Mar 10, 2014

Kapal terbang dan Konspirasi? Adohai..

(Aku harap ini kali terakhir aku bercerita kisah yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim dalam blog keretamayat...)

Pada suatu hari, ketika Nabi SAW pulang dari berjihad…, Aisyah r.aha isteri nabi yang ikut sama dalam jihad itu telah tertinggal dalam perjalanan atas sebab-sebab teknikal, maka di pendekkan cerita, siti aisyah r.a telah sampai lambat ke madinah itupun dengan bantuan seorang sahabat, Sofwan r.a..

Maka orang munafik (juga sebahagian orang islam) telah ambik peluang ini untuk buat fitnah ke atas siti aisyah r.a yang di tuduh telah berzina dengan Sofwan…

Berita ini menyedihkan Nabi, tapi Nabi takdenya menjawab macam korang seperti:, isteri saya pilihan tuhan, saya kenal isteri saya, isteri saya suci dan tak akan buat dosa. Bla bla.. bla, takde maknanya!

Nabi diam sahaja, dan banyak beriktikaf di masjid bertawajuh kepada Allah.

Aisyah isteri nabi sangatlah sedih bila kena fitnah, bertambah sedih bila Nabi Muhammad SAW tak back up pulak macam puak pembangkang hari ni, dan Nabi siap suruh aisyah bertaubat lagi, aduh.., memang sedih, dah lah tak salah, tapi kena taubat, bila Aiysah merujuk kepada bapaknya yang mengenali dirinya sejak kecik iaitu abu Bakar R.a, suruh bagitahu pada Nabi yang beliau ni suci, Abu Bakar menyebelahi Nabi, dan berkata: “bertaubatlah nak, jika kau benar, Allah pasti menolong.” Kata abu Bakar lebih kurang..

Masa tu wahyu pun tak turun untuk jelaskan isu ni, Nabi memang sedih, lalu bila Nabi bermesyuarat, ada cadangan dari sahabat nabi agar menceraikan Aisyah. Perkara ini menambahkan sedih aisyah r.aha.., lalu beliau tidak mengharap kepada siapa siapapun melainkan Allah, lalu berdoa dan bertawajjuh, akhirnya, turun ayat yang mengsucikan Aisyah isteri nabi.

Nabipun gembira dan orang yang buat fitnah telah dihukum.

Simple!

Moral: Bila isteri Nabi di fitnah, Nabi tak bela macam korang bela ketua korang yang di fitnah, sebaliknya Nabi bersabda: “jika terbukti anakku Fatimah mencuri, aku sendiri akan potong tangannya”

Jadi, Jika terbukti ada orang meliwat, atau berzina dengan anak cina, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, ketua pembangkang ke, ketua Abim ke, Bapa reformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum..,

Sama jugak, Jika terbukti ada orang bunuh model dan letupkan, atau berzina dengan artis, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, MB ke, Adun ke, Bapa transformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum....

Nasihat aku, bila kekasih kita di fitnah, tak payahlah nak mengamok, tak payahlah nak tulis teori konspirasi yang bodoh bangan di internet, baik korang buat macam Nabi, bila isteri di fitnah, cool,, sabar dan tidak ‘bias’.., sebaliknya memperbanyakkan iktikaf di masjid sambil menambahkan tawajjuh kepada Allah, juga dalam masa yang sama cari bukti sebelum buat keputusan, atau sebelum nak tulis apa apa, adohai..

Akhir kata, bersabarlah, bertaubat dan bertawajjuh, (sambil cari bukti yang korang tak bersalah), jika korang benar, pasti Allah akan tolong korang sebagai mana Allah menolong kekasih kekasihNya..

(itupun jika korang benar..,ok)

Sekian.

Update: Beberapa hari kemudian, orang ramai yang tidak boleh menerima kenyataan di atas, mulai mengamok, sentimen, dan membuat teori konspirasi bodoh bangang di internet, Adohai..

(sumber gambar: Ahmad Kamal Abu Bakar Facebook)












Baca komen yang last ni, sejuk sikit hati aku, Alhamdulillah., Tahniah Kamarul Azman!


Mar 1, 2014

Sofa oh Sofa?

(Kisah Laki Bini versi Rare)

Part 1

Pada suatu hari, ketika aku sedang drive kereta sambil on radio, tapi dilanda kebosanan kerana channel pilihan sedang kempen produk ntah apa apa, aku tukar sinar FM, iklan jugak, aku masuk Suria FM, iklan jugak, aku try Hot FM, pun iklan, Era FM pun sama, last aku bukak IKIM, pun iklan, adohai, semua iklan serentak.., aku nak dengar lagu, bukan iklan!

Aku terus off radio dan dengar bini bercakap..

“abang, saya dengar ada jualan perabot murah besar besaran, sofapun murah bang!”

Arhh! Iklan jugak!!

Part 2



“abang tengok cerita apa tu dekat internet?”

“The walking dead, jom layan sekali..”

“eh bang, cuba undur balik babak dalam rumah tadi”

“Yang mana?”

“undur sikit lagi”

(akupun gerakkan mouse undur babak pada screen computer)

“kenapa, apa yang menarik pada babak ni?”

“cantik sofa dia bang!”

Ps: ini yang aku malas ajak bini tengok Drama ni, tengok cerita zombie pun nampak sofa, adohai.

Part 3


Selepas menonton filem ROBOCOP 2014. Maka laki bini pun buat ulasan filem secara ringkas.

Laki kata:

“oklah, ada babak hero balik rumah dalam keadaan badan separuh manusia separuh mesin, jumpa anak bini, walaupun tanpa banyak dialog, dengan hasil lakonan mantap, terasa babak kekok, syukur dan asing bagi keluarga tersebut sangat menjadi dalam lokasi ruang tamu tu. Pendek kata ok jugaklah cerita Robocop 2014 bila digambarkan masalah kerjaya dan rumahtangga.

Bini kata:

“babak waktu hero balik rumah dalam keadaan badan separuh manusia separuh mesin, jumpa anak bini, tu memang saya suka sangat, dengan hiasan dalaman batu koral (pebbles) yang di hias sebagai dekorasi indoor yang mesra alam dan sfesifik, eksotik dengan tekstur dan warna-warna cantik, gabungan klasik dan future beserta konsep feature wall yang berwarna warni. Sofa dengan fabric lembut warna gelap yang di sulam indah, ada Wall Paper bercorak penuh floral yang buat si pemandang akan rasa nyaman, langsir yang bercirikan night curtain cukup untuk memancarkan cahaya romantik dan sedap mata memandang.

Pendek kata memang ‘best’lah filem Robocop 2014 ni! Woha!


Part 4


Bro hamka tengok tak’ The Man From Nowhere’ di slot Saranghae pada 9 Februari lalu jam 10 malam?

“tengok”

Best tak cerita tu?

“Tak best”

Eh? Kenapa pulak, teknik bergaduh dalam filem itu over the top, kalah Tony jaa atau jet li, kisah jiran bekas askar dan anak pelacur yang kena culik sangat menyentuh hati, filem tu rotten tomatoes bagi 100%, imdb bagi 7.9/10, malahan filem tu dapat banyak anugerah, dengar cerita Holywood nak buat remake tak lama lagi, kenapa Bro cakap filem tu tak best?

“sebab banyak adegan ada sofa..”

Hampeh!

Part 5

Kepada laki bini yang menonton filem dengan anak anak, kadang kadang akan ada babak lucah atau ganas yang tak sesuai membuatkan anak anak terpengaruh,

So, macam mana nak atasi masalah ini?

Nasihat aku, sebelum pilih sesebuah filem maka silalah rujuk indicator tahap lucah di web imdb, klik dekat “Parents Guide”

Contohnya filem Titanic (1997).

Bila korang klik Parents Guide, maka dia akan bagitahu tahap lucah filem tersebut:

Copy paste:

Imdb: Parents Guide: Titanic film: Sex & Nudity indicator 6/10

"A 17 year old girl asks a young man to draw her nude. She wears a sheer robe that shows her *****. She then drops her robe, revealing most of her breasts, her **** and her bare buttocks. As she lies down on a couch and her breasts can be seen. Nudity can be seen for about 20 seconds. Nudity can be seen on the drawing in many shots as well."

End Copy paste.

Dari indicator ini, maka ibu bapa dapat kawal kelucahan filem pilihan anak anak tanpa perlu korang tengok dulu filem tersebut.

So, lepas ni, jika anak anak korang terbeli DVD ke apa, korang boleh rujuk terus imdb.com bahagian “Parents Guide”.

Walau bagaimanapun web ini masih ada kelemahan, sebab takde pulak indicator untuk SOFA.

Woha!

Part 6


Kelebihan orang kidal, boleh buat kerja sekolah sambil makan nasik.

Ps: Err, Abaikan gambar 'sofa' kat belakang tu, he he..

Part 7


Akhirnya, bila royalti jual buku dah masuk, maka biarlah gambar berbicara..., siapa tak sayang bini oiii.



Ps: lepas ni, tengok drama ke atau movie dengan bini, nak tengok drama purba sajer ler nampaknya, Adohai..

Feb 18, 2014

Sembahyang itu sembah Dewa?

(Suatu hari di dinding Facebook, klik gambar untuk tumbesaran)




Lepas ni jika ada orang dalam IC nama MOHD, tak payah suruh mereka pergi tukar IC nama penuh MUHAMMAD kerana, mengikut FB sharing yang korang baca dan terus percaya, MOHD dalam bahasa asal Uganda bermaksud The Dog With Big Mouth. Apa kecadadah?! Mana ada orang baca MOHD, dengan sebuh “mmooohd”, semua akan baca Muhammad, tak payah pening pening...

Ada jugak yang cakap kat aku, tak boleh sebut hello, sebab hello bermaksud “hell low” iaitu neraka rendah.. kalau kita mengucapkan hello pada kawan kita, bererti kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah.. ini adalah jarum sulit orang-orang kafir untuk menyesatkan umat islam.., (Aku gelak sambil menangis baca email ni)

Apa punya bodoh dan prajudis pemikiran korang akupun tak tahu, ni mesti banyak tengok video arrivals, siang malam sehingga habis 50 episod dan tengok lagi ulang-ulang sampai tak boleh nak bezakan mana satu dunia matrix dan mana satu dunia nyata..

Ada banyak lagilah benda merepek ni yang orang slow macam korang sanggup percaya seperti nama masjid tu asal dari nama jentik jentik, (“Mosque” berasal daripada “mosquito” ) ha ha ha!! Tak boleh guna agama, kena guna ugama.., kerana agama dalam bahasa ibunda Zimbbawe bermaksud.., dah dah dah..! Hampeh belaka!

 Ps: Jangan sebut perkataan " LOL " kerana maksud asal perkataan itu dari kajian bodoh puak Stupid Sharing bermaksud LUCIFER OUR LORD iaitu  SYAITAN ITU TUHAN KITA ,  (kah kah kah) .. so, gantikan LOL dengan WOHA!

Woha!

Feb 12, 2014

Kahwin dengan Ahli Kitab?

(Haluan hidupku terpisah dengan Isabella, tapi aku terpaksa demi cintaku Isabella, Moga dibukakan, pintu hatimu untukku, akan terbentang jalan, andainya kau setia, Oh Isabella)

Tanya sama abang keretamayat:

“Saudara Hamka, saya sudah jatuh cinta dengan amoi cina yang beragama kristian, tapi dia tidak mahu masuk islam. dalam al quran, ada hukum yang mana orang islam boleh berkahwin dengan ahli kitab (orang kritisan) tapi kenapa di Malaysia, kena covert dahulu baru boleh kahwin?, sedangkan Negara islam di Middle East hari ini,  Muslim men can marry Christian or Jewish women without convert. Egypt, Lubnan, Iran dan Syria juga ramai orang islam kahwin dengan orang Christian tanpa covert, malahan Arwah Yasser Arafat, pemimpin Palestin yang dijadikan ikon oleh pejuang Malaysia,  isterinya beragama kristian. Isteri Husni Mubarak juga Christian.  Kenapa di Malaysia tak boleh?’

Hamka said:

Jika guna common sense, sebuah keluarga akan jadi agak kelam kabut dan huru hara apabila suami beragama islam, yang percaya tuhan hanya satu, tapi berkahwin dengan wanita kristian yang percaya tuhan ada tiga, so bila ada anak, anak nak ikut cakap ayah bahawa tuhan hanya satu?, atau ikut cakap mak bahawa tuhan ada tiga? lepas tu nak solat berjemaah macam mana?

Peninggg Arrr (pinjam trademark Shuib Sepah)

Bagi aku, jika tak ada masalah, lebih baik ikut sahaja sunnah Nabi Muhammad SAW, iaitu berkahwin dengan wanita islam. Insya-Allah akan ada kejayaan.

Tapi jika ada problem seperti negera berperang, tinggal di Negara ahli kitab yang tak ada wanita islam, yang ada hanya ahli kitab, atau ada ahli kitab yang ada potensi untuk di dakwah kepada islam dan lain lain special request, bolehlah dibahaskan hukumnya kepada harus sebagaimana pendapat sebahagian ulamak.

Namun ada juga pendapat ulamak yang mengatakan tidak wujud ahli kitab di zaman ini kerana kitab asal mereka sudah diseleweng, berbeza dengan islam yang mana kitab asal tidak diseleweng yang mana jika ada orang islam beramal salah maka akan ada kitab yang boleh membetulkan tapi ahli kitab hari ini jika salah nak perbetulkan macam mana jika kitab rujukan pun salah? Siap dengan mensyrikkan tuhan kepada tiga yang bertentangan dengan akidah asal ahli kitab.

Lagipun dalam al quran ada ayat mansuh, dan ayat mansuh paling besar sekali yang memansuhkan semua agama iaitu:

 “Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.” (QS. Ali Imran: 19)

 “Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali Imran: 85)

Dalam Al quran juga ada ayat yang melebel ahli kitab yang mengatakan tuhan triniti itu sebagai pelampau, maka tak kan lah nak kahwin dengan ahli kitab yang melampau? Yusof estets bekas paderi kristian bagitahu, dalam kitab ahli kitab yang asal, iaitu Taurat, Zabur dan Injil tak ada perkataan trinity, tapi ahli kitab zaman ini ubah dan sebut trinity, dan Al quran telah melarang 1400 tahun yang dulu kerana perbuatan ini adalah pelampau..

" Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau-lampau dalam agamamu, dan janganlah mengatakan tetang Allah kecuali yang benar, Sesungguhnya Al-Masih Isa anak Maryam itu adalah rasulullah, dan ia di letakkan kepada Maryam dan ruhnya datang dari Allah, maka berimanlah dengan Allah dan rasul-rasulNya, jangalah kamu mengatakan "tiga", tamatkanlah dakwaan itu lebih baik bagimu, sesungguhnya Allah itu esa, maha suci Allah dari mempunyai anak....( An-Nisa : 171)

Tambah sikit lagi bang dalil sesetengah ustaz yang melarang kahwin dengan ahli kitab akhir zaman..

Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman” [Al-Baqarah : 221]

Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (perkawinan) dengan perempuan-perempuan kafir” [Al-Mumtahanah : 10]

Ada jugak hadis:

dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma bahwa beliau pernah ditanya tentang hukum menikah dengan wanita-wanita Nashrani dan Yahudi. Maka beliau menjawab : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bagi orang-orang yang beriman menikah dengan wanita-wanita musyrik. Dan, saya tidak mengetahui ada kemusyrikan yang lebih besar daripada seorang wanita yang mengatakan Rabb-nya adalah Nabi Isa. Padahal beliau adalah salah seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta’ala” [HR Al-Bukhari dalam Shahih-nya]

Last,soalan ini bila ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus, jawabnya boleh nak kahwin dengan ahli kitab tapi syaratnya mestilah dari keturunan yahudi yang sebenar (Min Bani Israel) iaitu keturunan Nabi Yaakob atau Nabi Yusof dan kahwin pulak dengan niat nak dakwah dia kepada islam, bukan suka suka.

Napok? (pinjam trademark UAI)


Akhir kata, apabila aku baca luahan hati kau, kisah kau jatuh cinta dengan amoi cina yang beragama kristian, tapi dia tidak mahu masuk islam.  dan hujjah kau bahawa Negara islam di Middle East hari ini, seperti Egypt, Lubnan, Iran dan Syria juga ramai orang islam kahwin dengan orang Christian tanpa covert, malahan Arwah Yasser Arafat, pemimpin Palestin yang dijadikan ikon oleh pejuang Malaysia,  isterinya beragama kristian. Isteri Husni Mubarak juga Christian.  Kenapa di Malaysia tak boleh?, kenapa tak tiru ulamak arab yang lebih pakar?

Hmm, luahan hati kau terus membuatkan aku teringat lagu Isabela ciptaan Bob PAS tentang cinta dua budaya yang menjadi lagu paling hit zaman 90-an dulu.., teringat jugak perang telok yang melanda Middle East di zaman 90 an dulu..


Pada waktu itu, Malaysia Negara yang amalkan hokum hanya islam boleh kahwin dengan islam aman damai, tiada perang saudara, tiada perang sesama islam, yang ada di Malaysia adalah perang antara lagu isabela (search)dan Taman Rashidah utama (Wings) berebut berebut carta popular radio tempatan, Tapi di Middle East, Negara yang benarkan kahwin islam dan bukan islam, perperangan demi perperangan berlaku, orang islam bunuh orang islam, huru hara dan penuh dukacita. Rujuk sejarah jika tak percaya.

Sekarang, Malaysia Negara yang amalkan hokum hanya islam boleh kahwin dengan islam masih aman damai, tiada perang saudara, tiada perang sesama islam yang melibatkan senjata dan pertumpahan darah, Cuma ada masa harga kangkung naik turun, Tapi di Middle East, Egypt, Lubnan, Iran ,Syria, Palestin dan lain laim Negara yang kau sebutkan contoh itu, yang benarkan kahwin islam dan bukan islam, perperangan demi perperangan berlaku sehingga ke hari ini, orang islam bunuh orang islam hingga ke hari ini, huru hara dan penuh dukacita masih berlangsung hingga ke hari ini. Rujuk berita dunia jika tak percaya.

So, pujuklah dia kepada islam dengan menunjukkan akhlak sebenar seorang islam hingga orang bukan islam jatuh cinta pada agama islam lalu sanggup tukar kepada agama islam dan berkahwin dengan orang islam.

Wallahu’alam.

Ps: Semoga Allah memberi perasaan cinta kita kepada hakikat sebenar untuk dicintai, wallahu’lam.

Ps2: Semoga Allah memberi keamanan kembali kepada negara negara arab yang sedang bergelora.

Feb 4, 2014

Macai Politik?

(Aku tak faham kenapa penyokong politik tak boleh jadi macam penyokong bola sepak?)

Soalan pembaca:

"Isu harga barang naik kenapa kau diam???...bila PR buat salah terus update kat blog ea??....dah nampak dah permainan kau...."

Hamka said:

“kau ketinggalan kisah laki bini bab aku kritik harga naik, (rujuk part 525), kau ketinggaln kisah laki bini bab isteri menteri tak tutup aurat (rujuk part 312) tapi biasalah fitnah ni kan mainan korang, nak tuduh tu bagi fakta, itu belum aku bagi link dekat blog, orang bangang macam ni lah yang rosakkan islam dan politik,

Aku tak faham kenapa penyokong politik tak boleh jadi macam penyokong bola sepak?

Dalam menonton sukan bola sepak, bila tengok pasukan bolak sepak sedang lawan bola, contoh jika Harimau Melaya berjaya jaringkan gol dengan kemas dan cantik, maka semua penyokong harimau Melaya akan puji, respek.., penyokong pihak lawan pun hormat, tapi bila pasukan bola kita buat silap, semua orang akan kutuk, kritik.., walaupun pasukan kegemaran mereka, tapi bila main tak betul, orang akan tegur, kiritik atau kutuk..

Tapi dalam bab politik, kenapa mesti jadi pencacai bila semua tindakan parti korang kena sokong?, jika perkara betul korang nak sokong aku tak kisah, tapi benda salahpun nak di pertahankan? nak sokong?, siap bagi dalil ugama yang ambik separuh separuh?, lepas tu fitnah pulak sana sini, ni yang buat politik malayisia jadi kotor.


Ps: Sila take note, ini tak deep langsung!

Jan 30, 2014

Politik oh Politik?

(Aku harap akan ada jawapan bernas dari pihak PAS tentang isu pergolakan PKR yang nampaknya sedang memperbodohkan rakyat..)

Sekadar gambar hiasan
Dulu penyakit sebar berita tanpa kaji bermula dengan surat layang, lepas tu masuk zaman internet, mereka guna email, Facebook, dan terkni, penyakit ni datang lagi, melalui medium Whatsapp.

Nampaknya, taknologi jer yang berubah, tapi kebodohan serta kejahilan manusia tak pernah berubah, dalam whatsapp, geng geng ‘politik’ di Malaysia suka share berita fitnah, lepas tu tulis:

“tak tahu betul ke salah, just share..”

Apa punya bangang! Kalau tak tahu betul ke salah, lebih baik diam. Sebab jika betul jadi mengumpat, jika salah jadi fitnah, dua dua tu berdosa.

Bila aku tegur dalam whatsapp dengan tulis:

“nak share berita tu kaji dulu, hati hati dalam sebar cerita, orang politik sila take note”

Tapi geng politik jawab:

“Islam dan politik tak boleh dipisahkan”

Aku jawab:

“Kerana islam dan ‘politik’ tak boleh dipisahkan: kenalah ikut cara islam, rujuk surah al hujarat ayat-6”

Member yang lain pulak balas:

“pisahkan politik dan islam adalah sekular”

Aku jawab balik:

“Orang suruh ikut al quran di tuduh sekular, apa punya bangang politik macam ni.!”

Tiba tiba yang komen tu left group. KAH KAH KAH!.

Lepas tu aku pulak kena remove oleh admin.KAH KAH KAH! 

Politik islam lah sangat.., ! (tangan ke bahu, mata ke atas)

Tengok politik kat Malaysia ni, tak nampak macam politik islam pun..,

Sebab?

Bila pemimpin kumpulan lain buat silap, politik korang ajar, boleh mengumpat, pemimpin mesti ditegur,

Tapi bila pemimpin korang buat silap yang sama, politik korang ajar, tak elok sangka buruk, tak elok buka aib orang, adohai..

Cara islam ke tu? Double standard?, bias?, sentimen?

Kalau ikut hadith, Inilah yang di katakan pagi beriman (sebab menentang kemungkaran parti lawan) tapi petang kafir (sebab menyokong kemungkaran parti sendiri)

Selemah lemah iman mencegah dengan hati, tapi korang siap sokong lagi, ke mana iman korang? Adohai...

Aku ada ramai kawan yang bijak pandai, tapi bila bab masuk bab politik, tiba tiba jer jadi bodoh dan bangang!

Nasihat aku, cukup-cukuplah jadi bodoh kerana politik dengan cara dedah aib musuh, tapi bela aib kawan sendiri.., Nabi Muhammad SAW bila Aisyah dituduh berzina, Nabi tak emosi dan terus bela macam korang bela ahli parti, nabi tak cakap, ini semua konspirasi, tapi Nabi siasat dulu, malahan Nabi cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri akan potong tangannya, bukan macam korang.., ahli parti saya baik baik belaka, mana ada berzina?, video besi tak boleh jadi saksi, tapi jika kumpulan lagi satu buat silap, tak ada bukti terus sebar, takde video, gambar edit pun cukup untuk percaya, itulah budaya politik sempit yang memalukan nama islam..

Akhir kata, Kajang apa cerita ni bang?

Aku harap akan ada jawapan bernas dengan unsur ‘islam dan politik tidak boleh dipisahkan’ tentang isu pergolakan PKR yang nampaknya sedang memperbodohkan rakyat. Adohai..

Ps: Orang yang benar adalah mereka yang apabila terbukti bersalah, maka mereka mengaku bersalah dan membaiki kesalahan. Orang ‘politik’ sila take note.

Jan 17, 2014

Apa agama Ultraman?

(masa aku kecik, cita cita aku menjadi salah seorang juruteknik di pejabat MAT (Monster Attack Team), dapat jaga panel radarpun dah ok, he he)

Aku tak boleh terima jika ada orang bercakap tanpa fakta lalu share di FB atau forward email, memang aku akan angin satu badan, dipendekkan cerita, maka terlihatlah dari jauh seorang aku membebel pada anak tentang pentingnya menyebarkan berita dengan fakta.

“ Apa yang abang marah sangat ni? Fakta apa yang anak kita salah sebarkan.”

Tanya bini ingin tahu, jawab aku dengan emosi:

“ Ada ke patut?, anak kita cakap, lampu ultraman berkelip sebab nak minta bantuan adik beradik ultra?, tak logic langsung, sebenarnya lampu ultraman berkelip adalah kerana atmosfera bumi yang memalapkan tenaga ultra suria lalu menyebabkan Ultraman hanya mampu bertahan selama tiga ke lima minit sahaja di permukaan bumi, itu yang buat lampu didadanya berkelip! ini adalah fakta!

Woha!

****

“ayah, ultraman ni apa agamanya?”

Tanya anak aku di suatu petang selepas melihat Ultraman di paparan youtube terbang ke angkasa setelah menewaskan raksasa..

Ayah rasa ‘Ultraman’ ni agama kristian, sebab banyak unsur kristian dalam cerita Ultraman.., tangan bersilang salib waktu tembak raksasa, dan banyak babak Ultraman kena ikat pada tiang macam jesus.
Tangan berbentuk salib?

Macam Jesus?

Tiang salib?

Lagipun pencipta watak Ultraman, Eiji Tsuburaya memang beragama kristian. Namun tak payah kita jadi macam mamat dan minah kospirasi yang perasan pandai lalu reka konspirasi kristian dalam siri ultraman dan larang orang tengok Ultraman kerana kononnya boleh rosak akidah- adohai..

Balik kepada kisah ultraman, sebenarnya ultraman ni dah ada waktu ayah belum lahir lagi, iaitu tahun 1966, yang mana ketika P Ramlee muncul dengan filem Do Re Mi hitam putih, kat jepun, ultraman muncul siap dengan warna warni dah..
Do Re Mi- 1966
Masa ayah kecik, darjah satu lebih kurang, ada dua cerita Ultraman yang di tayangkan di TV Malaysia, iaitu Ultraman Hayata dan Ultraman jack.

Kisahnya sama sahaja, Ultraman ni adalah alien yang pinjam badan manusia, dan bekerja di MAT(seangkatan polis khas yang banyak cayangannya di seluruh dunia, dilengkapkan dengan senjata dan kenderaan berteknologi canggih, serta kemudahan sains dan kejuruteraan menyeluruh).
Anggota MAT
Bila raksasa serang bumi (baca: Jepun) maka MAT akan guna teknologi paling canggih untuk hapuskan raksasa, tapi biasanya gagal, (buat rugi duit rakyat jepun jer bayar cukai dan belanja untuk senjata MAT) maka barulah Hayata atau Go tadi berubah dari bentuk manusia kepada bentuk Ultraman dan tewaskan raksasa.(nasib baik Ultaraman tak kenakan cukai GST). Waktu bertarung, Ultraman tak boleh terdedah lama dengan atmosphere bumi,  lampu ultraman akan berkelip menandakan atmosfera bumi telah memalapkan tenaga ultra suria lalu menyebabkan Ultraman hanya mampu bertahan selama tiga ke lima minit sahaja di permukaan bumi, jadi bila dah hujung hujung, baru Ultraman guna tenaga terkuat dan bunuh raksasa, lalu terbang ke angkasa. (kos lupuskan raksasa di tanggung oleh Majlis Perbandaran Tokyo)
Ultraman Jack
Dalam episod terakhir, Ultraman melawan raksasa Zetton yang merosakkan lampu amarannya, menyebabkan Ultraman tak tahu dah berapa lama dia berlawan, akibatnya Ultraman syok berlawan sehingga tak sedar terlebih masa, lalu ‘mati’. Kemudian munculah Ultraman Zoffy, menyelesaikan masalah, dan sewaktu Ultraman Zoffy tiba untuk mengambil roh Ulraman pulang ke planet ultra, Ultraman telah merayu demi nyawa Hayata dan menawarkan nyawanya sepenuhnya, supaya Hayata boleh menjalani kehidupan normal. Zoffy kemudian berkata dia membawa dua nyawa dan dia akan memberikan satu nyawa kepada Hayata.
Zoffy
Kemudian Zoffy memisahkan mereka, sekaligus memperbaharui nyawa Hayata, namun Hayata kelihatan sudah kehilangan ingatannya sambil memerhati Zoffy membawa Ultraman pergi.

Balik di planet Ultra, Ultraman sudah tentu akan berjumpa dengan ketua Ultraman iaitu Ultraman fathers.
Ultra Father

Dan mungkin.. (ini adalah tambahan dari keretamayat)

Ultra Father akan mintak laporan sepanjang berkhidmat di bumi, dan salah satu laporan yang di rujuk adalah tentang agama agama manusia di bumi.

Berkatalah alien (ultraman jack)

Bapak, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun yang terbesar ada 4 iaitu:

Christian              2.0 billion            
Islam                     1.2 billion            
Hindu                    811 million          
Budda                   360 million

Dan agama yang paling ‘make sense’ adalah islam sebab mereka hanya merujuk satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi dan tiada rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia hanya merujuk satu kitab.

Selain itu, dalam Al quran juga banyak ayat yang sesuai dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu..

Lebih menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba tanya apakah huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan memberi jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam akan jawab huruf “ba”. Huruf asal Al quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu bukan English!

Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca: Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat tengah, Yassin,.., lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di tanya pada pengikut ajaran agama lain ada tak yang tahu berapa huruf dalam kitab mereka?, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menghintung, tapi hampir semua orang islam akan boleh jawab, lebih kurang, 6666 ayat..,

Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak 2 orang kawan yang hafal seluruh kitab agama mereka, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang mereka kenal telah menghafal 6666 ayat Al quran, malahan yang mengakui sudah hafalpun ada di situ.

Jadi ini adalah keajaiban, mereka ada system yang boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal.

“tapi kenapa mereka saling bergaduh?”

Tanya Ultra father pada Ultraman hayata.

Ini yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam, but something wrong with (some) muslims "

Bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah habis baca Al quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca Al quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya orang melayu, cuba tanya, dah habis belum baca makna Al quran dalam bahasa melayu?:

Maka kita akan dapati hampir semua orang yang ditanya secara spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,

Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?

“kena baca semua makna ke Hayata?”

Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, bang, Al quran itu ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan, ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan ada kemanisan.. faham?

Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran? Walaupun untuk satu juzuk?

Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?

Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan.., sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei atau dilwana dulhaniya la a ya jangge atau K pop?”

Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab dah khatam Al quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang berlaku.. (cukup satu contoh)

Ketahuilah, Kerana orang islam tidak baca makna Al quran betul betul, dan hanya serahkan diri pada pendapat ustaz masing masing yang di ambil luar dari Al quran dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga PAS dan UMNO berperang mulut saling kafir mengkafir! Syiah dan Sunni pun berbunuhan, Penyokong Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas dan fatah, Wahabi dan  salafi and counting...

dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’  Al–quran…
Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik.., tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja,  belum pernah khatam baca makna Al quran, apa kes?

Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, tapi makna lagu ‘Beat it’ nyanyian arwah Micheal Jakson tahu pulak, aku “beat it” sekali baru korang tahu, eh, melawan pulak?! Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It.., cheh menyanyilah pulak..!

(Dari jauh kelihatan Hayata sedang menari tarian breakdance ala ala Micheal jakson-beat it- abaikan dia.)

Akhir kata:

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Sesiapa yang MEMBACA Al-Quran dan BERAMAL dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.

Jadi wahai anakku, lepas dah mengaji dalam bahasa arab, tolong baca makna Al quran sama, dan jika tak faham tanya!.., jangan tengok sangat cerita Ultraman tu.., ayah target dapat pakai mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya Ultra! Woha!


Ps: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sad: 29)