Apa-apapun, aku sebenarnya tak nak ulas isu ustaz itu di sini, tapi aku suka nak cerita tentang bagaimana nak menakutkan penakut yang penakut.
Sebenarnya adalah sangat bagus bila anak kita atau kita sendiri yang takut kepada Allah, kerana tunjang kebijaksanaan adalah sifat takutkan Allah, demikan sabda Nabi...
Pada zaman nabi dan sahabat, jika korang baca kitab sejarah mereka, kalah cerita hindustan, sebab dalam banyak babak, mereka banyak menangis kerana takutkan Allah, usahkan budak kecik yang menangis kerana takutkan Allah, bapak budakpun menangis, dan Nabi selalu menangis secara live, Abu Bakar pun banyak menangis, Umar yang brutal pun banyak menangis waktu jadi raja, malam malam melintas depan rumah para sahabat akan terdengar tangisan, cakap sikit dengan mereka bab agama, mereka akan menangis, dalam solat terdengar tangisan di sana sini, dalam doa mereka menangis.. janggut basah boleh di lihat di sini sana, dan kadang kadang malaikatpun menangis bersama mereka..
Tapi zaman sekarang, dalam majlis agama, nak cari yang menangis cukup payah, yang banyak ketawa adalah!, hu hu hu.
Pendek cerita kisah bab takutkan Allah, Ada sekali tu, seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Umar RA kalau tak silap aku, telah menangis sehingga rosak matanya, apabila orang hairan melihatnya maka dia berkata:
“Apa nak hairan dengan tangisanku, matahari juga menangis kerana takutkan Allah...”
Dalam riwayat menceritakan bahawa Allah berfirman dalam Hadith Qudsi:-
"Sekiranya seorang itu tidak takut kepadaku didunia ini, maka Aku akan membuat dia takut di akhirat nanti, Sekiranya didunia ini dia sentiasa takut kepadaKu, maka Aku akan menyelamatkannya dari segala ketakutan”
Kita dengar pulak Nabi bersabda:
"Siapa yang takutkan Allah, semua makhluk akan takut padanya, dan siapa yang takut sesuatu selain daripada Allah, maka semua makhluk akan menakutkannya”
Nabi bersabda lagi:
"Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah walaupun sebesar kepala lalat maka Allah akan mengharamkan wajah itu dari terkena api neraka”
Dan Nabi terus bersabda:
"Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah maka susah baginya memasuki neraka sebagaimana susahnya susu kembali ke puting”
Dan Abu bakar RA pula berkata:
"sesiapa yang boleh menangis, maka menangislah dan siapa yang tidak boleh menangis maka buat-buatlah menangis."
Dan Nabi bersabda lagi:
"Tujuh golongan yang dilindungi di bawah arasy, salah seorang dari mereka adalah seorang yang bersunyi diri mengingati Allah sambil menangis...."
Demikianlah Hadis hadis yang aku petik dalam melengkapkan nota ugama untuk diri sendiri dan anak bini di sini tentang betapa pentingnya sifat takut kepada Allah yang perlu ada dalam diri setiap insan bernama manusia, semoga kita semua dapat amal dan sampaikan dan dapat pula menangis, dan aku nak tanya, bilakah kali terakhir korang menangis kerana takutkan Allah. Semalam? Minggu lepas? Tahun lepas? 10 tahun yang lepas? Tepuk dada tanyalah iman... oh!
Sebagai mengakhiri cerita, sebagai alternative kepada ustaz yang tayang video azab kubur supaya tidak lagi di report polis, maka, apa kata kita gunakan kanak kanak sebagai bahan untuk menakutkan penakut yang penakut, tanpa perlu kita gunakan video tapi cukup kita guna lagu tema kanak-kanak.., biar kanak kanak menyanyi tanpa gangguan mental sebaliknya di dendang penuh ceria dan riang ria, dan ini tentu akan menggembirakan para ibu bapa diluar sana..
Maka, aku ada edit dua buah lagu kanak-kanak, dan kita pakat pakat ajar anak anak kita nyanyi lagu ni, biat diorang hafal dan biarlah anak-anak kita terjun ke dalam masyarakat sambil menyanyikan lagu ni, mudah-mudahan dengan lirik lagu yang telah di ubah suai ini, dapatlah kita menakutkan penakut yang penakut supaya mereka yang tak takut kepada Tuhan menjadi takut, atau yang sudah takut menjadi bertambah takut lagi lalu terbukalan pintu Takwa, insyAllah..., Sesungguhnya Takut itu adalah sebahagian daripada Takwa...
Lagu satu:
Tajuk: TANYA SAMA MAYAT.
(Tajuk asal: Tanya sama pokok)
Tanya Sama Mayat
Amal apa buat
Jangan tinggal solat
Nanti di azab
Tanya Sama Mayat
Mana dapat kitab
Tangan kiri dapat
Bertambah azab
Tanya Sama Mayat
Dapat tak Syafaat
Nanti titi sirat
Hanya sekerat
Banyak sungguh hisab
Ke neraka cepat
sepantas kilat
Tajuk: KERETA MAYAT WARNA PUTIH.
(Tajuk asal: Kereta kecil warna merah)
Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur
Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur




