Aug 17, 2021

Me Too?

“Abang mayat, apa hukum kita tahu orang buat salah, tapi sebab tak nak Malukan dia, kita sebarkan dosa dia, tapi kita tak bagitahu siapa? Kita suruh orang teka? Boleh ke macam tu?”

Alamak, Dah jadi kerja pulak nak kena teka siapa yang salah? Adohai..

Teringat cerita orang kampung zaman saya kecik dulu, ada jiran jumpa bomoh, sebab dia rasa macam kena buatan orang, bomoh tu cakap ada orang sohir dia, dan bomoh  tak nak bagitahu siapa sebab tak nak aibkan, Cuma bomoh bagi hint: Orang dekat dekat jer.

Korang bayangkanlah jiran dekat rumah kita ada berapa ramai? Habis bergaduh jiran tu tuduh orang yang dia tak suka, telah sihirkan dia, adohai, lepastu bila dah kena tuduh, sebab bengang, jiran tu pergi jumpa bomoh lain, maka perang santaupun bermula.

Maka masuklah mereka ke lembah dosa besar, sebab guna sihir, yang bermula dari hint: “orang dekat dekat yang buat ni”

Maka sepatutnya, jika kita tahu siapa yang bersalah, ada bukti, terus bagitahu agar orang selamat dari kejahatan mereka, jangan suruh orang ramai teka sebab akan membuak pintu fitnah, dan fitnah termasuk dosa besar!

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”

[Al-Hujurat : 12]

Maka pada pendapat saya yang hina, jika korang ada bukti, dan yakin dosanya adalah bahaya kepada masyarakat umum, yang mana jika tak dedahkan, maka lebih banyak kejahatan tersebar, elok bawa kepada pihak berkuasa, sebarkan bukti anda pada pihak berwajib, jangan tiru perangai bomoh konon nak tutup aib, dan bagi drop hint: orang dekat dekat jer.

Jika setakat bagi hint, nanti akan terbuka pintu fitnah! Akan buatkan orang mencari aib sesama islam, yang mana orang taksub akan back up sebab bukti tak cukup, orang benci akan tuduh walau bukti tak cukup, lepas tu gaduh, hingga semua dosa terbang bertaraburan bagai abu di petik Thanos berbatukan infinity stone.

Sungguh aktivti dedah aib secara, 'teaser' dan 'bayangan' yang berpanjangan serta meleret-leret, membuat ramai orang berburuk sangka, berspekulasi yang akhirnya membuka medan kehakiman berdasarkan like yang tinggi, lebih teruk jika anda tunggang isu untuk kejar like sedangkan korang sendiri pun tidak 100% pasti akan kejadian sebenar, Cuma share sebab ramai share. Adohai.

Mungkin korang cakap tujuan bagi hint agar ramai mangsa berani hubungi anda, dan anda akan bawa ke peguam bila banyak bukti. Tapi bila ada video tersebar, bermakna ada yang dapat bukti, jadikan content pulak sebarkan sikit sikit, suruh like dulu, nanti nak bagi sikit, dah kenapa? Nak tiru long Burma suruh like banyak baru nak cerita ke?, adohai..

Bab nak cegah serangan seks, di dunia sekarang ni ada  Gerakan hashtag mee too, #MeToo yang mana semua mangsa seks jahat di gesa untuk berani mengaku pernah di media sosial jika korang pernah di cabul ke,pernah dirgol ke, amang seksual ke, oleh orang di sekeliling, sila dedahkan aib orang cabul kita sebab kita mangsa, cerita modus operandi mereka, dan letak hashtag “MeToo”.

Itu yang tahun lepas keluar berita dari The Academy Sains Filem yang telah membuang lagenda komedi Bill Cosby dan pengarah filem Roman Polanski kerana tuduhan melakukan serangan seksual.

Pengusiran ini terjadi apabila tuduhan yang melibatkan ahli politik, ahli perniagaan dan penghibur yang dilucutkan dari pelbagai projek kerana gerakan #MeToo di media sosial yang memperkasakan hak wanita yang menjadi mangsa pencabulan serangan seksual.

Hasil Gerakan ini, tampil Angelina Jolie cerita bagaimana dia dapat gangguan seksual dari penerbit filem, ada jenis ajak mandi Bersama, jika tak nak, maka tak akan dapat tawaran filem, baca kes Harvey Weinstein Founder Miramax Film, ada 100 artis Wanita jadi mangsa serangan seks dari beliau.

Dan isu ni bukan dekat Holywood sahaja, berapa ramai perempuan jadi mangsa bila nak dapat kerja, atau mengadu masalah pada orang agama yang gila seks. Rujuk filem Spotlight kisah sukarnya wartawan nak minta mangsa tampil ke depan lepas di cabul oleh Paderi.

Hasil kempen #MeTOO juga dedahkan Tariq Ramadan, seorang profesor dari universiti, yang juga cucu pengasas Ikhwanul Muslimin iaitu Hasan Al Banna terpalit dengan kes rogol apabila #metoo meletup yang telah berlarutan melibatkan ramai wanita tampil mengaku jadi mangsa termasuk seorang wanita kurang upaya Mualaf.

Panjang nak cerita, Korang google lah #MeToo dan bacalah bagaimana kempen ni buatkan ramai penjenayah seksual tersungkur.

Tapi waktu nak tulis #MeToo nanti, jangan bagi hint pulak, orang dekatlah, ada tahi lalatlah, pakai kopiahlah, jadi dosa orang ramai pulak terpaksa cari buruk orang dengan meneka neka, bagitahu terus, sebab korang mangsa, siapa yang rogol? Ayah sendiri? Abang? Ustaz? Cikgu? Menteri? Jangan takut bercakap benar, fakta tetap fakta. Tiada Deepfake boleh rogol orang depan depan.

Tapi jika setakat bagi hint, nanti ramai orang boleh gunakan #Metoo untuk tuduh orang berzina, dosa besar pulak fitnah orang baik berzina, makan tak habis dosa bawak mati.

Kita semua pulak kena faham, menuduh orang berzina belum bermakna sifulan adalah penzina? Tak perlu terus percayapun, Islam dah ajar dalam surah Al hujarat, dapat berita, Kena siasat dulu, walaupun tuduhan tu dah letak nama, zaman nabi waktu Aisyah di tuduh berzina, Nabi tak bela terus, Nabi juga tak hukum terus, Nabi siasat, doa dan tawajuh pada Allah, waktu itu berapa ramai makan dosa tak habis sebab percaya Aisyah berzina, dan betapa ramai musuh Nabi yang seronok dengan fitnah ini? Dan akhirnya terbukti itu semua fitnah, dan penfitnah telah dikenakan hukuman,

Jadi bab menuduh orang buat dosa, sebelum#metoo, kena ada bukti, sangat berdosa besar tuduh dan sebarkan aib orang tanpa bukti sebab pesan Nabi jelas, jika terbukti Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya, maka pandangan saya, tiada orang terlepas dari dosa, jika terbukti bersalah, hukumlah, tak kita orang tabligh ke, lebai ke, ustaz ke, artis ke, salah memang kena hukum, jangan taasub membela atau menuuh hingga kita tak sedar  dah sampai ke tujuh pintu Dosa besar, sekali kena Virus stage 5 waktu buat dosa besar? Bagaimana?

Keretamayat tak pilih kasih, semua pendosa boleh naik, tapi ingatlah, hala tuju kerata mayat adalah tanah perkuburan islam, dan keretamayat sehala jalannya, sekali masuk terus jalan, sekali turun tak naik dah.

Woha!

#MeToo akan naik keretamayat kerusi belakang, sob sob..

Aug 16, 2021

Family Rules?


 Di dinding rumah saya ada Poster FAMILY RULES. Tempatnya di area meja makan, kadang akan jadi modal untuk tazkirah..

 

Duhai Anak anak, dunia ini syurga orang kafir kerana mereka bebas buat apa sahaja berbanding neraka yang bakal mereka masuk nanti, manakala dunia ini adalah penjara orang islam, berbanding dengan syurga yang kita bakal masuk.

Maka dalam penjara ada undang undang! Jadi dalam Family pun ada undang undang!

SAY PLEASE AND THANK YOU

Pertama, bersopanlah walau di mana anda berada, contoh nak buat apa-apa, sila minta izin dengan sopan, atau nak minta tolong orang buat sesuatu berkatalah dengan sopan, rujuk kisah wanita pertama masuk syurga, bila Fatimah r.aha pergi siasat, rahsianya dia seorang yang sangat bersopan pada suaminya

Kemudian duhai anak, bila dah dapat izin, atau orang sudi tolong kita, berterima kasihlah serta mereta kerana dalam hadis bagitahu, orang yang suka berterima kasih kepada manusia, adalah tanda orang yang suka bersyukur kepada Allah, dan siapa yang bersyukur, Allah pasti akan menambah nikmat.

PLAY NICE, WORK HARD

Waktu main, sila main betul betul, tolong jangan main-main waktu main, manakala waktu kerja, sila kerja betul betul, tolong jangan main main waktu kerja, dan tiada istilah Study Smart atau Work Smart, yang ada adalah Study Hard serta Work Hard sahaja, kejadian Study Smart atau work Smart ni bila orang tak nampak kita penat, yang mana bila orang nampak kita sedang passion, atau gharah, atau sangat bersemangat, masa tu kelihatan macam STUDY SMART, padahal bagi orang yang mampu melihat yang tersirat, itulah WORK HARD.

DREAM BIG

Jika orang Tanya: lima tahun akan datang apa nak capai? Lima bulan akan datang, apa nak capai? Lima hari akan datang, apa nak capai? Lima jam lagi? Ada nak capai sesuatu tak? Pastikan ada jawapan!

Bila ada impian, maka senang kita susun langkah kerja, contoh jika saya nak capai lima buku lagi lima tahun, maka lima jam dari sekarang saya dah baca satu bab, serta dah tulis tiga muka surat, begitu contoh lebih kurang.

Luaskan kubur dan Syurga dengan Impian yang memberi manfaat dunia dan akhirat.

KNOWLEDGE IS BETTER WITH WISDOM

Ilmu itu teori, kena banyak belajar dan membaca, sementara “Bijak Sana” itu adalah kemampuan memilih cara terbaik bila berdepan dengan pelbagai masalah hingga keputusan kita membuatkan kita BIjak di sana (Akhirat)

Okey, dah separuh papan poster saya tafsir, sambung lain kali. Kita makan dulu!

Note:

Siapa nak beli poster, saya tak jual, tapi boleh klik sini: https://invol.co/cl5dj54

Jap lagi ada Tanya, bar besi bergayut tu jual tak? Klik sini: https://invol.co/cl5d43m

 

Jika nak saya? Err, maksud saya ILMU dari saya, boleh beli buku Hamka keretamayat, ada tujuh tajuk pelbagai topik tazkirah santai tapi sampai.

 

Woha!

Masalah anak remaja?

Masalah anak remaja.

Alkisahnya,  Tiga anak saya dah jadi remaja. Lalu berkatalah salah seorang anak remaja saya:

"Ayah beli lah alat senaman untuk bergayut"

Saya tidak berkata apa apa, Si anak bertanya lagi soalan yang sama lalu saya menjawab:

"Tengoklah jika ada duit lebih ayah beli"

Tiba tiba dua anak remaja memanjat Tirai besi lalu berkata:

"Takpelah ayah, kami gayut kat sini sahajalah."

Terus saya terkejut di tempat kejadian, saraya berkata:

"Oh anak, tercabut grill pintu rumah anak oiiii"

Maka isteri datang membawa sebuah telefon, dan berikan saya Link order alat bergayut untuk anak remaja, sudah add to cart katanya.

https://invol.co/cl5d43m

Saya terus order dan sementara barang Shopee itu sampai, saya teringat Hadis tentang sesuatu yang bergayut.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling(bergembira) di dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang bergayut mengganggu manusia". (Riwayat Muslim)

Alkisahnya, seorang lelaki yang sedang melalui jalan yang biasa digunakan oleh kaum Muslimin. Ketika melewatinya, dia melihat sebatang dahan yang berduri dan bergayut seakan-akan hampir jatuh. Bimbang apabila memikirkan dahan itu akan menimpa orang ramai, lelaki itu berusaha memotong dahan tersebut dan menjauhkan dari jalan. Oleh kerana tindakannya itu, Allah s.w.t. mengampuninya dan memasukkannya ke dalam syurga. Dia menikmati kemewahan dan kesenangan yang tiada bandingannya.

Akhirnya barang Shopee itu sampai, anak terus bergayut, semoga ada kebaikkan buat kami semua.

Woha!

Jika nak beli jugak alat bergayut, klik sini: https://invol.co/cl5d43m

Jika nak beli Taklim untuk anak remaja, boleh klik sini: https://invol.co/cl5d1wf



 

Aug 15, 2021

PKP.., jadual untuk anak?



Ada yang Tanya, pakcik keretamayat susun jadual harian untuk anak-anak bagaimana?

Jadi saya share jadual yang saya buat untuk anak sendiri.

Kita mulakan pagi lah yer...

Alkisahnya, Lepas solat subuh berjemaah, semua orang kena ceramah, dalam lima minit seorang, apa apa tajuk, tapi lebih kepada syukur dengan nikmat beragama dan nikmat hidup. Semua orang kena bercakap.

Kemudian kami akan mensyuarat tentang lima perkara,

1.Agama, (siapa azan, siapa Imam, siapa muzakarah, dan lain lain)

2.Keluarga, (apa aktiviti nak buat bersama sama hari ni, siapa buang sampah?, siapa siram pokok, siapa basuh singki? Dan lain lain)

3.kesihatan, (apa nak main petang nanti?)

4.rezeki, (nak makan apa?)

5.Masa lapang. (Setiap orang kena laporkan perkataan baru jumpa atau ilmu baru, dan kami akan bincang bersama setiap perkataan atau ilmu baru itu.)

Dalam mesyuarat, Semua orang kena bagi peluang untuk buat cadangan.

Lepas semua dah dapat tugas, dah bagi laporan semalam, maka sarapan sama sama, lepas tu bermulalah aktiviti bebas, nak belajar ke, main game ke, on line ke. Jika waktu PdPR kena ikut jadual kelas masing masing.

Kemudian Solat zohor berjemaah, dan buat muzakarah agama, semua orang kena cakap. Lepas tu Lunch, dan kemudian aktiviti bebas. Saya dan wife biasanya tidur petang, orang tua biasalah, cepat penat.

Masuk Asar, buat Muzakarah lagi, semua orang kena kongsi ilmu masing masing. Habis muzakarah saya tutup internet, anak semua kena keluar bermain aktiviti fizikal sampai magrib, minum petang di sediakan.

Lepas magrib, mengaji sampai isyak.

Lepas Isyak, baca Taklim, baca kitab, dan muzakarah enam sifat sahabat. Anak anak juga di minta hafal hadis agar berdakwah nanti lancar.

Kemudian makan malam sambil menonton sesuatu di TV secara berjemaah.

11 malam, tutup lampu, tutup internet, rampas handset. Selamat malam dunia.

Begitulah kami sehari hari sepanjang PKP.

InsyaAllah dengan jadual begini, Tiada anak yang menyendiri, tiada anak anak yang tak bersuara, tiada anak anak yang di abaikan, masing masing ada peluang untuk belajar memberi dan menerima. Belajar bersyukur dan bersabar.

Semoga membantu, jika ada cadangan tambahan, mohon tunjuk ajar.

Woha!

Hamka keretamayat pkp3.0

Penulis buku Kerana Dia Anak Syurga

note: Orang selalu tanya, nak beli kitab taklim ada jual tak? maaf, saya jual buku saya sahaja, tapi jika nak beli kitab taklim, saya cadang beli dishopee link ini https://invol.co/cl5d1wf

Tujuh Sekatan?

“Ayah, dari mana kita datang dan ke mana kita pergi?”

“Kita datang dari belakang dan pergi ke depan”

“Jawab betul betul lah ayah, nak catat ni”

“ok.. dengar…”

“Kita datang dari Kehendak Allah, dan kepada Kehendak Allah kita pergi.”

“Jelaskan lagi?”

“Allah Maha Berkehendak, dia yang Berkehendak kita menjadi manusia, lalu disempurnakan nikmat iaitu kuasa berkehendak juga ada pada kita.”

“ok, lagi!”

“Kita di beri dua jalan, yang baik untuk didekati, dan yang buruk untuk dijauhi. Baik dan Jahat, Allah yang tentukan, bukan kehendak kita, kita ikut kehendak Allah maka ada kejayaan, lalu akhirnya kehendak Allah yang menentukan Syurga nereka berdasarkan Kehendak kita di dunia”

“boleh cerita Panjang sikit tak ayah ke mana kita selepas mati?”

"Kita akan ke tujuh Hentian"

"Cer citer cer citer"

1.Hentian Kubur:

Kata Saidina Osman menantu Nabi, Kubur ni sama ada lembah Neraka atau Taman syurga.. orang baik lepak Taman Syurga, orang tak bernasib baik, lepak lembah neraka.

2.Hentian Telaga:

Kemudian kita akan bangkit dari Kubur dan Rentas Telaga Nabi, waktu merentas, jika Nabi ajak minum air telaga Nabi, hilanglah dahaga buat selama-lamanya.

Tapi jika ada Malaikat buat road Block, di halaunya kita kerana atas dunia kita tak termasuk orang yang hidupkan Sunnah Nabi.., maka menjadilah kita golongan yang Nabi tak mengaku Ummat. Nauzubillah.

3.Hentian Bawah Arash

Dah kena halau kat Telaga Nabi, automatic kena kena pergi hentian ketiga iaitu padang masyar tempat yang penuh azab, ada kawan kita yang berenang dalam peluh, ada kawan kita kemaluannya besar dari badan sebab suka berzina, ada kawan kita yang perut besar dari badan sebab makan benda haram.

Kita pulak, tak tahu apa akan jadi? Tengok dosa masing masing lah.

Masa tu dah tentu kita akan cemburu gila babi tengok Hentian mereka yang dah kenyang minum air telaga Nabi, relex duduk lepak bawah arash, pakai baju kemuliaan sedang kita bertelanjang, mereka duduk atas mimbar bercahaya sedang kita kepanasan dalam kegelapan, mereka lepak atas timbunan kasturi sedang kita sedang berenang dalam lautan nanah!

Siapa mereka tu?, apa amal mereka hingga boleh duduk lokasi istimewa? Mereka antaranya adalah pemuda yang hatinya terpaut pada masjid, orang yang tidak berzina, orang yang selalu menangis takutkan Allah, orang yang iklas dalam menderma, orang yang selalu bangun malam solat tahjjud, pemimpin yang adil, dan lain lain, ada tujuh golongan semuanya.

Aduh,, kita yang sedang kepanasan bawah terik dua belas matahari mula menyesal dulu tak nak kawan dengan geng surau.., selalu kutuk geng surau ni riak lah, apa lah, oh kembalilah kami ke dunia, sebab kami nak belajar cintakan masjid jugak…

4.Hentian Mahkamah Allah

Lepas tu hentian seterusnya adalah Mahkamah akhirat untuk ambik buku laporan kehidupan dan dibincang dosa pahala.

Mereka yang ambik dengan tangan kanan senyum gembira sebab confirm masuk syurga

Kita pulak, aduh.., tangan kiri korek perut pergi ambik walau kita dah sorok tangan tu belakang badan.

Bagi yang belum tahu, hentian ke empat ini ada tiga mahkamah, pertama untuk orang kafir lalu di bicarakan azab apa patut dapat, orang kafir yang baik akan dapat azab yang ringan, yang jahat akan dapat azab yang berat.

Mahkamah kedua pulak, untuk azab orang yang berdosa dengan Tuhan sahaja, kat sini Rahmat Allah terbuka luas, mereka yang duduk bawah Arash masuk sini.

Kita pulak, akan masuk mahkamah ke tiga, iaitu dosa dengan manusia, kat sini jika kita buat jahat kat orang, orang tu akan dapat pahala kita dan bila pahala kita dah habis tapi bilangan orang yang kita kutuk, hina, sakitkan hati masih ramai, maka kita pulak yang ambik dosa mereka, aduh…

Si mati Syahid yang patut terus masuk syurga juga sangkut kat mahkamah ni sebab dosa hutang tak bayar kerana hutang wajib bayar, dan di akhirat bayar dengan pahala jika ada baki, atau bila stok pahala dah habis, kena ambik dosa orang yang kita hutang tak bayar. Aduh..

5.Hentian Mizan

Dah dapat dosa dan pahala masing masing maka kita semua akan ke hentian ke enam.

Iaitu Neraca Mizan untuk ditimbang dosa dan pahala, sebab ada dosa yang ringan , dan ada jugak pahala yang berat, mana tahu pahala kita yang sikit tapi berat kualitinya boleh cover dosa kita yang besar tapi ringan? Mana tahu?

6.Hentian Sirat

Dah nampak hasil timbangan, pergilah kita kehentian ke enam, rentas titian Sirat.

Siapa berjaya lepas akan masuk hentian terakhir iaitu syurga.

Siapa jatuh itulah hentian iaitu Neraka.

Namun Pintu Syurga dan Neraka sentiasa terbuka, dari masa ke semasa akan ada pengumuman ahli neraka yang berjaya keluar dari Neraka dan masuk Syurga.

Semoga perjalanan kita, bermula dengan taman syurga di kubur, lepas tu minum air kat telaga Nabi, lepas tu lepak bawah arash kejap, lepas tu pergi mahkamah ambik buku catatan tangan kanan, lepas tu pergi timbang pahala, kemudian pergi titi sirat pantas macam kilat, dan akhirnya masuk syurga tanpa hisab.

Alhamdulillah, jauh lagi kan perjalanan kita?

Tak jauh pun. Mati esok.. maka esok juga dah terjaga dalam kubur.

Semoga Woha sampai syurga!

Ps: Video detail tentang gambar klik sini: https://youtu.be/Ay4pcSKrmqQ

 

Aug 14, 2021

Bunuh Diri di kalangan orang Islam?

“Ada orang bukan islam tanya, kenapa zaman Covid ni kes bunuh diri di kalangan orang islam tinggi? Bukan kah Islam haramkan bunuh diri?”

*****

Bagi saya soalan ni sama dengan soalan: kenapa ramai orang melayu islam hisap dadah di Malaysia?, sebab majoroti orang Malaysia adalah melayu islam, maka ramailah. Jika kita pergi KL tengok ramai melayu lepak, cuba pergi Singapore, ramai jer cina lepak.

Jadi Data yang adil kena ambil melalui peratus. Macam kes Covid juga jika bilangan di ambil banding dengan negara Amarica, atau india dah tentu tak adil, sebab negara mereka besar, negara kita kecik, jadi nak adil kena ambil melalui peratus.

Jadi Bab Covid, ikut peratus, negara kita memang tinggi kes aktif.

Jadi bab bunuh diri, mohon jika siapa siapa ada data dalam peratus bagi tahun 2020, atau 2021, kita kongsi, dan melalui data yang betul, Langkah penceggahan dapat di ambil.

Contoh saya Google tadi, saya dapat dari Public Health Malaysia bagi tahun 2018, Kaum india paling ramai bunuh diri berbanding bangsa lain di Malaysia sekitar 3.6 peratus.

Saya juga baca sedikit kajian bertajuk Suicide and Ethnicity in Malaysia oleh Dr Om P Murty dengan data dari 251 cases mendapati, Muslims showed the lowest cases of suicide.

Tapi itu data sebelum Covid.

Dan terkini semenjak Pendemik Covid 19, memang menyedihkan bila dengar banyak berita orang melayu islam ramai bunuh diri kerana pelbagai masalah.

Saya tidak dapat menjawab kenapa orang bunuh diri? Kerana itu di luar kepakaran saya, lebih baik soalan ini di jawab oleh pakar kesihatan mental, kerana kemurungan, stress, anxiety dan lain lain masalah kejiwaan adalah termasuk dalam bidang perubatan yang ada pakar dapat mencegah, merawat dan mengubat.

Cuma dari segi pandangan saya sebagai seorang beragama Islam, saya rasa SOP kerajaan yang tidak benarkan orang islam solat berjemaah, solat Jumaat, hadir majlis agama, dan lain lain amalan masjid, sikit sebanyak memberi kesan kejiwaan kepada ramai orang Islam.

Selalu saya baca dalam group orang islam, luahan sedih dan stress sebab tak dapat pergi solat macam dulu, hingga ada yang engkar arahan tetap ke masjid dan kena saman, bertambah stress.

Lebih stress, bila duduk rumah terkurung lama-lama, Covid makin meningkat, walau dan berbulan bulan tak solat Jumaat, rupanya datang dari Kluster Kilang,

Bila cerita tentang kilang, teringat saya satu anologi tersangat logic dalam ceramah agama berkeaan kilang buka 24 jam.

Tulisan ini ditulis sebelum Covid 19, di tuju kepada orang islam yang tak pernah ke masjid.

Katanya,

Tahu tak kenapa semua rumah ada TV, ada, lampu dan ada Kipas?

Tahu tak Kenapa seluruh dunia di setiap rumah ada TV, ada kipas, dan ada lampu?

Jika TV rosak, atau kipas rosak, atau lampu rosak, kitab buang dan bila pergi kedai, kita dapati berderet orang jual TV baru, kipas baru, lampu baru?

Tahu tak kenapa barang letrik ni ada bersepah-sepah di kedai?

Betul! Sebab kilang buat barang letrik hidup 24 jam,  kilang TV, Kilang kipas, dan lain-lain kilang sedang hidup 24 jam, pekerjanya keluar masuk mengikut shift, maka kita dapati dalam semua rumah telah masuk TV, lampu dan kipas…

Tapi hari ini, masjid tidak hidup 24 jam, sekejap bukak sekejap kunci… sebelum Covid, ada masjid buka sebelum magrib dan jam 9 malam dah tutup, jadi bayangkan? macamana amalan agama nak masuk dalam rumah jika kilang “rohani” bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak?

Saya rasa jika kilang TV bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak, maka takdelah TV kat mana mana rumah, baru nak pasang skrin dah tutup kilang, camne..?, kipas dan lampu pun tiada, sebab berapa bijik kipas siap di pasang jika kilang kipas buka magrib dan tutup isyak?

Begitulah masjid zaman sekarang, (sebelum covid) orang pergi sekejap sekejap sahaja antara magrib dan isyak.., kerana itulah tak pelik jika banyak maksiat sini sana, sebab masjid tempat membina rohani tak hidup 24 jam.., mana pergi AJK masjid?, adakah nak tunggu peruntukkan dari kerajaan baru nak fikir hidupkan masjid 24 jam?

Jika kita rujuk masjid Nabawi zaman Nabi dahulu, masjid hidup 24 jam, jemaah keluar masuk, azan dua kali, tanda tukar shift bergilir imarahkan masjid.

Kemudian Ada golongan suffah lagi yang tinggal di masjid, malahan tawanan perangpun di ikat pada tiang tiang masjid, dan akhirnya mereka tawanan perang masuk islam secara sukarela kerana terkesan dengan amalan sahabat yang memakmurkan masjid Allah…

Atas kesedaran ini, sebelum covid, jemaah Tabligh cuba hidupkan masjid 24 jam, iktikaf di masjid, makan di masjid, dengan program agama 72 jam (3 hari), ada program 40 hari hidupkan masjid, ada 4 bulan hidupkan masjid dengan amalan Dakwah, Taklim, Ibadat, khidmat.

Biasa Jemaah tabligh pagi lepas solat subuh, mereka buat ceramah, zikir pagi, lepas tu mesyuarat bagi kerja, lepas tu pecah dia Jemaah, dalam masjid, baca hadis, dan majlis Al quran, dan muzakarah sampai zohor, satu Jemaah lagi keluar berdakwah cari orang kampung ajak datang ke masjid,  lepas zohor makan dan muzakarah lagi, lepas asar mereka berdakwah rumah ke rumah, Lorong ke Korong, lepas magrib ceramah, lepas isyak baca taklim dan program tahajjud serta solat taubat.

Kira masjid hidup 24 jam, maka kesan amalan ini, anak isteri di rumah terdedah dengan amalan rumah sahabat seperti baca Al quran, mensyuarat, taklim, muzakarah, zikir, tahajjud dan perlbagai amalan rohani.

Almaklumlah, bila kilang hidup 24 jam,maka semua rumah ada barang kilang, dan bila masjid hidup 24 jam, maka rumah rumah sekitar masjid akan terkesan dan hidup juga dengan amalan masjid. Lepas tu kita dengar ada orang tak pernah solat tiba tiba dah rajin ke masjid, orang isap dadah dah insaf, artis bertaubat, samseng bertatoo ikut tabligh, al quran yang berabuk, di bacakan semula, hadis di hafa dan meniti di bibir, semua kesan dari masjid yang hidup 24 jam. Alhamdulillah!

Namun! Sekejap, maaf! saya mohon amalan hidupkan masjid 24 jam ini jangan biarkan orang tabligh sahaja buat, sebab masjid ni milik semua orang islam, jadi mohon orang PAS, UMNO, BERSATU, PKR, NGO, Artis, dan lain lain sama sama korbankan masa dengan hidupkan masjid 24 melalui amalan yang sesuai dengan Al quran dan sunnah.

Bayangkan jika kampung kita ada amalan memakmurkan masjid Allah 24 jam.., siap buat shift,bergilir gilir masjid ada orang, lepas tu ustaz dan ulamak pun sama sama iktikaf, siap duduk tunggu ummat kat masjid, senang orang ramai jika ada masalah agama boleh pergi kemasjid untuk rujuk ustaz dan ulamak, boleh rujuk ustaz walaupun jam 3 pagi, takdelah jadi macam sekarang, ummat tak tahu nak rujuk kat mana, last last just baca blog, baca FB, baca web syiah, baca web wahabi, lepas tu sesat, tafsir al-quran sendiri, lepas tu gaduh.. adohai..

Rujuk balik, perasan tak doctor ada kat klinik 24 jam, polis ada kat balai polis 24 jam dan bomba ada kat balai bomba 24 jam..

Bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..

Bila bomba duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..

Bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..

Tapi hari ini, masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, TUTUP!

Dan fahamlah, apabila ummat islam ramai tak boleh pergi ke masjid Allah, maka mereka tak dapat penuhi keperluan hati mereka.., orang yang sakit rohani apabila tak dapat pergi rumah Allah, sakit rohani mereka tak sembuh sepenuhnya, mereka cepat stress, cepat marah, sebab masjid hati bagi kampung telah lama mati.

Yang kuat keimaman, mampu jadikan rumah macam masjid, hidup amalam dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, alhamdulillah ketenangan hati dapat dicapai melalui amalan masjid walau tidak di masjid, maka mereka masih mampu bertahan walau tiba Hari Jumaat rasa begertar juga hati tak dapat solat di masjid, tapi bagaimana dengan Ummat yang sakit jiwa? Yang stress? Yang perlukan suasana damai di masjid untuk ketenagan hati?

Nak salahkan Ummat?

Memang benar orang sakit itu salah kerana tak pandai jaga kesihatan, tapi apa kata kita jika hospital gagal beroperasi 24 jam kerana doctor tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Memang benar orang jahat itu salah kerana buat jenayah, tapi apa kata kita jika pihak polis gagal beroperasi 24 jam kerana polis tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Memang benar rumah terbakar itu salah penghuni rumah yang tak jaga safety, tapi apa kata kita jika bomba gagal beroperasi 24 jam kerana bomba tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Dan..Memang benar orang murtad / ahli maksiat / pendosa / penzina / orang bunuh diri itu salah kerana tak pandai jaga iman, tapi apa kita nak jawab dekat Allah jika masjid yang kita ada kuasa membuka, tapi kita tutup terus!

Nabi sampai Madinah, terus bina Masjid, maka kita ke mana manapun pergi mesti nak cari masjid, tapi sekarang.. Masjid tutup terus! Kilang buka, dan bila ramai orang islam bunuh diri, kita semua tak tahu punca…

Saya pun tak tahu, dan anologi masjid 24 jam dibandingkan kilang 24 jam ini hanyalah analogi sahaja, kebenaran sebenar hanya Allah yang tahu.

Akhir kata saya doakan mereka yang murung dan stress, agar bersabar, marilah kita sama sama cuba hidupkan rumah dengan amalan masjid, insyaAllah. Hanya dengan ingat Allah hati akan menjadi tenang.

Saya doakan juga, Vaksin lebih baik dapat dicipta sebagai asbab, dan dapat diberikan kepada semua rakyat dengan cepat (saya pun belum dapat janji temu, daftar awal tahun hari tu, sob sob)

Akhir kata, Semoga SOP masjid dikemas kini dengan lebih baik, agar jika masjid tak dapat hidup 24 jam, dapat hidup sikit-sikit, Alhamdulillah.

Saya doakan juga Covid 19 ni cepat berlalu agar kita dapat kembalikan zaman masjid hidup 24 jam.

Amin.

Semua ujian dari Allah, sungguh kita kini di akhir zaman, dan sudah lama kita biarkan masjid sepi sebelum Covid, dan sekarang masjid telah benar benar sepi, maka semua orang sedang di uji.

Semoga semua terus kuat, sabar, dan tabah!

Woha sampai syurga!

Bagaimana nak jadikan rumahku syurgaku?


 Awal Islam, Nabi tak boleh duduk dirumah sendiri, kena kepung, kena maki, kena halau, kena baling najis, kena boikot, malahan sampat tahap nak kena bunuh pun ada.

Maka Nabi Move on, cari tempat baru untuk tinggal, tapi nak pergi mana?

Ringkas cerita, berlaku tiga hijrah di zaman Rasulullah saw iaitu:-

1.Hijrah ke Taif.

2.Hijrah ke Habsyah.

3. Hijrah ke Madinah.

Mari kita kaji kesan kesemua Hijrah ini mengikut sejarah.

(1) Apa yang berlaku di Taif bila Nabi berhijrah di sana?

Di Taif rupa rupanya tinggal ramai orang yang suka mengkritik, MERUNGUT, mencaci, membatah, dan semua perangai tak elok dari rakyat sampai ke Pembesar sama sahaja. Mereka kritik Nabi, Mereka bantah, mereka caci, mereka ejek, malahan mereka halau Nabi dengan cara membaling batu sehingga Nabi luka dan berdarah..

Di hujung cerita, Malaikat Bala datang untuk terbalikkan bumi Taif, nasib baik Nabi sempat halang niat malaikat azab menurunkan bala, kalau tak dah tentu bumi taif menjadi padang jarak padang terkukur..

(2) Habis bab hijrah di Taif. Kita pegi pada Hijrah di Habsyah.

Di Habsyah, raja mereka sangat penyabar, rakyat negara itu juga ramai yang SABAR, mereka bagi perlindungan, serta makanan pada orang islam, tapi tidak membantu dalam kerja dakwah agama islam.., walaupun bagus cara layanan Raja Hasyah, tapi tempat tu agama tidak dapat dimajukan.., Nabi Muhammad SAW pun tak berhijrah ke sana walaupun tawaran Raja Habsyah menarik. Tiada apa apa bencana menimpa Habsyah, Alhamdulillah.

(3) Okey, last, kisah Nabi berhijrah ke Madinah,

Semua tahu bahawa hijrah ini telah mendapat bantuan serentak dari majoroti penduduk madinah, mereka bukan setakat bagi perlindungan dan makanan, tapi Mereka sangat berSYUKUR terima Nabi, dan layan Nabi dengan sangat baik. Nabi tinggal di sana sampai hujung nyawa. Madinah telah dimuliakan, Ibadat di sana dilipat ganda, kurma di sana sangat subur, ekonomi di sana maju sampai sekarang,

Dari Ketiga tiga lokasi ini, apa yang boleh kita belajar?

(1)Rumahku ke Nerakaku, bila kita dan ahli keluarga kita selalu mengkriktik, mengeluh macam penduduk Taif.

(2)Rumahku biasa biasa, bila kita dan ahli keluarga kita selalu bersabar macam penduduk Habsyah.

(3)Rumahku ke Syurgaku, bila kita dan ahli keluarga kita selalu bersyukur macam penduduk Madinah.

Alhamdulillah.

Maka kesimpulannya, ajarlah ahli keluarga kita untuk tidak selalu mengeluh atau mengkritik, kerana itu perbuatan penduduk Taif yang terdedah pada azab Allah,

Ajarlah ahli keluarga untuk bersyukur dengan semua nikmat dan bersabar dengan semua ujian.

Lebih tinggi, tiru penduduk Madinah, yang ujian bukan setakat mereka hadapi dengan sabar, tapi berterusan bersyukur walau di uji kerana setiap ujian akan menaikkan darjat kita di syurga kelak, nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Bayangkan?

Bangun pagi, asyik dengar orang merungut-merungut-merungut, kita pun jadi stress.

Atau..

Bangun pagi, terus dengan orang bersabar ke sini, bersabar ke sana, Alhamdulillah, aman damai.

Atau..

Bangun pagi, semua bersyukur tak henti henti, alangkah nikmatnya hidup!

Akhirnya, akan muncul tiga Abu dari rumah kita..

Abu mana pulak?

Alkisahnya..

Dari Rumah suasana Taif, akan muncul anak anak berperangai macam Abu Lahab ahli neraka!

Dari Rumah suasana Habyah, akan muncul anak anak berperangai macam Abu Talib yang penyabar.

Dari Rumah suasana Madinah, akan muncul anak anak berperangai macam Abu Bakar Ahli Syurga!

Last sekali..

Beruntunglah Bapak mertua yang dapat menantu Madinah!

Woha!

Ps: Proses menjadikan anak menantu korang sebagai Modal Insan Masrakat Madani sedang berjalan, sila beri kerja sama.