Aug 12, 2009

Apa itu Black Hole?

(Antara Takwa dan Fatwa ada Black Hole)

Katakan pada suatu hari, semua manusia dalam dunia ni berkumpul di satu padang yang besar, sehingga membentuk satu Ijtimak atau Muktamar yang paling besar dalam sejarah manusia pernah di adakan seumpama dengannya, dan maksud perhimpunan itu adalah tak lain tak bukan, hanya dengan satu tujuan sahaja, iaitu untuk menunjukkan taat setia pada Allah…,

Lalu, apa akan jadi?

Maka sedikitpun, darjat Allah tak akan bertambah naik atau kebesaran Allah akan bertambah hebat kononnya dek kerana korang dah insaf, kerana secara hakikat, Allah sudah berada pada darjat yang paling tinggi dan tiada yang tinggi lagi, sama ada korang sembah atau derhaka pada Allah, Allah tetap Maha Hebat , dulu kini dan selamanya.. kita semua kena faham tu!

Ok, aku bagi contoh lain pulak, katakan pada suatu hari, semua raksasa berkumpul untuk mengadakan sebuah perhimpunan raksasa yang paling besar, err, maksud aku, perhimpunan seluruh manusia sehingga mampu membentuk sebuah pakatan rakyat yang besar, atau membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang baru, atau apa sahaja nama lantak koranglah nak taruk, dan maksud perhimpunan itu adalah untuk menunjukkan kepada Allah, bahawa semua pakatan rakyat atau kerajaan persekutuan tadi (atau apa apa saja nama kumpulan korang nak taruk, lantaklah,) lalu berkumpulnya mereka semua dengan satu tujuan yang lain pulak, iaitu untuk Derhaka pada Allah…

Lalu, apa akan jadi?

Maka sedikitpun, darjat Allah tidak akan bertambah turun atau kebesaran Allah akan bertambah lemah kononnya dek kerana korang yang pakat-pakat mendehaka, kerana secara hakikat, Allah tidak perlu langsung kepada sebarang sekutu untuk menjadi bertambah kuat dan sesungguhnya, tiada satupun sekutu yang mampu mudaratkan Allah, langsung tak boleh!! Ketahuilah, tiada satupun yang setara dengaNya! Allah sudah berada pada darjat yang paling tinggi dan tiada yang tinggi lagi, sama ada korang sembah atau derhaka pada Allah, Allah tetap Maha Hebat , dulu kini dan selamanya.. korang dan aku kena faham tu!

Ok, sekarang, aku nak bagi lebih gempak, bagaimana jika perhimpunan raksasa tadi yang korang nak namakan sebagai pakatan rakyat atau kerajaaan persekutuan atau apa sahaja nama lantak koranglah nak taruk, maka apa kata jika perhimpunan itu tadi juga disertai oleh semua bangsa jin dengan tujuan yang sama, iaitu untuk derhaka pada Allah, maka apa akan jadi?

Ok, tak cukup lagi, apa kata jika semua bintanang juga di beri akal dan turut sama dalam perhimpunan itu, lalu apa akan berlaku?

Tak cukup lagi?, aku tambah pulak dengan semua malaikat dari tujuh langit juga terut berkumpul sama manusia dan jin lalu membentuk satu pakatan yang paling besar dalam sejarah cakerawala, dengan tujuan yang sama, iaitu untuk derhaka pada Allah, maka apa akan jadi?

Oh lupa, makluk yang dah lama derhaka pada Allah tak kan tak joint pulak, maka semua iblis dan syaitan juga terut sama hadir bagi menjayakan rangcangan derhaka pada Allah secara besar-besaran..

Sekarang, apa yang akan Allah buat?

Tak payah jawab, mana boleh bercakap waktu khutbah?, habis batal pahala jummaat karang..

Straight to the point, Korang pernah dengar tak kisah seorang Nabi yang dapat berdialog dengan Allah?, lalu tanya soalan macam macam yang dah aku tulis dalam entry “Tanya sama tuhan”.

Baik, ada satu soalan tercicir yang lupa aku nak tulis hari tu jadi aku tulis hari ni,

Soalannya adalah berbunyi begini lebih kurang:-

Wahai Allah, Seandainya semua makhluk ciptaanMu derhaka terdapapMu, iaitu JIbrail, Mikail dan semua malaikat derhaka padaMu, termasuk semua manusia dan jin, termasuk matahari dan alam, apakah yang Kamu akan buat wahai Allah?

Maka jawapannya panjang, dan aku cuba ringkaskan, yang mana Allah berfirman lebih kurang maksudnya, ekoran dari peristiwa menderhakanya semua mahkuk Allah, iaitu manusia, jin, syaitan dan makalaikat, termasuk matahari dan alam, maka Allah akan lepaskan satu ekor binatang yang paling besar dalam sejarah cipatan Allah.

Lebih besar dari brontosaurus, lebih besar dari Godzilla, lebih besar dari Cloverfeild, malahan binatang itu jauh lebih besar dari bumi ini!!

Lalu binatang ini akan muncul dan menelan semua manusia, syaitan, iblis dan jin…, oh ye, aku lupa nama binatang ni, tapi nak mudahkan cerita, oleh sebab binatang ni telan semua benda, aku namakan binatang ini dengan nama “ Si Black Hole”…

Baik, sebelum aku cerita kisah Si Black Hole ini dengan lebih detail, aku nak cerita sikit kisah dalam hadith yang aku ingat-ingat lupa yang mana ada menceritakan akan betapa besarnya Malaikat ciptaan Allah, satu sayap malaikat Jibrail sahaja dah mencakup timur dan barat, sedangkan malaikat jibrail ada 99 pasang sayap, itu belum lagi cerita betapa besar Malaikat Mikael yang bagi rezeki, dan betapa besarnya malaikat Israfel yang meniup angin Sangkakala yang mana di ceritakan malaikat Jibrail dan malaikat Mikael boleh masuk dalam serunai Sangkakala, bayangkan betapa besarnya malaikat Irafel, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Lepas tu ada lagi malaikat yang lebih besar dari malaikat israfel, yang mana waktu Sangkakala ditiupkan, habis semua manusia, jin syaitan dan para malaikat mati, tapi ada malaikat yang tak mati dan langsung tak terjejas mendengar tiupan Sangkala, iaitu lapan malaikat yang memikul Arasy Allah, maka malaikat ini hanya akan mati dengan cara di cabut nyawanya oleh malaikat maut satu persatu, bayangkan betapa besarnya depalan malaikat pemikul Arasy ini, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Dan akhir sekali Malaikat Maut, Malaikat yang paling akhir mati dalam alam ini, yang mana beliau akan mencabut nyawanya sendiri yang mana apabila di cabut nyawanya, maka terdengarlah jeritan suara kesakitan Malaikat Maut di seluruh alam yang mana Frekuensi suaranya adalah lebih kuat dari tiupan Sangkakala yang mana seandainya masih ada makhluk yang tidak terjejas dengan tiupan Sangkakala, maka akan mati jua makhluk itu sebaik sahaja mendengar jeritan Malaikat Maut, bayangkan betapa besarnya malaikat Izrael ini, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Dan Si Black hole ini, dengan pepatah melintah patah membujur lalu, maka terus Si Black Hole akan menelan apa sahaja, bumi, bulan, bintang, matahari dan galaksi dan seluruh cakrewala.., dan Si Black Hole ini menelan malakaikat tadi bukan satu persatu wahai tuan tuan dan puan puan sekalian, tapi Si Black Hole ini akan menelan semua malaikat, jin, syatan, iblis, manusia matahari dan alam hanya dengan satu suapan sahaja!!!

SATU SUAPAN SAHAJA!

Maka takutlah kamu wahai manusia akan kehebatan dan kebesaran Allah!!!

Maka Nabi Musapun menjadi bertambah takut kepada Allah setelah mendengar certa itu, lalu Nabi Musa a.s bertanya lagi,

"Bolehkan aku melihat binatang itu?”

Allah menjawab,
“Kamu tidak akan sanggup melihatnya..”

Nabi Musa a.s kemudian bertanya lagi,

“Di manakah binantang ini di simpan?"

Allah menjawab,
“Aku pelihara binatang ini di salah satu padang-padang ternakkanKu..”

Maka mengelantarlah Nabi kerana takutkan Allah…

*******

Baik, sekarang aku nak cerita sikit akan perbezaan antara TAKWA dan FATWA.., kita tinggalkan sekejap kisah Si Black Hole itu..

Aku tengok akhir zaman ini, ummat islam ramai yang tahu Fatwa tapi tak ramai yang tahu Takwa..

Tanda orang yang tahu Fatwa tapi tak tahu Takwa.., adalah orang yang perasan bagus, Ajub dan rasa dirinya selamat dari Azab Allah..

Puak puak ni jika sibuk dengan urusan dunia sikit, terus lengahkan solat, lepas tu bila kita nasihat mereka, terus dengan yakinnya akan berhujah dari segi Fatwa, contoh:, solat zohor masih sah jika dibuat jam 3 petangpun, atau kalau lapar makan dulu, tak payah pergi solat jemaah sebab ada hadith itu ini begitu begini..

Bro, betullah apa yang kau cakap dari segi fatwa, tapi jika kau bercakap dari segi takwa, maka kau akan menangis jika terpaksa solat lengah lengah, kau akan solat dengan gementar sebab kau dah tinggal sunnah Nabi.. tapi sebab kau perasan bagus, Ajub dan rasa diri kau selamat dari Azab Allah.. maka selamba kau tinggal solat jemaah tanpa sedih sedikitpun, selamba kau solat lengah-lengah macam solat tu tak sepenting basuh tahi di punggung kau, sebab kau mana pernah lengah lengah basuh tahik lepas berak bukan? Yang mana jika lepas berak air takde, kau akan usaha jugak cari air atau tisu, tapi solat kau selamba lengah dengan alasan badan berpeluh, nak makan, nak tegok TV jap, tak ke bangang?!

Maka, janganlah jadi Mat Fatwa, tapi jadilah hamba ALLAH yang bertakwa, takut dan harap kepada Allah, kalau korang nak tahu, sahabat nabi jika tertinggal takbir pertama bersama imam, dah menangis, tapi korang bukan tertinggal takbir pertama, kalau zohor seratus rakkat, takbir ke 99pun korang tertinggal, tapi masih perasan bagus, Ajub dan rasa diri kau selamat dari Azab Allah.. lalu bagi Fatwa solat jam 4 petangpun sah, tak ke hampeh?

Itu baru bab solat, bab lainpun korang akan selamba meninggalkan sunnah buat bidaah, dan lepas tu berfatwa konon apa yang kau buat tu Allah redha, sedangkan jika kau orang bertakwa, kau akan sedih meninggalkan sunnah nabi dan akan bertaubat atas setiap bidaah yang kau buat..

Bila orang ajak keluar berdakwah, korang akan bagi alasan nak jaga anak bini, atau ada kerja banyak sebab kerjapun ibadat, lalu kau menyindir pulak para pendakwah sebab korang perasan bagus, Ajub dan rasa diri korang selamat dari Azab Allah.. padahal zaman Nabi memang betul ada orang yang tak dapat keluar jalan Allah sebab mak sakit atau ada keuzuran, tapi hati mereka pecah menangis kerana tak dapat bersama nabi, sebab mereka ada takwa, tapi korang yang ada fatwa, selamba tinggalkan kerja dakwah sebab nak jaga isteri kerana ada hadith jaga isteri bla bla bla.., sedangkan jika korang benar benar bertakwa, korang akan menangis takut kepada Allah, dan cari kesalahan diri akan apa sebabnya aku tak terpilih untuk keluar di jalan Allah, bukan perasan bagus, dan rasa selamat dari Azab Allah, lalu layan Astro kat rumah.., tak ke hampeh?

Bila masuk bab couple dan aurat pun sama, korang berhujah bab fatwa, sekarang akhir zaman, itu ini begitu begini, tapi cuba korang berhujjah dengan fatwa, takdenya korang nak rasa aman dari azab Allah, wanita yang terbaik bukan setakat lelaki tak dapat lihat dia (sebab aurat tutup) tapi diapun tak dapat llihat lelaki,.. (sebab menutup pandangannya) faham tak?

Bila masuk bab politik pulak, korang selamba mengumpat atau nak menyedapkan cerita tokok tambah sikit supaya pihak yang satu lagi malu dan maruahnya jatuh, kalau aku tegur kau terus korang akan bagi fatwa, boleh mengumpat pempimpin, boleh kita berstrategi, bla bla bla..

Staretegi kepala hotak kau!, kalau korang orang yang bertakwa, korang akan takut dengan azab Allah, dan korang akan takut dengan setiap patah perkataan yang kau tuturkan, korang akan bertaubat kerana kafirkan orang, tapi yelah, dah kau Mat Fatwa yang perasan bagus dan rasa diri selamat dari Azab Allah.., siapa lagi yang layak nasihat kau?

Aku tahu korang suka majlis Fatwa, seperti berusrah cari ayat quran untuk fatwakan apa yang korang buat itu betul sambil perasan bagus, atau berseminar cari fatwa untuk relevenkan bidaah, atau berdebat atau berceramah cari hujjah yang sesuai dengan nafsu, atau tulis blog kutuk orang sana sini, semua tu best sebab tidak banyak memerlukan pengorbanan…, tapi takwa tidak akan dapat melalui jalan yang mudah..

Untuk dapat Takwa, carilah KEKURANGAN pada amalan yang telah di buat, kekurangan dalam ikhlas, kekurangan dalam tawajjuh kepada Allah, kekurangan dalam kekhusyukkan solat, kekurangan dalam menjaga adab dan Sunnah Nabi SAW…

Sahabatku!

Gembira dan selesa dengan amalan yang telah di buat tanpa meneliti kekurangannya adalah seperti seorang musafir yang berjalan ke suatu tempat, tetapi sebelum sampai ia telah gembira melihat ke belakang semata mata kerana telah jauh berjalan, padahal hakikatnya, perjalanan masih jauh lagi, maka carilah kekurangan dalam amalan yang telah di buat. Fikirkanlah cara untuk membaiki dan mengganti kekurangan amalan agar dapat di sempurnakan pada masa akan datang.., itulah jalan Takwa!

Sibuk dalam suatu kerja sudah tentu akan meninggalkan kesibukkan untuk kerja yang lain. Maksudnya apabila sibuk dalam suatu pekerjaan sudah tentu akan mengabaikan kerja-kerja yang lain. Semakin sibuk seorang dalam sesuatu kerja maka semakin tipis kesempatan untuk buat kerja lain...

Sebagai contoh, Bila korang sibuk kerja cari duit nak bayar hutang kereta dan rumah, maka banyak sunnah Nabi yang terabai, solat jemaah di tinggalkan, masjid jadi kosong, orang maksiat tidak di dakwah, orang jahil ugama tidak di ajar mengenal akhirat.., atau contoh lain, Bila korang sibuk nak tegakkan negara islam, maka banyak juga sunnah Nabi yang terabai, pertama korang dah berjuang guna sistem majoriti, lepas tu maki orang sana sini, jika dulu Nabi pesan alihkan kayu di tangah jalan sebagai tanda selemah lemah iman, tapi sekarang korang dah sesekkan jalan raya sesak sebab banyak buat demontrasi.., dah nyusahkan orang dan peniaga..

Maka untuk itu, Syariat mengajarkan bahawa setelah selesai suatu pekerjaan yang ‘baik’, hendaklah di akhiri dengan istighfar., rahsianya mungkin ketika sedang sibuk dengan suatu kerja maka pada masa itu kita tidak dapat membuat kerja baik yang lain. Ketika hati dan fikiran tertumpu kepada sesuatu pekerjaan maka hak kerja lain tidak lagi dapat di perhatikan. Oleh itu, setiap islam harus beristighfar ketika beramal dan sesudah beramal sebagai kewajipan diri sendiri.

Lepas solapun kita kena beristigfar apatah lagi lepas buat benda yang Nabi tak buat!

Baru datang sifat takwa.., dan bila ada takwa, baru layak buat fatwa, bak kata satu riwayat:- "Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri".

Maka, Hati ini akan jadi mufti yang betul, dan bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka dengan sifat takwa, kerana sifat Nifak dan sifat munafik iaitu ajub dan perasaam aman dari azab Allah, adalah kebutaan pada hati. Bila hati buta, fatwa tidak berguna lagi..oh!

Maka, bertaubatlah dengan penuh perasaan takwa, dan andai kata korang rasa diri tak bersalahpun, masih juga kena beristigfar dalam setiap amalan sunnah kerana masih banyak kekurangan, semua tahu sudah, lalu untuk bidaah, lagi banyak kena beristigfarlah walaupun ‘bidaah hasanah’…

Takutlah Allah, bertakwalah..

Dan tanda korang betul betul takut pada Allah, sampai satu tahap, korang sanggup jika tidak menjadi manusia kerana takutnya hari penghisaban..

Aisyah isteri Nabi kerana takutkan Allah, pernah berkata:


“Alangkah baik sekiranya aku sebatang pokok, maka aku akan sibuk bertasbih dan bebas daripada sebarang penghisaban di akhirat nanti..”


Ada jugak beliau berkata:-


“Alangkah bagusnya jika saya seketul batu,”

“Alangkah baiknya jika saya sehelai daun,”

“Alangkah baiknya jika saya sehelai rumput,”


Hazrat Umar r.a kerana takutkan Allah pula, pernah berkata:


“Alangkah baiknya jika saya sehelai jerami,”

“Alangkah baiknya jika saya tidak di lahirkan oleh ibuku..,!!”


Hazrat Abu Bakar r.a yang telah di jamin shurga, lelaki paling afdal selepas para Nabi a.s, namun kerana takutkan Allah pula pernah berkata:


“Alangkah baiknya jika aku sebatang pokok yang di tebang..”

“Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang di makan lembu..”

“Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan orang Mukmin..”


Pada suatu ketika yang lain, ketika Abu bakar R.A masuk ke kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk, beliau menghela nafas keluhan yang panjang lalu berkata:


“Betapa gembiranya hidupmu wahai binatang, kamu makan dan kamu minum, kamu ke sana ke mari di bawah naungan pokok-pokok, dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisabanpun ke atasmu. Alangkah baiknya jika Abu Bakar seperti kamu.."

Nampaknya orang yang bertakwa pada zaman dahulu, kerana takutkan Allah, sanggup menjadi binatang asal sahaja tidak di hisab.., tapi kita hari ni takutkan Allah ada rasa takut sampai tahap nak jadi pokok, daun atau binatang?

Sebaliknya korang hari ni dah jadi binatang bukan sebab takut pada Allah, tapi jadi binatang sebab tak takut pada Allah, apa yang binatang buat, itulah yang korang buat, binatang cari rezeki, korangpun cari rezeki, binatang kahwin korangpun kahwin, binatang tak pergi masjid, korangpun tak pergi masjid, binatang tak puasa, korangpun tak puasa, binatang tak berdakwah, korangpun sama, lepas tu angan angan dapat kuasa macam binatang, nak cegah mungkar macam spiderman, batman, keluangman dan cicakman..,

Tak cukup lagi, korang berdoa pulak nak jadi binatang, mintak panjang umur macam kura kura, boleh hidup sampai 200 tahun!, lepas tu doa nak rezeki banyak macam gajah, kalau boleh nak makan1 tan seharĂ­ macam gajah, lepas tu doa nak rumah besar, pergilah duduk zoo, rumah besar, makan free, ha ha!

Lepas tu pulak belajar ilmu hitam supaya boleh terbang macam burung, boleh berjalan atas air macam labah labah, atau boleh menyelam lama lama macam katak!!

Semua nak jadi binatang!

Tapi kat akhirat tengok kambing A yang tanduk kambing B di bangkitkan dan Allah perintah kambing B yang di tanduk supaya tanduk balik kambing A, lepas tu binatang jadi tanah buat selamanya.., maka waktu tu korang sebagai manusia A yang ‘tanduk’ manusia B di juga bangkitkan, tapi korang bukan kena hisab macam kambing tadi, korang kena azab kaw kawa punya, ada yang selama-lamanya, masa tu baru mintak nak jadi binatang balik, sebab nak jadi tanah macam kambing tadi, mana boleh beb!

Kalau nak jadi binatang, jadilah binatang kerana takutkan Allah, bukan kerana tak takut pada Allah, macam Saidina Abu Bakar Ra yang takut pada Allah sehingga sanggup jika beliau hanya menjadi seekor burung..

Ini bukan soal tak bersyukur, itu bab fatwa, tapi ini soal takwa, apa lagi nak di kata?

Banyak benda aku nak tulis tapi korang faham-fahamlah sendiri, kalau korang rasa korang ada sifat perasan bagus dan rasa diri selamat dari Azab Allah.., maka bertaubatlah, berhenti kafirkan orang, ‘islamkan balik’ mereka yang dah korang kafirkan dengan amar makruf kepada mereka,

Eh?!, apsal pulak aku dah jadi macam mat fatwa pulak, dah berjangkit ke?.., baiklah, apa-apapun, aku bukan baik sangat, masih banyak yang aku kena buat untuk dapat takwa, aku kena istigfar lepas tulis setiap entry.., dan aku kena wujudkan perasaan takut, sehingga satu tahap aku kena cemburu melihat binatang yang hidup bebas tanpa takut hari pembalasan..

Oh, aku cuba takut pada ALLAH, oh, alangkah baiknya jika aku menjadi seperti Si Black Hole yang menelan apa sahaja, tanpa perlu risau hari akhirat, bolehlah aku telah korang semua!

Woha!

Ps: Dari segi Fatwa, tak boleh berkeinginan untuk jadi binatang, tapi dari segi Takwa, itu takpe.., semua dah faham aku rasa, tak faham, cuba tanya 'Si Black Hole', Aum!

(Rasa kenyang semacam pulak, brrrp… (sendawa), istigfar.., kena banyak istigfar..)

Aug 5, 2009

Tak cegah Mungkar itu sesat?

(Tanya sama abang keretamayat err, jawapan dalam bentuk Sains dan metamatik sempena PPSMI yang masih belum dimansuhkan sepenuhnya, err, apa-apalah…)

Soalan dari korang..

Assalamulaikum,

Saudara Hamka keretamayat, baru-baru ni saudara menulis tentang ijtimak Tabligh di Nilai, dan dari tulisan saudara, didapati saudara menyokong mereka atau saudara mungkin ahli persatuan mereka walaupun saudara sering menafikannya. Pada mulanya, saya teringin juga menyertai mereka tetapi dalam banyak ceramah yang saya dengar, Tabligh adalah ‘sesat’ kerana tidak mencegah mungkar, sedangkan Al quran perintah mencegah mungkar, tapi gerakkan tabligh hanya amal makruf sahaja, apa pendapat saudara?

******

Wailaikumusallam.

Aku tak pernah isi borang masuk gerakkan kumpulan ‘tabligh’ atau isi boring Umno dan Pas juga yang semakna dengannya, sebab tu aku menafikan aku adalah ahli-ahli mereka, apa-apapun, merujuk soalan kau, sebenarnya, aku pernah jugak di beri link youtube akan ceramah dari sorang ustaz yang kutuk gerakan dakwah pasal tak mencegah mungkar kononnya.., dan aku telah di suruh ulas berdasarkan ulasan ustaz dalam youtube tu, tapi aku malas nak komen, karang jadi aib pulak ustaz dalam link tu, sehinggalah semalam kat kedai kopi, ada orang ungkit lagi pasal benda ni, kata aku sesat sebab tak mencegah mungkar, lalu aku tanya dia balik: “Bila kali terakhir kau mencegah mungkar?”

Dia tak jawab soalan aku hingga habis segelas teh tarik aku..

Ok!, takde kena mengena, tapi sebelum tu, Aku ingatkan kau, aku bukan ustaz, dan jawapan aku camni;-

Aku percaya, orang yang mengajak kepada kebaikkan juga pada masa yang sama sedang mencegah kemungkaran, bagaimana ini terjadi?

Ok, oleh kerana PSMI masih belum di mansuhkan sepenuhnya, aku akan tulis tentang bagaimana mencegah mungkar mengikut teori sains dalam BI..

For you information, when darkness appear in our life, what should we do? How could we remove darkness from our life?, If we assume the darkness is something bad, for this case, like a Mungkar, so we need to prevent the mungkar, so how could we remove the darkness?, Maybe you want to use your hand, by taking a baseball bat or whatever and swing it in the darkness and yell: “Darkness get the hell out of here, f**k off from my life!!,”

Imagine we can do that? It is logically a stupid action, idiot, dumb, harmpeh, etc.. so if we still have a brain to think carefully , what we should do is by doing opposite of what idiot did before, just bring the light, because only light could the clear the darkness, more light, more darkness will disappears, it is same like dakwah, if we only do nahi mungkar without amal makruf, so the darkness cannot be removed, it is the same thing happened to kafir superhero, that’s why after Batman Return the movie with penguin as villains, and Batman Forever the movie with Two Face as villains, but there are still Batman Begin and the latest: Dark knight with Joker!!, Why violent person never end? because kafir superhero do not perform amal maaruf, they only perform nahi mungkar, so the series will continues because they have so many villains, and the Hollywood can make more money just because the superhero do not teach the villains about solat, and you pay about that?!.. end!

Ok, faham tak konsep mencegah mungkar mengikut teori sains, alahai, korangkan terer English.., tapi takpe, bagi mereka yang tak pandai English dan tak sabar nak belajar matematik dalam bahasa ibunda, maka.., aku akan terangkan pulak guna konsep matematik dalam BM akan teknik mencegah mungkar mengikut jawapan matematik..

Mari kita rujuk buku teks matematik SPM 2006.

Bukak muka surat..arghh..tak ingat.. cuba korang jari tajuk PENAALUKAN MANTIK,

Ok, Dalam matematik, kita akan belajar ilmu “kebarangkalian” atau ilmu “penaalukan” seperti berikut:-..

Secara asasnya, korang akan di beri dua premis dan berdasarkan premis tadi korang akan dapat membuat kesimpulan:

Sebagai contoh, katakan Premis 1 = Segitiga mempunyai sudut tegak
Manakala, Premis 2 = PQR ialah sebuah segi tiga bersudut tegak

Maka, kesimpulannya dari dua premis tadi, jawapan yang kita cari adalah : Segi tiga PQR mempunyai sudut tegak

Faham tak ?

Contoh lain:

Premis 1 : Semua nombor kuasa 2 adalah nombor positif
Premis 2 : (-25)^2 ialah nombor kuasa dua
Kesimpulan : (-25)^2 ialah nombor positif

Jadi jika korang nak paham tentang golongan yang tak cegah mungkar nie.. tengok contoh di bawah:
Contoh panaalukan:
Premis satu: Hamka ajak korang solat
Premis dua: Solat mencegah kemungkaran
Kesimpulan: Hamka mencegah kemungkaran….!

Kan??

Itulah yang aku maksudkan bahawa orang yang mengajak kepada kebaikkan juga, pada masa yang sama sedang mencegah kemungkaran,

Korang paham tak nie?!

Ok, abaikan jawapan di atas, aku cuba serius sikit kali ni.., sekarang aku akan bagi jawapan dalam bentuk ugama pula.., insyAllah..

Sebenarnya, jika korang bukak kitab tafsir Ibnu Abbas r.a iaitu seorang sahabat nabi yang terkemuka, dan jika baca tafsir dalam kitab tu tentang apa maksud Nahi mungkar, maka korang akan faham insyAllah akan kehendak Allah di sebalik kerja Nahi Mungkar.., aku tulis sikit, Dalam Al quran, apabila ada perintah amal Maaruf (ajak kepada kebaikkan) maka di belakang ayat itu ada perkataan “Nahi mungkar” (dan mencegah mungkar), tafsir Ibnu Abbas r.a akan maksud amal makruf yang Nabi Muhammad SAW buat adalah, mentauhidkan Allah dan mengajak mereka kepada Sunnah, manakala maksud Nahi mungkar adalah, mencegah manusia dari syirik, maka dalam menyempurnakan kerja ini, Allah tulis ayat Al quran menggunakan perkataan “dan”, (wau) bukan “atau (au), yang mana maksud ayat Al quran bila ada “dan” maka semua kena buat, amal makruf dan cegah mungkar sekali..

Semua tahu sudah, mencegah mungkar dalam hati adalah selemah lemah iman, ada hadith bab ni, bermakna kita tak boleh kata orang yang tak mencegah mungkar itu tak mencegah, sebab mungkin mereka mencegah dalam hati, kita mana tahu hati orangkan?

Sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan, nabi tak cakap pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman, tapi Nabi suruh sampaikan walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?

Bermakna di sini, jika orang yang kita tak tahu apa ada dalam hati mereka tapi kelihatan mereka tak mencegah mungkar itu di tuduh ‘sesat’ kononnya, bagaimana pula orang yang terang terang mencegah orang yang nak amal makruf?

Aku ulangi, Bagaimana pula orang yang terang terang mencegah orang yang nak menyeru kepada kebaikkan?

Lagi sejuta kali sesat sebab hanya syaitan yang tak suka kepada orang yang nak menyeru kepada kebaikkan! Hanya Syaitan!!

Oleh sebab itu, jika seorang ustaz dalam ceramah menghalang orang ramai dari mengikut orang yang mengajak kepada kebaikkan, maka menjadi perkara yang merbahaya kepada ustaz itu, kenapa nak halang orang dari ikut mereka yang menyeru kepada kebaikkan, bukankah perbuatan itu merugikan ummat islam? Ini bahaya! Kata kata ustaz yang tak faham ugama menuduh sesat kepada mereka yang menyeru kepada kebaikkan; takut akan timbul salah faham di kalangan ummat, (dah timbul pun!) yang mana dah ada orang yang tak nak buat usaha ajak kepada kebaikkan sebab ustaz cakap ajak kebaikkan sahaja jadi sesat, bahaya ni,.., jangan ikut perangai syaitan, jangan jadi seperti pulut dan santan yang mana, kerana pulut santan binasa, kerana mulut, pulut habis!!!

Baik, aku ambik teknik mencegah mungakr daro sudut yang lain, sekarang jika rujuk Kenyataan Allah dalam Al-Quran, maka terdapat firman Allah:

" sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "[Al-Ankabut 29:45]


Maka dari ayat ini, fahamlah bahawa solatlah yang mencegah keji dan mungkar, maka sekiranya aku mengajak kamu bersolat, maka pada masa yang sama aku juga sedang mencegah mungkar.. ni kira dua dalam satu.., maka tolonglah jangan jadi bodoh bangang dengan beranggapan bahawa orang yang mengajak orang bersolat itu tidak mencegah mungkar konon, tak sekolah ke?

Jadi, jika kita tengok orang tak solat, lalu kita nak cegah mungkar mereka bagaimana? Bakar rumah mereka? Pukul mereka? Tidak, Nabi tak ajar macam tu, kita hanya perlu ajak dan pujuk rayu dengan kasih dan sayang agar mereka bersolat.., itulah maksud amal makruf sedang dalam hati kita benci dengan maksiat mereka yang mana disitu juga wujud nahi mungkar.., faham tak? dan bila ajak baik dengan hikmah..automatik amalan baik tadi mencegah mungkar..mengerti?!

Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid dan mula kencing di satu sudut Masjid. Para Sahabat RA segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.

Kemudian Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi di dalam Masjid.

Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi melaksanakan tugas Nahi anil munkar.

Begitu jugak kisah orang buta yang hina Nabi waktu Nabi suap makanan ke mulutnya yang dah aku tulis dalam entry ijtimak yang lepas..

Begitu jugak kisah Nabi memaafkan Hindun dan Washi yang membunuh dan melapah mayat bapa saudaranya..

Begitu jugak kisah Nabi mencegah mungkar terhadap si Kafir Quraish yang menyebah berhala, tapi Nabi tak pecahkanpun berhala, Nabi hanya seru mereka pada mentauhidkan Allah dan ‘memecahkan’ berhala itu dari hati hati mereka..

Betul.., ada Nabi yang mencegah mungkar dengan memecahkan berhala, Nabi Ibrahim namanya, tapi di hari akhirat, beliau menyesal akan perbuatan itu..

Ada banyak lagi contoh dalam Al quran dan hadith akan sejarah dan panduan bagi kita melihat bagaimana para nabi dan Sahabat mencegah mungkar..,

Maka, kepada korang yang dah terpercaya cakap ustaz tu, beristigfarlah, dan ikutlah mereka yang tak mintak upah, demikan bunyi ayat dalam surah yassin..

Dalam Al quranpun ada ayat yang suruh korang dan aku supaya ikut orang yang menyeru kepada kebaikkan, dan binasalah siapa yang menentangnya...

Tapi jika kita ada kuasa, seperti seorang pemimpin, atau seorang suami atau seorang ayah, kita boleh hukum orang di bawah kita, tak berdosa tapi cara berdakwah yang Nabi tunjuk itu yang terbaik.. seperti dakwah dulu kepada yang murtad, dakwah dulu sebelum perang dan ikat tawanan perang di masjid dan sebagainya..

Jangan pulak bila ada kuasa, terus korang mencegah mungkar sambil perasan bagus seperti superhero kafir yang mati masuk neraka, tak caya cuba rujuk superman yang mencegah mungkar sambil memakai pakaian ketat dan spender merah kat luar, sejak dari Smallville lagi si kafir ini mencegah mungkar, tapi orang jahat makin ramai, tu yang muncul Superman Return! atau Spiderman dan Green Gobbin, Sandman, Viper, Dr octopus.., juga Decepticon dan lain lain..

Tengok, setiap kali superhero kafir mencegah mungkar, orang jahat baru yang muncul lebih canggih dan kejam, dan orang jahat lama akan upgrade pulak sejata dan lawan superhero kafir sehingga ada superhero kafir yang mati masuk neraka, kasihan, dah lah hidup cegah mungkar siang malam, lepas tu mati masuk surat khabar muka depan dan masuk neraka, tak ke naya?

Tak pernah ke si superhero ni terfikir kenapa siang malam cegah mungkar tapi jenayah tak habis habis?

Atau korang yang menyokong puak puak yang cegah mungkar tapi sampai la ni orang jahat makin ramai, penjara makin besar, kenapa?

Jawapannya simple sahaja,

Orang buat jahat sebab tak takut kat Tuhan..!, dan bila tak takut kat tuhan, maka tak sembahyang, bila tak sembahyang maka senang buat maksiat sebab sembahyanglah yang mencegah mungkar!

Sesungguhnya, Solat akulah yang mampu mencegah maksiat aku, dan solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka, begitu jugak orang perempuan, solat merekalah yang mampu mencegah mereka dari bukak aurat..

Kerana itu Nabi tekankan sangat bab solat, dan kita di galakkan untuk ajak manusia kepada solat..

Boleh, insyAllah?!

Akhir kata, ikutlah mereka yang mengajak kepada kebaikkan, dan jangan sekali kali korang menjadi golongan yang mencegah orang yang nak amal makruf…

Aku sayang korang.., I love u all, insyALLAH, aku akan ikut korang ‘cegah mungkar’ dengan tangan melalui pangkah undi 5 tahun sekali!

Woha!

Ps: Negara Malaysia huru hara bukan salah kerajaan sahaja, tapi salah Pembakang yang tak buat kerja betul-betul..,tengok!, masjid pembakangpun masih banyak yang kosong, dah! Pergi buat kerja betul betul!

Jul 28, 2009

Bagaimana menguasai dunia?

(Kenapa aku sokong poligami, dan bagaimana menjadikan kuantiti berkualiti.)

Dah lama hidup, berpeluanglah aku menjadi saksi dalam majlis perkahwinan orang yang berpoligami, macam-macam hal (geleng kepala sambil tersenyum)

Ok, dipendekkan cerita, kawan aku nak kahwin dua, maka disuruhnya aku menjadi saksi kat Mahkamah Syariah sebab mengikut undang undang Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu, siapa nak kahwin dua, kena masuk mahkamah dulu, bicara dulu, bawak diri, bawak bakal isteri, Wali isteri, dan jugak bawak 2 orang saksi, termasuk IC, lepas tu interview sikit, dan jika pihak hakim puas hati dengan keterangan dari bakal isteri, Wali dan dua orang saksi tadi, barulah Hakim Syarei akan meluluskan permohanan kahwin poligami dan dapatlah kawan aku tu kahwin dua, tiga dan empat. Lantaklah…

Dipendekkan cerita, akupun pergi mahkamah Syariah sebagai saksi kawan aku tu, tapi tak boleh masuk sebab pakai selipar, (apa punya kampong aku daa..), maka terpaksalah aku pinjam kasut dari satu orang brader kat situ..

Lepas bakal Isteri dan Wali bakal isteri kawan aku bagi keterangan masing-masing yang menyokong perkahwinan ini, dan lepas soal jawab dan pihak hakim nampak macam puas hati tapi masih sikit lagi tak puas hati, maka tibalah giliran aku sebagai saksi pulak dipanggil untuk beri keterangan bagi menambah sokongan..

Lalu aku dan sorang lagi member aku yang menjadi saksi ‘tertuduh’, pergilah mengadap hakim dengan kasut pinjam tadi..

Terus Hakim ni tanya:

“kamu berdua sokong ke Hamba Allah ni kahwin lagi satu?"

Terus kami angguk kepala dan berkata, “Sokong! Sokong!”

“Kenapa sokong?”

Tanya Hakim tu..

* * *

Ok, di sini ada dua jawapan, satu dari aku dan satu lagi dari member aku yang juga jadi saksi, kita pergi satu satu:

Jawapan dari aku:

Tuan Hakim, saya menyokong perkahwinan ini kerana, jika kita rujuk sejarah dunia berkenaan dua ugama terbesar yang mana ugama kristian jika di hintung umurnya berdasarkan tahun masihi, iaitu 2009 tolak hari lahir Nabi Isa Alahisalam, maka ketahulah kita bahawa umur ugama kristian dah mencecah lebih 2000 tahun bertapak di atas muka bumi yang fana ini,

Manakala, ugama islam pula, jika di kira dari tahun Nabi berhijrah iaitu 1430 tahun yang lalu sebagai rujukan, (sambil seluk poket keluarkan handphone dan cari menu kalkulator) di sini bermakna dari segi matematiknya, 2009 tolak 1430 maka jawapan adalah 579 tahun beza ugama kita dengan ugama kristian, senang cerita 500 tahun beza..

Ok, dari fakta ini, secara logiknya, sewaktu perang badar berlaku iaitu selepas 13 tahun dakwah di Mekah, orang islam tak ramai, yang sertai perang hanya 313 orang, sedangkan waktu itu penganut ugama kristian adalah begitu ramai, seluruh dunia penuh dengan orang yang berugama kristian, logic sebab ugama mereka awal 500 tahun.

Tapi di zaman pemerintahan saidina Umar al Khatab, iaitu kira kira 20 tahun sahaja selepas tahun hijrah, dunia ini telah diperintah oleh orang islam, iaitu hampir dua pertiga ummat islam ada di seluruh dunia, bayangkanlah walaupun ugama kristian 500 tahun lebih awal bertapak di atas muka bumi yang fana ini, manakala ugama islam baru 20 tahun, saya ulangi: 20 TAHUN! tapi ummat islam telah begitu ramai dalam dunia ini,

Baru 20 tahun!, tapi ummat islam telah begitu ramai dalam dunia pada waktu itu!!, kalah ugama kristian yang dah lama 500 tahun lebih awal bertapak di atas muka bumi yang fana ini.

Tuan Hakim tahu kenapa?

Kerana Paderi kristian tak kahwin, pendakwah kristian juga tak kahwin!,

Tapi ummat islam, para pendakwah kahwin lebih dari satu! Jarang yang kahwin dua, banyak yang tiga, lagi banyak yang kahwin empat!!!

Nabi pulak galakkan sahabat tambahkan ummat, melalui dua cara, satu: dakwah, iaitu ajak orang kafir masuk islam, manakala satu lagi: POLIGAMI, kahwin banyak!, dan dapat anak banyak, atau kahwin dengan Mu’alaf yang dah ada anak kecik, automatic anak kecik tu masuk islam.., tak gitu tuan Hakim?

Tapi tuan Hakim,

Sayang seribu kali sayang, selepas 1400 tahun kemudian,menurut Michae H. Hart, pengarang buku “100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam sejarah manusia.”
yang mana beliau, Michae H. Hart, telah buat kajian pada tokoh-tokoh dunia dan bersetuju mengatakan Nabi Muhammad adalah tokoh yang tiada tolok banding, tapi menurut beliau dalam bukunya, orang kristian pada tahun 1974 adalah lebih ramai dari ummat islam, pelik?, paderi mereka tak kahwin sedang ustaz ulamak kita semua kahwin, tapi kenapa selepas 1400 tahun, mereka orang kafir lebih ramai?..

Jawapannya adalah kerana Ummat islam ramai yang tak buat dakwah, dan ummat islam juga ramai yang tak berpoligami, bak kata P ramlee, sedikit-sedikit sahaja yang kahwin empat..

Maka kerana itulah saya menyokong kawan saya ni kahwin lagi satu dalam usaha menguasai dunia dengan lebih cepat dan tepat, lagipun dia ni juga aktif berdakwah, elok sangatlah tu! maka pekej ‘menguasai’ dunia itu amat sesuai sangat, Dakwah dan Poligami!, jadi saya sokong beliau berkahwin 100 peratus!

Sokong!

*******

Ok, hujah itu adalah dari aku seorang yang bukan ustaz, jangan serius sangat, err, kat mana tadi? Ok, sambung balik, sekarang, dah penat membebel,: korang tahu apa reaksi hakim bila aku bagi jawapan dalam bentuk presentation macam tu?

Tak ada sebarang reaksi sebab semua tu hanya dalam minda aku, aku dah susun ayat dan babak tadi, tapi belum sempat aku menzahirkan apa yang ada dalam benak kepala, tiba tiba saksi yang satu lagi yang merangkap saksi nombor dua dah jawab dulu dah!!.

Jawapan dari saksi nombor 2

“Saya sokong sebab saya rasa dia mampu”

“Mampu?” soal hakim lalu menyambung kata-katanya:

“Dia gaji kecik, anak dah lima, macam mana nak kahwin lagi satu?”

“Dia mampu dari segi ilmu”


Terus hakim tu senyum bila dengar jawapan camtu. dan tanpa banyak cakap, terus keluarkan tarikh perkahwinan…

Sekian.

Hampeh, tak sempat aku nak berkata-kata, Hakim tu dah setuju dan tutup kes, tapi takpelah.., sebab maksud dah tercapai.

Selamat pengantin re-new!

Ps: Jangan lupa pakai kasut bila masuk mahkamah!

Jul 22, 2009

Apa ada pada Ijtimak?

(Hamka, tulislah sikit pasal ijtimak, kata korang yang buat aku kata: yelah, aku tulislah ni, lalu jari menari di keyboard, Chewah..., gaya laksana seorang blogger yang perasan blognya ramai orang baca-apa-apalah!)

Satu hari tu, di zaman kubur Nabi masih merah tanahnya, bertanyalah Abu Bakar Ra kepada anaknya merangkap isteri nabi iaitu Aisyah R.aha. akan soalan:

“Sunnah Nabi yang manakah lagi yang ayah belum amal?”

Perghh, dahsyat, soalan tahap tinggi macam ni memang sesuai sekali di tanya oleh orang macam Abu Bakar Ra, lantas Aiyah terpaksa termenung panjang fikir dalam dalam akan apa Sunnah Nabi yang ayah dia belum amal, susah jugak nak jawab soalan camni, sebab Abu Bakar dah ikut semua Sunnah Nabi, sekarang nak check, kot kot ada sunnah yang tertinggal…

Hmmm, aku pulak yang termenung panjang, bukan apa, Cuba korang bandingkan dengan ustaz ulamak zaman sekarang, dan cuba yanya mereka soalan yang sama, iaitu:

“Sunnah Nabi yang manakah lagi yang Ustaz belum amal?”

Tak payah aku fikir panjang, zasss, terus aku bagi jawapan, janggut takde, misaim melintang, seluar labuh cecah lantai, serban takde ekor, mata tak bercelak, makan pakai sudu, solat berjemaah tak istiqamah, masuk tandas tak tutup kepala, dakwah rumah ke rumah tak buat, takut iktikaf di masjid, kayu sugi rasa jijik, arghhh, banyak lagi ler.., korang fikirlah sendiri.. itu baru Tanya ustaz, cuba Tanya aku, lagi teruk.. hampeh!

Sambung balik, maka Aisyah r.aha bagitahu ada satu sahaja sunnah Nabi yang ayah belum amal (satu jer! perghh) iaitu, Nabi sebelum subuh, akan bagi makan pada satu orang tua yahudi buta dihujung kampong…

Maka bertolaklah Abu Bakar RA ke hujung kampong dengan niat nak ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, waktu bagi makan, orang tua yahudi buta tu Tanya, lebih kurang cerita:

“anak ni siapa?”

Jawab Abu Bakar: “orang sama” sebab Abu Bakar takut jika orang tu tahu orang lain yang suap makanan nanti panjang cerita pulak, tapi orang tua tu dah tahu rupanya, lalu jawab:

“kau bukan orang yang sama”

Pelik bagi Abu Bakar, camna pakcik ni tahu aku bukan orang yang sama?, lalu Abu bakar RA tanya pakcik tu camne pakcik boleh tahu eden ni bokan orang yang samo? Lalu menjawablah soalan akan pakcik tu dengan satu jawapan yang buat Abu Bakar RA menangis..

Kata pakcik tua yahudi buta tu:

“Orang dulu, dihancurkan dulu makanan sebelum suap, ni kau suap seketul macam tu, dah tentu engkau bukan orang yang sama..”

Menangisnya Abu Bakar kerena belum berjaya ikut Sunnah nabi 100%, dan mengakulah Abu bakar bahawa beliau adalah khalifah islam yang baru, orang yang suap makanan kat Pakcik dulu tu adalah Nabi Muhammad SAW…

Menangislah pulak pakcik tu terkejut dengar jawapan Abu bakar RA lalu terbongkarlah segala cerita yang mana menurut pakcik tu waktu orang dulu sedang suap makanan, beliau selalu caci Nabi Muhammad sebagai gila dan sesat lalu menasihati ‘orang dulu’ supaya jangan ikut Nabi Muhammad SAW padahal orang yang di caci itulah yang menyuapnya makanan sampai pakcik tu kenyang dan dampai orang dulu tu wafat..

Maka di waktu dan ketika itu juga, terus pakcik Yahudi buta tu mengucap dua kalimah syahadah dan terus masuk islam..

Moral of the story, dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat..

Aku ulangi:
Dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat..

Habis sampai situ..

*****

Sekarang aku nak tanya pada korang semua, akan sunnah Nabi manakah lagi yang korang belum amal?

Jawab, jangan tak jawab!

Ada banyak! Tak perlu aku tulis kat sini, korang jawab sendiri waktu nak tidur karang, sekarang, aku nak tulis satu sahaja Sunnah nabi yang besar yang kita tak buat sebab tak perasan iaitu:-

Kumpul semua ummat islam di satu padang dan bagi khutbah serta kerja ugama!

Susah nak cakap, perkara ni berlaku di saat akhir sebelum wafatnya Rasulullah SAW, berlaku di Pasang Arafah, semua sahabat berkumpul, khemah khemah didirikan, dan Nabi bagi khutbah terakhir kepada 124 ribu para sahabat, ada riwayat 144 ribu..
Lalu bertebaran para sahabat ke seluruh alam mengembangkan ugama, hingga sekitar 10 ribu sahaja kubur sahabat di sekitar Mekah dan Madinah, mayat sahabat yang lain, berselerak di dalam bumi di seluruh dunia.. menitiskan air mata dan darah di hujung hujung dunia atas maksud ugama…

Jadi aku nak Tanya pada sorang ustaz, bila kita boleh amal sunnah ni?

Bila kita boleh amal sunnah ni, wahai Ustaz?

Jawab sorang ustaz tu, kita akan buat ni bila kita dah berjaya perintah Malaysia sepenuhnya satu hari nanti, waktu tu dengan pemimpin islam yang sejati, maka masyarakat akan jadi beriman dan kita akan buat Muktamar secara besar besaran, dan kita akab bentuk jemaah jihad ke Palestiin, Iraq, Afghanistan, dan seluruh dunia, sekarang kita tak boleh buat sebab kerajaan tak bagi, hari tu kita cuba buat perhimpunan rakyat 100 ribu kena serang dengan FRU, lagipun sekarang tak sesuai berkumpul, sebab virus H1N1 sedang merebak.. blab la bla itu ini begitu begini..

Ok, jawapan ustaz tu panjang lagi tapi aku edit sebab nak menyedapkan jalan cerita.., dahlah tu Ustaz, betul jugak apa yang ustaz cakap tu, Cuma saya nak cakap, tak payah rasanya kita nak tunggu vaksin untuk virus H1N1 ditemui atau nak tunggu Kerjaaan sekarang jatuh, sebab bulan julai ni, bertempat di kuaters KLIA, akan dibuat satu perhimpunan ummat islam sedunia yang mana ramai ulamak akan datang, dan di jangkan 144 ribu ummat islam akan datang, khutbah akan di bagi dan kerja ugama akan diajar, dan jemaah akan dikeluarkan ke seluruh dunia,

Boleh InsyAllah?

Ok, cerita ni ditulis selepas ijtimak, 1000 jemaah telah di keluarkan sebelum dan selepas ijtimak, kedatangan ummat islam pulak adalah 200 ribu lebih, melimpah ke luar khemah, ulamak dunia ramai yang datang dan turut hadir adalah PM najib, Timbalan PM, Mufti, Yang Di pertua, MB-MB, dan ustaz ulamak, blogger jugak ramai yang datang..alhamdulillah.. ramia ustaz ulamak bagitahu pada aku terasan macam duduk padang Arafah.., SubhanAllah..

Maka bersyukur pada Allah Tuhan seru sekalian Alam, kerana pada hari ini, Sunnah Nabi yang besar dan memerlukan kerja sama ummat islam dari seluruh dunia telah berjalan dengan jayanya..

Dan Moral of the strory, dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat.. dan dari tapak ijtimak itu aku telah lihat ramai yang dapat hidayat, sebagai contoh seorang doctor pakar di kawan peruamahan aku, lepas pulang dari ijtimak, semalam dia yang call aku ajak pergi berdakwah dari pintu ke pintu, SubhanAllah.. ada jugak orang PAS dan orang UMNO yang sebelum ni kutuk mubaligh dari India sekarang mulai mengubah paradigmanya..

Sekali lagi, Moral of the strory, dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat..

Habis sampai situ..

*****


Cerita cerita sekitar Ijtimak secara ringkas.

Ada sorang Hamba Allah ni yang belum pernah bermujahadah tidur di jalan Allah, mengadu pada aku akan cuaca yang panas, aku cakap kau doalah, lepas dia doa, terus angin datang buat dia terharu.., lepas tu dia mengadu pulak banyak debu, aku nasihat, supaya sabar sebab debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar jalan Allah, diharamkan api neraka berserta asapnya, tapi dia tak sabar, dan berdoa jika hujan turun sekejap, itu yang terbaik, lepas dia doa, tak lama kemudian, hujan turun sekejap, sekali lagi dia terharu..

Aku pulak teringat kisah sahabat di jalan Allah, yang mana apabila bertanya kepada Nabi adakah cuaca yang panas akan menambah pahala di jalan Allah, maka Nabi benarkan pertanyaan itu, lalu tiba tiba seorang sahabat yang lain berkata, oh, kenapa cuaca begitu panas? Lalu sahabat ini bagitahu, “aku yang berdoa kepada Allah, suapa cuaca lebih panas agar kita dapat pahala lebih” Wallahulam…

Cerita lain, Aku dah lama nak jumpa saudara islam dari Negara lain, aku solat kat khemah cina dan borak dengan mereka, seronok dan terharu sebab jumpa saudara seugama walaupun berlainan bahasa, paling terharu jumpa rakan rakan yang bisu, ada juka aku dengar khutbah dekat dengan khemah orang bisu, di situ ada kebesaran Allah dalam dunia yang sepi sunyi, SubhanAllah..

Cerita lain, yang paling mujahadah kat tapak ijtimak adalah waktu nak berak, orang yang ramai dan air yang tak cukup yang mana kawan kawan aku dari kemaman terengganu yang bertugas khidmat di tandas terpaksa menghalau orang ramai yang mandi!!

“Tuan tuan, jangan mandi lagi dan yang mandi berhentilah mandi, sabarlah beberapa hari, air hanya untuk wudhu dan bersuci sahaja, jika nak mandi, mandi kat shurga, kat sana ada tujuh sungai”

Tersengih aku dalam tandas dengar kawan aku cakap macam tu..

Lepas tu keluar tandas, tiba tiba dari tandas sebelah keluar tangan manusia dari bawah pintu sedang memegang bekas yang kosong laksana pemintak sedekah, tapi ini real punya, cawan tu bukan nak mintak duit tapi nak mintak air…

Waktu makan, terharu sungguh apabila melihat kawan kawan aku yang pertama kali datang bermujahadah sanggup makan dalam satu talam, padahal mereka berbeza fahaman politik, UMNO, PAS, KEADILAN, bersetuh jari jari tangan menhabiskan sisa sisa makanan tanpa ada jijikpun.. oh terharu sungguh…

Ok, banyak cerita, cukuplah sebab aku rasa tak perlu reapeat apa yang blogger lain dah tulis..

Last, aku nak bagitahu pada semua orang surat khabar, contohilah Utusan Malaysia, sebab pandai betul mereka buat bisnes, bukan apa, bila dah ada perhimpunan melibatkan ribu ribu manusia, terus Utusan letak sebagai muka hadapan tajuk utama, kemudian ada pulak tulis, “lagi gambar kat dalam” maka banyaklah geng geng aku beli akhar Utusan hari tu (termasuk aku) sebab nak tengok gambar kot kot ada yang kenal atau ada muka sendiri, padahal sebelum ni jangan harap nak beli, tapi hampeh, dalam akhbar“lagi gambar kat dalam” tu hanya ada dua keping jer gambar, ada yang aku kenal, gambar Yang dipertua, tapi dia tak kenal aku..ish ish ish.. Apa-apalah..

Ok, last sebab tak puas hati dengan Utusan Malaysia letak gambar sikit sangat, aku post kat sini gambar yang aku ambik dengan kamera murah aku…





Ps: Gambar tangan dengan no 8 tu macam kenal kan?

Jul 20, 2009

Kenapa berjalan terbalik?

(Orang yang berjalan secara terbalik itu, telah mati dalam islam-Micheal Jakson dalam kenangan)

Ada satu hari tu, ketika aku sedang berak dalam rumah syaitan atau nama lainnya tandas awam, tiba tiba aku terdengar bunyi suara orang gelak yang sungguh kuat lagi menyeramkan dari tandas sebelah, lantas akupun cepat cepat basuh berak dan keluar dari pemberakkan untuk menyiasat dari manakah akan asalnya suara gelak yang sungguh kuat lagi menyeramkan itu.., lagipun di rumah syaitan ini, macam macam perkara boleh berlaku..

Dalam keadaan tangan basah dan masih terkial kial menkancing butang seluar, terus aku menyiasat tandas sebelah yang masih tertutup pintunya, tapi suara yang sungguh kuat lagi menyeramkan itu masih lagi tidak berhenti dari tadi..,

Tiba tiba tanpa bunyi flush yang menyusul sewaktu pintu terbuka, terlihatlah aku akan satu lembaga manusia yang sungguh mengerikan sedang berdiri sambil ketawa terbahak-bahak dari muka pintu rumah syaitan itu..

Matanya merah, rambutnya terpacak ke atas macam tanduk syaitan, kukunya hitam, dan di tengkuknya ada rantai anjing, pakaiannya serba hitam dan bibirnya jugak hitam..

“kenapa ketawa bang?”

Tanya aku pada mamat Punk yang baru sudah berak itu..

“Ha ha, lawak betul tulisan yang orang conteng kat dinding tandas ni, ha ha”

Beliaupun berlalu dengan rantai anjingnya sedang aku terus masuk tandas itu dan terlihat ada banyak tulisan tulisan yang di conteng di sana sini..

Aku cuba baca, tapi tak gelak pun sebab tak paham kerana semuanya di tulis dalam bahasa English, aku yang berhati suci lagi murni, waktu tu tak tahupun apa makna tulisan “fuck”, “motherfucker”, “asshole” dan lain-lain.., begitu lebih kurang..

Sehinggalah berpuluh puluh tahun kemudian, (kejadian tu berlaku waktu aku sekolah rendah), aku mengalami motivasi berperingkat daripada mamat punk dan rantai anjing untuk lebih memahami Bahasa English bukan setakat grammar, tapi lebih kepada budaya..

Untuk itu, aku perlu start dari mana?

Tanya aku pada isteri aku pada satu hari selepas pening kepala baca tulisan pada dinding tandas hari ini yang lebih kepada luahan orang PAS yang tak puas hati kepada UMNO.., atau luahan budak budak Punk tak puas hati kepada ‘Abang besar’…

“Abang nak belajar budaya English dalam usaha menakluk dunia dengan lebih cepat, abang nak start dari mana wahai isteriku?”

Jawab isteri aku:

“abang boleh dengar lagu English yang abang minat, sebab lagu tu senang abang hafal, sebab dah lama hafal, kaji makna dan teroka budaya English melalui wikipidia”


Begitulah perbualan antara aku dan isteriku yang sungguh skema lebih kurang cerita..

Lalu akupun termenung, artis English manakah yang paling aku minat zaman aku budak budak dulu..

Lantas bekerjalah segala kenangan dalam mindaku membangkitkan segala memori tentang lagu dan irama, bayangan Metilicca datang, lepas tu Scorpions dan tembok Berlin, Smells Like Nirvana pun ada, Paula Abdulpun datang gak, Kriss kross yang pakai baju terbalik, Mc Hammer seluar besar, New kids on the road block, ice ice baby, soldier of fortune ..bla bla bla..

Eh?!, kan dulu zaman budak budak, aku minat Micheal Jakson? Apa susah sangat, Lantas aku terus berhenti termenung lalu berjalan secara moonwalker..

You Better Run, You Better Do What You Can
Don't Wanna See No Blood, Don't Be A Macho Man
You Wanna Be Tough, Better Do What You Can
So Beat It,
But You Wanna Be Bad..,
Just Beat It!!


Ok, sambung cerita, kita pergi pada babak lain..

Tidak jauh dari sebuah kedai DVD, terlihat seorang lelaki yang sedang bukak kopiah lalu simpan dalam poket, seluar di lipat tinggi untuk nampak stoking,(tipu, aku memang selalu lipat seluar dan tak suka pakai stoking sebab nak mudah ambik wudhu), Kemudian beliau bukak jubah dan pakai baju T shirt, dan pakai sarung tangan (tipu, tak de masa aku nak pakai sarung tangan), arghh, senang cerita, lelaki itu adalah aku..

Kenapa aku jadi begitu? Ini semua adalah gara gara aku nak masuk kedai DVD nak beli DVD koleksi Micheal Jakson, segan pulak jika orang nampak mamat berjubah beli lagu yang lalai lagi lagha..

People Always Told Me
Be Careful What You Do
And Don't Go Around Breaking Young Girls' Hearts
And Mother Always Told Me
Be Careful Who You Love
And Be Careful What You Do
'Cause The Lie Becomes The Truth… Billie Jean, not my love..


Chech, menyanyilah pulak..

Tapi sayang, berpuluh puluh kedai aku pergi, satupun takde jual DVD Micheal jakson, errr, maksud aku yang cetak rompak, yang RM 10 satu., hampeh betul.. penat aku moonwalk dari kedai ke kadai..

Alasan mereka, tak de orang minat, lagipun micheal jakson ni banyak kes mahkamah, buat cetak rompakpun tak laku, orang Malaysia lebih suka beli movie yang rakam dalam panggung.., bla bla bla.., chech, hampeh betul..

Akhirnya aku putus asa dalam bab bab dunia (chehh) lalu tanggalkan sarung tangan,(tipu) pakai kopiah balik, pakai jubah balik, seluar kekal senteng, dan lupakan Micheal Jakson yang mengecewakan itu..

Nampaknya, takde dalam takdir aku untuk belajar budaya English dengan Jacko yang kecik hitam dan besar putih itu.., selamat tinggal Jacko..

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold


Tapi itu semua cerita lama, cerita zaman aku awal-awal kahwin dulu, zaman aku takde anak.., sekarang takde masa aku nak beli DVD Micheal jakson nak layan moonwalker, lagipun aku dan bungcit, tak sesuai nak nyanyi lagu “Bad”.., lagu “Fat’ sajer yang layak..

Arghh, lantaklah, tak pentingpun…

Cuma baru baru ni, sewaktu aku pergi beli barang rumah di Pasar raya bersama orang rumah, di setiap kedai DVD yang aku lewati, terlihat imej Micheal jakson dengan bermacam macam lagu yang masih kekal dalam ingatan di screen kedai, macam pesta pulak.., DVD yang cetak rompak jugak berlambak…. Itu semua berlaku sebab Micheal Jakson dah jadi arwah.., akupun baru tahu.., dah meninggal dah hamba Allah ni rupanya.. isk..

Bini akupun ingatkan aku kenangan cari DVD cetak rompak Micheal Jakson 5 tahun yang lalu, aku senyum, dan berhenti sejenak melihat aksi Micheal jakson menari di screen kedai, sedang kopiah masih di kepala, dan seluar kaki masih bersenteng, lalu aku berjalan moonwalk ke depan, lupakan Micheal Jakson, aku dan berubah.., aku dah tua, aku dah buncit, imej aku tak sesuai untuk breakdance.., lagipun kau dah jadi arwah jakco, tak sedap pulak dengar lagu kau sedang kau dalam kubur ada banyak soalan nak kena jawab dengan malaikat Mungkar dan Nakir..

Mikaeel, selamatlah kau di alam abadi, lahir kau hitam, tapi mati kau putih, semoga hatimu juga putih sebab masuknya kau dalam islam, maka segala dosa kau Allah ampun dan ganti dengan kebaikkan… Subhanallah..

Maaflah sebab aku tak jadi nak beli DVD kau sebab kaupun dah arwah, al-fatihah buat kau…

Ps: Err, Tinna Turner hidup lagi ke.., Woha!

Jun 5, 2009

Bagaimana mendapatkan maaf tanpa meminta maaf?

(mungkin ini entry terakhir, jumpa lagi lain kali jika belum naik keretamayat.. lalu aku menulis ala ala monolog..)

Dalam hidup ini, semua orang ada dosa, kecuali Nabi yang Matsom.., aku sendiri jugak banyak dosa.. oh… kalau lah malaikat tu jenis makluk yang ada sifat penat, tentu malaikat dah penat tulis dosa aku..isk..

Maka menjadi kewajipan semua orang islam, agar bertaubat sebelum jadi mayat, kerana..

(start bunyi seruling mendayu dayu)


Di setiap dosa semua manusia, Allah telah sediakan keampunan sebelum manusia itu bertaubat lagi, dan Allah akan memberikan keampunan serta merta, sebaik sahaja manusia memintanya…

Tapi, oleh kerana jadi mayat itu datangnya dengan tiba-tiba, maka nak tak nak, kita kena taubat setiap hari...

Ketahuilah, bahawa Allah Yang Maha Pengampun, telah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana sebaik sahaja manusia bertaubat, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia…

Sesungguhnya, Allah Yang Maha Pengasih telah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, mintalah sebelum jadi mayat, maka insyAllah keampunan itu akan menjadi milik manusia yang sudah tidak berdosa lagi… amin...

Tapi manusia…

Oh! Manusia, (sambil mengeleng-gelengkan kepala)

Manusia mana yang mengadakan kemaafan sebelum manusia lain menyakiti mereka?
Sehinggakan selepas manusia di sakiti manusia, sama ada jasad atau batin, dan setelah manusia yang menyakiti meminta maaf kepada manusia yang di sakiti, yang di sakiti tidak dapat memberi maaf kepada yang menyakiti, kerana dalam hati yang di sakiti, langung tiada maaf…

Lalu dari lidah manusia yang disakiti itu, terungkaplah kata kata:

“Tiada Maaf bagi mu”

“Pergi Mampos”

“Masuklah kamu dalam Neraka”


Oh!

Jangan begitu kawan…

(seruling berbunyi agak lama.., )

Lalu teringat aku kisah sewaktu Nabi Muhammad s.a.w melihat mayat bapa saudaranya Hamzah r.a dilapah orang kafir, pada mulanya Nabi ingin membalas tapi telah ditegur Allah kerana memaafkan itu lebih baik..

Lalu Nabi telah memaafkan mereka yang membunuh bapa saudaranya dan memaafkan mereka yang melapah mayat bapa saudaranya..

Dan disebalik kemaafan Nabi, disertai bersama doa hidayat..

Lalu di dalam takdir Allah, berimanlah pembunuh dan pelapah bapa saudara Nabi iatu Washi dan Hindun..

Maka, terungkaplah kata kata, “Sedangkan Nabi ampunkan ummat”

Walhal Nabi seorang matsom yang tiada sebarang dosa, namun dalam keadaan matsom sebegitu, Nabi tetap mengharap kebaikkan dari Allah,

Maka itulah tamparan untuk diri kita, supaya maafkanlah kesalahan orang lain, kerana kita bukanlah matsom dan kita adalah makhluk yang banyak sekali berdosa, dan sebagai pendosa, tentu amat sangat memerlukan lebih kebaikkan dari Allah…

Lalu, maafkanlah aku…

Jangan sekali menderita, dan jangan jadikan orang lain juga menderita..

Kerana di setiap penderitaan manusia, juga telah Allah sediakan keampunan, dan Allah akan memberikan keampunan itu, sebaik sahaja manusia sabar dan sangka baik…

Ketahuilah, bahawa Allah Yang Maha Pengampun, telah menyediakan keampunan di setiap penderitaan manusia yang mana sebaik sahaja manusia bersabar dan redha, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia…

Sesungguhnya, Allah Yang Maha Pengasih bukan sahaja menyediakan keampunan, turut bersama keampunan adalah, ganjaran yang besar dan darjat yang tinggi… serta shurga idaman, yang belum di cemari oleh tangan, belum terlihat oleh mata dan belum terlintas oleh mana mana fikiran...

Sungguh benar, Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang, lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anak...

Buktinya?

Korang yang ada sifat pengasih kepada Isteri, sekali Isteri korang masak tak sedap, korang marah tapi tak lah sampai cerai.. atau Isteri korang pinjam kereta, langgar garaj, garaj runtuh, korang marah tapi taklah sampai cerai..atau isteri korang tak ingat tutup api ketika memasak, rumah terbakar, dan satu flet telah terbakar, korang marah tapi taklah sampai ‘bergegar tiang arash.’.. atau isteri korang tertumpah minyak panas ketika memasak menyebabkan anak tunggal kesayangan korang menjadi mayat..korang marah! Tapi tak lah sampai bercerai-berai..masih boleh di maafkan.

Tapi.., jika korang balik kerja, tengok anak semua baik dan bersih, makanan atas meja sedap, garaj tak runtuh, kereta tak kemik, tapi korang dapati isteri korang sedang bersetubuh dengan jantan lain.! Memang habis! Terus jahanam rumah tangga, bergegar arash, bercerai berai...

Begitulah perumpamaan-nya, bila isteri korang memperduakan suami, curang!, memang habis!

Tapi Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.., tak kira apa sahaja dosa kita.. telah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana sebaik sahaja manusia bertaubat, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia…

Sesungguhnya, Allah Yang Maha Pengasih telah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, mintalah sebelum jadi mayat, maka insyAllah keampunan itu akan menjadi milik manusia yang sudah tidak berdosa lagi… amin...

Malahan, Di setiap semua dosa manusia, Allah telah sediakan keampunan sebelum manusia bertaubat lagi, dan Allah akan memberikan keampunan serta merta, sebaik sahaja manusia memintanya…

Penyembah batu berhala, pendosa dan ahli maksiat, yang telah menghina Allah sepanjang hidup, yang syirik sejak kecil, namun sebelum ajal datang menyerah diri dan bertaubat..

Maka Allah akan ampunkan dosa mereka, dan ganti dosa mereka dengan pahala lalu memasukkan mereka ke dalam shurga.. walaupun mereka pernah menduakan Allah..

Dosa syrik masih lagi terampun andai sebelum kita jadi mayat, kita kembali beriman kepada Allah...

Sungguh benar, Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang,

Tapi ingat, Allah juga menunaikan janji, dan tiadalah yang Paling berkuasa dalam berjanji selain Allah iaitu andai kamu jadi mayat tapi masih lagi dalam keadaan syirik, maka Allah tidak akan ampun dosa syirik kamu buat selamanya dan kekallah kamu menderita dalam api nereka!

Sebab?

Allah telah berjanji, dan tiadalah yang Paling berkuasa dalam berjanji selain Allah...

Dan sekali lagi,
Allah juga berjanji untuk menutup aib mereka yang menutup aib orang lain..
Dan Allah juga berjanji untuk mengampunkan dosa mereka yang memaafkan kesalahan orang lain..

Maka, maafkan aku wahai kawan, maafkan aku wahai mahkuk tuhan, maafkan sepenuh hatimu...

Dan ingatlah, Jika kita maafkan dosa orang lain, Maka Allah juga akan buka hati orang lain untuk maafkan dosa kita, maka aku maafkan kamu, dan kamu maafkan aku, walaupun aku tidak sempat meminta maaf padamu, kerana kamu sudah menjadi mayat lebih dahulu...

Sekian.

(habis bunyi seruling)

Ps: Aku nak cuti panjang, jumpa lagi di sini secara maya pada hujung Julai nanti, itupun jika aku dan korang belum naik keretamayat...

(tutup blog dengan tasbih kafarah)

Jun 3, 2009

Untuk pengantin baru sahaja ?

(Jika perasan sibuk, Hamka membenarkan dirinya sendiri untuk edit entry lama lalu muat turun untuk entry baru. Oh ye, dan ini untuk pengantin baru sahaja…)

Aku baru balik dari menghadiri sebuah kenduri perkahwinan seorang sahabat di Raub pahang yang jauh gila.., lalu dalam zon kepenatan memandu dan mabuk makan telor rebus sebagai bekal hilang mengantuk kononnya, maka izinkan aku mengucapkan Selamat pengatin baru bagi semua ummat islam yang melangsungkan perkahwinan sempena cuti sekolah…tahniah! Separuh ugama sudah sempurna, dan bestlah korang semua sebab dah dapat ‘bantal peluk’ yang ada kaki.. boleh order teh tarik malam-malam.. Woha!

Ok, kali ni aku nak cerita satu kisah khas untuk pengantin baru sahaja, terutama untuk mereka-mereka yang baru melangsungkan perkahwinan..yang belum kahwin jika tak malu nak baca-bacalah! tapi sila jangan terguris perasaan, siapa suruh korang yang dah sampai seru kahwin lambat-lambat?!!! nak enjoy dululah konon.. enjoy orang islam adalah lepas kahwin-harap maklum.

Jom enjoy!!!

Pada suatu hari, Aku dan isteriku serta anak-anakku sempat menghabiskan baki umur bersama dengan membuat aktiviti yang paling mudah iaitu menonton TV secara berjemaah..

Bukan tengok movie ke apa, sekadar melayan anak anak menonton vedio klip yang dinyanyikan oleh sekempulan kanak-kanak bahagia akan doa doa harian yang di sampaikan dalam bentuk alunan irama dan lagu…

Dalam setiap video klip itu, akan ada dua pasangan kanak-kanak yang terdiri daripada dua budak perempuan yang belum baligh tapi lengkap bertudung dan juga dua budak lelaki yang juga belum baligh tapi suka bersongkok.. mereka kelihatan sungguh bahagia dan ceria sekali sambil menyanyi dan menari…juga sekali sekala mak bapak mereka(agaknya) akan muncul untuk memeriahkan video klip tersebut.. ustazah yang akan muncul membaca doa dengan gaya yang betul sebelum dinyanyikan oleh kanak-kanak di setiap lagu juga sungguh cantik dan comel..

Bagus pulak ada lagu dalam bentuk VCD seperti: Doa sebelum makan, Doa selepas makan, Doa sebelum masuk tandas, Doa sebelum tidur, Doa bangkit dan sebagainya.. sebab dari menyanyi tak tentu hala, ada jugak faedah budak-budak tu nyanyi sambil bagi ingatan secara tidak lansung kepada orang tua supaya jangan lupa baca(hafal) doa..

Anak aku paling suka sangat nyayi lagu ni: "Allahumma barik lana, fima razaqtana, wa qina azza bannar” (Lagu doa makan)

Dan juga Lagu doa naik kenderaan “Subhnallazi Sarkha Ro Lana Haza Wa Ma Kunna Lahu Mukrinnin…(hingga habis)

Tiba-tiba aku tersenyum pelik..

Isteri aku perasan aku tersenyum pelik lalu angkat kening yang bermaksud: kenapa?

Bila aku pandang wajah isteri aku.. aku ketawa pulak..terbahak-bahak!

Air mata mula bergenang kerana banyaknya ketawa..

Kenapa Bang?

Tanya bini aku musykil dengan niat nak gelak sama..

Tak.. abang tengah pikir kenapa syarikat VCD ni tak buat lagu doa sebelum dan selepas bersetubuh…oh...

Lalu aku menyanyi ikut rentak suka aku..sambil membayangkan video klipnya..

“Allahumma jannibnasy syaithaana wa jannibisy syaithaana maarazaqtanaa"

Aku dan isteriku sama-sama ketawa .. sedang anak-anak kami berasa pelik sungguh melihat mak bapak dia yang macam kerasukkan… padahal mereka tak sedar yang kami sudah berjumpa ‘kod’ baru untuk bersetubuh .. Woha!

Sekian… Selamat bersetubuh!!

Ps: Aku dah kata, entry ni untuk orang yang baru kahwin sahaja…