Nov 4, 2019

Kita Jumpa di Padang Mahsyar?


(Nak jumpa di Padang Masyar ada syarat syaratnya, sila baca sampai habis)

Pernah tak korang bila ‘nasihat’ orang yang perasan betul, yang anti vaksin, yang anti beranak di hospital, lalu bila mereka dah tak nak dengar nasihat korang lagi, dan dengan perasan ilmu agama dah cukup, akhirnya mereka akan berkata:

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Atau pernah tak korang bila secara tiba tiba berdebat tentang hal ehwal agama, lalu korang dengan bersungguh terangkan tentang kefahaman agama yang korang rasa betul lalu terus berdebat di sini sana, akhirnya bila dah takde hujjah yang bernas akibat segala dalil dan tamsil korang di patahkan pihak lawan, lalu korang yang dah takde idea nak berhujjah lalu menjawab..

“Kita jumpa di Padang Masyar”

 (wah wah wah, meriahnya hidup!)

Atau pernah tak korang bila dengar ceramah politik, tentang bagaimana seorang berlagak ustaz yang mengajak para pendengarnya pergi mengundi parti XYZ yang sokong kafir, walaupun dah di tegur, lalu untuk mengukuhkan hujjah, si berlagak ustaz tu akan berkata…

“Kita jumpa di Padang Masyar”

(wah wah wah, meriahnya mati!)

Amboi, macam confirm bebenor korang ni akli syurga sampai nak jumpa padangmasyar sahaja hujahnya, adohai..

Bagi saya, Jika seorang Nabi yang dah confirm masuk Syurga dengan janji Allah Ta’ala.., maka tak salah jika Nabi nak berkata..

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Tetapi sebagai salah sorang ummat akhir zaman, yang tak tahu lagi hujung pangkal, husnul ke suul di hujung haya, lebih baik mencampakan diri dalam kerisaun terhadap ummat.., bukan marah kepada ummat..

Nak marahpun, nak emosionalpun, tak payahlah nak habislan segala usaha dengan berkata: “Kita jumpa di Padang Masyar”

Nampak bunyi macam orang kecewa dan marah, bagilah hujah yang betul, dan jika salah, terimalah, berlapang dada apa salahnya..

Yang lebih dahsyat, bila dah bengang, terus doa pihak lawan masuk neraka…

Sahabat,

Orang yang tidak ikhlas berdakwah akan dapat dua perkara:-Iaitu:-

(1) Marah.
(2) Putus asa.

Nabi dan Sahabat dalam berdakwah tidak ada nak marah, putus asa apatah lagi, jika orang tak nak dengar cakap, tak terima nasihat, tak kan nak putus asa dan terus anggap orang tu masuk neraka, kita sorang yang masuk syurga lantas dengan berani berkata:_

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Sahabat, bukan senang nak masuk syurga.., dan bukan sedikit azabnya di padang Masyar.. orang yang bertakwa seperti Abu Bakar RA atau Saidina Umar Ra, sangat risaukan akhirat.., tak berani nak berkata sembarangan…

Syurga neraka belum tentu nasib kita..

Orang bertakwa sangat takut kepada hari pembalasan, bukan boleh main-main..,

Nak jumpa di padang mahsyar ingat senang ke?

Kamu tahu apa ada di padang Masyar? Biar sayacerita sepintas lalu, refresh untuk kita semua jugak..

*****

Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang Masyar dalam keadaan berbogel..

"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."

Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"

Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..

Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata riwayat, dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban lapar dan dahaga..

Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..

Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk saya..)

Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.

Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…

Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil menangis berkata..

"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya:

“Apakah hari ini?”

 “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

 “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”

 “Ya!”

 “Di mana Muhammad dan umatnya?”

 “Di hadapan Allah Taala!”

 “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

 “Aku tidak tahu!”

Lepas Jibral jawab tidak tahu, Malaikat Malik terus menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata.

Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Ada yang dah habis air mata darah, sampai keluar biji mata, Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..

“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”

Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.

“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”

Setelah mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.

“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”
Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:

Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..

Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..

Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…

Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.

Mahkamah 1

Satu Mahkamah untuk orang kafir.

Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepalapun mendidih..

Mahkamah 2

Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.

Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)

Siapa ada hutang dengan manusia, atau hidup susahkan manusia, bila masuk mahkamah no 2, akan jadi muflis, iaitu pahalanya  akan diberi kepada orang sehingga habis pahalanya, dan dosa orang akan diberi kepadanya sehingga dia akan terus masuk neraka.

Mahkamah 3

Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.

Di sini Rahmat Allah tersebar luas dan rahmat Allah lebih besar dari dosa semua mahkluk!

Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak ikhlas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaimanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…

Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..

Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..

Panjang cerita, boleh rujuk ustaz, moral cerita saya adalah, padang masyar itu benar, maka selamatkanlah ummat islam daripada azabnya…

Bila dah marah atau kecewa, tak payahlah cakap nak jumpa di padang Masyar, bersabarlah dan cuba selamatkan mereka.., jangan marah dan putus asa.OK?!

Kalau nak jumpa di padang masyarpun, sama-samalah jumpa di bawah arash…, jangan jumpa di mahkamah nombor dua, nombor satu apatah lagi..oH!…

Jadi jom jumpa bawah arash, atas timbunan kasturi, disebelah mimbar cahaya bersama santapan hati ikan..

Nak lagi best?

Jumpa di syurga, tingkat lapang dekat punca segala sungai, saya duduk di antara sungai madu dan susu.

Jumpa di sana!

Woha! WoHA! WOHA!

(Di tulis oleh Hamka keretamayat penulis buku Kerana Dia Anak Syurga)

9 comments:

Anonymous said...

Dr 1000 manusia sorg jer ahli syurga. Itu ler nisbahnya. Berapa ramai agaknya jumlah keseluruhan umat manusia dr Nabi Adam a.s. hinggalah kiamat dunia ? Jika jumlahnya 300 bilion 300 juta jer ahli syurga. Hari ni jer ada sekitar 1500 juta manusia yg mengaku Islam. Fikir fikirkan, berapa jer drnya tu ahli syurga.

Satu ketika Nabi saw diperlihatkan umatnya ; sebelah kanan dan sebelah kiri.
Sebelah kanan meliputi kawasan yg luas, drnya 70 000 masuk syurga tanpa hisab. Nabi saw minta tambahan, mk ditambah setiap 1 000 mensyafaati 70 000 lg utk masuk syurga tanpa hisab. Jumlahnya menjadi 4 970 000 umat Islam yg masuk syurga tanpa hisab. Kemudian Nabi saw minta tambahan lg, mk ditambah 3 kali ambilan. Jika setiap ambilan berjumlah 4 970 000, mk jumlah keseluruhan yg masuk syurga tanpa hisab menjadi 4.97 juta x 3 bersamaan 14.91 juta ditambah dgnjumlah 4.97 juta yg asal, mk jumlah yg masuk syurga tanpa hisab berjumlah 19.88 juta umat Islam. Selebihnya, masih golongan kanan tp perlu melalui proses penghisaban. Berapa bnyk agaknya golongan kanan tu. Umat Islam berhimpun antara 2 tanah haram Mekah dan Madinah. Jarak antara Mekah Madinah lbh kurang 430 km atau 430 000 m. Jika 1 m boleh membariskan 5 org, 430 000 m boleh membariskan 430 000 x 5 bersamaan 2.15 juta umat Islam. Ahli syurga umat Nabi saw tu 80 barisan dr 120 barisan. Jika 1 barisan 2.15 juta, 80 barisan bersamaan 172 juta umat Nabi saw yg dibariskan sbg golongan kanan. Dr 172 juta, 19.88 juta masuk syurga tanpa hisab.

Golongan kiri pulak. Sejauh mata memandang dipenuhi umat Islam golongan kiri. Jika mata boleh memandang sejauh 10 km, sejauh mata memandang separuh bulatan luasnya 10 x 10 x 3.2 / 2 bersamaan 160 km persegi atau 160 juta meter persegi. Jika 1 m persegi boleh memuat 10 org, 160 juta meter persegi boleh memuat 1 600 juta manusia. Mk anggaran keseluruhan umat Nabi saw golongan kiri lbh kurang 1.6 bilion umat.

Dicampur golongan kanan dan kiri, jumlahnya tak lebih 2 bilion keseluruhannya. Berapa ramai agaknya manusia yg mengaku Islam dr zaman Nabi saw hingga dunia kiamat ? Hari ni jer ada sekitar 1.5 bilion yg ngaku Islam. Berapa jer jumlahnya yg Nabi saw ngaku umat ?

Fikir fikirlah peluang utk ke syurga tu.

Anonymous said...

Golongan kiri, siapakah golongan kiri itu ?

1. Org Islam yg menzalimi dirinya sendiri, yg mengetahui perkara perkara dosa, mengakuinya, tp tetap melakukannya, terutamanya dosa dosa besar, mati dlm keadaan tidak bertaubat. 56:46

2. Org Islam fasik, mengaku Islam, tp lupa Akhirat, hidup ikut suka, tak hirau halal haram, solat perkara asas agama pun ikut suka. 56:45.

3. Para musyrikin dan para kafirin. 56:47.

Na'uzubillah !

Anonymous said...

Golongan kanan, siapakah golongan kanan itu ?

1. Para muqarrabiin (Nabiiyiin, siddiiqin, syuhada', muttaqiin).

2. Para mukmin, solihiin.


Ashabul 'Araaf ?

Kebaikan yg dihimpunnya menghalangnya dr tergolong ahli Neraka, namun keburukannya menghalangnya dr tergolong ali syurga, golongan yg ditangguhkan urusannya, hinggalah diselesaikan Allah swt, entah berapa lamanya, barulah dibawa ke syurga. 9:106.

Syurga itu tempat yg baik, suci dan bersih, zahir dan batin, bersih dr kotoran, dosa dan sifat sifat buruk (mazmumah) dlm hati. Tidak memasukinya selain golongan yg sedemikian. Jika matinya masih belum bersih, mk harus dibersihkan dahulu sebelum ke syurga, walau pun bnyk kebaikan yg dilakukannya. Sifat sifat buruk hati, spt hasad, dendam, pemarah dsb harus dibuang dan dibersihkan dahulu sebelum layak mendpt rahmat Allah swt utk ke syurga, kerana ahli syurga tiada sifat sifat buruk sedemikian. WaAllahu'alam.

Anonymous said...

Ahli syurga yg paling rendah kedudukannya bgnya ;
7 buah istana,
72 isteri,
80 000 pelayan,
Penguasaan spt 10 kali kerajaan terbesar di dunia,
Nikmat yg disukai nafsunya dan senang di matanya,
Bertemu Tuhan seminggu sekali.

Ahli syurga yg tertinggi kedudukannya pula, bgnya nikmat yg tak pernah dilihat mata, tak pernah didgr telinga, tak terlintas di hati dan fikiran. Bertemu Tuhan setiap pagi dan petang. Dan kebersamaan dgn para rasul, para nabi, para aulia dan teman teman yg mempunyai kedudukan tertinggi (ArRafiqul 'ala).

Anonymous said...

Yg jenis sikit sikit "kita jumpa kat padang mahsyar", "aku tuntut kat padang mahsyar", "aku tak halal dunia akhirat", "aku tak maaf sampai akhirat", kalau pun bnyk kebaikannya, takut takut terkandas kat Al 'Araaf. Nak mudah ke syurga, maafkan semua org, halalkan saja hak kita yg diambil org, anggap saja sbg sedekah dan bukan rezki kita, buat baik pd semua org. Moga kita tergolong Al Muhsinuun.

Anonymous said...

Manusia bangkit dr kubur (dr atas kubur masing masing) berbaur dgn sekelian makhluk yg lain, berbaur juga yg baik dan yg tidak. Kemudian menghimpun mengikut jamaah jamaah masing masing dan seterusnya bergerak ke Mahsyar. Umat Islam berhimpun di sekitar Haudh Nabi saw. Haudh Nabi saw terletak bertepatan mimbar Nabi saw sekarang, dan Nabi saw bangkit dr atas maqam Baginda saw yg di Madinah sekarang. Dan kita insyaAllah akan ke sana, berkenderaan atau berjalan, berhimpun di sekitar Haudh meliputi keluasan antara Mekah dan Madinah. Bagi yg tak terhalang merapatinya dan dapat meminum airnya, selamatlah urusannya selepasnya, takkan merasa haus lagi selamanya. Masih bnyk lagi urusan di Mahsyar selepas perhimpunan di Mahsyar itu, yg terpaksa kita lalui, serahan kitab amalan, Hisab, tuntut menuntut, Mizan, Sirath, 'Araaf, Syurga atau Neraka.

Segolongan umat Nabi saw, dikenal Nabi saw sbg umatnya tp dihalang malaikat dr merapati Haudh dan dihalang malaikat dr meminum airnya. Bgmn Nabi saw mengenal umatnya. Nabi saw mengenal umat Baginda dr cahaya wudhu' kita. Hanya org yg solat sahaja akan berwudhu', maknanya golongan yg dihalang merapati dan minum dr Haudh itu sudah termasuk org yg menjaga solatnya, tp masih dihalang merapati dan minum dr Haudh. Mereka inilah yg bakal mengalami kesusahan dan kepayahan urusannya di Mahsyar, walaupun tergolong umat Nabi saw. Moga kita tak tergolong golongan ini.

Allahumma sallimna ! Allahumma sallimna ! Allahumma sallimna !
Allahummagfirlana warhamna wasallimna wakaffir 'anna sayyiatina !
Allahumma jama'na ma'a nabiyina rasuliKa Sayyidina wa Maulana Muhammad saw wa alihi wa azwajihi wa zurriyatihi wa ashobihi wa solihin min ummatihi ajma'in.

Anonymous said...

Selepas Kiamat, tiupan yg pertama, Jumaat 10 Muharram, antara zohor dan 'Asar, binasalah sekelian alam. Sunyilah seketika, sekira kira 40 hitungan masa (?hari?bulan?tahun-tidaklah diketahui-kerana bumi sudah tak berputar, bulan dan matahari tak lg beredar dan bersinar-mk bgmn mengira perjlnn masa).
Menjelang Hari Berbangkit, turunlah hujan sepekat mani, lebat membanjiri bumi, tenggelam sekira kira 12 hasta. Dr hujung ajzabuzzanab tumbuh jasad jasad manusia dlm air pekat tadi bagai tumbuhan yg tumbuh dr biji benihnya, hingga sempurnalah kejadiannya, di dlm kuburnya masing masing. Kemudian ditiup tiupan Kebangkitan, lalu terbelahlah bumi / kubur, muncullah jasad jasad manusia yg telah sempurna tadi di atas kubur masing masing. Kemudian dilepaskan roh roh dr bawah 'Arasyh, pergi mencari lalu mengisi jasadnya masing masing, mk hiduplah kita berdiri di atas tanah kubur di mana kita dikebumikan, menunggu entah berapa lamanya. Suasana gelap gelita, tiada cahaya matahari, tiada cahaya bulan, tiada cahaya bintang, tiada juga lampu lampu yg boleh menerangi. Berbaur kita di atas kubur masing masing antara yg muslim dan yg kafir, yg soleh dan yg sebaliknya, bahkan dgn haiwan haiwan yg turut dibangkitkan sama.

Anonymous said...

Org mukmin solehin dan para muttaqin bangkit dgn cahaya gemilangnya masing masing. Sekelian muslimin sekurang kurangnya bercahaya pd anggota wudhu'nya masing masing. Yg mengaku muslim tp meninggalkan solat solat fardhunya dikhuatiri tidak diakui keIslamannya. Mk cahaya masing masing diri jadi penerang masing masing diri. Org org kafir dan fasik, bukan sahaja bangkit dlm kegelapan, bahkan buta pula matanya.

Bila tiupan menghimpun ditiup, bergeraklah sekelian manusia menghimpun dlm jamaahnya masing masing, yg soleh dgn yg soleh, begitu juga yg sebaliknya. Org org mukmin solehin, para muttaqin, yg berilmu telahpun mengetahui apa yg berlaku, dan arah mana yg perlu dituju. Memancar cahaya dr tmpt kita berdiri hinggalah ke tmpt berhimpun di Mahsyar, dan cahayanya juga menyinar hingga ke langit (bg yg beramal dgn surah AlKahfi setiap Jumaat). Mk bergeraklah kita, insyaAllah ke Mahsyar berkenderaan atau sesetghnya berjln. Muslim yg bnyk berdosa, yg zalim terhdp dirinya sendiri berjln dgn kepayahan, merangkak, mengesot, sedang org fasik dan kafir dlm kegelapan dgn mata yg dibutakan, dlm ketakutan meniarap bergerak berjln di atas muka mukanya dihalau oleh api yg menyala nyala yg mengelilingi mrk ke Mahsyar yg berpusat di Syam.

Anonymous said...

Bgmn memastikan diri selamat ?

1. Yg wajib sempurnakan, yg haram dijauhi.
2. Penghulu istighfar setiap awal siang (subuh) dan setiap awal malam (maghrib).
3. Doa wudhu' setiap selesai berwudhu'.
4. Ayatul Qursiy setiap lepas solat fardhu.
5. Doa Allahumma ajirna minannar 7x setiap lepas solat maghrib dan subuh.
6. 100 000x surah Al Ikhlas.
7. Surah Al Kafirun dan At Takathur setiap sebelum tidur.
8. Sentiasa merendah diri mohon bimbingan dan perlindungan Allah swt.

Bolehkah dikenali seseorg itu bakal ahli syurga ?

Cirinya ahli syurga itu ;
Dlm satu hadis, disebut ciri cirinya; manis wajahnya, baik lidahnya, bersih hatinya, ringan tgnnya.
Dlm hadis yg lain; hayyinan (memudahkan urusan dan tawadhu'), layyinan (lemah lembut sopan santun), qariban (mesra mudah didekati), sahlin (suka membantu / menolong).

Golongan yg dirindui syurga ;
1. Rajin membaca Al Quran dan mengamalkannya.
2. Sentiasa menjaga lidahnya dr yg haram dan sia sia.
3. Suka memberi makan org org yg kelaparan.
4. 0rg yg gembira dgn kedtgn Ramadhan.

Tanda seseorg itu dikasihi Allah swt ; Tenang orgnya, sentiasa tawadhu', lemah lembut penyantun sifatnya. Bila dikasihi Allah swt pastilah syurga tmptnya.

Syurga itu dijanjikan bg org org yg bertaqwa. Cirinya org bertaqwa ; sabar, jujur, taat, pemurah, bnyk beristighfar pd waktu sahur (Ali Imran 17); Pemurah, penyabar, pemaaf, penyantun, sentiasa bertaubat, sentiasa beristighfar, bnyk beramal (Ali Imran 134-135).

Berusahalah bersungguh sungguh memenuhi diri kita dgn ciri ciri sedemikian, dan sentiasa merendah diri mohon kpd Allah swt agar melengkapkan kita dgn ciri ciri muttaqin berkenaan dan ciri ciri org yg dikasihiNya, insyaAllah kitalah antara penghuni syurga itu.


Sifatnya ahli neraka pula ;
1. Kasar (pd tingkah laku dan tuturkata)
2. Degil keras kepala.
3. Angkuh.

Ciri ciri ahli neraka pula ;
1. Bengis wajahnya.
2. Busuk lidahnya.
3. Kotor hatinya.
4. Berat tgnnya (sukar menolong dan bakhil)

Jika dirasa ada pd diri kita, berusahalah bersungguh sungguh membuangkannya sebelum malaikat maut menjemput.