Apr 23, 2013

Kisah Laki Bini Orang Lain?


(Cerita hubungan yang halal orang lain apabila dikongsi, boleh memeriahkan cerita rumah tangga kita sendiri, mudah-mudahan)

Semenjak aku menulis kisah Laki bini di FB keretamayat, ramai yang hantar mesej serta email bagitahu sangat suka dan suruh aku update hari hari, kisah bini part 1 aku tulis pada bulan puasa tahun lepas dan hingga hari ini dah cecah part 300, (dah boleh buat buku-yeay!) tapi aku manusia biasa yang mana bukan semua kisah dalam hidup aku menarik atau memberi pengajaran, di tambah aku yang sibuk tolong bini (tebuk wall plug misalnya) dan lain lain aktiviti (seperti mencegah orang bodoh tebuk lubang kapal bagi mendapatkan air), maka tak sempatlah nak tulis hari hari, perasan sibuklah pulak, adohai..

Untuk itu, aku pernah buka ruang kepada pembaca yang ada kisah laki bini yang menarik untuk email atau pm aku yang mana sekiranya memenuhi standard piawai yang aku tetapkan, maka kisah laki bini korang akan terpampang di FB keretamayat yang beribu ribu orang follower(tak takut eh mereka follow keretamayat? woha!).

Untuk membezakan kisah laki bini aku dan orang lain, maka aku akan buat kurungan (kisah laki bini orang lain) yang menandakan bahawa itu bukan idea aku, tapi dalam banyak korang kongsi cerita, dari 300 part, hanya sekitar 30 part kisah laki bini orang lain, baki 280 part lagi adalah kisah laki bini Hamka keretamayat.
Namun yang aku nak tegaskan, bila kisah korang tak tersiar, jangan emal atau pm tanya akan bila cerita kami nak disiarkan, adohai..

Aku tak janji nak siar semua cerita yang korang kongsi, awal awal lagi aku nak mintak maaf kepada laki bini yang share kisah korang tapi belum aku siar kerana aku ada tujuh alasan yang kukuh untuk tidak menyiarkan kisah laki bini korang, antaranya.
  1. Aku perasan sibuk nak semak.
  2. Cerita korang tak best
  3. Terlalu lucah
  4. Bukan idea sendiri(copy paste)
  5. Sedang menunggu giliran.
  6. Sajer malas nak siar takut reputasi aku jatuh kerana cerita Korang best giler-woha!
  7. dan lain lain…

Sebagai panduan sebelum korang nak share kisah laki bini lain kali, Cuba semak kisah laki bini yang pernah tersiar di FB keretamayat di bawah, semua kisah ini adalah kisah laki bini orang lain, bukan kisah Hamka dan bininya.., dan semua ini memenuhi syarat dan standard “kisah Laki Bini”, andai ada yang copy paste dari penulis lain, korang sendirilah yang bertanggung jawab sebab tak bagi kredit, siapalah aku nak semak originality cerita..

Dan untuk makluman, 2 kisah yang last di bawah adalah KISAH LAKI BINI TERBAIK pernah aku baca..

Layan….

1) Kisah Laki bini Umno by Persona Non Grata.

Laki: “Sayang, betulke U sanggp buat apa sahaja untuk pastikan Parti I memang PRU?”

Bini: “Confirm sanggup bang, I akan buat apa sahaja untuk pastikan parti U memang sebab bila U menang, I pun akan banyak dapat benefit.”

Laki: “Kalau begitu, apa kata U pakai tutup aurat sebab I malu bila sebut nak perjuang islam tapi bini I tak tutup aurat.”

Bini: “Astarfirullahalazim…, ”

Ps: Ya Allah, berilah hidayat kepada semua orang islam untuk menutup aurat, amin...

(Hamka said: Teringin lihat bini PM bertudung buat kali yang pertama dalam sejarah…)

2) Kisah Janda Yang Dahaga by Kamal Husin
Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya.Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut..beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula...

Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga-Woha!

(Hamka said: Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer yer? tapi Kamal, ada pembaca cakap cerota ni bukan original, dah lama.., hu hu)

3) Kisah Laki Bini PAS by Persona non Grata

(Hamka said: Aku belum mampu bergambar laki bini didepan orang ramai dengan menampakan muka, adohai..)

4) Derita Laki by lovely


Seorang banduan yang telah dipenjara selama 20 tahun tiba-tiba dapat melepaskan diri.Banduan tersebut dengan bijak dapat meloloskan diri dari penjara dan melarikan diri sehingga tiba di sebuah kampung.

Akhirnya dia menceroboh sebuah rumah yang didiami sepasangan suami isteri muda. Banduan tersebut menceroboh dengan niat untuk mencuri wang namun apa yang ditemuinya sepasang suami isteri yang sedang enak tidur di dalam bilik. 

Dia lalu memerintahkan si suami turun dari katil dan mengikatnya di kerusi.Kemudian banduan tersebut mengikat si isteri di katil sambil mencium lehernya lalu bergegas ke bilik air. 

Sedang banduan tersebut berada di bilik air si suami sempat berbisik kepada isterinya "Mama, papa rasa banduan jahat tu kalau tengok baju dia. Mungkin dah lama dipenjara, lama tak dapat perempuan agaknya kalau tengok cara dia cium leher mama tadi. Mama, kalau dia nak rogol mama jangan la menolak, buat dia puas.Papa takut dia bunuh kita nanti. Mama bertahan ye, i love u mama." 

Si isteri menggeleng kepala lemah sambil berbisik "Papa, dia tak cium leher mama, dia bisik kat mama.Dia cakap dia gay dan papa seksi. Dia tanya mana lotion, mama cakap kat bilik air. 

Papa bertahan ye, mama sayang papa jugak."

(Hamka said: aku gelak baca cerita ni, tapi ada pembaca lain cakap cerita ni di tiru dari majalah English, kantoi..)

5) Surat Izin by Ramlee Samsuri

Bini - Bang, surat izin tu saya dah tandatangan

Laki- Hah? mana awak letak surat tu?

Bini - Atas rak tv, saya tak nak tunggu lama, takut terlambat.

Laki - (berlari ke arah rak tv- dan pengsan!)

rupanya surat izin untuk anak sertai camping di sekolah- woha!

(Hamka said: Aku pun nak pengsan!)

6) Bini dan gambar by Persona non Grata

Bini: Abang selalu bawak gambar saya ke pejabat, kenapa?

Laki : Bila abang ada masalah di pejabat, tak kira betapa besar masalah tu, abang akan tengok gambar awak, dan masalah abang terus hilang!

Bini: Tengok!, abang kena terima betapa pentingnya saya dalam hidup abang.

Laki: ya.., Awak penting dalam hidup abang, sebab bila abang tengok gambar awak, terus abang terfikir, :masalah apa yang lebih besar dari ini?

Woha!

(Hamka said: Pesan Nabi, bila ada masalah, tengok orang yang lebih susah, maka kita akan menjadi lebih bersyukur.., amin..)

7) Mohabbatein  by Amir

"Hamka, semalam kamipun layan Mohabbatein, kesimpulan yang dapat aku simpulkan:

Dulu, aku mahu bini macam Aishwarya Rai, tapi hari ini, Aishwarya Rai dah jadi macam bini aku!"

WOHA!!!

(Hamka said: ada berita mengatakan Aishwarya Rai dah kembali kurus, betul ke? Jika betul tolong bagitahu dia supaya jangan duduk sebelah bini aku takut tertukar-WOHA!)

8) ATM naik Gaji by Huda

"Bang, untunglah ATM dan PDRM, bertambah rezeki mereka,..rasa rugi pulak dulu menolak cinta seorang Kapten askar"

WOHA!

(Hamka said: bagi yang tak tahu, cerita ni berlaku masa kerajaan umum kenaikkan gaji ATM bulan lepas)

9) Tengok dalam air sudah tahu jantan betina by rogayah

Salam hamka, akak nak cerita pasal laki akak bukan setakat tak kenal halia, lengkuas, atau kunyit, ikan pun dia tak kenal..

Satu hari tu akak ajak laki makan ikan celop tepung, sampai sana Laki akan tunjuk terer,

“Ni ikan Kerisi kan?”

Senyum senyum Makcik yang jual tu, baru makcik tu nak cakap, dia dah pintas.

“Ni mesti ikan jeket”

Adohai, malu akak sebab nak kena ajar jenis-jenis ikan pada Laki depan orang ramai.

WOHA!

(Hamka said: sabar kak, sabar, buruk buruk pun laki kauuu jugak, adohai)

10) Sidai Baju by  Diana Nordin

Laki saya selalu tolong sidai baju.

Tapi saya selalu tak puas hati cara dia sidai sebab dia main "asal sangkut dan kering sudah".

Sedangkan kita sebagai bini, T-shirt mesti sidai dengan T-shirt, kain duduk area kain, seluar duduk depan supaya cepat kering.

Kalau saya sound, dia akan cakap :

"awak nak abang tolong sidai kain ke lipat kain? pilih salah satu je".

Saya pun terdiam, sebab kalau suruh dia lipat kain, adohaaaaiiiii...lagi pening kepala!

WOHA!

(Hamka said: Eh, samalah laki dia dengan laki bini aku-woha!)

11) Lengkuas oh lengkuas by  Suriani Sue

Hari tu saya ada suruh laki saya pergi beli lengkuas, then saya tak ingat nak pesan suruh dia tanya tuan kedai yang mana lengkuas, dalam hati ni terdetik:

“masak lah, kejap lagi mesti dia bawak balik Halia macam Hamka keretamayat."

Tengok-tengok, mamang suami bawak balik Halia.

Epic Fail- Woha!

(Hamka said: aku akui, memang susah nak membezakan antara halia dan lengkus… isk)

12) Serai berai by Azam Halim

Pada suatu hari, Bini suruh laki mengambil serai di tepian rumah. Laki pun pergi ambik dan kembali dengan wajah ‘mission accomplished’ .
Kata bini: "daun die nak buat ape? ambek sampai akar la bang.., adohai.."

FAIL ! Woha!

(Hamka said:  teruk gila laki dia, aku pun tak teruk macam tu, adohai..,) 

13) Halia oh Halia by Aishah Shah

Pada suatu hari, Bini suruh laki beli halia, kunyit, dan lengkuas.
Sudahnya laki die beli halia, halia, dan halia cuma lain2 kaler.

Woha!

(Hamka said:  teruk gila laki dia, Laki bini aku pun tak teruk macam tu, he he he..)

14) Bergaduh guna SMS by Farahana Md Yatim

Laki bini telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si Laki telah menulis satu nota pada bini...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "

...dan meletakkan nota itu di sisi bininya yang sedang
tidur. 

Keesokan harinya si Laki terjaga dari tidur dan mendapati jam
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya
terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI”

Woha!

(Hamka said: bini aku gelak berguling baca cerita ni, tapi dik, cerita ni di cedok dari majalah English.., adohai)

15) Tolong ingatkan aku by Rejim Mongol
Bila wife suh ingatkan contoh: "bang nanti ingatkan beli sabun ye.."

Terus aku ingatkan dia ketika tu juga: "jangan lupa beli sabun tau!"
Hahahhahaha..

(Hamka said:“alamak, aku pun selalu jugak buat macam ni kat bini, baru nak post dekat kisah laki bini seterusnya kau dah potong line, adohai..”)

16) Undang undang by P Ramlee

Bini: “Selamat pulang laki, hidangan sudah siap, jemput duduk.”

Laki: “Terima kasih, silakan duduk biniku.”

Bini: “Tak boleh kanda, dalam rumah ini ada undang-undang, kalau Suami makan, isteri mesti menjadi pelayan.”

Laki: “pelayan? Ini undang undang sangat baik, ini mengurangkan queen control”

Bini: “kejap, Dalam rumah ini semua orang tak makan, Ambil bau sahaja,”

Laki: “Ambil bau?Ini undang undang sungguh bijak, undang undang ini di namakan: ekonomi”

Lepas ambil bau kata laki: “Hmmm, sudah kenyang, badan sudah letih dan mahu berehat, selamat malam..”

Bini: Kanda, menurut undang undang dalam rumah ini, suami tak boleh tidur bersama isteri, suami mesti tidur di kandang kuda.

Laki: Inilah undang-undang yang terbesar sekali dalam segala undang-undang, undang-undang ini dinamakan: Family planning.

Woha!

17) Pindah by P Ramlee

Bini: “Apalah kita ni nak jadi bang?, dari hotel kita pindah ke bilik, dari bilik kita pindah ke bawah kolong, lepas ni kita nak pindah ke mana pulak bang?

Laki: “Pindah ke lubang kubur!”

Woha!

(Hamka Said: cuba teka, siapa laki bini dalam dialog diatas, he he..)

18) Apa apa jer, by Shima Muhajir

Bini : “abang nak makan apa..?”

laki : “APA-APA la..”

Bini: “pergi kedai la beli APA-APA, nanti saya masak..”

laki : “APA-APA tu apa..?”

Bini : “ha..tau pun susah nak fikir..yang tadi suruh masak APA-APA tu kenapa..?”

laki : Adohai...

19) Setuju dari jauh by Asma Amirah Muhsin

Aku tengok jiran beli buku PYHKD,

"eh kau beli jugak buku Hamka?"

"a'ah, best, aku dapat minggu lepas"

"weh aku nak beli jugak ah camni, mana boleh tgk je"

"ala kau baca je la yg aku punya ni"

"ehh, membaca tak sama dgn memiliki, memiliki lebih 'high class'"

Aku nak beli sekarang jugak, woha!

(Hamka said: ya, Aku setuju dari jauh, inilah kisah laki bini terbaik-woha!)

20) Laki bini dan keretamayat by Ryina Ikhwan
Suami aku suka usik aku dengan blog kereta mayat. katanya aku dengar semua cakap en kereta mayat tetapi tak dengar cakap suami sendiri... hihihi.. dia bagi contoh: kereta mayat suruh pembaca ziarah jiran, suami aku dah cakap lama tapi aku tak dengar... bila kereta mayat suruh ziarah jiran, cepat pula aku ajak suami aku ziarah jiran sebelah...

Lalu aku kata "contohnya (formal la pula) papa ajak mami gi rumah sebelah tapi mami tak gi... kereta mayat suruh mami gi ziarah jiran mami gi... sebab dia kata ziarah jiran tu amalan ahli syurga..kita nak masuk syurga kenala buat amalan ahli syurga iaitu ziarah sesama ahli syurga... mami bersemangat nak ziarah jiran sebab mami nak masuk syurga dan buat amalan ahli syurga... cuba papa ajak mami buat sesuatu then papa relate kan pula dengan kisah syurga ke neraka ke, kisah nabi ke..."

Suami aku kata'

"sama je... suami cakap apa tak nak ikut! Nanti pas ni papa buat blog van mayat pulak! tgk mami ikut ke tidak"

Bila aku kenang2 kembali betul juga cakap suami aku... aku tak dengar cakap dia tapi dengar cakap en kereta mayat... lalu semalam sambil ketawa terkekeh2 aku cium tangan suami aku lantas berkata dengan sengih mcm kerang busuk...

"mami minta maaf sebab tak dengar cakap papa selama ini..."

Suami aku tersenyum je... kemudian aku peluk suami aku erat2 sambil berbisik...

"ni kereta mayat yang suruh..."

Woha!

(Hamka said: Kami laki bini gelak berguling baca cerita ni, inilah kisah laki bini terbaik dari semua kisah laki bini di atas, tahniah!)

Sekian, kisah Laki Bini Orang lain, kita kembali ke Stadio untuk ikuti pesanan penaja.., iaitu: dapatkan Permata Yang Hilang Kini dijumpai untuk lebih banyak kisah Laki Bini. layaann...


Apr 13, 2013

Hukum Pengundi atas pagar?


(((Sepuluh.. Sembilan katamu satu pun tak boleh pakai. Sepuluh... sembilan janjimu satu pun tak boleh pegang, Mabuk Engkau mabuk, Mabuk nama (harta), mabuk cinta (wanita),mabuk kuasa (tahta) Mabuk Engkau mabuk...,  Lirik lagu Tam Spider lah pulak)))

Masalah besar yang melanda ummat islam hari ni adalah meninggalkan kerja dakwah kerana sibuk bergaduh berebut tiga “Ta” yang mana tiga “Ta” ini pernah di offer oleh orang kapir kepada nabi Muhammad SAW, dengan syarat Nabi tinggalkan kerja dakwah. Ironi sungguh..

Apakah tiga “Ta” itu?

1) Tah-ta.
2) Har-ta
3) Wani-ta

Yang lebih celaka lagi bila mereka yang berjuang merebut tahta, harta dan wanita itu boleh pulak mengaku inilah cara mereka berdakwah kerana dakwah cara Nabi dah tak sesuai mengikut ijtihad mereka.., hampeh sungguh!
Antara alasan yang mereka suka pakai bila cerita bab ini adalah..

“inilah cara yang sesuai untuk memilih pemimpin di zaman alaf baru ini..”

Aku kata: Korang jangan buat statement yang boleh batalkan ayat quran.., nak masuk neraka ke?

“dalam keadaan sekarang, kita terpaksa guna system demokrasi ini”..

Aku kata: Siapa paksa engkau? Hebat sangatkah yang memaksa?. Aku tengok nak lantik ketua usrah pun guna sistem demokrasi, nak lantik pengerusi masjid guna system majority? siapa paksa korang? Korang yang pilih untuk tak nak guna cara Nabi lepas tu mengaku terpaksa?  Bila dah mabuk kuasa dan mabuk harta, akal sudah hilang arah., Lalu tafsir quran suka hati sajer guna fatwa kaum kera asal halal, harta-tahta- wanita, tak ke hampeh!!

Korang tahu tak?, Nabi bila orang kapir mahu lantik mereka guna cara orang kapir iaitu kami dengan secara majoritinya akan bagi kamu , harta-tahta- wanita dengan syarat tinggalkan kerja dakwah cara Nabi..

Nabi serta merta tolak, malahan nabi bagitahu sekiranya mereka orang kapir sanggup letak bulan dan matahari di tangan nabi, pun Nabi tak akan tinggalkan kerja dakwah cara Nabi.

Tapi korang hari ini, tiga perkara itulah yang duduk berebut dengan guna cara orang kapir (baca: Demokrasi) dan yakin 3 perkara itu boleh bantu ugama kononnya..

“Dengan ada tahta, kita boleh paksa orang amal ugama, tak ikut kita boleh hukum sebab ada kuasa.., dengan ada tahta, baru ugama maju, sebab tu saya kena jadi ketua dulu baru boleh majukan ugama.” kata encik A yang bodoh.

“Dengan ada harta, kita boleh majukan ugama, buat masjid besar besar, beli senjata, dan tunjuk pada orang kapir kita ni mewah, dengan ada harta, baru ugama maju”: kata encik B yang jahil pulak.

“Dengan ada wanita, kita akan guna sebagai jentera parti untuk pujuk anak muda pilih parti kita, hanya parti kita yang boleh majukan ugama”: kata encik C yang lebih bangang.

Apa punya singkat pemahaman ugama sampai sangup sekutukan Allah dengan, harta-tahta- wanita? Korang tak tahu ke yang Allah boleh majukan ugama tanpa bantuan sape sapepun, dan Allah dah letak tertib ugama akan maju jika kita ikut sunnah Nabi, bukan ikut cara yahudi,  dan kerana harta-tahta- wanita perkara itu sampai sanggup kapir mengkapir, caci mencaci, laknat melaknati, hina menghinahi, doa bala dan sebagainya yang membuatkan Allah tidak pandang pada korang sebab menurut satu hadis dari Buznama: Allah tidak akan memandang kepada golongan yang caci mencaci.., adohai..

Sebelum jadi mayat, mari kita duduk sekejap dan cuba belajar fikir seperti Nabi berfikir, adakah sunnah fikir nabi ada kita ikuti? Hmmm.. (akupun sedang belajar), mari kita rujuk tawaran cara orang kapir untuk Nabi supaya tinggalkan dakwah tabligh.

1) Wanita..
Orang kapir Mekah sanggup kumpulkan semua perempuan cantik, dan bagi nabi buat pilihan, nak yang mana satu? Petik jari saja, malahan bini merekapun sanggup di ceraikan asal Nabi tak buat kerja Dakwah..

Tapi nabi tolak.., nabi bukan gila seks.., kaki betina, bohjan besar, mat romeo! bukan, Naudzubillah!! Nabi seorang da’e yang teragung.., tak terkesan dengan godaan wanita..

Nabi bukan macam korang yang mana bila parti lawan korang gunakan jentera puteri ABC, korang hantar pulak jentara muslimah XYZ, bila musuh korang guna artis wanita untuk berkempen,  , korang hantar pulak artis wanita yang berhijrah untuk berkempen, bila musuh korang lantik wanita ABC sebagi wakil bertanding, korang hantar pulak perempuan XYZ sebagai wakil bertanding.. dengan alasan strategi...
Strategi kepala hotak kau? Itu bukan strategi, itu eksploitasilah mangkuk!

2) Harta.
Orang kapir mekah sanggup kumpulkan semua harta mereka dan buat Nabi menjadi orang yang paling kaya antara mereka, dengan syarat nabi tinggalkan kerja dakwah tabligh, tapi nabi tolak harta, Nabi tetap buat kerja Dakwah tabligh tanpa sebarang upah.. Nabi bagi ceramah percuma, dalam memperjuangkan ugama nabi tak kutip derma. Dalam Al quran pun Allah suruh berdakwah tanpa kutip upah..

Nabi bukan macam korang yang mana fikir bila ada duit boleh beli senjata nuclear dan bom orang kapir, atau boleh mansuhkan tol dan buat rakyat terus kekalkan korang sebagai pemerintah, atau boleh bermewah dan tunjuk pada orang kapir islam betul sebab mewah, ini semua fikir yang mensyirikkan Allah.., hanya Allah yang memberi manfaat dan mudarat, Nabi sendiri pernah Allah nak bagi emas sebesar gunungpun Nabi tolak, tapi korang fikir bila jadi pemimpin akan dapat banyak duit, bila banyak duit boleh bangunkan islam, ada Nabi fikir macam korang? Ada royalti minyak baru ugama akan maju? jangan berhujah guna fatwa kaum kera boleh tak?

3) Tahta..
Orang kapir di mekkah sanggup lantik nabi Muhammad SAW jadi ketua mereka, dengan syarat nabi tinggalkan kerja dakwah..

Hari ni cuba korang fikir dengan otak korang yang sempit tu, baguskan setuju dengan orang kapir, mula mula kita pura-pura tinggal kerja dakwah, lalau orang kapir suka tengok orang islam tak berdakwah dan lantik kita sebagi ketua, ini strategi bijak, lepas dah jadi pemerintah terus keluar hokum wajib dan haram, dengan sangka manusia akan berubah bila korang memerintah, padahal iman tak boleh di warisi walaupun dari parti so call islamk, dan sekejap sajer mereka memberontak, Nabi tahu hal ini, sebab tu nabi tak nak jadi ketua kepada majoriti yang tolak islam, sebab Nabi di hantar bukan atas maksud nak jadi raja!!

Kalaulah menjadi pemimpin dunia itu tugas sebenar Nabi, dah tentu Nabi Sulaiman a. s patutnya mendapat tempat penghulu segala Nabi kerana nabi sulaiman punya kerajaan yang paling besar dalam sejarah manusia, termasuk jin dan binatang!!

Lalu korang hari ini sanggup tinggalkan dakwah cara nabi dan guna teknik yahudi dalam memperjuangkan ugama? Tak ke hampeh?

Cuba rujuk dalam usrah korang, kenapa Nabi Muhammad SAW  tolak tawaran lumayan dari orang kapir dengan syarat tinggalkan kerja dakwah cara Nabi, dan nabi tolak. tapi korang hari ni pilih untuk tinggal dakwah cara Nabi dan berebut tawaran cara orang kapir? Kenapa? (sila jangan guna fatwa kaum kera-ok?)

Dah penat aku membebel, aku bukan ustaz dan blog ini adalah nota ugama pesan kepada diri sendiri, mana yang baik ikut, yang salah silalah tegur..

Demokrasi ni tak patut kita layan dengan emosi dan sentimen hingga keluar fatwa tak undi aku masuk neraka, undi parti XYZ solat tak dapat pahala dan sebagainya..

Mengundi 5 tahun sekali, kita pilihlah mana yang berkenan, Tak payah nak emosi dan sentimen bila berkempen parti kegemaran korang sebab aku tengok bila dah kempen maka banyak berlaku kesilapan dan dosa, pertama korang akan cerita kelebihan makhluk, (syirik) dan kedua, korang akan hina keburukkan makhluk, (menolak takdir) , ketiga, korang akan dedahkan aib pihak lawan dan yang lebih bangang, jika parti korang buat silap, boleh pulak bela sedangkan selemah iman mencegah maksiat dengan hati, tapi bila parti korang buat maksiat, korang boleh setuju pulak? Mana pergi iman? Adohai...

Demokrasi ni tak salah jika kita duduk tengah tengah, kita rahsiakan sokong yang mana, term undi adalah rahsia tu sangat bagus supaya kerajaan dan pembangkang tak sombong serta perasan bagus  sebab tak tahu lagi rakyat pilih yang mana, ha ha.

Aku mengaku aku pengundi atas pagar sebab aku suka pandang baik (ehem.. ehem..), jadi dua dua parti aku nampak ada baik, (dan aku jugak ada pandang buruk dan nampak jugak keburukkan dua dua parti, adohai..), so rahsiakan undi kita, biarkan parti ABC dan XYZ datang berlemah lembut merayu undi, dalam mereka bercakap dengan lemah lembut pujuk aku undi parti mereka dengan manifesto bombastik, aku boleh cerita tentang ugama dengan lebih ‘deep’ pada mereka, tapi undi tetap rahsia , politik bro.., politik! He he"

Kalau ada ustaz cakap, orang yang duduk atas pagar ni sesat dan mati masuk neraka sebab tak bersama jemaah, korang jawab kepada ustaz bangang tu.

“You dah hilang undi I bila you tuduh I ahli neraka, I pergi mengundi tak pernah miss, lagipun ustaz, masa Saidina Ali(kerajaan) dan Muwayiyah(Pembakang) berperang, ada sebahagian sahabat Nabi yang duduk atas pagar tak menyertai mereka, antara mereka adalah Saad bin Abu Waqas r.a , adakah ustaz lagi terer dari sahabat Nabi dalam berijtihad?”

Berhenti sekejap telan air liur, dan kita sambung lagi:

“I tak declare sokong mana mana parti sebab I tak nak You dan your enemy perasan bagus bila orang ramai datang bagi sokongan, so You dua dua parti akan tunjuk baik, dan Rakyat akan dapat menafaat, lagipun ustaz bila Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang duduk atas pagar dalam perperangan ini? Jawab saidina Ali yang confirm lebih terer dari You:

"mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."

Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat, tiada pendirian dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan di zaman itu, beliau ada hadith tersendiri yang membenarkan tindakkan beliau,(rujuk ustaz yang lebih cerdik dalam parti kau lain kali-bongok!).

Sekian aku membebel hari ni, lain kali aku mungkin akan tulis bab bagaimana nak pilih calon pilihanraya dengan kaedah yang lebih islamik yang tak pernah korang terfikir.., he he .

Tutup entry dengan tasbih kafarah.

Ps: PRU akan datang nak undi parti mana ek? marilah pujuk aku undi parti korang dengan lemah lembut, jangan lupa bawak buah tangan ek?!- Woha!

Apr 1, 2013

Teori Konspirasi-Rahsia bendera PAS dan BN terbongkar?


(Agak susah nak menafsir logo parti yang bertanding untuk di kaitkan dengan yahudi sebab tak ada logo segi tiga dan jangka lukis, woha! )

Berkatalah Laki pada bini menjalang PRU..
:

“Bila abang tengok bendera PAS, abang teringat dengan ceramah dari Buznama yang mengatakan akan ada ummat islam yang berwajah terang seperti bulan purnama di padang mahsyar, mereka adalah golongan yang pergi ambil wudhu ketika azan berkumandang, manakala orang yang ambil wudhu sebelum azan, wajah akan terang seperti cahaya matahari, jika lebih lewat, dapat cahaya seperti bintang, dan lagi lambat sampai dah nak habis waktu, langung takde cahaya..”


PAS

Jawab Bini:

“so..?”

Kata Laki lagi:

“Bila tengok bendera BN pulak, teringat dengan neraca timbangan amal Mizan di padang Mahsyar, menurut Buznama, jika amal baik dan buruk sama banyak, belum tentu masuk shurga, kita perlu shafaat daripada Nabi..”

BN
Soal Bini:

“then?”

Akhirnya jawab Laki:

”jadi oleh sebab terlalu banyak bendera bulan dan dacing berkibar, fikiran abang melayang jauh ke padang mahsyar.., so abang mintak maaf sebab terlupa beli barang yang awak pesan,”

Woha!

Ps: Alasan paling Rare menjelang PRU untuk memeriahkan suasana Laki bini. Sila kagum dari jauh, He he.

Ps2: ”Bro, entry lepas cakap pasang bendera banyak ni, membazirlah, buang masalah, tapi entry ni cerita kebaikkan pulak? (Adohai.., susah cakap dengan orang slow ni, beginilah, semalam aku insaf tengok mayat bergelimpangan di jalan raya, jadi hari ni apa kata korang ajak kawan kawan pakat ramai ramai mati dalam keadaan ngeri supaya aku insaf hari hari-moral: bukan semua benda yang menginsafkan itu baik.)

Ps3: Dalam penjimatkan kos bendera, pujian perlu di beri kepada parti PAS dan BN kerana hanya menggunakan satu warna, jimat kos cetak. Parti DAP, PKR, UMNO agak mahal kos cetak sebab banyak warna, sepatutnya waktu design bendera kena fikir juga factor ekonomi sebab bila menang pilihan raya, lagi banyak factor ekonomi nak kena jaga, adohai.
Bendera yang banyak warna-kos cetak meningkat

Ps4: Tidak pernah dalam sejarah, orang kalah pilihan raya sebab bendera sikit atau kecik, pengundi yang bijak mengundi bukan berdasarkan jumlah bendera atau saiz bendara, maka bersederhanalah dalam memeriahkan pilihan raya, jangan sampai tahap membazir sebab bila menang pilihan raya, lagi banyak acara meriah yang perlu di tangani dengan berhemah. Isk.

Ps:5 Zaman Nabi, hanya satu bendera tegak, dan tegak itu tanda menang, di zaman sekarang, 100 ribu bendera tegak, siang malam berjaga takut bendera jatuh, tapi kalah jugak, pelik tapi benar, adohai.., orang kafir yang reka demokrasi pun tak berperang bendera melampau lampau macam orang islam yang tiru system mereka sekarang ini.

Ps6:Kat tempat aku, anak muda orang melayu sibuk pasang bendera siang malam, lepas tu pakat pakat berjaga siang malam, sampai bergaduh gaduh, belum menang lagi dah berebut tiang, tapi anak muda bangsa lain pulak aku tengok sibuk belajar berniaga dan meluaskan hartanah tanpa mengharap kepada kerajaan atau parti, ini agak deep. Sila take note.

Ps7: kesimpulannya, nak gantung bendara tak salah, tapi jangan melampau dan membazir, Allah benci orang melampau dan Syaitan suka orang membazir, gunakanlah tenaga dan masa gantung bendera itu untuk membuat benda yang lebih berfaedah seperti berakhlak mulia sesama islam,  misalnya. Amin.

Ps8:  Selamat mengundi, aku suka bila orang PAS atau orang BN datang rumah aku bawak Hamper pujuk aku undi parti mereka, dalam mereka berlemah lembut merayu undi, aku boleh cerita tentang ugama dengan lebih deep pada mereka, tapi undi tetap rahsia , politik bro.., poltik! He he"

Ps9: PRU akan datang nak undi parti mana ek? marilah pujuk aku undi parti korang dengan lemah lembut, jangan lupa bawak buah tangan ek?!- Woha!

Wakil PAS, BN, dan PKR sedang menunggu Saprah
Ps10: Berapa banyak Ps daa…

Mar 22, 2013

Tanya sama Abang Keretamayat –Versi bendera Parti?

(soalan datang dari pembaca FB keretamayat, mulanya malas nak jawab, tapi mungkin ramai yang tak tahu, maka bermanfaatlah ilmu bila dikongsikan walaupun ilmu itu mungkin yang remeh temeh, adohai)

Persona non Grata:
“Nak tanya jugak kat incik kereta mayat.. Ade ke apa-apa dalil sebut bila kita terjatuh dan mati selepas pasang bendera, di kira mati syahid?. Ada ustaz ceramah bagitahu tapi tak sempat nak tanya..,”

Hamka keretamayat:
"Dah takde kerja? agak agaklah nak berjihad pun, adohai.."

Persona non Grata:
“kot itu yang kerja dia dapat buat dengan niat mencari rezeki yang halal kerana Allah atau dia rasa sumbangan kecilnya itu yang mampu dia buat untuk pastikan dia ada jawapan bila Allah tanya apa sumbangannya untuk Islam... yang pasti bukan mati katak la..”

Hamka keretamayat:
“mati katak ni mungkin kena tengok jenis bendera kot, tak gitu Bang?”

Persona non Grata:
“kite  tak rugi pun kalo anggap orang tu syahid,anggap je tu doa, tak salahkan mendoakan kebaikan orang lain, kan?”

Hamka keretamayat:
“ok

Persona non Grata:
"Satu lagi, ada ustaz cakap, mata yang berjaga dimalam hari menjaga bendera dari dipatahkan parti lawan, adalah mata yang diharamkan api neraka? Apa komen?"

Hamka keretamayat: 
“jumpa saf pertama masjid subuh besok, baru aku jawab, adohai.."

Persona non Grata: 
"abang nak hina soalan saya terpulanglah, bagi saya jika jatuh ketika pasang bendera, tetap mati syahid. apa apa yang kita buat kerana ugama adalah jihad."

Hamka keretamayat:
" Bagi aku, lawan bendera siapa paling besar, dan lawan bendara siapa paling tinggi, atau lawan bendera siapa paling banyak, adalah perbuatan bodoh dan pembaziran, kan jelas membazir itu saudara syairtan, kesian duit orang derma, dibelinya kain banyak banyak lepas tu tayang kat sape? kat Tuhan? adohai.., dalam pembaziran begitu, jika jatuh mati syahid? kesian.., orang kapir yang reka domokrasi pun tak membazir melampau-lampau dalam bab gantung bendera tak macam orang islam yang tiru sistem mereka, adohai.."

Ps: JIka orang tu sokong PAS, korang orang UMNO gantunglah bendera besar gajah, tinggi macam KLCC, dan sebanyak bintang di langit, orang tu tetap pangkah Pas, begitulah jugak sebaliknya, tak paham paham lagi? tapi jika kos bendara tu korang tukar kepada wang, dan bagi 'hadiah' atau derma, mungkin ada yang akan berubah fikiran, begitu jugak tenaga gantung bendera tinggi tinggi tu jika diguna untuk berakhlak mulia, pun akan ada yang berubah niat, so marilah menderma dan berakhlak mulia kerana itu adalah alaman yang mulia- Peace.! .

Persona non Grata:
" Tayang bendera salah satu cabang..., macam promo barang gak ...yang orang derma dah halal kan camaner nak gunakan duit dorang..., lagi pun kalau tayang bendera sebelah sini..maknanye myeru kp kbaikan ...Tak ade pembaziran...kalau  tak salah lah!!!”

Hamka keretamayat:
“oK”

Persona non Grata:
“isu pasang bendera, itu dinamakan perang psikologi, sedar atau tidak impaknya tak nampak secara fizikal.... samalah macam samsung buat iklan merata2, naik LRT naik KTM naik keta merata iklan samsung.bukan murah iklan tu.membazir je.baik duit iklan tu guna utk benda lain. apa jadi pd produk samsung?? laku kan.padahal banyak lagi phone yg lebih murah dan punya spek yg sama bagus.tp kenapa samsung?? semuanya psikologi manusia....manusia mudah diubah psikologinya."

Hamka keretamayat:
"Oh jadi selama ni korang kalah sebab bendera lah yer? Woha!”

Persona non Grata:
“bendera tak penting, yang penting panji. zaman Rasulullah pergi berperang bawa panji Islam. tak biarkan panji tu jatuh, si pemegang rebah, yang lain ganti. (dalam hati aku berdoa agar hamka bukan macai, woha!)”

Hamka keretamayat:
“zaman Nabi, hanya satu bendera tegak, dan tegak itu tanda menang, di zaman sekarang, 1000 bendera tegak, siang malam berjaga takut bendera jatuh, tapi kalah jugak, pelik tapi benar, adohai.., (Ps: Bila tak sependapat dengan  puak-puak taksub politik ,bersiap sedia la dipanggil macai.. bangang sungguh)

Persona non Grata:
“yalah.. tokey bendera anak tempatan jugak yang kaya time musim mengundi ni. jadilah pengundi yang bijak, wakaka..”

Hamka keretamayat:
“pengundi yang bijak tidak mengundi berdasarkan bendera. Sekian terima kasih.”

End Copy/paste:

Okey, cukuplah aku copy paste beberapa komen dari FB tentang isu ini, kesimpulannya, nak gantung bendara tak salah, tapi jangan melampau dan membazir, Allah benci orang melampau dan Syaitan suka orang membazir, gunakanlah tenaga dan masa gantung bendera itu untuk membuat benda yang lebih berfaedah seperti berakhlak mulia misalnya, akhir kata: dalam membuat kerja gantung bendera, utamakan kesalamatan, Safety Firest is Sunnah, now you know.

Ps: Sebelum tu kita layan sajak loghat Terengganu yang bertajuk, Jangan Menebeng! (Jangan Melampau), layan..

Mar 18, 2013

Bagaimana siang ikan guna tangan kosong?

(Lepas baca cerita ini, jika masih tidak faham, sila klik video untuk pengertian yang lebih mendalam, adohai..)

Bini suruh beli ikan, ada tetamu nak datang,

Dari pejabat, aku singgah beli ikan dan aku pulang awal sikit hari ini sebab nak tolong bini masak.

Tapi ada perkara pelik aku buat hari ini.

Sampai rumah, aku siram pokok bunga.

Lepas tu aku angkat baju di ampaian, dan lipat baju di depan rumah, semua jiran kagum melihat aku yang rajin luar biasa.

Belum cukup kagum?, aku basuh kereta pula.

Dan yang lebih mengkagumkan, aku siang ikan depan paip rumah, aku cekik perut ikan guna tangan kosong, awek sebelah rumah senyum senyum sambil hatinya berdoa semoga mendapat suami yang rajin macam aku-mungkin, he he

Aku tak nak cerita panjang, satu sahaja pesan aku:

Sila kagum dari jauh. He he..

Tak lama kemudian, bini aku pula sampai ke rumah dan terus terkejut melihat aku siang ikan depan rumah.

“Kenapa bang?”

“abang lupa bawa kunci rumah hari ni”

Woha!

Ps: Patutlah rajin nak mampos, adohai..

Mar 9, 2013

Islam mendikriminasikan Wanita?


(A Promise is a Promise: Time for Action to End Violence Against Women)

Hari ni ada orang perempuan cakap, islam ni banyak mendikriminasikan wakita, mungkin mereka bandingkan diri mereka dengan kehidupan orang kapir barat wanita yang kelihatan bebas dan seronok. Tapi apa gunanya bebas dan seronok jika mati masuk neraka? Adohai..

Jika nak bandingkan tentang hak wanita, cuba korang rujuk sejarah di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan islam, yang mana wanita telah menjadi mangsa dikriminisasi paling teruk dalam sejarah kemanusian sehingga mereka telah disisih dan dihina tapi benda tu tak salah sebab dah  menjadi budaya luar biasa yang diterima oleh orang ramai. (baca: orang lelaki).

Antara budaya pelik masyarakat Jahiliyah berkaitan wanita:

  • Mereka tidak ada hak untuk bersuara, semua keputusan dari lelaki.
  • Mereka hanya  diperlukan sebagai hamba seks dan orang lelaki bebas nak buat hubungan seks dengan semua cara, seks ganas, seks luar tabie, semua mereka hentam,
  • Mereka anggap mendapat anak perempuan adalah petanda sial.
  • Kaum wanita dilayan sebagai hamba abdi, bahkan lebih hina dari itu sebab diseksa zahir batin..
  • Anak tiri lelaki boleh menjadikan ibu tiri mereka sebagai hamba bila ayah mereka mati.
  • Boleh membunuh anak perempuan hidup-hidup dengan alasan malu.(rujuk kisah Umar Al khatab)
  • Anak perempuan yang cantik sahaja dibesarkan untuk tujuan seks.
  • lelaki bebas berkahwin seberapa ramai dengan wanita yang dia suka. (‘Urwah bin Mas’ud telah memiliki sepuluh orang isteri sebelum Islam)
  • Seorang Ayah boleh menjual anak perempuan macam hamba.
  • Perempuan yang datang Haid tidak boleh duduk sebumbung dengan Suami, mereka kena keluar rumah sampai Haid habis. Malahan haram perempuan Haid menyentuh suami mereka sebab di anggap sedang kotor.
  • Menceraikan isteri dengan cara menghina (kaedah zihar)
  • Balu wanita yang kematian Laki diasingkan dan wajib pakai pakaian yang buruk-buruk dan tidak boleh memakai bau-bauan selama setahun. Lepas setahun, wanita itu kena sentuh kambing dengan kemaluan, barulah dia bebas dari eddah dan bolehlah pakai cantik cantik. (apa ke jadah?)
  • Hamba wanita yang mengadung menjadi mangsa judi teka jantina bayi, lepas dua pihak bertaruh, perut akan dibelah atau dipijak untuk mendapat keputusan.

Banyak lagi jika nak cerita, ada jugak kes yang mana bila suami mati, perempuan akan dibakar hidup hidup dengan suami, dengan alasan sehidup semati, apa ke jadah, sesetengah negara, orang perempuan tidak boleh menunggang binatang (eh, ni sama macam tak boleh drive kereta bagi perempuan di sesetengah negara di zaman sekarang, adohai..)

Pendek cerita:

Kemudian munculah Nabi Muhammad SAW yang membela hak wanita melalui hukum Islam, terdapat banyak hadis berkenaan menjaga hak wanita, antaranya:

  • Wajib berlaku baik pada bini,
  • Tak boleh pukul bini sewenang wenang,
  • Tak boleh setubuh waktu haid,
  • Tak boleh setubuh ikut lubang jubor,
  • Tak perlu halau bini waktu haid, kena layan macam biasa.
  • Jika bercerai cukup dengan lafaz talak, bukan menhina macam zihar.
  • Jika mampu kahwin maksima hanya empat bini,
  • Anak tak boleh jadikan ibu sebagai hamba, haram.
  • Shurga di bawah tapak kaki ibu, wajib taat pada ibu.
  • Orang lelaki wajib memberi pakaian, dan memberi makan serta menyediakan rumah bagi isteri dan anak perempuan.
  • Doa wanita lebih makbul dalam kes tertentu.
  • Menggembirakan anak perempuan dengan hadiah, mendapat pahala besar.
  • Kena dahulukan anak perempuan bab kasih sayang.
  • Haram bunuh anak, malahan berdosa jika anggap anak perempuan sebagai nasib sial.
  • Jika ibu dan ayah panggil si anak, si anak kena sahut seruan ibu dahulu.
  • Peremuan sabar mengandung dapat pahala, sakit beranak pula mendapat pahala mati syahid.
  • Di jamin masok shurga jika besarkan anak perempun dengan ilmu ugama sampai berkhahwin,  
  • Perempuan tak perlu berjihad macam lelaki tapi mendapat pahala jihad melalui amalan khidmat.
  • Perempuan menyusu mendapat pahala berganda.
  • Tak boleh tengok aurat perempuan selagi belum kahwin.
  • Boleh duduk dan bermesra dengan bini walaupun Haid, (tanpa berstubuh, nak cuim, nak pelok boleh jer)
  • Tempoh edah hanya 3 kali suci (bukan setahun macam sebelum islam)
  • Dan lain lain..

Kesimpulannya, oleh kerana kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita. Maka Hari wanita yang di sambut pada setiap 8 Mac di adakan sejak 1909 di seluruh dunia untuk memberi ruang kepada permasalahan ini dapat dibahas seterusnya di selesaikan secara berperingkat.

Kita sebagai orang islam pula, cubalah zahirkan hadis Nabi bab memuliakan orang perempuan sebab Nabi dah ajar 1400 tahun dahulu, tinggal nak amal sahaja, adohai.. kat sini barulah korang orang perempuan boleh menilai bagaimana ugama telah kembalikan hak orang perempuan dengan adil, memang ada sedikit mujahadah bab tutup aurat, dan bab pergaulan, tapi berbaloi sebab mati masuk shurga, mudah-mudahan.., jangan bandingkan hak islam dengan kebabasan orang kapir barat sebab dunia ni shurga mereka, tapi mereka mati masuk neraka, sedangkan kita orang islam, dunia ni adalah penjara.., dan mati masuk shurga. Amin..

‘Penjara’ ni jika nak dibandingkan dengan kehidupan orang perempuan di zaman jahiliyyah, maka “penjara” ini menjadi shurga dunia, sebab wanita solehah adalah sebaik baik hiasan dunia..

Bersabarlah dengan ujian Allah, maka Allah akan ganti dengan perkara yang lebih baik kelak. Bersyukurlah dengan nikmat Allah, maka Allah akan tambah nikmat yang tidak disangka sangka!

Akhir kata, selamat hari wanita, dan untuk pengetahuan korang,tema Tema hari wanita untuk tahun 2013 adalah:

“A Promise is a Promise: Time for Action to End Violence Against Women”


Oh lupa, keretamayat juga ada tema untuk mayat wanita iaitu:

“Tiada mayat wanita seksi dalam perkhidmatan kami” 

Woha!


Mar 5, 2013

Mayat yang dicemburui?


(Semoga mereka yang bertugas di sempadan Sabah, beroleh Rahmat dan Pertolongan Allah, amin..)

Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka akan ramai orang yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat kita, kemudian, mereka akan mengiringi mayat kita ke kubur, dan mendoakan semoga roh kita dicucuri Rahmat. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti kita, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja.

Akan tiba satu masa, di zaman perang, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, tapi mereka tidak datang ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang, kemudian, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur, sebab masing masing sibuk bersembunyi atau berperang, yang tinggal, hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat.  Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan, jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kapan, Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka..

Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah salah satu nikmat mati.

Lalu kenapa kita takut mati wahai sahabat?, kenapa bersedih jika mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah....

Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka...

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...

Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!

Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Aku ulangi,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..

Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang..

Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah…

Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan..

Orang Palestin yang mati di bunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai.

Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka?
Kereta Kebal PAS
Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, atau bendara parti kegemaran, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan lantang dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara yang aman, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?

Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?

Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna. Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas Negera jiran datang menyerang?

Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa.., Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih.., Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka...
Pelancar Roket UMNO
Hentikanlah sikap suka mencari salah orang, dan bercakap keburukan orang, dalam Negara merdeka ini, Marilah kita menyembah Allah dengan cara yang paling layak Allah disembah.

Sekian. Pesan kepada diri sendiri. Semoga mereka yang bertugas di sempadan Sabah, beroleh Rahmat dan Pertolongan Allah, amin..

Ps: Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!