Apr 28, 2020
PKP bersama anak syurga?
Alkisahnya, Saya ada dalam group ibu bapa yang ada anak OKU,
dan betapa simpati kepada mereka dan betapa mujahadahnya membaca kisah ibu bapa
ini bila PKP bersama anak OKU kerana anak syurga ni mudah mengamuk, cepat
bosan, selalu nak keluar rumah, nak pergi tempat luas dan ada air cond
(pasaraya) nak berlari di pantai, nak berlari di taman permainan. Dan bila
mengamuk, sukar dipujuk sebab mereka tak normal dan tak faham erti dunia macam
kanak-kanak yang normal.
Dalam rumah yang sempit, anak syurga autisme akan panjat
sana, kacau orang, baling objek, pecahkan pinggan, pukul orang, gigit, dan
macam macam kisah yang saya dengar.
Saya dah lepas fasa kejadian anak meragam semua tu sebab ianya
berlaku waktu anak umur 4 tahun, waktu anak tak boleh bercakap, dan belum pergi
terapi urus diri.
Zaman tu belum PKP jadi senang tarik perhatian anak dengan
bawa dia berlari ke taman permainan, atau tepi pantai, atau panjat bukit, atau
berlari dalam Mall yang luas atau bawa dia tengok mainan sampai rambang mata.
Tapi dizaman PKP, anak syurga tak boleh keluar rumah akibat
jangkitan Covod 19, maka yang jadi sasaran adalah ibu bapa, anak pecahkan TV,
anak taburkan makanan, anak pangjat tingkap nak terjun, anak gigit sampai
berdarah, dan macam-macam.
Saya hanya mampu simpati dan doa dari jauh kerana ujian
setiap manusia ni tak sama, jadi kepada anda yang PKP bersama anak anak yang
normal, bersyukurlah dengan nikmat yang ada. Sungguh saya cakap ni: bersyukurlah.
Dan saya sendiri walau ada anak OKU autisme, tetap bersyukur
sebab saya baca kisah orang lain anaknya Severe autisme dan PKP bersama si anak
yang ketuk kepala, tak boleh bercakap, makan najis, pukul orang tanpa sebab..,
gigit orang sampai berdarah, dan banyak lagi, memang simpati.
Anak saya hanyalah Mild Autisme, Alhamdulilah atas nikmat
ini, sekarang umur tujuh tahun, dan anak dah boleh bercakap tiga patah, mudah
dipujuk, dan sangat jarang menggigit macam dulu dan sudah tak makan najis macam
dulu dulu.
Rezeki anak juga waktu PKP ni, beliau adalah anak bongsu
dari lima beradik, abang dan kakaknya sangat rajin melayan, (terima kasih anak
anak ayah) jadi dia sibuk dilayan kiri kanan sampai dia penat dan tidur.
Rumah kami kecik sahaja, tapi halaman luas, maka bolehlah
anak berlari, berbasikal dan macam macam aktiviti. Dia sangat sibuk dengan
macam macam permainan tapi alhamdulilah, setakat ini terkawal.
Ada cubaan panjat pagar nak keluar, tapi dia faham tentang
zombie, saya terpaksa cakap kat luar ada zombie dan dia faham, sekolah tutup,
ada kuman, ada zombie.
Maka hari ini cuaca pun cerah, saya rakam aktiviti anak dari
pagi sampai ke petang, dia tak akan tidur kecuali larut malam bila dah habis
tenaga.
Tengok dia gembira dalam video ini buatkan saya bersyukur
dengan ujian anak OKU mild autisme, terima kasih Allah beri kami anak syurga,
orang lain diluar sana lebih besar ujian mereka.
Semoga PKP ini cepat berlalu, semoga kita semua berjaya
lawan virus Covid 19, dan habis semua ini, antara perkara pertama saya nak buat
dengan anak syurga adalah mandi pantai.
Woha!
Link video: Sehari PKP bersama anak syurga OKU autisme:
Terima kasih sudi menonton.
Apr 27, 2020
Penawar simple bagi hati?
Alkisahnya.. Hari ni muzakarah dengan anak-anak bab penawar
bagi hati, ada 4 asas sahaja yang kami bincangkan iaitu, Syukur, Sabar, Ikhlas
dan Khauf.
Suruh anak anak sebut dan hafal 4 kata kata ini:
- (1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.
- (2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian
- (3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar
- (4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.
(lepas anak anak dah sebut dan hafal, kita sebagai moderator
muzakarah akan buat sedikit ulasan)
Alhamdulillah, semua dah hafal 4 penawar bagi hati, maka
sekarang ayah nak cerita tentang Maksud, Kelebihan, dan Cara nak dapat.
Semua juzuk dalam Islam ni ada tiga benda ni iaitu, (1)
Maksud, (2) Kelebihan, dan (3) Cara nak dapat.
(1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil
nikmat.
Maksud Syukur: Kita nak sedar bahawa Allah sayangkan kita
dan kita sedang di beri nikmat yang sangat banyak.
Kelebihan Syukur: Allah akan tambah nikmat, hidup lebih
bahagia, Hati bertambah tenang, pahala semakin naik, dan kita akan menyenangkan
semua orang.
Cara nak dapat Syukur: Nikmat Allah hendaklah disebut sebut,
selalu puji Allah atas segala nikmat, selalu tengok orang lebih susah agar
syukur makin bertambah, ada masa pergi ziarah kubur, penjara atau hospital,
semua itu menambahkan kesyukuran, dan kongsi nikmat pada orang lain maka nikmat
akan bertambah. Orang kaya yang bersedekah itu tanda syukur, orang kaya yang
simpan duit dan cakap saya bersyukur itu kedekut. Aduh..
(2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian
Maksud Sabar: Mencari hikmah yang menyamar sebagai takdir
buruk padahal sebenarnya adalah takdir baik, jika tak jumpa hikmah, maka Kita
nak redha dengan takdir buruk sampai kita mati atau sampai takdir buruk itu
bertukar menjadi baik. InsyaALlah
Kelebihan Sabar: Lebih bahagia dan tenang, lebih mudah
uruskan masalah bila sabar,dan Allah janji akan bersama orang yang sabar,
pahala dan darjat anak naik bagi orang bersabar, dan kita akan menyenangkan
semua orang.
Cara nak dapat Sabar: Carilah pertolongan dengan solat dan
sabar, ambik wudhu, dan duduk, dan bertenang, sangka baik pada Allah, selalu
tengok orang lebih susah agar syukur bertambah pada baki nikmat yang lain, ada
masa pergi ziarah kubur, penjara atau hospital, semua itu menambahkan
kesyukuran pada baki nikmat yang ada dan dapat membantu menambah nilai pada
kesabaran.
(3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar
Maksud Ikhas: Buat sesuatu kerana Allah, tinggalkan sesuatu
juga kerana Allah.
Kelebihan Ikhas: Hati lebih tenang dan damai, dan Allah
janji akan terima amal yang ikhlas malahan Alah akan gandakan berlipat kali
ganda amalan yang ikhlas dan kita akan menyenangkan semua orang.
Cara nak dapat Ikhas: Jawab empat soalan
- (1) Adakah ini perintah Allah?
- (2) Bagaimana Nabi buat? Jika Nabi tak buat, bagaimana Ulamak buat?
- (3) Adakah saya buat ini kerana Allah?
- (4) Bagaimana saya akan istiqamahkannnya? Jika dapat jawapan semua jawapan ini dengan betul, maka akan dapat ikhlas, selain itu Yakin dengan janji Allah melalui ihtisab juga dapat hakikat Ikhlas.
(4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.
Maksud Khauf, kelebihan Khauf, cara nak dapat Khauf…..?
Alamak, masa dah habis, waktu berbuka dah masuk, muzakarah kita
tangguh dulu dengan tasbih kafarah. Jumpa lagi dilain Muzakarah.
Woha!
Apr 26, 2020
Hukum Sedekah terang terang?
"Abang mayat, apa hukum orang yang riak di FB? Update
gambar sedang bantu orang susah?"
Jawapan:
Bukan semua orang yang menunjuk nunjuk dalam ibadat itu
riyak, sungguh Bab riyak tu. Itu kita dengan Allah. Tapi dalam islam ada bab
Shiar. Iaitu kena buat terang terang, kena hebahkan..
Contoh 5 rukun islam. Semua tu kena syiar, kena heboh, kena
war warkan. Masuk islam kena bagitahu, zaman nabi sahabat masuk islam terus
pergi mengucap dua kalimah syahadah jerit kuat kuat depan kaabah, dan rela kena
belasah, sebab amalan ni kena tunjuk. Itu sunnahnya!
Bab Solat berjemaah kena azan kuat dan kena pakai pakaian
solat dari rumah lagi, dan sunnah pergi masjid balik ikut jalan berbeza biar
semua orang nampak.
Puasa kena bagitahu pada semua orang lagi lagi depan orang
mengumpat.
Zakat bayar depan kaunter di masjid, siap isi borang.
Haji kena bagitahu, jika mampu buat kenduri syukur.
Dan amalan syiar ni tak tertakluk pada rukun islam yang
lima, yang sunat pun ada waktu kena syiar, kena tunjuk dan kena hebahkan sebab
semua ada hikmah.
Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war
warkan. Kahwin dua tiga pun kena bagitahu, jika sorok dah mati baru tahu banyak
masalah lain yang timbul.
Korban Haji pun bagus war warkan. Galakkan orang lain korban
sama.
Sedekah ada waktu kena terang terang biar orang kaya malu
tengok, biar menteri tak buat kerja malu tak buat kerja. Alamak tersentuh isu
politik pulak.
Apa apappun.
Tujuannya buat ibadat terang-terang adalah nak wujudkan
suasana agama, yang mana bila ada suasana agama maka tempat tu akan di tangguh
bala dan akan disebarkan Rahmat.
Orang kafir pun akan lebih tertarik dengan amalan yang
mendatangkan kebaikkan kepada semua pihak.
Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi dah
masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana, sahur makan apa, korban
berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang. Termasuk
dalam syiar Islam semua tu.
Namun ada benda tak elok untuk kongsi iaitu ibadat infradi
seperti tahajjud, zikir, tutup aib orang, khidmat, dan lain lain yang boleh
mengundang riak.
Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh
dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi.
Contoh, macam mak cik kiah benarkan suami dikongsi, dengan
share dimedia sosial dengan hashtag:
"Bukannya orang lain, madu kau jugak!"
Woha!
Apr 25, 2020
Nak gantung gambar ulamak?
Satu hari anak mintak izin nak gantung gambar ustaz ulamak
dalam bilik dia dan tanya saya gambar ustaz ulamak mana pilihan ayah?
Saya cakap tak perlu kot nak kena ada gambar ulamak dalam
rumah sebab ada hadis malaikat Rahmat tak masuk bila ada gambar manusia.
Tapi jawab si anak: hanya untuk bilik dia sebab dari tampal
gambar artis korea lebih baik tampal gambar ulamak, boleh juga pahala bila kita
kasih sayang pada ulamak.
Saya cadang jika nak pahala, letak gambar ayah dan bonda,
sungguh ada hadis tengok wajah ibu bapa dapat pahala.
Anak kata dah ada gambar ayah dan bonda dalam biliknya. Nak
tambah gambar ustaz ulamak pilihan ayah.
Laju saya jawab, jika kau nak tampal gambar ustaz ulamak,
kau gantunglah gambar ustaz Ebit Lew.
Woha!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ps: Serius cakap, tengok wajah ustaz Ebit Lew terus teringat
akhirat. Jika dia tiba tiba mati esok lusa, sudah tentu air mata saya akan
bercucuran sedih kerana saya sangat rasa dia betul betul saudara islam dunia
akhirat walau belum pernah bersua muka.
Sob..sob..
Apr 24, 2020
kisah sahur dari masa depan?
Kisah malam pertama berpuasa, Sebelum tidur, berkatalah laki
kepada bini..
"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
Beberapa jam kemudian
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 20 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Aku bermimpi ke malam tadi?, nampaknya hanya bini yang paham
laki masing masing, adohai...
***
Kisah malam kedua bersahur pulak,
"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
kata laki pada bini sebelum tidur.
Menjelang sahur, terdengarlah bunyi bawang menyeringai dalam
kuali, kemudian terdengar sodep menari nari bergulir dengan perisa nasi goreng
dan bahan bahannya, ha ha ha, siapa sangka, di awal kedinginan pagi sebegini
ada insan bernama lelaki yang sangat mahir dalam memasak nasik goreng u.s.a..,
ha ha!
.
.
.
.
.
.
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 25 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Cis! rupanya aku hanya bermimpi masak nasik goreng, cilako!!
, kesimpulan sekali lagi, hanya bini yang paham laki masing masing, adohai…
***
Kisah malam ketiga pula:
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar
abang..."
Belum sempat aku habiskan kata kata, ada jari telunjuk kanan
bini atas bibir aku dan jari telunjuk kiri beliau pula di atas bibirnya.
(Enjoy the silence....)
"Bang, ketahuilah, saya sedia masak berbuka dan sahur
untuk abang seumur hidup saya. Malahan saya bahagia menunaikannya”
Perghhh
Kagum dengan orang perempuan.., terima kasih kepada semua
bini di seluruh dunia yang memahami hakikat nikmat memasak untuk laki masing
masing, kagum dari jauh!
****
Kisah malam semalam, malam ke empat:
Puan Bini sedang masak sahur, En Laki boleh pula baca surat
Khabar dengan suara kuat.
“ Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk
dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia
awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur,
semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baruas,
di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya
membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang
belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan
pecah di dapur rumahnya.
“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang
menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi
jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.
“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an
itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun
bersahur,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan
suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang
diri.
Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan
suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.
“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan
isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak
isterinya itu.
“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala
isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu
hampir pengsan,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan
rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera
menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.
“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai
polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di
Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten
Komisioner ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan
masih dijalankan”
Habis baca, aku tunggu reaksi Puan Bini yang sedang memasak:
“ eh apa punya laki, pasal sahur pun nak gadoh ke? Laki tu
memang manusia durjana, sanggup menggunakan kekerasan terhadap wanita, nasib
baik saya tak ada di sana, jika tidak, lebam bijik mata dia”
Perghhh, Puan Bini, sebijik tiru ayah Sudin dalam Bujang
Lapok waktu marah Laki bini bergaduh bab belacan.
Apa-apapun, kepada semua Laki, ingatlah pesan Nabi yang
suruh kita berbuat baik kepada wanita.
****
Kisah sahur hari ke lima, hari ini.
"Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss sahur”
Kata laki dengan senyuman bersyukur.
“Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss masak sahur
untuk abang”
Kata Puan Bini dengan senyuman bersyukur yang lebih
terserlah.
Aku tunduk malu kerana Hakikatnya, pahala isteri di bulan
puasa, lebih banyak dari pahala suami masing masing. Deep nih!
Ps: Terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia islam
yang istiqamah masak sahur pada laki masing masing tanpa sekelumit mengeluh
pun. Kagum dari dekat kepada bini aku dan kagum dari jauh kepada bini korang!
Woha!
(dipetik dari Ebook kisah laki bini dan puasa, RM 15 (harga asal rm25) sahaja
untuk bacaan penuh kisah dari 1 ramadan ke 6 syawal-woha!, wasap 0199117163 untuk beli)
Apr 10, 2020
Filem best waktu PKP?
(Sepuluh Filem best untuk dilayan sempena PKP)
Ok Guys, bila kita terkurung dalam rumah, tak boleh keluar
kerana ada wabak, maka menonton filem yang senasib dengan kita, feel dia
sampai. Filem yang simple, pelakon tak ramai, sedang bersembunyi, atau
terkurung, dan bagaimana dalam ruang yang terhad mereka cuba ikhtiar hidup.
Layan..! Untuk itu saya senaraikan 10 filem ala ala Perintah Kawalan
Pergerakkan yang menarik untuk kita layan sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakkan ini.
1. Hidden (2015)
Ada satu keluarga ni menyorok dalam tanah, mereka kena
senyap, dan tak boleh keluarkan bunyi bising, sebab ada sesuatu di luar sana
yang merbahaya kepada kehidupan mereka. Kita masih boleh buat bising, ada orang
buat konsert depan rumah pangsapuri, ha ha, tapi keluarga ni nak keluar pun
bahaya hinggalah pada satu hari, mereka di ziarahi makhluk bertopeng gas dan
mahu membunuh mereka, kenapa? Plot twist dia sampai!
2. Room (2015)
Kisah benar wanita di culik dan di rogol, hingga lahirkan
anak dan hidup dalam bilik berkunci hingga anak besar, wanita tu bukan korang
tak kenal, pelakon Captain Marvel, dan bagaimana bersyukurnya kita dengan PKP
kita berbanding wanita itu yang akan dipukul jika cuba nak lari. Ternyata di
penjara yang sempit, ada anak sangat membantu wanita itu dari murung!
3. 10 Cloverfield Lane (2016)
Seorang wanita di culik, dan di sembunyikan dalam tanah
kerana ada virus serta bakteria jahat sedang merebak di permukaan bumi, 10 kaki
dalam tanah, telefon dan internet semua tak boleh guna, wanita ini cuba mencari
keadilan kepada dirinya sendiri. Tapi masalahnya, dalam kurungan ada lelaki
jahat, dekat luar ada virus jahat, aduh.. mujur kita boleh main wasap!
Alhamdulilah!
4. Freaks (2018)
Intro movie ni, seorang ayah dan seorang anak perempuan
terpaksa berkurung dalam rumah, anak dilarang keluar kerana diluar rumah sangat
bahaya, rasa betul suasana PKP nya, tapi anak makin dewasa makin mahu keluar,
lalu berlaku kejadian yang tidak di ingini, rupa rupanya filem ini adalah kisah
superhero versi gelap! Best!
5. I am legend (2007)
Seluruh dunia telah dijangkiti wabak gabungan puntianak dan
zombie, hanya seorang lelaki terselamat kerana darahnya imun terhadap virus
ini, bagaimanakah lelaki ini mahu meneruskan hidup seorang diri? Kita dilarang
keluar rumah lepas jam 7 malam, filem ini juga sama, jangan keluar malam sebab
bukan polis yang tangkap, tapi puntianak yang makam, aduh seramnya, Filem ini
ada alternative ending.
6. A quiet place (2018)
Filem ala ala Takjuk Makjud, makluk buta yang makan bila
dengar suara, dan oleh sebab pelakon filem ni tak ramai, perhargaan juga patut
diberi kepada paku yang terpacak dekat tangga, wataknya adalah paling seram
antara semua pelakon tambahan. Jika ada anugerah untuk prop terbaik, paku tu
patut menang.ha ha
Syukur PKP kita tidak di larang berbuat bising.
7. Signs (2002)
Kisah paderi murtad kematian isteri, dan tingal bersama anak
anak, tiba tiba ada alien luar rumah, bagaimanakah paderi murtad ini nak
selesaikan masalah ini? Mujur hero boleh layan berota di TV macam kita maka
dapatlah info nak lawan wabak dari alien ini.
8. The Night Eats the World (2018)
Kisah simple lelaki terakhir di bumi, sunyi yang mencekam
hingga zombie dalam filem ini juga bisu, tiada roar…, lalu hero hanya mengurung
diri dalam rumah, dan mengurung jiran yang jadi zombie untuk ajak bercakap.
Kita PKP masih boleh wasap dan layan FB, hero ni sunyi gila babi, Ada jugak
cubaan hero untuk berkawan dengan kucing tapi risiko ada kawan di waktu wabak
zombie amat merbahaya. Dalam kesunyian, hero sempat bekarya dengan hasilkan
muzik indah guna barang terpakai. Lalu muncul seorang wanita dengan idea
berbeza, kata wanita itu: nak teruskan hidup, kena pindah randah jadi nomad,
tapi hero pulak, prinsip hidup dia, kekal selesa di satu tempat sahaja, tiba
tiba ada plot twist, aduh, sedihlah pulak. Layan!
9. Home Alone
Budak kecik terperangkap sorang diri dalam rumah, kat luar pulak ada perompak. aduh... cerita lawak.
10. Cast Away (2000)
Lakonan Tom Hanks, terperangkap disebuah pulau, masalah
lapar, nak hidupkan api, nak cari makanan, kesunyian, jauhlah kita semua yang
PKP kat rumah ni sangat beruntung. Kerajaanpun dah jamin beras aka nada di
kedai, jadi janganlah buat pembelian panic.
*****
Ok guys, cukuplah 10 filem ala ala PKP tapi nasib mereka
jauh lebih buruk dari kita buatkan kita bersyukur sangat sangat. Stay Home,
biar jadi perasit asal jangan jadi pelesit.
Woha!
#hamkafilm
Apr 9, 2020
Berita baik sempena Covid?
Bila korang dah dapat kemanisan solat berjemaah di masjid,
pasti akan terasa pahit meninggalkannya. Tapi taat pemerintah juga adalah
sunnah dalam penyelesaian kemaslahan umat.
Semua tahu sudah, sunnah nabi dalam solah ada tiga perkara :
1. Solat di awal waktu
2. Solat berjemaah
3. Solat tempat diazankan yakni di masjid
Namun, Tidak boleh buat semua, jangan pula tinggal semua.
Tidak dapat solat di masjid boleh jer solat berjemaah di rumah. Yang penting
awal waktu dan tidak melengah lengahkan solat.
Ada hadis dari buku taklim kisah malaikat yang memerhatikan
lelaki yang solat berjemaah di masjid dan mencatat kehadiran, namun bila lelaki
itu tidak hadir kerana uzur atau ada halangan malaikat itu tetap menghitung
lelaki yang tidak hadir tadi sebagai peserta orang yang solat berjemaah di
masjid.
Alhamdullah...
Semoga vaksin karona atau kaedah pencegahan lain ditemui
segera dan dapatlah kita menuntut insuran dari Allah swt
Ehh ! Allah pun ada janjikan insuran?
Ya! sesiapa yang solat berjemaah selama 40 hari berturut
turut tanpa tertinggal takbir pertama bersama imam akan mendapat insuran
dibebaskan dari api neraka.
Dan tengok pada gaya PKP mungkin akan dilanjutkan lagi mana
tahu dari 28 hari ke 40 hari? Maka ambiklah peluang ini untuk dapatkan takbir pertama
bersama imam.
Sah sah kita semua dapat jaga takbir pertama kerana kitakan
Imam.
Woha!
PKP: Say no to solat lengah lengah, say yes to solat
berjemaah, now everyone can do!
Subscribe to:
Posts (Atom)
