Oct 15, 2020

Kita ni Firaun ke?

Semalam ada ustaz datang ziarah saya, saya pun ambik peluang untuk bertanya soalan agama:

“Ustaz, kenapa dalam Al quran banyak sangat kisah Firaun?”

“Sebab Allah tak nak kiita semua ikut jejak langkah firaun, maka Allah detailkan sifat firaun agar kita tak jadi macam firaun”

“Boleh ustaz cerita apa sifat Firaun yang kita kena hindari?”

“Ada banyak, saya nak ambik contoh terus depan mata, kamu ada tafsir?”

Sayapun terus ambik tafsir dari rak buku di ruang tamu, saya bagi pada ustaz, ustaz tu terus buka Surah Az Zukhruf.

“Baik, hamka, bacakan ayat 51 hingga 53”

Saya pun baca..

Ayat 51: Dan Firaun menyeru kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah ku? Tidakkah kamu melihatnya?

Ayat 52: "Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

Ayat 53:"maka sepatutnya ia dipakaikan gelang-gelang emas, atau datang malaikat bersama-sama dengannya”

Habis baca, ustaz terus buka mulut:

“Bagus, dari tiga ayat ini, setiap ayat menceritakan dua sifat firaun, menjadikan ada enam sifat firaun yang jangan kita buat”

“Cer citer”

“Ayat 51, Firaun akan gunakan pangkat sebagai hujah kebenaran, Akulah Raja, hari ni ada orang jadi Menteri dah berlagak, bila kritik mereka kata korang bukan Meteri tak layak nak kritik mereka, lepas tu Firaun bagitahu dia menguasa Sungai bermaksud jajahannya yang luas, lalu gunakan hujah hartanya sebagai kebenaran, maka kita jika berhujah guna pangkat dan harta sebagai modal memang dah nak jadi firaun!”

“Aduh, betul ustaz, hari ni pangkat dan harta di salah guna untuk terus berkuasa, dan menolak kebenaran”

“Ayat 52, Firaun serang peribadi Nabi Musa, dengan tuduh Nabi Musa hina sebab keturunan entah dari mana, dan hina mulut gagap Nabi Musa tak lancar, maka akhir zaman, jika kita berhujah dan serang peribadi orang, hina keturunan dia, hina fizikal dia, maka dah jadi firaunlah kita!”

“aduh ustaz, ni buli cyber zaman ni, ramai hina bangsa dan kekurangan diri”

“Ayat 53, Firaun guna hujah: kenapa Tuhan tak jadikan Nabi Musa kaya dengan penuh emas di badan? Dan kenapa bukan Malaikat turun bersamanya!? Ini orang islam belum sampai tahap ni, tapi jika kita berhujah dengan orang kafir, selamba mereka akan balas, kenapa orang islam ramai miskin dan kenapa malaikat tak datang dakwah dia? Padahal orang kafir tu tak bacapun Al quran, tapi berhujah sebijik macam Firaun, kerana Allah nak bagitahu, jika kita ada enam sifat ni, maka kita akan mendapat nasib macam firaun iaitu:

1. Bangga dengan pangkat

2. Bangga dengan harta

3. Hina bangsa lain

4. Hina peribadi orang

5. Hina pendakwah miskin.

6. Cabar Tuhan kenapa tak hantar Malaikat?

Jadi moral kepada kita semua, janganlah kita ikut jejak langkah Firaun kerana Firaun sekarang diazab oleh Allah selama lamanya.

*****

Panjang lagi ustaz tu cerita tentang tafsir Al quran, malam makin larut, dan ustaz minta diri. Saya cakap terima kasih ustaz datang dakwah pada saya walaupun di zaman PKPP ini..

Ustaz bagitahu perintah Allah ni macam air, jika di sekat kita kena cari lubang kecil untuk terus mengalir, macam solat, sakit macam mana pun solat tetap kena buat sama ada duduk ataupun baring, dakwah tak boleh rumah ke rumah macam zaman Nabi dulu, kita tetap kena buat dengan ziarah sesama kita dan ingat mengingati. InsyaAllah, jalan terus sampai mati.

Ustaz balik, terus saya tulis dan share, moga ada kebaikkan, dan moga kita semua tak menerima nasib macam Firaun!

Hamka Keretamayat

PKPP 2020.

Woha!

Oct 14, 2020

Jahil bab dunia?

 

Saya kat rumah, selalu main gitar buat wife, Tanya nak lagu apa?

Wife cakap January! Glenn Fredly?!

Aduh, langsung tak de dalam radar! Jahil sungguh bab dunia ni! Abang tak reti lagu January, lagu Febuary boleh?

Bini layan, maka Sepantas kilat saya menyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah di Bulan Febuary! Alleycats!

Habis lagu bulan Febuary, bini nak lagu bulan Mac? Skip! Abang tak tahu! April? Tak tau!

May? Nyanyi lagu Sendiri.., dinginnya di malam itu? Aci tak? Sebab kumpulan May.

Tak aci, Jun?-Tak tau!

Julai? Lagu Julai abang tahu.., terus saya nyanyikan lagu Selamat Hari jadi isteri sebab dia lahir bulan Julai.

Ogos?! lagu merdeka saya nyanyikan!

September?…

Suasana diam, dan saya nyanyikan lagu Wake Me Up When September Ends!

Habis Setember, saya nyanyikan lagu Tradedi Oktober, Awie! Di susuli Guns N' Roses - November Rain!

Sebagai penutup, wife nak lagu Desember!

Alamak, saya tak tahu, minta wife guna talian hayat, wife google, jumpa lagu Desember Kelabu!

Hetty Koes Endang? Desember Kelabu? Alamak saya tak tahu!

Maafkan abang sebab jahil bab dunia!

Woha!

#kisahlakibini

(Terima kasih kepada semua yang sudi beli buku Kisah Laki Bini. Kagum dari jauh!)


Oct 13, 2020

Geng Bumi rata ke ni?


 

Komen pembaca:

"Saudara Hamka. Perubatan moden bukan sahaja berbahaya, tetapi ia haram. Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana menjaga kesihatan dan mengurus diri sendiri apabila sakit. Bukankah lebih baik untuk kita mempercayai Nabi s.a.w berbanding perindustrian farmasi, pemerintah Amerika dan WHO?

“Dan Kami menurunkan secara beransur-ansur daripada ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan sebaliknya al-Quran tidak menambahkan untuk orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (al-Isra' : 82)

Dari ayat ini cukup Al Quran sebagai ubat penawar, perubatan hospital banyak menggunakan kandungan dadah yang merbahaya. Orang yahudi yang menjual ubat ini kepada orang islam, sedangkan mereka sendiri tidak vaksin anak mereka. Perubatan moden ciptaan yahudi telah menganggu ketenteraman semulajadi Ciptaan Allah. Lihatlah kepada petunjuk Allah (al-Quran dan Sunnah) untuk mendapatkan bantuan dalam segala perkara, termasuk kesihatan fizikal.

"Tidak ada musibah yang menimpa, tetapi dengan kebenaran (keputusan dan Qadar) Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, Dia memberi petunjuk kepada hatinya, dan Allah adalah semua Mengetahui segala sesuatu." (Qur'an 64:11).

Kita perlu bergantung kepada Allah dan memohon Allah untuk membantu kita dalam masa kita memerlukan. Penggunaan ruqya (memohon kepada Allah) adalah lebih berkuasa daripada apa-apa ubat yang boleh didapati kerana Allah adalah satu-satunya yang boleh menghantar penawar.

Fikir fikirkan lah.

**

(abang mayat jawab)

Saudara,

Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.

Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin yang betul.

Jadi Sains dan Sunnah kita guna dua dua lah, Allah tak suruh kita tolak sains. Sains ni asbab. Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin yang betul.

Contoh sakit gigi, zamn dulu cabut guna gunting besi, Tarik kuat kuat! Zaman sekarang orang pakai bius, terpulang nak guna tak nak guna, gigi kamu, tapi bius itu sains.

Sama jugak, dulu anak songsang,keluar kaki dahulu, anak mati lemas, ibupun mati terseksa, sekarang guna bius, belah perut dan Jahit, dua dua selamat, insyaAllah.

Jadi Sains ni memudahkan manusia, perubatan juga adalah sains.

Zaman Nabi dulu, Abu Hurairah bila sawan orang pijak dengan kaki lehernya sebab itu ilmu zaman tesebut, tapi bila teknologi dah maju, mana ada orang pijak orang sawan guna kaki?

Tak salah nak guna ayat Al quran dan berdoa, tapi berusaha juga perintah Allah, seperti nabi ikat buraq binatang syurga, dan benarkan wanita bawa bahan rawatan untuk balut luka orang cedera dalam perang.

Ingat tak arwah Ustaz Harun Din, pakar rawat guna ayat Al quran, tapi bila beliau sakit jantung, telah pergi berubat di di Stanford Hospital, San Francisco, kemudian sambung berubat di Intitut Jantung Negara, kenapa?

Kerana arwah Ustaz Harun Din tak tolak Sains. Di Samping berdoa dan makan makanan sunnah, tidaklah salah berubat cara moden. Bak kata Saidina Umar kepada Abu Ubaidah al-Jarrah yang anggap usaha Umar untuk mengelak wabak sebagai cubaan lari dari ketentuan Allah.

Umar menjawab:

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

Jadi zaman sekarang, vaksin untuk Covid 19 belum di temui, selain berdoa, patuhlah arahan PKP kerana dalam Islam bila wabak kusta berlaku di satu kawasan, maka di larang orang sihat ke kawasan wabak, dan di larang orang ada kusta keluar dari kawasan wabak. Itulah sains dan Sunnah.

Akhir kata, bila covid melanda, masjid tutup, kelab malam tutup, semua tutup. Habis PKP, masjid di buka dengan penjarakkan social dan kelab malam masih ditutup.

Semoga mereka yang selama ini mencari ketenagan di kelab malam dapat mencari di dalam masjid.

Woha!

Oct 12, 2020

Pencuri Selipar Masjid?

 


Saya bukan pencuri selipar Masjid! Dan tidak pernah seumur hidup mencuri selipar masjid.

Jika selipar saya hilang, saya akan balik kaki ayam. Saya lebih rela berjalan berkaki ayam daripada berjalan dengan muka di neraka!

Tapi hari ini selipar bertanda macam ni ada depan rumah saya.

Kisahnya semalam, saya singgah di Pantai Moknik, atau Monica Bay di Kemaman, minum air kelapa sambil tengok kapal besar berlabuh, juga sambil saya mengunyah keropok lekor.

Dah kenyang, rasa nak ke tandas.

Waktu masuk, ada remaja jaga tandas tegur:

“Pakcik, tak boleh pakai selipar pakcik, kena pakai selipar tandas”

Saya tukar selipar, dan melabur.

Bila keluar, saya bayar 30sen.

Sampai rumah di Kuantan, baru perasan selipar saya tertinggal di Tandas Awam Pantai Mok Nik!

Sedap sangat melabur dalam tandas hingga lupa modal deposit depan tandas, adohai..

Takpe! Lain hari akan saya ke sana lagi, akan saya pulangkan selipar ini, walau selipar mahal saya dah hilang, takpe!

Sebab Hidup di dunia ini hanya sementara, Jangan pernah ambik barang orang, dan jika tertinggal barang kita, halalkan.

Simple!

Pantai Moknik! Mu tunggu keretamayat datang!

(alang alang siapa duduk kemaman, jika nak kirim beli buku atau tanjak, jom jumpa di Monica Bay minggu depan!)

Woha!

Oct 11, 2020

Rumah saya berhantu?

 Semalam jam 12 malam, penyewa rumah saya call, katanya rumah sewa saya berhantu.

“Cuba ceritakan”

“Pintu bilik tiba tiba terbuka dan tertutup sendiri”

“Angin kot.., bilik tu kan takde tingkap, hanya ada lubang angin dekat siling, bila perubahan suhu udara luar dan dalam berbeza, maka tekanan dan suhu akan berubah yang mana membuatkan angin keluar masuk, itu yang pintu terbuka dan tertutup”

“Ada hantu tu? Berapa lama kosong?”

“Rumah saya tu tak pernah kosong, sebelum PKP ada orang kerja petronas duduk dekat dua tahun, lepas tu Polis Kemaman duduk dekat setahun jugak, dan waktu PKP polis uruskan kemasukkan penyewa baru, kakitangan hospital duduk sebab saya tak boleh keluar rumah waktu PKP itu, dan semalam, penyewa keluar jam 9 pagi, saya cuci rumah, makcik masuk jam tiga petang, tak kan hantu terus nak masuk, hantu ni rumah 40 hari tiada orang baru ada gangguan”

“Baik, maaf saya ganggu awak”

“takpe.., InsyaAllah tiada apa apa”

Lepas perbualan tu terus saya call penyewa lama, beberapa minit kemudian..

Saya tutup telefon, isteri Tanya kenapa? Saya ceritalah pasal benda tahyul jika kita layan guna sains, akan jadi common sense, lagipun abang dah call penyewa kerja hospital shift malam, dan Tanya pernah ke kena kacau dengan hantu? Jawabnya tiada dan dia setuju beri nombor telefonnya kepada penyewa baru untuk dia cerita pengalaman duduk rumah sewa saya.

“Eh? Mana anak syurga kita?”

Ralit borak tak perasan anak syurga tiada dalam bilik, terus Kami keluar bilik tidur tengok anak syurga OKU autism saya sedang mandi dekat bilik air dapur, jam 12 malam begini dia boleh pergi main air. Adohai..

Saya pun senyap senyap tutup lampu bilik air dari luar dan menyorok.

Dia terus keluar dan jerit:

“Bonda! Hantu!”

Isteri gelak, rupanya anak syurga perasan dalam filem hantu, selalu lampu tiba tiba tertutup.

Saya keluar dan bagitahu ayah tutup, ha ha.

Anak syurga senyum dan tiada apa apa berlaku.

Jam 10 pagi esoknya, sedang tengok TV bersama anak syurga, tiba tiba black out! TV terpadam, kipas berhenti.

Anak syurga dengan selamba berkata:

“hantu buat”

Saya gelak, sebab dia memang belajar dengan melihat, abang dialah ni yang ajak dia tengok cerita hantu tutup lampu, adohai..

Saya naikkan kembali miniature circuit breaker (MCB) dan syak beban arus pada extinction cable di bilik anak bujang yang sambung terlalu banyak port perkakas elektrik adalah punca.

Tapi saya tak mampu terangkan pada anak syurga puncanya, jadi langkah pencagahan:

Jangan bagi anak syurga tengok cerita hantu sebab dunia fiziknya tak sama.

Woha!

Oct 10, 2020

12 rahsia kebahagian?

 

Skrip ringkas untuk berdoa setiap hari.. focus 12 perkara sahaja ini dahulu, yang lain akan menjadi mudah. InsyaAllah.

1.Ya Allah, saya bersyukur kerana hari ini dipilih oleh MU dapat solat awal waktu di (isikan nama masjid)

2.Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat baca surah (isikan nama surah)

3. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat berzikir tasbih (isikan nama tasbihat)

4. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat mengajar sedikit ilmu kepada (isikan nama murid)

5. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat  belajar sedikit ilmu daripada (isikan nama guru)

6. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat sedekah kepada (isikan nama si penerima)

7. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat tolong (isikan nama seseorang)

8. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih dicintai oleh (isikan nama orang yang korang sayang)

9. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat memafkan  (isikan nama orang yang datangkan masalah)

10. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih sihat waalfiat hingga dapat (isikan aktiviti senaman)

11. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih dapat sumber rezeki yang halal daripada (isikan perniagaan atau pekerjaan anda)

12. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat isi masa lapang dengan (isikan aktiviti seronok hari ini, seperti update status FB yang baik baik, like atau share tulisan hamka kereta mayat-woha!)

Sekian 12 skrip doa simple untuk kita enjoy dunia dan akhirat. Siapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat.

Terima kasih sudi like, share dan follow saya, jika teringat, selitkan nama saya dalam doamu pada nombor 5, 7, dan 12.

Kagum dari jauh!

Oct 9, 2020

Tun Maafkan Najib?


 

Saya tak sempat tonton wawancara ini, tapi bercerita tentang maaf, saya nak kongsi satu kisah...

Satu hari Nabi bagitahu ada ahli syurga akan melintas.

Lalu melintaslah seseorang yang ada kesan wuduk di wajahnya.

Esok nabi cakap hal yang sama, dan orang yang sama juga melintas.

Lusa Nabi cerita kisah ahli syurga, dan orang yang sama juga melintas.

Maka ada sahabat buat siasatan, lalu pergi ke rumah alhi syurga itu, dan mintak izin nak tumpang tidur sebab kononnya dia baru bergaduh dengan ayahnya. (bohong sunat)

Maka dalam Islam, tetamu boleh lepak 3 hari kat rumah, maka di waktu malam sahabat itu intiplah kot ahli syurga ni solat tahajjud sampai bengkak kaki tak tidur malam ke?, atau baca Al quran tak berhenti henti ke?, tapi takde?. Biasa sahaja, solat berjemaah, dan malam hari tidur.

Cukup tiga hari, sahabat ni bagitahu dia bohong jer bergaduh dengan ayah, sebenarnya dia datang nak siasat kenapa Nabi cakap kau ahli syurga?

Maka pemuda tu bagitahu, selain amalan yang wajib dalam islam, ada dua amalan tambahan dari dia:

1.Tidak dengki dengan nikmat orang lain.

2.Memaafkan semua orang sebelum tidur.

Nampak simple jer benda ni, tapi jika amal sampai ke syurga:

Lain hari Nabi SAW bersabda: “Takutlah kamu pada sifat dengki, sesungguhnya dengki itu dapat memakan kebaikan-kebaikanmu sebagaimana api memakan kayu bakar.” (HR Abu Daud).

Hari yang lain pula, Sabda Rasulullah SAW: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya." (Riwayat Muslim)

Maka marilah kita amalkan dua hadis ini, jangan berdengki dengan nikmat orang lain, dan maafkan semua salah orang sebelum mati...

Untuk itu, maafkan saya jika ada apa yang saya tulis mengguris hati korang, dan tolong jangan dengki dengan nikmat yang saya kongsi kerana saya hanya menzahirkan syukur..

Dan buat semua penyokong politik, janganlah dengki mendengki dan semoga saling bermaafan kerana bermaafan itu tak perlu tunggu menjalang hari raya, sebab menjelang hari pilihan raya pun boleh.

Woha!