Dec 23, 2015
Dari mana manusia datang?
(Contoh Surat Rasmi anak masuk tingkatan satu menyusul di
bawah, sebelum tu layan soalan anak anak sekejap)
“Ayah, kenapa kemaluan lelaki dan wanita tak sama? Dulu saya
pun ada zakar lepas tu kena potong ke?”
Tanya satu satunya anak perempuan aku, adik beradiknya yang
lain semua lelaki. Jawab aku:
“Memang Allah buat berbeza, sebab orang perempuan bila
besar, akan mengandungkan baby, lepas tu dada orang perempuan berbeza dengan
lelaki kerana baby akan minum susu dari situ, dan tentang kemaluan perempuan
berbeza pulak, sebab dari situlah baby akan keluar”
“Wahhh, macam mana tu? Tentu sakit?”
Tanya lagi anak perempuan dengan aksi muka menahan sakit.
Terang aku panjang lebar:
“Hah! Itulah kuasa Allah, dari tempat yang sempit, boleh
keluar manusia, sekali tengok macam tak logic manusia akan keluar dari kemaluan
wanita, tapi bila sampai masanya, Allah akan buka laluan, dan baby akan keluar
laju macam air. subhanAllah, pesan ayah, Adik N, jagalah kemaluan orang
perempuan, jangan masukkan apa apa dalam tu, dan jangan biarkan siapa siapa
masukkan apa apa dalam tu, jika luka nanti, bersalin akan lebih sakit. Jika
kemaluan di jaga elok, lepas baby keluar nanti, kemaluan wanita akan kembali
rapat macam biasa, dan orang perempuan akan dilupakan sakit bersalin, tak macam
lelaki, sakit bersunat macam kena gigit semut jer, tapi bila di tanya nak sunat
lagi tak? semua tak nak, tapi orang perempuan, sakit bersalin macam mati hidup
semula, tapi lepas dapat anak, nak beranak lagi, macam Bonda kamu, dah 5 orang
anak dan nak lagi tu!”
Anak perempuan aku senyum, dan berkata:
“Bagus jugak, Adik N nak sangat adik perempuan”
Lepas si anak diam sekejap, akhirnya dia membuat kesimpulan
dari perbincangan kami tadi:
“hmmm, patutlah berbeza kemaluan lelaki dan perempuan, jika
baby keluar ikut zakar, tentu pecah semua, kan Ayah?”
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Bagi ibu bapa yang ada anak Tingkatan satu macam aku, dan ingin buat surat rayuan masuk tingkatan satu di sekolah mana-mana, boleh copy paste surat rasmi di bawah.
Semoga anak kita semua dapat menjadi calon syurga, amin..
CONTOH SURAT RASMI RAYUAN ANAK MASUK TINGKATAN SATU
Hamka keretamayat
Lubang kubur, 6 kaki
Keranda satu, Nissan dua
Perkuburan islam Timur
Malaysia.
---(garisan panjang)----------------
Pengetua
Sekolah xx
xxx
xxx
xxx 21 DEC 2015
Tuan/Puan,
Perkara : Rayuan Kemasukan ke xxx Tingkatan 1 2016 (boltkan tulisan ini
Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan semula pemohonan kemasukan anak saya ke Sekolah xxx tingkatan 1 sesi persekolahan 2016.
2. Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015 yang lepas, anak saya telah memperoleh keputusan 4A dalam semua mata pelajaran yang di tawarkan kecuali 1B untuk Bahasa English. Sementara itu bagi keputusan SPPIM, anak saya mendapat 8A dalam semua mata pelajaran yang di tawarkan kecuali 1B untuk Ujian Lisan Bahasa Arab. Selain itu, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform XX peringkat sekolah, catur, XXX dan XXX
3. Untuk pengetahuan pihan Tuan/Puan, anak saya ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Jadi, besarlah harapan saya sebagai seorang ayah untuk melihat anak saya menjadi contoh tauladan yang baik kepada adik adiknya dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan.
4. Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif dan tenaga pengajar yang professional yang disediakan oleh pihak Tuan/ Puan, saya percaya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan apa yang anak saya sedang jalani sekarang. Saya berharap anak saya yang pertama ini dapat menjadi mentor serta perintis yang cemerlang dalam keluarga kami khususnya, dan seluruh masyarakat dunia am nya.
5. Butir-butir rayuan adalah seperti berikut :
Nama Pemohon : Haikal bin Hamka
Sekolah :
No.Sijil Lahir :
No. K/P :
Angka Giliran :
6. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberikan peluang kedua kepada anak saya bagi melanjutkan pelajarannya di xxx yang saya percaya merupakan salah satu institusi pendidikan yang terbaik di negara. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
………………………………………
( HAMKA KERETA MAYAT)
Terima kasih sedara.. Teruja dengan kreativiti olahan surat ini.. Boleh guna utk surat pertukaran juga.. Woii
Ketika ditanya, bgmn manusia berjalan dgn muka di Akhirat nanti, Nabi saw jawab, Tuhan yg menjadikannya berjalan dgn kakinya boleh menjadikannya berjalan dgn mukanya.
Fikir fikir balik, baby dlm perut boleh makan, minum, kencing, berak, bernafas, semuanya melalui pusatnya sahaja. Mungkin sbb tu jugak kot org melayu beri nama pusat utk pusat kita yg kat perut tu.
Gitu jugak, bgmn kelawar seolah olah boleh melihat dgn telinganya, gajah boleh mendgr dgn tapak kakinya, ular dan ikan boleh mendgr dgn kulitnya, katak dan serangga boleh bernafas dgn kulitnya.
Maha Kuasa Tuhan yg menjadikan segalanya seKehendakNya penuh hikmah.
huhu...dah x byk komen dah blog nie
orang sekarang lebih suka komed di FB, tapi aku akan tetap menulis di sini sebagai nota kepada diri InsyaAllah.\
terima kasih atas kedian anda. :)
menarik ulasan bagi budak-budak faham..howaaa
ok, thanks hamka, sekarang dah bersedia untuk menimang cahaya mata,
tapi nak kene cari calon isteri dulu,
rezeki belum sampai lagi..
doa doakanlah.. hehe
Post a Comment