Alkisahnya bila mati, dalam kubur akan di tanya 5 soalan dalam masa satu hari.
Siapa Tuhanmu?
Siapa Nabimu?
Mana kiblatmu?
Apa kitabmu?
Siapa saudaramu?
Long stroy short
Di padang mahsyar, Tidak akan bergerak kaki anak Adam pada Hari Kiamat di hadapan Tuhannya sehingga dia ditanya tentang lima perkara dalam satu hari:
Tentang umurnya, pada apa dia habiskan?
Tentang masa mudanya, pada apa dia gunakan?
Tentang hartanya, dari mana dia usahakan? Dan pada apa dia belanjakan harta itu?
Dan apa yang telah dia amalkan daripada ilmu yang dia ketahui?
Sehari tanya semua ini? jangan bimbang, sehari di akhriat, bersamaan seribu tahun dunia.
Kemudian, apabila anak adam masuk syurga, akan di tanya:
Eh? ada lagi soalan walau dah masuk syurga?
Soalan mudah sahaja:
"Nikmat mana lagi yang kamu dustakan?"
Alhamdulillah....
Manakala, bagi anak adam yang masuk neraka, akan di tanya:
Eh? ada lagi soalan walau dah masuk neraka?
Ada, rujuk surah Al Mulk, penjaga neraka marah sebab ramai sangat masuk lalu bertanya:
"Tidak kah di dunia dahulu ada orang memberi peringatan?"
Ahli neraka menjawab: Bahkan ada! Tapi kami abaikan mereka, kalaulah kami mendengar dan berfikir, nescaya kami tidak masuk neraka.
Renung renungkan.
No comments:
Post a Comment