Mar 14, 2021

Kuantan Tower dan Baju Comel?

“Ayah.., Saya nak tukar baju”

Pakai jer baju sekolah

“Saya nak baju yang comel”

Baju sekolah pun comel, pakai jer.

“Saya nak tukar baju”

Pakai jer baju tu

“Ayah, saya nak tukar baju”

Pakai jer baju sekolah..

“Saya nak baju yang comel”

Aduh…

Alkisahnya balik sekolah nak pergi tempat lain, tak nak pakai baju sekolah, nak baju lain yang comel.

Tak akan menang punya jika anak dah buat keputusan tak nak pakai baju sekolah, mujur isteri ada bawakan baju yang “comel”.

Jom tonton video anak syurga autisme saya, Iman Hamka, 8 tahun bersama baju yang comel.

https://youtu.be/KiYl7GezWKA

Woha!

Terima kasih sudi Subcribe dan Like Channel Youtube saya.

#keranadiaanaksyurga

 

Mar 13, 2021

Bantu anak OKU dengan?

Ada anak syurga belum tentu menjamin kita ke syurga, kerana yang dijamin itu anak syurga kita, bukan ibu bapanya, bermakna kita sebagai ibu bapa wajib taat perintah Allah, sama macam parent yang lain,

Bukannya sebab kita ada anak syurga, maka mudahlah kita masuk syurga, sebab semua orang ada ujian hidup masing masing.

Yang tidak ada anak syurga, diuji tiada anak, yang ada anak normal, di uji anak derhaka, belum cerita ujian pasangan, kerjaya, penyakit dan macam macam lagi ujian hidup.

Maka sedarlah Kita bahawa kita bukan berada di kemuncak segala ujian, sebab ada orang yang lebih sukar ujiannya dari kita tapi masih mampu bersyukur, dan ada oranglebih ringan ujian hidupnya dari kita tapi sentiasa berkeluh kesah.

Sungguh semua orang sedang diuji, dan kita, dah tentu di uji dengan karenah anak syurga.

Lalu syukur dan Sabar silih berganti, Ikhlas dan Khauf amat membantu. Insya-Allah.

Teringat hadis dari Rabi'ah bin Ka’b r.a berkata:

“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda, ‘Mintalah sesuatu kepadaku.’Aku menjawab, ‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’ Lalu, Nabi SAW bersabda, ‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’ (HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).

Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:

‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’

Bermakna diri sendiri ada usaha ke Syurga, maka mudahlah Nabi membantu kita ke Syurga.

Jadi InsyaAllah akhirat nanti anak syurga kita akan bantu kita ke syurga kerana kesabaran kita dalam menunaikan haknya, atau dalam dalam susah senang hidup bersama.

Namun, untuk ke syurga bersama anak syurga, ingatlah pesan Nabi:

‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’

Maka untuk kes kita, ‘Bantulah anak syurga kita untuk diri kita sendiri dengan memperbanyakkan sujud’

Alhamdulillah.

(Iman Hamka, Autisme boy, 8 tahun)

 

Mujur Apa Hari Ini?

Orang melayu islam kita selalu ajar anak-anak bersyukur dengan istilah "MUJUR"..

Contoh: Situasi, kemalangan jalan raya. dan saksinya sorang pakcik melayu.

Bila kemalangan biasa mereka cakap..

"Mujur tak cedera tadi, Alhamdullah"

Bila kemalangan melibatkan cedera ringan, mereka cakap:

"Mujur cedera sikit, Alhamdulillah"

Bila kemalangan melibatkan cedera parah, mereka cakap"

"Mujur masih hidup, masih sempat bertaubat, Alhamdulilah"

Bila kemalangan melibatkan korban nyawa, mereka cakap:

"Mujur mati terus, tak seksa sangat jika hidup cacat atau hilang ingatan"

Kan?

Hakikatnya, semua kejadian datang dari Allah, dan Mujur datang dari hati yang pandai bersyukur, Alhamdulillah atas segala mujur.

Apa MUJUR korang hari ini?

Woha!

(Contoh terkini: Mujur vaksin dah dijumpai, doa kita semua dah makbul, alhamdulillah)

(Contoh lain: Mujur sempat beli buku hamka keretamayat, semua ini akan menjadi kenangan, he he)

Mar 12, 2021

Pakcik bermuka nak kena lempang?

Pelakon Komidi Hong Kong, Uncle Tat telah meninggal dunia.

Dan Bila bercerita tentang Uncle Tat, tentu tak boleh dipisahkan dengan Sthephen Chow.

Antara Filem beliau yang best adalah: Raja Lawak (King of Comedy-1999)

Babak awal, hero Stephen chow berdiri tepi pantai, dan jerit kuat kuat akan kata kata semangat agar rajin berusaha kepada ombak (dan juga dirinya sendiri)

Babak seterusnya, zombie berkeliaran sebelum disedarkan rupanya itu adalah babak filem dan Stephen kritik pelakon tambahan yang berjalan macam zombie sebelum di sedarkan bahawa dia juga pelakon tambahan.

Beliau diberi watak pak pacak sebagai paderi gereja, dan tugasnya harus mati di tembak, beliau tanya pengarah: boleh tak berlakon dengan muka belum bersedia nak mati?

Pengarah jawab: lantaklah dan bila Action! Pelakon utama seorang wanita lakonan Karen Mok telah bertarung sehabis

hebat

tapi babak rosak sebab pederi tak mati mati waktu berlakon.

Beliau dibuang kerja serta merta dan sewaktu nak ambik upah sebungkus nasi telah dimaki oleh penjaga makanan lakonan Uncle Tat dan nasinya dibuang kepada anjing.

Uncle Tat berlakon watai jahat dan kurang ajar memang menjadi, rasa nak lempang sahaja tengok lubang hidung dia kembang kempis!

Tapi hero tabah, dalam kesedihan berjalan balik ke rumah, tapi tidak putus asa dibuang kerja terus beliau buka kelas lakonan percuma dan tampal iklan sekitar kawasan.

Maka datanglah pelacur cantik (lakonan Cecilia Cheung) nak belajar berlakon jadi gadis sekolah yang menggoda sebab susah nak pikat pelanggan kaya dengan penampilan sekarang. Stephen cadangkan si Cheung belajar buat muka sedih dan menangis dengan cara makan lada, itulah rupa gadis sekolah yang menggoda.

Si Cheung mulanya anggap Stephen ni Scamer sebab Stephen ni pak pacak jer dalam dunia filem, tapi sewaktu menggoda pelanggan kaya, teknik makan lada, dan menangis memang berjaya.

Besoknya beliau datang lagi nak belajar ilmu lakonan yang baru.

Kali ni Stephen suruh si Cheung anggap beliau sebagai cinta pertamanya untuk hayati lakonan lebih berkesan, tapi Si Cheung bagitahu dia tak ada cinta pertama, sebab dia hanyalah pelacur, si Stephen paksa jugak anggap dia cinta pertama untuk hayati babak lakonan, terus kena tampar-rupanya cinta pertama si Cheunglah yang menjual dia pada sindeket pelacuran.

Rasa bersalah sebab tampar Stephen, dan si Stephen ni pulak jenis lelaki baik mudah maafkan orang, maka Si Cheung ni sanggup tidur rumah Stephen dan melihat kejujuran Stephen yang baik hati, Si Chung jatuh cinta dan mereka pun terlanjur.

Esok pagi, si lurus Stephen anggap terlanjur tu adalah tugas seorang pelacur dan dia kena bayar tapi duit tak cukup namun dia tetap bayar.

Ini mengecewakan Si Cheung kerana dia tidur kerana cinta lalu terus lari.

Stephen kejar dan tanya:

“Nak ke mana?”

“Nak pergi kerja melacur”

“Janganlah pergi”

“Jika aku tak pergi kau nak jaga makan minum aku ke?”

Si Chung naik teksi, dan sempat dia mendengar Stephen jerit dari jauh dengan sangat kuat!

“Aku berjanji, aku akan jaga makan minum kau, seumur hidup kau!”

Terus berderai air mata Chueng dalam kereta Taxi, bercucuran air mata sambil meninggalkan Stephen, sungguh dia tak percaya cinta untuknya masih wujud, dan lelaki baik masih wujud dalam dunia ini. Baik, hari ni last akan berhenti melacur demi cinta!

Tuan tuan geng lelaki sekalian, memberi jaminan untuk menjaga makan minum kepada orang perempuan, adalah ayat terindah dalam hidup mereka. Take note!

Stephen tak tahu Chueng menangis terharu dan nak berhenti jadi pelacur demi cinta, dan anggap cintanya ditolak.

Beliau kembali ke lokasi filem untuk mintak kerja, dan dapat berlakon jadi mayat, maka beliau menjadi mayat dengan sangat

hebat

, waktu ‘mayat’ dipukul dan dibakar tapi tetap tak bergerak hingga pengarah kata ‘cut’ barulah dia berhenti jadi mayat,

Lakonan ini mengejutkan pelakon wanita utama si Karen Mok dan terus jatuh cinta dengan keprofessionalan lakonan Stephen dan tawarkan beliau jadi hero dalam filem terbarunya dengan syarat Stephen belum ada awek supaya senang mereka bekerja sama.

Terus Stephen mengaku tak ada awek dan dapatlah dia menjadi pelakon utama.

Sementara itu Cheung bagitahu pada bosnya mahu berhenti dari melacur kerana sudah jatuh cinta, dan beliau telah di pukul dan dibelasah dengan penuh seksa sebelum dilepaskan.

Di jalanan, Cheung dengan muka lebam nak bagitahu pada Stephen yang beliau dah berhenti kerja melacur dan ingin hidup bersamanya tapi hantinya hancur bila lihat Stephen sedang bersama pelakon wanita terkanal Karen Mok,dan bila Tanya siapa tu? Kata Stephen, Cheung itu hanyalah kawan biasa.

Oh, alangkah kejamnya dunia ini!

So apa terjadi awek pelacurnya? Bunuh diri?

Korang pergilah tengok sendiri, panjang nak cerita sebab nanti ada babak Uncle Tat dedahkan rahsia siapa dirinya, dan guna Stephen untuk berlakon menjadi polis mata gelap dan bermulalah babak aksi. Memang best cerita tu, 10/10.

Tapi sayang untuk filem terbaru Stephen, RAJA LAWAK BARU- The New King (2019) Uncle Tat tak berlakon lagi…

So cerita terbaru ni, memang berbeza, tak ada aksi polis, tak ada kisah pelacur, sebab tajuknya adalah NEW! Stephen pun takde, hanya jadi pengarah.

Watak utama pulak dah tukar, focus kepada sorang perempuan yang menjadi pak pacak dalam filem dan betapa susahnya nak jadi pelakon utama.

Cerita baru ni hmmm, okey, lawak jugak, ada part sedih, "susahnya cari makan" punya story, ada bab semangat dan okeylah, tidak sebest filem lama tapi okey.

Moral cerita ini, takdir paling buruk dalam hidup, itulah hikmah terbesar!

Ya, takdir buruk adalah nasib baik yang menyamar, itulah hikmah!

So bagi saya, kedua dua cerita ini best, tapi King of Comedy lebih best sebab ada Uncle Tat.

Ayat power dalam filem ini:

“Bill Gates ada dua mata, anda pun ada dua mata, so kalau Bill Gates boleh berjaya, anda pun sama”

Woha!

 

Mencari Tuhan dengan Satelit?

 Ulasan filem Contact 1997.

Antara filem terbaik pernah saya tonton waktu remaja, adalah The Contact. Kisah saintis Atheist mencari Alien, namun akhirnya berdamai dengan Tuhan.

Filem ini tiada babak aksi, atau serangan alien ke apa, atau hero badan sasa ke apa, tidak! Filem ini focus kepada seorang wanita yang terperangkap dalam impian mencari Alien, di jalanan bertemu dengan pakwe yang kuat beragama, lalu Ellie, watak utama cerita ini rasakan dia tak akan dapat hidup dengan orang beragama kerana dia Atheist! Ellie langsung tidak percaya pada kewujudan Tuhan hinggalah ada bukti secara Fizik, baru dia akan percaya.

Jadi bila pakwenya bercerita pengalaman rohani ‘bertemu’ Tuhan, Ellie perli, mana bukti? Takde bukti aku tak percaya.., tapi hero tenang kerana orang beragama selalu bertenang bila orang tidak percaya, atau memperolok olokkan kita, tenang kerana benar, tenang kerana percaya Tuhan wujud tanpa perlu buktikan secara fizik.

Jadi Ellie memilih untuk berpisah dengan pakwe Bergama dan teruskan hidup mencari Alien.

Imbas kembali, waktu Ellie kecik, Kisah hidupnya bermula dengan gambaran luasnya angkasa tak berpenghujung yang bermula dengan penglihatan terhad seorang manusia bernama Ellie, seorang kanak kanak perempuan yang sangat seronok dan teruja bila guna radio amatur milik si ayah yang dapat menghubungi manusia dari jarak yang jauh, dan mula memasang angan angan untuk hubungi arwah ibunya yang dia tak pernah jumpa sejak dilahirkan.

Namun ayahnya memberitahu, alat canggih macam mana pun tak akan mampu hubungi ibu kerana ibunya dah mati, lalu Ellie isikan kekosongan harapan dengan berharap dapat hubungi Alien.

Terus bertanya kepada si ayah:

“Ayah, Ada tak alien hijau bersesungut di angkasa sana untuk saya hubungi?”

“Ellie.., Jika alien tak wujud, maka angkasa yang luas akan menjadi ruangan yang sangat membazir”

“Bagaimana nak hubungi Alien?”

“Kena gunakan Antena yang paling besar!”

Tiba tiba si ayah terkena serangan jantung! Dan babak Ellie berlari ambik ubat dengan sudut kamera dalam cermin memang menakjubkan di zaman itu. Kenan tonton sendiri babak tu yang nampak kamera boleh zoom secara membelok dalam cermin?. Wow!

Ayahnya mati sakit jantung, dan Paderi datang pujuk Ellie agar menerima takdir, Tapi Ellie buktikan dia tidak percaya kepada Tuhan buat selamanya kerana punca ayahnya mati bukan sebab takdir Tuhan, tapi sebab dia lambat ambik ubat dan Ellie mulai mengisi harapan untuk mencari Alien dan berharap dengan teknlogi Alien yang canggih, akan dapat pula hubungi ayahnya yang telah mati.

(Ada babak Ellie bercucuran air mata guna Radio Satelit Tanya di mana ayah? Tolong jawab, saya rindu ayah..)

Masa berlalu, Ellie jadi best student, masuk U, sambung PHd, dapat peluang kerjaya yang cemerlang di University Harvard, tapi Ellie memilih untuk focus pada kerja mencari Alien, maka gigihlah Ellie buat kertas kerja minta dana agar dapat bina Satelit paling canggih. Kos cari Alien memang mahal giler, dan awal cerita projeknya di danai oleh ahli politik yang minat Sains, tapi lepas bertahun tahun Eliie habiskan dana cari Alien tapi sekor Alien puntak jumpa-jumpa, Ahli politik ini stop dana.

Ellie bengang dan marah, tapi tak putus asa, buat lagi kertas kerja dan cari dana, hinggalah ada orang kaya tua yang pelik nak biayai projek Ellie.

Untuk rekod, projek cari Alien ini pernah dibuat oleh kerajaan Amarica, tapi lepas bertahun tahun cari Alien, sekor pun tak jumpa, dan lepas tekanan politik sebab bazirkan cukai rakyat, projek ini telah diswastakan, dan akhirnya dihentikan.

Saya zaman tu terfikir, kenapa saya tak ambik subjek sains cari alien?, sebab nampak sangat senang kerja cari Alien ni, hantar signal le angksasa, lepas tu lepak pasang computer sambil main Solitare tunggu Alien respond pada setiap bintang, takde respond? Bermakna tiada kehidupan di area bintang itu, dan takde alien, kita pindah ke bintang seterusnya, satu bintang berapa lama nak siasat? Rujuk buruj 12 bulan setahun, maka kita rujuk 12 lokasi taburan bintang sahaja tiap tahun, tunggu data. Perghhhhhh, senang gila kerja. Gaji mahal, kerja lepak, dan result kita boleh present data takde respond dan sedang mencari.. he he he.

Tapi kawan saya kata, kerja jabatan ramalan kaji cuaca lagi senang, sebab bila tak tepat, oh.. ramalan jer, woha!

Ok, serius sikit, saya akhirnya bekerja sebagai nelayan mencari ikan di dasar laut, eh?. Kejap? Ni nak cerita pasal saya ke pasal Ellie ni?

Okey, kembali kepada Ellie yang sedang cari Alien, dijalanan terjumpa pakwe hensem tapi kuat agamalah pulak.

Si pakwe bagi hadiah kompas sebagai satu simbolik yang mana jika sesat semua orang perlukan arah. Elie yang yakin jalan hidupnya tak pernah sesat, menolak hadiah itu. Lagipun Elie dah buat kiraan matematik, untuk Berjaya jejak Alien, dia tak boleh ada hubungan cinta.

Pernah Elie bertanya pada pakwenya: Tunjukan di mana Tuhan jika Dia ada?

Kata pakwenya, kau cintakan arwah ayah kau kan? Elie angguk,

“Baik tunjukkan dimana Cinta pada ayah kau itu berada?”

Ellie jadi Blur kejap, bermakna bukan semua benda boleh dibuktikan secara fizik.

Apa yang menarik tentang filem ini adalah bibit dialog yang dilontarkan, yang mana setiap dialog penuh falsafah kemanusian serta keagamaan yang terus membawa mesej keimanan di akhir cerita.

Sebagai contoh: Seluruh Filem ini tunjukkan bagaimana dana yang sangat besar telah dihabiskan dalam misi mencari Alien, hingga Pakwe beragama Tanya Ellie,

“Tak rugi ke belanja sangat besar guna kaedah Sains untuk cari Alien?”

“Perbelajaan besar macam mana pun, selagi digunakan untuk mencari kebenaran, maka tak ada yang rugi. Sebab tujuan Sains adalah mencari kebenaran! Kau menentang sains ke?”

“Tidak, Agama dan Sains adalah sama, sebab keduanya mencari kebenaran, (Tapi Agama tak perlukan belanja yang besar) dan Aku tidak menentang sains, aku menentang orang yang mengorbankan hidup dan korbankan tuhan kerana sains.

“Kau paderi ke?”

“Aku Paderi yang tak mampu bujang selamanya”

“Apa pendapat kau tentang angkasa yang luas ini?”

“Jika tiada apa apa di atas sana, angkasa adalah ruang yang membazir”

Ellie tersentak dengan ayat pakwe beragama, sama macam ayat ayah dia waktu kecik anggap angkasa adalah mebazir jika tiada apa apa di langit, terus dia jatuh cinta pada pakwe beragama, kerana dari sudut Ellie, ayat tu yang membuatkan dia punyai harapan: mencari Alien dan berkongsi teknologi dan mungkin boleh hubungi ayahnya kembali di demensi yang lain?, sedangkan maksud Pakwenya adalah, alam ini sangat membazir jika tiada TUHAN!

Simple., dari segi tersiratnya, Pakwe beragama nak bagitahu: Jika ahli sains anggap angkasa membazir sebab tiada Alien, maka Sama jugak kehidupan kita, susah payah mak kita lahirkan kita, lepas tu kita susah payah belajar merangkak, berjalan, dan berlari, lepas tu susah payah belajar ilmu dunia cari rezeki, dan hidup berdepan dengan pelbagai masalah, lalu ada yang di zalimi, di tindas, teriniayai, OKU, cacat, atau separuh hidup normal dan separuh hidup lagi jadi OKU kerana bencana, lepas tu tu tua dan sakit, dikhianati, diabaikan dan uzur, ada yang menderita dalam perang, atau yang terseksa sebagai tawanan perang, lepas tu semua mati tanpa ada apa apa kesimpulan? maka alangkan membazirnya hidup yang luas ini, kerana hidup ini semuanya adalah SIA-SIA jika tiada TUHAN!

Selalu Pakwe Bergama cakap, dia tak boleh bayangkan hidup tanpa Tuhan, sebab Jika dunia yang luas ini tiada tuhan, bukan sahaja membazir akan apa yang kita dapat dari takdir, tapi sia sialah hidup berusaha habis baik macam Elle tapi akhirnya menjadi masa sailang geng politik!

Satu lagi ayat best dalam movie ini, “Adakah kita lebih bahagia setiap hari kerana sains, atau agama?”

Ada orang bahagia sebab sains memudahkan hidup, tapi terbukti orang beragama lebih bahagia kerana hidup bersama harapan, dan kenapa kita tak bahagia dengan keduanya, Sains dan agama? Logic sangat!

Sains ada harapan tak tercapai, ingin panjang umur dan tak mati agar terus menikmati hidup, Agama ada harapan yang bakal dicapai, buat baik di dunia, dan hidup bahagia di kehidupan selepas mati. Mana nak pilih?

Itulah perdebatan ilmiah antara lelaki beragama dan wanita Atheist yang menjadi tunjang cerita dari awal hingga akhir.

Pendek cerita, satu hari Ellie dapat signal bersuara Hitler dari Planet Vega, lepas Ellie kaji dan dapati Signal pertama hantar ke angkasa adalah dari hitler, dan alien pulangkan balik lepas 26 tahun, bermakna mereka wujud!

Yes! Alien wujud dah telah hubungi manusia!

Terus Ellie bagitahu dunia, dan muncullah babak PM baca perutusan macam Abah selalu buat di Malaysioa, Tapi Movie ini di Amarica maka majlis perutusan sdiang media di buat oleh Bill Clanton (jangan tak percaya, PM America turut berlakon dalam movie ini?) yang bagitahu apa reaksi dunia bila Alien hubungi kita?

Geng tentera anggap mesej ini bahaya macam hadiah kuda Trojan dalam perang Rom!

Geng Saintis anggap Alien tak bahaya, baik, dan penuh moral. Jom balas mesej itu.

Geng agama anggap bercakap dengan Alien, menghina Tuhan. Ada jugak geng agama cakap cakap itu bukan Alien, tapi Tuhan.

Ada jugak Pihak tentera America yang anggap ini teori konspirasi, mesej tu diadakan oleh jutawan kaya yang dah tua tak tahu duit nak habiskan kat mana, lalu prank hantar isyarat guna Satelit canggih konon itu dari Planet Vega!

Apa cakap Pakwe Beragama?

Ini mungkin mesej dari Tuhan, tapi Ellie cakap ini Alien sebab jika Tuhan nak sampaikan mesej, tak perlu guna Satelit canggih, terus kita dengar suara dari langit!

Pakwe Beragama cakap, Tapi itulah yang kau temui, suara dari langit.

Woha!

Okey, sekarang lepas meeting, Dunia setuju untuk bina mesin ke Planet Vega dan borak dengan Alien tu, Tapi Mesin tu boleh muat seorang sahaja, siapakah wakil manusia pertama nak jumpa alien tu?

Dah tentu Ellie yang paling layak..

Kata Pakwe Bergama:

“Ellie, Kau akan ke vega yang jauhnya 4 tahun perjalanan cahaya pergi balik, dan bila kau balik, bumi dah lewat 40 tahun, aku mungkin akan mati, kau mahu pergi jugak ke? I love you Ellie”

“Demi sains aku akan pergi, mungkin perjalanan ini sehala, aku akan mati di angkasa”

“Ellie, Kenapa saintis rela mati dalam misi angkasa?”

“Nak cari jawapan, kenapa kita di sini? Walaupun ada sedikit ilmu di tambah, saintis rela mati, Sains adalah antara keberanian dan kegilaan”

“Nampaknya kau rela mati kerana ‘percaya’ sesuatu lebih baik di luar sana akan dapat menambah ilmu ummat manusia, perbuatan kamu sekarang macam orang agama, yang sanggup buat apa sahaja kerana percaya kepada Tuhan”

“Bagaimana jika aku ke sana dan temui bukti Tuhan tidak wujud?”

Perghh, begitulah kerasnya hati Ellie bab ketuhanan, lalu dalam Sesi soal jawab sebelum ke angkasa, setiap wakil dari pelbagai bidang telah temu ramah ellie, antara soalan yang di Tanya.

“Ellie, jika kau sampai ke Vega, dan dapat Tanya satu soalan sahaja, apa kau nak Tanya?”

“Err, saya akan Tanya, bagaimana kamu dapat selamat dari fana, dan Berjaya hidup kekal di angkasa tanpa musnahkan diri sendiri”

Nampaknya tiada bantahan akan soalan tu, sebab bagi saintis, dari semua bidang, satu jer yang manusia gagal iaitu halang penuaan dan kematian, maka memang sesuai sangat jika Ellie nak belajar dengan Alien ilmu hidup kekal selamanya. Dari Ellie sendiri yang kematian ayah dan ibu waktu kecil, satu tanggung jawab sosia sains iaitu ingin sangat satu ilmu yang dapat halang kematian atau hubungi orang yang dah mati.

Bila tiba giliran pihak Beragama. Ada yang bertanya:

“Ellie, kau percaya Tuhan tak?”

Ellie jawab tak percaya sebab takde bukti, sebab jika alam yang

hebat

dan besar ini dicipta Tuhan, kenapa takde bukti kewujudannya? Atau manusia cipta Tuhan sebab tak nak rasa kesepian, Sebagai saintis, saya percaya bila ada bukti sahaja, dan oleh sebab tiada bukti kewujudan Tuhan, maka saya tak percaya!

Akibat jawapan Ellie tak percaya pada Tuhan, maka oleh kerana 95% penduduk dunia percaya wujudnya tuhan, maka adalah tidak patut orang yang dipilih untuk menjadi wakil manusia pertama adalah orang yang anggap 95 % penduduk bumi adalah salah dan sedang berkhayal.

Maka Ellie tak terpilih dan projek tu dapat kepada bekas bosnya yang beragama, dan juga Saintis.

Waktu ni kita tengok kesian kat Ellie, sebab dia paling layak sepatutnya, tapi bila campur tangan politik, Ellie kena reject.

Eliie pernah cakap, Masa kecik tengok planet venus sangat cantik maka terbayang planet tu indah, tapi bila dewasa, teropong kat sana ada hujan asid dan gas membunuh. Begitulah hidup ini, Ellie yang kaji Alien, bekas bosnya dapat nama, sedangkan dari segi Sains, apa salahnya tak percaya pada Tuhan? Tapi ini politik Ellie, mana boleh wakil manusia adalah orang yang anggap 90% penduduk bumi adalah bodoh!

Tapi ada sesuatu Ellie belajar, tentang takdir dan hikmah, kerana bekas bosnya mati dalam misi sebab geng taksub agama telah sebotaj dan letupkan mesin tu, bermakna Jika Ellie yang pergi, dia akan mati.

Kita pulak boleh belajar sesuatu iaitu Dunia ini akan dapat pada sesiapa yang berusaha, walaupun tidak percaya kepada Tuhan, tapi akhirat hanya untuk mereka yang beriman.

Maka nasib menyebelahi Ellie, sebab Jepun juga ada bina mesin ke Planet Vega, dan Ellie terpilih untuk guna mesin tu kerana dari segi ilmu dan pengalaman, Ellie lah orangnya.

Pendekkan cerita, Ellie dapat peluang jumpa Alien tu, naik mesin khas yang semua orang nampak 5 saat sahaja, tapi Ellie bagitahu dia dah 8 jam berborak dengan Alien.

Alien tu datang dalam bentuk ayah dia, dan guna lokasi impian Ellie yang di lukis dibilik tidur (Teknik senapang Russia? Chekhov's gun Ingat tak?) untuk berborak dengan Ellie.

Dalam versi novel, Alien tu bagitahu Alam ini di cipta oleh Tuhan yang demensinya tak sama, maka tak akan dapat buktikan secara fizik, dan Alien itu sendiri ada kemajuan untuk cipta demensi perbualan guna pengalaman dalam otak ellie, dalam filem pulak, Alien tak cerita tentang Tuhan, sebab Hollywood ni ramai Athies, jadi dalam movie ini, bila Ellie minta Alien buktikan secara fizik agar semua manusia di bumi dapat lihat apa yang dia lihat, maka Alien bagitahu, Hukum alam ini dah beribu tahun berjalan seperti ini, manusia kena beriman dan percaya tanpa perlukan bukti fizik. Tidak boleh mendadak dalam keimanan, satu langkah kecil, cukup untuk manusia setiap waktu. Sekarang kamu balik dan ceritakan pengalaman kamu.

Bila Ellie balik, dan ceritakan pengalaman dia, takde orang percaya sebab tiada bukti, Ellie hanya masuk dalam mesin tu 5 saat, tiba tiba cakap dah 8 jam berborak dengan Alien di Palnet Vega?

Masa ini barulah Elie sedar bagaimana perasaan orang yang alami pengalaman Rohani bersama Tuhan di abaikan kerana tiada bukti.

Dalam Sains, bila kita nak explain sesuatu, kita kena guna kaedah yang simple dan tertutup tanpa ada ruang untuk manusia isi dengan teori konspirasi, kaedah itu di kenali sebagai Pisau Ockham.

Sebagai contoh, Seorang penduduk melihat pohon hangus di tanah lapang, katanya dia nampak cahaya terang, dan anggap itu mungkin adalah UFO. Tapi dari segi Sains, kena gunakan kaedah Pisau Occam, yang mana sambaran petir adalah penjelasan yang patut dipilih karena menutup ruang untuk sebarang pengisian konspirasi, atau Sains Fiksyen.

Maka untuk pisahkan Sains dan Sains Fiksyen pihak Saintis beretika seperti Ellie kena guna kaedah “Pisau Ocham” atau istilah asalnya

“Occam's Razor yang berasal dari William Ockham, seorang ahli Sains Barat dari abad ke-14.

Jika dalam Islam, Nabi pesan guna konsep sederhana dalam explain, agar Ummat tak terbeban, atau memetik kata kata Albert Einstein:

"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough." –Woha!

Maka bila Alien makluk Fizik yang mampu bina demensi dalam otak elie pun tak mampu Elie buktikan, maka akhirnya Elie pilih kaedah Pisau Ocham yang mana. Pilihan paling masuk akal adalah: dia hanya berhalusinasi sahaja waktu bertemu Alien itu. Kerinduan pada arwah ayahnya buatkan dia mencipta pengalaman itu. Kes di tutup. Saya tak pernah pergi ke Planet Vega sebab saya tak ada bukti.

Hujung cerita, Ellie akhirnya berdamai dengan pakwenya kerana ketika satu dunia berkata dia bohong tentang pertemuannya dengan Alien, tapi pakwenya sokong dan percaya , sebab? begitulah pengalaman tentang Tuhan, hanya kita yang dapat rasai kehadranNYA tanpa perlu buktikan apa apa.

Filem ini bermula dengan tiga pihak, Atheist, Agama, dan Politik, yang mana Atheist dan Agama akhirnya berdamai, tapi politik, akhir cerita, tetap ada agenda, sebab pihak politik rupanya sorok bukti pita rakaman Alien yang berdurasi 8 jam membuktikan Elie memang berada selama 8 jam di demensi alien walaupun zahirnya hanya 5 saat. Oh.. politik ni memang tak boleh bawak bincang kan?

Woha!

Akhir kata, dalam movie ini, ada babak Elle guna kaedah matematik waktu hubungi Alien, Jadi bila pihak Kerajaan Tanya Kenapa nak hubungi alien kena guna Bahasa matematik?

Jawab Ellie, Sebab dunia ini ada 70 perbezaan Bahasa, dan matematik satu satunya Bahasa universe!

Kata saya dalam hati: Wahai si cantik Ellie (Jodie foster), marilah belajar matematik dengan abang mayat dengan SATU Tuhan, DUA Kalimah Syahadah, TIGA Golongan di Akhirat, EMPAT Mazhab utama, LIMA Kali Solat, Enam Sifat Sahabat, Tujuh Petala Langit, LAPAN Tingkat Syurga, SEMBILAN kitab Hadis, SEPULUH Sahabat di Jamin Syurga, 13 Rukun Solat, 20 Sifat Tuhan, 25 Rasul terpilih, 99 Nama Tuhan, 313 Ambia, 120 ribu Nabi, and Counting….

Sila abaikan Pakwe Beragama lakonan Matthew McConaughey sebab dalam filem Interstellar dia pulak pergi angkasa cari Alien tapi akhirnya masuk lubang hitam dan bersatu dengan awek cantik si Anne Hathaway di Planet Edmunds.

Woha!

Ulasan filem Interstellar oleh Hamka Keretamayat https://www.facebook.com/keretamayat/posts/266406618174751

#hamkafilm

 

Mar 11, 2021

Soalan untuk menantu? (update)

Zaman sekarang, bila ada orang berkenan kat anak kita dan datang nak merisik, biasa kita tanya:

Kerja apa? (Boleh terus bayangkan masa depan anak dengan status pekerjaan suami)

Duduk di mana? (Boleh jangka berapa kali anak balik ziarah)

Anak siapa?(Nak tahu dengan kerurunan mana kita berbesan, jika anak Dato ke boleh selamatkan perniagaan papa)

Bukan apa, Tanya soalan waktu merisik ni sebab nak tahulah jugak latar belakang kehidupan bakal menantu sebab mereka nanti nak hidup dan nak jaga anak cucu kita, jadi saya rasa akan datang, mungkin kita boleh tanya bakal menantu beberapa soalan terkini:-

-Bumi ni rata ke Sfera? (boleh tengok cara dia berfikir normal ke tak)

-Betul ke orang ke Bulan? (boleh tahu cara dia menilai sains)

-Anak nanti nak cucuk vaksin ke tak? (boleh tahu sama ada dia kaki teori konspirasi)

-Pernah kena tipu oleh scammer Multi Level Marketing? ( Boleh tahu level otak dia)

-Apa pendapat anda tentang Abu Bakar dan Umar? (boleh tahu Syiah ke tak)

-Sambut Maulud Nabi boleh tak? (boleh tahu dia wahabi ke tak)

-Nak beranak kat rumah ke kat Hospital? (boleh tahu jika dia menyokong ajaran sesat bidan haram)

-Apa pendapat anda tentang Tun, Abah, Anwar, Hadi dan Najib? (boleh tahu dia macai politik mana)

-Pernah jumpa hantu?(boleh tahu tahap mistik yang dia percaya)

-Anak nak hantar sekolah tak? (boleh tahu ilmu anti kemodenan ke tak)

-Ada takaful atau Hibbah tak? (Boleh tahu tahap tawakal jenis sembang ke laut ke? Aduhh)

-Hisap rokok tak? (Jika jawab khilaf.. hmmm)

-Apa pendapat Menteri tipu ijazah? (Boleh tahu tahap kejujuran etika dia level mana)

-Jika anak OKU nak buat kad tak? (Boleh tahu jenis berdamai dengan takdir ke atau tak boleh terima hakikat)

-Apa pendapat tentang Bapuk? (Tengok dia sokong LGBT ke apa)

-Buat pinjaman guna sistem Bank islam ke?(Boleh tahu kefahaman dia tentang ekonomi dan comon sense)

-Apa pendapat tentang jemaah tabligh? (Boleh tahu level agama dalam dada dia)

.

.

..

.

Okey, begitu lah lebih kurang soalan-soalan asas untuk menilai tahap pemikiran bakal menantu korang, tapi jika dia jawab satu jawapan khas.

Tak payah tanya banyak lagi sebab korang memang bertuah dapat menantu yang

hebat

macam tu.

Apa jawapan dia?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

“Pakcik, makcik.., saya sebenarnya ada baca buku Hamka Kereta Mayat.

Woha!

Kagum dari jauh!

Ps: Buku tinggal lima tajuk sahaja (1) Ngeteh di kubur ayah (2) Kisah Laki Bini (3) Kerana dia Anak syurga (4) Semusim di Syurga (5) Kisah Anak Bini.

Siapa cepat dia dapat. Manakala..

Buku (6) Semusim di Neraka, (7) Menangakap Dajjal, (8) Hantu Terakhir, (9) Permata yang hilang, (10) Kamar Sutera, (11) Almond Gay, ....itu semua dah habis dan telah bertukar menjadi kenangan terindah di celah celah almari masyarakat Malaysia.

Woha!



Hantar Anak asrama?

 “Ada orang tak nak hantar anak ke sekolah, sebab semua tu dunia, apa pendapat abang mayat?”

*****

Alkisahnya, saya bukan takat hantar anak ke sekolah, tapi saya hantar anak asrama, dan alhamdulillah, rezeki anak, di asramanya 100 peratus pelajar bersolat, dan anak saya dilantik jadi imam surau dan baru ni waktu nak pindah ke asrama lebih bagus, warden bagitahu mereka kehilangan imam solat tarawih yang bagus tahun depan.. Allahu...

Anak saya juga ada masuk banyak jugak pertandingan hafazan, dan itu bagus untuk skill tambahan dalam hidup dia yang saya tak akan mampu sediakan di rumah.

Saya juga suruh dia berkawan dengan orang pandai dan waktu exam, dia dapat tuiysen percuma sebab cemerlang dalam akedemik. Dah jimat duit.

Ok, itu bab skill hidup dan bila bercerita bab duit, tahukah korang, kos sekolah di asrama kat Malaysia hampir percuma, yuran cikgu mengajar saya dah tak payah bayar, semua kerajaan tanggung, yang saya perlu bayar hanyalah kos makan RM1 sehari, enam kali makan, sebulan RM30. Bapak jimat. Anak saya tu jika duduk rumah, sehari makan boleh cecah RM20, sebulan RM RM600. Tapi bila hantar asrama hanya RM30 sebulan, saya jimat RM500 lebih, dan anak saya dah tiga orang ke asrama, so saya dah jimat RM1500 sebenarnya kos makan anak anak.

Bab Homeschooling, PKP hari tu dah rasa dah, penat sekejap jadi saya cikgu, sekejap saya jadi guru besar, sekejap jadi jaga rampas telefon, sekejap jadi cikgu dispilin, sekejap jadi pakcik kantin, penat tau!, ha ha

Maka baik lah anak duduk asrama, boleh saya buat apa yang saya suka membaca dan menulis, ni anak saya sedang jawab exam SPM, masuk asrama waktu PKPP, lepas tu Kerajaan umum PKP2.0, elok dia duduk sana study bersama kawan tak balik lepas habis SPM nanti, Alhamdulillah, saya tak payah pening kepala nak bebel anak main game ke, tengok TV ke, pandai pandailah korang kena hambat dengan Warden.

Banyak lagi lah nak cerita bab kebaikkan anak pergi sekolah, sebab hak bersekolah ni hak anak anak, dan saya sendiri bila dah besar, banyak masalah hidup diselesaikan akibat hubungan baik dengan kawan kawan yang bersekolah. Semua dari Allah.

Imam Syafeepun merantau mencari ilmu. So tak salah jika korang nak homeschooling jika korang ada skill yang boleh ajar semua benda pada anak kau, tapi ingatlah pesan sahabat Nabi.

Didiklah anak ikut zamannya, kerana apabila mereka besar, mereka akan hidup dizamannya bukan dizaman ibu bapa.

Jadi biarlah ank pergi sekolah, kerana di sekolah, anak boleh dapat seribu kawan, dan anak kita boleh pilih kawan yang menjual minyak wangi kerana pesan nabi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi kerana jika tak dapat minyak, kita akan dapat baunya.

Tapi jika hanya duduk dirumah, berkawan dengan mak ayah ayah yang anti vaksin, anti teknologi, anti dunia, anti semua itu, macam mana skill nak bertambah?

Woha!

Ok, sampai sini dulu membebel, nak pergi reunion kawan lama sekolah secara maya jap, ada sahabat sekolah dulu yang kaya mintak tolong agihkan derma. Sila kagum dari jauh!