Apr 23, 2013

Kisah Laki Bini Orang Lain?


(Cerita hubungan yang halal orang lain apabila dikongsi, boleh memeriahkan cerita rumah tangga kita sendiri, mudah-mudahan)

Semenjak aku menulis kisah Laki bini di FB keretamayat, ramai yang hantar mesej serta email bagitahu sangat suka dan suruh aku update hari hari, kisah bini part 1 aku tulis pada bulan puasa tahun lepas dan hingga hari ini dah cecah part 300, (dah boleh buat buku-yeay!) tapi aku manusia biasa yang mana bukan semua kisah dalam hidup aku menarik atau memberi pengajaran, di tambah aku yang sibuk tolong bini (tebuk wall plug misalnya) dan lain lain aktiviti (seperti mencegah orang bodoh tebuk lubang kapal bagi mendapatkan air), maka tak sempatlah nak tulis hari hari, perasan sibuklah pulak, adohai..

Untuk itu, aku pernah buka ruang kepada pembaca yang ada kisah laki bini yang menarik untuk email atau pm aku yang mana sekiranya memenuhi standard piawai yang aku tetapkan, maka kisah laki bini korang akan terpampang di FB keretamayat yang beribu ribu orang follower(tak takut eh mereka follow keretamayat? woha!).

Untuk membezakan kisah laki bini aku dan orang lain, maka aku akan buat kurungan (kisah laki bini orang lain) yang menandakan bahawa itu bukan idea aku, tapi dalam banyak korang kongsi cerita, dari 300 part, hanya sekitar 30 part kisah laki bini orang lain, baki 280 part lagi adalah kisah laki bini Hamka keretamayat.
Namun yang aku nak tegaskan, bila kisah korang tak tersiar, jangan emal atau pm tanya akan bila cerita kami nak disiarkan, adohai..

Aku tak janji nak siar semua cerita yang korang kongsi, awal awal lagi aku nak mintak maaf kepada laki bini yang share kisah korang tapi belum aku siar kerana aku ada tujuh alasan yang kukuh untuk tidak menyiarkan kisah laki bini korang, antaranya.
  1. Aku perasan sibuk nak semak.
  2. Cerita korang tak best
  3. Terlalu lucah
  4. Bukan idea sendiri(copy paste)
  5. Sedang menunggu giliran.
  6. Sajer malas nak siar takut reputasi aku jatuh kerana cerita Korang best giler-woha!
  7. dan lain lain…

Sebagai panduan sebelum korang nak share kisah laki bini lain kali, Cuba semak kisah laki bini yang pernah tersiar di FB keretamayat di bawah, semua kisah ini adalah kisah laki bini orang lain, bukan kisah Hamka dan bininya.., dan semua ini memenuhi syarat dan standard “kisah Laki Bini”, andai ada yang copy paste dari penulis lain, korang sendirilah yang bertanggung jawab sebab tak bagi kredit, siapalah aku nak semak originality cerita..

Dan untuk makluman, 2 kisah yang last di bawah adalah KISAH LAKI BINI TERBAIK pernah aku baca..

Layan….

1) Kisah Laki bini Umno by Persona Non Grata.

Laki: “Sayang, betulke U sanggp buat apa sahaja untuk pastikan Parti I memang PRU?”

Bini: “Confirm sanggup bang, I akan buat apa sahaja untuk pastikan parti U memang sebab bila U menang, I pun akan banyak dapat benefit.”

Laki: “Kalau begitu, apa kata U pakai tutup aurat sebab I malu bila sebut nak perjuang islam tapi bini I tak tutup aurat.”

Bini: “Astarfirullahalazim…, ”

Ps: Ya Allah, berilah hidayat kepada semua orang islam untuk menutup aurat, amin...

(Hamka said: Teringin lihat bini PM bertudung buat kali yang pertama dalam sejarah…)

2) Kisah Janda Yang Dahaga by Kamal Husin
Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya.Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut..beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula...

Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga-Woha!

(Hamka said: Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer yer? tapi Kamal, ada pembaca cakap cerota ni bukan original, dah lama.., hu hu)

3) Kisah Laki Bini PAS by Persona non Grata

(Hamka said: Aku belum mampu bergambar laki bini didepan orang ramai dengan menampakan muka, adohai..)

4) Derita Laki by lovely


Seorang banduan yang telah dipenjara selama 20 tahun tiba-tiba dapat melepaskan diri.Banduan tersebut dengan bijak dapat meloloskan diri dari penjara dan melarikan diri sehingga tiba di sebuah kampung.

Akhirnya dia menceroboh sebuah rumah yang didiami sepasangan suami isteri muda. Banduan tersebut menceroboh dengan niat untuk mencuri wang namun apa yang ditemuinya sepasang suami isteri yang sedang enak tidur di dalam bilik. 

Dia lalu memerintahkan si suami turun dari katil dan mengikatnya di kerusi.Kemudian banduan tersebut mengikat si isteri di katil sambil mencium lehernya lalu bergegas ke bilik air. 

Sedang banduan tersebut berada di bilik air si suami sempat berbisik kepada isterinya "Mama, papa rasa banduan jahat tu kalau tengok baju dia. Mungkin dah lama dipenjara, lama tak dapat perempuan agaknya kalau tengok cara dia cium leher mama tadi. Mama, kalau dia nak rogol mama jangan la menolak, buat dia puas.Papa takut dia bunuh kita nanti. Mama bertahan ye, i love u mama." 

Si isteri menggeleng kepala lemah sambil berbisik "Papa, dia tak cium leher mama, dia bisik kat mama.Dia cakap dia gay dan papa seksi. Dia tanya mana lotion, mama cakap kat bilik air. 

Papa bertahan ye, mama sayang papa jugak."

(Hamka said: aku gelak baca cerita ni, tapi ada pembaca lain cakap cerita ni di tiru dari majalah English, kantoi..)

5) Surat Izin by Ramlee Samsuri

Bini - Bang, surat izin tu saya dah tandatangan

Laki- Hah? mana awak letak surat tu?

Bini - Atas rak tv, saya tak nak tunggu lama, takut terlambat.

Laki - (berlari ke arah rak tv- dan pengsan!)

rupanya surat izin untuk anak sertai camping di sekolah- woha!

(Hamka said: Aku pun nak pengsan!)

6) Bini dan gambar by Persona non Grata

Bini: Abang selalu bawak gambar saya ke pejabat, kenapa?

Laki : Bila abang ada masalah di pejabat, tak kira betapa besar masalah tu, abang akan tengok gambar awak, dan masalah abang terus hilang!

Bini: Tengok!, abang kena terima betapa pentingnya saya dalam hidup abang.

Laki: ya.., Awak penting dalam hidup abang, sebab bila abang tengok gambar awak, terus abang terfikir, :masalah apa yang lebih besar dari ini?

Woha!

(Hamka said: Pesan Nabi, bila ada masalah, tengok orang yang lebih susah, maka kita akan menjadi lebih bersyukur.., amin..)

7) Mohabbatein  by Amir

"Hamka, semalam kamipun layan Mohabbatein, kesimpulan yang dapat aku simpulkan:

Dulu, aku mahu bini macam Aishwarya Rai, tapi hari ini, Aishwarya Rai dah jadi macam bini aku!"

WOHA!!!

(Hamka said: ada berita mengatakan Aishwarya Rai dah kembali kurus, betul ke? Jika betul tolong bagitahu dia supaya jangan duduk sebelah bini aku takut tertukar-WOHA!)

8) ATM naik Gaji by Huda

"Bang, untunglah ATM dan PDRM, bertambah rezeki mereka,..rasa rugi pulak dulu menolak cinta seorang Kapten askar"

WOHA!

(Hamka said: bagi yang tak tahu, cerita ni berlaku masa kerajaan umum kenaikkan gaji ATM bulan lepas)

9) Tengok dalam air sudah tahu jantan betina by rogayah

Salam hamka, akak nak cerita pasal laki akak bukan setakat tak kenal halia, lengkuas, atau kunyit, ikan pun dia tak kenal..

Satu hari tu akak ajak laki makan ikan celop tepung, sampai sana Laki akan tunjuk terer,

“Ni ikan Kerisi kan?”

Senyum senyum Makcik yang jual tu, baru makcik tu nak cakap, dia dah pintas.

“Ni mesti ikan jeket”

Adohai, malu akak sebab nak kena ajar jenis-jenis ikan pada Laki depan orang ramai.

WOHA!

(Hamka said: sabar kak, sabar, buruk buruk pun laki kauuu jugak, adohai)

10) Sidai Baju by  Diana Nordin

Laki saya selalu tolong sidai baju.

Tapi saya selalu tak puas hati cara dia sidai sebab dia main "asal sangkut dan kering sudah".

Sedangkan kita sebagai bini, T-shirt mesti sidai dengan T-shirt, kain duduk area kain, seluar duduk depan supaya cepat kering.

Kalau saya sound, dia akan cakap :

"awak nak abang tolong sidai kain ke lipat kain? pilih salah satu je".

Saya pun terdiam, sebab kalau suruh dia lipat kain, adohaaaaiiiii...lagi pening kepala!

WOHA!

(Hamka said: Eh, samalah laki dia dengan laki bini aku-woha!)

11) Lengkuas oh lengkuas by  Suriani Sue

Hari tu saya ada suruh laki saya pergi beli lengkuas, then saya tak ingat nak pesan suruh dia tanya tuan kedai yang mana lengkuas, dalam hati ni terdetik:

“masak lah, kejap lagi mesti dia bawak balik Halia macam Hamka keretamayat."

Tengok-tengok, mamang suami bawak balik Halia.

Epic Fail- Woha!

(Hamka said: aku akui, memang susah nak membezakan antara halia dan lengkus… isk)

12) Serai berai by Azam Halim

Pada suatu hari, Bini suruh laki mengambil serai di tepian rumah. Laki pun pergi ambik dan kembali dengan wajah ‘mission accomplished’ .
Kata bini: "daun die nak buat ape? ambek sampai akar la bang.., adohai.."

FAIL ! Woha!

(Hamka said:  teruk gila laki dia, aku pun tak teruk macam tu, adohai..,) 

13) Halia oh Halia by Aishah Shah

Pada suatu hari, Bini suruh laki beli halia, kunyit, dan lengkuas.
Sudahnya laki die beli halia, halia, dan halia cuma lain2 kaler.

Woha!

(Hamka said:  teruk gila laki dia, Laki bini aku pun tak teruk macam tu, he he he..)

14) Bergaduh guna SMS by Farahana Md Yatim

Laki bini telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si Laki telah menulis satu nota pada bini...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "

...dan meletakkan nota itu di sisi bininya yang sedang
tidur. 

Keesokan harinya si Laki terjaga dari tidur dan mendapati jam
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya
terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI”

Woha!

(Hamka said: bini aku gelak berguling baca cerita ni, tapi dik, cerita ni di cedok dari majalah English.., adohai)

15) Tolong ingatkan aku by Rejim Mongol
Bila wife suh ingatkan contoh: "bang nanti ingatkan beli sabun ye.."

Terus aku ingatkan dia ketika tu juga: "jangan lupa beli sabun tau!"
Hahahhahaha..

(Hamka said:“alamak, aku pun selalu jugak buat macam ni kat bini, baru nak post dekat kisah laki bini seterusnya kau dah potong line, adohai..”)

16) Undang undang by P Ramlee

Bini: “Selamat pulang laki, hidangan sudah siap, jemput duduk.”

Laki: “Terima kasih, silakan duduk biniku.”

Bini: “Tak boleh kanda, dalam rumah ini ada undang-undang, kalau Suami makan, isteri mesti menjadi pelayan.”

Laki: “pelayan? Ini undang undang sangat baik, ini mengurangkan queen control”

Bini: “kejap, Dalam rumah ini semua orang tak makan, Ambil bau sahaja,”

Laki: “Ambil bau?Ini undang undang sungguh bijak, undang undang ini di namakan: ekonomi”

Lepas ambil bau kata laki: “Hmmm, sudah kenyang, badan sudah letih dan mahu berehat, selamat malam..”

Bini: Kanda, menurut undang undang dalam rumah ini, suami tak boleh tidur bersama isteri, suami mesti tidur di kandang kuda.

Laki: Inilah undang-undang yang terbesar sekali dalam segala undang-undang, undang-undang ini dinamakan: Family planning.

Woha!

17) Pindah by P Ramlee

Bini: “Apalah kita ni nak jadi bang?, dari hotel kita pindah ke bilik, dari bilik kita pindah ke bawah kolong, lepas ni kita nak pindah ke mana pulak bang?

Laki: “Pindah ke lubang kubur!”

Woha!

(Hamka Said: cuba teka, siapa laki bini dalam dialog diatas, he he..)

18) Apa apa jer, by Shima Muhajir

Bini : “abang nak makan apa..?”

laki : “APA-APA la..”

Bini: “pergi kedai la beli APA-APA, nanti saya masak..”

laki : “APA-APA tu apa..?”

Bini : “ha..tau pun susah nak fikir..yang tadi suruh masak APA-APA tu kenapa..?”

laki : Adohai...

19) Setuju dari jauh by Asma Amirah Muhsin

Aku tengok jiran beli buku PYHKD,

"eh kau beli jugak buku Hamka?"

"a'ah, best, aku dapat minggu lepas"

"weh aku nak beli jugak ah camni, mana boleh tgk je"

"ala kau baca je la yg aku punya ni"

"ehh, membaca tak sama dgn memiliki, memiliki lebih 'high class'"

Aku nak beli sekarang jugak, woha!

(Hamka said: ya, Aku setuju dari jauh, inilah kisah laki bini terbaik-woha!)

20) Laki bini dan keretamayat by Ryina Ikhwan
Suami aku suka usik aku dengan blog kereta mayat. katanya aku dengar semua cakap en kereta mayat tetapi tak dengar cakap suami sendiri... hihihi.. dia bagi contoh: kereta mayat suruh pembaca ziarah jiran, suami aku dah cakap lama tapi aku tak dengar... bila kereta mayat suruh ziarah jiran, cepat pula aku ajak suami aku ziarah jiran sebelah...

Lalu aku kata "contohnya (formal la pula) papa ajak mami gi rumah sebelah tapi mami tak gi... kereta mayat suruh mami gi ziarah jiran mami gi... sebab dia kata ziarah jiran tu amalan ahli syurga..kita nak masuk syurga kenala buat amalan ahli syurga iaitu ziarah sesama ahli syurga... mami bersemangat nak ziarah jiran sebab mami nak masuk syurga dan buat amalan ahli syurga... cuba papa ajak mami buat sesuatu then papa relate kan pula dengan kisah syurga ke neraka ke, kisah nabi ke..."

Suami aku kata'

"sama je... suami cakap apa tak nak ikut! Nanti pas ni papa buat blog van mayat pulak! tgk mami ikut ke tidak"

Bila aku kenang2 kembali betul juga cakap suami aku... aku tak dengar cakap dia tapi dengar cakap en kereta mayat... lalu semalam sambil ketawa terkekeh2 aku cium tangan suami aku lantas berkata dengan sengih mcm kerang busuk...

"mami minta maaf sebab tak dengar cakap papa selama ini..."

Suami aku tersenyum je... kemudian aku peluk suami aku erat2 sambil berbisik...

"ni kereta mayat yang suruh..."

Woha!

(Hamka said: Kami laki bini gelak berguling baca cerita ni, inilah kisah laki bini terbaik dari semua kisah laki bini di atas, tahniah!)

Sekian, kisah Laki Bini Orang lain, kita kembali ke Stadio untuk ikuti pesanan penaja.., iaitu: dapatkan Permata Yang Hilang Kini dijumpai untuk lebih banyak kisah Laki Bini. layaann...


22 comments:

Anonymous said...

wohaaa!!! ade jgk kisah saya di situ. hihihi

saya said...

sama la laki aku. suruh beli lengkuas asyik2 halia yg dibawa balik. ape la salahnya tanya org kedai. malu bertanya kan sesat jalan. ada tulis kat tempat tu pun salah beli lagi. ni dah bape kilo halia dlm esbok. rotate la ayam halia, ikan masak halia, daging masak halia, tak pun masak stim buh halia byk2. perli secara senyap kekdahnya. kang aku ikut beli brg katanya lmbt. dah tu lain nak beli lain dibeli (mmg betul pun pompuan kan).

sidai baju pun sama gak. asal sidai & kering sudah. sakit gak mata tgk. nanti jiran2 kata bini pulak takde sistem sidai baju. terpaksa aku buh kt hanger laki aku sidai (rumah burung kekdahnya nak sidai tinggi tgn lenguh walau guna btg kayu lekuk tu). -> ok gak le nak mesra laki bini sidai baju pun nak sama2. romantik le sgt kan =P

ada lagi benda lain. tapi takleh nak komplen byk2. dia nk tlg pun dah 1000 rahmat. kang mogok langsung semua aku kena buat sendiri.

Anonymous said...

ala menyesal aku baca dulu tak comment, sket lagi je nak dapat komen no 1... kecewa2....

hamka memang kurang ajar betul...


berani dia buat aku ketawa time aku tengah tensen....


baik aku pergi blog khairi sekarang...


==macai==

Anonymous said...

Steady la hamka yg lepas bia lepas,bukak cite lain,pasni khairi masuk blog ko,layani jela dia dgn mesra tanpa ko jawab,dahla jawab pegi pulak kat blog dia hehe,apepun steady la ko tak panjangkan hal lame dlm entry baru,pas dan umno 2 2 baik,yg teruk kita hehe.steady bro

Anonymous said...

HAHAHA,,,,TERBAIK..EDISI KEDUA BILA MAU KELUAQ...???...NAK TOLONG JUAL KAT BELAH UTARA NI....

WAN JENIANG...

detective nie said...

hahahhaa.....kompilasi terbaik......
nasib baik x kawin lagi....kalau x dah ader citer boleh masuk dlm tu...hahahhaa

hamka said...

Komen korang bernas bernas belaka.

: )

MUQARRABINZ said...

Damainya sini...Dah kurang tegang dah. Tapi ada lagi yang rindu khairi...

radzi_uitmjohor said...

Mcm seron0k je kahwin

Anonymous said...

Satu hari bini aku mengadu...bang, td anak (8thn) kita bgtau pengasuhnya tanya dia, bapak kau tu parti apa...aku tanya bini aku, habis tu apa yg dijwbnya...bini aku ckp, dia bgtau kalau tak silap, pati ayam maggi...

Anonymous said...

Satu hari yg lain, aku balik keje...mcm bese bini aku dtg menyibuk cite pasal anak...dia kata anak aku yg umo 6thn komplen pasal basikal mainan dia rosak...aku pun pegi tgk, anak aku tu masih duduk mencangkung kat basikal dia yg dah terbaring...aku tanya, apa halnya basikal adiknya...nmpk je aku, terus anak aku kata, ayah, blh tak ayah cari tongkat ali...terkejut, aku pun tnya balik..nk buat apa...dgn selamba anak aku jwb, tongkat ali basikal adik dah patah...aku pun, haaa...sambil jeling bini aku kat dlm rumah...bini aku terkekeh2...rupanya dia pun kena yg sama mcm aku...pastu, terus aku bagi tongkat ali aku kat bini aku...padan muka dia

hamka said...

wah, dah ada kisah laki bini, aku dah post kat FB, hi hi..

Anonymous said...

Ada 1 lg, satu pagi tu sblm aku pegi keje bini aku bgtau, abg, lauk dah habis. Pegilah cari ikan...aku yg malas ke pasar pun jwb dgn selamba.. Mintak maap, abg bukan nelayan..bini aku diam je..dlm hati, aku gelak..
Aku pegi keje. Petang balik rumah...bese la perut lapar...pegi dapur nk tgk apa yg bini aku masak...maklumlah td dia soh pegi beli ikan aku meloyar buruk...aku tgk tak ada pun..aku pun tnyalah bini aku...tak masak ke hari ni?...maka dgn muka yg penuh selamba dia jwb, eh! Abg ingt sya ni chef ke...

Anonymous said...

Ni plak cite kwn aku...tak tau la ori ke tak...
Kwn tu baru kawen. Masih lg duduk dirumah mertua...satu pagi, lepas mandi dia pun masuk bilik...dia tgk bini dia tgh menunging kat bawah katil sbb tgh amek satu brg...dia pun nk brgurau.. Ditepuk2 punggung bininya...cantiknya punggung sayang...tetiba, abg, tolong sayang jap...suara bininya memanggil dari luar bilik...terus melekat tapak tgn dia kat punggung tu dgn mulut yg ternganga...

Karaakun said...

Bro Hamka adalah Dr Love yg pling owsem!!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum. .. ceritaku pula... payahlah mcmnie.. ada anak umur 6 thn 3 thn.. tidur sama bilik ngan mak ayah... yv 3 thn.. asal petang nak pukul 6 startlah tidur... bila mlm.. buka tab.. youtube kartun.. dik..tidurlah dik.. umm mata adik takleh tutup.. pukul 2 pagi tak tidur lg.. ditutupnye tab.. mengamok mlm2 buta.. apa kata jiran nnt.. tunggulah habis bateri barulah uleh tidur.. tp bini dah tidur matilah.. kesian nak kejutkan... melepaslah lagi sunat mlm jumaat..

Moral of d story... So.. ada tak sapa2 nak beli samsung note 10.1 baru 4@5 bulan pakai nie... warranty samsung.. rm1650 dah.. dah merana jiwa 4 5 bulan nie... kih... kih..kih..

bukhary said...

jap lagi khairi mai la nanti dengan ideologi parti dia pi hentam bab politik laa pulak tak habis2 hahahak.

detective nie said...

x elok ckp gtu...setiap org ada pandangan masing2...kalau x sama jgn marah dia..kecuali kalau dia mempermainkan agama...

jom dgr kisah laki bini org lain yg ni...

....penat bekerja, naik kereta, balik rumah, lihat lampu bilik terpasang, bini x tdo ag ni... naik atas senyap2, nk buat suprise, smpi atas, nmpk bini kat katil berselubung selimut, terlelap la tu...pergi dekat bini, try peluk bini, kemudian.....




Pang!, kene penampar dengan bini,pastu kene tendang jatuhh katil,aduss, teruknye dia ngigau!.....

pts : berhati-hati mengejutkan bini anda. dan pastikan dia bukan pengamal silat dan mana2 seni bela diri yg lain...

Anonymous said...

baik cermin dulu dik diri kamu tu.nasihat dari kakton.
woha!

Norrid_Riddy said...

Bini: Abang nak tahu tak, untung tau perempuan yang pakai jubah dan tudung labuh macam sayang ni.

Laki: Ye ke? Buktikan.

Bini: Betul bang, dapat jimatkan masa menggosok.

Laki: ye ke? Abang tak caya la.

Bini: Selama ni kan, sayang gosok jubah separuh je. Dari tengah ke bawah. Yang ke atas tu tudung dah lindung. Takde la orang nak nampak. Pandai tak sayang?

Laki: Pandai jugak bini aku ni.

Woha

hamka said...

senyum senyum aku baca kisah laki bini korang, tapi nak kena ikut turn, ada masa, aku publish dekat FB.

: )

Lucy said...
This comment has been removed by a blog administrator.