Feb 28, 2026
Apa makna lagu Gaban?
Pesanan ayah kepada anak remaja, sempena kemunculan Gaban infiniti!
Ya, ayah hidup zaman gaban 80-an....
Nasihat ayah!
Jangan buang masa, kamu mungkin sangka sedang menikmati masa muda, tapi hakikatnya sedang merosakkan hari tua.
Lima perkara penting dalam hidup, Agama, Keluarga, Sihat, kewangan, dan masa lapang, akan lebih dinikmati oleh orang yang BERILMU dan BERDUIT.
Masa remaja ni, jangan scroll tik tok berjam jam tanpa panduan, masa terbuang, dan otak penat sebab tak belajar apa apa.
Jangan habiskan masa tengok drama bersikir berjam jam yang tak bantu apa apa dalam hidup pun.
Bangun, Urus hidup yang ada banyak masa lapang macam kerj 8 jam.Target, tiap hari baca buku bab lima perkara di atas,
Taklim, tafsir Al quran baca habis. Catat, dan buat karagan menarik tiap satu topik, target satu artikel sehari. Masukkan dalam media sosial sebagai nota kepada diri.
How to win Friends, baca habis, atau buku English, baca, dan islamkan ilmu itu, tulis balik dengan gaya kita sendiri.
Panduan hidup sihat, pemakanan, senaman, tidur, study bab tu, dan terus amal, petang lepas asar, kena berpeluh. Malam tidur awal, pagi brisk walk sambil baca buku, biar diri dijamah cahaya matahari pagi
Bab cari duit, study onlime, dapatkan duit pertama dari media sosial, itu lombong emas orang berimu. Baca rich dad, jutawan planet Jupiter, baca semua.
Study bab beli rumah, bab beli kereta, bab kerja yang kita mahir, pulangan banyak, supply and demand, serta marketplace, study!
Dah buat semua tu, siapkan sikit waktu rehat untuk berhibur, bolehlah main game sekejap jika perlu, atau nak tengok movie yang bagus.
Lebih bagus tinggal terus.
Ayah memang tak main game, tinggal terus seperti tinggalkan dadah, rokok, dan perkara lagha.
Biarkan diri dalam cabaran, tekanan, dateline, rasakan masa itu pantas, dan kita kena bergerak laju, terus berpindah dari satu ibadat kepada satu ibadat, dari satu buku kepada satu buku, dari satu ilmu ke satu ilmu.
Bila melabur dengan masa dan ilmu, jodoh yang terbaik akan datang, rezeki yang terbaik akan datang. Mertua yang baik akan datang, kerjiranan yang baik akan datang insyaAllah.
Ayah dah tua, masih lagi cari duit di internet, masih jual buku, jual ebook, jual tanjak, dan menulis setiap hari.
Rugi sangat ayah tengok anak anak tidur banyak, lepas tu main game, scroll tok tok, dan tak dapat apa apa.
Nikmati hidup dengan ilmu dan duit, lima panca indera kita akan lebih dinikmati bila kita ada ilmu dan duit
Rukun islam wajib ada ilmu, dan ada dua rujun wajin ada duit iaitu zakat dan haji, fikir fikrikanlah.
Apa apapun, Kredit untuk bonda dan anak anak yang banyak bantu ayah hingga kita berada di zon selesa ini. Tahniah sebab tak peningkan kepada ayah dengan maksiat dan anak derhaka, tapi tabiat korang yang banyak tidur dan main game atau tengok anime berjam jam, tak bagus sebenarnya.
Bersukurlah kita berasa di Zon selesa, tiada halangan untuk ibadah, makanan penuh atas meja, peti sejuk padat, rumah besar, ada kereta ke mana mana, dalam rumah pun ada internet laju, takde hutang, anak sihat, kucing tak berak merata rata, pintu pagar masih terbuka sendiri bila tekan remote, jiran semua baik baik, surau pun dekat boleh jalan kaki, pantai dekat nak healing, buku bersusun dalam almari, air bersih, air cond sejuk, perut tak pernah lapar, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Namun esok lusa, bila ayah dan bonda pergi mengadap ilahi selama lamanya, adalah amalan anak anak yang banyak tidur, suka main game akan membantu?
Fikir fikirkanlah.
Ayah sudahi bebelan hari ini dengan lagu Gaban sempena kemunculan Gaban Infinity
(Lagu ikut tenpo Gaban versi asal)
Wahai orang lelaki.
Jangan lemah jangan kau sangsi
Enjin api didadamu.
Nyalakan dia
Aku seratus Langkah jauh dihadapan mu, mengejar hari esok
Kita pergi!
(wei wei wei)
Apakah ertinya masa muda?
Pantang undur pantang menyerah
Apakah itu cinta?
Keberanian paling tinggi tanpa ragu ragu ragu
Gaban, tiada alasan
Gaban, tiada halangan
Polis Angkasa… GABAN!
GABAN!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment