Dari post semalam kisah KKM kena kecam, dan bila baca komen bab ramai suruh KKM undur, masalahnya nak ganti dengan siapa?
Alkisahnya, Cerita bab perubatan, tahu kah korang Dalam
dunia ini, ada ramai pihak yang dakwa boleh rawat pesakit yang sakit, ada
sembilan cabang lebih kurang.
1. Kita ada doctor hospital guna kaedah allopathy
berdasarkan bukti sains yang di kawal oleh KKM, guna kajian yang di uji pada
tikus, monyet dan akhirnya manusia, bila dah terbukti baru dipasarkan.
2. kita juga ada geng Homeopathy yang guna kaedah berbeza
daripada Allopathy, guna ubat serasi dengan tengok jenis rambut dan lain lain
kaedah.
3. Kita juga ada Ustaz ustaz yang rawat penyakit guna
perubatan islam seperti doa, solat hajat, serta madu campur habatu sauda.
4. Kita juga ada bomoh, dukun, pawang, yang guna jampi, seru jin dan syaitan untuk
sembuhkan pelbagai penyakit,
5. kita juga ada pengamal perubatan traditional seperti guna
herba cina, rempah india, dan resepi nenek moyang melayu dalam perubatan.
6. Kita juga ada penjual ubat ajaib yang guna testimony
dalam meyakinkan pengguna.
7. Kita juga ada ejen MLM yang jual produk mengarut konon
boleh sembuh pelbagai penyakit dengan air alkali lah, gelang magnet lah, selimut
aura lah, macam macam!
8. Ada yang tolak cara moden dan nak guna system alami
seperti beranak dirumah, tolak vaksin dan nak guna antibody semula jadi, jika
ada apa apa masalah serahkan pada alam.
9. Ada juga geng anti vaksin cukup makan vitamin atau ubat
cacing untuk binatang, atau apa apa sahaja alternatif yang bukan dari KKM,
mereka ambik dengan slogan kami bukan anti vaksin tapi prochoice.
.
.
.
.
Dalam Sembilan mazhab perubatan ini, ada yang taksub, dengan
mengaku mereka paling handal dalam menyembuh pelbagai penyakit, masing masing
mengaku mereka paling pakar berubat, dalam KKM ada Dr pakar, dalam homeopathy
pun ada jugak pakar, dalam perubatan islam pun ada ustaz pakar, dalam jampi
jampi ada bomoh pakar, dalam perubatan tradional pun ada pakar petua nenek
moyang, dalam MLM ada ejen tahap berlian, dalam gaya alami ada penasihat dan
dalam group antivaksin testimoni adalah pakar rujukan mereka, macam macam lah.
Semua mengaku betul dan pandai rawat pelbagai jenis
penyakit. Tapi korang rasa dalam semua cabang ilmu perubatan ini, perubatan
mana yang korang akan pilih?
Bagi yang taksub, mereka akan pilih satu perubatan sahaja,
contoh mereka yang anti dengan KKM, anggap KKM adalah senjata sulit yahudi
lemahkan umat islam, terus setia kepada homeopathy dan burukkan alloypathy, ada
orang pulak lebih suka homeopathy sebab kos murah dan tak ada kemia katanya
tapi burukan pilihan perubatan orang lain, ada orang memang cukup pergi jumpa
ustaz, dan upah ustaz solat hajat..
Ada orang yang terus jumpa bomoh walaupun demam, dan terus
percaya kata bomoh, bahawa ada orang dengki dan santau dia, ada orang terus
rujuk petua nenek moyang seperti makan ketam bila demam denggi, ada jugak yang
beli produk MLM pakai gelang magnet untuk elak penyakit, ada yang makan ubat
cacing, ada yang minum air kencing ganti vaksin, dan yang paling meriah pakat
ambik semua kaedah perubatan, ada yang mula merawat dengan ustaz dan berakhir dengan
allopathy di hospital KKM (sakit jantung misalnya) dan ada yang mula dengan
hospital dan berakhir dengan ustaz(penyakit dah confirm mati misalnya)
Paling pelik, ada yang cuba produk baru, (biasanya di jual
secara MLM) lalu sanggup tinggal nasihat doctor pakar dan cukup dengar nasihat
dari penjual penapis air, penjual gelang magnet, penjual tilam kain kaabah,
penjual bantal garam gunung yang mana kos beribu ribu tapi panyakit semakin
parah bila kita nasihat, kita di marah, adohai..
Jadi dalam bab perubatan ini, bagi saya masing masing ada
hujah, masing masing boleh bagi testimony, masing masing boleh emosi, tapi bagi
saya, dengan guna akal dan fikiran kurniaan Tuhan, saya lebih cenderung kepada
allopathy di bawah KKM, sebab mereka gunakan kaedah sains dan bukti secara
statistic data (bukan testimony) apatah lagi, bidang ini sudah banyak di ceburi
oleh orang islam yang ikhlas dalam merawat pesakit.
Di samping itu saya tak tolak cara islam, saya makan madu
dan kurma, amal kayu sugi dan lain lain namun ada kaedah yang tak wujud zaman
nabi macam bius anak sebelum berkhatan, atau tampal gigi, atau jahit perut ibu
yang anak songsang, saya setuju jer sebab terbukti ada penyakit yang tak wujud
zaman Nabi maka tak salah guna kaedah yang terbukti berkesan dari pihak KKM.
Tapi memang saya tolak produk MLM mengarut, bomoh dan lain
lain, bagi saya KKM dan perubatan islam sudah okey, sebab dalam KKM pun ramai
juga pakar islam.
Jadi balik kepada mereka yang tolak KKM, saya nak Tanya?
Hari ini, jika ada orang yang cedera akibat kemalangan jalan
raya, siapa yang akan kutip mereka untuk di rawat? Tok bomoh? Pakar perubatan
tradional? Pusat perubatan islam? Ambulance Homeotahy? Geng anti vaksin? Geng
bumi rata? Ejen MLM? Siapa?
Perubatan mana yang pergi kutip?
Semua tak mampu nak ambik orang cedera di jalan raya, sebab
tak ada system yang bagus macam KKM, hanya KKM yang datang kutip orang cedera
dengan ambulance dan bawa ke hospital KKM dan di rawat oleh doctor KKM.
Ketahuilah, hanya KKM yang mana seluruh Malaysia, akan ada
Ambulance stand by untuk selamatkan orang yang cedera di mana-mana, tak kira
hospital kerajaan atau swasta, mereka mampu kutip pesakit dan rawat sebab
kaedah perubatan mereka maju dan bersistem.
Perubatan lain, setelah beratus ratus tahun wujud di dunia,
tak mampu semaju dan secanggih KKM, masing masing tak bersatu dan tak ada
ambulance! Mereka tak bersidang macam geng KKM buat. Mereka tak bermesyuarat
macam KKM buat, mereka tak berada di bawah satu amir, sedang Mereka boleh
sembang konon boleh rawat semua penyakit, tapi cuba bawa orang baru lepas
eksiden pada mereka, tangan putus, mata tersembul, ada mampu mereka rawat? Tak
mampu sebab mereka tak ada sistem yang baik.
Padahal apa KKM buat, bermesyuarat, rujuk pakar, kemas kini
kaedah terkini, semua tu asal dari cara islam, kalau korang mahu mengerti,
sebab tu mereka berjaya.
Rujuk Geng anti KKM beranak di rumah bila berlaku kompilasi,
KKM jugak datang dengan ambulance KKM ambik dan rawat di hospital KKM bersama
doctor KKM. Geng anti vaksin jatuh motor tangan patah, bukannya ada tok mudim
atau tukang urut naik ambulance peribadi pergi ambik, pemandu KKM bersama
ambulan KKM jugak yang ambik dan rawat di hospital KKM bersama doctor KKM.
Malahan ada ustaz perubatan islam bila sakit jantung, selamba sahaja pergi
Hospital KKM sebab KKM ni sains, sakit jantung ni sains, pergi Hospital KKM tak
menjadikan kita kafir, faham ke tidak?
Jika ada ubat yang haram, dalam KKM ada pulak pakar islam
yang akan cari jalan untuk guna kaedah yang halal, sebab tu vaksin halal pun
dah ada, buat apa susah susah nak lawan KKM bila mana waktu eksiden Ambulance
KKM jugaklah korang tunggu sambil berdoa insyaAllah.
Jadi guna akal kurniaan Allah dengan sebaik baiknya, tak
salah sesiapapun nak pilih KKM sebagai cara ikhtiar merawat penyakit sebab
mereka ada ambulance dan guna logic sains, mereka juga ada Bank darah untuk
bantu semua orang, perubatan lain ada ke Tabung darah?
Lagi satu.. oleh sebab Allah buat dunia ini darul asbab, dan
sudah ramai dr pakar di kalangan orang islam yang menceburi bidang ini dengan
ikhlas. Jadi langsung tak ada masalah
dengan perubatan cara KKM macam di hospital kerajaan, swasta dan seluruh
dunia.
Namun jika melibatkan gangguan jin, saya tak tolak merawat
cara islam, Macam arwah Dr Harun Din, pakar perubatan islam, tapi bila sakit
jantung, pergi berubat di hospital Sains luar negara dan balik ke IJN juga hospital KKM, sebab arwah Dr Harun
Din tahu, allopathy KKM adalah ikhtiar yang paling common sense bila sakit jantung.
Jadi balik kepada debat anti vaksin, walau masing masing
dakwa merekalah paling faham agama, paling handal agama, paling hebat berhujah.
tolong jangan sembang kencang macam Tok Bomoh atau penjual ubat di pasar malam,
yang mana Nampak cara perubatan mereka hebat? tapi bila orang eksiden, buat tak
tahu..
Jadi mari kita buat kesimpulan mudah.
Perubatan yang tak ada Ambulance jangan sembang!
Woha!
Sama bab agama, Masing masing boleh sembang akulah paling
faham agama, akulah wahabi paling Sunnah, akulah asyaari paling Sunnah, akulah
parti islam politik paling sunnah, akulah penyanyi nasyid paling sunnah, akulah
penulis media sosial paling sunnah, tapi bila mat rempit merempit tengah malam,
bila umat tak solat di Lorong maksiat, bila umat buat maksiat di rumah sewa,
siapa yang nak jumpa mereka? Siapa nak dakwah mereka? Siapa yang mampu jadi
ambulance pergi jumpa mereka rumah ke rumah macam Nabi buat? Sembang boleh lah
bang..
Saya tengok yang mampu jadi ambulance dalam bab agama adalah
orang tabligh atau pendakwah yang sanggup bergerak rumah ke mrumah, mereka
bermesyuarat, ada amir, kemas kini kaedah dakwah, sebijik macam KKM buat dan
semua itu adalah amalan islam.
Maka bab agama tolong Jangan jadi macam pakar perubatan lain
yang hanya rawat pesakit yang simple, sakit pelik korang serah pada KKM, sakit
simple korang berebut nak rawat siap kena cas yang tinggi.
Ini berlaku dalam bab kafahaman agama hari ni, ada orang dia
pilih orang kaya sahaja sebagai ahli, ada yang sasarkan orang akedemik sahaja,
ada yang untuk puak dia sahaja, habis tu, si pemabuk, sipeminum arak, mamat
bertatoo, siapa nak dakwah? Tak kan semua nak bagi kat orang Tabligh? Mereka
kecil jumlahnya sebab dah akhir zaman..
Jom Sama sama kita jadi ‘ambulance’ kutip orang yang ‘sakit
iman’ kepada hospital iman(masjid). Boleh insyaAllah?.
Akhir kata: Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan,
hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? Kata ustaz,
golongan yang masuk syurga, bukanlah golongan yang sibuk kafirkan 72 golongan
lain dan perasan betul, tapi yang masuk syurga adalah golongan yang fikir risau
terhadap 72 golongan lain lantas berusaha dakwah mereka semua taat perintah
Allah, ikut cara Rasulullah. Wallhu’lam
I rest my case, woha!