Aug 10, 2021

Biskut Paling Sedap?

Zaman PKP ramai orang tak dapat berniaga, termasuk adik saya.

Waktu sebelum PKP3.0, waktu saya ke Terengganu hantar anak nombor dua masuk MRSM, Saya tumpang tidur rumah adik saya.

Rumah kampung.Tengah malam rasa nak ke tandas. Kena lintas dapur.

Sampai dapur saya tengok adik perempuan saya sedang buat kueh biskut. Saya tak tegur sebab jam baru 12 malam.

Jam empat pagi saya terjaga dan rasa nak ke tandas lagi. Faktor usia.

Saya ke dapur dan dapati adik saya masih buat kueh biskut. Berbalang balang.

Saya rasa sekeping memang sedap.

"Berapa jual?"

"Ikut saiz bekas dalam RM12"

"Tarikh luput berapa hari?"

"Dua hari"

"Dua hari sahaja?"

"Ya ikut testimoni pembeli dua hari terus habis makan sebab sedap, jadi siapa beli kena makan cepat sebab dua hari jer habis tanpa sedar"

"Perghhhh"

Korang bayangkan, walau stress akibat PKP, Jam empat pagi masih boleh bagi punch line, masih berjaga buat kueh, masih mampu berusha untuk teruskan hidup yang mencabar ini, korang support lah beli, rasanya macam dark coklat yang rangup!

Dan lepas makan tu tolong simpan tempat rahsia. Jumpa dek orang lain nanti tak sampai dua hari dah habis.

Woha!

Masa tu dia jual secara COD, sekarang masuk PKP3.0. dan banyak tempat PKPD, adik saya dah jual di Shoppe,

Klik sini untuk beli. https://invol.co/cl5gfn5

https://invol.co/cl5gfn5

https://invol.co/cl5gfn5

Terima kasih bantu kami meniaga kecik kecik. Jika tiafa shopee call Puan Rody: Wasap.my/601129244409




Aug 9, 2021

Tazkirah hari Lahir?


Hari ini adalah hari lahir saya. Ehem Ehem!

Biasa Hari lahir, ada mak ayah ucap selamat, masak sedap, dan bagi hadiah.

Si anak pun buka hadiah, tiba tiba hadiah tu tak best bagi anak, lepas tu masakan mak macam tak sedap jer, si anakpun merajuk masuk bilik kunci pintu sambil update tik tok, atau IG, akan  kisah betapa sedihnya korang dapat mak ayah yang bosan, bagi hadiah bosan, dan masak benda bosan.

Lepas tu iri hati tengok Instafamous, IG Fames, Tik Tok Femes meriah di media Sosial.

Andai kata dalam kesedihan korang rasa Birthday tak best, sedang scroll telefon, tiba tiba Nampak status saya, jangan skip, sebab saya ada kisah best tentang SELAMAT HARI JADI.

Tahukah korang, hari ini hari jadi saya, kita berkongsi Tarikh lahir yang sama. Korang sedih dapat mak bapak bosan yang sambut hari lahir korang dengan sangat bosan, dan bagi hadiah tersangat bosan?

Tahu tak? Saya dah hidup selama 44 tahun, dan tidak pernah dalam mana mana Riwayat hidup mak dan ayah ucap selamat hari lahir, tak pernah dalam mana mana universe mak dan ayah saya bagi hadiah pada hari lahir, sebab Hari Jadi kita bukan Hari kita meraikan Panjang umur kita, tapi Tarikh itu adalah kisah air mata dan darah.

Alkisahnya, mari kita renungkan apa yang berlaku pada Hari ini pada saya sewaktu 44 tahun dahulu?

Ya, Hari ini pada 44 tahun dahulu, ada seorang ibu yang dah berbulan bulan sarat mengandung, hari ini bertarung nyawa lahirkan saya.

Zaman itu beranak di rumah, tiada alat Hosiptal, tiada air cond, jam tiga pagi, si ibu masih tak tidur sebab saya dah nak keluar.

Tumpah darah berlaku, air ketuban pecah, ada kawsaan yang koyak dan luka, air mata ibu mengalir, gigi ibu di kacip erat, Tarik nafas rasa berat dalam dada macam paru paru dah penuh, tapi kena trik juga jika tidak anak akan hilang nyawa.

Kemudan nak hebus nafas tak boleh laju, hebus nafas waktu melahirkan bayi sangat sakit pada seluruh badan macam semua saraf bersambung pada paru paru.

Rambut mengerbang macam singa sudah tidak dipedulkan, mata terjenggil bulat melawan kesakitan, tangan capai apa sahaja untuk di gengam, tulang belakang walau sakit, ditahan agar saya selamat keluar, dahi dah basah dengan peluh masuk mata mengalir Bersama air mata, proses ini bukan dua minit macam masak mi segera, tapi berjam jam sakitnya, sesekali nyamuk datang serang, dibiarkan sahaja, api pelita kadang padam akibat angin sejuk berhembus, pelita dinyalakan semula, di dekatkan pada wajah ibu, Bidan kampung lihat mata ibu masih berkelip, mulut terbuka dan gigi rapat, Bidan suruh Teran, Push!  Teran! Push!

Asap ubat nyamuk?, asap pelita?, kain berlumuran darah,  tilam berlumuran lendir? Luka koyak makin besar, tumpah darah sini sana, sesekali Nyamuk besar datang gigit? Semua tak hairan, semua tak di peduli, asal anak dapat dilahirkan.

Akhirnya, saya yang tak tahu apa apa, menangis! Ibu menangis, Ayah datang azan di telinga, saya diam sekejap sebab  pertama kali guna paru paru ini tak selesa sangat rasanya, telinga berfungsi baik, mata melihat cahaya pelita buat pertama kali.

Tiba tiba rasa takut, dan Ibu datang peluk berikan susu, saya Bahagia, tenang, selesa, dan tertidur.

Saya baru datang dari Alam langit, baru bersaksi Allah Tuhan saya, dan saya sendiri mahu menjadi manusia dengan persetujuan dari Tuhan, saya akan dilupakan ingatan , dan akan gunakan kesemua panca indera untuk Kembali mencari Allah.

Namun Allah tak akan biarkan manusia mencari sendiri jawapan dari mana aku datang?, kenapa aku di sini?, dan kemana aku selepas mati?, Allah akan hantar sesorang untuk ingatkan tentang pertemuan di alam roh.

Sebagai ujian, orang itu mungkin kita tak setuju, tak suka, tak minat, tapi inilah dunia, selamat datang ke Pentas terbesar Ujian Allah.

Ujian pertama, Mak dan ayah kamu, terimalah mereka seadanya.

Dari kecik, kamu akan nampak baik dan buruk mereka silih berganti, bila besar, kamu akan banyak melihat buruk mereka.

Namun ingatlah hari ini, di hari jadimu ini, adalah hari kamu dilahirkan, tiada kebaikkan seumur hidup dapat menebus segala kesusahan ibu bapa di hari melahirkan kamu, Si ibu bertarung nyawa untuk lahirkan kamu, si ayah bertarung emosi menunggu kelahiran kamu.

Nanti kamu ada anak, rasailah sendiri pengalaman menjaga bayi dari kecil hinga pandai melawan. Sungguh ramai anak di dunia ini, tiap kali tiba hari lahir mereka, hari itu mereka paling sedih konon, mak tak bagi haidah best, ayah tak ingat Tarikh lahir, lalu menangis konon sedih sangat.

Padahal, hari lahir kamu bukan untuk kamu nikmati seroang, tapi hari lahir kamu adalah hari ibu menggadaikan nyawa, hari ayah susah hati, ingat tu wahai anak.

Hari jadi kita adalah ulang tahun: Hari Ibu Menggadaikan Nyawa, Hari Ayah Susah Hati, Ingat Tu Wahai Semua Anak Anak.

Hari lahir kita adalah Hari kejayaan Ibu kita menempuh ujian paling besar, patut mereka yang dapat hadiah!

“Mak, selamat hari lahirkan saya, hari ini mak tak payah masak, mak rehat, kita belanja, dan ini hadiah untuk mak sempena kejaayan menggadaikan nyawa waktu lahirkan saya, sayang mak tiga ribu!”

Maaf, Saya terpaksa berhenti menulis sekarang, air mata jatuh atas tangan, kerana saya dah tiada mak dan ayah. Al fatihah..

Biasanya pada Hari lahir ini saya akan telefon mak dan ucapkan terima kasih lahirkan saya, saya telefon ayah, dan ucap terima kasih risaukan saya. Saya belanja mak makan sedap sambal suruh mak bercerita apa kejadian yang mak ingat hari itu Sebab Hari jadi kita adalah ulang tahun, Hari Ibu Menggadaikan Nyawa dan Hari Ayah Susah Hati.

Tapi Mak dan ayah saya kini terbaring dalam kubur, mereka dah Kembali kepada Allah.

Maka wahai korang semua yang masih ada mak dan ayah, jika tiba hari lahir korang, telefonlah mereka, suruh mereka cerita apa kejadian sebenar pada hari lahir korang, korang semua mereka dapat BUKAN dengan download dari Internet, semua korang datang ke dunia sama macam semua manusia, dengan darah dan air mata.

Biasa mak dan ayah cerita yang baik baik sahaja, hinggalah kita tengok hari isteri lahirkan anak kita, hinggalah kita tengok Syuib dan Siti Sarah, sungguh zaman ini, masih ada kisah ibu yang bertarung nyawa waktu lahirkan manusia

Al fatihah buat ibu dan ayah saya, juga buat semua yang telah pergi buat selamanya…

Selamat Hari ulang tahun Kejayaan Lahirkan saya, Mak.

Al Fatihah.

Link video sambutan Hari kemenangan arwah Mak

https://youtu.be/jeKuTBZw91w

 

Aug 5, 2021

6 Perkara dan 7 golongan bawah Arash?

“Ayah, bagaimana caranya nak dapat duduk bawah naugan Allah di hari akhirat”

“Guna enam sifat sahabat Nabi?”

“Macam mana tu?”

“kamu ingat tak enam sifat Nabi?”

“Ingat, (1) Iman (2) Ibadat (3) Ilmu (4) Akhlak (5) Niat (6) dan Dakwah”

“Cuba detailah lagi”

“Sifat sahabat ada enam, (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah Sahadah (2) Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas Niat dan (6) Dakwah Tabligh.

“Bagus, ada berapa golongan yang duduk bawah naugan Allah tu?”

“Ada tujuh ayah”

“Jom kita suaikan enam sifat sahabat dan tujuh golongan bertuah”

“Jom ayah!”

“Siapa golongan pertama?”

“Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah”

“Okey ini untuk orang yang ada Hakikat pertama Sifat sahabat, yakin dengan dua kalimah hingga menjadikan dirinya sibuk beribadat sejak dari muda lagi”

“Wow, baik golongan kedua, adalah pemuda yang hatinya selalu terikat pada masjid”

“Ini untuk orang yang ada Hakikat solat yang Khuyuk, dengan menjaga solat berjamaah dimasjid dan semua rukun solat, alhamdulillah.”

“Sifat sahabat Ilmu dan Zikir macam mana pula ayah?”

“Maksud kepada golongan lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, maksudnya dituju kepada ornag berilmu yang tahu semua larangan Allah, itulah hakikat Imu..”

“Okey itu Hakikat Ilmu, hakikat Zikir?”

“Golongan yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis. Itulah orang yang dapat sifat sahabat bab Hakikat Zikir”

“Okey, jika begitu, Pemimpin yang adil dapat duduk bawah Naungan Allah adalah mereka yang dapat hakikat Ikram Muslimin! Kan Ayah?”

“Pandai anak ayah”

“Dan Seseorang yang bersedekah dengan menyembunyikan sedekahnya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, itu bermaksud Ikhlas niat? Kan Ayah?”

“Pandainya, Alhamdulillah”

“Last, sifat sahabat, Yakin hakikat Dakwah adalah merujuk kepada golongan yang yang saling mencintai kerana Allah lalu berkumpul dan berpisah kerana Allah juga!”

“Tahniah anakku”

“Banyak kegunaan enam sifat ini..kan Ayah?”

“Ye betul, enam sifat sahabat ini juga boleh gunakan untuk jawab soalan kubur”

“Wah, ajarlah ayah”

“enam sifat sahabat juga ada tersusun cantik dalam Al Fatihah”

“Wah, ceritalah ayah”

“Enam sifat juga boleh menjadi penawar bagi tujuh penyakit hati!”

“Cer citer, cer citer!”

“Tapi Bonda kamu dah panggil makan, tutup muzakarah dengan tasbih kafarah, PKP masih jauh, sambung esok”

Woha!

Ps: Gambar adalah nota catatan si anak, Hikmah PKP, banyak masa untuk muzakarah bersama anak bini, semoga kita semua dapat banyak modal bersembang bab agama kerana masuk kubur kelak dah tentu malaikat Munkar dan Nakir akan ajak borak bab agama, tapi jika diam alamak kena ketuk! Adohai...



Aug 4, 2021

6 perkara dan azab Kubur?

“Ayah, Bagaimana nak Jawab Soalan Kubur?”

“Gunakan Ilmu dari enam sifat Sahabat”

“Baik, Sifat sahabat ada enam, (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah Sahadah (2) Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas Niat dan (6) Dakwah Tabligh."

“Soalan Kubur ada berapa?”

“ada lima, (1) Siapa Tuhan Kamu? (2) Siapa Nabi Kamu? (3) Dimana Kiblat kamu? (4) Apa Petunjuk kamu? (5) Siapa saudara kamu?”

“Okey, Siapa Tuhan Kamu? Jawablah dengan Hakikat La Illa Ha IlAllah!, Yakin Allah berkuasa, pasti daoat jawab!”

“Saya faham ayah, Siapa Nabi kamu, jawab dengan Hakikat Muhamadurasullullah, Hanya Cara Nabi beri kejayaan! Pasti dapat jawab!”

“Pandai!”

“Dimana Kiblat kamu? Macam mana tu?”

“Jawabnya adalah dengan Hakikat Solat yang Khuyuk, yang mana bila masuk waktu terus dada mengadap Kaabah, bermakna di sini, siapa yang solat awal waktu, berjemaah, tempat azan di azankan, itulah tanda KAABAH sebagai kiblat utama sebaik masuk waktu, tapi jika orang azan dada masih mengadap TV tengok Korea, maka Korealah kiblat korang, Al faham tak?”

“Faham Ayah.., bermakna di sini, soalan Apa Petunjuk Kamu? Adalah Yakin dengan Hakikat Ilmu dan Zikir kerana itulah kesleuruhan Alquran, Ilmu dan Zikir!”

“Pandai! Alhamdulillah”

“soalan last dalam kubur? Siapa Saudara Kamu? Macam mana tu ayah?”

“Nak jawab soalan ini, perlukan tiga sifat sahabata iaitu, Hakikat Ikram Muslimin, Hakikat Ikhlas Niat dan Hakikat Dakwah Tabligh”

“Boleh tolong perincikan lagi tak ayah?”

“Baiklah, Kita mengaku orang islam saudara kita, maka wajib kita bantu mereka, tolong mereka, dan semua itu lakukan dengan ikhlas, dan jangan lupa dakwah mereka kepada mendekatkan diri kepada Allah, barulah betul kita akui, Semua orang Islam saudara kita melalui amalana, Ikram, Ikhlas, dan Dakwah”

“SubhanAllah”

“Banyak rahsia enam sifat sahabat jika nak cerita, tiga hari tiga malam pun tak habis nak cerita”

“Hari tu, ayah kata.., Dalam Al Fatihah ada enam sifat sahabat tersusun, boleh cerita tak ayah?”

“Tapi Bonda kamu dah panggil makan sambal tengok cerita Korea, tutup muzakarah dengan tasbih kafarah, PKP masih jauh, kita sambung esok”

Woha!

Ps: Gambar adalah nota catatan si anak, Hikmah PKP, banyak masa untuk muzakarah bersama anak bini, kesimpulannya,  Hendaklah kita belajar bab agama banyak banyak supaya banyak modal dalam diri yang mana bila dah jadi MAYAT kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘Berborak Bab Agama’ tapi jika kita diam tak reti nak borak bab agama, maka malaikat Kubur akan hantuk kepala kita ke tanah! Take note!



Aug 3, 2021

6 perkara dan Pokok?

“Anak anak, hari ni sebelum kita makan durian, kita akan belajar SAINS dan Agama serentak!”

“Baik, ayah!”

“Sebelum itu, ceritakan enam sifat pada Pokok Durian”

“Pokok, ada (1) Akar, (2) Batang Pokok, (3) Banyak dahan dan lebat Daun, (4) Berbuah Durian, (5) Rasa Durian yang Manis, (6) ada Biji dalam Durian untuk terus membiak!”

“Pandai, sekarang cuba ceritakan, enam sifat Sahabat”

“Sifat sahabat ada enam, (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah Sahadah (2) Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas Niat dan (6) Dakwah Tabligh."

“Korang tahu tak? AKAR POKOK YANG TUNJANG merupakan asas kepada kekuatan pokok durian, tanpa akar pokok tunjang, maka pokok durian akan tumbang..,"

“Benar wahai Ayah”

“Begitulah ibaratnya IMAN dengan akar pokok durian tadi, iman merupakan asas pada ugama, tanpa iman, maka robohlah keislaman kita..”

“Itu akar tunjang, akar yang bercabang macam mana pula Ayah?”

“AKAR YANG BERCABANG pada akar tunjang pula adalah SUNNAH NABI, bukankah iman ada 77 cabang?”

“Betul”

“Hadith riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh tujuh cabang dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” Jadi..., cabang akar pokok itu tadi umpama sunnah Nabi yang bercabang cabang itulah! Yang mana pokok yang kuat memiliki akar tunjang yang kuat dan banyak cabangnya, jadi individu islam yang kuat adalah teguh IMANnya dan banyak pula SUNNAH dalam diri”

“Wow, cerita lagi wahai Ayah”

“BATANG POKOK Durian pula merupakan tiang ugama, dan ini mewakili SOLAT dalam islam, tanpa solat, maka segala amalan lain jadi sia-sia, begitu jugak pokok tanpa batangnya, maka tiadalah dahan, ranting, daun dan buah.., Jadi, di sini.., DAHAN pokok pula mewakili ILMU dalam islam yang mana banyak ilmu, maka banyaklan dahan..”

“Okey dan Cover Hakikat Solat dan Hakikat Ilmu, errr, Hakikat Zikir macam mana pula?”

“Baik, sesuatu ilmu itu jika tidak ada hubungan dengan Allah, maka jadilah pokok itu banyak dahan tapi tidak berdaun, jadi macam pokok durian kering dan mati, tidak boleh dijadikan sebagai tempat berteduh, kerana DAUN pada pokok adalah mewakili kepada ZIKIR, yang mana lebat daun, maka banyaklah dahan atau anologinya, banyaklah ILMU DAN ZIKIR”

“Tinggi! Teruskan ayah! Cerita pasal Buah Durian!…”

“BUAH Durian pada hujung dahan pula adalah sifat IKRAM MUSLIMIN yang ada pada diri orang islam yang menunaikan hak tanpa dirinya sendiri menuntut hak, seperti pokok durian yang memberi buah kepada orang yang ramai.., langsung tidak menuntut hak.., manakala MANIS pada buah durian adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang mana jika ikhlas, tentulah orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tidak ikhlas, tentulah buah durian itu rasanya masam..”

“Wah, dah Cover Sifat Ikram dan Ikhlas, tinggal satu lagi, Hakikat dakwah”

“Akhir sekali, BIJI dalam buah durian tadi itulah DAKWAH, kerana.., jika biji durian itu diletakkan pada tempat yang betul, disiram dan di bajai, maka akan muncul lagi pokok durian yang baru bersama ribuan biji durian yang lain, begitulah perumpaan ummat islam yang berdakwah kerana mereka ibarat biji pokok yang subur yang di campakkan kemana sahaja, akan tumbuhlah cahaya islam serta keimanan ibarat pokok durian yang akarnya teguh, batangnya tegap, dahannya kuat, daunnya rimbung, buahnya lebat, dan manis pula rasanya serta subur pula benihnya, SubhanAllah..”

“wah, nak tanamlah biji durian ini nanti”

“Tapi jangan tanam atas tanah haram, nanti kena tebang! Maka jangan berdakwah dengan cara yang salah!”

Woha!

Ps: lalu kelihatan si anak bertungkus lumus salin nota berkenaan ilmu enam sifat sahabat yang dianalogikan dengan pokok durian, sebab siapa tak salin, tak boleh makan durian, ha ha, dan Ketika mereka sedap makan, saya tangkap gambar nota mereka, kongsi pada dunia, agar “biji durian” dalam nota ini, terus tersebar!

Nyam nyam!



Aug 2, 2021

5 cara khuyuk solat?

Anak ajak buat muzakarah bertajuk: Bagaimana nak Khusyuk dalam solat.

Baiklah, semua tahu bahawa Maksud solat adalah membawa ketaatan dalam solat ke luar solat hingga mampu mencegah maksiat, bermakna, jika solat masih buat maksiat, maka solat tak mencapai maksud, namun jangan tinggalkan solat sebab buat maksiat, tapi khusyukkan solat hingga mampu cegah maksiat melalui cara membawa ketaatan dalam solat ke luar solat. InsyaAllah

Kemudian, saya minta setiap ahli muzakarah kongsi ilmu tentang cara Khusyuk dalam solat.

Antara ilmu yang dikongsi dari anak bini tadi:

kakak N:

1. Bagi wanita, bayangkan kejap lagi darah Haid, maka solat ini adalah terkahir dan bimbang jika mati waktu Haid tak berpeluang lagi untuk solat

2.Solat dengan gambaran sedang solat atas titian sirat, jika lalai akan jatuh dalam neraka

3. Fikir kebesaran Allah waktu solat

4. Solat dengan sangkaan, ini solat terakhir

Ulasan Ayah: Bagus Kakak N, boleh ayah simpulkan semua hujah kamu adalah IMAN, semua itu adalah keIMAMnan, maka syarat pertama solat Khuyuk, adalah Iman!

Adik K:

1. Sedar Allah sedang berdialog dengan kita kerana Solat ini adalah bercakap dengan Allah

2. Sedar Allah Maha tahu apa ada dalam hati, Alah Maha mendengar setiap bisikan, dan Allah Maha Nampak apa yang otak kita gambarkan

3.Bayangkan Nabi sedang lihat kita solat

4. Bayangkan arwah atuk dan nenek sedang tengok kita solat

Ulasan Ayah: Bagus Adik K, boleh ayah simpulkan semua hujah kamu adalah IHSAN, Iaitu solat seperti sedang Melihat Allah, atau rasa sedang Dilihat Allah serta orang orang yang soleh! maka syarat kedua solat Khuyuk, adalah IHSAN!

Bonda:

1. Hafal makna Al fatihah dan semua lafaz arab dalam solat

2. Jika Imam baca tapi saya tak tahu makna, bayangkan bentuk huruf yang di baca dengan niat tengok huruf al quranpun dapat pahala

3. Waktu rukuk dan sujud wujudkan perasaan seolah olah di beri peluang rukuk dan sujud dalam kubur dan padang mahsyar

4. Segerakan solat awal waktu, berjemaah, tempat azan di azankan.

Ulasan Ayah: Bagus Isteriku, boleh Abang simpulkan semua hujah kamu adalah ILMU, Iaitu solat dengan belajar semua Ilmu,  maka syarat seterusnya untuk solat Khuyuk, adalah ILMU!

Abang A:

1. Bayangkan pahala solat seperti rezeki berkat, seksa kubur terangkat, tangan kanan terima kitab, titi sirat sepantas kilat, masuk syurga tanpa hisab.

2. Bandingkan nikmat solat pada orang yang tak pernah solat, lalu rasa bersyukur sebab Allah pilih kita untuk solat

3. Kena rasa dapat solat adalah hadiah dari Allah Ketika nabi Israk, maka solat dengan gembira macam dapat hadiah!

4.baca Kelebihan solat, agar lebih Ghairah pada Janji Allah dalam bersolat

Ulasan Ayah: Bagus abang A, boleh Ayah simpulkan semua hujah kamu adalah IHTISAB, Iaitu solat dengan yakin mendapatkan janji Allah!,  maka syarat seterusnya untuk solat Khuyuk, adalah IHTISAB!

Abang H

1.Bayangkan diri kita hanya habuk jika dibandingkan dengan galaxie ciptaan Allah. Syukur nikmat hidup dapat bersolat.

2.Redha jadi imam Solat dengan niat nak belajar khusyuk

3. Solat gaya superhero, selalu wudhu awal, dan masuk waktu tukar pakaian sunnah, serban, jubah, kopiah. Buat dengan Iklas.

4. Bayangkan Darah bergerak ke sekuruh tubuh dengan kawalan Allah dan jantung berdenyut dengan kewalan Allah, kita langsung tak mampu kawal pergerkaan darah serta denyutan jantung!

Ulasan Ayah: Bagus abang H, boleh Ayah simpulkan semua hujah kamu adalah IKHLAS, Iaitu solat semata mata kerana Allah!,  maka syarat seterusnya untuk solat Khuyuk, adalah IKHLAS!

Ok, last Ayah boleh buat kesimpulan dari hujah anak bini, untuk solat khusyuk, kena ada 5 I,

1.Iman

2.Ihsan

3.Ilmu

4.Ihtisab

5.Ikhlas

Sekian Muzakarah dari kami anak beranak, ayah akan share di FB agar semua keluarga di seluruh dunia ada modal nak muzakarah Bersama anak bini.

Yang baik semua dari Allah, tutup majlis dengan tasbih kafarah.

Woha!

Ps: Di tulis oleh penulis HamkaKeretamayat, nak beli lima buku “tazkirah santai tapi sampai” boleh pm tepi, terima kasih.

(Gambar: Curi snap nota Adik K)




Aug 1, 2021

6 perkara dalam al fatihah?

“Ayah, kenapa kita wajib baca Al Fatihah tiap hari dalam solat?”

“Hadis Nabi bagitahu tidak sah, jika solat tak baca Al Fatihah, surah ini adalah pembuka Al quran, surah pertama yang turun secara lengkap sekaligus, Surah penawar, juga dikenali Ibu Al quran, juga Raja segala Doa, jadi wajib baca dalam tiap kali solat.”

“Al Fatihah cerita pasal apa Ayah secara tafsirnya?”?”

“Kesempurnaan Agama, ingat tak ulang kaji hari itu tentang kesempurnaan Agama?”

“Ingat Ayah, kesempurnaan agama ada enam, (1) Iman (2) Ibadat (3) Ilmu (4) Akhlak (5) Niat (6) dan Dakwah”

“Cuba detailah lagi”

“Enam itu adalah.. (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah Sahadah (2) Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas Niat dan (6) Dakwah Tabligh."

“Percaya tak jika ayah bagitahu?, dalam Al Fatihah ada bercerita tentang enam kesempurnaan agama ini?”

“Cer citer!”

“Ayat pertama: Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam: Ini adalah Hakikat Zikir”

“Alhamdulillah..”

“Ayat kedua: Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani: Ini adalah Hakikat Akhlak, seperti Ikram Muslimin, serta Ehsan pada makhluk”

“wow, ayat seterusnya?”

“Ayat ketiga: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan: Ini adalah Hakikat Iman, iiatu Yakin Allah Maha berkuasa dan kita makluk langsung tidak berkuasa”

“Banar! Ayat seterusnya?”

“Separuh pertama ayat seterusnya: Engkaulah sahaja Yang Kami sembah: Ini adalah Hakikat Solat, atau Hakikat Ibadat”

“Separuh lagi?”

“separuh lagi.., dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan, Ini adalah Hakikat Ikhlas, minta tolong hanya kepada Allah”

“Benar”

“Ayat seterusnya, Tunjukilah kami jalan yang lurus,, Ini adalah Hakikat Ilmu, Tanpa Ilmu kita tidak tahu jalan yang benar”

“Ayat yang last?”

“Ayat akhir, Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka: Ini adalah Hakikat Sunnah, Jalan Nabi Muhammad SAW”

“Lagi sikit Ayah?”

“Dan bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat: Ayat last ini adalah Hakikat Dakwah dan Tabligh kerana dengan kerja dakwah, kita akan terselamat dari Jalan yang di Murkai dan Jalan yang sesat”

“Kejap ayah, saya kira cukup tak enam kesempurnaan Agama”

“Silakan”

“Cukup enam sifat sahabat, enam kesempurnaan agama, semua ada dalam al fatihah”

“Alhamdulillah”

“Nanti ayah meninggal, saya akan bacakan Al Fatihah”

“Woha!”

Ps: Tonton video ini untuk tafsir Al fatihah: https://youtu.be/4xIWLsmrM9E