mesra dengan perbualan yang tak sia sia..

“Abang, anak dah Pandai merangkak!”

“Abang, anak dah pandai berlari!”

“Abang, anak dah pandai membaca!”

“Abang, anak dah boleh mengaji!”

“Abang, anak dah boleh solat!

Masa berlalu.

Anak masuk sekolah rendah, suami cari rezeki.. balik kerja, isteri sambut mesra dengan perbualan yang tak sia sia juga.. seperti..

“Abang, anak dah hafal Al mulk dan sejadah”

“Abang, anak dah hafal Yasin”

“abang anak dah itu ini begitu begini..”

Alhamdulillah, terima kasih kepada sang isteri kerana tak jemu ajar anak mengaji sampai dapat jadi Hafiz surah tertentu, Alhamdulillah..

Masa berlalu, anak dah remaja, selalu ikut saya ke Masjid..

Maka tiba giliran saya pula buat laporan pada isteri..

“Sayang, anak kita dah boleh jadi Bilal, dia azan tadi”

“Sayang, anak dah boleh jadi Imam! Tadi Subuh dia bawa Al sajadah”

“Sayang, anak kita dah boleh jadi Mutaqalim dakwah rumah ke rumah!”

“Sayang, anak kita dah boleh bagi ceramah kat surau”

Alhamdulillah...

Semoga anak dapat jadi sumber amalan pahala yang berterusan walau mayat ibu bapa nanti, sudah lama dimamah bumi.

Itu kisah anak nombor satu, sekarang dia tak balik rumah sedang keluar berdakwah tiga hari..

Adiknya yang baru habis SPM, ikut saya ke solat tarawih..

Lepas isyak saya dengan suara Bilal Tarawih macam kenal?

Eh? Anak kedua saya pun dah ikut jejak abangnya? Malam ni jadi Bilal Imam Tarawih!

Kena bagi laporan ni.. ambik gambar dulu..

“sayang, anak kita dah jadi Bilal Tarawih!”

Woha!

Moral of the srory, semua laporan suami isteri, walapun terlihat kejayaan kecil bagi dunia tapi semua itu adalah kejayaan besar bagi suami isteri, sungguh tiada percakapan yang sia sia bab pencapaian anak walaupun kecil, insyAllah.. semua itu adalah ladang pahala bagi usahawan syurga, Amin..

Semoga Rumahku Syurgaku dan Rumah korang Syurga Korang kekal sampai Jannah!

Salam Seminggu Puasa!

Woha!

Hantar anak asrama?

Hari ni hantar anak perempuan masuk asrama..

Alkisahnya, rezki anak anak, sudah tiga orang anak saya masuk asrama bermula tingkatan satu..

Anak sulung, form 1 Asrama Yayasan Terengganu, form 4 Asrama MRSM, dan sekarang dan masuk Hostel Universiti, Alhamdullah..

Anak kedua juga sama, form 1 Asrama Yayasan Terengganu, form 4 Asrama MRSM, dan sekarang masuk sekolah memandu, sedang ambik lessen kereta.. sedang tunggu result SPM.

Anak ketiga, the only girl, form 1 Asrama Sekolah Agama di Terengganu, form 4 masuk Teknik…

Selalu jika dia buat saya tak puas hati, maka saya akan cakap..

“Na, dalam dunia ini, Na Cuma ada seorang ayah, itupun Na lukai.. oh”

Tapi anak jawab balik..

“Ayah, Na sorang jer anak perempuan ayah, itupun ayah lukai..”

Aduh, pandai menjawab, “Baiklah! nanti ayah dapat menantu perempuan, Na jangan jealous!”

“Ayah pun sama, jangan jealous Na dapat Ayah mertua!”

Woha!

Semoga anak kita semua Berjaya dunia Akhirat…, Amin.

Video gelagat anak masa kecik https://youtu.be/2BqMAh4eQb0

****

Apr 8, 2023

Mentega Terbang Plot Twist?

Mentega Terbang Plot Twist, versi insaf, alternative universe…

Alkisahnya, satu hari Aisyah berborak dengan ayahnya, tentang nasib arwah ibu di alam selepas mati, maka telah berkata kata akan ayahnya Aisyah perihal isterinya merangkap ibu kepada Aisyah..

“Anak ku Aisyah, arwah Ibumu seorang yang sangat bertakwa, sangat takut dengan hari pembelasan hingga pernah bercita cita hendak menjadi rama rama”

“Apa itu takwa duhai ayah?, hingga ibu ingin menjadi Rama Rama?”

“Anakku Aisyah, Takwa itu adalah Takut dan harap pada Allah yang bukan di buat buat.. yang mana sewaktu kita nak gambarkan takut kepada Allah, sampai satu tahap, kita sanggup jika tidak menjadi manusia kerana takutnya hari penghisaban..”

“benar Ayah, saya teringat satu hadis, Aisyah isteri Nabi kerana takutkan Allah, pernah berkata:

“Alangkah baik sekiranya aku sebatang pokok, maka aku akan sibuk bertasbih dan bebas daripada sebarang penghisaban di akhirat nanti..”

“Benar anakku, Aysiah isteri Nabi, kerana takut pada Allah, juga ada berkata:-

“Alangkah bagusnya jika saya seketul batu,”

“Alangkah baiknya jika saya sehelai daun,”

“Alangkah baiknya jika saya sehelai rumput,”

Hazrat Umar r.a kerana takutkan Allah pula, pernah berkata:

“Alangkah baiknya jika saya sehelai jerami,”

“Alangkah baiknya jika saya tidak di lahirkan oleh ibuku..,!!”

Hazrat Abu Bakar r.a yang telah di jamin syurga, lelaki paling afdal selepas para Nabi a.s, namun kerana takutkan Allah pula pernah berkata:

“Alangkah baiknya jika aku sebatang pokok yang di tebang..”

“Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang di makan lembu..”

“Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan orang Mukmin..”

Kata kata itu diungkap kerana tersangat takut dengan dosa yang akan dihisab di hari akhirat hingga bercita cita menjadi apa apa sahaja makhluk yang tidak perlu menempuh hari penghisaban!

Alkisahnya, Pada suatu ketika yang lain, ketika Abu bakar R.A masuk ke kebun dan melihat seekor burung sedang duduk bertenggek di dahan pokok, lantas beliau menghela nafas keluhan yang panjang lalu berkata:

“Betapa gembiranya hidupmu wahai burung, kamu makan dan kamu minum, kamu ke sana ke mari di bawah naungan pokok-pokok, dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisabanpun ke atasmu. Alangkah baiknya jika Abu Bakar seperti kamu.."

Nampaknya orang yang bertakwa pada zaman dahulu, kerana takutkan Allah, sanggup menjadi binatang asal sahaja tidak di hisab..,

Tapi kita hari ni takutkan Allah ada rasa takut sampai tahap nak jadi pokok, nak jadi daun atau jadi binatang? agar tidak di hisab di hari kiamat?

Sebaliknya korang hari ni dah jadi binatang bukan sebab takut pada Allah, tapi jadi binatang sebab tak takut pada Allah, apa yang binatang buat, itulah yang korang buat, binatang cari rezeki, korangpun cari rezeki-ok takde masalah, binatang berzina sana sini, korang pun berzina juga macam binatang, dah start masalah, lepas tu binatang tak pergi masjid, korangpun tak pergi masjid, binatang tak puasa, korangpun tak puasa, binatang tak pedulikan ibu bapa, korangpun sama, lepas tu angan angan dapat kuasa macam binatang, nak cegah mungkar macam spiderman, batman, keluangman dan cicakman.., apa kejadah?!

Tak cukup lagi?, korang berdoa pulak nak jadi binatang, mintak panjang umur macam kura kura, boleh hidup sampai 200 tahun!, lepas tu doa nak rezeki banyak macam gajah, kalau boleh nak makan1 tan seharĂ­ macam gajah, lepas tu doa nak rumah besar, pergilah duduk zoo, rumah besar, makan free, ha ha!

Lepas tu pulak belajar ilmu hitam supaya boleh terbang macam burung, boleh berjalan atas air macam labah labah, atau boleh menyelam lama lama macam katak!

Semua nak jadi binatang!

Tapi kat akhirat tengok kambing A yang tanduk kambing B di bangkitkan dan Allah perintah kambing B yang di tanduk supaya tanduk balik kambing A, lepas tu bila biantang dah bayar hutang, maka binatang jadi tanah buat selamanya.., maka waktu tu korang sebagai manusia A yang ‘tanduk’ manusia B  juga di bangkitkan, tapi korang bukan kena hisab macam kambing tadi, korang kena azab kaw kawa punya, ada yang selama-lamanya, masa tu baru mintak nak jadi binatang balik, sebab nak jadi tanah macam kambing tadi, mana boleh beb!

Kalau nak jadi binatang, jadilah binatang kerana takutkan Allah, bukan kerana tak takut pada Allah, macam Saidina Abu Bakar Ra yang takut pada Allah sehingga sanggup jika beliau hanya menjadi seekor burung..

Ini bukan soal tak bersyukur,Syukur itu bab fatwa, tapi ini soal takwa.. takut yang bukan di buat buat…

Al faham ke idop?

******

Panjang Aisyah borak dengan ayahnya, hujung cerita, Aisyah ziarah kubur ibunya, dan melihat seekor Rama Rama terbang hinggap di nisan arwah ibunya… maka berbisiklah Aisyah…

“Betapa gembiranya hidupmu wahai Rama Rama, kamu makan dan kamu minum, kamu ke sana ke mari di bawah naungan bunga bunga, dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisabanpun ke atasmu. Alangkah baiknya jika Aisyah seperti kamu.."

Air mata takwa pun mengalir deras dari pipi Aisyah, Rama Rama terbang dan skrin pun gelap, keluar tulisan, “A Film by Hamka Keretamayat” di ikuti lagu Rama Rama nyanyian Ella..

Seumpama rama-rama Terbang bebas di udara tanpa ada halangan

Aman damai, suka-suka, Riang ria tanpa ada rasa duka, sengketa

Rama-rama….ohhh.. yeah yeahhhh… Are you enjoys!

Woha!

Sebelum kahwin vs lepas kahwin?

Sebelum kahwin….

“KALAU angin bertiup dengan kencangnya…”

“Jangan larang daun-daun kering berguguran”

“kalau mendung hitam sudah di atas kepala…,”

“Jangan larang hujan turun ke bumi,”

“Kalau ‘senyummu’ selalu mekar dalam hatiku…”

“Jangan larang aku tetap setia dan rindu padamu.”

Selepas kahwin…

“KALAU angin bertiup dengan kencangnya, lalu daun-daun kering berguguran, serta mendung hitam sudah di atas kepala,.. jangan lupa..”

“Abang, hujan nak turun! angkat kain jemuran!”

Woha!

Kredit: Puisi Penyair Terkenal Indonesia. Pak Zawawi Imron

Ps: Lukisan cantik di sekitar Kuantan https://youtu.be/J-8PWyuTi84



Apr 7, 2023

Nak Jual Kereta Murah?



Kisah Saya di halau oleh Cikgu kerana Kereta Proton.

Alkisahnya, zaman sekolah menengah dulu, ada cikgu suka mengajar dengan Teknik “dengar dan salin..”

Cikgu bacakan, pelajar salin..

Saya pula jenis salin dengan laju, tapi ada pelajar lain, akan cakap:

“ulang cikgu”

“baca semula cikgu”

“perlahan sikit cikgu”

“saya nak tajamkan pensel dulu cikgu, kejap jer”

“cikgu, saya salah tulis, nak padam, kejap yer”

“Cikgu saya tertulis perkataan lain, jangan betulkan, nanti tak cantic buku nota saya”

Woha!

Masa berjalan, saya dah tulis laju, tapi kawan belum siap tulis, maka masa menunggu kawan kawan lain siapkan menyalin, saya lukis kereta proton saga… lukis logo dulu..

Cikgu sambil membaca dengan kuat, sambil meronda, saya tulis cepat, kawan ramai yang masih merangkak, cikgu ulang bacaan, saya siapkan badan Proton Saga..

Dan sedang saya yang asyik melukis tayar kereta, tiba tiba kantoi!

Cikgu tu terus marah saya macam macam, bebel saya, dah berkata, “kamu pergi berdiri luar kelas, orang yang malas belajar macam kamu, pasti akan gagal dalam hidup!”

Saya tak bantah apa apapun, terus keluar bersama “Proton Saga”

Maka dari jauh, terlihatlah seorang saya sedang berdiri luar kelas sambil melihat masa depan, sayup sayup suara cikgu membaca dengan perlahan agar murid dapat salin..

Saya pandang lukisan Proton Saga yang teman saya berdiri.., kesian dia tak ada tayar,

Mujur saya bawa pensil, maka sambil berdiri, saya siapkan seluruh kereta proton saga...

Dalam hati saya: Cikgu ni bukan nak hina saya, tapi nak cabar saya, agar saya buktikan saya boleh Berjaya dalam hidup…

Maka beberapa tahun kemudian, bila saya bekerja dan berkahwin, saya di kira berjaya sebab saya ada kereta Proton Wira.. ya Masa tahun 90-an.. siapa ada kereta Proton di kira Berjaya… Woha!

Lepas anak mencecah bilangan lima orang, kerusi Wira dah penuh kena riba, maka saya jual Proton Wira, dan beli Proton Exora!

Barulah selesa ke sana ke mari naik Proton MPV…

Terima kasih cikgu bagi semangat pada saya untuk Berjaya dalam hidup..

Dan Terkini, Proton Exora dah habis bayar, beli tahun 2013, sekarang dan 2023, dah 10 tahun saya pakai MPV ni..

Bila anak dah besar, masing masing dah pandai naik Grab, saya beli Axia jer ke sana ke mari, jimat minyak dan bulanan pun murah jer, RM250..

Tiba tiba!

Saya dapat panggilan Haji, perlukan RM32 ribu untuk sepasang suami isteri..

Duit simpanan tak cukup, nampaknya saya kena jual kereta Exora saya,

Alkisahnya, saya suka kereta Proton Exora ni sebab Air-condnya kuat.

Jika memaksimakan suhu terendah, Bulu mata pun boleh beku dan akan patah bila berkelip, kadang kadang kaki kena rendam air panas dalam baldi sebab terlalu sejuk.

Paling best, air liur dalam mulut akan bertukar jadi air batu.

Kah kah kah!

Gurau jer, yang sebenarnya, kereta meter dah 280k, tak pernah eksiden, enjin Turbo, kerusi kulit, gear Auto, nak jual dalam RM23k, siapa nak beli, PM tepi, saya akan bagi empat buku percuma siap tanda tangan! Juga dua buah Tanjak corak songket!

Woha!

*****

Terima kasih sudi beli Ebook saya, boleh baca rehat tunggu berbuka, hanya Rm25 untuk dua Ebook-Woha!

Whatsapp 019-9117163

http://www.wasap.my/+60199117163/2ebookhamka

Bila Artis Curang?

Kerap melintas kisah artis curang…

Tahukah anda?, Bila kita curang dengan pasangan kita, dan waktu curang tu kita rasa tak bersalah pada pasangan kita, maka kita sebenarnya sudah tiada cinta lagi kepada kekasih kita…

Maksudnya…

Betapa hari ini, jika kita buat dosa, dan kita tak rasa bersalah pada Alah, maka sebenarnya kita tidak cintakan Allah.

Aduh!

Ya Allah, berikanlah kami jalan orang yang Engkau Cintai… kurniakan kami secebis kemanisan cintaMu agar kami dapat merasa pahitnya dosa lalu termasuk orang yang mencuci maksiat bersama air mata taubat, dan terimalah Taubat kami serta rezekikan kami dengan sajian Syurga…

Amin…